sejarah sistem perundangan malaysia

9
Sejarah Sistem Perundangan Malaysia 2.0 Sebelum Kedatangan Undang-undang Inggeris Sistem undang-undang dipercayai telah wujud sejak manusia telah menduduki tanah Melayu anatara tahun 3000 ke 2000 sebelum masihi. Oleh itu tidak mustahil untuk membuat andaian bahawa amnusia telah berasa di Tanah Melayu 5000 tahun sebelum itu. Antara tahun 2500-1500 datang pula orang yang beradat resam dari selatan atau Barat Cina yang keturunannya boleh ditemui sehingga hari ini dalam kalangan orang-orang Negrito. Ini dikuti dengan kedatangan orang-orang Australo-melabesoi yang keturunannya boleh ditemui dalam kalangan orang Senoi. Setrusnya datang pula orang-orang Melayu-proto yang keturunannya dapat dikenlpasti di selatan Tanah Melayu. Kesemuanya ini datang dengan membawa adat resam masing-masing dan undang-undang adat ini masih lagi dipraktikkan sehingga hari ini walaupun dengan beberapa modifikasi dan pembaharuan. Sebelum kedatangan Inggeris, sistem undang-undang yang ada adalah sistem undang-undang kaum Asli. 2.1 Sistem Undang-undang Orang Asli Ada tiga kumpulan orang aslu di Sememnanjung Tanah Melayu iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. 2.1.1 Negrito Orang Negrito adalah suku kaum yang paling tidak teratur kehidupannya dan mereka berpuak-puak dan suka berpinda-randah. Setiap puak diketuai oleh seorang ketua yang biasanya orang paling tua dalam puak itu dan juga seorang tukang ubat. Ketua diberikan kuasa penuh untuk bertindak ke atas orang-orang yang dipimpinnya. Oleh kerana mereka tidak mempunyai kehidupan yang teratur maka tidak terdapat banyak undang- undang pada masa itu. Jenis-jenis kesalahan yang ada ialah mencuri sumpit, membawa lari isteri orang, membunuh dan menipu. Kebanyakkan hukuman adalah berbentuk denda. Contoh hukuman ialah jika menipu orang lain dalam puaknya ia akan dikenakan hukuman membayar denda maka ia akan disebat atau diikat di pokok sehingga dia bersetuju membayar denda.

Upload: muizzomar

Post on 21-Dec-2015

94 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

2.0 Sebelum Kedatangan Undang-undang Inggeris

Sistem undang-undang dipercayai telah wujud sejak manusia telah menduduki tanah Melayu

anatara tahun 3000 ke 2000 sebelum masihi. Oleh itu tidak mustahil untuk membuat andaian

bahawa amnusia telah berasa di Tanah Melayu 5000 tahun sebelum itu. Antara tahun 2500-

1500 datang pula orang yang beradat resam dari selatan atau Barat Cina yang keturunannya

boleh ditemui sehingga hari ini dalam kalangan orang-orang Negrito. Ini dikuti dengan

kedatangan orang-orang Australo-melabesoi yang keturunannya boleh ditemui dalam

kalangan orang Senoi. Setrusnya datang pula orang-orang Melayu-proto yang keturunannya

dapat dikenlpasti di selatan Tanah Melayu. Kesemuanya ini datang dengan membawa adat

resam masing-masing dan undang-undang adat ini masih lagi dipraktikkan sehingga hari ini

walaupun dengan beberapa modifikasi dan pembaharuan. Sebelum kedatangan Inggeris,

sistem undang-undang yang ada adalah sistem undang-undang kaum Asli.

2.1 Sistem Undang-undang Orang Asli

Ada tiga kumpulan orang aslu di Sememnanjung Tanah Melayu iaitu Negrito, Senoi dan

Melayu Asli.

2.1.1 Negrito

Orang Negrito adalah suku kaum yang paling tidak teratur kehidupannya dan mereka

berpuak-puak dan suka berpinda-randah. Setiap puak diketuai oleh seorang ketua yang

biasanya orang paling tua dalam puak itu dan juga seorang tukang ubat. Ketua diberikan

kuasa penuh untuk bertindak ke atas orang-orang yang dipimpinnya. Oleh kerana mereka

tidak mempunyai kehidupan yang teratur maka tidak terdapat banyak undang-undang pada

masa itu. Jenis-jenis kesalahan yang ada ialah mencuri sumpit, membawa lari isteri orang,

membunuh dan menipu. Kebanyakkan hukuman adalah berbentuk denda. Contoh hukuman

ialah jika menipu orang lain dalam puaknya ia akan dikenakan hukuman membayar denda

maka ia akan disebat atau diikat di pokok sehingga dia bersetuju membayar denda.

Page 2: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

2.1.2 Senoi

Suku Senoi mempunyai sistem hidup yang lebih teratur datri kaum Negrito. Kaum ini diketua

oleh Penghulu yang mepunyai kuasa penuh dalam semua hal sivil dan jenayah kecuali

kesalahan berat seperti membunuh. Bagi kesalahan berat seperti membunuh, pesalah akan

dihadapkan kepada jemaah pengadil yang terdiri daripada penghulu dan orang-orang tua daru

suku itu sebagai pembantu. Mereka juga ada membuat kontrak membekalkan makanan dan

balasan kepada pembekalan makanan bergantung kepada makanan yang diberikan. Jika

barang yang dipinjam atau dibekalkan itu hilang, ia dikira hutang dan hendaklah dibayar

dengan denda. Jika tidak mampu membayar denda maka orang itu yang menghilang barang

itu hendaklah bekerja untuk si pemiutang. Selain itu, tanah adalah milik suku bangsa dan

dikerjakan beramai-ramai dan hasilnya dinikmati bersama. Penghulu diberikan kuasa

mengenai tanah dan boleh membahagikan tanah. Bagi tanah yang diwarisi, waris si mati

diutamakan dari saudara-maranya. Jika si mati tidak mempunyai waris, rumah dan kebunnya

ditinggalkan begitu sahaja. Tanah tersebut akan jatuh di bawah pengawasan penghulu.

2.1.3 Melayu Asli

Suku kaum ini paling maju berbanding dengan suku kaum yang telah dihuraikan tadi. Suku

ini diketuai oleh Batin dan dibantu oleh Jinang, Penghulu Balai, Jukrah dan Panglima.

Undang-undang ditadbir oleh Batin dan dibantu oleh orang-orang tua. Terdapat banyak puak

dalam suku Melayu asli ini dan setiap puak itu pula berbentuk denda akan dibayar dengan

piring Cina. Namun hukuman ini bergantung kepada puak masing-masing. Ada puak yang

mengenakan hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh dan ada puak yang mengenakan

hukuman denda 60 biji piring Cina bagi kesalahan yang sama. Bagi kesalahan mencuri dan

berzina, antara hukuman yang dikenakan oleh puak lain ialah hukuman mati dengan menyelar

tubuh badan atau berjemur di tengah panas.

3.0 Undang-undang pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sumber dari sejarah Melayu yang memberikan beberapa kenyataan mengenai unsur-unsur

undang-undang bertulis yang wujud di abad ke-18. Istilah seperti ‘titah’, ‘daulat’, ‘murka’,

‘kurnia’ dan lain-lain dikatakan mengandungi nilai-nilai undang-undang. Sejarah Melayu

mengggambarkan raja sebagai sumber undang-undang dan puncak keadilan. Raja sendiri yang

menjalankan pentadbiran undang-undang. Pada zaman ini terdapat dua sumber undang-

undang bertulis iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Page 3: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

3.1 Hukum Kanun Melaka

Hukum kanun ini terdapat beberapa ciri-ciri penting iaitu :

i. Ia mengandungi 44 fasal.

ii. Bidang kuasa yang diberikan merangkumi pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun

dan tertakluk pada negeri.

iii. Ia mengandungi butiran mengenai tanggungjawab raja, pembesar, dan pantang larang

dalam kalangan masyarakat.

iv. Undang-undang keluarga.

v. Kesalahan jenayah dan awam.

vi. Kebanyakan hukuman berdasarkan undang-undang Islam Mazhab Syafie dan adat

Temenggung.

vii. Ia juga memberikan hukuman alternatif dan memberikan budi bicara yang luas kepada

hakim.

Undang-undang Melaka adalah pengumpulan undang-undang kuna yang mempunyai unsur-

unsur undang-undang Hindu yang disadurkan dengan undang-undang Islam.

3.2 Undang-undang Laut Melaka

i. Ia mengandungi 25 fasal.

ii. Peraturan mengenai laut seperti tanggungjawab pegawai kapal.

iii. Aturcara pelayaran.

iv. Perniagaan.

v. Bidang kuasa nakhoda kapal.

vi. Hukuman kesalahan jenayah.

vii. Hanya satu fasal saja yang berlandaskan Islam.

Pengaruh kedua-dua undang-undang ini dapat dilihat dalam undang-undang di beberapa buah

negeri Melayu yang lain iaitu Undang-undang Pahang 1596, Undang-undang Kedah 1605,

Undang-undang Johor, dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak 1878.

Page 4: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

4.0 Pemerintahan Portugis

Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tahu 1511 yang kemudian menguatkuasakan

pentadbiran tentera awam. Pentadbirannya dijalan oleh gabenor yang berkuasa ke atas semua

penduduk, rakyat dan orang asing. Dalam urusan awam, gabenor dibantu oleh sebuah Majlis

yang terdiri daripada Ovidor, Viador, Paderi Besar, Commander-in-Chief dan Sergent-Major.

Bagi kes-kes jenayah, hukuman dijatuhkan oleh Ovidor atau seorang Majistret teatapi

mestilah mendapat pengesahan dari gabenor dan dijalankan dengan perintah gabenor atau

Ovidor. Dalam menguruskan perkara-perkara yang penting, gabenor sendiri yang mengetuai

Mahkamah Majistret.

Pada masa ini tujuh orang majistret dilantik setiap tahun dari kalangan orang-orang

kenamaan. Mereka ini mempunyai bidang kuasa sivil dan jenayah terhadap orang awam.

Keputusan majistret ini boleh dirayu kepada Ovidor. Ovidor pula mempunyai bidang kuasa

sivil dan jenayah. Dalam kes-kes sivil kekompetannya terhad kepada 200 crosado. Jika

melibatkan jumlah wang yang lebih dari itu, rayuan boleh dibuat ke Maktab Tinggi Keadilan

Goa. Dalam kes-kes jenayah keputusan Ovidor mestilah dibuat dengan nasihat dan

pengesahan Gabenor. Bagi orang-orang Asia, mereka tertakluk kepada bidang kuasa

Bendahara iaitu satu jawatan yang ditiru dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Naning dan

Linggi dikuasai oleh Temenggung. Mereka hanya mempunyai bidang kuasa sivil dan jenayah

penduduk daerah. Bagi kesalahan jenayah besar, ia mestilah dirunding dengan gabenor

dahulu. Pentadbiran keadilan orang-orang Asia yang bukan beragama Kristian adalah ditadbir

oleh ketua-ketua mereka sementara orang Portugis diletakkan dibawah bidang kuasa hakim

Portugis.

5.0 Pemerintahan Belanda

Semasa pemerintahan Belanda, Gabenor dibantu oleh 3 badan iaitu Majlis, Majlis Keadilan

dan Majlis Khas Agama. Majlis pula dibantu oleh Pemungut Hasil, Ketua Kewangan, Datuk

Bandar, Ketua Perdagangan dan seorang Setiausaha. Peraturan perundangan dikeluarkan oleh

kerajaan pusat di negara Belanda dan Batavia (Jawa) serta badan pelaksana tempatan. Pada

tahun 1720, Lembaga Pengarah Syarikat Hindia Timur Belanda telah memarahi kerajaan di

Melaka kerana beberapa kesilapan dalam pentadbiran keadilan. Pegawai-pegawai pula

membuat aduan bahawa mereka tidak diberikan arahan yang cukup berhubungan dengan

pentadbiran perundangan dan kekurangan buku mengenai pentadbiran undang-undang. Akibat

peristiwa itu banyak buku-buku perundangan dikirim ke Melaka termasuk beberapa bahagian

Page 5: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

daripada ‘ Groot Plakkatboek’ suatu kumpulan undang-undang yang banyak digunakan di

Jawa. Buku-buku perundangan ini dijadikan panduan oleh Mahkamah Keadilan di Melaka.

Bagi orang-orang Bumiputera, mereka dibiarkan mengamalkan adat dan undang-undang

meerka sendiri. Bagi penduduk Eropah yang lain undang-undang yang terpakai kepada

mereka ialah ‘Colonial Statues’ yang bersal daripada Belanda.

6.0 Zaman Pemerintahan Inggeris

Perhubungan antara Inggeris ddengan Tanah Melayu bermula melalui perdangangan. Ini

menyebabkan Inggeris merasakan perlu untuk mendapat satu pelabuhan di Selat Melaka.

Kapten Francis Light telah berunding dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Akhirnya melalui perjanjian Pangkor, Pulau Pinang diserahkan kepada orang-orang Inggeris

pada tahun 1786. Pada masa itu, kuasa Eropah yang ada di Selat Melaka ialah Belanda.

6.1 Negeri-negeri Selat

6.1.1 Pulau Pinang

Dipercayai bahawa Pulau Pinang tidak diduduki oleh sesiapa semasa kedatangan Francis

Light. Walaubagaimanapun Sir Benson Maxwell berpendapat bahawa pulau itu diduduki oleh

empat keluarga Melayu. Pada tahun 1793, terdapat satu kes pembunuhan telah berlaku. Dan

pada tahun 1794, pemerintah di Pulau Pinang telah meluluskan beberapa peraturan yang

sememangnya ultra vires kerana satu-satunya badan yang boleh membuat peraturan ialah

Parlimen dan Gabenor-Jeneral dalam Majlis di bawah Statut 13 Geo 111.C.63.S.36.

Walaubagaimanapun, pada mulanya peraturan ini nampaknya dikuatkuasakan selagi ia tidak

bertentangan dengan undang-undang dunia tetapi akhirnya ia tidak dapat diterima sebagai sah

kerana ia tidak disahkan oleh Majlis dan kerana ia kelihatan tidak adil dan tidak munasabah

serta bertentangan dengan undang-undang Inggeris.

Keadaan ini berterusan sehingga Pulau Pinang diberikan Piagam Keadilan yang pertama pada

tahun 1807 dan melaluinya Mahkamah Pulau Pinang ditubuhkan. Raja mempunyai kompetan

untuk memperkenalkan undang-undang Inggeris di pualu itu melalui instrumen dan dengan

itu undang-undang sudahpun diperkenalkan di Pualu Pinang. Piagam kedua telah diberikan

pada 2 November 1826. Tujuan utama piagam ini adalah untuk melanjutkan bidang kuasa

mahkamah ke Singapura dan Melaka. Mahkamah baru ini dinamakan Mahkamah Keadilan

Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Piagam ini membawa masuk undang-undang Inggeris

yang berkuatkuasa pada tahun 1826.

Page 6: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

6.1.2 Melaka

Melaka diambil oleh Inggeris dari Belanda secara aman pada tahun 1795. Pada masa itu,

orang-orang Inggeris tidak memberi perhatian dalam pentadbiran Melaka. Pada tahun 1818,

Melaka dikembalikan semula kepada Belanda yang tidak membawa sebarang perubahan.

Akhirnya, melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka diserahkan kepada Inggeris

secara kekal pada tahun 1825. Selepas penyerahan ini barulah orang-orang Inggeris mula

merancang untuk menubuhkan pentadbiran undang-undang di Melaka. Piagam kedua

diperkenalkan di Melaka pada tahun 1826. Semasa pemerintahan Belanda, undang-undang

adat Melayu berkuatkuasa sepenuhnya. Menurut Sir Benson Maxwell dalam kes Sharip v

Mithcell semasa Portugis dan Belanda memerintah Melaka adat Melayu dibiarkan

berkuatkuasa lex non scripta. Keadaan ini tidak berubah apabila British mengambil alih.

Walaubagaimanapun, dalam kes Rodyk v Williamson hak seorang balu berbangsa Belanda

adalah sama seperti yang di bawah undang-undang Inggeris dan bukannya mengikut undang-

undang Belanda yang ada di Melaka pada masa itu. Begitu juga dalam kes Moraiss v de

Souza dan Ee Hoon v Chin Chay Sam & Ors.

6.1.3 Singapura

Singapura yang dahulunya dikenali sebagai Temasik adalah sebuah pelabuhan yang terkenal.

Oleh kerana ia ditubuhkan oleh seorang anak raja dari Palembang maka undang-undang adat

Palembang itu dikuatkuasa di Singapura pada masa itu. Pada tahun 1819 Singapura ditemui

semula oleh Stamford Raffles. Raffles mengarahkan majistret supaya mentadbir keadilan

mengikut rasa hatinya. Bagi penduduk berbagsa Asia, Kaptan dan penghulu dilantik untuk

membantu dalam kes-kes yagn melibatkan undang0undang anak negeri tetapi bagi bangsa

Eropah mereka tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah di Calcuta, dan biasanya

melindungi mereka daripada didakwa. Keadaan ini yang tidak adil menyebabkan permohonan

segera dibuat untuk mendapatkan Piagam Keadilan seperti Pulau Pinang. Pada tahun 1826,

Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura menjadi negeri-negeri Selat dan berikutan itu Piagam

Keadilan pun diberikan dengan bidang kuasanya merangkumi ketiga-tiga negeri ini. Piagam

ini dikenali sebagai Piagam Kedua. Piagam Ketiga diperkenalkan pada tahun 1855 dan

piagam ini tidak memperkenalkan undang-undang baru tetapi ia mengatur semula mahkamah

yang ada.

Page 7: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

6.2 Negeri-negeri Melayu

Negeri-negeri Melayu terbahagi kepada dua iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB)

dan Negri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB).

6.2.1 Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Negeri-negeri ini terdiri daripada Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang menjadi

NMB pada tahun 1895. Undang-undang yang berkuatkuasa di negeri-negeri ini sebelum

kedatangan Inggeris ialah undang-undang Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan beberapa

bahagian di Melaka dan undang-undang Adat Temenggung bagi Perak, Selangor dan Pahang.

Kebanyakan undang-undang ini tidak bertulis. Undang-undang Islam telah diterima pakai di

negeri-negeri di ini terutamanya mengenai perkahwinan dan penceraian dan bagi negeri-

negeri yang mengamalkan Adat Temenggung, wujud pengaruh undang-undang Islam dalam

hal-hal jenayah. Dari segi pewarisan, pengaruh undang-undang Isalam tidak wujud sekalipun

di Perak di mana gelaran dan kehormatan berpihak kepada kaum wanita. Dalam satu

pertelingkahan undang-undang pada tahun 1886 di Perak, Majlis Negeri Perak mengarahkan

tanah dipindahkan kepada golongan perempuan.

6.2.2 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Terdapat lima buah negeri di dalam NMTB, empat darinya adalah bekas jajahan Siam iaitu

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Johor diiktiraf oleh British sebagai sebuah negeri

yang merdeka pada tahun 1885 dan dalam tahun 1914 menerima seorang penasihat British.

Johor mempunyai banyak perbezaan dengan negeri-negeri melayu yang lain. Pada bulan April

1895 ia menerima Perlembagaan bertulisnya dan menjelang 1914 ia menjadi sebuah negeri

yang teratur dan lengkap ditadbir oleh sistem Raja Berpelembagaan. Dalam kes Mighell v

sultan Johor, persoalan mengenai kekebalan Sultan telah dibangkitkan. Dalam kes ini Sultan

telah disaman kerana pecah janji untuk berkahwin. Setelah menerima satu kenyataan dari

Pejabat Jajahan yang mengatatakan bahawa Johor adalah sebuah negeri yang merdeka dan

Sultan adalah pemerintahnya, mahkamah memutuskan bahawa baginda adalah kebal dari

sebarang tindakan undang-undang.

Page 8: Sejarah Sistem Perundangan Malaysia

7.0 Sabah dan Sarawak

7.1 Sarawak

James Brooke telah menjadi Raja dan Gabenor Sarawak pada tahun 1841 dan ini disahkan

oleh Sultan Brunei. Peristiwa ini menandakan bermulanya pemerintahan keluarga Brooke.

Masalah utama yang dihadapi oleh keluarga Brooke ialah mngembalikan undang-undang dan

keamanan, menyediakan pentadbiran yang betul dan baik dan menghapuskan kegiatan lanun.

Untuk (a) beliau telah megishtiharkan satu set undang-undang yang mengandungi lapan

undang-undang yang diterbitkan pada tahun 1843. Undang-undang ini diperuntukkan

hukuman bagi kesalahan membunuh, merompak dan kesalahn jenayah berat dan memastikan

kebebasan perdagangan dan buruh. Bagi (b) beliau telah menubuhkan satu mekanisme

pentadbiran yang berasaskan prinsip adat penduduk tempatan di mana rujukan hendaklah

dibuat kepada ketua kaum anak negeri.

7.2 Sabah

Bagi Sabah pula, Syarikat Borneo Utara British (Chartered) telah ditubuhkan melalui Piagam

Di-Raja pada tahun 1881 untuk mengambil alih pentadbiran. Ini berlaku selepas beberapa siri

perjanjian antara Sultan Brunei dan Sulu dengan Messr. Overbeck dan Dent dalam tahun

1877-1878. Dalam perjanjian 1888, Sabah dan Sarawak menjadi negeri lindungan Inggeris.

Pada tahun 1946 Sarawak diserahkan kepada Raja Inggeris, di mana prinsip perlembagaan

dan undang-undang yang digunakan sebelum penyerahan terus digunakan bersama-sama

undang-undang tempatan yang lain. Dalam tahun 1949 Ordinan Penggunaan Undang-undang

diluluskan untuk memudahkan penggunaan undang-undang common law Inggeris di samping

doktrin ekuiti dan statut pemakain umum. Peruntukan seksyen 3 Ordianan tersebut

membenarkan penggunaan terus Status Inggeris sebaik saja ia diluluskan di England. Selain

daripada itu, akibat dari penyerahan itu satu sistem mahkamah telah diubahsuai oleh

(Sarawak, Sabah dan Brunei Mahkamah) Order In Council 1951. Peruntukan dibuat untuk

menubuhkan Mahkamah Agung Sarawak, Sabah dan Brunei yang terdiri daripada Mahkamah

Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Agung ini dihapuskan apabila Sarawak dan Sabah

menjadi sebahagian dari Malaysia pada tahun 1963.