sejarah sekolah watson

48

Click here to load reader

Upload: anonymous-wjc0lztn0t

Post on 15-Dec-2015

155 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

watson

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Sekolah Watson

BAB 1

HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1. Sejarah Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Persiaran Raja Muda Musa merupakan

sekolah aliran Tamil yang pertama di Pelabuhan Klang, Selangor. Sejarah

penubuhannya bermula sejak tahun 1920 oleh pihak Majlis Daerah Klang. Di

mana pada tahun 2020 sekolah ini akan berusia seratus tahun penubuhannya.

Mungkin menjadi sekolah yang kedua di Daerah Klang yang genap seratus

tahun ketika Negara mencapai status negara maju pada tahun 2020 iaitu dalam

gelombang 2 (2016 hingga 2020) di Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

1.1.1. Latar Belakang Sekolah

Gambar 1: Bangunan sekolah1

Page 2: Sejarah Sekolah Watson

SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa ditubuhkan pada 1920 oleh pihak Majlis

Daerah Klang. Pada tahun 1941, bangunan sekolah ini dimusnahkan oleh tentera

Jepun. Pada tahun 1950 kerajaan membina bangunan baru di tapak yang sama

dan diberi nama Sekolah Tamil Kerajaan.

Pada tahun 1950, Encik P. Sebastian menjadi Guru Besar di sekolah ini.

Semasa itu, entrolmen murid sekolah itu adalah seramai 86 orang dan tiga

orang guru berkhidmat. Pada tahun 1951, sebuah sekolah tamil yang bernama

Sekolah Tamil Bharathidasan di Jalan Kem dicantumkan bersama sekolah ini.

Encik William Rasaiah telah mengambil jawatan sebagai Guru Besar pada 1hb

September 1952, iaitu selepas kematian Encik P. Sebastian. Beliau menyandang

jawatan Guru Besar sebagai pemangku dalam tempoh yang pendek. Beliau

diganti dengan Encik Nadesan. Encik Nadesan telah mengambil jawatan sebagai

Guru Besar pada tahun 1952. Pada masa ini terdapat entrolmen guru adalah

seramai 6 orang dan muridnya seramai 152 orang.

Pada tahun 1966, Sekolah Tamil St. Joseph dan Sekolah Tamil

Kebangsaan dicantumkan bersama sekolah ini. Ekoran itu, bilangan murid telah

bertambah di sekolah ini. Masalah yang timbul akibat peristiwa ini ialah

kekurangan bilik darjah. Dengan bantuan kerajaan dan orang ramai, lima buah

kelas tambahan serta pejabat telah didirikan. 3 orang pekerja rendah awam

(PRA) dilantik. Pada tahun 1970, kerajaan membina 3 buah bilik darjah, bilik

guru dan bilik air. Pada masa yang sama bilangan murid telah bertambah ke

764 orang murid. Jumlah bilangan bilik darjah ialah 17 dan seramai 21 guru

bertugas di sekolah ini. Pada tahun 1975, Sekolah Tamil Jalan Dock

dicantumkan.

Pada tahun 1986, sebuah bangunan baru yang bertingkat 3 dan sebuah

kantin didirikan, menggantikan bangunan lama. Pada tahun 1988, pendaftaran

murid-murid di sekolah ini bertambah dalam tahun ini. Pihak sekolah mula

membuat persiapan-persiapan awal untuk meraikan perasmian bangunan baru.

Guru-guru bertungkus lumus menghias kelas dan sekolah. Murid-murid juga 2

Page 3: Sejarah Sekolah Watson

turut memberi sokongan dalam usaha mereka. Pada tahun 1989, merupakan

tahun bersejarah bagi SRJK(Tamil) Watson. Pada tahun ini, bangunan baru ini

dirasmikan oleh Dato Sri S. Samy Vellu merupakan Menteri Kerjaya pada masa

itu ( Lampiran A ).

Pada masa ini, terdapat dua buah bangunan iaitu bangunan lama yang

tersedia ada dan bangunan baru 3 tingkat. Di bangunan baru itu terdapat 13

buah bilik pembelajaran dan pengajaran ( PdP ), sebuah bilik guru, sebuah

pejabat, sebuah makmal komputer, sebuah bilik APD, sebuah perpustakaan,

sebuah kantin, 4 buah bilik stor dan 2 buah tandas serta tempat letak kereta

( Lampiran B ). Pada tahun ini, entrolmen murid berdaftar tahun satu telah

bertambah dan entrolmen murid sedang belajar turut bertambah.

Pada tahun 1998, bangunan tambahan bertingkat turut dibina oleh

kerajaan. Bangunan baru dibina kerana entrolmen murid bertambah ke 924

orang murid dan bilangan guru pula 45 orang. Jumlah bilik darjah yang

digunakan ialah sebanyak 26 buah kelas. Pada tahun ini, Encik Arumugam

dilantik sebagai Guru Besar baru. Pendidikan Komputer dijadikan sebagai subjek

wajib bagi semua murid sekolah ini. Pada tahun 2004, bilangan murid

bertambah ke 987 orang murid termasuk pra sekolah. Bilangan guru pula

seramai 50 orang.

Pra sekolah di sekolah ini bermula pada tahun 6 Januari 2003 dengan

seramai 25 orang murid. Di daerah Klang, antara sekolah tamil, sekolah ini

merupakan pertama yang menerima program prasekolah. Sebuah bilik darjah

telah diubahsuai dan dijadikan sebagai prasekolah. Prasekolah ini merangkumi

kemudahan dapur, tandas dan taman permainan. Pada awal tahun 2007, sebuah

prasekolah baru dibina atas usaha Guru Besar Puan. K. Chandrathevy. Prasekolah

ini juga merangkumi segala kemudahan seperti kemudahan dapur, tandas dan

taman permainan. Kini terdapat 3 blok bangunan di sekolah ini. Bangunan

ini diberi nama sebagai Blok A ( bangunan lama ), Blok B ( bangunan baru )

dan Blok C ( bangunan paling lama ). Jumlah bilik darjah pula ialah sebanyak

3

Page 4: Sejarah Sekolah Watson

17 buah. Selain itu terdapat juga bilik-bilik khas baru telah ditubuhkan

( Lampiran C ).

Pada tahun 2009 Puan M. Valsala menjadi Guru Besar. Beliau dapat

mengecatkan sekolah dengan bantuan PIBG dan agensi PAMASA bagi

menceriakan sekolah. Beliau juga dapat meningkatkan prestasi sekolah ke tahap

yang membanggakan. Beliau bersara pada 16 Februari 2011.

Kini, En. S. Thamalirasu telah mengambil alih jawatan tersebut pada

16 April 2011. Beliau juga meneruskan segala kebanggaan dan pencapaian yang

diperolehi oleh sekolah ini. Beliau juga merancang untuk membawa sekolah ke

tahap yang lebih tinggi iaitu ke tahap gemilang. Senarai nama Guru Besar yang

berkhidmat di sekolah ini sejak 1950an hingga sekarang adalah seperti di

Jadual 1.

Jadual 1: Senarai Nama Guru Besar

SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa

Bil Nama Guru Besar Tahun Berkhidmat

1 En.Sebastian 1950 1953

2 En.William Rajah 1953 1954

3 En.Nadeson PJK 1954 1976

4 En.Mariannan 1976 977

5 En.Nallayan 1977

6 En.M.Doraisamy PPS 1978 1982

7 En.G.Subramaniam 1983

8 En.V.Ramasamy PPN 1984

9 En.M.Muniandy PPN 1985

4

Page 5: Sejarah Sekolah Watson

10 En.M.Nallayan 1986 1991

11 En.Pachiappan PPN 1992 1998

12 En.Y.Arumugam 1999

13. En.Ramanathan 1999 2004

14 Pn.Chandra Devi 2004 2009

15 Pn.Valsala 2009 2011

16 En.S.Tamilarasu 2011 hingga kini

1.1.2. Visi Dan Misi Sekolah

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

5

Page 6: Sejarah Sekolah Watson

1.1.3. Objektif Sekolah

Memberikan pendidikan peringkat sekolah rendah dan membolehkan

murid-murid mempunyai asas yang kukuh sebelum melanjutkan pelajaran

ke peringkat menengah.

Mewujudkan budaya rajin menimba ilmu dan memupuk minat dan sikap

suka membaca di kalangan murid.

Membimbing murid-murid ke arah perlakuan yang baik, bertanggungjawab,

berdisiplin tinggi dan taat kepada perintah agama.

Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan ko-

kurikulum.

Mengeratkan hubungan di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga murid

dan masyarakat.

1.1.4. Falsafah dan Nilai

Melahirkan insan yang baik dan sempurna serta mempunyai kepercayaan

dan patuh kepada Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani.

Memperkembangkan potensi individu murid secara menyeluruh.

6

Page 7: Sejarah Sekolah Watson

1.1.5. Piagam Pelanggan Sekolah

Piagam ini dibentuk untuk memberi kemudahan perkembangan dan penyuburan

potensi pelajar ke tahap kecemerlangan. Ianya merangkumi bidang kurikulum,

ko-kurikulum, disiplin dan bina insan dengan berpaksikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kami akan berusaha mencapai hasrat ini melalui:-

“ Mewujudkan Suasana Sekolah Yang Bersih, Baik, Menarik,

Dan Penyayang Serta Kecemerlangan Pelajar Serta Menjalin

Kemesraan Dan Kesopanan Dengan Ibubapa Dan Masyarakat ”

7

Page 8: Sejarah Sekolah Watson

1.1.6. Lencana Sekolah

Ini adalah lencana SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa. Lencana atas logo

SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa ini mempunyai maksud yang tersendiri.

Setiap logo terdapat pada lencana mempunyai maksud seperti berikut :-

WARNA :

MERAH - Keberanian

BIRU - Perpaduan

KUNING - Pemerintahan

PUTIH - Kesucian

OBOR :

Sinaran daripada obor dapat menerangi kegelapan, begitu juga pendidikan yang

diperoleh dapat menerangi kehidupan warga sekolah.

PENDIDIKAN MEWACANA KESEJAHTERAAN :

Pendidikan merupakan kesejahteraan hidup yang tidak akan luput buat selama-

lamanya.

MOTO :

8

Page 9: Sejarah Sekolah Watson

Moto membawa erti kata kesejahteraan hidup sejati dan akan menjadi mercu

kebahagiaan yang berwawasan.

1.1.7. Motto Sekolah

’Ilmu Nadi Hidup’

Motto ini didapati diwujutkan sejak sekolah ini ditibuhkan pada tahun 1920.

Motto ini juga tertera dalam lencana sekolah sehingga kini.

1.1.8. Lagu Sekolah

Sekolah Raja Muda Musa,

Itulah sekolah kami,

Warganya berdaya juang,

Tekad usaha majukan diri,

Sekolah Raja Muda Musa,

Warganya berdedikasi,

Putera puteri cemerlang,

Nilai murni peribadi tinggi.

Nilai Murni jadi amalan,

Ilmu jadi tuntutan,

Sepadu jasa kita curahkan,

Cemerlang dalam gengaman.

Teguh usaha jaya,

Berbakti setia,

Sepakat seia sekata mulia,

9

Page 10: Sejarah Sekolah Watson

Sekolah Raja Muda Musa

harum sentiasa.

1.1.9. i. Struktur organisasi

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH

10

Page 11: Sejarah Sekolah Watson

ii. Carta Organisasi Sekolah

11

Page 12: Sejarah Sekolah Watson

1.1.10. i. Pelan Lokasi

SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa terletak 4 Km dari Bandar Klang. Ianya

dikelilingi beberapa taman perumahan dan juga sebuah SK Port Klang.

Rajah 1 : Lokasi Sekolah Bersama Lakaran Google

12

Page 13: Sejarah Sekolah Watson

ii. Pelan Bangunan Sekolah

Rajah 2 : Pelan Bangunan Sekolah

13

Page 14: Sejarah Sekolah Watson

1.1.11. Kemudahan Fizikal

Kemudahan fizikal di sekolah ini mencukupi namun usaha-usaha penambahbaikan

sentiasa dijalankan bagi memastikan keselesaan kepada murid-murid dan guru.

Senarai Kemudahan yang terdapat di sekolah ini seperti di jadual 2.

Jadual 2 : Senarai Kemudahan Di SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa

No Jenis Kemudahan Fizikal Bilangan

1 Bangunan Sekolah 3

2 Bilik Darjah 46

3 Tandas 6

4 Makmal/Bilik Sains 1

5 Bilik Rehat/Kecemasan 1

6 Bilik Kemahiran Hidup 1

7 Bilik Guru 1

8 Bilik Mesyuarat 1

9 Pejabat 1

10 Bilik Guru Besar 1

11 Bilik Guru Penolong Kanan 4

12 Bilik Pibg 1

13 Bilik Reso/Cetak 1

14 Bilik SPBT 1

15 Stor 1

16 Kantin 1

17 Bilik Komputer 1

18 Padang 1

19 Gelanggang Badminton 1

20 Pondok Kawalan Keselamatan 1

14

Page 15: Sejarah Sekolah Watson

21 Bilik Tadika 3

22 Pusat Sumber 1

23 Bilik APD 1

1.1.12. PIBG

Kepentingan peranan PIBG kepada sekolah untuk membantu meningkatkan

kualiti pendidikan keseluruhannya adalah jelas. Matlamat PIBG ditubuhkan

adalah untuk membangunkan sekolah menjalin kerjasama dengan masyarakat

setempat di samping menjamin murid-murid memperolehi faedah yang

maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.

PIBG telah memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar untuk

program kurikulum dan kecemerlangan peperiksaan. Peruntukkan ini telah

diagihkan kepada setiap bidang untuk menjalankan program-program dan aktiviti

untuk pembangunan pelajaran seperti minggu sains, bulan bahasa serta program

sekolah yang difikirkan perlu. Jadual 3 menunjukkan senarai nama AJK PIBG

sesi 2015 . Gambar AJK PIBG di lampiran D.

Jadual 3 : Senarai Nama AJK PIBG 2015

BIL TUGAS NAMA1 Pengerusi En.S.Velan

2 Naib Pengerusi En.A.Jayakumar

3 Setiausaha Pn.S.Selvarany

4 Naib Setiuusaha Pn.S.Vecgeneswary

5 Bendahari Pn.K.Gowri

6 AJK Ibu bapa En.M.Mohan

7 AJK Ibu Bapa En.R.Raju

8 AJKIbu Bapa En.KSaravanan

9 AJK Ibu bapa En.J.Thangaraju

10 AJK Ibu bapa En.Kamalhassan

12 AJK Guru Pn.T.Muniammah

13 AJK Guru Pn.Aminah Bivi

14 AJK Guru Pn.Parameswary

15

Page 16: Sejarah Sekolah Watson

15 Juru Audit Ibu Bapa En.P.Ramadass

16 Juru Audit Guru Pn.R.Kogila

1.2. Data / Statistik

1.2.1. Entrolmen Murid

Sekolah ini mempunyai 46 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 6.

Walaubagaimanapun semasa kajian dijalankan jumlah murid mengikut enrolmen

sekolah ini adalah 1019. Entrolmen murid mengikut tahun adalah seperti

berikut :-

Jadual 4 : Billangan Murid 2009 hingga 2015

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

2009 423 419 842

2010 480 449 929

2011 477 450 927

2012 465 404 869

2013 442 567 1019

2014 467 454 921

2015 419 395 814

16

Page 17: Sejarah Sekolah Watson

1.2.2. Bilangan Staf

Pentadbiran sekolah ini diketuai oleh En.Tamilarasu A/L Subramaniam ( DG 41 )

yang mula bertugas mulai 2011 hingga kini. Beliau dibantu oleh 63 orang

guru dan 16 orang staf sokongan ( Lampiran E ).

Jadual 5 : Billangan Guru 2011 hingga 2015

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

2011 5 61 66

2012 5 61 66

2013 5 61 66

2014 5 51 56

2015 4 52 56

17

Page 18: Sejarah Sekolah Watson

1.2.3. Pencapaian Akademik dan Kokurikulum

i. Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa telah menunjukkan

peningkatan setiap tahun. Sekolah ini menduduki tempat kedua dalam

pencapaian UPSR . Turutan daripadanya, bidang akademik telah menjalankan

beberapa program untuk meningkatkan pencapaian sekolahnya ke arah

kecemelangan (Lampiran F). Berdasarkan Jadual 6, 7 dan 8 di bawah dapat

diperhatikan berlaku peningkatan pencapaian pada peperiksaan daripada tahun

2010 - 2014.

Jadual 6 : Keputusan UPSR 2010 – 2014

MATA PELAJARAN

THN% & GP

2010 2011 2012 2013 2014

B. Malaysia(Penulisan)

% 74.1 70.8 83.3 83.7 85.1

GPMP 2.50 2.75 2.54 2.53 2.23

B.Malaysia(Pemahaman)

% 78.7 84.4 76.3 69.6 67.5

GPMP 2.45 2.13 2.76 2.88 2.76

B. Tamil(Penulisan)

% 91.9 79.1 80.1 76.1 88.1

GPMP 1.77 2.59 2.70 2.56 2.26

B. Tamil (Pemahaman)

% 93.4 96.2 76.9 96.2 81.4

GPMP 2.01 1.56 2.42 1.58 2.56

B. Inggeris% 85.8 88.2 70.4 90.8 90.2

GPMP 2.33 2.12 2.96 2.02 1.93

Matematik% 91.4 90 92.5 95.1 85.6

GPMP 2.27 2.23 2.27 1.90 2.43

18

Page 19: Sejarah Sekolah Watson

Sains% 91.4 88.2 89.8 94.6 76.7

GPMP 2.41 2.42 2.59 2.18 2.84

Jadual 7 : Rumusan Pencapaian Akademik 2010 - 2014

Graf 1 : Peratus Kelulusan UPSR 2010 – 2014

19

TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014

BIL. MURID 197 209 186 184 194

PERATUS LULUS

65.4 64.1 61.8 63.04 60.3

GPS 2.25 2.26 2.61 2.23 2.43

Page 20: Sejarah Sekolah Watson

Graf 2 : GPS UPSR 2010 – 2014

Jadual 8 : Pencapaian 7A dalam UPSR ( 2010 - 2014 )

TAHUN 7A %

2010 3 1.52

2011 18 8.61

2012 4 2.15

2013 2 1.09

2014 11 5.67

20

Page 21: Sejarah Sekolah Watson

ii. Pencapaian Kokurikulum

Pencapaian Kokurikulum SJK(Tamil) Persiaran Raja Muda Musa telah

menunjukkan peningkatan setiap tahun. Berdasarkan jadual 9 dan jadual 10 di

bawah dapat diperhatikan bahawa sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan

dalam bidang kokurikulum sama ada di peringkat daerah, negeri mahupun

kebangsaan. Aktiviti-aktivti kokurikulum yang dijalankan boleh lihat di

lampiran G.

Jadual 9 : Pencapaian Kokurikulum peringkat daerah / negeri dan kebangsaan

TAHUN PERTANDINGAN PERINGKAT TEMPAT

2009 Pertandingan Teater (BM) Sekolah-sekolah Tamil

Kebangsaan Keempat

2010 Pertandingan Drama Bahasa Tamil Sekolah-sekolah Tamil Selangor

Negeri Keempat

Pertandingan Bercerita Bahasa Tamil Daerah Ketiga

2011 Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia Daerah Ketiga

Pertandingan Tarian Seni Budaya Sekolah-sekolah Tamil Selangor

Negeri Johan

2012 Tenis MSSM Individu (P) Negeri Ketiga

Pertandingan Badminton Antara Sekolah-sekolah Tamil Daerah Klang

Daerah Johan

Larian Berganti Daerah Johan

2013 Pertandingan Merentas Desa MSSD Daerah Keempat

2014 Pertandingan MSSD - Acara Balapan - Lontar Peluru

Daerah Johan

Karnival Barathiyar (UM) - Syarahan Kebangsaan Ketiga

Karnival Barathiyar (UM) - Syair Kebangsaan Ketiga

Pertandingan Drama Tamil Negeri Ketiga

Pertandingan Story TellingDaerah Johan

Negeri Ketiga

21

Page 22: Sejarah Sekolah Watson

Tamil Vizlaa – Pertandingan Mengarang BM

Negeri Johan

Tamil Vizlaa – Pertandingan Bercerita Negeri Johan

Jadual 9 : Pencapaian Kokurikulum peringkat daerah / negeri dan

Kebangsaan (sambungan)

TAHUN PERTANDINGAN PERINGKAT TEMPAT

2015 Pertandingan Bola Sepak antara sekolah tamil Wilayah dan Negeri Selangor

Negeri Ketujuh

Pertandingan Bercerita MGBT - Tahap 1Daerah Johan

Negeri Keempat

Pertandingan Syarahan Daerah Ketiga

Pertandingan Kabaddi – kumpulan perempuan

Daerah Ketiga

Tamil Vizlaa - menghafal Thirukkural (Tahun 6)

Negeri Johan

Tamil Vizlaa - menghafal Thirukkural (Tahun 5)

Negeri Ketiga

Tamil Vizlaa - bercerita Bahasa Inggeris (Tahap 2)

Negeri Johan

Mencipta Video Klip - MGBT Selangor Negeri Johan

Jadual 10 : Tokoh Murid Sekolah

TAHUN NAMAPENCAPAIAN

K`KULUM HEM KOKU PERINGKAT

2009 Renugah A/P Ravichandran

7A Pengawas Olahraga Daerah

2010 Anusia A/P Mohan 7A Pengawas Ujian Bertulis

Johan

Daerah

2011 Shivani A/P Ragavan 7A Pengawas Olahragawati MSSD

22

Page 23: Sejarah Sekolah Watson

2012 Suria A/L Partiban 7A Pengawas Bola Sepak MSSD

Negeri

2013 Sharmila A/P Manimaran

7A Pengawas Bola Jaring Daerah

2014 Yashini A/P Segar 7A Pengawas Lonrar Peluru

Johan

Daerah

1.2.4. Kejayaan-kejayaan Sekolah

Pelbagai kejayaan telah dicapai oleh sekolah ini dalam bidang kurikulum,

ko-kurikulum dan HEM, tidak ketinggalan juga dalam Pusat Sumber telah

mendapat kejayaan dan anugerah. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama

antara barisan kepimpinan sekolah dengan staf sokongan yang bersama-sama

memikul tanggungjawab bagi memastikan visi dan misi sekolah dapat dicapai.

Lampiran H menjelaskan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sejak tahun 2010

hingga 2014.

Jadual 11 : Senarai Penghargaan Sekolah

BIL PERKARA TAHUN PERINGKAT

1 Sijil Penghargaan Peningkatan Peratus Dan Gred Purata Sekolah dalam UPSR

2010 Daerah

2 Sijil Penghargaan Pencapaian Cemerlang 100% Literasi Dan Numerasi (LINUS)

2011 Daerah

3 Sijil Penghargaan Meningkatkan Prestasi Pencapaian Literasi Dan Numerasi

2012 Daerah

4 Sijil Penghargaan Peningkatan Peratus Lulus Dan Peningkatan Gred Purata Sekolah dalam UPSR

2013 Daerah

5 Sijil Pengiktirafan Mencapai 5 Star Di Dalam IQ-PSS

2014 Daerah

23

Page 24: Sejarah Sekolah Watson

LAMPIRAN A

GAMBAR-GAMBAR BANGUNAN LAMA

Bangunan Lama SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa dari 1930 - 1998

24

Page 25: Sejarah Sekolah Watson

Bangunan Lama Bersama Guru-guru SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa

LAMPIRAN B

GAMBAR-GAMBAR RUANG / BILIK KHAS

Bilik Guru Kantin

Pejabat

25

Page 26: Sejarah Sekolah Watson

Pondok Bacaan

LAMPIRAN B

GAMBAR-GAMBAR RUANG / BILIK KHAS

Bilik Pemulihan

Bilik Pandang Dengar

26

Page 27: Sejarah Sekolah Watson

Pusat Sumber

LAMPIRAN C

GAMBAR-GAMBAR BANGUNGAN TERKINI

Bangunan Utama Sekolah

27

Page 28: Sejarah Sekolah Watson

Bangunan Sekolah

LAMPIRAN D

GAMBAR-GAMBAR LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH DAN PIBG

Lembaga Sekolah SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa

28

Page 29: Sejarah Sekolah Watson

Gambar AJK PIBG SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa

LAMPIRAN E

GAMBAR-GAMBAR WARGA SEKOLAH

Staf sokongan SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa

29

Page 30: Sejarah Sekolah Watson

Guru-guru sesi pagi SJK(T) Persiaran Raja Muda Musa

LAMPIRAN F

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTVITI KURIKULUM

Program Bacaan Pagi

30

Page 31: Sejarah Sekolah Watson

LAMPIRAN F

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTVITI KURIKULUM

31

Page 32: Sejarah Sekolah Watson

Program Sinar Pagi

LAMPIRAN G

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Merentas Desa

32

Page 33: Sejarah Sekolah Watson

Lawatan PPD

LAMPIRAN G

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTVITI KOKURIKULUM

33

Page 34: Sejarah Sekolah Watson

Sambutan Hari Merdeka

LAMPIRAN G

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI-AKTVITI KOKURIKULUM

34

Page 35: Sejarah Sekolah Watson

Sambutan Saraswathy Poojai

LAMPIRAN G

GAMBAR-GAMBAR GURU PENYAYANG

35

Page 36: Sejarah Sekolah Watson

Sambutan Murid Sewaktu Hujan Pagi

LAMPIRAN H

GAMBAR-GAMBAR KEJAYAAN SEKOLAH

36

Page 37: Sejarah Sekolah Watson

Upacara Pemberian Keputusan UPSR

LAMPIRAN H

GAMBAR-GAMBAR SIJIL

37

Peningkatan Peratus / GPSUPSR 2010

Pencapaian 100% Literasi &Numerasi (LINUS) 2011

Meningkatkan Prestasi Pencapaian Literasi &

Numerasi (LINUS) 2012Peningkatan Peratus / GPS

UPSR 2014

Page 38: Sejarah Sekolah Watson

LAMPIRAN H

GAMBAR-GAMBAR SIJIL

38

5 Star IQ - PSS2014