pengenalan dan sejarah sekolah

Upload: leonlaguna

Post on 17-Jan-2016

298 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan dan sejarah sekolah

TRANSCRIPT

MINGGU ORIENTASI SEKOLAH(MOS)

KONSEP

Minggu Orientasi Sekolah merupakan satu program bagi Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI SR) jQAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorng guru. Program ini memberi peluang kepada pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.OBJEKTIF

Melalui program Minggu Orientasi Sekolah, pelajar dapat:

i. Memahami masyarakat sekolah.

ii. Mendapat pendedahan awal bagaimana murid belajar, pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran.

iii. Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.

iv. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya sekolah.

v. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan refletif.PENGENALAN DAN SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah dibina pada tahun 1988. Sekolah ini siap pada 1 Julai 2000 dan dibuka pada 12 September 2000. Mempunyai keluasan 7 ekar dan memuatkan 4 blok bangunan 3 tingkat.

Sekolah ini diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 September 2000. Upacara perasmian sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah diadakan pada 4 April 2004 yang telah dirasmikan oleh Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Abdul Rafie bin Mahat.

Pada tahun 2007 sebuah bangunan telah didirikan bagi menempatkan kelas prasekolah. 2 buah kelas telah ditempatkan di bangunan tersebut. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk silap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Objektif Prasekolah ialah Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Kegemilangan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah tercipta pada tahun 2007 apabila menjadi Naib Johan sekolah Harapan Negara peringkat negeri Selangor dan Johan Peringkat daerah Gombak. Semenjak itu, sekolah ini telah melalui pelbagai kejayaan terutamanya dalam bidang kokurikulam sehingga ada yang menempa kejayaan samada diperingkat negeri dan kebangsaan.LENCANA SEKOLAH

WARNA SEKOLAH

KUNING warna diraja MERAH HATI keberanian dan kegigihanBIRU ketenangan dan kesabaran menuju wawasanPUTIH kesucian dan kebersihanHITAM kematangan dan kegigihanLOGO

HURUF u - mewakili unit pentadbiran sekolah BUKU - berilmu, beramal

HURUF b - melambangkan perkara bestari, berusaha, berilmu, berbakti, dan berdikariVISI SEKOLAHMELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU DAN BERINTEGRITI, SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

MISI SEKOLAHBERUSAHAN MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH TEMPAT YANG KONDUSIF, SELAMAT, BERSIH DAN CERIA

MOTO SEKOLAH

BERUSAHA PELAJAR DAN GURU BERUSAHA KE ARAH MEREALISAS SATU WAWASANBERILMU - ILMU MENJADI ASAS PENDIDIKANBERDIKARI BERUPAYA MEMANFAATKAN ILMU YANG DIPELAJARIFALSAFAH SEKOLAH

Membentuk budaya penyanyang di kalangan warga sekolah iaitu:Sayang Agama Sayang Negara

Sayang Keluarga Sayang Guru

Sayang Diri Sayang Rakan

Sayang Sekolah Sayang Alam

Melahirkan warga sekolah yang berdaya maju:

Progresif, Inovatif, Kreatif, Kearah Sains dan Teknologi

Membina generasi yang berbudaya ilmu, berdisiplin, berketrampilan dan bersemangat waja kearah kecemerlangan.

Mewujudkan suasana ceria dan dembira dalam proses Pengajaran & Pembelajaran.

Menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat antara warga sekolah dengan masyarakan tempatan.MATLAMAT SEKOLAH

1. Menyediakan segala kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini bagi mewujudkan suasana serta iklim persekolahan yang kondusif bagi membolehkan semua pelajar terpilih, mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan kearah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan Negara.

2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlangan melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

3. Melahirkan pelajar yang akan menjadi insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai nilai hidup masyarakat Malaysia.

4. Melahirkan pelajar SKTBI yang mempunyai kemanpanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.5. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SKTBI supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan.

6. Melahirkan warga SKTBI yang mengamalkan budaya penyayang.

7. Melahirkan pejalar SKTBI yang dapat menguruskan kerja kerja denngan cekap, pantas tepat dan bijaksana.

8. Menyediakan peluang relevan bagi pelajar mencapai kecemerlangan.

9. Menguasai asas asas pembelajaran bagi mencapai pretasi akademik yang tertinggi.

10. Mengembang kemahiran kemahiran pembelajaran supaya dapat belajar dengan berkesan dan menghasilakan keputusan cemerlangan.

11. Memupuk semangat pembelajaran seumur hidup bagi meningkat bidang keilmuan berterusan disamping menyedia peluang bagi pelajar membuat persiapan kerjaya demi menjamin kehidupan masa hadapan.

SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANa. Alatan Fizikal

Lazimnya kompleksiti sesuatu sistem itu dan alatan fizikal sesebuah sekolah itu mempengaruhi suasana keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan membuat pesepsi awal tentang struktur dan organisasi persekitaran dan akan terus didedahkan dengan pengalaman ini di sepanjang mereka berada di sekolah tersebut.

Aktiviti 1

Data yang perlu dikumpulkan:

Bilangan murid keseluruhan: 1733

Bilangan bilik darjah:

Darjah 18 buah kelas

Darjah 2

8 buah kelas

Darjah 3

8 buah kelas

Darjah 4

8 buah kelas

Darjah 5

8 buah kelas

Darjah 6

8 buah kelas

Jumlah

48 buah kelas

Saiz kelas/Jumlah murid dalam kelas:

Saiz kelas30 x 20

Purata murid dalam kelas36 orang

Bilangan guru: LelakiPerempuan

29

64

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah

68000 Ampang

Selangor Darul Ehsan.

Kedudukan

: Bandar

Kategori Sekolah: Zon B

b. Suasana Bilik Darjah

Guru mempunyai kuasa dari segi penyusunan perabot, kedudukan murid, pemilihan bahan dan lain-lain. Cara guru menguruskan semua ini dan perhatian yang diberikan untuk mewujudkan suasana ynag kondusif termasuklah keceriaan kelas adalah satu faktor yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti 2Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap kelas, jawab soalan berikut :

PELAN BILIK DARJAH (A) KELAS 4 CEMERLANG (PENDIDIKAN ISLAM)

Sudut InfoPapan PutihSudut InfoMeja Guru

Papan Kenyataan

PELAN BILIK DARJAH (B) KELAS 6 IMPIAN (BAHASA ARAB)

Papan Putih

Sudut Info

Meja GuruSudut Info

Papan Kenyataan

Sudut Bacaan

Sudut PPDa

(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan. Sumber asas papan tulis dihadapan kelas. Guru bijak menggunakannya supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di papan putih. Bahan-bahan bercetak seperti keratan-keratan akhbar atau majalah serta carta-carta dilekatkan di papan kenyataan di bahagian belakang untuk memudahkan murid membuat rujukan. Hasil kraf tangan murid akan dipamerkan dan dilekatkan dibahagian belakang kelas.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?

Bahan-bahan bercetak seperti keratan akhbar ataua majalah serta carta dilekatkan di papan kenyataan di bahagian belakang sebagai bahan pengajaran untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi ransangan murid menjalankan aktiviti tambahan.

Buku-buku cerita, majalah kanak-kanak dan surat khabar diletakkan di sudut bacaan sebagai bahan tambahan kepada buku teks dan menjadi bahan bacaan di waktu lapang.

(3) Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan?

Murid dapat bergerak bebas dibawah pengawalan guru.

Murid diberi tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

(4) Kenal pasti caramana murid diletakkan dalam kumpulan.

Murid-murid terdiri daripada pelbagai tahap dalam satu-satu kumpulan.

Murid-murid yang agak lemah atau nakal ditempatkan dibarisan hadapan kelas supaya guru dapat memantau dan memberikan perhatian kepada mereka.

Murid-murid tidak dikelaskan berdasarkan kepada kecerdasan, sederhana dam lembab dalam satu-satu kumpulan.

Dibentuk mengikut aktiviti atau tugasan yang diberi.(5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?Kelas (A) Tahun 4 Cemerlang

Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan bijak seperti memulakan pengajaran dengan mengimbas semula pelajaran yang lepas bagi menarik minat murid untuk mengikut sesi pembelajaran. Di akhir pengajaran, guru membuat aktiviti bermain kuiz untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari.

Kedudukan murid di dalam kumpulan tidak mengikut tahap pencapaian masing-masing. Ini kerana untuk menggalakkan murid-murid yang bagus dapat membantu murid-murid yang lemah. Keadaan di dalam kelas agak baik dan terkawal.Kelas (B) Tahun 6 Impian

Guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik seperti mengimbas kembali perkataan-perkataan Bahasa Arab yang telah dipelajari dan mengaitkan dengan pelajaran yang hendak dipelajari. Guru menulis perkataan-perkataan Bahasa Arab yang baru dipelajari di papan putih supaya murid dapat menyalin dan mengingatinya.

Kedudukan murid di dalam kumpulan tidak mengikut tahap pencapaian masing-masing. Keadaan di dalam kelas agak tidak terkawal.(6) Apakah yang membuat ianya berbeza?

Perbezaan ini berlaku disebabkan :

Guru menggunakan sepenuhnya sumber asas iaitu papan putih dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat murid-murid. Cara penyampaian guru untuk menarik minat murid.

Bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan terlaksana kawalan kelas yang berkesan dari guru mestilah bijak.c. Peraturan dan Disiplin SekolahAktiviti 3(1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah?

Peraturan SekolahPERKARA 1 : MASA PERSEKOLAHAN.

1.1 Loceng pertama dibunyikan 10 minit sebelum waktu pertama persekolahan.1.2 Waktu rehat selama 20 minit. Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru dan pengawas.

1.3 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan semula murid mesti berbaris di dataran perhimpunan harian dan masuk ke kelas dengan arahan guru dan kawalan pengawas yang bertugas.

1.4 Waktu pertukaran kelas.

1.5 Apabila loceng waktu pulang dibunyikan semua murid mesti keluar dengan senyap dan teratur denag diawasi oleh guru terakhir dan pengawas.PERKARA 2 : PERHIMPUNAN KHAS/HARIAN

2.1Semua murid diwajibkan hadir.

2.2Semua murid mestyi berbaris mengikut kelas masing-masing.

2.3Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

2.4Selepas perhimpunan, semua murid mesti beratur ke kelas masing-masing dengan teratur dan senyap.PERKARA 3 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

3.1Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana mesti dipakai pada hari-hari persekolahan, menghadiri acara rasmi sekolah dan semasa membuat lawatan rasmi.3.2Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah sehingga pulang ke rumah.PERKARA 4 : KEDATANGAN

4.1Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya :

4.1.1Pada semua hari persekolahan :

( 7.25 pagi sesi pagi )

( 1.00 petang sesi petang )

4.1.2Aktiviti kokurikulum

4.30 6.00 petang ( Isnin Jumaat )

7.30 11.00 pagi ( Sabtu )

4.2Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doctor atau surat keterangan daripada ibu bapa/penjaga. Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.4.3Ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab mengikut Sistem Penalti ( lampiran ).

4.3.1Tidak hadir tiga hari pertama, surat amaran pertama dihantar.

4.3.2Tidak hadi tujuh hari seterusnya, surat amaran kedua dihantar.

4.3.3Tidak hadir tujuh hari seterusnya, surat tindakan memotongan nama murid berkenaan dihantar kepada ibu bapa/penjaga.

4.4Dalam masa persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa/penjaga dekehendaki mengisi boring kebenaran balik dan dicatat ke dalam buku kebenaran keluar sekolah di pejabat.

4.6Murid yang lewat pada hari persekolahan akan didenda mengikut Sistem Penalti.

PERKARA 5 : KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

5.1.1Tanggungjawab seorang murid adalah menjaga kebersihan bilik darjah dan bertugas mengikut jadual tugasan harian.

5.1.2Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas.

5.1.3Setiap kelas mesti mempunyai sudut P & P dan Sudut Info.

5.1.4Sebelum meninggalkan kelas, kerusi/meja mesti disusun dengan teratur. Lampu, kipas dan pintu mesti ditutup.

5.1.5Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi/meja/perabot antara kelas.

5.1.6Murid-murid yang berada di dalam Kelas Terkotor dalam pertandingan akan didenda menjalankan aktiviti khidmat sosial.

5.2Kawasan Sekolah

5.2.1Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.5.2.2Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut oleh murid dan dibuang ke dalam tong sampah.

5.2.3Semua murid dilarang menconteng dinding.

5.2.4Semua murid dilarang mengotorkan kawasan sekolah.

5.3Tandas Sekolah

5.3.1Semua murid mesti menggunakan tandas dengan betul dan menjaga kebersihan serta tisak membuang sebarang sampah ke dalam lubang sampah.

5.3.2Semua murid dilarang menconteng dinding tandas dengan sebarang alat.

5.3.3Murid-murid hendaklah berjimat menggunakan air dan menutup paip setelah digunakan.

5.4Papan Kenyataan

5.4.1Sebarang kenyataan yang ditampal/ditulis mesti mendapat kebenaran guru.

5.4.2Hanya gambar/maklumat yang sesuai sahaja ditampal.

5.4.3Kenyataan yang lama atau tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

5.4.4Semua murid mestilah menghargai maklumat pada papan kenyataan dan tidak meminda kenyataan yang ada.

5.5 Harta Benda Sekolah

5.5.1Menjadi tanggungjawab semua murid untuk menjaga harta benda sekolah yang terdapat di dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber dan di mana-mana sahaja di dlamk kawasan sekolah.

5.5.2Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

5.5.3Kerosakan yang dilakukan oleh murid/ibu bapa hendaklah diganti oleh murid sendiri mengikut harga yang diputuskan oleh Badan Disiplin.

5.5.4Semua bentuk harta benda sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan/diletakkan ke tempat asal dalam keadaan baik.

PERKARA 6 : TATATERTIB DAN KESOPANAN

6.1Setiap murid harus mengenali semua guru dan kakitangan sekolah.

6.2Setiap murid mesti menghormati guru-guru/kakitangan sekolah/pelawat/pengawas dan murid lain.

6.3Ucapan salam sejahtera hendaklah diucapkan apbila bertemu antara satu dengan yang lain.

6.4Semua murid mesti menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik pasa sepanjang persekolahan dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

6.5Semua murid mestilah mendapatkan PAS KELUAR KELAS daripada guru sebelum berurusan di luar kelas.

6.6Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja yang ditemui.

PERKARA 7 : SENARAI SALAH LAKU MENGIKUT SISTEM PENALTI

Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar peraturan sekolah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.PERKARA 8 : LAIN-LAIN

8.1Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan ke sekolah.8.2Ibu bapa yang ingin berurusan dengan guru/pihak pentadbiran/anak msetilah mendapat PAS PELAWAT di Pos Pengawal Keselamatan.

8.3Sebarang perjumpaan yang melibatkan guru mestilah mendapat kebenaran Guru Besar dan diadakan di pejabat sekolah.

Peraturan Bilik Darjah Pelajar-pelajar hendaklah senyap apabila masuk dan berada di dalam kelas.

Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan kerusi dan meja yang dikhaskan kepadanya sahaja. Pertukaran tempat duduk hendaklah dengan kebenaran Guru Kelas.

Pelajar-pelajar hendaklah senyap, menumpukan perhatian dan sopan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar-pelajar hendaklah bangun ketika guru, Guru Besar atau pelawat masuk atau keluar kelas (ucapan salam/ selamat pagi/ tengahari/ petang/ sejahtera & terima kasih hendaklah diucapkan beramai-ramai diketuai oleh ketua kelas.

Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kerusi dan mejanya. Kedudukan kerusi dan meja hendaklah tersusun kemas.

Bilik kelas hendaklah sentiasa bersih. Papan hijau/ putih hendaklah bersih sebelum guru masuk.

Cermin tingkap hendaklah sentiasa bersih dan hendaklah terbuka pada masa belajar.

Kerosakan pada sebarang alat dalam bilik kelas hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

Masa rehat, pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali dengan kebenaran guru.

Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke kelas lain kecuali dengan kebenaran guru.

Pelajar-pelejar hendaklah beratur, berjalan dalam barisan dengan senyap ketika hendak keluar ke Makmal Sains, Makmal Komputer, bilik KHB dan lain-lain.

Pastikan lampu atau kipas digunakan pada masa yang sesuai dan hendaklah ditutup apabila meninggalkan kelas.

(2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan tersebut?Pelajar-pelajar sekolah ini tidak dibekalkan dengan buku disiplin tetapi meraka dibekalkan dengan buku kesalahan bersertakan merit bagi setiap kesalahan. Selain itu, setiap kesalahan berserta merit disenaraikan dan ditampal di dalam kelas supaya murid-murid ini dapat membaca dan sentiasa berjaga-jaga serta beringat akan setiap kesalahan yang akan dilakukan.Sementara itu, pengawas juga memainkan peranan penting bagi mambantu menurangkan masalah disiplin di sekolah. Peranan pengawas sekolah ialah :

Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh murid-murid sekolah ini.

Pengawas-pengawas perlu menjalankan tangguangjawab denag jujur, dedikasi dan berani ketika menjalankan tugas.

(3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah.

Murid-murid yang didapati melakukan kesalahan melanggar peraturan sekolah akan dikenakan merit.

Sekiranya kesalahan yang dilakukan berulang kali, pihak sekolah akan memberi amaran secara lisan. Jika berulang lagi, pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran untuk diberikan kepada ibu bapa/penjaga.KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

Sebahagian besar daripada kompenan guru bergantung kepada kemampuannya menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada isu ini termasuklah persediaan, merancang, menstruktur pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid.

a) Pengurusan Bilik Darjah Pengalaman pembelajaran seseorang murid itu adlah dipengaruhi oleh bagaimana ianya si perkenalkan kepadanya. Murid akan hilang tumpuan jika sesuatu aktiviti itu dijalankan pada jangka waktu yang terlalu lama. Mereka memerlukan rangsangan untuk bertahan. Permulaan dan penutup sesuatu pelajaran itu adalah fasa-fasa kritikal dalam perancangan seseorang guru. Pergerkan dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain dan memulakan dan menghadiskan tugasan memerlukan kamahiran guru.Aktiviti 4

1) Bagaimanakah murid memberi tumpuan?

Guru (A) Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan kelas tersebut menggunakan pemusatan kepada guru.

Dengan berlakunya komunikasi sehala ini, pelajar memberi tumpuan yang sepenuhnya pada penerangan guru.

Murid-murid memberi tumpuan dengan baik.

Guru (B)

Tumpuan murid-murid kepada guru berlaku dalam keadaan sehala. Ini kerana penyusunan kelas tersebut menggunakan pemusatan kepada guru.

Dengan berlakunya komunikasi sehala ini, pelajar hanya mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Murid-murid kurang memberi tumpuan walaupun guru mebilatkan penglibatan semua pelajar.

2) Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?

Guru (A)

Semua murid terlibat dalam perbincangan. Guru melibatkan murid-murid dalam perbincangan secara aktif. Ini membolehkan muruid-murid akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat.

Murid-murid lebih aktif, prihatin dan memberi tindakbalas yang baik dalan akitiviti perbincanagan.

Guru (B)

Guru melibatkan murid-murid dalam perbincangan secara aktif tetapi hanya segelintir pelajar yang tidak melibatkan dirinya. Ini kerana mungkin ianya tidak meminati subjek tersebut.

Murid yang aktif kemungkinan meminati subjek yang diajar atau menyenangi cara guru tersebut mengajar.

3) Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?Guru (A)

Guru ini melakukan pengajaran melalui sesi soal jawab mengenai pelajaran yang lepas. Kemudian akan menerangkan mengenai pelajaran yang akan diajar dan ia melibatkan pengetahuan dan kemahiran guru.

Guru ini memberikan latihan kepada murid-murid supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Apabila guru memberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya berubah menjadi naik. Ini memudahkan murid-murid untu membezakan antara perkara yang penting atau yidak penting.

Guru ini juga mengaitkan pelajaran dengan isu semasa supaya murid-murid mendapat gambaran yang jelas.

Guru (B) Guru ini melakukan pengajaran melalui peneranagan dan penulisan di papan putih.

Guru ini mengaitkan pelajaran yang diajar dengan pelajaran yang sebelumnya. Ini kerana ia berkait rapat dan dengan cara ini murid dapat mengingat kembali pelajaran yang lepas.

Guru akan menulis di papan putih dan memberi penekanan supaya murid-murid lebih memahami apa yang diajar.

Apabila guru memberi tekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya berubah menjadi naik. Ini memudahkan murid-murid untu membezakan antara perkara yang penting atau yidak penting.

4) Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.

Guru (A) Ya. Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Guru akan memberi penerangan semula sekiranya ada diantara murid-murid yang tidak memahami.

Sewaktu berkomunikasi, guru memastikan menggunakan bahasa baku serta bahasa yang mudah dan tepat supaya murid-murid dapat memahami apa yang hendak disampaikan.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suara ketika mengajar di dalam kelas. Guru akan memastikan suaranya jelas dan kuat supaya murid di bahagian belakang dapat mendengar suaranya.

Guru (B)

Ya. Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang jelas dan tepat. Guru akan bertanya sama ada murid faham atau tidak. Sewaktu berkomunikasi, guru memastikan menggunakan bahasa baku serta bahasa yang mudah dan tepat supaya murid-murid dapat memahami apa yang hendak disampaikan.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suara ketika mengajar di dalam kelas. Guru akan memastikan suaranya jelas dan kuat supaya murid di bahagian belakang dapat mendengar suaranya.

5) Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?

Guru (A)

Guru ini memberikan arahan yang jelas dan tepat supaya murid-murid dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui pengajaran secara lisan.

Guru ini membuat pantauan ketika murid-murid menjawab soalan di dalam buku latihan.

Guru dan murid-murid berbincang berkenaan latihan yang dibuat. Sekiranya ada yang salah, guru meminta ia dibetulkan kembali.Guru (B)

Guru ini memberikan arahan yang jelas dan tepat supaya murid-murid dapat menjalankan tugas dengan efektif melalui pengajaran secara lisan.

Guru ini membuat pantauan ketika murid-murid menjawab soalan di dalam buku latihan.

Guru dan murid-murid berbincang berkenaan latihan yang dibuat. Sekiranya ada yang salah, guru meminta ia dibetulkan kembali.

6) Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan/tidak ada tugasan?

Guru (A)

Guru ini sangat tegas dalam memberikan tugasan. Setiap tugasan yang diberi mestilah dihantar dan kepada murid yang tidak menyiapkan tugasan tersebut guru ini memberi amaran. Guru ini dapat menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru ini merancang penyampaian pengajaran yang teliti yang akan membantu mengawal disiplin kelas.

Guru (B)

Guru ini tegas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid-murid yang telah siap tugasan/tidak ada tugasan, guru ini meminta supaya mereka ini duduk dalam keadaan baik dan senyap. Sekiranya murid-murid ini melakukan kesalahan, guru ini memberi amaran yang tegas. Guru ini merancang penyampaian pengajaran yang teliti yang akan membantu mengawal disiplin kelas.

7) Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain?

Guru (A)

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak dengan segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain.

Guru ini memberitahu kepada murid-murid apabila ingin berubah dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Langkah ini perlu untuk mengelakkan murid-murid terlepas untuk mendengar penerangan guru dan ini menyebabkan murid-murid menjadi keliru.

Guru (B)

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak dengan segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain.

Guru ini memberitahu kepada murid-murid apabila ingin berubah dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain.

Langkah ini perlu untuk mengelakkan murid-murid terlepas untuk mendengar penerangan guru dan ini menyebabkan murid-murid menjadi keliru.

8) Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?

Guru (A)

Guru ini memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini dapat mendisiplinkan murid-murid supaya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberi. Guru ini juga memberi amaran dengan tegas tidak akan menanda buku mereka sekiranya murid-murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

Guru (B)

Guru ini mengingatkan murid-murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Dengan cara ini, murid-murid akan mengingati dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru secara tidak langsung akan mendisiplinkan diri murid-murid.

Guru ini juga memberi amaran dengan tegas tidak akan menanda buku mereka sekiranya murid-murid tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

9) Bagaimanakah guru menamatkan pengjarannya?

Guru (A)

Guru ini melakukan permainan kuiz berkenaan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru memberi penerangan secara ringkas untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid.

Guru memberi motivasi dan nasihat yang berkaitan mengenai pelajaran yang telah dipelajari.Guru (B)

Guru membuka sesi soal jawab kepada murid-murid untuk memastikan kefahaman murid.

Guru memberi penerangan ringkas sebelum menamatkan pengajarannya. Guru memberi motivasi dan nasihat yang berkaitan mengenai pelajaran yang telah dipelajari.

b) Kemahiran Mengajar dan Stategi PengajaranGuru mempunyai kemahiran yang pelbagai. Ada yang jelas, seperti menulis dengan kemas dan jelas di papan tulis. Guru yang berkemahiran akan membuatkan sesuatu yang susah itu kelihatan mudah. Oleh yang demikain, adalah wajar seseorang bakal guru itu memiliki kemahiran ini dan memerlukan banyak latihan.

Aktiviti 5

Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar1) Penggunaan SoalanGuru (A)

Teknik soal jawab secara lisan

Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas. Penggunaan tatabahasa, tanda soal. Contoh: Apakah....

Guru (B)

Di awal sesi pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran penyoalan kepada murid-murid untuk mengingati kembali topik yang lepas.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran guru menyoal makna-makna perkataan yang telah dipelajari. Menggunakan soalan yang mudah supaya murid-murid memahami apakah yang diminta oleh guru.

2) Memberi Penerangan

Guru (A)

Memberi penerangan dengan jelas dan terperinci mengenai topik yang dipelajari.

Penerangan yang diberi disertakan dengan contoh dan kisah teladan untuk menarik perhatian murid.

Setiap keterangan dikaitkan dengan isu semasa.

Guru (B) Memberikan penerangan dengan mengaitkan apa yang telah dipelajari.

Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan menunjukkan buku teks.

Setiap keterangan dikaitkan dengan keadaan sekeliling.

3) Pergerakan Penyampaian Dalam PengajaranGuru (A)

Guru melakukan aktiviti bersama murid.

Guru berpusat dibahagian hadapan kelas untuk menarik minat murid supaya memberi tumpuan.

Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala dan ianya dapat menarik minat murid-murid.

Guru (B)

Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan serta ke hadapan dan ke belakang.

Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala dan ianya dapat menarik minat murid-murid.4) Penggunakan Alatan

Guru (A)

Menggunakan buku teks.

Guru (B)

Menggunakan buku teks.

5) Respons Kepada Kerja Murid

Guru (A)

Guru akan memastikan semua buku latihan dihantar oelh murid-murid sebelum menyemak tugasan yang diberi.

Guru (B)

Guru amat menitik beratkan tugasan yang diberikan kepada murid-murid.

6) Penggunaan Suara Dan eye contactGuru (A)

Penggunaan suara yang jelas dan tepat.

Penggunaan eye contacs yang baik kerana melihat keseluruhan pelajar.

Guru (B)

Penggunaan suara yang jelas dan tepat. Guru mempunyai suara yang lembut tetapi tegas.

Penggunaan eye contacs yang baik kerana melihat keseluruhan pelajar.

7) Pergerakan Badan

Guru (A)

Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan topik yang diajar.Guru (B)

Guru banyak menggunakan pergerakan tangan dan kepala kerana ia bersesuaian dengan topik yang diajar dan untuk menarik minat pelajar.

Aktiviti 6Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan

kelemahan, persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan

apa yang anda dapat pelajari daripadanya.KEKUATAN

Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengjar yang tinggi Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan pretasi dalam sesi pembelajaran. Guru melayan soalan dan idea murid dengan sikap terbuka.

Guru mengingati setiap nama murid.

Guru mengajar murid berdasarkan kebolehan mereka.

KELEMAHAN Guru tidak menggunakan alatan bantuan mengajar. Hanya tertumpu kepada buku teks. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurang menarik menjadikan murid-murid merasa bosan dan mula membuat bising.

Guru kadang-kadang menggunakan nada suara yang agak perlahan menyebabkan murid-murid yang dibahagian belakang kurang memberi tumpuan.PERSAMAAN Guru melibatkan semua murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dam pembelajaran. Guru menggunakan seluruh anggota dan eye contacs ketika memberi penerangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menggunakan pendekatan imbas kembali pelajaran yang telah dipelajari.KELAINAN

Guru menjalankan permainan kuiz untuk mengukuhkan lagi kefahaman murid.

Guru menulis setiap perkataan baru di papan putih supaya murid dapat menyalinnya dan mengingatinya.KEMUDAHAN FIZIKAL DAN PERALATANBuat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan

bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya.

Apakah kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum

diwujudkan. Buat nota ringkasBilBentuk kemudahan/alatanAda/TiadaCadangan

1Stor Sukan

Ada

2Makmal Sains

Ada

3Bilik Muzik

Ada

4Bilik KHBAda

5Bilik SeniAda

6Bilik Pend. IslamAda

7Bilik GerakanAda

8Bilik KomputerAda Semua pelajar perlu diberi

peluang untuk menggunakannya.

9Pusat SumberAdaMenambah buku-buku

keagamaan.

10Bilik DisiplinAda

11SurauAda

12Bilik KualitiAda

13Bilik j-QAFAda

14Bilik KauselingAdaMembimbing pelajar-pelajar

yang bermasalah.

15Bilik PemulihanAda

16Dewan BesarAda

17Bilik PEPAda

18Bilik RawatanAda

20Bilik BOSSAdaMemperbanyakkan buku supaya dapat menggantikan buku yang telah rosak.

LAMPIRANPENTADBIR SESI PAGI. DARI KIRI GURU BESAR, PENOLONG KANAN 1, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

SEKOLAH ZON BEBAS D.A.R.I.H ( DADAH, ALKOHOL, ROKOK, INHALEN, HIV)

PEJABAT SEKOLAH

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

BILIK j-QAF

KEDAI KOPERASI SEKOLAH

SURAU SEKOLAH

CARTA ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ( GURU PENDIDIKAN ISLAM DAN GURU j-QAF )