folio sejarah sekolah saya smk jalan tiga bangi 2011

39
ELEMEN 1 ELEMEN 1

Upload: siti-nurarifah-yahizan

Post on 05-Jul-2015

2.074 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

ELEMEN 1

ELEMEN 1

1. Nama majalah: Cendikia XIII

Nama Pengerusi Sidang Redaksi: Azyulail Azra

Page 2: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

2. Tempat Kajian: Sekitar Smk Jalan Tiga Bandar Baru Bangi

3. Laman Web Internet : www.smkj3.edu.my

: www.google.com.my/smkj3

: www.yahoo.com.my/smkj3

4. Nama Orang sumber: Pn.NurFatihah bt. Razali

Tarikh temubual: 18 Mei 2011

Masa temubual: 4:25 petang

Page 3: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

MAJALAH

ORANG SUMBER

Page 4: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Mei 2011 4:25 petang

Soalan-soalan temubual bersama Pn.NurFatihah bt.Ahmad Razali di Bilik Guru.

1. Adakah cikgu gembira berkhidmat di sekolah ini?

Ya

2. Apakah peranan cikgu sebagai AJK PIBG?

Bendahari Kehormat PIBG

3. Apakah sumbangan PIBG kepada sekolah?

Sumbangan kasut spike untuk olahraga

Page 5: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

4. Adakah asrama dibina pada masa yang sama sekolah dibina?

Tidak pasti

5. Pada pendapat cikgu,adakah sekolah ini dapat menjadi sekolah yang lebih cemerlang pada masa akan datang?

Insyaallah..

MELAWAT

TEMPAT KAJIAN

Page 6: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

PERKHIDMATAN INTERNET

Page 7: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

ELEMEN 2

SEJARAH SEKOLAH SMK JALAN TIGA

Page 8: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

SENARAI KANDUNGAN

Bil.

Perkara Muka surat

1. Senarai kandungan2. Penghargaan3. Objektif Kajian4. Kaedah Kajian5. Hasil Kajian6. Rumusan7. Lampiran

Page 9: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

8. Rujukan

Penghargaan…Assalamualaikum. Pertamanya saya bersyukur ke hadrat ilahi

kerana dengan limpah dan kurnianya memberi saya keizinan,semangat dan tenaga bagi menyiapkan tugasan ini pada

waktu yang ditetapkan.

Di samping itu,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Sejarah saya,Pn NorHidayah bt. Tawel kerana

memberikan banyak bantuan dan penerangan kepada saya untuk menghasilkan tugasan Folio Sejarah ini.

Selain itu,ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibu saya, Hajah Siti Hatijah bt. Hj.Abdul Latif dan ayah saya,Hj.Yahizan b.

Hj.Che Yap kerana mengeluarkan banyak kewangan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Page 10: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Bagaimana pun,tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya mencari maklumat-maklumat berkaitan

“Sejarah Sekolah” ini.

Akhir kata,saya merakamkan jutaan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembikinan folio ini samada secara

langsung mahupun tidak langsung. Sekian Terima Kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 11: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif atau tujuan saya melaksanakan tugasan ini. Pertamanya,dapat menanamkan sifat kecintaan

dan keprihatinan terhadap sekolah. Kita sedia ,maklum bahawa sekolah merupakan rumah kedua kepada para pelajar. Justeru,para pelajar digalakkan untuk mengetahui dengan lebih

lanjut tentang sekolah.

Selain itu,dapat mengetahui tentang sejarah,kegemilangan dan pencapaian sekolah. Dengan mengetahui pencapaian sekolah,para pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar di

sekolah yang dicintai.

Di samping itu,dapat mengembangkan budaya ilmu dalam kehidupan. Di abad ini,ramai para pelajar yang tidak berminat

lagi untuk belajar. Mereka lebih gemar untuk melepak dan membuat kerja yang tidak berfaedah. Jadi,ini adalah salah satu

cara untuk menarik minat pelajar untuk kembali ke sekolah.

Itu adalah beberapa objektif kajian saya menjalankan kajian ini.

Page 12: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

KAEDAH KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

Dalam menyiapkan tugasan ini,terdapat beberapa kaedah kajian yang saya gunakan,pertama,pemerhatian. Saya telah

Page 13: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

memerhatikan di setiap blok bangunan sekolah dan blok bangunan asrama.

Seterusnya,saya telah menggunakan kaedah perkhidmatan internet. Saya telah mencari pelbagai bahan dari internet untuk

dimuatkan dalam tugasan ini.

Di samping itu,saya juga telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan tentang sekolah saya melalui

majalah sekolah edisi XIII untuk memperoleh pelbagai maklumat mengenai sekolah saya.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedah temu bual. Saya telah menyoal jawab guru saya, Pn. Fatihah Bt. Razali sebagai orang sumber. Saya telah menemu bual beliau di bilik

guru sewaktu rehat pada Mei 2010.

Itulah beberapa kaedah yang telah saya gunakan sepanjang menjalankan kajian ini.

Page 14: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

HASIL KAJIAN

1.Latar Belakang Sekolah .

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga (SMK J3) Bandar Baru Bangi telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 November 1994. Namun sesi

persekolahanya telah dimulakan pada 1 Disember 1994. Pada awalnya,SMK J3 telah berkongsi premis dengan Sek. Men. Keb. Jalan Reko,Kajang di Fasa

5,Bandar Baru Bangi.

Page 15: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

27 November 1995 merupakan hari bersejarah bagi SMK J3 kerana pada hari tersebut,sekolah ini telah berpindah ke premis barunya di Fasa 3,Bandar

Baru Bangi. Premis ini mempunyai 5 blok bangunan bagi menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran serta 2 blok asrama. Selain itu,terdapat juga

dewan,Dewan Tun Sri Lanang. Sebuah bilik komputer sebuah bilik mesyuarat,6 buah makmal sains,bengkel-bengkel kemahiran hidup,surau

dan sebuah pusat sumber. Pejabat guru pula merupakan sebuah bilik yang disediakan khas untuk para guru yang luasnya 4 buah bilik darjah,Pejabat

Pentadbiran,dan kantin.

Kini,SMK J3 telah beroperasi selama 16 tahun. Jumlah pelajar sekolah ini meningkat dari 1080 orang pelajar kepada 1380 orang pelajar pada tahun 1998. Memandangkan jumlah bilangan pelajar telah meningkat,lebih ramai lagi tenaga pelajar diperlukan bagi menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini. Seramai 69 tenaga pengajar ditempatkan untuk tujuan itu. Kakitangan sokongan yang berkhidmat di sini ialah seramai 13

orang.

Kecemerlangan murid-murid Kelas Aliran Agama (KAA) yang ditawarkan diperingkat menengah rendah dan menengah atas merupakan keistimewaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3. Kelas Aliran Agama (KAA) berjaya

melahirkan murid-murid cemerlang peringkat PMR dan SPM. Kecemerlangan Kelas Aliran Agama (KAA) menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar-pelajar yang lain. Faktor ini telah membantu menghasilkan keputusan cemerlang di peringkat PMR dan SPM sehinggakan Sekolah Menengah

Kebangsaan Jalan 3 menjadi rebutan dan pilihan ibu bapa di sekitar Bandar Baru Bangi.

Dewan Tun Sri Lanang terletak di hadapan jalan masuk utama( Laluan Ilmu) bersebelahan dengan kantin sekolah. Kedudukan dewan ini sangat strategik

kerana dapat dilihat ketika masuk ke Sekolah Menengah Jalan 3 melalui pintu masuk untuk ke pusat pentadbiran sekolah ini. Kerja-kerja pembinaan dewan ini telah dilaksanakan oleh Syarikat Goh Peng Consolidation Sdn. Bhd.

Kos pembinaan dewan ini telah bermula pada 15 November 1994 dan siap pada 27 November 1995. Dewan Tun Sri Lanang dibina bertepatan dengan

Page 16: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

fungsinya sebagai pusat untuk menjalankan pelbagai akitiviti warga sekolah dan masyarakat sekitar. Dewan ini mampu memuatkan lebih seribu murid-

murid sekolah ini.

Surau merupakan tempat beribadat kepada Allah. Surau merupakan satu tempat yang boleh digunakan dalam mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran agama. Di surau terdapat beberapa bahan sumber yang memerlukan penjagaan dan pengurusan sistematik dan berterusan. Surau juga digunakan sebagai tempat menimba ilmu dan untuk kegunaan pelajar sesi petang untuk menunaikan solat berjemaah. Selain itu,surau digunakan oleh pelajar asrama kerana asrama masih belum mempunyai surau tetap.

Kantin ialah cafeteria yang bersih,ceria dan ruang lantai yang besar untuk menampung keperluan semua warga sekolah. Ruang makan guru dan

pelawat. Menyediakan kaunter untuk membeli makanan dan ruang makan,tempat membuat bacaan ringkas untuk murid-murid.

Blok A sekolah ini terdapat 4 aras iaitu aras bawah,aras 1, aras 2 dan aras 3. Di aras bawah blok ini,terdapat Bilik Pembangunan Sahsiah

Murid(UPSM),Koperasi Sekolah,Bilik rawatan,Bilik kegiatan Agama Islam,sebuah kelas dan Bilik Gerakan Pengawas. Di aras 1 pula,terdapat ruang bilik guru untuk semua guru-guru sekolah ini. Selain itu,terdapat

kemudahan pusat sumber, bilik audio visual,bilik self access learning(SAL) di aras 2 blok ini. Di aras 3 blok ini,terdapat 6 buah kelas yang menempatkan

pelajar sesi pengajaran dan pembelajaran.

Blok B sekolah ini juga mempunyai 4 aras seperti Blok A. Di aras blok ini,terdapat beberapa buah kelas,Bilik SPBT yang menjadi pusat

pemprosesan buku-buku pinjaman. Di aras 1 blok ini,terdapat pejabat sekolah yang menempatkan Pejabat Pengetua dan Guru-guru Penolong

Kanan. Selain itu,di aras 1 juga terdapat kemudahan bilik wawasan atau bilik mesyuarat,bilik gerakan iaitu bilik untuk operasi unit penilaian dan

peperiksaan dan sebuah kelas. Di aras 2 pula terdapat makmal komputer

Page 17: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

yang dilengkapi dengan komputer,pencetak dan pengimbas untuk kegunaan pelajar ICT. Di aras 3 terdapat beberapa buah kelas untuk pelajar menimba

ilmu.

Di blok C terdapat sebuah bilik bimbingan dan kaunseling dan beberapa buah kelas di aras bawah dan aras3. Manakala aras1 dan aras 2 terdapat

kemudahan makmal sains untuk kegunaan pelajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

Bangunan blok D dibina untuk kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kamahiran Hidup. Terdapat beberapa buah bengkel untuk pelajar menengah rendah seperti bengkel ekonomi rumah tangga, bengkel paip dan lain- lain. Manakala bagi pelajar menengah atas yang

memilih jurusan kejuruteraan , terdapat bengkel lukisan kejuruteraan. Selain itu, blok ini juga mempunyai bengkel seni visual untuk sesi pengajaran dan

pembelajaran pendidikan seni visual.

Satu lagi bangunan tambahan di SMKJ3 ini ialah Laman MPV Landskap dan Nurseri. Ia merupakan bangunan yang terakhir digunakan untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini digunakan oleh para pelajar yang mengambil mata pelajaran landskap dan pertanian.

Page 18: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Lencana

Page 19: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Falsafah

Pelan sekolah

Page 20: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

2. Pengetua, Guru- guru, Kakitangan Sokongan dan PIBG

Pn. Kamariah bt. Harun merupakan pengetua pertama SMKJ3 dan beliau dibantu oleh 3 orang penolong kanan, 13 orang guru dan 4 orang staf sokongan Pada masa itu terdapat hanya 6 buah kelas dan 160 orang pelajar. Bahasa Arab merupakan mata pelajaran tambahan bagi para pelajar yang meminatinya.Beliau telah berkhidmat dari November 1994 hingga Febuari 1996.

Page 21: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Pada 1 Mac 1996, En. Mat Darus b. Othman telah dilantik sebagai pengetua SMKJ3 menggantikan Pn. Kamariah yang telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Kota Tinggi, Johor Darul Takzim dan diikuti oleh Pn. Zainap bt. Mahmod mulai 1 Julai 1998 hingga 22 Mei 2006. Tuan Hj. Surimin B. Giman ialah pengetua yang keempat yang memulakan dari 1 Julai 2006. Mulai Januari 1999, Persekolahan dua sesi bermula iaitu pagi untuk tingkatan2, 3, 4 dan 5 manakala sesi petang untuk murid tingkatan 1. Peningkatan murid bertambah setiap tahun dengan bilangan kelas yang terhad maka tahun 2000, Tingkatan 2 pula berada di sesi petang. Sekarang, seramai 83 orang guru di sesi pagi dan seramai 41 orang guru di sesi petang.

Sebahagian besar murid datang dari sekitar seksyen 3 dan 4, Bandar Baru Bangi. Sebilangan kecil murid datang dari kawasan Sepang iaitu, Sg. Merab, Sg. Ramal Dalam dan RKT Limau Manis. Ini kerana tidak terdapat sekolah menengah berhampiran dengan kampung mereka. Kebanyakan ibu bapa murid- murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah, pegawai jurutera dan lain- lain.

Senarai di bawah adalah senarai nama- nama pentadbir sekolah.

Nama Pentadbir Jawatan

Tuan Hj surimin b. Giman Pengetua SMK Jalan 3

Pn. Radziah bt. Ghazali Penolong Kanan Kurikulum

Page 22: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Pn. Suhaini bt. Abdul Aziz Penolong Kanan HEM

En Mahfol b. Basiron Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Norsiah bt. Ismail Penolong Kanan Petang

Senarai di bawah adalah senarai nama Guru- guru Kanan Mata Pelajaran.

Nama Guru Jawatan

Pn. Marminah bt. Salleh Ketua bidang Sains &Matematik

Pn. Suraidah bt. Sulaiman Ketua bidang Teknik & Vokasional

Pn. Maudziah bt. Che Mat Ketua Bidang Kemanusiaan

Pn. Sapinah bt. Jusoh Ketua bidang Bahasa

Page 23: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Guru adalah seorang pendidik atau tenaga pengajar yang berkhidmat di sesebuah sekolah atau institusi. Tugas guru amat penting terhadap anak bangsa. Setiap ilmu yang dicurahkan tidak ternilai dengan wang ringgit.

Seorang guru yang cemerlang adalah guru yang inginkan anak-anak didiknya cemerlang dan memperoleh kejayaan yang membanggakan. Setiap guru haruslah mempunyai beberapa ciri- ciri seperti sentiasa bersabar terhadap karenah anak didiknya dan tidak mudah berputus asa untuk memberikan ilmu.

Saya telah memilih salah seorang guru di sekolah ini untuk membantu saya memberikan sedikit sebanyak bahan untuk dimuatkan dalam kajian saya ini.

Nama penuh beliau ialah Pn. Anisah bt. Agus. Beliau berusia 53 Tahun. Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1957. Beliau adalah anak kelahiran negeri Selangor Darul Ehsan. Beliau juga merupakan anak yang ketiga daripada 7 orang adik beradik.

Pekerjaan bapanya adalah seorang Polis Sarjan , manakala ibunya seorang suri rumah tangga. Hasil perkahwinannya dengan Herman b. Abdul latiff, telah mengurniakan 4 orang anak.

Sekarang, mereka sekeluarga menetap di kediaman yang beralamat No.12, Jalan 4/ 9, Bandar Baru Bangi. Menanam pokok bunga, menjahit dan memasak adalah salah satu perkara yang dilakukan untuk mengisi masa lapangnya.

Page 24: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga sejak tahun 2001 sehingalah sekarang, 2010. Ini bermakna sudah 9 tahun, beliau berkhidmat di sekolah tersebut. Beliau juga merupakan Guru Sejarah saya di sekolah.

Beliau merupakan seorang guru yang tegas tetapi penyayang terhadap semua anak didiknya. Mencurahkan ilmu tanpa mengenal erti penat dan jemu meskipun anak didiknya sentiasa bermain di dalam kelas. Ini juga dapat dilihat, beliau mempunyai sifat sabar dan tabah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG ) adalah suatu persatuan yang ditubuhkan antara para ibu bapa dan para guru- guru. Persatuan ini

ditubuhkan bertujuan untuk memberikan khidmat bantuan kepada sekolah samada dari segi tenaga mahupun wang untuk menjayakan sesuatu

program atau rancangan.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 juga mempunyai persatuan tersebut. Berikut adalah senarai nama AJK tertinggi PIBG.

Nama Penuh Jawatan dalam PIBG

Tn. Hj Roslan b. Mohamed Yang DiPertua PIBG

Dr Khamurudin b. Mohd Nor Naib YangDipertua PIBG

Pn. Nor Amrina bt.Omar Setiausaha Kehormat PIBG

Page 25: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Cik Nurfatihah bt. Ahmad Razali Bendahari Kehormat PIBG

Pn. Hjh. Nooriza bt. Minhaj AJK

Dr Lukman @Zawawi b. Mohamad AJK

Salah satu sumbangan PIBG kepada sekolah adalah menyumbangkan beberapa kasut spike kepada atlet- atlet olahraga sewaktu mereka ingin menjalani perlawanan antara sekolah- sekolah.

3. Kurikulum dan Kokurikulum

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 telah mencapai beberapa kejayaan dari segi kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh sebab kejayaan tersebut,

sekolah ini pernah digelar sebagai Sekolah Harapan Negara.

Keputusan PMR dan SPM pada tahun lepas iaitu, tahun 2009, telah mendapat keputusan yang membanggakan dan mengharumkan nama baik sekolah. Di

samping itu, ASJATI ( Asrama SMKJ3) telah dikategorikan juga sebagai asrama Yayasan Selangor yang terbaik antara Yayasan Selangor.

Seramai 15 calon 9A, 26 calon 8A dan 19 orang calon 8A+. Seramai 37 orang yang telah mendapat 8A dan seramai 16 orang yang telah menempa kejayaan dari pelajar- pelajar kelas- kelas aliran agama iaitu mendapat 9A

dalam PMR. Keputusan yang sangat membanggakan. Syabas!

Page 26: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Pelajar yang telah menerima gelaran Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM ialah Nurfaizah bt. Abdul Aziz. Beliau telah dilahirkan pada 29 April 1992,

merupakan anak sulung kepada pasangan En. Abd. Aziz b. M. Noor dan Pn. Rehana bt. Hamid. Beliau telah dilahirkan di Hospital Kajang dan bercita- cita menjadi seorang doktor perubatan. Beliau merupakan kakak kepada 2 orang

adik perempuan dan seorang adik lelaki. Beliau gemar mengisi masa lapangnya dengan mencuba resipi kek dan masakan. Nurfaizah juga sering

meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Itulah serba sedikit maklumat tentang Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM SMK Jalan 3 pada tahun 2009.

Manakala, pelajar terbaik keseluruhan dari Tingkatan 1 ialah Nazurah bt. Kamarudin, Tingkatan 2, Nur Hadirah bt. Hamdan dan bagi Tingkatan 4 pula ialah Farah Hanisah bt.M. Hisham.

Analisis Keputusan Peperiksaan PMR meningkat dari tahun ke tahun. Begitu juga keputusan SPM juga meningkat. Anugerah Khas Pekerti Terpuji pula dirangkul oleh Azyulail Azra b. Samsuddin. Beliau telah dilahirkan pada tanggal 30 Ogos 1993 di Kajang, Selangor. Bapanya, seorang doktor di Poliklinik Penawar, Bandar Baru, Bangi manakala ibunya, Siti Aduyah bt.hj. Othman seorang suri rumah tangga.

Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 orang adik beradik. Beliau merupakan bekas murid cemerlang SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi yang telah berjaya meraih 5A semasa UPSR dan 9A dalam PMR. Kejayaan demi kejayaan diperoleh beliau di SMK Jalan 3. Beliau sentiasa menghormati dan menghargai segala bimbingan dan tunjuk ajar guru. Beliau juga disenangi oleh para guru dan rakan- rakan.

Dari segi kokurikulum pula, salah satu kejayaan yang telah mengharumkan nama baik sekolah ialah apabila skuad hoki dinobatkan sebagai johan daerah. Ini amat membanggakan pihak sekolah. Ia telah mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara dalam Kejohanan Hoki MSS Daerah Hulu Langat 2009 yang telah berlangsung pada 30 Mac 2009 hingga

Page 27: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

2 April 2009 yang lalu bertempat di Stadium Hoki Kuala Lumpur. Dalam kejohanan selama 4 hari itu, SMK Jalan 3 telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan lelaki bawah 15 tahun dan pasukan lelaki bawah 18 tahun.

Pada perlawanan akhir, Skuad Hoki Bawah 15 Tahun berjaya menumpaskan pasukan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang menerusi pukulan penalti flik 7- 6 setelah kedua dua pasukan terikat 1-1 dalam waktu sebenar.

Antara kejayaan lain dalam kokurikulum ialah Skuad Bola Sepak Johan Zon Semenyih 2009. Muncul Johan zon Semenyih Pada Kejohanan Bola Sepak MSS Daerah Hulu Langat ( Zon Semenyih ) 2009. Dalam kejohanan yang telah berlangsung pada 31 Mac hingga 2 April yang bertempat di SMA Mahaad Hamidiah, Kajang itu SMK Jalan 3 telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan bawah 15 tahun dan pasukan bawah18 tahun.

Dalam perlawanan akhir, skuad bawah 18 tahun SMK Jalan 3 telah menewaskan SM Teknik Kajang 1- 0. Manakala skuad bawah 15 tahun kurang bernasib baik apabila tewas kepada SMK Jalan 4 untuk penentuan ke separuh akhir.

Page 28: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

4. Peristiwa- peristiwa bersejarah

Di sekolah ini, terdapat beberapa peristiwa atau sejarah yang menarik yang sukar untuk dilupakan. Dengan beberapa peristiwa ini, dapat menaikkan lagi semangat pelajar- pelajar serta semua warga SMK Jalan 3 untuk mengharumkan lagi nama sekolah ke tahap- tahap yang lebih tinggi dengan lebih cemerlang.

Antara peristiwa bersejarah ialah apabila sekolah ini dinobatkan sebagai Johan Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Selangor pada tahun 2006. Prestasi cemerlang ini amat membanggakan pihak dan semua warga sekolah.

Selain itu, Sekolah ini juga telah mendapat anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Asrama Harian Luar Bandar pada tahun 2008. Anugerah ini lebih ditujukan kepada pelajar- pelajar Yayasan Selangor yang telah membuat rekod cemerlang kategori asrama- asrama Yayasan Selangor. Pengurus besar Yayasan Selangor, Hj. Takril b. Tasuki amat berbangga dengan pencapaian tersebut.

Di samping itu, sekolah ini juga mendapat gelaran Asrama Gemilang Kebangsaan pada tahun 2009. Pada Febuari 2009, pihak nazir telah datang untuk penilaian asrama SMK Jalan 3 bagi kategori asrama gemilang peringkat peringkat kebangsaan 2009. Itulah beberapa berita dan pencapaian cemerlang yang dirangkul oleh SMK Jalan 3 selama pertubuhan sekolah ini.

Kesan dan kepentingan yang boleh kita peroleh daripada pencapaian- pencapaian di atas ialah boleh memberi motivasi motivasi kepada para pelajar dan guru- guru untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi pencapaian ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang pada masa akan datang.

Page 29: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Selain itu, dapat memberikan penjenamaan baru terhadap sekolah dalam membina warga sekolah yang sedia menghadapi sebarang cabaran pendidikan masa kini.

Rumusan

Page 30: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

Daripada kajian ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita peroleh dengan membuat kajian

ini.

Antaranya, dapat memupuk sikap sayangkan sekolah. Sebagai seorang pelajar, kita haruslah sayangkan sekolah kita dan

mengharumkan nama baik sekolah untuk menjadi pelajar yang berwawasan.

Di samping itu, dapat melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab sepanjang masa. Dengan mengetahui sejarah

sekolah, kita akan menjadi pelajar yang matang dan dapat berbakti kepada sekolah, agama mahupun bangsa.

Selain itu, dapat menjadikan kita sebagai pelajar yang prihatin terhadap sekolah. Kita seharusnya berbangga terhadap sekolah kita kerana ia merupakan institusi kita untuk menuntut ilmu. Justeru, kita

sepatutnya mengambil berat akan hal- hal ehwal sekolah dan perkembangan sekolah kita.

Itulah beberapa kebaikan yang saya peroleh semasa menjalankan kajian ini.

Rujukan

Page 31: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

i. Perkhidmatan internet- www.smkj3.edu.my - www.google.my/smkj3 - www.yahoo.my/smkj3

ii. Majalah Cendikia: Majalah Cendikia tahun 2009iii. Orang Sumber: Pn. NurFatihah bt. Ahmad Razaliiv. Idea daripada rakan- rakan serta para guru

Page 32: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

RUMUSAN

Page 33: folio sejarah sekolah saya SMK JALAN TIGA BANGI 2011

RUJUKAN

LAMPIRAN