15-19.sejarah sekolah

5
SEMEKAR 2008 PEMBUKAAN AWAL SEKOLAH Pembukaan awal sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit, yang dibuka secara rasminya pada hari Ahad, 2 Januari 1972. Pendaftaran pertama pada hari tersebut telah didatangi oleh pelajar-pelajar tingkatan satu seramai 135 orang. Pada ketika itu sekolah ini hanya mempunyai enam orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar, seorang kerani, seorang pekerja sekolah dan seorang jaga sekolah. Pada ketika itu bangunan sekolah ini hanya mempunyai 3 blok bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah bilik jahitan, sebuah bilik masakan, sebuah bilik pusat sumber, sebuah pejabat, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah kantin. Pada 6 Februari 1982, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Musa bin Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Selain itu turut serta dalam majlis perasmian tersebut ialah Yang Berhormat Tun Sardon bin Jubir dan Yang Berhormat Dato Haji Jalok bin Daeng Malibok. SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA SEKOLAH Pada awal pembukaan sekolah ini iaitu tahun 1972, sekolah ini diberi nama SEKOLAH MENENGAH RENDAH KEBANGSAAN RENGIT. Mengikut sumber-sumber tertentu, nama asal sekolah ini diambil sempena nama tempat di mana bangunan sekolah didirikan iaitu pekan Rengit. Nama pekan ini pula diambil daripada nama sejenis serangga yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini pada suatu ketika dulu. Serangga ini dikenali sebagai Rengit-rengit yang banyak terdapat pada waktu senja dan malam di kawasan ini. Selain itu, ada sumber lain mengatakan bahawa nama Rengit diambil daripada nama pengasas pekan Rengit iaitu Tok Batin Rengit. Beliau merupakan seorang keturunan Melayu Asli yang berpindah ke kawasan Rengit untuk menjadikan kawasan ini sebagai penempatan baru dan kawasan pertanian. Beliau membuka kawasan Rengit sekitar tahun 1890an. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mengambil pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan dan tingkatan 3 sahaja (peringkat menengah rendah). Nama ini berkekalan hingga tahun 1994. Pada tahun 1995, nama sekolah ini berubah lagi atas kehendak 15 SEJARAH SEKOLAH

Upload: samsiah-binti-ahmad

Post on 01-Jul-2015

920 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 15-19.Sejarah Sekolah

SEMEKAR2008

PEMBUKAAN AWAL SEKOLAH

Pembukaan awal sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan

Rengit, yang dibuka secara rasminya pada hari Ahad, 2 Januari 1972. Pendaftaran pertama pada

hari tersebut telah didatangi oleh pelajar-pelajar tingkatan satu seramai 135 orang. Pada ketika itu

sekolah ini hanya mempunyai enam orang tenaga pengajar termasuk Guru Besar, seorang kerani,

seorang pekerja sekolah dan seorang jaga sekolah.

Pada ketika itu bangunan sekolah ini hanya mempunyai 3 blok bangunan yang mengandungi

12 bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah bilik jahitan, sebuah bilik masakan, sebuah bilik pusat

sumber, sebuah pejabat, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah kantin.

Pada 6 Februari 1982, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’Musa

bin Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Selain itu turut serta dalam majlis

perasmian tersebut ialah Yang Berhormat Tun Sardon bin Jubir dan Yang Berhormat Dato’ Haji Jalok

bin Daeng Malibok.

SEJARAH DAN ASAL USUL NAMA SEKOLAH

Pada awal pembukaan sekolah ini iaitu tahun 1972, sekolah ini diberi nama SEKOLAH MENENGAH

RENDAH KEBANGSAAN RENGIT. Mengikut sumber-sumber tertentu, nama asal sekolah ini diambil

sempena nama tempat di mana bangunan sekolah didirikan iaitu pekan Rengit. Nama pekan ini pula

diambil daripada nama sejenis serangga yang banyak terdapat di sekitar kawasan ini pada suatu

ketika dulu. Serangga ini dikenali sebagai Rengit-rengit yang banyak terdapat pada waktu senja dan

malam di kawasan ini.

Selain itu, ada sumber lain mengatakan bahawa nama Rengit diambil daripada nama

pengasas pekan Rengit iaitu Tok Batin Rengit. Beliau merupakan seorang keturunan Melayu Asli

yang berpindah ke kawasan Rengit untuk menjadikan kawasan ini sebagai penempatan baru dan

kawasan pertanian. Beliau membuka kawasan Rengit sekitar tahun 1890an.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mengambil pelajar-pelajar dari tingkatan peralihan dan

tingkatan 3 sahaja (peringkat menengah rendah). Nama ini berkekalan hingga tahun 1994. Pada

15

SEJARAH

SEKOLAH

Page 2: 15-19.Sejarah Sekolah

SEMEKAR2008

tahun 1995, nama sekolah ini berubah lagi atas kehendak KEMENTERIAN PELAJARAN.

Kementerian mengarahkan semua sekolah menengah di seluruh negara dengan dimulakan dengan

perkataan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN. Oleh itu, nama sekolah ini ditukar dengan nama

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENGIT (SMK RENGIT).

Pada awal tahun 2008 , dalam satu mesyuarat khas, pihak jawatankuasa PIBG telah

bersepakat ingin menukar nama sekolah ini bagi menjaga keperluan dan kepentingan sekolah. Pada

tarikh 21 Mei 2008 pihak sekolah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia menukar nama sekolah kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATA JAYA

sehingga kini. Nama ini adalah cetusan idea daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Permata Jaya iaitu Puan Hajah Hasnah Binti Johar @ Johan. Menurut beliau, nama PERMATA

JAYA dipilih kerana pelajar- pelajar sekolah ini diumpamakan seperti permata, sesuatu yang amat

berharga dan perlu dijaga dengan sempurna. Diharapkan dengan didikan dan perhatian guru- guru,

pelajar sekolah ini dapat mengukir nama di mata dunia atau sekurang- kurangnya dapat

membangunkan diri sendiri dan berdikari agar dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat

sekeliling.

SEJARAH AWAL SEKOLAH

SMK PERMATA JAYA telah ditubuhkan kira-kira 35 tahun lalu iaitu pada 2 Januari 1972 dan terletak

di atas sebidang tanah seluas 9 ¾ hektar di belakang balai polis Rengit. Idea untuk menubuhkan

sekolah ini lahir daripada ilham dan perjuangan penduduk sekitar Pekan Rengit yang diwakili oleh

sebuah badan politik iaitu UMNO, Cawangan Sungai Kluang Tengah yang ingin melihat sebuah

sekolah menengah aliran melayu yang wujud di daerah kecil Rengit.

Pada 6 Januari 1982 telah dibuka kepada 135 orang pelajar sebagai pengambilan pertama

untuk menduduki tingkatan 1 pada tahun berkenaan. Dalam peringkat awal pembukaan, sekolah ini

hanya mempunyai 6 orang guru termasuk Pengetua ,seorang kerani untuk membantu bahagian

pentadbiran, seorang pekerja dan seorang pengawal keselamatan sekolah.

Bangunan sekolah ini terbahagi kepada 12 buah bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah bilik

jahitan , sebuah bilik masakan untuk kegunaan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran

Ekonomi Rumah Tangga , sebuah bilik pusat sumber , sebuah pejabat dan bilik pengetua serta

sebuah kantin . Kesemua ini terletak di atas tapak tanah paya yang dahulunya dipenuhi dengan

pokok piai seluas 3.6 hektar. Tanah yang dijadikan tapak sekolah ini pada asalnya dimiliki oleh

TN.HJ.ABU BAKAR B. HJ.MUHSIN, TUN SARDON B.HJ.JUBIR dan seorang bangsawan cina yang

tidak diketahui namanya.

16

Page 3: 15-19.Sejarah Sekolah

SEMEKAR2008

Dari tahun ke setahun bilangan pelajar di sekolah ini semakin bertambah Kumpulan pertama

seramai 135 orang telah pun menyempurnakan tugasan dan tanggungjawab mereka dengan

menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran [SRP] pada tahun 1974 sebagai perintis dan

pembuka jalan kejayaan akademik di sekolah ini.

Pada tahun 1978, sekolah ini telah mendapat bangunan tambahan yang baru iaitu sebuah

bengkel Seni Perusahaan, bangunan blok c dan sebuah rumah guru 2 pintu. Pada 6 Februari 1982,

sekolah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B DATO’ MUSA B. HITAM, TIMBALAN PERDANA MENTERI

MALAYSIA ketika itu. Hasil daripada perasmian tersebut, sebuah surau telah dapat dibina pada

tahun 1985 sebagai surau sekolah.

TAPAK SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Jaya (dulu dikenali Sekolah Menengah Rendah

Kebangsaan Rengit) dibina di atas tapak tanah seluas lebih kurang 9 ekar iaitu kira-kira 3.6 hektar.

Pada awalnya kawasan ini adalah kawasan paya yang banyak ditumbuhi pokok piai dan dinaiki air

masin. Tanah ini sebenarnya adalah milik Tuan Haji Abu Bakar Bin Haji Muhsin, Tun Sardon Jubir

dan seorang berbangsa Cina. Mereka telah menyerahkan tanah mereka untuk dijadikan tapak

sekolah yang sekarang bernama SMK Permata Jaya.

TEMPOH DAN KOS PEMBINAAN AWAL

Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit (SMK Rengit) mula dibina pada tahun 1970.

Tempoh pembinaan sekolah ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan. Tanggal 2

Februari 1972 sekolah ini siap dibina sepenuhnya. Sekolah yang mempunyai 3 blok pada mulanya

iaitu blok A, blok B dan kantin sekolah telah menelan kos sebanyak RM325,000.00 untuk

menyiapkannya.

17

Page 4: 15-19.Sejarah Sekolah

SEMEKAR2008

PENGASAS SEKOLAH MENENGAH RENDAH KEBANGSAAN

RENGIT

Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit telah diasaskan oleh Tuan Haji Adzrai bin

Haji Redzuan. Beliau merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Sebelum menjadi Guru Besar

sekolah ini, beliau pernah mengajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Rengit hingga tahun

1965 dan pada tahun 1966 beliau berpindah mengajar di Sekolah Menengah Tun Sardon sebagai

Penolong Kanan hingga tahun 1971. Pada tahun 1972, beliau diberi tanggungjawab memikul tugas

sebagai Guru Besar pertama di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Rengit hingga tahun 1979.

Pada tahun 1980 beliau bertukar sekolah sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Merlong.

Tuan Haji Adzrai berkelulusan SC/ FMC dan beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab

Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjong Malim pada tahun 1952. Pada tahun 1961, beliau belajar pula

di Maktab Perguruan Bahasa (LI), Kuala Lumpur. Selepas itu beliau mula mengajar di Sekolah

Rendah Kebangsaan Inggeris Rengit dan bersara pada tahun 1987 sebagai Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Seri Merlong.

18

Page 5: 15-19.Sejarah Sekolah

SEMEKAR2008

SENARAI PENGETUA - PENGETUA

19

Tuan Haji Adzrai Bin Haji Redzuan02.01.1972 - 30.11.1979

Tuan Haji Isnin Bin Aini01.12.1979 - 31.12.1983

Encik Ahmad Bin Mohamed 01.01.1984 - 15.07.1989

Tuan Haji Nordin Bin Tahir 16.07.1989 - 15.11.1991

Tuan Haji Abdul Rahman B.Haji Ahmad 16.01.1992 - 15.01.1998

Tuan Haji Kamisan B. Saidin 16.01.1998 - 16.10.1999

Tuan Haji Sunoto Bin Semos 16.07.2001 - 11.03.2003

Puan Hajah Hasnah Binti Johar @ Johan 16.06.2003 - 24.06.2008

SENARAI PENGETUASENARAI PENGETUA11 22

33 44

55 66

8877

Tuan Haji Tokijan B. Abdul Halim 17.10.1999 - 15.07.2001

99