sejarah sekolah smk labuan

Upload: sigup-dunhill

Post on 08-Jul-2015

1.324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sejarah sekolah smk LabuanNama : Hanif Fikri Peter

Kelas : 2 Harmoni

No Kad Pengenalan : 970719-12-5523

Nama Guru : Pn Zarina Binti Zainol

Senarai Kandungan

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan

Saya, Hanif Fikri Peter ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kenapa kedua ibubapa saya , En Geoffrey Peter dan Pn Rose Stewart yang banyak membantu serta memberi sokongan sepanjang kajian ini dijalankan .

Tidak lupa juga , saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Zarina iaitu guru sejarah saya yang banyak membantu serta sudi meluangkan masa memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang berguna serta semua rakan rakan yang banyak membantu saya sepanjang kajian ini di jalankan .

Akhir kata , sekali lagi saya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama baik secara langsung atau tidak langsung .

Sekian Terima Kasih .

Pendahuluan

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran Sejarah, semua murid tingkatan 2 diwajibkan untuk melakukan kerja kursus Sejarah ini.

Oleh itu saya, Hanif Fikri Peter dari kelas 2 Harmoni tahun 2011 telah memilih tajuk Sejarah Sekolah SMK Labuan.

Kajian ini telah dijalankan di seluruh sekolah dan berjaya disiapkan . Selain itu, saya juga telah berjaya mengenal sejarah sekolah .

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif berikut : 1) Mengkaji latar belakang dan sejarah awal Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan . 2) Memupuk perasaan bangga dan cinta akan sekolah 3) Mengenali dan memahami tujuan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan

Kaedah Kajian

1. KAEDAH PEMERHATIAN - Saya telah memerhatikan secara kesuluruhan sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan. 2. KAEDAH TEMU BUAL - Saya telah menemu bual seorang guru yang mengajar di SMK Labuan. 3. KAEDAH RUJUKAN - Saya membuat rujukan di majalah sekolah dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat sekolah ini.

Hasil Kajian Pengenalan kepada sekolah :

Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan Alamat : Peti Surat 81094 , 87021 W.P Labuan No Telefon :087-412450 Sejarah Awal : Ditubuhkan pada tahun 1921 sebagai sekolah rendah Nama sekolah : Government English School (GES) Dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah pada tahun 1960 Dekad 70 -an Nama sekolah : Sekolah Inggeris Kerajaan(SIK) Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar 1978 Dewan besar sekolah siap dibina

Dekad 80 & 90 -an Nama sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Perubahan kepada lencana lama sekolah 1983 - Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya bagi semua aliran tingkatan.

1987 - Menawarkan kelas Tingkatan 6 1999 SMK Labuan dipilih sebagai Sekolah Bestari Alaf Baru Penciptaan lagu sekolah yang baru Pembukaan kelas Teknologi Maklumat bagi Tingkatan 4 Pembinaan 2 blok bangunan konkrit 4 tingkat Pembukaan kelas Pengkomputeran bagi Tingkatan 6

Falfasah :

Murid-murid yang berada di Sekolah Menegah Kabangsaan Labuan mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Dengan itu seluas-luas peluang akan diberikan kepada mereka agar dapat menjadi insan yang baik, seimbang dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Guru-guru yang berada di Sekolah Menengah Labuan memahami dengan secukupnya falsafah pendidikan, hasrat yang dikandungkan dan matlamat yang dituju. Mereka mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas dan menjadi teladan yang baik untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi demi memajukan pendidikan anak didik mereka

Ikrar Pelajar : Bahawasanya kami pelajar-pelajar SMK Labuan berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami, bagi memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran berdasarkan prinsip-prinsip berikut: Mentaati ajaran agama Mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah Menghormati ibu bapa dan semua guru Berdisiplin dan berbudi masa setiap masa Gigih dan tekun dalam setiap usaha

Tokoh Guru Saya memilih En Nazrin Bin Ismail sebagai tokoh guru kerana beliau mendapat pencapaian yang bagus di dalam pelajaran beliau dan merupakan guru cemerlang SMK Labuan Pencapaian : UPSR : 4A 1B PMR : 8 A1 SPM : 10 A1 Beliau telah mendapat diploma dan meneruskan pembelajaran sehingga mendapat ijazah , sarjana muda dan akhir sekali sarjana dalam kemahiran hidup bersepadu . Beliau telah berkhidmat sebagai guru SMK Labuan sejak 1/1/2005 . Beliau mengajar subjek kemahiran hidup bersepadu dan menjadi Guru Cemerlang Kemahiran Hidup (DG44) pada 1/3/2011 . Beliau mengajar 8 kelas .

Rumusan Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah sekolah saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul sekolah saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarahsejarah yang berlaku dalam sekolah saya. Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan .

Lampiran

Rujukan

1)

Internet = http://smklabuan.150m.com/

2) Buku ilmiah = Majalah SMKL 2007 ( MUTIARA 2007 ) 3) Melawat tempat kajian =

Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan, Peti Surat 81094, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.4)

Orang sumber = Nazrin Bin Ismail