sejarah sekolah sabk lepah

Upload: zakaria-mat

Post on 18-Jul-2015

180 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

GAF 3052 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR ROHAYA BINTI IBRAHIM (KUMPULAN A) NO. MATRIK: 028461

TUGASAN KAJIAN KE ATAS SEKOLAH SABK ( SMU (A) TARBIAH ISLAMIAH )

PENSYARAH PN SHARIFAH FAKHRIAH BT SYED AHMAD1

ISI KANDUNGAN M/S

Pengenalan SABK - Kosep - Tujuan

3

Sekolah SMU ( A ) Tarbiah Islamiah Kampung Lepah Pasir Puteh Kelantan - Pengenalan - Sejarah Penubuhan SMU ( A ) Tarbiah Islamiah - Visi Sekolah - Misi Sekolah

4-7

Struktur Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Tenaga Pengajar dan Kakitangan Bukan Guru SMU ( A ) Tarbiah Islamiah Perancangan Tahunan Sekolah Dan Aktiviti Kecemerlangan Penutup Lampiran Rujukan

8-11 11-12

13-14 15 16-26 27

2

Pengenalan SABK Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri adalah satuusaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh YB Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Konsep 1) 2) 3) 4) 5) Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Di tadbir oleh KPM. Pemilikan tanah dan bangunan dikekalkan. Kurikulum agama negeri dikekalkan Menerima pelbagai kemudahan.

Tujuan 1) 2) 3) 4) Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

3

SEKOLAH SMU ( A ) TARBIAH ISLAMIAH KAMPUNG LEPAH PASIR PUTEH KELANTAN Pengenalan SMU (A) Tarbiah Islamiah telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah melahirkan ramai cendikiawan yang terkemuka. Sehingga kini terdapat ramai mahasiswa yang sedang menuntut di IPTA-IPTS tempatan dan luar negara.

Pendidikan sekolah ini mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu Al-Azhar dan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU),Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Manakala, Kurikulum Kebangsaan membolehkan para pelajar YIK mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ),dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar SMU (A) Tarbiah Islamiah terdiri daripada guru-guru agama lepasan Nilam Puri. Sehingga kini, dengan kemajuan sistem pendidikan sekarang tenaga pengajarnya telah bertambah kepada guru-guru lepasan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara iaitu Universiti Al-Azhar, Universiti Libya dan lain-lain. Pada 12 Ogos 2008, perjanjian persefahaman di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) telah memilih SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kampung Lepah sebagai salah satu daripada 20 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK). Ini bertujuan untuk

memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek dan selari dengan arus pendidikan perdana.

4

Sejarah Penubuhan SMU ( A ) Tarbiah Islamiah

Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, adalah salah sebuah sekolah agama di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Ianya terletak di sebuah kampung di pinggir Pekan Selising iaitu Kg. Lepah, dalam Daerah Pasir Puteh Kelantan.

SMU(A) Tarbiah Islamiah, pada awalnya ditubuhkan di tapak asal masjid Kg. Lepah pada tahun 1958 dengan nama Madrasah Tarbiah Islamiah dan diasaskan oleh Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad. Lebih kurang setahun kemudian, sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang iaitu di atas sebidang tanah wakaf Lot No. 829, Kampung Lepah dan bangunan asalnya telah dirobohkan.( lampiran 1) Sekembalinya Ust. Hj. Abdul Kadir bin Mat Saad dari India, beliau telah menghidupkan semula Madrasah Tarbiah Islamiah ini dengan pembiayaan beliau sendiri dan dibantu oleh sebahagian besar penduduk kampung dan masyarakat sekitarnya. Kemudian pada tahun 1974, madrasah ini diambil alih oleh Jabatan Sekolah Agama (JASA) dan dibiayai oleh JASA. Madrasah ini kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun 1978 dan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Kg. Lepah ( Lampiran

2 ). Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan YAB. Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada 19 Januari 1995 bersamaan dengan 17Syaaban1415H. Mudir pertama sekolah ini ialah Ustaz Hj. Abdul Kadir bin Hj. Mat Saad. Beliau berasal dari Kampung Bukit Bidang, Selising. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1987. Pelajar yang belajar di sekolah ini semakin bertambah dari setahun ke setahun. Oleh itu pada tahun 1969, sebuah bangunan baru telah ditubuhkan bersebelahan bangunan lama. Bangunan tersebut merupakan bangunan yang kedua dibina. Pada tahun 1989-1990, bangunan ketiga sekolah ini telah didirikan. Bangunan tersebut merupakan bangunan batu. Pembiayaan untuk mendirikan bangunan5

tersebut telah diperolehi daripada bantuan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan. Sejajar dengan arus kemodenan, pihak pentadbir sekolah telah mendapat bantuan modal daripada Kementerian Pendidikan untuk membina bangunan keempat iaitu bangunan batu satu tingkat pada tahun 1994. Seterusnya pada tahun 2000, sebuah lagi bangunan batu satu tingkat telah didirikan. Bangunan tersebut merupakan bangunan yang terkini dibina di sekolah ini. Pembiayaan untuk mendirikan bangunan tersebut telah diperolehi daripada bantuan pembaikian Kerajaan Pusat. Sekarang ini, bangunan pertama dan bangunan kedua telah pun dirobohkan. Pada masa kini, sekolah ini telah menempatkan pelajar mereka di asrama sekolah. Asrama perempuan ( lampiran 3 ) terletak di bangunan utama sekolah. Bagunan Asrama lelaki ( lampiran 4 ) terletak di sebelah jalanraya. Manakala sebuah masjid ( lampiran 5 ) digunakkan oleh pelajar yang masih belum siap sepenuhnya terletak berdekatan dengan asrama pelajar lelaki. Jumlah pelajar sehingga tahun 2011 telah mencapai 305 orang, dimana pelajar lelaki ialah 225 orang dan pelajar perempuan ialah 80 orang.

6

Visi Sekolah

Mendidik pelajar dengan sahsiah muslim sejati. Memberi ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sakhsiah dan kepimpinan Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan luar negara.

Misi Sekolah

Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan ko-kurikulum . Melahirkan pelajar yang berakhlak dan berbudi pekerti terpuji . Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran globalisasi . Menyediakan pelajar supaya dapat memberi sumbangan berkesan kepada agama, bangsa dan Negara.

7

STRUKTUR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH Seperti sekolah harian biasa, SABK juga melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sama dalam mengurus pentadbiran sekolah di diketuai oleh pengetua atau mudir dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran ( PK Pentadbiran), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PK HEM) dan Penolong Kanan Kokurikulum ( PK Kokurikulm ) Setiap pentadbir dipertanggungjawabkan dengan tugas tertentu dimana pengetua sebagai penasihat dalam semua aktiviti yang akan dijalankan di sekolah. Dalam usaha melicinkan pengurusan pentadbiran sekolah, beberapa jawatankuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Pengurusan Kurikulum, Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar dan Jawatankuasa Kokurikulum. Jawatankuasa Induk Pengurusan Kurikulum dipengerusikan oleh

pengetua, timbalan pengerusi oleh PK Pentadbiran, Naib Pengerusi 1 oleh PK HEM dan Naib Pengerusi 2 oleh PK Kokurikulum manakala setiausaha dilantik seorang guru dan sepuluh orang ahlijawatankuasa dikalangan guru. Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah: Memastikan bahawa semua aspek program kurikulum sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Mengemukakan, mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-

cadangan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Merancang semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk

penjadualan waktu agung dan memastikan kursus pengajian adalah bersesuian dengan arahan Yayasan Islam Kelantan dan Kementerian Pendidikan . Merangka dan menyusun program untuk murid kelas peperiksaan

PMRU,PMR,SMU dan SPM serta membuat pemantauan pelaksanaan program. Merancang, menyelaras dan menilai semua aktiviti peperiksaan dan ujian sekolah.

8

Membuat penilaian strategi-strategi yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan. Mengenalpasti keperluan tenaga pengajar, keperluan perpustakaan, alat bantu mengajar dan keperluan buku teks. Membuat keputusan pakej-pakej tawaran matapelajaran. Mengumpul dan menganalisis data-data keperluan peperiksaan untuk menentukan pola-pola kelemahan dan kekuatan murid dan unjuran program tindakan susulan berikutnya.

Memastikan semua matapelajaran melaksanakan program Headcount dan Post Mortem bagi semua tingkatan. Menetapkan gredding mata pelajaran peringkat sekolah . Mengkaji dan memonitor target-target blueprint dari segi akademik . Merancang dan mengadakan taklimat/kursus ( in House traning ) kepada semua guru tentang perkara-perkara baru dalam pendidikan untuk

meningkatkan keilmuan dan keterampilan guru. Mengkaji kesesuian isi kandungan mata pelajaran dan menilai sumber bahan tambahan. Meneliti rancangan mengajar tahunan. Mengkaji bahan sumber pendidikan dan mengenalpasti program multimedia. Menyelaras aktiviti pembelajaran tambahan. Jawatankuasa Kokurikulum dipengerusikan oleh pengetua, timbalan

pengerusi 1 oleh PK Kokurikulum,di bantu oleh Timbalan Pengerusi 2, manakala setiausaha dan penolong setiausaha dilantik dari kalangan guru dan tiga orang ahlijawatankuasa dikalangan guru penyelaras rumah sukan . Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah: Merancang aktiviti kokurikulum sekolah Rancangan Jangka Panjang / Pendek. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.

9

Memastikan

sekolah

mengambil

bahagian

dalam

kegiatan

kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan Aktiviti tahunan serta mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikkulm. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masingmasing Jawatankuasa Kecemerlangan Sekolah diwujudkan adalah untuk mencapai sasaran kecemerlangan akademik yang tinggi dari segi kualiti dan kuantitinya.Oleh sebab itu satu perancangan telah dirancang dan dilaksanakan supaya SMU(A) Tarbiyah Islamiah dapat mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang berkualiti, mampan sahsiah,berkepimpinan dan cemerlang dari segi

akademik,melahirkan pelajar yang berilmu dan dapat digunakan untuk kepentingan peribadi,masyarakat dan negara juga menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan sekolah berprestasi tinggi dan pelajar cemerlang. Jawatankuasa Kecemerlangan Pelajar dipengerusikan oleh pengetua.,

timbalan pengerusi 1 oleh PK Pentadbiran, timbalan pengerusi 2 oleh PK.HEM di bantu oleh setiausaha kurikulum, manakala ahlijawatankuasa adalah setiausaha peperiksaan dan semua guru kanan matapelajaran bimbingan kaunseling. Antara bidang tugas jawatankuasa ini ialah: 1. Membimbing guru dan ibu bapa supaya memahami kepentingan : 1.1 Pemilihan elektif ke arah kecemerlangan. 1.2 Pendedahan ke arah persiapan awal dan ke arah kejayaan hidup. 1.3 Peranan sekolah dalam membimbing pelajar.10

serta dibantu oleh

guru

1.4 Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 1.5 Peranan Kumpulan Sokongan di luar sekolah ke arah kecemerlangan. 2. Cadangan Program : 2.1 Taklimat kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa berkaitan dengan pengenalan mata pelajaran KBSM / luar KBSM (STAM dan STPM) dan syarat pensijilan SPM dan STAM.

2.2 Sesi dialog bersama guru dan ibu bapa.

Tenaga Pengajar dan Kaki Tangan Bukan Guru SMU( A ) Tarbiah Islamiah Pada tahun 2011 seramai 17 orang ( lampiran 6 ) tenaga pengajar yang mengajar di sekolah ini dan dibantu oleh 4 orang kerani. Setiap warga diberikan tugas dan peranan masing-masing dalam usaha untuk memperkasakan SMU ( A ) Tarbiah Islamiah setanding dengan intitusi pendidikan lain. Semua tenaga pengajar di sini adalah menepati kehendak KPM kerana setiap mereka mempunyai kelayakkan iktisas dan akademik serta berkemahiran dalam bidang masing-masing. Selain mendapat kelulusan akademik didalam negara ada juga antara tenaga pengajar lepasan luar negara seperti Mesir dan Libya. Gabungan antara tenaga pengajar yang mendapat pendidikan di dalam negara dan luar negara sudah tentu memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Realitinya semua kurikulum dan kokurikum yang diguna pakai di SABK adalah berdasarkan Kurikulum Kebangsaan kerana disini mereka juga mengambil peperiksaan awam seperti PMR dan SPM. Hanya peperiksaan sijil ugama sahaja kurikulumnya digubal oleh Yayasan Islam Kelantan seperti peperiksaan PMRU. Temu bual dengan seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan sekolah yang dikenali sebagai Pak Him, telah menyatakan bahawa banyak perubahan telah berlaku ke atas sekolah ini, sama ada dari segi fizikal bangunan dan juga tenaga pengajar dan beliau mengesahkan bahawa seramai 3 orang anaknya telah bersekolah di sini dan berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading

11

sehingga sekarang berada diluar kelantan dan menceburi bidang pekerjaan masingmasing. Seorang lagi penduduk yang berhampiran bersetuju dengan pendapat Pak Him, di mana kebanyakkan pelajar yang belajar di sini telah mendapat dua keuntungan iaitu keuntungan di dunia dan keuntungan di akhirat kerama kurikulumnya berdasarkan agama dan akademik . Rata-rata bekas pelajar di sekolah ini memperolehi pekerjaan dan berpendapatan, paling tidak di Negeri Kelantan syarat utama untuk mengajar kelas Al-Quran dan Fardhu Ain ( KAFA ) pada waktu petang adalah mesti mempunyai sijil agama, sama ada Sijil Menengah Ugama ( SMU) atau Sijil Tinggi Ugama ( STU ) dengan elaun yang agak lumayan iaitu lebih kurang RM800.00 sebulan. Daripada dapatan tersebut dapat disimpulkan bahawa kurikulum yang dilaksanakan di SABK adalah bertepatan dengan hasrat Falasafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang mempunyai akademik dan sahsiah yang baik.

12

Perancangan Tahunan Sekolah Dan Aktiviti Kecemerlangan Setiap tahun sebelum bermulanya sesi persekolahan, Jawatankuasa

kecemerlangan sekolah akan merancang aktiviti-aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mencapai kemerlangan sama ada dalam dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah Pelajar. Maklumat secara lisan yang diperolehi daripada Penolong Kanan pentadbiran bahawa setiap tahun SMU ( A ) Tarbiah Islamiah telah menunjukkan peningkatan kecemerlangan dalam semua bidang tersebut. Antara perancangan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut: BIL 1AKTIVITI/PROGRAM Mesyuarat Jawatankuasa Kecemerlanga Akademik Mesyuarat Kecemerlangan OBJEKTIF Kemaskini Tindakan Plan TARIKH PELAKSANAAN Januari TINDAKAN AJK/Guru pelajaran Mata

2-

3-

4-

5-

6-

7-

8-

9-

AJK Kemaskini BukuProgram dan plan Tindakan Pembentangan Plan Pembentangan dalam tindakan Program mesyuarat kecemerlangan. PIBG/JPKS Kenal pasti pelajar Penentuan kumpulan Program keputusan 100% dalam setiap mata pelajaran Pengisian boring Mengadakan akujanji Target dan aku janji untuk kecemerlangan semua mata pelajaran Majlis perjumpaan Pendedahan Program dengan ibu kecemerlangan & apa/penjaga maklum balas. Mesyuarat khas Merancang Strategi Panitia Mata untuk meningkat Pelajaran pencapaian gred A bagi semua mata pelajaran Motivasi Meningkatkan kesedaran dan keyakinan diri Tugasan hujung Melatih pelajar Minggu menjawab soalan Pengukuhan & Pendedahan teknik menjwab soalan13

Jan,Mac,Jun,Ogos dan Oktober. Februari

Setiausaha Kecemerlangan. AJK/Guru pelajaran AJK/Guru pelajaran Mata

Februari

Mata

Februari Julai

AJK/Guru pelajaran

Mata

Februari,Mei dan ogos. Berkala

S/U Akademik/ semua guru tingkatan Guru mata pelajaran/guru panitia.

Sepanjang Tahun Februari menjelang peperiksaan Februari menjelang peperiksaan

Pengetua/Setiau saha Bimbingan kaunseling Guru mata pelajaran AJK/Guru pelajaran mata

10- Kelas Tambahan

11- Program Mentee

1213-

14-

1516-

Mentor Meningkatkan % Mac- September pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran Klinik Mata pelajaran Pemulihan pelajar Mac Oktober terpilih secara individu Latih tubi,gerak Pengukuhan Mengikut jadual gempur,ujian menjawab soalan perancangan pengesanan dan (pecutan) peperiksaan Kelas bimbingan Pemulihan pelajar Julai Oktober (pengayaan & pemulihan) Ujian & peperiksaan Mendiognosis Jadual peperiksaan kemampuan pelajar Post Mortem Semakan pencapaian Selepas ujian & & tindakan susulan peperiksaan

AJK/Guru pelajaran

mata

AJK/Guru mata pelajaran S/U peperiksaan / guru mata pelajaran AJK/Guru pelajaran mata

S/U peperiksaan Guru mata pelajaran /guru panitia mata pelajaran /S.U peperiksaan Guru mata pelajaran S.U Kelas Bimbingan & kaunseling. S.U Kelas Bimbingan & kaunseling. AJK/Ketua panitia Guru mata pelajaran /guru panitia mata pelajaran /S.U peperiksaan AJK/Ketua panitia Guru mata pelajaran /guru panitia mata pelajaran /S.U peperiksaan AJK/semua guru

17- Program guru muda

Untuk memantau aktiviti pembelajaran yang berkesan 18- Kem kecemerlangan Meningkatkan Akademik kecemerlangan 19- Kaedah belajar kemahiran Meningkatkan Kemahiran pelajar

Sepanjang tahun

Ogos

Sepanjang tahun Jun oktober Sepanjang tahun

20- Seminar Teknik Kemahiran menjawab menjawab soalan soalan 21- Skor `A` (Internet) Bank Soalan

22- Kelas Intensif

Pengukuhan pelajar

23- Kem/Perkampungan Meningkatkan Intensif lepas Kemahiran pelajar peperiksaan Percubaan 24- Solat hajat Muafakat guru,ibubapa berdoa dan tawakkal Memohon restu ilmu dan keberkatan serta doa para guru14

Ogos,September dan Oktober Selepas peperiksaan percubaan

Sepanjang tahun

25- Majlis restu ilmu

Menjelang peperiksaan

Penutup

Di negeri Kelantan khususnya, sekolah beraliran agama menjadi pilihan ibubapa pada masa kini. Perkara ini berlaku disebabkan sekolah seperti SABK menggunakan dua pendekatan kurikulum iaitu akademik dan agama.Syarat kemasukan ke sekolah beraliran agama agak ketat sedikit berbanding dulu, dimana syarat minima ialah murid yang mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). Setiap pelajar akan menghadapi pula ujian kelayakan sebelum diterima masuk ke sekolah tersebut. Dua bentuk ujian dilakukan iaitu ujian lisan dan ujian bertulis. Kedua-dua ujian tersebut adalah menekankan kepada bacaan al-Quran dan tulisan Jawi serta pengetahuan umum mengenai fardhu ain dan sirah Nabi. Pihak yang berwajib khusunya kerajaan perlulah mengambil berat dalam membantu sekolah-sekolah agama yang masih serba kekurangan berbanding dengan sekolah harian biasa dari semua aspek sama ada kemudahan infra struktur bangunan dan juga tenaga pengajar supaya sekolah tersebut yang majoritinya kaum melayu yang beragama Islam melahirkan pelajar yang cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat.

15

Lampiran 1

16

Lampiran 2

17

Lampiran 3

18

Lampiran 4

19

Lampiran 5

20

Lampiran 6 Staf SMU ( A ) Tarbiah Islamiah BIL1-

NAMA GURUHAJI MAT YUSOH BIN MAT NOH KP. 550610-03-5179 NO.FAIL HANAPI BIN ABDUL HAMID KP.690928-03-5325 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04178 RUSLAINI BINTI MD.ISA KP: 670515-03-5572. NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04174 NIK ROSHAMIZAM BT.N.MAHMUD KP:820127-12-5104. NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04173 AZIANI BINTI AWANG KP:811205-03-5776 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04179 SITI RAHMAH BINTI MUHAMAD KP:740911-03-5348 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04182 JUARIAH BINTI HARUN KP:800527-03-5206 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04183 SITI SAERAH BINTI SULAIAMAN KP:810607-03-5272 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04180 AZLIN ALINI BINTI AHMAD KP:830806-03-6006 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04181 FAKIAH BINTI MUSTAFA KP:820626-03-5672 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04177 WAN NORIZAN BINTI WAN ISMAIL KP:780604-03-5766 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04175 BIBI MARIAM BINTI MOHMED KP:850430-14-6554 NO.FAIL : KPA(SAR/SAN)5208/04176 21

JAWATANPENGETUA

KELULUSANB.A.(HONS.) UNIV. MALAYA B.A.(HONS.) UNIV. OF LIBYA

2-

PK. PENTADBIRAN

3-

PK. HEM

STU-TIME BASE

4-

DATA&MAKLUMAT DISIPLIN

B.A.(HONS.) UUM

5-

PUTERI ISLAM BOLA JARING S/U PMR KEBAJIKAN DAN KESIHATAN

6-

B.A.(HONS.) SAINS USM B.A.(HONS.) AZHAR MESIR

7-

S/U DAKWAH S/U SMU GURU ASRAMA

8-

B.A.(HONS.) AZHAR MESIR B.A.(HONS.) ACCOUTING UPM

9-

PK. KO-KURIKULUM

B.A.(HONS.) ACCOUTING UITM DIP.KEJ.AWAM POLITEK KB

10-

KECERIAAN

11-

S/U PMR

B.A.(HONS.) MANAGEMAENT USM B.A.(HONS.) BUSS.STUDIES UITM

12-

S/U KO-KURIKULUM

13-

NORAFIDAH BINTI RAZAK KP:840207-11-5334

M.A.OF TECH. & VOCATIONAL EDU. KUITHO BACHELOR OF EDUCATION .HONS BACHELOR OF EDUCATION .HONS DIP.PEN.ISLAM & KESUSAHAN ARAB B.A. PEN. B.ARAB

14-

NOR`ADILIN BINTI MUHAMMAD KP:831208-03-5884 NORAZYDA BINTI AZIZ KP:810301-03-5632 WAN NAJWA BT .WAN MUHAMAD KP:811128-03-5472 SITI SARWANA MENANG BINTI ZAKARIA KP:770430-03-7008

15-

16-

17-

Maklumat Kakitangan Bukan Guru

BIL 1-

2-

NAMA SITI NOR SHAMIHAH BT.MOHD ZAKI KP. 881023-03-5154 AHMAD BIN JAAFAR KP.640710-03-5503 WAN MOHD SHAARANI B.W. ABDULLAH KP:570828-03-5305 NORADIANA BT.ISMAIL KP:851006-03-5550

JAWATAN PEMBANTU TADBIR PEMBANTU AM PEJABAT PEMBANTU AM PEJABAT PENYELIA ASRAMA

KELULUSAN SPM

GRED N17 TETAP N1 TETAP N1 TETAP

SRP

3-

SPM

4-

SPM

N17 TETAP

22

Peristiwa Sepanjang Tahun

23

LENCANA SEKOLAH

HIJAU

Melambangkan pendidikan yang mengutamakan ajaran agama islam dalam mendidik pelajar dengan akhlak dan nilai-nilai murni yang baik.

MERAH

Keberanian dan ketegasan dalam menyahut cabaran mendidik dan membimbing pelajar untuk terus maju ke hadapan.

PUTIH

Melambangkan kesucian dan kemurnian akhlak pelajar.

KUNING

Melambangkan kedaulatan Raja dan Neg

24

BENDERA SEKOLAH

HIJAU ( LENCANA) Melambangkan pendidikan yang mengutamakan ajaran agama islam dalam mendidik pelajar dengan akhlak dan nilai-nilai murni yang baik.

MERAH Keberanian dan ketegasan dalam menyahut cabaran mendidik dan membimbing pelajar untuk terus maju ke hadapan.

PUTIH Melambangkan kesucian dan kemurnian akhlak pelajar.

KUNING Melambangkan kedaulatan raja dan Negara.

25

Borang Asrama

26

Rujukan

http://spikel.bpi.edu.my http://sabk.smutil.bpi.edu.my Sesi temubual dengan Haji Mat Yusof bin Mat Noh Pengetua SMU ( A ) Tarbiah Islamiah dan Encik Hanafi bin Abdul Hamid Penolong Kanan Pentadbiran SMU ( A ) Tarbiah Islamiah. Sesi temubual dengan Encik Ibrahim bin Dollah Penduduk Kampung Lepah

27