sejarah sekolah ghandiji

18
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 4, Sungai Burong diwujudkan pada tahun 1948 sebagai sebuah Sekolah Pondok di Kampong Sungai Burong oleh penduduk-penduduk dan penanam- penanam padi untuk tujuan murni iaitu memberi pendidikan kepada Sejarah sekolah SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI, PARIT 4, SUNGAI BURONG, SELANGOR DARUL EHSAN

Upload: ramiahvijaya

Post on 04-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah sekolah SJKT Ghandiji

TRANSCRIPT

SEJARAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI, PARIT 4, SUNGAI BURONG, SELANGOR DARUL EHSAN

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 4, Sungai Burong diwujudkan pada tahun 1948 sebagai sebuah Sekolah Pondok di Kampong Sungai Burong oleh penduduk-penduduk dan penanam-penanam padi untuk tujuan murni iaitu memberi pendidikan kepada anak-anak petani. Pada masa itu, sekolah ini mempunyai lebih kurang 30 hingga 40 orang murid dan seorang guru pertama bernama En. S. Chelliah yang bertugas sehingga tahun 1952. Pada tahun 1953 seorang guru yang kedua bernama En. M. Muthupillai telah bertugas disekolah tersebut.Pada tahun 1955, En. K. V. Munusamy PJK, selaku Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kampong Sungai Burong berusaha untuk mendapat sebidang tanah bagi tujuan untuk membina sebuah sekolah yang baru ditanah tersebut. Dengan bantuan Pemungut Hasil Tanah Daerah Kuala Selangor Tuan. T. A. Borie sebidang tanah seluas 5.5 ekar telah dikurniakan oleh kerajaan untuk membina sekolah baru tersebut. Sebuah sekolah telah dibina atas tapak tanah tersebut dan diberi nama Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ghandiji, Parit 2, Sungai Burong.En. K. V. Munusamy menjadi Pengerusi Sekolah tersebut dan pada tahun 1958, sekolah itu memperolehi seorang guru Bahasa Inggeris serta dengan seorang guru Bahasa Melayu. Pada tahun 1959, sekolah tersebut mempunyai empat orang guru sebagai tenaga pengajar.Pada tahun 1961, sekolah tersebut telah diubahsuai bagi menampung keperluan guru sekolah dan rumah kediaman untuk guru sekolah disediakan. Bilangan murid-murid terus meningkat dari tahun ke tahun hingga menjadi seramai 172 murid dan tenaga pengajar seramai 11 orang guru. Tahun 1981 dan 1986 dengan usahasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru, tambahan pada struktur bangunan sekolah dibina untuk bilik guru besar, bilik guru dan tiga bilik darjah.Pada 10hb. Julai 1991 jam pukul 2.30 pagi satu kebakaran telah berlaku yang telah musnahkan hampir keseluruhan bangunan sekolah tersebut dan kesemua peralatan serta kelengkapan turut musnah. Pada tahun 1994, dengan sokongan dan kerjasama oleh Y. B. Dato Seri Dr. S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Presiden MIC Kebangsaan dan pertolongan Y. Bhg. Dato Haji. Saidin Adam, bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang serta dengan MIC Bahagian Tanjong Karang dan PIBG Sekolah Ghandiji dengan peruntukan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia membiayai pembinaan bangunan baru sekolah dua tingkat. Dalam bangunan sekolah ini mengandungi sebuah bilik guru besar, 3 buah bilik guru-guru, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik perpustakaan, 5 kelas murid-murid dan dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti stor, bilik bersalin, kantin dan tandas.Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Dr. S. Samy Vellu, Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Presiden Malaysian Indian Congress Malaysia pada 16hb. Oktober, 1997. Guru Besar yang berkhidmat pada masa itu ialah En. K. Kathavarayan. Pada 01.04.1998, En. Mahalinggam, mengambil tempat beliau sebagai guru besar sehingga pada tarikh 31.03.2003. Pada 02.05.2003 pula En. N. Anna Durai telah menjadi Guru Besar dan seterusnya En. M. Chelladurai meneruskan perkhidmatan pengurusannya mulai 16.11.2003 hingga 01.09.2005. Kemudian diikuti En. P. Rajakumaran telah berkhidmat sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji dari bulan September 2005 sehingga Julai 2007.Semenjak bulan Oktober 2007 sehingga sekrang, En. D. Elangkumaran telah mengambil alih tugas sebagai Pentadbir SJK(T) Ghandiji yang baharu. Beliau sedang berusaha untuk meningkatkan prestasi dan kemajuan murid. Pada 05.01.2008 sebuah Bangunan Pra Sekolah telah dibina dan beroperasi sepenuhnya sehingga sekarang.Berikut adalah senarai nama-nama Guru Besar yang telah berkhidmat di SJK(T) Ghandiji:-

04.01.1968-30.10.1987-En. S. Perumal

05.01.1988-30.12.1990-En. P. Sakthiveloo

04.01.1991-30.03.1998-En. K. Kathavarayan

01.04.1998-31.03.2003-En. M. Mahalinggam

02.05.2003-15.11.2003-En. N. Anna Durai

16.11.2003-01.09.2005-En. M. Chelladurai

01.09.2005-31.07.2007-En. P. Rajakumaran 01.08.2007- 28.02.2013 -En. D. Elangkumaran01.03.2013-

-En. R. Rajendran

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ghandiji akan menjadi sebuah sekolah CEMERLANG di kalangan Sekolah-Sekolah Rendah Tamil Daerah Kuala Selangor menjelang Tahun 2013.

Warga SJKT Ghandiji bertekad dan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui peningkatan kualiti 4T:

TEKUN, TELUS, TELITI dan TEPATmenuju ke arah kecemerlangan pengurusan pentadbiran sekolah, akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembangkan Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Dengan Menekankan

Kepada:

Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Kewujudan suasana harmoni, kerjasama dan kekeluargaan di kalangan pelajar, guru, ibubapa dan anggota masyarakat.Carta organisasi sekolahPeranan pihak pengurusan dan guruSekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Jika sesebuah sekolah ingin mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, maka pentadbir sekolah berkenaan perlulah mempunyai matlamat dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik antara pentadbir dan guru-guru dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Namun begitu, tidak semua guru dapat memberi kerjasama sepenuhnya antara satu sama lain. Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak sekolah merupakan peranan terbesar dalam pelaksanaan FPK. Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah merupakan tempat mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah. Di sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah: Guru BesarGuru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid.

Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.

Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain, orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta pertolongan dari guru tersebut.Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran sekolah.

Guru Penolong KananGuru Penolong Kanan (GPK) juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas - tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1 merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1 jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika terdapat pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya. Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek. Ketua PanitiaGuru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas.

Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Guru Guru memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata - mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing - masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah. Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid - murid untuk datang ke sekolah.Guru perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.Tuntasnya, guru ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

Sukatan pelajaranBuku rekod pengajaran guru

Sumber pengajaran dan pembelajaran

Kokurikulum

Data Bilangan Murid SJKT GHANDIJI

TAHUN 2009 DarjahLelakiPerempuanJumlah

Tahun 1448

Tahun 2527

Tahun 3437

Tahun 410414

Tahun 5246

Tahun 6347

Pra Sekolah51116

JUMLAH333265

Data Bilangan Guru Dan Kakitangan SJKT GHANDIJI

TAHUN 2009 Guru

LelakiGuru

PerempuanJumlah

21012

Pembersih

Swasta(L)Pembersih

Swasta(P)Jumlah

Pekerja

224

Jaga

Swasta(L)Jaga

Swasta(P)Jumlah

Jaga Sek

2-2

Sejarah sekolah

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) GHANDIJI, PARIT 4, SUNGAI BURONG, SELANGOR DARUL EHSAN

Visi

Misi

PIAGAM