sejarah permainan laga ayam.docx

1
SEJARAH PERMAINAN LAGA AYAM Satu daripada kegemaran orang-orang melayu dalam permainan pada zaman dahulu ialah laga ayam. Permainan ini, berasal beratus-ratus tahun malahan beribu tahun jika dikira ia telah wujud di zaman Kerajaan Langkasuka lagi. Permainan ini sama konsepnya dengan sabung ayam dimana dua orang pemain akan berada dalam gelanggang untuk bertarung atau menjatuhkan pihak lawan. Arena laga ayam ini juga dipanggil "bon". Bon sekarang tidak dikorek tanah lagi tetapi di atas keluasan yang sama kawasan itu dilengkongi dengan guni atau daun kelapa sebagai dinding.Ketua yang menjadi pengadil perlagaan ialah "Nai Bon". "Nai" ialah Tuan atau Ketua dalam bahasa Thai. Nai Bon ialah orang yang menentukan masa pusingan, jumlah pusingan dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Satu-satu pusingan itu dipanggil "Air". Satu air berlangsung selama mana pemain dapat bertahan daripada jatuh atau melanggar syarat. Sebelum memulakan perlagaan, ayam-ayam yang hendak bertanding dipadankan terlebih dahulu. Banyak pasang dipadankan serentak di dalam bon. Pasang-pasang yang hendak berlaga dipegang dan diletakkan menghadapi satu sama lain oleh tuannya atau juara masing-masing. Juara ialah orang yang membawa ayam masuk ke dalam bon, boleh jadi tuan ayam itu sendiri atau orang lain yang dipercayai oleh tuan ayam. Persetujuan antara tuan ayam dan juara-juara dengan pasangan masing-masing perlu diperolehi dengan jelas. Nai Bon memerhatikan persetujuan-persetujuan itu dihormati kelak. Selepas upacara berpadan, pemain bersiap diri untuk berlaga. Masa ini kedua- dua pemain akan bersedia merancang strategi bagaimana untuk menjatuhkan pihak lawan dengan cepat dan mudah. Permainan laga ayam disebut sebagai menyabung ayam dan juga merupakan permainan individu. Ia melibatkan pemain yang menggunakan sebelah kaki sahaja seperti ayam yang menyabung. Konsep permainan laga ayam adalah sama dengan sabung ayam di dalam gelanggang. Jika salah seorang pemain berjaya menggunakan pelbagai teknik untuk menjatuhkan pihak lawan atau memastikan pihak lawan melakukan kesalahan maka ianya dikira sebagai pemenang

Upload: ku-amir

Post on 22-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

vg

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH PERMAINAN LAGA AYAM.docx

SEJARAH PERMAINAN LAGA AYAM

Satu daripada kegemaran orang-orang melayu dalam permainan pada zaman dahulu ialah

laga ayam. Permainan ini, berasal beratus-ratus tahun malahan beribu tahun jika dikira ia

telah wujud di zaman Kerajaan Langkasuka lagi. Permainan ini sama konsepnya dengan

sabung ayam dimana dua orang pemain akan berada dalam gelanggang untuk bertarung

atau menjatuhkan pihak lawan. Arena laga ayam ini juga dipanggil "bon". Bon sekarang

tidak dikorek tanah lagi tetapi di atas keluasan yang sama kawasan itu dilengkongi dengan

guni atau daun kelapa sebagai dinding.Ketua yang menjadi pengadil perlagaan ialah "Nai

Bon". "Nai" ialah Tuan atau Ketua dalam bahasa

Thai.

Nai Bon ialah orang yang menentukan masa

pusingan, jumlah pusingan dan syarat-syarat lain

yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.Satu-

satu pusingan itu dipanggil "Air". Satu air

berlangsung selama mana pemain dapat

bertahan daripada jatuh atau melanggar syarat. Sebelum memulakan perlagaan, ayam-

ayam yang hendak bertanding dipadankan terlebih dahulu. Banyak pasang dipadankan

serentak di dalam bon.

Pasang-pasang yang hendak berlaga dipegang dan diletakkan menghadapi satu sama lain

oleh tuannya atau juara masing-masing. Juara ialah orang yang membawa ayam masuk ke

dalam bon, boleh jadi tuan ayam itu sendiri atau orang lain yang dipercayai oleh tuan ayam.

Persetujuan antara tuan ayam dan juara-juara dengan pasangan masing-masing perlu

diperolehi dengan jelas. Nai Bon memerhatikan

persetujuan-persetujuan itu dihormati kelak.

Selepas upacara berpadan, pemain bersiap diri

untuk berlaga. Masa ini kedua- dua pemain

akan bersedia merancang strategi bagaimana

untuk menjatuhkan pihak lawan dengan cepat

dan mudah. Permainan laga ayam disebut

sebagai menyabung ayam dan juga merupakan

permainan individu. Ia melibatkan pemain yang

menggunakan sebelah kaki sahaja seperti ayam yang menyabung. Konsep permainan laga

ayam adalah sama dengan sabung ayam di dalam gelanggang. Jika salah seorang pemain

Page 2: SEJARAH PERMAINAN LAGA AYAM.docx

berjaya menggunakan pelbagai teknik untuk menjatuhkan pihak lawan atau memastikan

pihak lawan melakukan kesalahan maka ianya dikira sebagai pemenang