folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

58
SEKOLAH TINGGI WADI SOFIA PERMAINAN TRADISIONAL Nama:Nurul Farhana Binti Abd. Ghani Tingkatan:3/2008 I/C No:930802-14-6900

Upload: nurul-farhana

Post on 06-Jun-2015

20.729 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

lengkap..da ditanda..n lengkap ngn elemen1,2 n 3

TRANSCRIPT

Page 1: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

SEKOLAH TINGGI WADI SOFIA

PERMAINAN TRADISIONAL

Nama:Nurul Farhana Binti Abd. GhaniTingkatan:3/2008I/C No:930802-14-6900Angka Giliran:G.Pembimbing:En. [email protected]

Yunus

Page 2: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 3: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 4: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 5: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 6: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 7: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 8: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

PERMAINAN TRADISIONAL

(KITE)

Page 9: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

ISI KANDUNGAN

Page 10: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

1. Tajuk:2. Senarai Kandungan:3. Penghargaan:4. Objektif:5. Kaedah Kajian:6. Hasil Kajian:7. Rumusan:8. Lampiran:9. Rujukan:

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T

kerana dengan limpah kurnianya kepada saya kesihatan untuk menyiapkan kertas

kursus sejarah ini dengan sempurna serta dapat menyiapkannya dalam jangka masa

Page 11: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

yang ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengetua Sekolah Tinggi

Wadi Sofia iaitu Datuk Hassan Harun yang telah memberikan kebenaran kepada

saya untuk menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada En. Arjuna@Mohd Noor Yunus selaku guru Sejarah yang sentiasa

memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan atau menyiapkan kertas kerja

ini.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu.

Selain itu,ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang banyak

membantu dari segi kewangan dan moral,dalam menyiapkan dan melancarkan

proses untuk kertas kerja ini.

Sekian terima kasih…

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

Page 12: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber

sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah

dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.

(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan

Penilaian Rendah (PMR).

(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia

melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.

KAEDAH KAJIAN

Page 13: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:

(A)Temu bual

~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan

menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.

(B) Penyelidikan perpustakaan

~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-

adat perkahwinan melayu.

(C) Pemerhatian

~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.

(D)Penyelidikan

~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.

Page 14: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

PENDAHULUAN

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular

di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang,

sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati

oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu

Page 15: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang

Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival

ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

SEJARAH WAU MALAYSIA

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta

asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di

Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan

evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari

Page 16: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami

isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan

menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang

bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana

suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka

Page 17: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.

Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga

melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang

telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa

anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut

sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang

menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

LATAR BELAKANG WAU

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari

perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan

Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di

kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia

seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri

Page 18: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-

pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang

diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

SENI PERTUKANGAN : FILIGREESeni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang

amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai

telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang

memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi

masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali

dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya

Page 19: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan

pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi

jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan

diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan

filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini

menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga

merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh

penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan

seruling.

BAHAGIAN PERINCIAN WAU

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala

wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Page 20: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

BAHAGIAN UTAMA WAU

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,

gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan

sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama

untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan

mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi

memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh

terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.Oleh itu terdapat beberapa petua serta

Page 21: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh

Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak

atau dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

Page 22: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi,pastikan penebang menindih bayangnya.

Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan

seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan

pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan

mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan

dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar

lembut dan sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter

Page 23: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5

Sentimeter.

Mengukur,Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau

tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk

bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan

mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor

pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi

Page 24: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

corak asas bagi wau.

4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji

pada bahagian tepinya sahaja.Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan

menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal

kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh

dan tulang rentas sayap wau.Berlainan pula dengan wau yang hendak

diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu,

belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang

mempunyai sehingga lapan warna.

5. Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu:-

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara

memanjang untuk membentuk rambu.

Kesimpulan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini

haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah

negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi

terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan

dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat

diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Page 25: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Jenis-jenis wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau

bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,

wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak

bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang

dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih

mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk

permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Page 26: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh

untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada

rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar

dengan berlainan warna.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua

menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung

Page 27: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang

telah ditebuk ditampalkan

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi

dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul

akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi

dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau

mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti

alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau-Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila

angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan

menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan

menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat

tempatan dan juga antarabangsa.Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,

ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan

Page 28: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang

masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau

pertandingan wau antarabangsa.

Page 29: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang

warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat

resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah

kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.

Page 30: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya

lebih menghormati dan menghayati adat permainan tradisional orang melayu.

Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik

dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami

adat-adat permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul semangat

bersefahaman dan hormat-hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini

bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin

berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau

semangat masyarakat antara kaum.Semangat muhibah yang wujud ini mungkin

membolehkan perpaduan rakyat.Malaysia yang berbilang kaum ini terus

berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu

dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan

semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.

2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya

memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun

itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang

terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara

belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat

Page 31: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

jelas hasilnya. Tetapi kita masih perlu melakukan sesuatu untuk memastikan

perpaduan ini berterusan.Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga

dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu

dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama,

perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat

dan bekerjasama.Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang

dunia terutamanya yg berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan

rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan

menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.Dalam masa yang

sama, perpaduan akan wujud kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong

antara satu sama lain. Ia akan memberikan semangat kekitaan pada diri bangsa

Malaysia.Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang

negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap

disiplin kita yang tinggi.

Page 32: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 33: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU BULAN

Page 34: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 35: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU KUCING

WAU DAUN

Page 36: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU HELANG

Page 37: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU JALABUDI

Page 38: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU KENYALANG

Page 39: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU MERAK

Page 40: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

WAU PUYUH

Page 41: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 42: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

LAYANG-LAYANG

Page 43: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr
Page 44: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang

patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap

lapisan  masyarakat.  Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah

saluran yang paling berkesan untuk  melahirkan generasi yang akan sentiasa  menghargai

dan mengamalkan tradisi  budaya dan bangsa.

Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu.  Permainan

sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain.  Oleh itu, sikap

bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam

memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan  perasaan muhibah  atau

semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh

pelbagai bangsa.

Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun negara.

Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat antarabangsa,  akan

disemai perasaan sedia berkorban  untuk bangsa dan negara serta bertanggungjawab

untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia.  Setiap orang daripada pelbagai

lapisan  masyarakat  juga boleh menjadi penyokong pasukan negara untuk  melahirkan

rasa cinta  akan bangsa dan negara Malaysia.

Page 45: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Di samping itu,  sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan

menjadi satu pembelajaran teras.  Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar

akan dididik  untuk  bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang

rasa.  Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat

dibentuk.

Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui aktiviti

sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telah

mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita.  Sebagai rakyat

Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya

mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut

meningkatkan martabat negara kita.

Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang

terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk

melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.

Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal

ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan

kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap

tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.

Page 46: folio sejarah(permainan tradisional wau) pmr

Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri

kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan

wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang

yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.

Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah

negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi

pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan

itu.

Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa

mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk

dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang

canggih dan moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh

masyarakat hari ini.  Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan

permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik