sejarah perkembangan bahasa melayu di malaysia

16
TUGASAN 1 Anda diminta menghuraikan dan menghubungkaitkan sejarah perkembangan bahasa Melayu dengan merujuk kepada perkembangan sistem ejaan, tatabahasa dan perkamusan. Pilih salah satu kamus bahasa Melayu yang berwibawa dan nilai sejauh mana kamus tersebut mampu membantu menyelesaikan masalah bahasa Melayu. 1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA 1.1 Asal Usul Bahasa Melayu Penutur utama untuk sesuatu bahasa seharusnya mengetahui dari mana asal usul bahasa yang dituturkan. Di Malaysia, bahasa yang dituturkan oleh kebanyakan bangsa Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi di negara ini. Untuk menyusuri asal usul atau sejarah perkembangan bahasa Melayu, asal bangsa yang menuturkan bahasa tersebut perlu diketahui terlebih dahulu. Terdapat dua pandangan mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu Kepulauan Melayu atau Nusantara dan Asia Tengah. Rajah 1: Bahasa Melayu (BM) dari Nusantara Menurut Nik Safiah Karim (1986: 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Pergerakan manusai sangat berkait rapat dengan bahasa dan hal ini dapat dibuktikan dengan adanya Bahasa Austronesia BM proto BM Induk BM Barat BM Riau Bahasa Melayu Bahasa Indonesia BM tengah BM Johor Bahasa Malaysia BM Brunei BM Singapura BM Timur BM Kelantan BM Patani

Upload: ina-alli

Post on 25-Nov-2015

89 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kdp

TRANSCRIPT

TUGASAN 1Anda diminta menghuraikan dan menghubungkaitkan sejarah perkembangan bahasa Melayu dengan merujuk kepada perkembangan sistem ejaan, tatabahasa dan perkamusan. Pilih salah satu kamus bahasa Melayu yang berwibawa dan nilai sejauh mana kamus tersebut mampu membantu menyelesaikan masalah bahasa Melayu.

1.0SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA

1.1Asal Usul Bahasa Melayu

Penutur utama untuk sesuatu bahasa seharusnya mengetahui dari mana asal usul bahasa yang dituturkan. Di Malaysia, bahasa yang dituturkan oleh kebanyakan bangsa Malaysia adalah Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi di negara ini. Untuk menyusuri asal usul atau sejarah perkembangan bahasa Melayu, asal bangsa yang menuturkan bahasa tersebut perlu diketahui terlebih dahulu. Terdapat dua pandangan mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu Kepulauan Melayu atau Nusantara dan Asia Tengah.

Rajah 1: Bahasa Melayu (BM) dari Nusantara

Menurut Nik Safiah Karim (1986: 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Pergerakan manusai sangat berkait rapat dengan bahasa dan hal ini dapat dibuktikan dengan adanya kelompok golongan Austronesia yang tersebar di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik sehingga menyebarkan juga bahasa yang mereka tuturkan. Kenyataan bahawa Bahasa Melayu ini berasal dari Nusantara dapat dibuktikan dengan pendapat beberapa tokoh seperti Nik Safiah Karim (1986: 2) yang telah mengatakan bahawa Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Selain itu juga, Gorys Keraf (1984: 184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu memang berasal dari Kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereke menuturkan bahasa keluarga Nusantara.

Selain itu juga, seorang sarjana Inggeris iaitu J. Crawfurd, berpendapat bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera atau Bahasa Melayu, Bahasa Jawa dan Bahasa Melayu inilah yang menjadi induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

Kesimpulannya, terdapat beberapa pandangan yang menyatakan Bahasa Melayu ini berasal dari Nusantara atau Kepulauan Melayu. Hal ini dapat disokong dengan pendapat beberapa orang tokoh bahasa dan pengkaji yang menyatakan asal-usul Bahasa Melayu ini adalah dari Nusantara atau Kepulauan Melayu.

Namun, selain daripada pendapat yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu ini berasal dari Nusantara atau Kepulauan Melayu, tidak kurang juga yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu itu berasal dari Asia Tengah. Salah satu daripada bukti yang dapat menyokong pernyataan bahawa Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah ialah kajian yang dilakukan oleh R.H. Geldern iaitu seorang ahli prasejarah. Beliau menemui kapak ang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawady, Salween, Yangtze dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama turut ditemui di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke tanah Kepulauan Melayu.

Selain itu, menurut W. Marsden (1812), Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik adalah merupakan bahasa yang serumpun. Manakala hasil kajian daripada J.R. Foster, terdapat persamaan pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahassa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua iaitu Melayu Polinesia Purba.

Asmah Haji Omar (1985: 395) berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidak berlangsung secara sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan yang sama sahaja kerana ada yang melalui darat iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Beliau turut menolak pendapat yang mengatakan bahawa asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah faktor geografi dan komunikasi.

Beliau berpendapat bahawa Bahasa Melayu Moden berasal daripada Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Klasik pula berasal daripada Bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada Bahasa Melayu Kuno yang juga merupakan asal daripada Bahasa Melayu Purba. Berikut hubungan Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu Purba:

Rajah 2: Hubungan Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu Purba

Kesimpulannya, walaupun terdapat percanggahan berkenaan dengan asal-usul Bahasa Melayu ini, namun terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan keyakinan kepada kita untuk mengetahui asal-usul sebenar Bahasa Melayu ini. Oleh itu, kita harus mengkaji lebih banyak lagi pendapat dan pandangan tokoh-tokoh berkenaan dengan asal-usul sebenar Bahasa Melayu ini.

1.2Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain (2006: 27), Bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi. Buktinya terdapat sebuah prasasti ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 Masihi.

Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa Sumatera. Bahasa Melayu Kuno digunakan pada abad ke-7 hingga abad ke-13 pada Zaman Kerajaan Sriwijaya. Ketika itu, Bahasa Melayu Kuno telah menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat Bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu juga tidak terikat kepada perbezaan susur lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan Bahasa Jawa.

Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan orang Melayu ketika itu, Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa sarjana dan digunakan oleh bangsawan. Bahasa Melayu mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bukti penggunaan Bahasa Melayu Kuno boleh dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Palawa.

Rajah 3: Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan kandungan batu bersurat tersebut, penulisan batu ini dibuat atas arahan Raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Tulisan yang digunakan ialah aksara Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari Selatan India. Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya dan seterusnya meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takhluknya. Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Selain bukti penggunaan Bahasa Melayu Kuno di atas batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Bahasa Melayu Kuno mempunyai beberapa ciri iaitu:

Rajah 4:

Rajah 4: Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Daripada ciri-ciri di atas, dapat dilihat perbezaan Bahasa Melayu Moden dengan Bahasa Melayu Kuno. Selepas Zaman Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu mengalami peralihan ke Bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam yang semakin meluas di Asia Tenggara pada abad ke-13. Ini turut memberi kesan kepada perkembangan Bahasa Melayu. kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem Bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Buktinya terdapat tiga batu bersurat iaitu Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) yang ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) yang masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat serta batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) yang ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu Kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Abad ke13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini. Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan Bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Kegemilangannya Bahasa Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu Zaman Kerajaan Melaka, Zaman Kerajaan Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau.

Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.

Ketika itu juga Bahasa Melayu mendapat tulisan baharu, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun Bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara. Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

Bukti tentang penyebaran agama Islam menggunakan Bahasa Melayu Klasik adalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari. Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masihi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Permulaan Bahasa Melayu Klasik ialah ia berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, Bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda. Menurut Ismail Hussein (1984: 25), Bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.

Pada abad ke-16, pengaruh dari Barat iaitu kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris telah mempengaruhi Bahasa Melayu Klasik. Menurut Amat Juhari Moain (1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam Bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali. Dengan peristiwa tersebut, Bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap Bahasa Melayu Kuno dengan tahap Bahasa Melayu Klasik. Antara ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:

Rajah 5: Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah pula, ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu aspek sistem tulisan, kosa kata dan tatabahasa. Menurut beliau lagi, Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat yang klise contohnya maka, alkisah, arakian dan sebagainya. Manakala dari aspek struktur ayat pula ayat bahasa Melayu Klasik panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.

Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Selain itu juga, bentuk ayat yang sering digunakan ialah bentuk ayat pasif iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Ciri yang seterusnya ialah Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan partikel pun dan lah.

Seterusnya bahasa Melayu Klasik terpengaruh dengan bahasa lain iaitu bahasa Arab dan Sanskrit hasil daripada aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam contohnya dosa, pahala, raja dan sebagainya. Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, Bahasa Melayu Klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini dapat dilihat dengan ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering. Ini adalah disebabkan Bahasa Melayu Klasik adalah dalam bentuk sastera yang banyak menceritakan perihal yang berlaku oleh golongan di istana. Selain itu juga, Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

1.3Hubungkait Antara Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan Perkembangan Sistem Ejaan, Tatabahasa dan Perkamusan

Tradisi tulisan seperti tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong telah menjadi sistem tulisan orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang telah membawa bersama tulisan Jawi daripada Tanah Arab. Sistem tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi banyak menggunakan lambang suku kata dan lambang baris untuk menunjukkan perbezaan-perbezaan bunyi. Namun, penggunaan tulisan Jawi tidak bertahan lama setelah pihak Barat memperkenalkan sistem tulisan Rumi di Tanah Melayu pada zaman penjajahan. Sistem ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak Barat di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-19. Sistem ejaan tersebut telah digunakan dalam urusan rasmi dalam kerajaan Barat di Tanah Melayu ketika itu. Antara sistem ejaan yang telah digunakan ialah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Maxweel (1882) dan Ejaan Rumi Sweettenham (1881).

Perkembangan sistem ejaan bahasa Melayu pada masa penjajahan sangat penting kerana sistem ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya terutamanya pihak Barat yang kurang pengetahuan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi lebih penting apabila dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Oleh yang demikian, satu sistem Rumi yang seragam diperlukan untuk menggantikan sistem ejaan Jawi.

Pembinaan sistem tulisan Rumi untuk bahasa Melayu telah melalui beberapa peringkat oleh banyak pihak. Contohnya pihak Barat banyak melakukan kajian dalam membentuk sistem tulisan ini. William Marsden (1912) menyatakan bahawa bunyi ch, d, ng, p, g dan ny merupakan huruf-huruf yang ditambah oleh orang Melayu daripada huruf bahasa Arab. Sistem ejaan yang telah berjaya dihasilkan pada masa itu ialah Ejaan Wilkinson yang dibentuk oleh R.J. Wilkinson. Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, satu sistem ejaan telah diperkenalkan iaitu Ejaan Fajar Asia yang selaras bagi tiga buah negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia yang pada masa itu berada dalam pentadbiran tentera Jepun. Huruf yang digunakan dalam sistem ejaan ini hampir sama dengan Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Zaba. Menurut Asmah Haji Omar (1993), sistem ejaan ini menggunakan huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, i, o dan u. Manakala bagi huruf konsonan pula adalah sama dengan Sistem Ejaan Rumi Zaba. Sistem Ejaan Rumi Zaba ini adalah dihasilkan berdasarkan daripada Sistem Tulisan Wilkinson dan gabungan beberapa abjad bahasa Arab.

Pada September 1966, satu rombongan daripada Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahju Sukatjo telah membuat lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka dan telah membangkitkan beberapa isu dan mereka juga telah membentangkan satu kertas kerja untuk membaiki sistem tulisan Malindo yang mempunyai banyak kelemahan. Setelah kata sepakat dicapai, maka kerajaan Malaysia dan Indonesia telah menggunakan satu lagi sistem tulisan baru iaitu Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia juga dikenali sebagai Ejaan Baharu. Walaupun persefahaman teah dicapai pada tahun 1966, namun hanya pada tahun 1972 sahaja barulah perjanjian antara kedua-dua kerajaan telah ditandatangan yang mana perjajian tersebut telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran masing-masing pada masa itu iaitu Y.B Encik Hussien Onn dan Bapak Mashuri. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 23 Mei 1972. Perbincangan tersebut telah memakan masa yang lama untuk menghasilkan satu sistem tulisan sama bagi kedua-dua negara ini. Hanya pada 16 Ogos 1972 barulah sistem baru ini diisytiharkan

Ejaan Rumi Baharu ini adalah hasil daripada pemikiran matang dan berlandaskan perancangan bahasa yang baik. Perancangan ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ejaan ini memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti dan taraf standard yang tinggi jika dibandingkan dengan sistem yang lama. Antara perubahan yang berlaku dalam sistem ejaan ialah perubahan konsonan contohnya gabungan dua perkataan digugurkan salah satu yang membawa maksud sama seperti ch menjadi c dalam perkataan chuba menjadi cuba. Contoh lain adalah dh menjadi d dalam perkataan mudharat menjadi mudarat dan sh menjadi sy dalam perkataan sharat menjadi syarat. Penggunaan () dan () yang melambangkan hamzah dan ain digugurkan dan digantikan dengan huruf konsonan k seperti maana menjadi makna dan enche menjadi encik.

Dalam usaha mengembangkan bahasa Melayu, pelbagai tatabahasa baharu telah diperkenalkan. Tatabahasa dan perbendaharaan kata baharu telah dibentuk agar masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian mereka. Seiring dengan peredaran zaman, bahasa Melayu juga berkembang dari satu tahap ke satu tahap sehingga berlaku pemodenan dalam bahasa Melayu. Kemasukan bahasa asing telah membawa bersama-sama unsur bunyi bahasa asing.

Menurut Abdullah Hassan (1987), sebuah tatabahasa yang lengkap memanglah diperlukan supaya dapat diperkembangkan sebagai asas bahasa baku, dan dengan demikian akan dapat menimbulkan sebuah rupa bahasa yang digunakan dengan seragam. Penulisan tatabahasa Melayu pada peringkat awalnya ditulis oleh orang-orang Inggeris. Penulisan tatabahasa Melayu turut ditulis oleh sarjana tempatan seperti Raja Ali Haji (Kitab Pengetahuan Bahasa, 1928), Mohd Said bin Haji Sulaiman (Buku Katan Melayu, 1936 dan Zaba (Pelita Bahasa Melayu Penggal Satu, 1940).

Setiap teori bahasa yang dikemukakan mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Terdapat beberapa teori linguistik yang terdiri daripada teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif dan teori wacana. Teori tradisional lebih menitik beratkan makna iaitu penghasilannya lebih bersifat anggapan yang berlandaskan kepercayaan dan tanggapan. Aliran ini beranggapan bahawa bahasa adalah konvensional iaitu bahasa tidak sahaja dicipta, tetapi bersifat dinamik dan progresif, dan digunakan secara objektif berdasarkan pada logik dan keperluan-keperluan yang khusus. Tatabahasa tradisional memberikan tumpuan kepada kajian mengenai hukum dan peraturan sesuatu bahasa berdasarkan makna. Tumpuan diberikan kepada bahasa tulisan kerana bahasa tulisan merupakan bentuk yang asli.

Teori struktural pula beranggapan bahawa sebarang kajian terhadap bahasa harus mengarah kepada kajian terhadap bentuk bahasa dan bukan terhadap maknanya. Bahasa yang hendak dikaji hendaklah bahasa lisan, bukannya bahasa tulisan. Kajian bahasa seharusnya tidak melibatkan faktor-fakto bukan linguistik seperti faktor sosial dan kebudayaan. Aliran ini beranggapan bahawa bahasa mempunyai peraturan dan setiap pengguna bahasa harus menguasai peraturan bahasa baik secara sedar ataupun tidak sedar.

Manakala, teori transformasi generatif merupakan satu teori yang lengkap dan menyeluruh yang merangkumi semua komponen bahasa iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Teori transformasi generatif menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis dan menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus dalam menghuraikan bentuk bahasa. Teori ini menerangkan bagaimana ayat-ayat dapat dihasilkan dan difahami. Selain itu, untuk teori wacana pula, terdapat sarjana iaitu Halliday (1973) berpendapat bahawa bahasa mempunyai struktur tertentu supaya dapat menggambarkan fungsi yang dapat dimainkannya dalam komunikasi.

TUGASAN 2Anda dikehendaki mengkaji dan menganalisis perubahan bentuk-bentuk tulisan jawi mengikut zaman perkembangannya.

2.0SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Hubungan antara bangsa Arab dengan Melayu telah bermula sejak kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama pegangan orang Melayu, hubungan ini menjadi semakin erta. Orang Arab yang datang ke Tanah Melayu bertambah ramai untuk tujuan perdagangan dan berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama (Hamdan, 1991: 1).

Menurut Wan Azmi (1980: 44) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis tarikh 577 H/ 116 M dan tulisan Arab al-julus Kelantan yang bermaksud menduduki Kelantan dan tertulis al-Mutawakkil pada sebelah lagi iaitu gelaran rajanya yang bermaksud yang bertawakal kepada Allah. Penemuan ini menunjukkan tertubuhnya satu kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan yang kedua abad ke-12 Masihi. Kedatangan Islam bukan sahaja memperlihatkan perubahan pada agama dan kepercayaan masyarakat di Kepulauan Melayu semata-mata, tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut berubah. Implikasi besar dalam perkembangan bahasa Melayu akibat daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu.

Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang dikenali dengan tulisan Jawi telah digunakan sejak kedatangan Islam. Jawi berasal daripada kata nama Arab Jawah. Apabila dijadikan kata adjektif, Jawah menjadi Jawi. Perkataan ini merujuk kepada penduduknya iaitu semua bangsa dan kaum pribumi di Asia Tenggara. Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Brunei Darussalam. Di Indonesia, tulisan ini dikenali sebagai tulisan Melayu huruf Arab atau tulisan Melayu Arab. Menurut Russel Jones (1983: 125), skrip Arab mula diadaptasi sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu diibuat selepas abad ke-7 Hijrah. Buktinya ialah berdasarkan kajian Fatimi (1963: 50), penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks bahasa Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H/ 1303 M.

Menurut Amat Juhari Moain (1996), tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam pelbagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan iaitu pada seni khat bagi mihrab, masjid, batu nisan dan sebagainya. Dalam sejarah lalu, tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Tulisan Jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan. Contohnya, di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan dan tapak kerajaan-kerajaan Islam terdahulu.

Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939. Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.

Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan seperti berikut (Ismail Dahman, 1991):

a. Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). b. Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba c. Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya.

2.1Perubahan bentuk-bentuk tulisan Jawi

Perbahasan para sarjana tentang bentuk ejaan Jawi dapat dijadikan panduan dalam memahami ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu lama. Menurut Md. Said Haji Suleiman (1936) ejaan Jawi terbahagi kepada lima iaitu:

a. Ejaan lama, iaitu ejaan yang tidak memakai huruf saksi. Ejaan yang dirujuk ini sebenarnya ialah ejaan pengaruh Arab tahap kedua. Misalnya (maka) dan (sudah)

b. Ejaan tua, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi sekerat dan yang tidak ada huruf saksi sekerat. Ejaan yang dirujuk ini ialah ejaan pengaruh Melayu tahap pertama. Misalnya- (ini), (itu) dan lain-lain.

c. Ejaan baharu, iaitu ejaan yang memakai huruf saksi lengkap dalam setiap perkataan.

d. Ejaan Arab iaitu ejaan yang mengikut ejaan asal dari bahasa Arab bagi perkataan Arab. Terdapat beberapa pengecualian, iaitu pada perkataan-perkataan yang kurang atau lebih penggunaan huruf saksi di dalamnya.

e. Ejaan Kemelayuan iaitu ejaan Arab yang dimelayukan. Perkataan ini dieja dengan menambah atau mengurangkan huruf saksi. Ia bergantung pada kelancaran atau sedapnya sebutan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, rumusan pandangan Kang (1990), Amat Juhari (1996) dan Hashim Musa (2006) berhubung perkembangan ejaan Jawi pula adalah seperti berikut:

Rajah 6: Perkembangan ejaan dan tulisan JawiMenurut Ismail Abd. Rahman (2008) pada peringkat awal digunakan kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi sama ada menggunakan atau tidak menggunakan tanda baris atau tanda syaddah. Kemudiannya, cara ejaan begini telah bertukar apabila menerima pengaruh setempat iaitu mengalami proses kemelayuan dengan adanya bahasa Melayu. Pengaruh yang ketara ialah kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara abjad dengan menggunakan huruf vokal alif ( ), wau ( ) dan ya (). Menerusi pengaruh dari bahasa Melayu ini, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi secara baris digunakan sepenuhnya dengan dizahirkan tanda baris dan shaddah dan pemvokalan secara abjad dilakukan dengan menggunakan huruf vokal alif ( ), wau ( ) dan ya (). Jelaslah di sini bahawa, kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan huruf vokal alif ( ), wau ( ) dan ya () dan kaedah pemvokalan suku kata perkataan Jawi dengan menggunakan tanda baris telah digunakan sejak dahulu hingga kini. Bezanya, penggunaan tanda baris dalam sistem ejaan Jawi kini tidak lagi dizahirkan seperti zaman dahulu.

Tulisan Jawi yang lahir daripada tradisi ilmu dan konvensi bidang pengarangan Melayu lama itu adalah juga khazanah dan pusaka bangsa Melayu yang telah digunakan sejak sekian lama. Daripada kira-kira 10,000 naskhah manuskrip, termasuk surat dari pelbagai istana kerajaan Melayu dalam tulisan Jawi, maka tulisan Jawi telah memainkan peranan besar dalam membina dan mewarisi tradisi ilmu dan kesarjanaan pribumi Melayu sehingga abad ke-19, sehingga peranan itu digantikan dengan tulisan Rumi. Dalam masa 600 tahun, tulisan Jawi telah mengalami perubahan yang besar dari segi bentuk dan gaya tulisan ini sendiri.