sejarah perkembangan psv

39
PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR NAMA : SITI MASNI BINTI ZAKARIA SITI NORSHAFIQAH BINTI MD NOR SHAZNEEZA NAZNEEM BINTI ABDUL WAHAB UNIT : PISMP PK 2 SEMESTER 3 PENSYARAH : PUAN SUHAILAH BINTI SHARIFF

Upload: suarahatiku

Post on 03-Oct-2015

285 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

konsep kurikulum psv

TRANSCRIPT

  • PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSRNAMA: SITI MASNI BINTI ZAKARIA SITI NORSHAFIQAH BINTI MD NOR SHAZNEEZA NAZNEEM BINTI ABDUL WAHAB UNIT : PISMP PK 2 SEMESTER 3 PENSYARAH : PUAN SUHAILAH BINTI SHARIFF

  • PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR1). Perkembangan kurikulum PSV di Malaysia.2). Sukatan Pelajaran dan HSP PSV KBSR.3). Kepentingan perkembangan kurikulum.4). Konsep 5 P dalam KBSR- penggabungjalinan kemahiran. - pengayaan - penyerapan pengetahuan. - pemulihan - penerapan nilai murni.

  • Pengertian Seni VisualMenurut kamus dewan edisi ke-3, seni bermaksud halus, kecil sekali, molek atau elok.Visual pula bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak.Mengikut Ibn Khaldun, seni itu adalah kebenaran dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika.

  • KBSR PSV Sebelum Dan Selepas Merdeka.Sebelum kedatangan British.Pendidikan tidak formal.- Pendidikan kerohanian.- Seni pertahanan diri.- Kraftangan.-Pertanian.- Perikanan.- Pemburuan.

  • Semasa Penjajahan British.Pendidikan berbentuk sekular.Orang Melayu mempelajari Al-Quran dan kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira).Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama(1928) dan Kedua (1929) digunakan oleh guru-guru untuk mengajar semua subjek. Disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib.

  • Buku PSV pertama Kaedah Mengajar Mata Pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan.Buku PSV dirancang dari unsur-unsur senang kepada sukar.Contoh Kaedah asas guna alat dan bahan seperti pesel, pemadam dan pembaris.Latihan asas menggunakan garisan.Latihan melakar bentuk geometri, flora dan fauna.

  • Pada tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idris (UPSI) ditibuhkan bagi menambah jumlah guru sekolah Melayu. Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping subjek-subjek lain.Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama.

  • Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

  • Selepas Merdeka.Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.

  • KLSR telah diganti dengan KBSR (1982)yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

  • Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.

  • Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukkan asas seni visual.

  • KEPENTINGAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

  • KEPERLUAN SISTEM PENDIDIKAN

    Dapat memenuhi keperluan sistem pendidikan semasa dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem sejagat seperti ledakan maklumat dan globalisasi.

    KUASA AUTONOMI GURU

    Dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk menentukan pendekatan-pendekatan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian

  • MEMENUHI KEPERLUAN MURID-MURID

    Dapat memenuhi semua keperluan murid-murid seperti keperluan asas, keselamatan, kasih sayang dan kesempurnaan kendiri.

    KERAJAAN

    Memenuhi hasrat kerajaan yang bermatlamat mengembangkan potensi murid dengan sepenuhnya dalam menghasilkan pekerja yang berilmu.

    Memperkenalkan sistem jadual sekolah, sumber-sumber bahan pengajaran dan pembelajaran serta polisi-polisi penilaian yang akan digunakan oleh murid-murid di sekolah.

  • Dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Memperkenalkan latar belakang budaya dan sosial yang hendak distrukturkan untuk murid-murid.

    Dapat meningkatkan tahap literasi murid-murid dan kemahiran kognitif mereka.

    Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk kegunaan sistem pendidikan di negara kita

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

  • MATLAMAT, PRIORITI DAN PROGRAM

    Kerajaan memilih polisi untuk melaksanakan kurikulum di negara kita.

    Tujuan, matlamat dan objektif yang lengkap untuk program pendidikan

    KANDUNGAN KURIKULUM

    Terdapat pemilihan kandungan dalam kurikulum.

  • KEPERLUAN NEGARA DAN MASYARAKAT

    Dapat memperolehi kemahiran asas,konsep dan teknik.Dapat memenuhi aspirasi masyarakat, cita-cita dan ideologi negara.

    KEPERLUAN INDIVIDU

    Dapat memenuhi keperluan individu dari segi minat dan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M)Membolehkan murid memperoleh kemahiran sosial, berupaya memahami diri sendiri, mengembangkan minat dan potensi dan dalam pembentukan perwatakan diri.

  • KEPERLUAN UNIVERSAL

    Memenuhi keperluan universal seperti menyebarkan ilmu dan latihan kepada murid untuk membolehkan murid menerapkan pemahaman dan kerjasama secara universal.

    Dapat membuat penambahbaikan cara hidup bermasyarakat.

    Dapat menekankan nilai, sentimen, ilmu dan kemahiran untuk memastikan kestabilan masyarakat motivasi individu dan kawalan tingkah laku

  • KONSEP 5P DALAM KBSR

  • Proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Kemahiran asas :- mendengar. melihat. bercakap. membaca mengira.menulis. melukis

  • Objektif Penggabungjalinan KemahiranPenguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran.Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Menjadikan proses pengajaran dan pembelaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang dan menyeluruh.

  • Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran.Pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

  • Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.Kemahiran ini boleh dibahagikan kepada dua kategori : - Kemahiran fokus. ~ Suatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran sampingan. ~ Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran memfokus.

  • Contoh penggabungjalinan adalah menggabungkan mata pelajaran Matematik dan SainsKemahiran daripada Pendidikan Seni Visual juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Contoh, melukis Jalur Gemilang.Perlu wujud penggabungjalinan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajarn lain bagi meningkatkan kemahiran murid.

  • Melibatkan kemahiran-kemahiran :-

    Kemahiran belajar untuk belajar. Kemahiran berfikir secara kreatif & kritis. Kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran pelbagai kecerdasan. Kemahiran generik.

  • Kebaikan Penggabungjalinan Kemahiran dalam PengajaranSebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh daripada mata pelajaran lain.Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif P&P.Murid-murid berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

  • 2. PENYERAPAN PENGETAHUANProses menyebati & menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar.Perbezaan dengan penggabungjalinan, penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan.Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara satu mata pelajaran dengan yang lain. Perkara-perkara yang dipelajari dalam satu-satu mata pelajaran adalah saling berkaitan, penting & berguna dalam mata pelajaran lain.

  • Kelebihan Penyerapan dalam PengajaranAktiviti P&P menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Penguasaan ilmu yang lebih luas oleh murid kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.Aktiviti P&P yang lebih produktif.Dengan memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih ceria, aktif & progresif.Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan lain yang dilakukan.

  • 3. PENERAPAN NILAI MURNIMenerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum & gerak kerja kokurikulum .Penerapan nilai berlangsung melalui dua pendekatan :-Pendekatan implisitPendekatan eksplisit

  • Guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnya, guru bercakap benar, berpakaian kemas dan sebagainya.Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh & teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa & di mana-mana yang difikirkan sesuai.

  • Mengadakan suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan.Penerapan secara eksplisit adalah lebih terancang dengan matlamat & cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambutan hari merdeka, hari guru, kempen kebersihan dan sebagainya.

  • 4. PENGAYAANAktiviti ini adalah untuk murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas.Konsep ini adalah mengambilkira bahawa murid-murid yang pintar cerdas ini adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka.

  • 5. PEMULIHANAktiviti ini dilaksanakan bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M.

  • Faktor Kepada Masalah PembelajaranMasalah pembelajaran wujud disebabkan oleh perasaan tidak yakin, rendah diri, takut dan sebagainya.Ada juga yang disebabkan oleh sikap negatif seperti tidak mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik, disiplin diri yang rendah dan sebagainya.Selain itu, kecacatan sejak lahir & selepas lahir juga menjadi faktor masalah pembelajaran.

  • KESIMPULANKonsep integrasi dalam kurikulum & pengajaran adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang & harmonis dari segi intelek, rohani, emosi & jasmani.Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni.Dilakukan secara bersepadu & menyeluruh.Pelaksanaan konsep kesepaduan dalam proses P&P adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan & penerapan baik dalam mata pelajaran yang sama mahupun secara merentasi mata pelajaran lain.

    ***************************************