sejarah perkembangan antarabangsa

3
SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat mengakui akan asal- usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18. Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang. Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai ‘poona’. Menurut encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17. Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India, kemudian terikut-ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus itu dilekatkan bulu

Upload: john7995

Post on 22-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

badminton

TRANSCRIPT

SEJARAH PERKEMBANGAN ANTARABANGSA

Seperti kebanyakan permainan yang terdapat pada hari ini, badminton juga

mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dapat

mengakui akan asal-usul permainan ini atau tempat asalnya. Lukisan-lukisan

yang terdapat di beberapa tempat di Eropah menunjukkan bahawa badminton

sudah mula dimainkan pada abad ke-17 dan ke-18.

Sumber sejarah juga menerangkan iatu di Negara China sudah ada sejenis

permainan yang menggunakan bola berbulu yang mirip kepada bulu tangkis

untuk badminton sekarang. Bagaimanapun catatan itu tidak pula menerangkan

penggunaan pemukul atau raket atau bilangan pemain seperti sekarang.

Menurut Encyclopedia Americana pula, permainan badminton pertama kali

dimainkan di India. Orang India menamakannya sebagai ‘poona’. Menurut

encyclopedia itu, tarikh tepat kelahiran permainan ini di negara tersebut tidak

pula dikesan, walaupun ramai yang berpendapat sekitar abad ke-17.

Walaupun ada lagi dakwaan menyatakan sukan ini bermula di England, namun

tempat asal permainan ini adalah di India. Dari India barulah badminton dibawa

ke England. Ini dilakukan oleh askar-askar Inggeris yang bertugas di India,

kemudian terikut-ikut dan turut sama bermain badminton. Mereka mencabut

penyumbat botol yang diperbuat daripada gabus. Kemudian disekeliling gabus

itu dilekatkan bulu angsa bagi memudahkan bola itu dilambung-lambung apabila

dipukul atau disepak.

Askar-askar Inggeris tadi, apabila bercuti atau telah menamatkan tempoh

perkhidmatan mereka di India, telah pulang dan membawa bersama unsur-unsur

permainan badminton ini. Duke of Beaufort, memperkenalkan permaina ini

kepada masyarakat atasan Inggeris di sana, iatu disebuah bandar bernama

Gloucester lebih kurang sekitar tahun 1873. Tempat permainan ini dinamakan

badminton. Disebabkan orang Inggeris lebih biasa menyebut badminton

daripada poona dan sesuai pula dikalangan penduduk di situ, mereka mula

menyebut permainan itu sebagai badminton sahaja. Lama-kelamaan nama asal

yang lahir di India hilang begitu sahaja dan wujudlah badminton.

Namun begitu, nama ‘badminton’ berasal dari nama Kota Badminton di Wilayah

Glouscestershire, England. Perkembangan permainan ini boleh dikaitkan dengan

Tamadun China, Greek, Jepun dan India. Permainan ini mempunyai perkaitan

dengan permainan primitif battledore dan shuttlecork. Dikatakan sebelum

permainan ini, orang Cina telah bermain Ti Jian Zi atau menendang bulu tangkis,

iatu satu permainan yang menggunakan kedua-dua belah kaki.

Permainan tersebut menggunakan bulu tangkis, tetapi tidak jelas sama ada ia

mempunyai kaitan kaitan dengan permainan battledore atau shuttlecork, dimana

permainan ini telah diperkenalkan di Greek 2000 tahun sebelumnya.

Permainan tersebut juga dimainkan oleh kanak-kanak di India dan askar-askar

British yang bertugas di India dan askar-askar British yang bertugas disana pada

tahun 1860. Pegawai-pegawai tentera ini telah mengubah permainan tersebut

dengan menambah jaring dan memperkenalkan permainan tersebut dengan

sebagai ‘poona’. Pada ketika itu, permainan poona dilengkapi dengan peraturan-

peraturan permainan yang didokumentasikan pada tahun 1867.