sejarah perkembangan ilmu akidah

22
Bincangkan dengan ringkas dan padat sejarah perkembangan ilmu akidah bermula seawal di zaman nabi, khulafa al-rasyidin, umayyah, abbasiah hinggalah sekarang. Jawapan anda hendaklah diperkukuhkan dengan menceritakan percampuran ilmu kalam dengan falsafah, kemunculan golongan salaf dan laiin-lainnya hinggalah muncul beberapa kitab ilmu kalam.

Upload: mohamad-bakri-hishamudin

Post on 28-Sep-2015

1.870 views

Category:

Documents


173 download

DESCRIPTION

Menyoroti perkembangan ilmu akidah daei zaman permulaan islam.

TRANSCRIPT

SEJARAH AKIDAH

Bincangkan dengan ringkas dan padat sejarah perkembangan ilmu akidah bermula seawal di zaman nabi, khulafa al-rasyidin, umayyah, abbasiah hinggalah sekarang. Jawapan anda hendaklah diperkukuhkan dengan menceritakan percampuran ilmu kalam dengan falsafah, kemunculan golongan salaf dan laiin-lainnya hinggalah muncul beberapa kitab ilmu kalam.PendahuluanIlmu akidah merupakan ilmu yang paling penting dalam Islam kerana ia merupakan paksi kepada agama. Sebab itulah ia juga dinamakan Ilmu Usuluddin yang bermaksud asas kepada agama. Ini kerana ilmu akidah menjelaskan tentang asas kepercayaan dalam Islam yang menjadi kerangka terhadap keseluruhan agama seperti kepercayaan kepada Allah, kenabian, Hari Akhirat dan lain-lain. Asas akidah ini penting sebagai paksi kepada dimensi lain dalam agama Islam seperti ibadah dan akhlak. Dengan kata lain sekiranya akidah bermasalah maka ibadah dan akhlak tidak akan bermakna. Atas kepentingan ini ilmu akidah termasuk dalam kelompok ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim tanpa kecuali.Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah.Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam.Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua kalimah syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah. Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan aqidah erta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH

Sejarah Aqidah Islam bermula dengan mula turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w.. Ilmu aqidah Islam pada zaman itu serupa seperti ilmu-ilmu selainnya dari segi ianya belum lagi dikumpul dan ditulis didalam mana-mana kitab. Dan sejarah perkembangan ilmu ini sejak mula hinggalah ianya ditulis dan menjadi sebuah ilmu yang dikenali kini sabagai ilmu tauhid atau aqidah, terbahagi kepada lima bahagian mengikut pecahan yang berikut :

Aqidah di zaman Rasulullah s.a.w (622-632Masihi - Permulaan agama Islam) Aqidah di zaman Khulafa' Ar-Rasyidin (632-661Masihi)Zaman Khalifah Saidina Abu Bakr (632 634 M) dan Umar r.a. (634 644 M)Zaman Khalifah Saidina Usman r.a ( 644 656 ) Zaman Khalifah Saidina Ali r.a. (656-661M)Zaman Kerajaan Umayyah (661-750 Masihi)Zaman Kerajaan Abbassiah.(750 - 1528 Masihi) Zaman sesudah Kerajaan Abbasyiah hingga sekarang1. AQIDAH ZAMAN RASULULLAH SAW (622-632 Masihi)Umat Islam pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh rasulullah tanpa banyak persoalan. Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham. Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.

Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau yang berkaitan dengannya tidak timbul. Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat Allah sebagaimana didalam Al-Quran dan hadis. Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan aqidah dan sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya. Kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh.

Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayah dan Al-Quran. Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah sahabat untuk memikirkan zat Allah. Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan daripada Abu Nuaim, nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar. Pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah. Hal ini kerana ketika wahyu sedang diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah.

Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang berkaitan sifat-sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis. Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat, al-Asmaal-Husna dan al-Afal. Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qadadan qadar, sifat Allah dan zatNya atau ayat-ayat mutasyabihat. Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan cara melakukannya dengan sempurna. Sebagai rumusannya, zaman nabi segala kemusykilan dan masalah terus dirujuk kepada nabi dan nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk wahyu atau dengan ijtihad baginda. Secara umumnya, pada zaman nabi tidak ada sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan sahabat juga tidak ada sebarang perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan sumbernya bersih.

AQIDAH DI ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN (632-661Masihi)

i. Zaman Khalifah Saidina Abu Bakar (11-13 H), dan Saidina Umar r.a. (12-23 H)Tidak ada perselisihan faham dalam aqidah kerana mereka sibuk menghadapi peperangan dalam usaha mempertahankan kesatuan islam. Mereka memahami al-Quran tanpa ada tawil. Mereka mengikuti al-quran dan menjauhi apa yang ditegah. Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan keagungan Allah. Mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan pentakwilan kepada Allah sendiri. Sahabat menerima apa sahaja perkara berkaitan dengan Usul atau aqidah daripada rasulullah. Sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah.

Hal ini kerana persoalan aqidah boleh menimbulkan perselisihan dan perpecahan dikalangan umat islam. Untuk itu, para sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara yang berkaitan dengan hukum amali sahaja. Seandainya mereka tidak jelas atau berselisih, mereka akan merujuk kepada al-Quran dan hadis untuk mencari keputusan yang tepat dan untuk mencari penyelesaiannya. Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan nas al-Quran dan hadis, para sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada zaman nabi.

Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa al-Rasyidin juga masih belum timbul perkara yang berkaitan dengan ilmu Aqidah. Oleh kerana islam semakin berkembang, ulama telah memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya.

ii. Zaman Khalifah Saidina Usman r.a (23-35 H)Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, telah berlaku pertelingkahan dan kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya Saidina Uthman r.a. Maka umat islam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak. Masing-masing golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman mereka dan pendirian mereka. Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas al-Quran dan hadis, serta timbullah periwayatan hadis palsu.

iii. Zaman Khalifah Saidina Ali r.a.(656-661M)

Pada tahun 656 masihi, Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Selepas didesak oleh pengikutnya, Saidina Ali akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Pada masa pemerintahannya, telah terjadi peperangan dengan Aisyah beserta Talhah dan Abdullah bin Zubair karena kesalahfahaman dalam pendiriannya terhadap pembunuhan terhadap Saidina Usman. Zaman ini merupakan zaman di mana terjadinya goncangan yang kuat dalam Aqidah Islam dan juga kehidupan orang-orang muslim, kerana di zaman ini timbulnya dua kumpulan yang sesat dari ajaran dan fahaman agama Islam yang benar.

Kumpulan yang pertama yang dikenali sebagai Syiah merupakan kumpulan yang terlampau dalam hak saidina Ali r.a. sehingga mengangkatnya kepada martabat ketuhanan dan ianya diketuai oleh seorang yahudi yang menganut Islam dengan niat menghancurkannya. Dia dikenali dengan nama Abdullah bin Saba. Golongan ini sanggup mengeluarkan hadis-hadis palsu menyokong pelantikan Saidina Ali. Mereka telah mengagung-agungkan Saidina Ali. Mereka memberikan alasan bahawa ahlul bait iaitu keluarga atau keturunan Rasulullah perlu diangkat menjadi pemimpin.Kumpulan yang kedua pula merupakan kumpulan yang terlampau dalam membenci saidina Ali r.a. sehingga menghukumnya sebagai seorang yang keluar dari agama Islam yang sebenarnya, kumpulan ini dikenali sebagai Al-Khawarij. Dari dua kumpulan inilah timbulnya kumpulan-kumpulan lain yang menjadikan kefahaman dalam Aqidah Islam menjadi haru-biru,akan tetapi dalam keadaan timbulnya fahaman-fahaman yang salah ini, Allah tetap menjaga fahaman Aqidah Islam yang betul, kerana itu ialah janjiNya.

Di antara kumpulan-kumpulan yang masyhur yang timbul dari dua kumpulan itu ialah Al-jabariah, yang diketuai oleh Jaham bin Shafwan. Fahaman mereka ialah manusia tidak mempunyai pilihan dan tidak mempunyai daya dan upaya dalam melakukan apa jua perbuatan. Yang bermaksud semua perbuatan dan amal manusia dipaksa ke atas diri mereka oleh Allah s.w.t., maka manusia ini seakan-akan bulu yang mengikut arah tiupan angin. Pegangan ini salah kerana kita tahu bahawa Allah s.w.t. mencipta di dalam manusia pilihan untuk memilih yang baik atau buruk, taat atau maksiat dan sebagainya.

Di antara kumpulan lain ialah Al-qadariah,diketuai oleh Ma`bad Al-Juhani yang mengatakan bahawasanya setiap amal dan perbuatan manusia tidak ditakdirkan oleh Allah s.w.t. akan tetapi setiap amal dan perbuatan manusia dimulakan oleh mereka sendiri, iaitu setiap amal tidak ditulis sejak azali akan tetapi ditulis oleh manusia sendiri apabila mereka memilih dan melakukan amal yang mereka lalukan.

Di antara kumpulan-kumpulan itu juga ialah kumpulan yang dikenali sebagai Mu`tazilah, diasaskan oleh Washil bin Atho. Kumpulan ini pula terpengaruh dengan falsafah yunani sehingga mereka cuba untuk menghukum dan memahami al-Quran dan sunnah dengan berpandukan falsafah ini. Kedua-dua kumpulan yang di atas iaitu al-jabriyyah dan al-qadariyah merupakan kumpulan yang terkeluar dari ajaran dan fahaman Islam yang sebenar, maka mereka ini dihukumkan sebagai kafir, kumpulan Mu`tazilah pula tidaklah dihukumkan sebagai kafir akan tetapi fasiq3. AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYYAH

Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas, telah terbuka luas untuk umat islam memikirkan perkara yang berkaitan aqidah. Jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama mereka sebelumnya. Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah qadar, antara mereka ialah:

Mabad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq yang beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Mabad telah dibunuh kerana memberontak pada tahun 80 Hijrah.Ghailan al-Dimasyqi. Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Mabad dalam masalah qadar.Jad Ibn Dirham. Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman qadar dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh Khalid Ibn Abdullah al-Qasri.Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir pula golongan yang menafikan Qudrat dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan. Beliau bertemu dengan Jad dan kemudiannya menganut beberapa pendapat Jad. Selepas itu beliau bersama-sama dengan harith Ibn Syuraij telah melancarkan pemberontakan terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh. Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu pengikut Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Muktazilah kerana mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.

Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta aliran Khawarij. Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjaka dosa besar. Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al-Basri yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar adalah fasiq dan tidak kafir. Wasil Ibn ata (ank murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa besar berada diantara dua martabat diikuti pula oleh Amru Ibn Ubaid.Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka dikenali sebagai Muktazilah.Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun kitab berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai ke tangan kita sekarang. AQIDAH DI ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

Masa ini merupakan zaman keemasan dan kecemerlangan Islam, ketika terjadi hubungan pergaulan dengan suku-suku di luar arab yang mempercepat berkembangnya ilmu pengetahuan. Usaha terkenal masa tersebut adalah penterjemahan besar-besaran segala buku falsafah dari yunani.Para khalifah menggunakan kepandaian orang Yahudi, Parsi dan Kristian sebagai penterjemah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa mereka ke dalam bahasa arab, para penterjemah ini berusaha mengembangkan pendapat-pendapat yang berpautan dengan agama. Mereka menggunakan falsafah untuk kepentingan mereka. Dengan kedatangan kebudayaan asing itu, lahirlah perbezaan-perbezaan pendapat dalam Ilmu Aqidah. Mulai dari masa ini telah wujud gerakan mempergunakan falsafah untuk menetapkan akidah-akidah islamiah dan ilmu kalam baru yangt tidak ada di masa Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Pada masi ini bermulanya ilmu kalam dinukilkan dalam tulisan.Dalam masa ini muncul pendapat-pendapat menyerang fahaman-fahaman yang dianggap bertentangan dengan Islam. Misalnya dilakukan oleh Amar bin Ubaid al-Mutazili dengan bukunya Ar-Raddu ala al-Qadariyah untuk menolak fahaman Qadariyah. Hisyam bin al-Hakam As-Syafii dengan bukunya al-Imamah, al-Qadar, al-Raddu ala Az-Zanadiqah untuk menolak fahaman Mutazilah. Abu Hanifah dengan bukunya al-Amin wa al-Mutaallim dan Fiqhu al-Akbar untuk mempertahankan aqidah Ahlussunnah.

Namun demikian golongan Mutazilah pada masa khalifah al-Makmun, al-Mutasim dan al-Wasiq, telah berjaya menjadikan fahaman mereka menjadi mazhab negara, setelah bertahun-tahun tertindas di bawah Daulah Umayyah. golongan Mutazilah memperoleh kedudukan yang baik dalam kalangan bani Abbas, tidak lagi permusuhan seperti yang mereka peroleh dari bani umayyah.

Pada masa itu, telah munculnya Abu Hasan al-Asyari, salah seorang murid tokoh Muktazilah al-Jubbai menentang pendapat gurunya dan membela aliran Ahlussunnah wal Jamaah. Dia berpandangan jalan tengah antara pendapat Salaf dan penentangnya. Abu Hasan menggunakan dalil naqli dan aqli dalam menentang Mutazilah. Usaha ini mendapat dukungan dari Abu al-Mansur al-Maturidy, al-Baqillani, Isfaraini, Imam haramain al-Juaini, Imam al-Ghazali dan Ar-Razi yang datang sesudahnya.

AQIDAH SELEPAS KERAJAAN ABBASIAH Sesudah berlalu zaman kerajan Abbasiah datanglah pengikut asyari yang terlalu jauh menceburkan dirinya kedalam falsafah dan mencampurkan semuanya itu dengan kalam sebagaimana yang dilakukan oleh Al Baidlowi dalam kitabnya Ath-Thowali dan Abduddin Al-lejy dalam kitab Al mawaqif.Mazhab Al Asyari berkembang pesat hingga tidak ada lagi mazhab yang menyalahinya selain daripada mazhab hambaliyah yang tetap bertahan dalam mazhab salaf, iaitu beriman sebagaimana yang tersebut dalam Al Quran Al Hadits tanpa mentakwilkan ayat-ayat atau hadis-hadis.

Pada permulaan abad ke 8 hijrah di Damaskus seorang ulama besar iaitu Taqiyudin ibnu Taimiyah menentang urusan berlebih-lebihan dari pihak- pihak yang menyampur baurkan falsafah dengan kalam atau menentang usaha-usaha yang memasukan prinsip-prinsip falsafah kedalam aqidah islamiyah.

Ibnu Taimiyah membela mazhab salaf (sahabat, tabiin dan imam-imam mujtahidin) dan membantah pendirian-pendirian golongan-golongan Al Asyari dan lain-lain, baik dari golongan Rafidhah, maupun dari golongan sufiyah. Masyarakat islam pada masa itu menjadi dua golongan iaitu, ada yang menerima dan ada yang menolak pendapat-pendapat Ibnu Taimiyah. Jalan yang ditempuh oleh Ibnu Taimiyah ini kemudian disambung pula oleh seorang muridnya yang terkemuka iaitu, Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Setelah itu, muncul pergerakan yang dinamakan gerakan salaifiyah wahabi yang dipelopori oleh Muhammad bin Abd Wahab. Persoalan yang dibawa oleh gerakan ini tidak jauh beza dengan para pendahulunya, iaitu menegaskan kepada kembali pada Al-quran dan Sunnah, pemurnian akidah dengan penghapusan amalan-amalan syirik dan segala bentuk bidaah dan kurafat. Kaum wahabi menganggap segala pembantaian dan kekejaman terhadap kaum muslim yang dilakukan untuk merebut wilayah Hijaz dari kerajaan Turky Usmani adalah dalam rangka jihad memerangi orang musyrik. Menurut wahabi orang Islam yang bidaah, kurafat dsb adalah musyrik. Jadi ia bukan memerangi umat Islam, melainkan orang musyrik. Dengan demikian segala perampasan yang mereka lakukan adalah halal, karena merupakan ghonimah atau harta rampasan perang. Dan mereka pun menghancurkan makam-makam wali serta para sahabat dengan alasan akan kekhuatiran umat islam menyembahnya.

Gerakan syalafiyah modern yang diketuai oleh Ibn Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz meneruskan perjuangan al-wahabiyah. Mereka melakukan taklid mutlak terhadap Ibn Al-Wahab dan Ibn Taimiyah. Tujuannya pun hampir serupa dengan gerakan Wahabi dan menolak segala bentuk pemikiran kaum barat. Mereka menyatakan bahwa golongan ahli sunnah wal jamaah memisahkan diri dari Jamaah Islamiyah.

Adapun gerakan salafiyah ini mengajarkan untuk kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan menolak taklid pada ulama-ulama mazhab. Mereka juga menolak peranan akal dalam akidah dan menolak takwil ayat-ayat Al-quran yang musytabihat. Hal tersebut dilakukan untuk memurnikan tauhid dari syirik. Mereka beranggapan bahwa kemurnian tauhid telah dicemari oleh kebiasaan-kebiasaan yang timbul di bawah pengaruh tarikat-tarikat. Dalam masalah syirik, Ibn al-Wahhab mengklasifikasikan kepada syirik akbar dan syirik asghar. Syirik akbar adalah bila seorang hamba mengarahkan ibadahnya kepada selain Allah dan orang yang melakukan syirik ini dianggap keluar dari agama Islam (kafir). Sedangkan syirik saghir bilamana seseorang melaksanakan perbuatan yang menjadi perantara menuju syirik akbar. Misalnya terlalu berlebih-lebihan dalam menyanjung Nabi SAW.

Isu pembaharuan barat atau modernisasi mempengaruhi pemikiran umat Islam, telah munculnya pemikiran-pemikiran Islam liberal yang mengarahkan pemikirannya kepada barat yang mana kehidupan beragama di barat mempunyai tujuan untuk menyesuaikan ajaran-ajaran keagamaannya dengan ilmu pengetahuan dan falsafath modern yang terbukti mampu mengangkat darjat orang barat. Islam liberal berpendapat bahwa Al-Quran dan As-sunah harus dipahami melalui pendekatan rasional dan liberal, agar Islam selalu sesuai dengan perubahan zaman.

Adapun gerakan Islam liberal ini mempunyai misi untuk membuka pintu ijtihad pada semua dimensi Islam, mengutamakan semangat religio-etik, mempercayai kebenaran yang relatif, memihak pada minoriti yang tertindas, meyakini kebebasan agama serta memisahkan autoriti duniawi dan ukhrowi. KESIMPULANAqidah atau ketauhidan telah muncul sejak diciptanya Adam AS oleh Allah SWT. Adam diperintahkan untuk mengajarkan Tauhid kepada anak cucunya. Akan tetapi semenjak nabi Adam wafat, mulai terjadilah penyimpangan-penyimpangan yang dilakukan oleh bani Adam ini, sehingga Allah mengutus nabi Nuh AS sebagai Nabi dan nenek moyang ke-2 bagi umat manusia.

Begitulah watak manusia, makin lama makin mengendur aqidahnya. Allah mengutus para Rasul-Nya untuk memberi peringatan agar umat manusia kembali ke jalan-Nya yang lurus hingga nabi terahir, iaitu nabi Muhammad SAW. Zaman nabi Muhammad SAW adalah masa penyusunan peraturan-peraturan, penetapan pokok-pokok akidah dan penyatuan umat Islam serta masa untuk membangun kedaulatan Islam. Pada masa ini orang-orang Islam mendapat bimbingan secara terus daripada Rasulullah SAW untuk mengetahui dasar-dasar agama dan hukum-hukum syariah. Disamping itu mereka juga disinari oleh nur wahyu dan petunjuk-petunjuk Al-quran.

Setelah Rasulullah SAW wafat, kepimpinan diambil oleh Khulafa ar-Rasyidin. Dalam masa dua Khalifah pertama, Abu bakar dan Umar, penetapan pokok-pokok akidah masih seperti pada zaman Rasulullah SAW. Di masa Usman dan Ali timbullah beberapa golongan dan perkumpulan yang terjadinya kekacauan politik yang kemudian masing-masing dari mereka berusaha mempertahankan pendiriannya dan terbukalah pintu takwil bagi nas-nas Al-Quran dan hadis. Telah juga terjadi penciptan-penciptan hadis-hadis palsu. Oleh sebab itu pembahasan mengenai akidah mulai subur dan berkembang selangkah demi selangkah dan kian hari kian membesar dan meluas.

Pada masa dinasti Umayyah dan Abbasiyah, telah wujud dan berkembang dengan subur aliran-aliran teologi Islam. Banyak bermunculan aliran-aliran dengan ideolgi yang berzeda-beza. Hal ini disebabkan masalah politik serta keadaan sosial yang terjadi dalam kalangan umat Islam.Pada masa keruntuhan dinasti Abbasiyah pintu ijtihad seakan-akan tertutup. Setelah itu muncullah gerakan wahabi yang bertujuan untuk mengembalikan ajaran umat Islam kepada Al-Quran dan As-Sunnah, akan tetapi gerakan ini mendapat tentangan dari pihak-pihak intelektual muslim yang menjunjung ajaran Islam liberal, agar umat muslim dapat berkembang dan maju dengan cara menyesuaikan hukum Islam dengan keadaan atau perkembangan hidup.Pada masa kini terdapat dua mazhab yang popular dalam aqidah islam yang berpegang kepada ajaran ahli sunnah wal jamaah. Dan di atas tangan imam-imam kedua mazhab inilah Allah mentakdirkan pengumpulan, penulisan dan perkembangan ilmu Aqidah Islam yang benar. Mazhab yang pertama dinisbahkan kepada Ali bin Ismail Al-Asya`ri wafat pada tahun 324 hijrah, moyang beliau merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Musa Al-asya`ri dan mazhab ini dikenali sebagai mazhab Al-Asyai`rah. Mazhab yang kedua pula diasaskan oleh Abu Manshur Al-Maturidi. Beliau wafat pada tahun 333 hijrah dan mazhab ini dikenali sebagai mazhab Al-Maturidiah. Dan seperti mana yang kita ketahui bahawa ilmu fiqh(Islam) kembali kepada empat mazhab yang masyhur, Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali. Ilmu aqidah(Iman) pula kembali kepada dua mazhab yang masyhur pula, Asyai`rah dan Maturidiah.