perdagangan antarabangsa dan analisis awal perkembangan

22
Jurnal Kinabalu VI(2000) 1-24 -! . PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ANAL ISIS AWAL ; PERKEl\fBANGAN PERDAGANGAN .' . INTRA-INDUSTRI SABAH DI BIMP-EAGA , . Sanna Pengenalan . Artikel ini membincangkan perdagangan Sabah di Kawasan PeItumbuhan ASEAN Tunur -BruneilIndonesiaIMalaysiaIFilipina atau BIMP-EAGA 1 dalam konteks teori perdagangan antarabangsa dan merupakan kajian susulan kepada kajian yang telah dibuat mengenai perdagangan intra-industri Sabah di BIMP-EAGA yang menggunakan data 1990-1994. Pengiraan indeks intra-industri untuk tahun 1995-1997 dibuat untuk melihat perkembangan perdagangan intra-industri dalam tempoh selepas penubuhan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur di rantau ini. Kesimpulan kajian memperlihatkan bahawa pada umumnya, perdagangan intra-industri Sabah dengan Sarawak dan Brunei di BIMP-EAGA tidak menunjuJ¢m perubahan nyata. tetapi terdapat kesan peningkatan yang agak ketara dalam perdagangan intra-industri Sabah dengan Indonesia dan Filipina bagi tabun 1995. 1996. 1997 berbanding tabun 1990. 1992, dan 1994. Faktor seperti pendapatan per kapita, kos pengangkutan perdagangan, dan citarasa penduduk. dikaitkan dengan perubahan indeks perdagangan intra-industri Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia, dan Filipina. . Latar Belakang :. '. '. .! Lima tahun selepas penubuhan BIMP-EAGA, perdagangan dalam kawasan pertumbuhan negara ASEAN' tersebut pada masa kini masih lagi disifatkan sebagai perlahan dan membimbangkan terutamanya dengan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia atau AFfA yang dijangka bennula • Sarma Aralas ialah Pemangku Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Universiti Malaysia Sabah.. ' ...

Upload: hoangdat

Post on 27-Jan-2017

285 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Jurnal Kinabalu VI(2000) 1-24

- ! . PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN ANAL ISIS AWAL ;

PERKEl\fBANGAN PERDAGANGAN .' . INTRA-INDUSTRI SABAH DI BIMP-EAGA

, ~ .

Sanna Aralas~

Pengenalan .

Artikel ini membincangkan perdagangan Sabah di Kawasan PeItumbuhan ASEAN Tunur -BruneilIndonesiaIMalaysiaIFilipina atau BIMP-EAGA 1

dalam konteks teori perdagangan antarabangsa dan merupakan kajian susulan kepada kajian yang telah dibuat mengenai perdagangan intra-industri Sabah di BIMP-EAGA yang menggunakan data 1990-1994. Pengiraan indeks intra-industri untuk tahun 1995-1997 dibuat untuk melihat perkembangan perdagangan intra-industri dalam tempoh selepas penubuhan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur di rantau ini. Kesimpulan kajian memperlihatkan bahawa pada umumnya, perdagangan intra-industri Sabah dengan Sarawak dan Brunei di BIMP-EAGA tidak menunjuJ¢m perubahan nyata. tetapi terdapat kesan peningkatan yang agak ketara dalam perdagangan intra-industri Sabah dengan Indonesia dan Filipina bagi tabun 1995. 1996. 1997 berbanding tabun 1990. 1992, dan 1994. Faktor seperti pendapatan per kapita, kos pengangkutan perdagangan, dan citarasa penduduk. dikaitkan dengan perubahan indeks perdagangan intra-industri Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia, dan Filipina. .

Latar Belakang :.

'. '. .!

Lima tahun selepas penubuhan BIMP-EAGA, perdagangan dalam kawasan pertumbuhan negara ASEAN' tersebut pada masa kini masih lagi disifatkan sebagai perlahan dan membimbangkan terutamanya dengan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia atau AFfA yang dijangka bennula

• Sarma Aralas ialah Pemangku Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Universiti Malaysia Sabah.. ' ...

Page 2: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

pada tahun 2002 kelak. BIMP-EAGA yang dibentuk dengan tujuan untuk mempercepa1k.an pernbangunan kawasan perturnbuhan rantau ini didapati belum diterokai sepenuhnya. Masih banyak peluang perdagangan dan pemiagaan yang tidak dipergunakan sebaik rnungkin. Walaupun petjanjian persefahaman telah dibuat di antara negara BIMP-EAGA, kebanyakan perjanjian tersebul tidale direalisasikan dan tidak dilaksanakan. Baru-baru ini. di Persidangan Pemiagaan Mindanao, saranan telah dibuat agar usaha untuk memperbaiki dan rnernajukan lagi perdagangan di BIMP-EAGA dipertingkathn. dan sektor awarn dan sektor swasta kerajaan yang terlibat digesa untuk menilai semula dan mengenalpasti rnasalah yang menjadi penghalang kepada kernajuan perdagangan yang telah dirancang2 •

Kebanyakan negara BIMP-FAGA mempunyai surnber asli yang sarna (lihal Jadual K di larnpiran), dan tingkat kernajuan ekonomi yang tidak terlalu berbeza. Kawasan BIMP-EAGA mempunyai pertumbuhan ekonorni yang kurang maju berbanding dengan kawasan Asia Tenggara yang lain, dan kebanyakan kawasan BIMP-EAGA masih lagi merupakan ekonomi yang bergantung kepada seklor primer dan pengeksportan bahan surnber asli yang tidak diproses. Pengeluaran di kawasan ini bukanlah berbentuk pengeluaran ekonorni sekunder, ia kurang menggunakan teknologi lebih tinggi yang mernbolehkan pengeksportan barangan yang ditarnbah nilai seperti dalam industri pembuatan.

Walaupun kaya dengan sumber asli yang boleh menjana peluang ekonomi kepada penduduknya. kawasan BIMP-EAGA masih tidak berupaya untuk mengeksploitasi sepenuhnya kekayaan surnber semulajadi yang terdapat di kawasan ini. Terdapat beberapa sebab yang boleh menerangkan keadaan ini. antaranya. perrnintaan atau bilangan penduduk negara masing-masing yang tidak rarnai. tingkat kemahiran buruh yang kurang tinggi dalarn sektor peri ndustrian, dan pengeluaran yang tinggi kosnya berbanding kos pengeluaran di kawasan lain. Sernua ini menjejaskan daya saing barangan yang dikeluarkan di kawasan ini berbanding barangan yang dikeluarkan di negara Asia yang lain.

Artikel ini akan seterusnya mernbincangkan dengan lebih mendalarn lagi perdagangan antarabangsa Sabah di BIMP-EAGA terutamanya dari pmpektif integrasi ekonomi dan potensi perdagangan intra-industri. Ia akan meninjau pakembangan pen1agangan intra-industri Sabah di BIMP-EAGA dan. seperti yang telah diperkatakan di atas, merupakan kajian susulan kepada kajian lebih awal yang telah mengkaji data tahun 1990-1994, iaitu

2

Page 3: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

sebelum pelaksanaan BIMP~EAGA (lihat Wong dan Aralas, 1997). Artikel ini akan mengemukakan indeks perdagangan intra-industri atau indeks llT dan.analisis import-eksport Sabah eli BIMP-EAGA dengan Sarawak~ Brunei, Indonesia, dan Filipina berasaskan data talmn 1995-1997 iaitu bagi tempoh masa setelah BIMP-EAGA dilaksanakan, tetapi sebelum krisis

. ekonomi yang melanda Asia Timur pada pertengahan 1997 memberi kesan terlalu besar terhadap data. ~

Artikel ini terbahagi kepada empat bahagian utama: bahagian pertama akan mengemukakan perbincangan teori perdagangan antarabangsa dan potensi perdagangan intra-industri di BIMP~EAGA;' bahagian kedua mengemukakan huraian dan arab aliran import~ksport Sabah di BIMP~ EAGA; bahagian ketiga mengemukakan pengiraan indeks intra-industri bagi tempoh tabun 1995-1997; dan bahagian keempat memberikan kesimpulan kajian.

Perdagangan Antarabangsa dan BIMP-EAGA

Ciptaan Perdagangan, Pelencongan Perdagangan dan Faedah Berbanding

Integrasi ekonomi antara negara merupakan satu usaha untuk mendapatkan faedah yang diwujudkan oleh perdagangan antarabangsa yang lebih terbuka, tanpa mengorbankan struktur pengeluaran dan penggunaan negara yang lebih terkawal dalam sesuatu integrasi ekonomi daripada di luamya Ciptaan perdagangan3 (trade creation) yang dihasikan oleh sesuatu integrasi ekonomi akan meniogkatkan kebajikan apabila peruntukan sumber adalah melalui mekanisme perdagangan bebas, yakni apabila integrasi ekonomi membolehkan pengalihan asal produk daripada pengeluar domestik yang kos sumbemya tinggi kepada pengeluar negara ahli (integrasi ekonomi) yang kos sumbemya rendah (Vmer, 1950). Walau bagaimanapun, integrasi ekonomijuga boleh mengakibatkan pelencongan perdagangan4 (trade diversion) (Vmer, 1950) yang akan menurunkan kebajikan negara apabila peruntukan sumber bergerak jauh atau terpelencong daripada perdagangan bebas, yakni, asal produk dialihkan daripada pengeluar negara bukan-ahli (integrasi ekonomi) yang kos sumbemya rendah kepada pengeluar negara ahli (integrasi ekonomi) yang kos sumbemya tinggi. Maka, oleh kerana integrasi ekonomi boleh menghasilkan kedua-dua kesan ciptaan perdagangan dan pelencongan perdagangan, integrasi ekonomi dikatakan memberi penyelesaian 'dunia kedua terbaik' kerana ia hanya merupakan

3

Page 4: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

satu pergerakan yang separa ke arab perdagangan yang bebas (,dunia terbaik' ialah apabila perdagangan anwabangsa bebas sepenuhnya). Dengan ini juga, integrasi ekonomi tidak semestinya akan meningkatkan tingkat kebajikan negara yang terlibat: sarna ada integrasi ekonomi akan memberi faedah bersih kepada sesebuah negara ahli berganrung kepada ciptaan perdagangan dan pelencongan perdagangan yang terhasil wbat keahlian dalam sesebuah integrasi ekonomi.

Kawasan Pertumbuhan ASEANTunur -Bruneillndonesial MalaysialFilipina merupakan satu integrasi ekonomi, dalarn bentuk kerjasama ekonomi serantau yang darjah integrasinya rendah. Sarna ada integrasi ekonomi kawasan pertumbuhan ini akan menghasilkan kebajikan bersih kepada negara yang terlibat hanya akan dapat dilihat dan diukur pada masa depan apabila pelaksanaan BIMP-EAGA telah dapat meninggalkan kesan yang ketara terhadap pertumbuhan dan perdagangan antarabangsa negara-negara EAGA. Sementara itu, persoalan yang sering ditimbulkan ialah sarna ada BIMP-EAGA akan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini rremaOOangkan negara-negaraEAGA mempunyai kumiaan swnberyang hampir sama. Kemungkinan bahawa pelencongan perdagangan menghasilkan kesan negatifterhadap perdagangan antarabangsa di BIMP­EAGA juga merupakan persoalan yang boleh ditimbulkan mengenai kebolehan BIMP-EAGA sebagai sebuah integrasi ekonomi yang akan meningkatkan kebajikan negara-negara EAGA.

Ahli ekonomi David Ricardo telah membuktikan bahawa perdagangan antarabangsa boleh meningkatkan kebajikan negara berdagang melalui faedah berbanding (comparative advantage) dan pengkhususan pengeluaran. Menurut Ricardo, faedah berbanding sesebuah negara yang menghasiikan perbezaan harga relatif barangan keluaran dua negara merupakan asas yang cukup bagi kedua negara tersebut untuk berdagang sesama mereka, walaupun satu negara mungkin mempunyai faedah mutlak atau lebih cekap dalam pengeluaran semua barangan yang dikeluarkan dan didagangkan. Dalam konteks BIMP-EAGA, selagi faedah berbanding wujud di setiap negara EAGA, masing-masing akan mendapat faedah daripada berdagang dengan mengkhusus dalam pengeluaran barangan yang memberi faedah berbanding kepada negara tersebut. Keadaan ini akan meningkatkan kebajikan setiap negara di rantau EAGA walaupun rantau ini mempunyai sumber asli yang hampir sarna, tinglcat kemahirnn buruh yang tidak jauh beroeza, kumiaan modal dan ciri pengeluaran yang lebih kurang sarna. Sebenamya, faedah bersih yang boleh didapati daripada perdagangan

4

Page 5: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

antarabangsa yang berdasarkan faedah berbanding memungkinkan penyelesaian 'dunia terbaik' melaIui perdagangan bebas yang meningkatkan kebajikan dunia perdagangan.

Potensi peningkatan tingkat kebajikan setiap negara EAGA melaIui faedah berbanding merupakan sebab atau asas perdagangan yang penting bagi kawasan ini untuk mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi masing­masing melaIui perrlagangan antarabangsa dalam integrasi ekonomi BIMP­EAGA. Pengecualian kepada keadaan pertumbuhan dan faedah yang meningkat iaIah sekiranya integrasi ekonomi tersebut membawa kepada kesan pelencongan perdagangan yang lebih besar daripada kesan ciptaan perdagangan.

Permintaan dan Perdagangan Intra-industri di BIMP-EAGA

Walaupun integrasi ekonomi boleh menghasiIkan kesan yang samar (ambiguous) terhadap faedah bersih perdagangan, integrasi ekonomi yang berbentuk blok perdagangan "semulajadi" masih boleh menghasilkan keuntungan daripada ciptaan perdagangan yang melebihi kerugian daripada pelencongan perdagangan antara negara yang menjadi rakan dagang semulajadi. Ini masih boleh terjadi apabila terdapatnya kos pengangkutan dan perhubungan yang rendah sesama negara yang berjiran (Krugman, 1995). Keadaan yang menguntungkan ini boleh diwujudkan dengan mengambilkira aspek permintaan daIam perdagangan antarabangsa serantau (regional), termasuklah pengurangan pengherotan penggunaan apabila kawasan perdagangan memungkinkan perdagangan bebas melalui penghapusan sekatan perdagangan antara negara ahli integrasi ekonomi.

Pendekatan dari segi permintaan mcngambilkira citarasa pengguna daIarn pasaran antarabangsa. Citarasa dikaitkan dengan pendapatan per kapita sesebuah negara (lihat Linder, 1961); permintaan yang bertindih akan mewujudkan satu perhubungan di antara perdagangan dan pendapatan. Model Linder memberi implikasi bahawa perrlagangan antarabangsa daIarn pasaran barangan pembuatan adaIah lebih intensif di antara negara yang mempunyai tingkat pendapatan yang setara berbanding dengan antara negara yang mempunyai tingkat pendapatan yang tidak atau adaIah kurang setara. Teori Under membolehkan kemungkinan perdagangan produk yang sarna daIarn arab perdagangan dua haIa, iaitu produk boleh diimport dan dieksport oleh negara yang sarna. Pembezaan produk boleh menghasilkan kedua­dua faedah berbanding dan kelemahan berbanding (comparative

5

Page 6: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

disadvantage) dalam produk yang sarna, dan dengan dernikian negara akan rnengirnport dan rnengeksport barangan yang sarna atau barangan dalam kategori prod uk yang sarna. Perdagangan ini dikatakan perdagangan intra-industri, yang berbeza dengan perdagangan inter-industri yang rnerupakan irnport-eksport produk yang berada dalam kategori yang berlainan (Grubel, 1967; Grubel & Llyod, 1975; Lancaster, 1980; Appleyard & Field, 1998).

Perdagangan intra-industri boleh rnernainkan peranan penting dalam meoingkatkan perdagangan antarabangsa dan dalarn pertumbuhan ekonomi negara EAGA disebabkan kawasan perturnbuhan ini terdiri daripada negara-negara yang mernpunyai eiri pengeluaran yang boleh rneningkatk.an perdagangan intra-industri. Faktor-faktor yang boleh rneningkatkan perdagangan intra-industri terrnasuklah: (i) barangan atau produk yang dibezakan; (ii) kos pengangkutan antara negara yang rendah; (iii) ekonomi bidangan yang dikatakan dinamik; (iv) daIjah pengagregatan produk yang tinggi; (v) perbezaan dalam agihan pendapatan antara negara (Appleyard & Field, 1998).

Potensi peningkatan perdagangan intra-industri BIMP-EAGA bergantung kepada beberapa faktor; ernpat faktor yang dianggap penting dan relevan dalam konteks BIMP-EAGA boleh dihuraikan seperti berikut:

1. Produk dibezakan BIMP-EAGA rneliputi kawasan yang mempunyai penduduk seramai 45.6 juta orang (kiraan pada 1996)5 yang menyediakan satu pasaran pengguna yang besar dan yang rnernpunyai eitarasa yang berbeza dan beraneka Maka, jika pengeluaran meningkat untuk produk dalam kategori yang sama di kawasan BIMP-EAGA disebabkan kurniaan swnber yang terdapat di setiap negara itu sarna, perdagangan intra-industri di rantau ini akan meningkat asalkan produk yang dikeluarkan tersebut dapat dibezakan ciri-cirinya bagi memenuhi eitarasa pengguna yang pelbagai, dan bagi memenuhi pennintaan pengguna yang mernpunyai tingkat pendapatan yang berbeza. Data menunjukkan bahawa Sabah rnengirnport dan rnengeksport kurnpulan barangan yang sarna iaitu seperti barangan makanan dan haiwan hidup (sila lihat Jadual C, seksyen barangan 0 pada lampiran) dalarn perdagangannya dengan negara Indonesia seperti yang dibuktikan oleh purata indeks perdagangan intra-industri yang tinggi iaitu sebanyak 67.2, 69.8,{lan 88.5 dalam tahun-tahun 1995, 1996, dan 1997 (sila lihat Jadual I) dalam kurnpulan barangan tersebut. Ini bererti bahawa Sabah dan Indonesia

6

Page 7: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

menghasilkan barangan dalam kumpulan yang sarna dan terdapat kemungkinan bahawa citarasa yang pelbagai di pasaran masing-mal\ing telah memoolehkan berlakunya perdagangan antarabangsa untuk produk dalam kategori yang sarna yang telah dibezakan ciri-cirinya.

2. Kos pengangkutan antara negara yang rendah Negara yang menjadi ahli BIMP-EAGA iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Filipina adalah negara yang bersempadan an tara satu dengan yang lain. Pembinaan jalanraya Pan-Borneo Highway, dan penyediaan hubungan udara, laut; dan telekomunikasi yang akan menghubungkan negara BIMP­EAGA dijangka akan meningkatkan kecekapan pengangkutan di ran tau ini, dan seterusnya rnengurangkan kos pengangkutan barangan yang didagangkan di kalangan negara tersebut Sabah ooleh mengimport minyak dari Brunei yang kos pengangkutannya adalah rendah (berbanding dengan kos pengangkutan dari misalnya Semenanjung Malaysia), dan pada masa yang sarna, Sabah juga ooleh mengeksport minyak ke Filipina kerana Sabah adalah lebih dekat dengan negara tersebut daripada misalnya, Indonesia. Pengimportan dan pengeksportan minyak Sabah pada masa yang sarna akan meningkatkan perdagangan intra-industri negeri ini.

3. Pendapatan per kapita Pendapatan per kapita yang berbeza antara misalnya Malaysia dan Filipina, akan menyumbang kepada peningkatan perdagangan di dua negara EAGA tersebut Malaysia ooleh menekankan pengeluaran barangan yang memenuhi citarasa penduduk majoritinya yang purata pendapatan per kapitanya US$4,530 setahun (sila rujuk Jaduall), manakala Filipina pula akan menekankan pengeluaran barang yang sarna tetapi sesuai untuk penggunaan

Jadual 1: Keluaran Negara Kasar (KNK) Per Kapita, 1997 dan Purata Pertumbuhan

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), 1990-1997

Petuniuk Brunei Indonesia Malaysia Filipina KNK Per Kapita (DolarUS) 25,200' 1,110 4,530 1,200

Purata Pertumbuhan (%) KDNK 1990- - 7.S 8.6 3.3 1997

Sumber: World Bank Catatan: Angka untuk Brunei ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Per

Kapita untuk tahun 1996; Sumber: BIMP-EastASEAN Business Council Secretariat, Brunei.

7

Page 8: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

penduduk majoritinya negaranya yang berpendapatan per kapita purata di paras US$I.200 setahun. Maka. penduduk yang berpendapatan US$I.200 setahun di Malaysia akan membeli barangan yang dikeluarkan oleh Filipina, manakala penduduk yang berpendapatan US$4,530 setahun di Filipina akan membeli produk yang sarna tetapi yang dikeluarkan oleh Malaysia yang memenuhi citarasa penduduk dalarn kategori pendapatan (income ~racket) tersebut.

t Agihan pendapalan yang berbeza A.gihan pendapatan yang berbeza di antara negara BIMP-EAGAjuga akan meningkatkan perdagangan intra-industri, walaupun pendapatan per kapita adalah sarna Indonesia dan Filipina yang mempunyai pendapatan per kapita yang lebih kurang sarna (lihat Jaduall) boleh meningkatlcan perdagangan intra-industri antara kedua negara tersebut selagi agihan pendapatan (income distribution) antara kedua negara tersebut berbeza. Filipina boleh mengeluarkan barangan yang memuaskan citarasa penduduk dalarn kategori pendapatan penduduk majoriti di negaranya, manakala Indonesiajuga mengeluarkan barangan yang sarna tetapi khusus/dibezakan untuk penduduk majoritinya yang berpendapatan dalam kategori tertentu; kategori pendapatan penduduk majoriti di Indonesia diandaikan tidak sarna dengan kategori pendapatan penduduk majoriti Filipina.

Dengan demikian, yakni berasaskan perbincangan di atas, pengguna yang tidak termasuk dalam kategori pendapatan penduduk majoriti di setiap negara akan mengimport barangan yang sarna dari negara yang lain (iaitu Indonesia mengimport dari Filipina, Filipina mengimport dari Indonesia), disebabkan negara sendiri tidak mengeluarkan barangan yang memenuhi citarasa mereka.

Eksport, Import dan Arab Aliran Perdagangan Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina

Eksport

Jadual E (sila lihat lampiran) menunjukkan bahawa eksport Sabah ke Sarawak untuk tahun 1995, 1996, 1997 masing-masing berjumlah RM 686 juta, RM 375 juta dan RM 293 juta; manakala eksport Sabah ke Filipina berjumlah RM 231 juta, RM 238 juta dan RM 236 juta; eksport Sabah ke Indonesia berjumlah RM 121 juta, RM 112jutadan RM 174 juta; dan eksport Sabah ke Brunei berjumlah RM 124 juta, RM 168 juta dan RM 94 juta.

8

Page 9: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

Sarawak kekal sebagai pengimport barang eksport Sabah yang terpenting di ran tau ini, diikuti oIeh Filipina, Indonesia, dan akhimya Brunei untuk tempoh talmn 1995-1997. Keadaan ini adalah sarna seperti keadaan pada 1990-1994 (sebelum pelaksanaan BIMP-EAGA).

bnport

Untuk tempoh tahun 1995-1997 kebanyakan import Sabah di rantau ini berasaI dari Sarawak, diikuti dari Indonesia, kemudian Filipina, dan akhimya Brunei (lihatJaduaI F di Iarnpiran). Keadaan ini adaIah sarna seperti sebelum pelaksanaan BIMP-EAGA, yakni untuk tempoh tahun 1990-1994.

Import Sabah dari Sarawak untuk 1995, 1996, 1997 masing-masing beIjumIah RM 372juta. RM 507 juta dan RM 574 juta; manakala import Sabah dari Indonesia beIjumIah RM 292 juta, RM 289 juta dan RM 187 juta; import Sabah dari Filipina beIjumIah RM 31 juta, RM 28 juta dan RM 46 juta; dan import Sabah dari Brunei betjumlah RM 0.8 juta, RM 1 juta dan RM 0.6 juta untuk tahun 1995, 1996 dan 1997.

Arab Aliran Perdagangan

Pada umumnya,jumIah eksport Sabah di kawasan EAGA Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina menunjukkan arab aliran yang menurun bagi tempoh talmn 1990-1997, scmentarajumlah import pula menunjukkan arah aliran yang meningkat untuk tempoh masa yang sarna (lihat Garnbarajah 1).

Secara keseluruhannya, arah aliran ini tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Walau bagaimanapun, arah aliran eksport untuk tahun 1995-1997 menunjukkan sedikit perubahan berbanding dengan arah aliran eksport tahun 1990-1994. Dengan merujuk kepada Jadua12 di atas, didapati bahawa arab aliranjumIab eksport Sabah ke kawasan EAGA Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina sehingga 1994 pada umumnya telah meningkat kecuali pada tahun 1991-1992 yang menunjukkan penurunan yang ketara. Selepas penubuhan BIMP-EAGA iaitu untuk tempoh tahun 1995-1997, arah aliranjumlah eksport Sabab di BIMP-EAGA menunjukkan penurunan.

Umumnya, arab aliran import Sabab di BIMP-EAGA pula menunjukkan peningkatan, dan tidak ada perubaban yang ketara terhadap perubahan jumlah import Sabah di BIMP-EAGA untuk tempoh tabun 1995-1997 berbanding tempoh tabun sebelum pelaksanaan BIMP-EAGA, 1990-1994.

9

Page 10: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

Gambarajah 1:

Arah aliran eksport dan import Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia, dan Filipina, 1990-1997

Jun1ah 8<sport. n-port Sabah dengan Sarawak, BruneI, noonesia dan ~

S .2. 1800 ~ !;. 1600 ~ 1400 ~ 1200 - 1000 t: 800 ~ 600 ~ 400 J:. 200 ~ 0 :J

.., .... OJ~ .... cf>"" ... cf>~ ... # Tahun

Sumber Data: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jadual2:

Jumlah dan Kadar Pertumbuhan Eksport dan Import Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina (RM juta), 1990-1997

Jumlab Tabun Penlapngan 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997

SobahEAGA

Eksport 1099 1524 1085 1095 1270 1162 893 797

(+38.7) (·28.8) (+0.9) (+16.1) (-1.5) (.23.2) (.10.8)

Import S02 587 S40 530 634 696 825 808 (+16.9) (·8.0) (·1.9) (+19.6) (+9.8) (+18.5) (·2.1)

Sumber Data: Jabatan Perangkaan Malaysia Catatan: Angka dalam kurungan merujuk kepada peratusan perubahan jumlah

eksport atau import setiap tahun berbanding tahun sebelumnya.

10

Page 11: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

Komposisi Eksport dan Import Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia, dan Filipina

Komposisi eksport dan import juga tidak menunjukkan perubahan yang nyata yang boleh menyokong kesimpulan bahawa keahlian Sabah dalam BIMP-EAGA telah mengubah komposisi eksport dan import, dan seterusnya, pola pengeluaran negeri Sabah. Walau bagaimanapun, memandangkan bahawa BIMP-EAGA hanya dilaksanakan selama tiga tabun sebelum 1997, data 1995-1997 mungkin belum dapat menunjukkan kesan sebenar perdagangan Sabah di BIMP-EAGA.

Dengan merujuk kepada ladual A, B, C. dan D di bahagian lampiran, didapati komposisi eksport dan import Sabah dengan Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina pada 1995-1997 tidak banyak berbeza berbanding komposisi import-eksport bagi tahun 1990-1994.

Komposisi Eksport

Untuk tempoh tahun 1995-1997, eksport utama Sabah ke Sarawak terdiri daripadajentera dan kelengkapan pengangkutan yang merupakan 70.4 peratus daripada jumlah eksport Sabah ke Sarawak pada tempoh tersebut; eksport utama Sabah ke Brunei juga terdiri daripada jentera dan kelengkapan pengangkutan yang merupakan 44.3 peratus daripadajumlah eksport Sabah ke Brunei; eksport utama Sabah ke Indonesia terdiri daripada komponen kimia dan bahan kimia yang merupakan 29.2 peratus daripadajumlah eksport; manakala eksport utama Sabah ke Filipina terdiri daripada bahan mentah tidak boleh di makan yang merupakan 31.9 peratus daripada jumlah eksport Sabah ke Filipina untuk tempoh 1995-1997.

Komposisi Import

Import utama Sabah dari Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina untuk tempoh tahun 1995-1997 adalah seperti berikut import utama dari Sarawak terdiri daripada komponen bah an api galian, pelincirdan lain-lain yang merupakan 80.8 peratus daripada jumlah import dari Sarawak pada tempoh tersebut; import utama Sabah dari Brunei terdiri daripada komponen pelbagai urusniaga dan barangan yang merupakan 33.5 peratus daripada jumlah import; import utama Sabah dari Indonesia ialah dalam komponen bahan mentah tidak boleh di makan yang merupakan 38.7 peratus daripada jumlah import; dan import utama Sabah dari Filipina untuk tempoh yang

11

Page 12: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

sarna terdiri daripada komponen bahan api, galian, pelincir dan lain-lain yang merupakan 42.9 peratus daripadajumlah importdari negara tersebut

Perkembangan Perdagangan Intra-Industri Sabah di BIMP·EAGA

Indeks perdagangan intra-industri (Ill) telah dikira untuk tahun 1995, 1996, 1997 dengan rnenggunakan formula:

B.= x 100 I

di mana B ialah indeks perdagangan intra-industri untuk kumpulan barangan i, X ialah eksport kumpulan barangan i, M ialah import kumpulan barangan i, dan i = 1.2,3, ... N (formula yang dikemukakan oleh Grubel dan Lloyd, sila lihat Grimwade, 1989). Indeks lIT yang bersarnaan dengan 100 bererti bahawa eksport dan import barangan dalarn kumpulan yang sarna adalah seimbang, dan sebaliknya, indeks lIT adalah sifar sekiranya perdagangan dalam satu kumpulan barangan itu adalah satu hala sahaja, yakni terdapat hanya import atau eksport barangan dalarn kumpulan barangan terse but. Semakin harnpir indeks lIT kepada 100 menunjukkan semakin tinggi drujah perdagangan intra-industri dalam kumpulan barangan tertentu itu, dan semakin hampir indeks lIT kepada sifar dan ini, bermakna semakin kecillah drujah perdagangan intra-industri dalam kurnpulan barangan tersebut Jadual3 menunjukkan bahawa purata indeks intra-industri (lIT) untuk perdagangan Sabah dengan Sarawak dan Brunei tidak banyak berbeza untuk tahun 1995-1997 jika dibandingkan dengan purata indeks intra-industri pada 1990, 1992, dan 1994. Purata indeks lIT untuk Sabah· Sarawak pada tahun 1990, 1992, dan 1994 masing-masing adalah 21.6, 30.7, dan 30.4, manakala ia adalah masing-rnasing 26.7, 18.0 dan 31.9 pada 1995, 1996, dan 1997. Purata indeks lIT untuk Sabah-Brunei pula adalah 15.4 pada 1990,4.3 pada 1992, dan 4.3 pada 1994, manakala ianya adalah 6.5 pada 1995,6.3 pada 1996 dan 5.3 pada 1997.

Sebaliknya, indeks intra-industri (lIT) perdagangan Sabah dengan Indonesia dan Filipina yang memperlihatkan perubahan positif yang ketara,

12

Page 13: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

menunjukkan bahawa perdagangan Sabah dengan kedua-dua negara tersebut telah meningkat dari segi perdagangan intra-industrinya. Purata indeks lIT Sabah-Indonesia ialah 26.3 pada 1990,45.0 pada 1992, dan 45.0 pada 1994, berbanding dengan 32.8 pada 1995,39.6 pada 1996, dan 48.6 pada 1997. Purata indeks lIT Sabah-Indonesia menunjukkan sedikit pertambahan pada akhir tempoh 1996-1997 (48.6) berbanding dengan akhir tempoh 1990-1994 (45.0). Bagi purata indeks lIT Sabah­Filipina pula, peningkatan yang ketara dapat dilihat pada tempoh 1995-1997 berbanding dengan tempoh 1990-1994 iaitu 17.5 pada 1990,9.8 pada 1992, dan 9.8 pada 1994 berbandingdengan 19.1 pada 1995,20.9 pada 1996, dan 30.3 (peningkatan sebanyak 45 peratus) pada 1997.

Jadual3: Purata Indeks Perdagangan Intra-industri (lIT) Sabah dengan Sarawak, Brunei,

Indonesia, dan Filipina, 1990-1997

Indek lIT Negara 1990 1992 1994 1995 1996 1997 Dagang

Sarawak 21.6 30.7 30.4 26.7 \8.0 31.9

Brunei \S.4 4.3 4.3 6.5 6.3 S.3

Indonesia 26.3 45.0 45.0 32.8 39.6 48.6

FiliQina 17.S 9.8 9.8 19.1 20.9 30.3

Kesimpulan yang boleh dibuat mengenai perdagangan intra-industri Sabah selepas pelaksanaan BIMP-EAGA iaitu pada tahun 1995. 1996, dan 1997 ialah bahawa: (i) tidak terdapat perubahan yang nyata mengenai perdagangan intra-industri Sabah-Brunei, seperti yang ditunjukkan olch indeks lIT yang tidak banyak berubah, (ii) indeks lIT Sabah-Sarawak menunjukkan arah aliran yang meningkat walauplPl perubahan peningkatan adalah tidak begitu ketara dan adalah keeil sahaja; walau bagaimanapun, indeks lIT untuk Sarawak adalah lebih tinggi pada akhir tempoh 1995-1997 (iaitu 31.9) berbanding dengan akhir tempoh 1990-1994 iaitu (30.4); (iii) perubahan yang ketara dapat dilihat dalam perdagangan intra-industri Sabah dengan Indonesia dan Filipina melalui purata indeks liT yang meningkat untuk tempoh tabun 1995-1997 berbanding tempoh tabun 1990-1994.

Seeara keseluruhannya, purata indeks lIT Sabah dengan rakan dagang EAGA Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina yang kurang daripada 50 menunjukkan bahawa perdagangan Sabah di BIMP-EAGA adalah masih kurang bereiri perdagangan intra-industri.

13

Page 14: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

EAGA. Andaian ini dibuat memandangkan jarak perdagangan antara Sabah dengan Indonesia dan Filipina merupakan jarak yang terdekat di kawasan EAGA Kalimantan, Sulawesi, Irian Jaya dan Maluku di Indonesia, serta Mindanao dan Palawan di Filipina, berbanding dengan kawasan Indonesia dan Hlipina yang lain.

Kesimpulan

Artikel ini telah membincangkan bagaimana perdagangan antarabangsa Sabah di BIMP-EAGA dalarn konteks faedah berbanding dan integrasi ekonomi BIMP-EAGA (yang boleh menghasilkan ciptaan perdagangan dan pelencongan perdagangan) mempengaruhi pertumbuhan perdagangan antarabangsa dan seterusnya pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Dua kesimpulan yang dikemukakan ialah: (i) perdagangan antarabangsa berfaedah kepada negara-negara EAGA selagi faedah berbanding wujud di setiap negara, sarna ada dalarn konteks integrasi ekonomi BlMP-EAGA atau tanpanya, dan walaupun kumiaan sumber di rantau ini adalah hampir sarna; (ii) integrasi ekonomi akan memberi kesan terhadap perdagangan antarabangsa BIMP-EAGA dalam bentuk ciptaan perdagangan dan pelencongan perdagangan, dan integrasi ekonomi BIMP-EAGA hanya akan menguntungkan sekiranya kesan ciptaan perdagangan melebihi kesan pelencongan perdagangan.

Kajian data untuk tempoh tahun 1995-1997 iaitu tempoh selepas pelaksanaan BIMP-EAGA berbanding tempoh tahun 1990-1994 iaitu tempoh sebelum pelaksanaan BIMP-EAGA menunjukkan bahawa kesan integrasi ekonomi BIMP-EAGA terhadap perdagangan intra-industri Sabah tidaklah begitu nyata terhadap perdagangannya dengan Brunei; perdagangan intra-industri Sabah dengan Sarawak meningkat sedikit, seperti yang ditunjukkan oleh purata indeks lIT yang lebih tinggi pada akhir 1995-1997 berbanding akhir 1990-1994; manakala dalam perdagangannya dengan Indonesia dan Hlipina, perdagangan intra-industri menunjukkan arah aliran yang meningkat, dan ini ditunjukkan oleh peningkatan purata indeks lIT yang agak ketara. Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut boleh dijelaskan oleh kumiaan sumber yang berbeza, citarasa pengguna yang pelbagai, pendapatan per kapita yang berbeza, pengagihan pendapatan yang berbeza, dan kos pengangkutan yang menurun di antara Sabah dengan negara rakan dagangnya di BIMP-EAGA.

Walau bagaimanapun, daIjah perdagangan intra-industri Sabah di BIMP­EAGA pada keseluruhannya masih dianggap rendah walaupun selepas .

16

Page 15: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

pelaksanaan integrasi ekonorni EAGA seperti yang ditunjukkan oleh purata indeks lIT yang kurang daripada 50 dalam perdagangan Sabah dengan setiap rakan dagang EAGAnya iaitu Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina Keadaan ini boleh dijelaskan secara umumnya oleh faktor sektor pembuatanlperkilangan (berkaitan dengan pengeluaran produk yang dibezakan) yang kurang maju di rantau ini.

Kemungkinan bahawa perdagangan intra-industri di ran tau ini akan meningkat pada masa depan sangatlah tinggi sekiranya BIMP-EAGA melaksanakan semuarancangan untuk meningkatkan dan mempercepatkan pertumbuhan aktiviti ekonorni di kawasan ini, terutamanya rancangan untuk meningkatkan pengangkutan udara, laut dan darat. la juga bergantung kepada peningkatan dalam sektor pembuatan/perkilangan di kawasan ini bagi membolehkan perkembangan industri pengeluaran produk yang dibezakan. Pelaksanaan AFfA juga akan mendorong perdagangan intra-industri pada masa depan. Pada masa tersebut, yakni apabila sekatan perdagangan telah dikurangkan kepada tingkat minimum di kalangan negara AFfA, daya saingan barangan keluaran setiap negara yang terlibatdijangka akan meningkat

Nota

2

3

BIMP-EAGA ditubuhkan dengan rasminya pada 24 Mac, 1994 dan pada masa ini meliputi Brunei; Kalimantan Timur dan Barat dan Sulawesi, Maluku, dan Irian Jaya di Indonesia; Sabah, W.P. Labuan dan Sarawak di Malaysia; Mindanao dan Palawan di Filipina. Dari ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Osu Sukam di Mindanao Business Conference yang telah diadakan pada 13 Ogos, 1999 di Iligan City, Mindanao. Contohnya ialah apabila Sabah, misalnya, mengimport barangan dari negara ahli BIMP-EAGA Filipina, dan tidak lagi mengeluarkan barangan tersebut sendiri keran~ Filipina boleh mengeluarkan barangan tersebut dengan kos dan harga yang lebih rendah; dan sebaliknya, Filipina mengimport barangan dari Sabah yang dikeluarkan dengan kos yang lebih rendah di Sabah berbanding di Filipina. Ini boleh berlaku apabila Sabah memberi keutamaan mengimport barangan dari negara EAGA seperti Brunei, dan tidak lagi mengimportnya dari misalnya Semenanjung Malaysia, sebuah kawasan di luar EAGA, walaupun barangan yang sarna adalah lebih rendah kos pengeluarannya di Semenanjung Malaysia. " , BIMP-EABC Secretariat, Brunei.

17

Page 16: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

LAMPIRAN·

Jadual A: Eksport dan Import Sabah Dengan Sarawak Mengikut Seksyen . Barangan (RM), 1995-1997

SebycII Ekspoct Eksport Eksport Import Import Bannpn 1995 1996 1997 1995 1996

0 40451042 25641159 21198150 27227146 302SI228 1 134S69O 2308967 2518780 344392 4978624 2 I144SI27 4292814 5239711 764·4311 7833683 ) 6274331 5809690 6279402 303617427 42612m7 .. 8622S74 43959252 . . . 5 75713721 64914348 71798196 3915731 6184926 6 71942136 74365448 35568596 20958708 25194026 7 440254815 134124240 122145896 7533870 5176714

• 14364533 8719644 1 581S242 91496 166501 9 15188337 10559699 10061512 174230 248894

Jumlah 68S602313 375297461 292883745 371507318 506762323

Catatan: 0 = Makanan dan haiwan hidup 1 = Minuman dan tembakau 2 = Bahan-bahan mentah tidak boleh makan 3 = Bahan api gaHan, pelincir dll 4 = Minyak dan lemak haiwan dan sayur-sayuran S = Kimia dan barangan kirnia 6 = Barangan keluaran kilang 7 = Jentera dan kelengkapan pengangkutan 8 = Pelbagai barangan keluaran kilang yang lain 9 = Pelbagai urus niaga dan barangan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Impon 1997

37219796 333S9096 7340186

443698091 . 1839631

36631217 12741349

1226227 252099

574313699

Jadual B: Eksport dan Import Sabah Dengan Brunei Mengikut Seksyen Barangan (RM), 1995-1997

Scksya EkIport Ekspoct Ekspoct Import Import lmport BannIlJl 1995 1996 1997 1995 1996 1997

0 20341991 23101044 24176408 · 14091 21483 1 796124 739667 1022155 61223 48471 S6146 2 24427033 23642909 30382972 · · 40640 3 101761 1675305 57321 · · . .. . . . · · . S 1463120 1234445 992927 1164 24654 19553 6 10535736 10945142 25908881 41519 41lO42 13146 7 62440179 102423615 7110140 200614 11S67 20937 I 2OOIS31 23m7. 2147941 193735 U7397 127197 9 1837646 2343983 1639545 332073 2MI46 244012

Jum\ah 123965121 168439998 93S09004 837388 1064375 613114

Catatan: Sila rujuk Jadual A Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

18

Page 17: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Perdagangan Antarabangsa

~ .' . :

JadualC: Eksport dan Import Sabah Dengan Indonesia Mengikut Seksyen Barangan (RM), 1995-1997

Seksyen Ebport Ebport I!ksport Import Import Import Barangan 199' 1996 1997 199' 1996 1997

0 13782235 13059613 21673478 27256978 25850139 21522904 I 1682095 897201 1776968 13904693 1394041 1776968 2 7339572 11300144 27539523 140008889 144434400 12506842 3 S4034' 25S4626 I 440021 126720 357134 4214012 4 13SO 13246027 42715626 - - -5 388988SO 33106S44 46616790 '5852940 60295201 46413557 6 51433459 115111" 31394173 12648487 I 37OS773 13482570 . 7 121049 J3J85SO 1652692 1S661125 20468340 29926097

• '9n9 90945 46460 24218052 209585" 15069485 , 905341 662985 494044 2003903 1745249 1508m Jumlah 121464275 II 1539445 174349775 291681787 289211782 187109167

Catatan: Sila rujuk Jadual A Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Jadual D: Eksport dan Import Sabah Dengan Filipina Mengikut Seksyen Barangan (RM),1995-1997

Scksyca Ekspon Ekspon Ebport Import Import Import Baranun 1995 1996 1997 1995 1996 1997

0 30097007 27170377 23059696 1529216 1336831 649632 I 1514614 1469311 5028123 3605869 5745537 5859470 1 86626676 76748228 61015639 9725589 3389159 6572026 3 18829 24034424 37858677 7306847 144805049 23345889 4 23611 " 7498213 23313867 - - -, 22485889 21198419 20925721 937336 118Sl72 2237634 6 58139887 52180380 41951281 5003274 430034 8to8833 7 1120870 9812253 9094818 2424648 889177 1580198

• 19428749 155049156 1068580' 186880 303452 517806 9 2044951 1976306 3351509 360358 5043896 572612

Jwn1IIh 230838087 231637661 236285136 31OS0017 28303507 46444100

Catatan: Sila rujuk Jadual A Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

19

Page 18: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas

JadualE:

Rakan Daganl

SlnwU

BlWlei

IDcIonesia

Filipina

JUMLAH

Eksport Sabah ke Sarawak. Brunei. Indonesia dan Filipina juta).199(}.1997

Eksport

1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996

673 1030 604 686 643 686 375

(61.2) (67.6) (55.7) (62.6) (SO.6) (59.0) (42.0)

23 26 43 61 S4 124 168

(2.1) (1.7) (4.0) (l6) (4.3) (10.7) (IB.8)

92 302 194 liS 136 121 112

(8.4) 09.8) (17.9) (10.5) (10.7) (10.4) (12.S)

311 166 244 233 436 231 238

(2 • .3) (10.9) (22.4) (21.3) (34.3) (19.9) (26.7)

1099 1524 108S 100S 1270 1162 893

(100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0)

(RM

1997

293

(36.8)

94 (11.8)

174

(21.1)

236

(29.6)

797

(100.0)

Catatan: Peratusan dalam kurungan merujuk kepada peratusan jumlah negeril negara kepadajumlah keseluruhan keempat kawasan EAGA.

Jadual F:

Rakan Daganl

SlnwU

Brunei

lndoncIia

Filipina

JUMLAH

Import Sabah dari Sarawak. Brunei. Indonesia dan Filipina (RM juta). 199(}.1997

Import

1990 1991 1992 1993 1994 I99S 1996 1997

411 451 387 3S2 359 372 S07 574 (83.3) (78.0) (71.7) (66.4) (56.6) (53.5) (61.5) (71.0)

O.S 0.4 0.3 0.3 0.3 0 .• I 0.6 (0.1) (0.1) (0.1) (0.1) (0.1) (0.1) . (0.1) (0.1)

58 101 126 ISO 239 292 289 187

(11.6) (17.1) (23.3) (28.3) (37.7) (42.0) (35.0) (23.1)

25 29 26 28 3S 31 28 46

(S.O) (4.8) (4.8) (5.3) (5.5) (4.4) (3.4) (S.8)

502 587 S40 530 634 696 825 808

(100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0) (100.0)

Catatan: Peratusan dalam kurungan merujuk kepada peratusan jumlah negeri/ negara kepadajumlah keseluruhan keempat kawasan EAGA.

20

Page 19: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Pt!rdDgangan Antarabangsa

ladual G: Indeks Perdagangan Intra-industri Sabah-Sarawak.I995-1997

Seksyen 1995 1996 1997 Barangan .-

0 80.5 76.6 TI.2 I 40.1 2.6 14.0 2 SO.1 3.9 13.3 3 4.1 0.1 . 2.1 4 0.0 0.0 0.0 S 9.1 52.6 S.o 6 45.1 U 91..5 7 3.4 0.0 11.9 a 1.3 o.a 14.3 9 2.3 34.5 4.9

Punta 26.7 18.0 31.9

ladual H: Indeks Perdagangan Intra-industri Sabah-Brunei, 1995-1997 .

Seksyen 1995 1996 1997 Bannpn

0 0.0 0.1 0.2 I 14.3 12.3 10.4 2 0.0 0.0 0.3 3 0.0 0.0 0.0 4 0.0 0.0 0.0 S 1.1 3.9 3.9 6 o.a a.3 0.6 7 0.6 . 0.0 0.6 1 17.6 17.8 11.2 9 30.6 20.3 25.9

Punta 6.5 6.3 5.3

ladual I: Indeks Perdagangan Intra-industri Sabah-Indonesia, 1995-1997

Seksyen 199.5 1996 1997 Bannpn

0 67.2 69.1 81..5 I 21.6 711.3 93.0 2 10..5 IS.s 64.9 3 38.0 2.1 la.9 4 0.0 0.0 0.0 s a2.1 70.9 99.8 6 36.1 91.3 60.1 7 . . 10.0 - 12.1 10.S

• 0..5 0.9 0.6 9 62.2 SS.I 49.3

PInta 32.11 39.6 4a.6

21

Page 20: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sarma Aralas .

:' ,

Jadual J: Indeks Perdagangan Intra·industri Sabah·Filipina, 1995·1997 • ' • '0 •

ScksycD 1995 1996 1997 Baranpn

0 9.7 9.4 S.5 I '9.2 40.7 92.4 2 20.2 ; I.S 19.' 3 0.5 1$.2 76.3 4 0.0 0.0 0.0 S 1.0 10.6 19.3 6 1'.9 1.6 21.7 7 46.0 16.6 29.6

• 1.9 3.1 9.2 9 30.0 '43.1 29.2

PuBta 19.1 20.9 30.3

Jadual K: Sumber(Resources)di BIMP.EAGA

NepnEAGA Sumbcr

Brunei Minyak dan Gu

Indooaia Minyak dan Gas Kay. T_Ladan, BabaD Pembinun i

ProcIuk Marin BabaD Galian Tcmabn Baja

Malaysia Minyak dan Gas MinyU Kelapa Sawit Bannpn E1ektroait . KayulKertas TIIIUDUlLadana

Filipu.. 8U1b-buab1n Sept Ikan, Produk Maria TanamanLadana BabaD Pcmbinun Tcbtil

Sumber. BIMP·East ASEAN Business Council, Brunei

22

Page 21: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Rujukan

Perdagangan Antarabangsa

.. ',. ;.' 1. "

, . ,'.' ;:

Appleyard, Dennis R., and Alfred J. Field (1998) International Economics Third Edition. New York: McGraw-Hill.: '. ' ! j.

Grimwade, N. (1989) International Trade: New Pattern of Trade Production and Investment London and New York: Routledge.

Grubel, Herbert G. (1967) 'Intra-Industry Specialization and the Pattern of Trade' Canada Journal of Economics and Political Science 1: 374-388.

Grubel, Herbert G., and PJ. Lloyd (1975) Intra-Industry Trade: The Theory and Measurement of International Trade in Differentiated Products. New York: John Wiley and Sons.

Jabatan Perangkaan Malaysia (1990-1997) Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah. Jilid 1 Bahagian 1 Kota Kinabalu: Jabatan Perangkaan Malaysia (Cawangan Sabah).

Krugman, Paul (1995) 'The Move Toward Free Trade Zones' Dalam Philip King International Economics and International Economic Policy New York: McGraw-Hill.

Krugman, Paul R., and Maurice Obstfeld (1998) International Economics Theory and Policy. Fourth Edition. Singapore: Addison Wesley Longman.

Lancaster, K. (1980) 'Intra-Industry Trade and Factor Mobility' American Economic Review 47: 321-335.

Under, Staffan Burenstam (1961) An Essay on Trade and Transformation New York: John Wiley and Sons.

Noor Aini Khalifah (1991) 'Japan and United States in Intra-Industry Trade of the EAEC' Jumal Ekonomi Malaysia 24: 51-67.

Viner, Jacob (1950) The Customs Union Issue New York: Carnegie Endowment for International Peace. .

23

Page 22: Perdagangan Antarabangsa Dan Analisis Awal Perkembangan

Sanna Aralas

Wong, H. T., and Sanna Aralas. 1997. 'Perdagangan Intra-Industri Sabah di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- BruneilIndonesial MalaysialFilipina (BIMP-EAGA),. Jumal Kinabalu3: 150-172 Kola Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. ' .

World Bank. Development Data available at hltp:www.worldbank.org.l data/country data/country data.html.

24