sejarah olahraga antarabangsa

25
SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics . Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno. Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya. Terdapat usaha negara-negara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini

Upload: baharom-bin-abdullah

Post on 26-Jul-2015

2.281 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan

diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga

pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau

‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini,

khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.

Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang

lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai

bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal

bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga merupakan

acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian

dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah

menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih

menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-

peserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM

berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan

Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa

menyatakan alasannya.

Terdapat usaha negara-negara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan

minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga

berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang

diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama

diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab

olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu

tahun 1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan

kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di

England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876

antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah

mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu

menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga

dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau

menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke

negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta

Page 2: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini

senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf

dengan atlit Eropah.

Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea,

Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan

yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

Page 3: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh,

pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic

Sports’.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.

Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan

pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara

negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’.

Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama

kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti

olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur

Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-

peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada

1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia

Amateur Athletics Union’ (MAAU) atau Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Presiden

MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan

pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Page 4: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

PERALATAN UNTUK OLAHRAGA

Pada zaman dahulu, soal mengenai peralatan tidak begitu diambil perhatian yang serius

oleh atlet serta persatuan olahraga yang terlibat. Kadang-kadang wujud situasi di mana

atlet memakai kasut biasa, dan ada kalanya berlari berkaki ayam, selain memakai seluar

pendek dan baju-T atau singlet. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa dan

perkembangan teknologi, pelbagai jenis peralatan berkaitan olahraga dicipta. Sebagai

contoh, apabila terciptanya kasut lari (spikes) pada penghujung abad ke-19, spikes terus

menjadi peralatan penting para pelari acara pecut sehingga para pelari merasakan

spikes adalah suatu yang penting bagi mereka. Secara umum, terdapat beberapa perlatan

yang diperlukan untuk olahraga seperti berikut:-

1. Kasut

Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para olahragawan bukan sahaja mereka

yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, tetapi juga untuk kegunaan dalam

acara lain, termasuk acara padang. Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat

penting malah dimestikan bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut.

Jenis kasut bergantung pada keselesaan atlit secara individu. Bagaimanapun biarlah

daripada jenis yang ringan.

2. Blok permulaan

Blok permulaan (starting block) merupakan sejenis alat yang digunakan untuk membantu

para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya para

pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini, tetapi bagi kebanyakan pelari

blok ini amat diperlukan, termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari

boleh meminta nasihat guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok

permulaan yang sesuai.

3. Pakaian sukan

Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga perlu mengenakan pakaian yang

sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan perjumpaan sukan

terbesar dunia, para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor

peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan

perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta dibolehkan memakai pakaian yang mereka

gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan

Page 5: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

mereka. Contohnya dalam Sukan Olimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen

tidak lama dahulu, pelbagai jenis dan bentuk pakaian yang dipakai oleh para

olahragawan lelaki dan wanita asalkan pakaian itu selesa dan tidak mengganggu

pergerakan dan larian mereka.

4. Peralatan sampingan

Setiap olahragawan juga digalakkan mempunyai beg peralatan masing-masing. Mungkin

ada di kalangan olahragawan yang menganggap perkara ini sesuatu yang tidak penting,

namun sebagai olahragawan, sesuatu yang mempunyai kaitan dengan mereka

hendaklah diberi perhatian. Bagi peralatan ini pula harus mengandungi barangan seperti

tuala, Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol

minuman dan sebagainya.

Page 6: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Olahraga terbahagi kepada 3 kategori iaitu Balapan (Track), Padang (Field) dan Acara

Khas (Special Event).

Olahraga

Acara Balapan (Track)

Pecut

100 meter

200 meter

400 meter

Jarak Sederhana

800 meter

1500 meter

Jarak Jauh

3000 meter

5000 meter

10,000 meter

Lari Berganti ganti

4x100 meter

4x200 meter

4x400 meter

LariBerpagar

100 meter

110 meter

400 meter

LariBerhalangan

3000 meter

Acara Padang (Field)

Lompatan

Lompatan Jauh Lompatan Kijang

Lompatan Tinggi

Lompatan Bergalah

Lontaran

Lontar Peluru Melempar Cakera

Merejam Lembing

Acara Khas (Special Event)

Heptathlon – 7 acara (wanita)

Dekathlon –10 acara Lelaki

Maraton – Jarak 42,195 m

Merentas Desa – Bebas

Lumba Jalan Kaki

5, 10,15, 20, 50 km

Page 7: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

KEPERLUAN DAN PERALATAN

garisan mula 200 m

Trek dan permulaan acara-acara olahraga

Kasut berpaku enam

lurus

84.39

Page 8: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA
Page 9: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

TEKINK DAN KEMAHIRAN

Lari Pecut / Sederhana / Jarak Jauh

Page 10: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Lari Berpagar

Page 11: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Lari Berganti-ganti

Page 12: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Lompat Tinggi

Page 13: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Lompat Jauh

Page 14: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Lompat Kijang

Page 15: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Merejam Lembing

Page 16: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Ukuran Gelanggang Rejam Lembing

PERATURAN1. Lembing mesti dipegang dengan cara menggenggamnya.2. Lembing mesti direjam melalui atas bahu.3. Perejam tidak boleh membelakang tempat rejaman sehingga lembing direjam.4. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:

(a) Selepas rejam, menyentuh kawasan di luar landasan lari termasuk garisan(b) Rejaman di luar sektor dan terkena pada garisan sektor.(c) Keluar melalui bahagian hadapan landasan lari selepas lembing jatuh(d) Lembing tercacak belakang dahulu.

5. Lembing yang semasa rejaman dibuat atau lembing berada di udara, rejaman adalah dikira sah.

6. Pemakaian sarung tangan adalah tidak dibenarkan.

Page 17: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

Melontar Peluru

Page 18: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

PERATURAN

1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja.

2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan

tangan semasa memegang.

3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan.

4. Pembatalan berlaku;

(a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

(b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar (c)

Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan. (d)

Pelepasan peluru yang tidak betul:

i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan

sebelum lontaran dibuat

ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar

(e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan

5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit

dibenarkan di antara dua lontaran tersebut.

6. Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat.

7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas

satu pusingan lontaran dibuat.

Page 19: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA
Page 20: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

•Jarak diukur sehingga bahagian dalam bendul bulatan. Pita mesti melalui pusat bulatan.

•Jarak direkod 0.01 m terhampir, di bawah jarak diukur.

Page 21: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA

JENIS ACARA UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM

Kelas

Acara

100 m

200 m

Lelaki Perempuan

Kelas 1 kelas 2> 18 th > 15 th

X X

X X

Kelas 3> 12 th

X

X

Kelas 1> 18 th

X

X

kelas 2> 15 th

X

X

Kelas 3> 12 th

X

X

400 m

800 m

1500 m

X X

X X

X X

X

X

X

X

X

X

2000 m berhalang

3000 m berhalang

X

X Terbuka

3000 m

5000 m

3 km lumba jln kaki

Terbuka

X

5 km lumba jln kaki X X

10 km lumba jln kaki

80 m L/Berpagar

X

X(0.762 m)

X(0.762 m)

100 m L/Berpagar X(0.84 m)

X(0.762 m)

110 m L/Berpagar X X(0.992m) (0.914m)

200 m L/Berpagar X

(0.84m)X

(0.762 m)

400 m L/Berpagar

4 x 100 m

X

(0.914m)

X X X

X(0.762 m)

X X X

4 x 200 m

4 x 400 m X X

X

X X

X

L/Tinggi X X X X X X

L/Jauh

L/Kijang

L/Bergalah

X X

X X

Terbuka

X

X

X

X

X

X

X

Terbuka

Lontar Peluru X X(5.45 kg) (4.55 kg)

X(2.72 kg)

X

(4 kg)X

(4 kg)X

(2.72 kg)

Lempar Cakera X X

(1.5 kg) (1 kg)X

(1 kg)X

(1 kg)

Merejam Lembing X X

(700g) (600g)X

(600g)X

(600g)

Tukul Besi

Heptathlon

Terbuka(5.45 kg)

Terbuka

Terbuka(4 kg)

Pentathlon Terbuka

Jumlah Acara 21 21 8 20 20 8

Sumber : Peraturan-peraturan Pertandingan Permainan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia.

Page 22: SEJARAH OLAHRAGA ANTARABANGSA