sejarah olaharaga antarabangsa

37
Sejarah Olaharaga Antarabangsa Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk p diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapatjuga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga in khususnya di kalangan penduduk reek !uno. Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada "### tahun ya lampau di reece. $ika dilihat pada sejarah awal Sukan %limpik !uno, suka dipercayai bermula pada tahun &&' SM, dan sehingga kini sudah diakui meru catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahra merupakan acara utama sukan tersebut. (engan kata lain orang reek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta) peserta yang mengambil bahagian. Sukan %limpik ini yang bermula pada tahun &&' SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun "*& SM. Selepas itu Sukan %limpiktidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja +om, heodosius, tanpa menyatakan alasannya. erdapat usaha negara)negara lain selain daripada reek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga.(i -ngland umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh +oyal Military ollege menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun /0/1. 2erjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan %limpik !uno. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat uni3ersiti y ditubuhkan iaitu tahun /04# di %56ord 7ni3ersity 8-5eter ollege 9thletic lub. Man kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun /0'' dianjurkan oleh 9mateur 9thletic lub di -ngland. Seterusnya kejohanana 9ntarabangsa yang pertama diadakan tahun /0&' antara -ngland dan Ireland. Menjelang abad ke)1# ramai atlit 9merika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. 9ustralia dan :ew ;ealand juga berjaya melahirkan ahli)ahli olahraga mampu menandingi peserta dari negara)negara -ropah dan 9merika Syarikat. 9hli)ahli olahraga dari 9sia, 96rika dan 9merika Selatan ketika itu masih belum mampu mengguga atau menandingi peserta)peserta tersebut,walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara)negara tersebut. Hanya selepas tahun /*'#)an barulah muncul peserta)peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan

Upload: piece56

Post on 07-Oct-2015

309 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

Sejarah Olaharaga AntarabangsaHari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Jika dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno, sukan itu dipercayai bermula pada tahun 776 SM, dan sehingga kini sudah diakui merupakan catatan awal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Hal Ini disebabkan olahraga merupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain orang Greek sudah mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asal olahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yang dipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabang seni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian. Sukan Olimpik ini yang bermula pada tahun 776 SM berjaya diadakan setiap empat tahun sekali sehingga tahun 397 SM. Selepas itu Sukan Olimpik tidak dapat diadakan lagi atas arahan Maharaja Rom, Theodosius, tanpa menyatakan alasannya.Terdapat usaha negara-negara lain selain daripada Greek yang mula menunjukkan minat untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England umpamanya, olahraga berjaya dihidupkan kembali oleh Royal Military College menerusi temasya sukan yang diadakan pada tahun 1812. Perjumpaan sukan itu dianggap sebagai yang pertama diadakan selepas berkuburnya Sukan Olimpik Kuno. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.Australia dan New Zealand juga berjaya melahirkan ahli-ahli olahraga yang mampu menandingi peserta dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ahli-ahli olahraga dari Asia, Afrika dan Amerika Selatan ketika itu masih belum mampu menggugat atau menandingi peserta-peserta tersebut, walaupun sukan olahraga sudah diperkenalkan ke negara-negara tersebut. Hanya selepas tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari tiga kawasan dunia ini yang mampu menandingi dan memberikan saingan. Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

Sejarah Olahraga di MalaysiaOrganisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara.Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU) atau Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Acara Balapanmula pada 100 m garis penamat untuk semua larian2.1 Peraturan-peraturana) PERATURAN 160 i. Ukuran standard balapan larian ialah 400m. la hendaklah mengandungi sepasang bahagian lurus selari dan sepasang selekoh yang mempunyai ukuran jejari yang sama. Kecuali balapan rumput, bahagian dalam balapan hendaklah dipisahkan oleh bendulyang diperbuat daripada bahan yang sesuai setinggi lebih kurang 5sm dan lebar minimumnya 5sm.ii. Sekiranya sebahagian bendul tersebut terpaksa ditanggalkan untuk membolehkan acara padang dijalankan, tempatnya hendaklah ditandakan dengan garisan putih selebar 5sm dan kon atau bendera yang sekurang kurang 20sm tinggi, diletakkan di atas garisan putih supaya pinggiran tapak kon atau kayu pacak bendera menyentuh pinggiran garisan putih yang hampir dengan balapan, dan diletakkan pada jarak antara satu sama lain tidak melebihi 4m. Peraturan ini juga terpakai pada bahagian yang membolehkan peserta keluar ke tempat lompatan air dalam acara lari berhalangan. iii. Bagi balapan rumput yang tidak mempunyai bendul, bahagian tepi dalamnya digantikan dengan garisan selebar 5sm. la juga hendaklah dipasang bendera pada jarak 5m antara satu sama lain. Bendera-bendera tersebut hendaklah dipacakkan di atas garisan tadi supaya peserta tidak memijak garisan tersebut, tetapi dicondongkan ke dalam pada sudut 60 darjah. Bendera-bendera yang berukuran lebih kurang 25sm x 20sm yang dipacakkan dengan tiang setinggi 45sm sangat sesuai untuk tujuan ini.iv. Ukuran ini dibuat dari 30sm ke luar bendul atau, jika tiada bendul 20sm dari bahagian dalam garisan penanda balapan tersebut.

v. Jarak larian diukur dari tepi belakang garisan permulaan sehingga ke tepi belakang garisan penamat.vi. Bagi semua larian sehingga dan termasuk 400m, setiap atlet hendaklah berlari dalam lorong sendiri, yang mempunyai lebar 1.22m +- 0.01 m yang ditandakan dengan garisan putih selebar 5sm. Lorong di sebelah dalam hendaklah diukur seperti mana yang diterangkan dalam perenggan iv di atas, tetapi lorong-lorong lain hendaklah diukur 20sm dari tepi sebelah luarnya.

Lari pecuta) Pengenalan Lari PecutI. Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lainII. Lari pecut ; 100, 200, 400 meter.

b) Acara 100 m, 200 m, 400 m.i. Kedudukan Balapan untuk acara 100 meter ii. Kedudukan Balapan untuk acara 200, 400 meter.

iii. Permulaan Setiap peserta akan memulakan sesuatu perlumbaan serentak. Selain garisan permulaan yang sama untuk acara 100 meter, mereka akan berada di tempat permulaan yang berbeza-beza untuk acara 200 meter dan 400 meter tetapi garisan penamat adalah sama. Jarak sesuatu acara lari pecut ialah dari hujung garisan permulaan hingga hujung garisan penamat, yang biasanya ditandakan dengan pemasangan pita atau talian penamat. Di belakang garisan permulaan pada tiga meter jarak ke belakang, biasanya terdapat garisan pengumpulan peserta. Sebelum sesuatu permulaan diadakan para peserta akan dikumpulkan di kawasan ini untuk diberikan penerangan berkaitan dengan perlumbaan itu. Permulaan sesuatu perlumbaan dilakukan oleh pegawai pelepas dengan dibantu oleh penolong pelepas lain. Antara tanggungjawab pegawai-pegawai ini ialah me-meriksa para peserta supaya mematuhi segala peraturan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Permulaan dilakukan dengan cara tembakan pistol. Bagaimanapun bagi sesetengah perlumbaan peringkat sekolah, penggunaan sesuatu objek yang boleh menghasilkan suara adalah memadai seperti 'clapboard'. Pegawai .pelepas akan mengeluarkan arahan 'Ke Garisan' kepada semua peserta sebagai persediaan untuk memulakan perlumbaan. Selepas arahan itu didengar oleh semua peserta, mereka akan berada di tempat permulaan mengikut lorong yang ditetapkan. Setelah itu peserta hendaklah mendiamkan diri, menandakan mereka sudah bersedia. Pegawai pelepas akan melaung arahan 'Sedia', dan sepantas kilat peserta akan mendongakkan kepala dan mengangkat badan. Mereka akan berlepas daripada blok permulaan sebaik sahaja tembakan pistol dibunyikan. Jika ada peserta yang meletakkan tangan menyentuh garisan permulaan, mengangkat kaki atau bergerak terdahulu sebelum tembakan pistol, peserta itu diberikan amaran dan permulaan dilakukan semula. Biasanya mana-mana peserta yang melakukan kesalahan kali kedua dalam permulaan, dia akan dibatalkan, walaupun kesalahanpertama dilakukan oleh peserta lain.iv. Semasa perlumbaan Setiap peserta hendaklah berlari mengikut lorong masing-masing yang ditetapkan menerusi undian yang dijalankan pada awal permulaan, iaitu dari mula hingga akhir. Jika ada peserta yang terkeluar atau sengaja berlari di lorong lain, perlumbaannya dikira batal. Peserta hendaklah membuat larian terus menerus tanpa henti sehingga ke garisan penamat. Peserta tidak dibenarkan cuba menghalang atau mengganggu peserta lain semasa dalam perlumbaan

v. Akhir perlumbaan Tali atau pita ringan direntangkan di atas garisan penamat, pada aras dada peserta. Pemenang ditentukan melalui sentuhan pertama mana-mana peserta pada bahagian dadanya (torso). Peserta tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki atau kepala untuk menyentuh tali atau pita tersebut untuk mendakwa dia yang mula-mula mencecah pita tersebut. Jika lebih daripada seorang peserta yang mencecah tali atau pita pada waktu yang sama, penentuan pemenang dibuat menerusi gambaran foto. Jika kaedah seperti itu tidak disediakan, penentuan akan dibuat oleh pegawai-pegawai perlumbaan menerusi catatan masa yang dibuat oleh peserta tersebut.c) Gaya Permulaani. Terdapat dua jenis cara permulaan bagi larian iaitu gaya dekam dan gaya berdiri.ii. Gaya Dekam terbahagi pula kepada tiga jenis.

Gaya PeluruGaya SederhanaGaya Panjang

d) Berlepas dari blok permulaani. Suatu tindakan ledakanii. Kedua-dua kaki menolak blok permulaan dengan kuat dan pantas.iii. Tangan dihayun untuk membantu perlepasan keseluruhan badannya dari blok tadi.iv. Pelari dapat melepaskan diri dengan pantas dan sempurna apabila dia : Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta. Jarak langkahan yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

e) Butiran mengajar dan ansur majui. Latihan yang melibatkan komponen penting dalam lari pecut, antaranya permainan kecil, latihan dan ansur majuii. Permainan kecil ; tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelajar mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran para pelajarnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut: Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat Lari ulang-alik/Lari kutip mata Nombor sama berlari (bulatan) Pukul berapa Datuk Harimau? Belalang, belatuk

iii. Latihan ansur maju lari pecut Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas. Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter. Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter. Lari kutip mata (lari ulang-alik). Latihan lari sejauh 30 meter. Beri perhatian kepada pergerakan tangan,kedudukan kepala dan sebagainya. Latihan berlari di bahagian selekoh. Condongkan badan sedikit ke dalam,iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan kanan melintasi badan.

Lari Berpagara) Lari berpagar ; 100, 110, 400 meter.b) Berikut adalah gerakan bagi lari berpagar

c) Permulaani. Pelari hendaklah menggunakan teknik pecut biasa untuk tiga langkah pertama larian.ii. Sebelum larian berrnula pelari mestilah memerhati pagar pada langkah keempat dan kelima.iii. Pelari hendaklah berlari dan melompat pada lorong yang di beri sehingga tamat.iv. Elakkan daripada melanggar atau menjatuhkan pagar kerana akan melambatkan tempo atau rentak larian.v. Pelari hendaklah mengatur dan menentukan bilangan langkah yang sesuai untuk setiap pagar yang akan dilepasi.d) Semasa lariani. Dari permulaan ke pagar pertama Pelari hendaklah menentukan langkah yang akan diambil. Pelari hendaklah berlari pantas bagi mendapat keyakinan. Pelari hendaklah mengelakkan daripada melonjak terlalu hampir dengan pagar. Pelari tidak dibenarkan memperlahankan larian apabila menghampiri pagar dan teragak-agak membuat lompatan.ii. Ketika kaki melepasi pagar Kaki pelari yang melangkah terdahulu hendaklah lurus ke hadapan. Pelari hendaklah membongkok badan ke hadapan. Pelari hendaklah menghulurkan tangan yang bertentangan kaki yang melangkah ke hadapan dan selari dengan kaki berkenaan. Pelari hendaklah mengarah keluar tapak kaki belakang. Pelari hendaklah menarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan mencecah atau mendarat ke tanah. Pelari hendaklah meneruskan larian selepas mendarat.iii. Berlari di antara pagar. Pelari hendaklah mengekalkan jumlah langkah di antara pagar. Pelari hendaklah berlari lurus dengan pandangan mata ditumpukan ke hadapan iaitu pada pagar seterusnya. Pelari hendaklah meningkatkan kelajuan setelah rentak lari diperoleh dan membuat lompatan yang seterusnya.e) Menamatkan Larian Pelari hendaklah memecut sepantas yang boleh menuju ke garisan penamat. Pelari hendaklah mendepankan dada pada bahagian torso untuk mencapai pita atau tali penamat.

Lari Berganti-gantia) Acaranya adalah 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter.b) Teknik Menukar Batoni. Gaya selang-seli tanpa pandang

ii. Gaya selang-seli cara pandang

iii. Cara memberi baton Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. Beri isyarat kepada penerima. Hulurkan baton dengan tangan yang lurus. Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangan.iv. Cara menerima baton Selalu berada dalam keadaan sedia. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton. Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang si berlari (gaya tanpa pandang). Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya\ Baton hendaklah dihantar kepada penerimanya di dalam lingkungan zon pertukaran baton sejauh 20 meter.

Pergerakan ke bawahPergerakan ke atas

c) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.i. Latihan statik berpasangan Latihan ini melibatkan dua peserta. Peserta A berdiri lebih kurang satu meter di belakang Peserta B. Peserta A memberi isyarat kepada Peserta B dan Peserta B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja Peserta A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan latihan ini secara berulang-ulang.ii. Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton.iii. Latihan bergerak- berpasangan Latihan ini juga memerlukan dua peserta dan ia dilakukan sambil berlari anak (joging). Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah memberi baton kepadanya. Peserta B pula menghantar baton kepada Peserta A. Teruskan latihan yang serupa buat beberapa kali.Latihan Statik Berpasanganiv. Latihan bergerak- berpasangan Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter. Peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan, Peserta B pula mula berlari. Peserta A terus mengejar Peserta B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian. XA B TandaanPelan Kedudukan Pelari A dan B.d) Panduan Pelari Berganti-gantii. Pelari pertama Dapat memulakan larian dengan balk. Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.ii. Pelari kedua Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus. Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.iii. Pelari ketiga Pantas berlari dibahagian selekoh Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya.iv. Pelari keempat Tidak semestinya pelari yang terpantas di dalam pasukannya. Pantas berlari di bahagian lurus. Merupakan pelari yang penuh keazaman dan dan tenang. Ciri-ciri ini amat perlu kerana pelari ini mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lawan.

Acara PadangOlahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding". Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain daripada acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat. Melontar dan melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat tubuh badannya. Lontar PeluruAcara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalamacara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.Lontar peluru merupakan acara lontar paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Acara ini menggunakan kekuatan sebelah tangan sahaja. Badan yang sasa dan tegap juga akan memberikan suatu dasar atau tapakyang agak stabil dalam gerakan melontar. Namun begitu, kepantasan pergerakan juga merupakan satu faktor yang penting dan seseorang atlit itu hendaklahmempunyai kualiti ini disamping ciri-ciri tubuh yang dijelaskan diatas.a) Fasa Pergerakan Melontar Pelurui. Pegangan peluruii. Lakuan sediaiii. Lungsuraniv. Kilasan badanv. Lontaranvi. Pulihanb) Pegangan Pelurui. Teknik memegang peluru dengan tiga jari ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari Pegangan 3 jari Pegangan 5 Jari

c) Teknik melontar pelurui. Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)ii. Gaya melunsur selangkahiii. Gaya Parry O'Brien

d) Fasa ketika melontar peluru (Gaya berdiri dan melontar)i. Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaranii. Kilasan badan Kilasan badan dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan.iii. Lontaran Tolak peluru dengan kaki belakang diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat.iv. Pemulihan Fasa pemulihan tidak ditegaskan kerana tiada lungsuran dan pergerakan badan.e) Fasa ketika melontar peluru (Gaya melungsur selangkah)i. Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaranii. Lungsuran Pelontaran menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulataniii. Kilasan badan Apabila kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran tamat, pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badaniv. Lontaran Setelah kilasan tamat, kaki yang rnelungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik serta diikuti dengan menolak peluru.v. Pemulihan Membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.f) Fasa ketika melontar peluru (Gaya Parry O' Brien)i. Lakuan sedia Pelontar berdiri membelakangkan arah lontaran dan kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga hampir selari dengan tanah.ii. Lungsuran Apabila badan dicondong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan.iii. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas telah bertapak di belakang papan penahan, badan mula mengilas ke atas dan kehadapan.iv. Lontaran (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)v. Pemulihan (seperti gaya dirian dan melunsur selangkah)Lompat JauhPeraturan AsasPermukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yangt erpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.a) Fasa lompat jauhi. Fasa Penujuanii. Fasa Lonjakaniii. Fasa Layanganiv. Fasa Pendaratan.b) Fasa penujuani. Perlukan peserta berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.ii. Penting bagi peserta ; tahu bilangan langkah larian yang perlu untuk mencapai kepantasan yang optimum.iii. Gaya berlari adalah sama dengan lari pecut.apabila hampir dengan papan lonjak, peserta mesti bersedia untuk melonjak.c) Fasa lonjakani. Tujuan fasa ini adalah untuk mencapai lompatan yang tinggi.ii. Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.d) Fasa layangani. Tindakan yang dilakukan selepas lonjakan.ii. Gaya tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah di udara dan badannya tegak.iii. Gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kaki nya ke hadapan dan badannya dicondongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan sehingga hujung kakiiv. Gaya gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas seolah-olah bergantung di udara. Kedua kakinya diangkat ke belakang.v. Gaya selangkah, pelompat menghayunkan bahagian kakinya yang bebas ke hadapan selepas melakukan lonjakan.

GayaGaya tendang Layar Gaya Gantung Kayuh

e) Fasa pendaratani. Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak. ii. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun ke atas.iii. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

f) Contoh-contoh latihan dan ansur maju.i. Beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak.

Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan boleh dianggap sebagai suatu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak ini.Lompat ketingting melepasi halangan

Berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Tujuan latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian para pelajar kepada langkah larian yang sama.

Belari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Pelari tidak semestinya memijak papan lonjak. Lakukan latihan ini berulang-ulang. Latihan ini dapat membantu para pelajar merasai keadaan sebenar semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh semasa melakukan latihan ini.

Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas dibuka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan (kaki bsbas (kaki di sebelah hadapan) mencecah tanah dahulu. Latihan ini bertujuan untuk memastikan pelompat dapat melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan.

Berlari pantas, melonjak dan rnendarat. Gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merunakan latihan melompat jauh secara keseluruhannya.

ii.

Lompat jauh keseluruhan

iii. Aktiviti untuk lompat jauh Berlari sejauh 20 hingga 30 meter. Lompat jauh dirian. Melompat melepasi halangan. Lompat ketinting

Melompat sungai.

Gambar Rajah Acara Balapan dan Padang