sejarah pendidikan di malaysia

20
Sejarah Pendidikan Di Malaysia KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA PENGENALAN Pendidikan bermakna memelihara atau mengasuh anak. Walaubagaimanapun ramai ahli pendidik tidak menghadkan proses ini kepada kanak- kanak, tetapi memikirkannya sebagai proses pemeliharaan. Kidd J.R (1973) mengatakan bahawa, “pendidikan ialah perkembangan dan penyuburan fikiran dan kuasa- kuasa semula jadi yang sistematik. Hal ini bermula ketika prasekolah berterusan di sekolah dan juga berlangsung seumur hidup”. Perkataan “sistematik” di dalam definisi ini membawa andaian bahawa pembelajaran telah dirancang dan meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Comb dan Ahmad M. (1974) “ pendidikan formal ialah pendidikan yang sangat diinstitusikan, berperingkat- peringkat mengikut umur dan berstruktur, mengikut hierarki yang berlangsung dari sekolah rendah hingga ke kemuncak universiti, manakala pendidikan bukan formal adalah aktiviti pendidikan yang berorganisasi dan sistematik yang berlaku di luar system formal untuk memberikan jenis- jenis pembelajaran yang terpilih kepada kumpulan kecil tertentu untuk orang dewasa dan juga kanak- kanak. Berdasarkan definisi di atas pembelajaran bukan formal ialah contohnya, merangkumi pendidikan pertanian dan rancangan melatih

Upload: hafizeija

Post on 01-Oct-2015

99 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sejarah pendidikan di malaysia

TRANSCRIPT

Sejarah Pendidikan Di MalaysiaKRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIAPENGENALANPendidikan bermakna memelihara atau mengasuh anak. Walaubagaimanapun ramai ahli pendidik tidak menghadkan proses ini kepada kanak- kanak, tetapi memikirkannya sebagai proses pemeliharaan.Kidd J.R (1973) mengatakan bahawa, pendidikan ialah perkembangan dan penyuburan fikiran dan kuasa- kuasa semula jadi yang sistematik. Hal ini bermula ketika prasekolah berterusan di sekolah dan juga berlangsung seumur hidup. Perkataan sistematik di dalam definisi ini membawa andaian bahawa pembelajaran telah dirancang dan meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal.Comb dan Ahmad M. (1974) pendidikan formal ialah pendidikan yang sangat diinstitusikan, berperingkat- peringkat mengikut umur dan berstruktur, mengikut hierarki yang berlangsung dari sekolah rendah hingga ke kemuncak universiti, manakala pendidikan bukan formal adalah aktiviti pendidikan yang berorganisasi dan sistematik yang berlaku di luar system formal untuk memberikan jenis- jenis pembelajaran yang terpilih kepada kumpulan kecil tertentu untuk orang dewasa dan juga kanak- kanak.Berdasarkan definisi di atas pembelajaran bukan formal ialah contohnya, merangkumi pendidikan pertanian dan rancangan melatih petani- petani, rancangan membaca dan menulis melalui kelas- kelas dewasa, latihan bekerja yang diberikan di luar system pendidikan formal, aktiviti kelab belia, yang menganjurkan kursus- kursus kemahiran, rancangan pengajaran untuk masyarakat tentang hal kesihatan, pemakanan, perancangan keluarga dan sebagainya.

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)TEMPOH PERTAMA (1784-1941)

Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.Sekolah- sekolah Melayu ini adalah percuma dan terbuka kepada semua kanak-kanak dari semua kaum sejak awal abad ke 19. Bahasa perantaraan adalah bahasa melayu tetapi mendapat kurang sambutan dari kaum lain. Pulau Pinang dan Melaka merupakan negeri yang pertama menawarkan sekolah rendah jenis ini, pendidikan rendah dirancangkan untuk kanak- kanak yang berumur dari enam hingga dua belas tahun.Semenjak tahun 1951, sebanyak 227 buah sekolah melayu baru didirikan dan sekarang terdapat sebanyak 1,931 buah sekolah jenis ini diseluruh semenanjung Malaysia. Sekolah rakyat di bina dan ianya dibiayai oleh orang kampong. Ini merupakan petanda keazaman orang- orang melayu untuk melihat bahasa dan sastera mereka standing dengan pembelajaran lain dan mereka tidak akan mengabaikannya.

Perkembangan Sekolah Vernakular CinaSekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.

Perkembangan Sekolah Vernakular TamilPerkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.

Perkembangan Sekolah InggerisPada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:1. untuk semua bangsa;2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.

TEMPOH KEDUA (1946-1957)

Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum MerdekaPihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Laporan Barnes 1951 Pada tahun 1950, kerajaan british menerima cadangan pemimpin Melayu supaya mengkaji masalah pendidikan dalam sekolah vernakular melayu dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah untuk memperbaiki kelemahannya. Sebuah jawatankuasa diketuai oleh L.J Barnes dibentuk untuk menjalankan tugasan beliau. Antara cadangan laporan ini adalah pemindahan bahasa penghantar kepada bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi semua sekolah di persekutuan tanah melayu. Bahasa cina dan bahasa tamil akan diajar sebagai mata pelajaran di sekolah sahaja. Ia bertujuan untuk mencapai objektif integrasi sosial dan perpaduan di kalangan kanak- kanak berbilang kaum. Dalam keadaan ini, jawatankuasa barnes berpendapat adalah tidak mudah bagi Negara untuk mencapai objektif perpaduan kebangsaan. Cadangan cadangan yang lain dalam Laporan Barnes ialah:1. Mendirikan sekolah menengah vokasional moden.2. Rombakan kepada kurikulum asal dengan mengutamakan pengajaran mata pelajaran sains,seni perusahaan dan sains rumahtangga.3. Mendirikan Maktab Perguruan berasrama untuk melatih guru yang memegang suil persekolahan.4. Menubuhkan Jemaah Nazir Persekutuan.5. Menubuhkan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk menolong perkembangan pendidikan sekolah rendah dengan memberikan bantuan kewangan.6. Semua sekolah rendah kebangsaan akan diberikan pendidikan percuma kepada kanak- kanak dari darjah satu hingga darjah enam.7. Setelah tamat belajar di sekolah rendah kebangsaan, murid- murid boleh meneruskan pelajaran mereka ke sekolah menengah dengan penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar.

Laporan Fenn-Wu Pada mulanya tujuan penubuhan jawatankuasa barnes ialah untuk mengkaji pendidikan vernakular melayu sahaja.tetapi cadangan cadangan Jawatankuasa Barnes telah melebihi panduan rujukannya di mana hasil kajiannya bukan meliputi sistem pendidikan vernakular melayu tetapi juga semua jenis sekolah di dalam Persekutuan. Laporan pendidikan Cina di Malaysia ini diketuai oleh Dr. Fenn iaitu Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China dan Profesor Dr. Wu Teh Yao yang bekerja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Mengikut Laporan Fenn- Wu:1. Orang Cina sedia belajar tiga bahasa iaitu bahasa cina, bahasa inggeris, dan bahasa melayu, adil jika orang cina memilih system pendidikan yang melibatkan ketiga- tiga itu, kerajaan british harus menggalakkannya.2. Sistem pendidikan untuk persekutuan tanah melayu hendaklah disalurkan kepada matlamat berbentuk identity kebangsaan dan matlamat sekolah iaitu menyediakan kanak- kanak supaya menempuhi semua bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat mereka.3. Sebarang tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya belajar satu atau dua bahasa sahaja akan menjejaskan persefahaman dan perpaduan di antara kaum.4. Kelemahan- kelemahan yang didapati dalam system pendidikan cina antaranya adalah kekurangan guru terlatih dari kelengkapan sekolah yang sesuai. Kebanyakan ahli lembaga pengurus sekolah kurang memahami prinsip pentadbiran sekolah mereka.5. Penubuhan kolej latihan guru dan latihan dalam perkhidmatan di dalam hujung minggu untuk sekolah cina adalah amat diperlukan untuk menampung kekurangan guru terlatih di sekolah cina.6. Kerajaan patut menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.

Ordinan pelajaran 1952Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British mencadangkan:1. Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar2. Kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai relajar3. Bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah InggerisNamun halangan dan masalah yang hadapi adalah :1. Kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan2. Tentangan dari kaum Cina dan India terhadap bahasa pengantar kerana mereka mahukan bahasa ibunda mereka sendiri3. Kekurangan kewangan bagi pembiayan rancanganOleh itu, Jawatankuasa Khas sekali lagi mencadangkan:1. Pengunaan bahasa Melayu dan Inggeris dijalankan secara beransur-ansur2. Pengunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur3. Menghadkan bilangan murid masuk ke sekolah Inggeris4. Penubuhan sekolah menengah vokasionalPada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah:1. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai2. bahasa pengantar.3. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa4. pengantar di sekolah rendah.5. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan.6. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.7. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.

Laporan razak 19561. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). 2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 3. Tujuan Penyata Razak adalah a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolahb. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayuc. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkand. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesanf. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresifg. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.

Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih- lebih lagi untuk memastikan bahawa system pelajaran itu dapat memenuhi matlamat Negara kea rah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.(Sumber: Education In Malaysia, 1980)Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan DatangSejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.

Pendidikan Zaman DahuluBerdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.

Pendidikan Zaman SekarangBermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Pendidikan Zaman Akan DatangKerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang.

KesimpulanSetelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara keseluruhan oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.

RUJUKAN1.Buku

Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia . (1980). Kuala Lumpur.: Kementerian Pendidikan Malaysia.Gestwicki, C. (996). Home, School and Community Relations, . United States of America.: Delmar Publishers.Juriah Long, H. B. (1992). Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21,. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, .Lebar, M. S. (1996). Kurikulum pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.Lebar, M. S. (1996). Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.Sang, M. S. (1993). Pendiidkan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sang, M. S. (2001). Pendidikan Di Malaysia Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. perak: kumpulan budiman sdn bhd.Shahril @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Internethttp://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/sejarah-pendidikan-di-malaysia.html

http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453