sejarah raqbi malaysia

43
Pengenalan kepada sukan ragbi

Upload: asyafadzil

Post on 03-Jul-2015

1.687 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Raqbi Malaysia

Pengenalan kepada sukan ragbi

Page 2: Sejarah Raqbi Malaysia

• Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan

sejenis permainan bola berpasukan.

• Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari

setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara

menyepak, melontar, atau membawa bola

sehingga mereka boleh menyepak untuk

melepasi gol lawan atau menyentuh di

belakang garisan lawan.

Page 3: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pasukan yang memungut mata paling banyak

maka pasukan itu yang akan diistiharkan

menang bagi perlawanan ini.

Page 4: Sejarah Raqbi Malaysia

Sejarah ragbi dunia

Page 5: Sejarah Raqbi Malaysia

Bagaimana permainan ragbi ini bermula?

• Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby.

Page 6: Sejarah Raqbi Malaysia

Gambar di atas adalah gambaran seorang pemain iaitu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak. Secara tidak sengaja dia telah melarikan bola itu dengan tangan

Page 7: Sejarah Raqbi Malaysia

• Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola dengan tangannya

• Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang.

Page 8: Sejarah Raqbi Malaysia

• Universiti Cambridge juga telah membuat

beberapa peraturan untuk permainan ragbi

ini.

• Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh

dunia dan disertai oleh banyak negara.

Page 9: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah.

• Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya sukan tersebut. Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola.

Page 10: Sejarah Raqbi Malaysia

• Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

• Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi.

Page 11: Sejarah Raqbi Malaysia

• Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-

sekolah di England.

• Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan

peraturan rasmi permainan ragbi di London

sepuluh tahun kemudian.

Page 12: Sejarah Raqbi Malaysia

• Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional.

• Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan

Page 13: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun

1880 scrum telah diubahsuai.

• Pada tahun 1905 perlawanan antara

Sarthmore dengan Pennsylvania telah

mencetuskan pergaduhan

Page 14: Sejarah Raqbi Malaysia

• Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.

• 1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Foolball di Amerika Syarikat

Page 15: Sejarah Raqbi Malaysia

Sejarah ragbi malaysia

Page 16: Sejarah Raqbi Malaysia

• Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.

• sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan.

• Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban

• Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di Malaysia.

Page 17: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues.

• Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963.

• Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

Page 18: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues.

• Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri.

• Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong.

• Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun

Page 19: Sejarah Raqbi Malaysia

• terdapat pertandingan-pertandingan lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri.

• Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

Page 20: Sejarah Raqbi Malaysia

Bagaimana ragbi dimainkan ???

Page 21: Sejarah Raqbi Malaysia

Bagaimana ragbi dimainkan ???

• Ragbi merupakan permainan yang pantas dan lasak. Perlawanan di peringkat dewasa dijalankan selama lapan puluh minit (80 minit) dengan setiap separuh masa mengambil masa selama empat puluh minit (40 minit).

Page 22: Sejarah Raqbi Malaysia

• Sepak mula dan pemilihan tempat permainan atau bahagian mana padang akan ditentukan oleh ketua pasukan dengan melambung duit syiling.

• Pemain-pemain pasukan yang membuat sepak mula mestilah berada di belakang pemain yang melakukan sepakan.

Page 23: Sejarah Raqbi Malaysia

• Mereka harus berada dalam posisi yang membolehkan mereka mengawal keseluruhan kawasan permaian.

• Para pemain pasukan lawan pula mestilah berada tidak terlalu dekat dengan pemain yang membuat sepak mula.

• Pastikan pasukan lawan berada di belakang garisan sepuluh meter. Biasanya sepak mula dibuat secara tendang letak dan bola yang ditendang, mestilah mengatasi garisan sepuluh meter.

Page 24: Sejarah Raqbi Malaysia

Cara pengiraan…

Page 25: Sejarah Raqbi Malaysia

Skor

• Terdapat dua cara skor yang asas dalam permainan ragbi iaitu ‘try’ (percubaan) dan ‘goal’ (gol).

Page 26: Sejarah Raqbi Malaysia

‘Try’

• Setiap ‘try’ bernilai empat mata. ‘Try’ berlaku apabila pemain berjaya membawa bola ke kawasan gol dan meletakkan bola di atas tanah. Kawasan gol ialah kawasan permainan di antara garisan gol dan garisan ‘bola mati’. Sebaik-baiknya ‘try’ hendaklah dibuat di tengah-tengah tiang gol.

Page 27: Sejarah Raqbi Malaysia

• Keadaan ini akan memudahkan tendangan gol yang menyusuli ‘try’ itu. Kadangkala pengadil boleh memberikan ‘try’ penalti.

• Keadaan ini berlaku apabila pemain daripada pasukan yang bertahan, sengaja melakukan kesalahan ketika sesuatu ‘try’ hendak dibuat dan akibatnya pasukan penyerang akan mendapat ‘try’ penalti.

Page 28: Sejarah Raqbi Malaysia

• ‘Try’ penalti dibuat di hadapan tiang gol pada kedudukan di tengah-tengah kawasan gol. Kedudukan ini memudahkan tendangan gol dibuat. Skor bagi setiap tendangan gol ialah tiga mata.

Page 29: Sejarah Raqbi Malaysia

Pengajaran & pembelajaran

Page 30: Sejarah Raqbi Malaysia

• Pasukan yang berjaya membuat ‘try’ akan diberi peluang membuat tendangan gol. Jika bola yang ditendang melepasi tas palang gol di antara dua tiang gol, dua (2) mata tambahan akan diberi.

• Skor tiga (3) mata juga akan diberi melalui tendangan ‘drop kick’ iaitu tendangan secara lantun dan melepasi atas palang gol iaitu di antara dua tiang gol.

Page 31: Sejarah Raqbi Malaysia

ISU SEMASA TENTANG SUKAN RAGBI• Positif

- Ragbi: Malaysia layak ke Kejohanan Dunia

Oleh SAHLIZAH MOHAMED

[email protected]

SELEPAS tujuh tahun gagal untuk beraksi pada

Kejohanan Dunia 7 sepasukan

Page 32: Sejarah Raqbi Malaysia

skuad ragbi lelaki negara tampil hebat untuk

menamatkan kemarau apabila berjaya

mengatasi Sri Lanka pada final kategori plate

dalam siri Kejohanan Ragbi Asia iRB 7

Sepasukan di Stadium Likas, Kota Kinabalu

semalam.

Page 33: Sejarah Raqbi Malaysia

• Kemenangan 15-10 ke atas Sri Lanka itu

meletakkan skuad negara di kedudukan kelima

daripada 12 negara yang bertanding dengan

pungutan lapan mata, sekali gus menjadikan

jumlah keseluruhan 17 mata selepas skuad

negara mengutip sembilan mata pada siri

terdahulu di Shanghai, September lalu.

Page 34: Sejarah Raqbi Malaysia

Meskipun terpaksa mengharungi perlawanan

dalam keadaan hujan lebat, ia tidak langsung

mematahkan semangat pemain negara untuk

terus memberi saingan kepada lawan.

Page 35: Sejarah Raqbi Malaysia

Tampil merekod ‘try’ pertama seawal minit kedua ialah Apenisa Vasutoga dan disusuli dengan satu lagi percubaan ‘try’ pada minit ketiga oleh Nacani Seniu sebelum K. Dineshwaran melakukannya pada minit-minit terakhir perlawanan.

Jurulatih skuad negara, Mussolini Magele ketika ditemui melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian yang dipamerkan oleh anak- anak buahnya itu.

Page 36: Sejarah Raqbi Malaysia

“ Semua pemain beraksi dengan sepenuh hati dan mereka juga telah mempamerkan aksi yang hebat berbanding dengan apa yang saya sangkakan.

“ Kini mereka telah layak untuk beraksi di pada Kejohanan Dunia di Hong Kong pada Mac 2011 dan untuk persiapan awal, mungkin mereka (skuad negara) akan menjalani latihan di Kuala Lumpur, ” katanya.

Page 37: Sejarah Raqbi Malaysia

Dalam pada itu, Hong Kong yang merupakan naib juara pada edisi tahun lalu tampil cemerlang dengan membenam juara bertahan, Jepun 28-31 untuk muncul juara.

Juara bagi kategori Kelab Jemputan Tujuh Sepasukan pula menjadi milik kelab Da- vetalevu.

Dipetik daripada: http://www.harimaumalaya.com

Page 38: Sejarah Raqbi Malaysia

• Negatif Pemain ragbi Malaysia positif ganja di sukan

Komanwel NEW DELHI 20 NOV : Seorang anggota pasukan ragbi Malaysia ke sukan Komanwel baru-baru ini didapati positif dadah yang diharamkan, kata seoarang pegawai kanan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF)

Page 39: Sejarah Raqbi Malaysia

Pemain terbabit, salah seorang anggota dalam pasukan ragbi tujuh sebelah Malaysia didapati positif ganja, dadah yang diharamkan oleh Agensi Anti Pengambilan Dadah Dunia (WADA).

"Ganja dijumpai dalam sampel ujian air kencingnya dan beliau telah disingkirkan dari sukan komanwel di Delhi," kata pegawai terbabit.

Page 40: Sejarah Raqbi Malaysia

Penasihat Perubatan Kehormat kepada CGF, Tan Sri Dr Mani Jegathesan dilaporkan Bernama sebagai berkata perkara terbabit telah dirujuk kepada Badan Ragbi Antarabangsa (IRB).

Bagaimanapun, tambah beliau lagi pemain terbabit tidak mengambil bahagian dalam Sukan Asia yang sedang berlangsung di New Delhi.

Page 41: Sejarah Raqbi Malaysia

• Menurut laporan media sebelum ini, pemain terbabit telah menerima hasil keputusan ujian berkenaan dan juga tidak menggunakan haknya untuk mendapatkan ujian sampel ''B".

• IRB, yang beribu pejabat di Ireland juga engggan memberi sebarang komen berhubung perkara berkenaan.

Page 42: Sejarah Raqbi Malaysia

Seorang pegawai badan terbabit yang enggan dikenali dilaporkan sebagai berkata," proses berkenaan masih terbuka" dan pihaknya tidak boleh memberikan sebarang komen.

Pemain terbabit adalah atlit keenam yang didapati mengambil dadah yang terlarang ketika Sukan Komanwel ke-19 di Delhi Oktober lalu. - TVS News

Dipetik daripada: