sejarah : pembentangan tajuk nasionalisme

14
Tema 3 : Nasionalisme Dan Pembentukan Negara Bangsa Gerakan Nasionalisme Faktor Kemunculan Nasionalisme Nama Pembentang : Thanushah A/P Soniyasee Tingkatan : 6 AK1

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 14-Apr-2017

689 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Tema 3 : Nasionalisme Dan Pembentukan Negara Bangsa

😊Gerakan Nasionalisme 😊Faktor Kemunculan Nasionalisme

Nama Pembentang : Thanushah A/P SoniyaseeTingkatan : 6 AK1

Page 2: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Gerakan Nasionalisme

• Nasionalisme didefinisikan sebagai perasaan cinta akan tanah air dan usaha untuk membina sebuah negara bangsa.

• Gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar merupakan reaksi masyarakat terhadap pemerintahan Barat yang merangkumi sistem politik, ekonomi dan sosial.

Page 3: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia

a. Pengaruh Agama

1. Golongan ulama Islam memainkan peranan sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. ( Haji Ahmad Dahlan, Haji Rasul Omar Said Tjokrominato, Haji Agus Salim).2. Agama Islam berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat + agama Kristian.3. Penduduk peribumi bersatu untuk menentang kuasa Belanda kerana mereka diperkenalkan dengan agama Kristian.4. 90 peratus penduduk Indonesia yang beragama Islam telah memudahkan perkembangan semangat nasionalisme di sana.5. Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia tunjukkan peranan agama Islam sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme.

Page 4: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia

b. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

1. Penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan telah membantu menyatukan penduduk dan memupuk semangat kebangsaan dlm kalangan mereka.2. Bahasa Indonesia muncul sebagai satu faktor integrasi yang penting kerana Belanda menggunakannya dalam urusan pentadbiran.3. Karya kesusasteraan dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan mesej tentang kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya tlh membangkitkan kesedaran terhadap bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.4. Contohnya, karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.5. Karya kesusasteraan telah membangkitkan kesedaran kebangsaan dan pendorong kpd gerakan nasionalisme.

Page 5: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia

c. Pengaruh Kewartawanan

1. Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di Indonesia. ( akhbar + majalah = alat sebaran am dlm gerakan kesedaran )2. Akhbar membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat dlm kalangan masyarakat. (mengkritik isu kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik).3. Menyeru dan menyedarkan rakyat utk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan. 4. Akhbar seperti Medan Priyayi, Utusan Hindia dan akhbar2 terjemahan dari Belanda memaparkan tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan perbezaan antara golongan kaya dengan miskin.5. Akhbar dan majalah untuk menyampaikan ideologi dan dakyah politik yang berbentuk anti-Belanda dan menuntut hak sebagai penduduk peribumi.

Page 6: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia

d. Peranan Pendidikan

1. Sikap pilih kasih penjajah yang menyediakan kemudahan pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. 2. Belanda amalkan sikap pilih kasih untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.3. Pendidikan Barat melahirkan tokoh2 intelektual dan mereka menjadi tokoh2 pergerakan nasionalis Indonesia.4. Pengajar di institusi pendidikan Taman Siswa memainkan peranan dlm menyebarkan kesedaran nasionalisme dlm kalangan pelajar.

Page 7: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia

e. Peranan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual yang berpendidikan agama dan Barat memainkan peranan penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan.2. Mereka telah menjadi pemimpin, ejen perubahan, dan perintis dalam gerakan kesedaran peringkat awal.3. Amalan diskriminasi yg diamalkan oleh pentadbir Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea2 demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia tidak dipraktikkan.

Page 8: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Myanmar

a. Pengaruh Agama

1. Agama Buddha menjadi mekanisme penting utk meraih sokongan rakyat. (peringkat awal – diketuai oleh golongan sami Buddha)2. Pertubuhan agama terawal Sasanadara yg ditubuhkan pada tahun 1897 dan diikuti oleh Persatuan Agama Maktab Rangoon pada tahun 1904.3. Gerakan jadi rancak dengan penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA) 1906 yg diasaskan oleh U May Oung. (tujuan- menyatukan nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan Barat.4. YMBA – merangsang isu kasut, menuntut pembaharuan dlm pemerintahan.5. Golongan Pongyi (sami Buddha) mainkan peranan dlm kalangan petani.

Page 9: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Myanmar

b. Peranan Bahasa dan Kesusasteraan

1. Masyarakat gabungan tujuh buah kumpulan etnik. (bahasa- Myanmar, Mon, Arakan, Shan)2. Orang Burman atau Myanmar merupakan kumpulan majoriti yg kuasai politik negara Myanmar. (atas dasar agama yg sama- Buddha)3. Bahasa Myanmar menyatukan ideologi politik dan nasionalisme. (memudahkan aliran idea- propaganda dan ceramah)4. Hasil-hasil karya kesusasteraan seperti sajak, cerpen dan novel- mengkritik penjajah British dan sampaikan idea2 demokrasi dan kemerdekaan.

Page 10: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Myanmar

c. Pengaruh Kewartawanan

1. Suratkhabar dan majalah- penyebaran dan kesedaran kebangsaan di Myanmar.2. Wartawan dan penulis nasionalis mengkritik tentang kelemahan pentadbiran British, kedudukan agama Buddha dan masyarakat peribumi yg tertindas.3. Idea2 berkerajaan sendiri dari luar negara disebarkan bagi menimbulkan kesedaran & menyeru rakyat utk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.4. Pejuang nasionalis terus menyampaikan idea2 mereka melalui akhbar seperti – mengkritik pentadbiran British yg berat sebelah dan cuba mengugat budaya & kepercayaan masyarakat tempatan.

Page 11: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Myanmar

d. Peranan Pendidikan

1. Sistem pendidikan sekular yang dilaksanakan oleh British di Myanmar menggunakan bhs Inggeris dan Myanmar. ( British – penubuhan sekolah Inggeris – mubaligh Kristian)2. Hal ini tlh menarik minat pelajar – lepasan sklh berpelung menjawat jawatan dlm kerajaan. ( telah menjatuhkan mutu sklh2 agama Buddha)3. Menyebabkan golongan sami Buddha berasa kurang senang.4. Membangkitkan semangat nasionalisme disebabkan kebimbangan terhadap pengaruh pendidikan Barat yg diperkenalkan oleh British. ( mengancam budaya dan amalan tradisi masyarakat Myanmar & agama Buddha)

Page 12: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Myanmar

e. Peranan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual – penggerak kpd gerakan nasionalisme.2. Contoh, Dr. Ba Maw, U Pu, U Saw, U Thien Maung & U Ba Pe. (golongan cerdik pandai & berpendidikan Barat)3. Penubuhan beberapa buah parti politik . ( Majlis Kesatuan2 Burma- GCBA oleh U Thien Maung & U Ba Pe- 1921)4. Persatuan Belia Buddha yg bergabung dengan pemimpin pelajar di Universiti Rangoon – lancarkan mogok & bantahan menentang dasar British.5. Telah menyebabkan penyebaran idea2 nasionalisme & kemerdekaan ke seluruh Myanmar + sokongan rakyat.

Page 13: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Faktor Kemunculan Nasionalisme Di Indonesia Dan Myanmar

😊Pengaruh Luar

1. Reformasi Mesir- Gerakan Islah telah mempengaruhi dan mencorakkan kebangkitan di Asia Tenggara.2. Pengaruh golongan nasionalisme dan liberal di Eropah- Pemimpin nasionalis yang berpendidikan Barat seperti Suharto dan Hatta telah terpengaruh dengan idea demokrasi, kemerdekaan dan liberalisme.3. Pengaruh gerakan negara jiran- Revolusi China ( kejayaan revolusi China memberi semangat kepada pemimpin nasionalisme)- Semangat kebangsaan di Filipina ( perjuangan Jose Rizal menentang Sepanyol) - Semangat kebangsaan di India ( pengaruh perjuangan Parti Kongres India) (taktik tidak bekerjasama dengan pihak penjajah)- Kebangkitan Jepun ( Perang Rusia – Jepun membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat)

Page 14: Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme

Kesimpulan

• Pergerakan kesedaran Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 didorong oleh faktor yang agak sama. Masyarakat peribumi kedua-dua negara ini hidup tertindas dan terhimpit. Mereka diumpamakan sebagai hamba di tanah air mereka sendiri.

• Gerakan kesedaran pada peringkat awal memberi inspirasi kepada gerakan nasionalisme ke arah perjuangan yang lebih radikal yang akhirnya berjaya membebaskan tanah air daripada penjajahan Barat.

• Perkembangan di negara luar turut mempengaruhi penduduk Indonesia dan Myanmar menentang Belanda dan British.