sejarah pembangunan malaysia

Upload: marinah-yasin

Post on 04-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Sejarah Pembangunan Malaysia

    1/4

    MAKSUD PEMBANGUNAN

    Menurut Todaro (1977) berpendapat bahawa pembangunan melibatkan proses menyusundan mengorientasi semula sistem ekonomi dan sosial. Selain itu, istilah ekonomi tradisional,

    pembangunan bermaksud "keupayaan ekonomi negara untuk menjana dan seterusnya

    mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi 5 peratus atau lebih setahun" (Todaro, 1990: 86).

    Satu takrifan yang lebih umum pembangunan telah diberikan oleh Syed Husin Ali (1976

    dipetik dalam Rahimah 1989: 46) yang menyatakan bahawa tujuan utama pembangunan

    ekonomi adalah untuk meningkatkan taraf hidup majoriti penduduk.

    Menurut Seers (1979), pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan,

    kurangnya jumlah pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.

    Richard Gable ( 1976: 68 ) mentakrifkannya sebagai satu proses perubahan sosial yang

    berstruktur asas dan transformasi fungsinya dibuat dalam sistem sosial supaya kebebasan

    manusia bertindak dapat dipertingkatkan.

    Bagaimanapun dalam makna yang luas, ia bermaksud meninggikan tingkat kemuliaan

    manusia dalam sesebuah masyarakat tertentu ataupun seperti yang oleh Goulet ( 1971 :10 ).

  • 7/30/2019 Sejarah Pembangunan Malaysia

    2/4

    SEJARAH PEMBANGUNAN NEGARA

    Pembangunan negara sebelum merdeka

    Ketika ini pembangunan adalah bercorak colonial dengan pengkhususan kepada pengeluaran

    komoditi getah dan bijih timah.

    Zaman selepas merdeka sehingga 1970

    Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

    Menekankan kepada membangunkan sektor ekonomi luar Bandar, membina lebih banyak

    kemudahan asas di desa, kerajaan berhasrat mempelbagaikan ekonomi dan dwiekonomi.

    Rancangan Malaya Kedua 1961-1965

    Rancangan diteruskan untuk memulihkan sektor ekonomi yang masih lemah dan memerlukan

    perubahan, meningkatkan lagi taraf hidup penduduk desa, dan mengurangkan pergantungan

    kepada makanan import.

    Rancangan Malaysia Pertama 1966-1970

    Dilancarkan untuk memajukan lagi ekonomi Negara, rancangan ini lanjutan Rancangan

    Malaya Kedua. Hal ini bertujuan membaik pulih kelemahan yang terdapat dalam Rancangan

    Malaya Kedua.

    Menubuhkan FELCRA untuk memulihkan dan memajukan tanah serta MARA untuk

    membantu pengusaha Melayu menjalankan dan menguruskan perniagaan.

    Pembangunan selepas DEB1) Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1)

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990

    Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Kedua (RMK2), Rancangan Malaysia Ketiga

    (RMK3), Rancangan Malaysia Keempat (RMK4), dan Rancangan Malaysia Kelima (RMK5).

    Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah

    mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang

  • 7/30/2019 Sejarah Pembangunan Malaysia

    3/4

    melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama

    dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan

    mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

    Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan

    dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:

    i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-

    peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

    ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan

    pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

    2) Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2)

    Dasar Pembangunan Nasional (DPN) 1991-2000

    Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) dan Rancangan Malaysia

    Ketujuh (RMK7).

    Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)

    dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

    DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan

    penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi

    antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.

    DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang.

  • 7/30/2019 Sejarah Pembangunan Malaysia

    4/4

    3) Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)

    Dasar Wawasan Negara 2001-2010

    Dasar ini merangkumi Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia

    Kesembilan (RMK9).

    Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu

    Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai

    perpaduan nasional.

    Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan

    pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada

    cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk

    menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

    Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) 2010-2015

    Tempoh Malaysia menuju mencapai Wawasan 2020 dengan matlamat negara maju berserta

    negara berpendapatan tinggi sebagaimana inti pati daripada Model Baru Ekonomi hanya

    tinggal sepuluh tahun lagi.

    Melalui pelaksanaan RMK10, kerajaan menyasarkan dapat mengurangkan kadar perbezaan

    pembangunan antara wilayah dan meningkatkan pendapatan seluruh rakyat.

    Penggubalan RMK10 berdasarkan kepada kesesuaian bagi mencapai matlamat Model Baru

    Ekonomi (MBE).

    Potensi pertumbuhan ekonomi di bawah RMK-10 perlu direalisasikan melalui peningkatanpelaburan dan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta penggunaan modal insan dan sumber

    asli dan kewangan secara optimum. Keperluan terhadap penggunaan modal insan yang

    berkualiti dan cemerlang amat penting dan ia dilihat sebagai faktor kritikal bagi menjayakan

    RMK-10.