sejarah malaysia suzana - imigran

25
1.0 Pengenalan Tahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Dalam lingkungan tempoh masa ini, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami transformasi politik tetapi juga transformasi sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu telah bermula sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada waktu itu hanyalah sekadar datang untuk berdagang dalam jangka waktu yang singkat sahaja dan mereka tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu dalam tempoh yang lama. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadi milik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayu semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran baru untuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telah mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan jumlah tenaga kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan dimanopoli. Jumlah kedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu selepas itu. Tindakan 1

Upload: payedd87

Post on 12-Jun-2015

9.050 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Tahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Dalam

lingkungan tempoh masa ini, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami transformasi politik tetapi

juga transformasi sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan

sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan

orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu

telah bermula sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada waktu

itu hanyalah sekadar datang untuk berdagang dalam jangka waktu yang singkat sahaja dan

mereka tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu dalam tempoh yang lama.

Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutan

takhta yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadi

milik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayu

semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran baru

untuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telah

mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak membawa

masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan jumlah tenaga

kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan dimanopoli. Jumlah

kedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu selepas

itu. Tindakan British membawa masuk imigran-imigran ini adalah kerana terdapat pelbagai

kelebihan pada mereka contohnya berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti perlombongan

dan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil bumi yang terdapat di

Tanah Melayu kepada pihak British.

Kesannya kedua-dua imigran ini menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehingga

terbentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkatan

kegiatan ekonomi secara tidak langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya,

landasan kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Selain itu juga,

kedatangan imigran ini telah memberi kesan yang besar ke atas Tanah Melayu kerana telah

mengubah pola kependudukan dan juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.

1

2.0 Faktor-Faktor Kemasukan Imigran Cina Dan India Ke Tanah Melayu

2.1 Kemasukan Imigran Cina Ke Tanah Melayu

Imigran Cina ke Tanah Melayu juga adalah kesan permasalahan yang timbul di negara asal

mereka dari segi sosial, ekonomi dan politik. Dari segi sosial masalah wujud apabila berlakunya

bencana alam seperti kemarau yang panjang dan juga banjir besar. Pengalihan air Sungai Kuning

dan Honan ke Shantung telah menyebabkan banjir besar berlaku.1 Selain itu juga berlaku

kemarau yang panjang pada tahun 1900.2 Kesannya masyarakat tidak dapat meneruskan

pekerjaan mereka dan juga menyebabkan masalah kebuluran dan juga penyakit berjangkit.

Dari segi ekonomi turut berpunca daripada bencana alam yang berlaku. Selain itu, kesan

pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan masalah kepada ekonomi Cina pada masa itu.

Keadaan yang tidak stabil dan penambahan penduduk yang ramai menyebabkan berlakunya

masalah bagi mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 1741 penduduk Cina berjumlah 137 juta orang

meningkat kepada 430 juta orang pada tahun 1850.3 Keadaan menjadi bertambah buruk apabila

kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi dan menyebabkan para petani tidak dapat

membayar cukai yang dikenakan. Terdapat juga petani yang bertindak menjual tanah mereka

untuk membayar cukai yang dikenakan. Kesannya, hampir 60 peratus hingga 90 peratus petani

kehilangan tanah yang dimiliki mereka. Keadaan ini menunjukkan pertambahan penduduk yang

sangat besar jumlahnya berbanding pertambahan kawasan pertanian yang hanya 35 peratus

sahaja. Jelas ini merupakan faktor mengapa orang Cina bertindak mencari sumber rezeki yang

baru.

Bukan itu sahaja, keadaan politik di Cina turut menjadi faktor penolak kenapa imigran

Cina datang ke Tanah Melayu. Keadaan politik Cina pada masa itu adalah tidak stabil kerana

kerajaan Manchu merupakan sebuah kepemimpinan yang tidak adil dan bersikap diskriminasi

terhadap rakyat mereka. Selain itu, keadaan sosio-politik yang huru hara menyebabkan keadaan

menjadi tidak terkawal dan sering terjadi pembunuhan dan kekejaman. Hal ini menyebabkan

gerakan menentang pemerintah sering meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping, 1 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hal 173.2 K. G. Tregonning. 1984. A History Of Modern Malaya. Singapura: Singapore Press. Hal 174.3 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 173.

2

Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina. Namun, kebanyakan pemberontakan yang dilakukan

menemui kegagalan dan menyebabkan kerajaan bersikap lebih tegas dan kejam terhadap rakyat.

Kesan daripada itu menyebabkan rakyat Cina bertindak dengan keluar daripada negara mereka

untuk mencari pekerjaan yang mampu menampung kehidupan.

Selain faktor penolak, terdapat beberapa faktor penarik yang menyebabkan imigran Cina

berminat untuk berhijrah ke Tanah Melayu antaranya ialah kerana Dasar orang British,

kestabilan sistem politik Tanah Melayu dan juga perkembangan pesat ekonomi yang berlaku di

Tanah Melayu pada masa itu. Orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah

Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha

dan bersifat keusahawanan.4 Perkara yang jelas dapat dilihat dalam perkembangan penempatan

Cina di Tanah Melayu ialah hubungannya dengan British. Dikatakan, dimana sahaja bendera

British berkibar disana ramai orang Cina bernaung.5 Kedatangan imigran Cina secara beramai-

ramai bermula di Negeri-negeri Selat. Sistem ekonomi bebas yang dijalankan British telah

menggalakkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu malahan mereka turut berkembang di

keseluruhan Tanah Melayu sejajar dengan kependudukan British yang menguasai Tanah Melayu.

Penghijarahan beramai-ramai Cina ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan kurun ke-19

hingga ke-20. Berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 1891, separuh penduduk di Perak,

Selangor dan Sungai Ujung merupakan imigran Cina.6 Kebanyakan mereka berasal dari China

Selatan. Kawasan tumpuan mereka merupakan kawasan tumpuan ekonomi yang menjadi penarik

utama mereka datang ke Tanah Melayu. Bidang utama dalam kegiatan ekonomi mereka adalah

perlombongan.

Dasar pemerintahan British yang bersifat liberal telah menggalakkan lagi kemasukan orang

Cina ke Tanah Melayu. Pelbagai kemudahan disediakan bagi menggalakkan kemasukan imigran

Cina seperti menyediakan kemudahan seperti subsidi tambang dan juga memperkenalkan

undang-undang dan peraturan imigrasi di Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu

menyebabkan imigran merasakan Tanah Melayu merupakan tempat yang sesuai untuk mencari

sumber rezeki. Hal ini kerana, selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun

1896 telah menjamin kestabilan politik Tanah Melayu.

4 Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102.5 Sidek Fadzil. 1970. Sejarah Orang China di Tanah Melayu. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hal 21.6 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 171.

3

Pada peringkat awal kemasukan warga Cina ke Tanah Melayu adalah dengan pembiayaan

sendiri. Selepas ekonomi Tanah Melayu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan

menyebabkan banyak galakan diberi untuk menarik lebih ramai kemasukan buruh-buruh luar.

Para pembesar juga berperanan dalam membawa masuk buruh-buruh luar untuk mengusahakan

perlombongan bijih timah. Terdapat kapitan yang dilantik untuk mengendalikan buruh-buruh

Cina tersebut. Kapitan ini juga merupakan ketua kongsi gelap. Selain itu terdapat juga Sistem

Kangcu, melalui sistem ini Sultan Johor bertindak mengeluarkan surat sungai kepada pemodal-

pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman seperti tanaman lada dan gambir. Terdapat juga

Sistem Tiket Kredit yang diperkenalkan, berdasarkan sistem ini, para imigran diberi hutang

pelayaran. Namun, sistem ini dilihat membebankan imigran kerana mereka terpaksa

menanggung hutang dan kesannya mereka mendapat upah yang sangat murah.

2.2 Kemasukan Imigran India Ke Tanah Melayu

Kedatangan imigran India juga merupakan kesan disebabkan kependudukan British di Tanah

Melayu. Namun begitu, kedatangan mereka ke Tanah Melayu agak lewat berbanding imigran

Cina. Pada peringkat awal penjajahan British di Tanah Melayu, kerajaan India tidak

menggalakan rakyat mereka berhijrah keluar dari Negara India. Tetapi selepas perjanjian

Inggeris-Belanda, ramai banduan dari India yang dibawa dan ditempatkan di Sumatera ke

Negeri-negeri Selat. Banduan-banduan ini digunakan sebagai buruh untuk membina bangunan,

jalan raya, landasan kereta api dan jambatan. 7 Selain itu juga, terdapat satu kumpulan lagi

imigran India yang terdiri daripada buruk kuli kontrak untuk bekerja di ladang tebu, kopi dan

kemudiannya getah. Penghijrahan beramai-ramai imigran India ke Tanah Melayu bermula pada

tahun 1840-an.8 Pada mulanya buruh dari India ini diimport oleh peladang British untuk bekerja

di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.

Keadaan sosio-ekonomi yang tidak stabil di negara asal telah menjadi faktor penolak

kepada imigran India untuk keluar dari negara mereka. Keadaan ekonomi dan sosialnya yang

semakin meruncing telah menyebabkan orang India menghadapi kesengsaraan dan penderitaan

7 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 1768 Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Hal

420.

4

dalam hidup. Selain itu, berlaku bencana alam seperti kemarau yang berpanjangan menyebabkan

sumber ekonomi mereka tiada dan tidak mampu untuk menghasilkan pendapatan untuk menyara

kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan tahap kemiskinan semakin meningkat dan

ditambah pula dengan penambahan penduduk yang ketara dari tahun ke tahun. Sistem kasta juga

menjadi penghalang kepada mobiliti sosial dan ekonomi. Sistem kasta yang diamalkan ini telah

menindas golongan yang dianggap mempunyai kasta rendah. Kesempitan hidup dan penindasan

yang berlaku mendorong mereka keluar berhijrah untuk membaiki taraf hidup.

Faktor penarik yang membawa kepada kemasukan imigran India ke Tanah Melayu

adalah sama seperti faktor yang telah membawa kepada kemasukan imigran Cina iaitu kerana

perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, Sosio-politik yang stabil dan juga galakan yang

diberikan oleh British. Pendorong yang ketara kedatangan buruh India adalah kerana

perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. British bertindak menggalakkan kemasukan

orang India kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan di ladang getah. Selain itu buruh India

dikatakan sangat mahir dalam aktiviti perladangan getah. Terdapat juga diantara mereka yang

diberikan peranan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Cara kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah melalui cara persendirian, sistem

kontrak, sistem Kangani dan bantuan tabung khas. Sistem kontrak bermula pada awal abad ke-19

dan dihapuskan pada tahun 1910.9 Buruh kontrak dianggap murah dan mudah untuk berpindah

majikan. Sistem Kangani (pengawas) pula lebih disukai kerana murah dan bebas daripada

kawalan serta pemeriksaan daripada kerajaan. Sistem kangani dikatakan berjaya mengatasi

sistem kontrak kerana jangka masanya yang pendek dan dibuat secara lisan.

3.0 Perubahan Komposisi Penduduk Dalam Negeri-Negeri Bersekutu

Perubahan Komposisi Penduduk Dalam Negeri-Negeri Bersekutu 1891-1911

(Jumlah Dalam Ribuan)

9 Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 177.

5

Golongan Etnik 1891 1901 1911

Melayu 231.5 312.4 420.8

Cina 163.4 299.7 433.2

India 20.1 58.2 173.7

Lain-Lain 3.3 8.1 9.2

Jumlah 418.5 678.6 1037.0

Kesan kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi

penduduk dengan ketara. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan perubahan komposisi

penduduk yang ketara dalam tempoh 20 tahun. Dapat dilihat pertambahan penduduk dari tahun

ke tahun berlaku dengan cepat dan mengubah skala kependudukan yang sedia ada di Tanah

Melayu. Contohnya dapat dilihat pada tahun 1891 jumlah penduduk di Negeri-negeri Melayu

adalah 418.5 ribu orang dan setelah sepuluh tahun kemudian jumlah penduduk bertambah

kepada 678.6 ribu orang. Pertambahan ini semakin ketara apabila pada tahun 1911 terdapat

1037.0 ribu orang jumlah penduduk yang menetap Negeri- negeri Melayu Bersekutu. Jelas disini

bahawa kedatangan kedua-dua imigran ini telah menyumbang kepada pertambahan penduduk

yang sangat pesat di Tanah Melayu.

Hasil dari dasar liberal dan terbuka British, terbentuk sebuah masyarakat yang terdiri

daripada pelbagai kaum, keturunan dan cara hidup. Penghijarahan ini telah mengubah struktur

kependudukan asal. Pada awal abad ke-19 lebih daripada 90 peratus penduduk di Semenanjung

Melayu terdiri daripada penduduk bumiputera keturunan Melayu. Tetapi pada tahun 1911

peratus penduduk bumiputera menurun kepada 54 peratus. Peratusan ini menurun lagi kepada 49

peratus pada tahun 1921 dan pada tahun berikutnya menunjukkan peratusan yang semakin

menurun.10

Kadar pertambahan penduduk di Semenanjung di Tanah Melayu pesat berlaku bermula pada

tahun 1911 dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa. Pertambahan penduduk yang pesat

ini merupakan kesan daripada kemasukan imigran Cina dan India. Penduduk Cina di Selangor,

10 Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 422

6

Perak, Negeri Sembilan dan Pahang bertambah dua kali ganda antara tahun 1891 sehingga tahun

1901.11 Bilangan kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu telah bertambah di antara tahun

1911–1921 iaitu semasa harga getah semakin meningkat. Ini amat jelas memandangkan

pertambahan bilangan masyarakat India antara tahun 1911 – 1921 di mana bilangan mereka

bertambah dari 270 000 orang kepada 470 181 orang. Mengikut bancian penduduk pada tahun

1891, Negeri- negeri Melayu Bersekutu dianggarkan mempunyai 418, 527 orang penduduk,

meningkat tiga kali ganda sejak campur tangan British di Tanah Melayu.12

4.0 Pola Kependudukan Imigran Cina & India

4.1 Kependudukan Imigran Cina

Perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu berkaitan perhubungannya dengan penjajahan

British. Ia diibaratkan seperti “di mana sahaja bendera Inggeris berkibar, di sana ramai orang

Cina bernaung”. Penempatan orang Cina bukan sahaja diheret oleh British ke pusat-pusat

penempatan, sebaliknya mereka pula mengheret British ke pusat kancah politik Negeri-negeri

Melayu.13 Antara faktor lain yang membawa perkembangan penempatan Cina adalah galakan

daripada raja-raja Melayu sendiri. Bagi memajukan negeri dari segi pertanian, sultan telah

memberi kemudahan-kemudahan penempatan kepada orang-orang Cina dengan memberi surat

kebenaran untuk mereka tinggal di tebing-tebing sungai di samping kuasa-kuasa ekonomi dan

pentadbiran. Dasar ini dikenali sebagai sistem Kang Chu.14 Bilangan orang Cina sentiasa

bertambah dari masa ke semasa hinggakan orang Melayu pada tahun 1800 menjadi 90 peratus

daripada jumlah penduduk Malaya iaitu yang telah tenggelam dalam arus kemasukan orang-

orang Cina.15 Antara tahun 1881 hingga 1900 lebih 1.6 juta orang Cina telah berada di Selangor

dan Perak. Pada tahun 1901 terdapat seramai 301, 463 orang penduduk Cina di Negeri-negeri

Melayu Bersekutu jika dibandingkan dengan penduduk Melayu yang berjumlah 313, 205 orang

11 Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 42312 Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 42313 Sidek Fadzil, 1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 2114 Sidek Fadzil, 1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 22.

15 Sidek Fadzil.1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 1.

7

yang menunjukkan perbezaan penduduk yang terlalu sedikit sedangkan orang Melayu

merupakan penduduk asal Tanah Melayu.16

Komposisi penduduk Cina di Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa kelompok kecil

yang terdiri daripada Orang Hokkien, Orang Kantonis, Orang Hakka, Orang Teochew dan Orang

Hailam. Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga. Mereka menetap di kawasan pelabuhan-

pelabuhan yang penting seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Kantonis dan

Hakka merupakan golongan pelombong. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih bertumpu di

kawasan perlombongan bijih timah. Seterusnya ialah Orang Teochew, mereka dikehendaki

menumpukan perhatian dalam bidang pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-

ladang pertanian seperti ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang

Perai serta di kawasan Pantai Perak. Berikutnya ialah Orang Hailam, mereka bekerja sebagai

orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang

getah serta membuka kedai-kedai minuman.

4.2 Kependudukan Imigran India

Di dalam era pemerintahan kolonial British di alam Melayu, British telah mengamalkan

satu prinsip pemecahan penduduk atau dikenali juga sebagai dasar ’pecah dan perintah’ telah

menempatkan imigran India ini di ladang-ladang getah, estet-estet dan di kawasan perlombongan

bijih timah dan segelintir kecil berada di bandar- bandar. Namun begitu, walau apa pun kegiatan

ekonomi masyakat India seperti buruh di ladang-ladang getah, di ladang kopi, ladang tebu,

gambir, bunga cengkih dan buah pala serta buruh pembinaan landasan keretapi dan jalanraya

tetap adalah akan menguntungkan pihak British dalam aspek ekonomi terutamanya kerana kesan

perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah

dan ramai. Keperluan terhadap buruh-buruh India meningkat dengan campur tangan British di

negeri-negeri Melayu.

Menjelang tahun 1870, bilangan imigran India yang terdapat di Tanah Melayu melebihi

30 000 orang. Kebanyakan daripada mereka tertumpu di Negeri-negeri Selat yang memerlukan

tenaga buruh yang ramai bagi mengerjakan ladang-ladang tebu, gambir, bunga cengkih, dan

16 Tengku Anuar.1987. Pengetahuan Am Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Hal 27.

8

buah pala. Hasil perkembangan perusahaan getah telah meningkatkan keperluan buruh di Tanah

Melayu. Hal ini selaras dengan pembangunan ekonomi yang dilakukan British di Tanah Melayu.

Pada tahun 1901, bilangan orang India di negeri-negeri Melayu melebihi 120 000 orang. Hampir

kesemua imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutama dari

wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara terutama dari Punjab.

Awal tahun 90-an merupakan peringkat yang paling penting dalam migrasi orang India

ke Tanah Melayu yang berkait rapat dengan pembukaan ladang-ladang getah. Antara tahun 1880

hingga tahun 1900, bilangan orang India yang datang tiap-tiap tahun ialah lebih kurang 20 000

orang, jumlah ini telah bertambah kepada 100 000 orang tiap-tiap tahun antara tahun 1910

hingga tahun 1921.17 Jumlah orang India di Negeri- negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911

ialah 172 465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267 159 orang. Jumlah ini terus

meningkat kepada 305 219 orang pada tahun 1921 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan

kepada 470 099 orang di seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1931 jumlah penduduk India di

Tanah Melayu berjumlah 621 847 orang. Masyarakat India terbahagi kepada beberapa kumpulan

etnik. Ini bermakna orang India bukanlah kaum yang Homogeneous. 90 peratus daripada

penduduk India di Tanah Melayu berasal dari India Selatan yang berbahasa Tamil. Etnik-etnik

lain yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada golongan Malayali, Telugu, dan Sikh.

Golongan Tamil membentuk kira-kira 82 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah

Melayu pada tahun 1931.

Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa

sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan. Orang

Malayali pula membentuk kira- kira 6 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu

pada tahun 1931. Kebanyakan daripada mereka terdapat di estet-estet getah dan dalam

perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional. Orang Telugu yang merupakan kira-kira 5

peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 bekerja sebagai

buruh di estet-estet. Kumpulan-kumpulan etnik orang India yang lain adalah orang India Utara

yang terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerat, Parsis, dan Marwaris.

Kebanyakan daripada mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh khususnya berkhidmat

sebagai pengawal keselamatan dan pasukan polis. Di samping estet-estet getah dan kelapa sawit,

17K. Ratnam. 2001. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Selangor: Pustaka Sarjana Sdn Bhd. Hal 77.

9

orang India juga menetap di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura, Pulau

Pinang dan Taiping.

Permintaan terhadap buruh-buruh India ini semakin bertambah dengan kewujudan

perusahaaan getah selepas tahun 1900. Dari tahun 1880 sehingga tahun 1900 orang-orang India

memasuki Tanah Melayu setiap tahun jumlahnya lingkungan 20,000 orang. Angka ini meningkat

berlipat ganda setelah adanya perusahaan getah. Antara tahun 1900 sehingga 1910 dianggarkan

jumlah buruh India di Tanah Melayu seramai 48,000 orang.18 Selain daripada terlibat di ladang-

ladang getah dan kopi, buruh India juga turut terlibat dalam ladang-ladang tebu di Pulau Pinang,

Province Wellesley dan Singapura. Pada tahun 1865 dianggarkan seramai 14,000 orang buruh

India di Pulau Pinang dan wilayah Wellesley dan 1,200 orang di Melaka. Selain daripada buruh,

terdapat masyarakat India yang memasuki Tanah Melayu melalui penglibatan tentera India di

Negeri-negeri Selat. Ramai yang keluar masuk secara sukarela diantara India dan Tanah Melayu

Walaubagaimanpun, perpindahan masyarakat India ke Tanah Melayu, diawasi mengikut undang-

undang India pada tahun 1864, dan tiada rintangan yang dibuat terhadap Tanah Melayu.19

Terdapat imigran-imigran dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan

British dari golongan profesional seperti peguam, polis dan doktor.20 Hal ini kerana British telah

menggalakkan orang-orang India yang berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu. Ramai

daripada mereka yang datang bekerja sebagai kerani terdiri daripada orang-orang Ceylon kerana

di Ceylon terdapat sekolah-sekolah menengah milik British pada abad ke-19. Mereka adalah

orang-orang yang berpelajaran tinggi dan mempunyai pengalaman bekerja di jabatan-jabatan

kerajaan di Ceylon. Orang-orang Ceylon adalah masyarakat Tamil dengan jumlah yang sedikit

iaitu kurang daripada 15 000 orang yang berketurunan daripada pedagang Tamil ke Tanah

Melayu melalui British.21 Orang-orang Ceylon juga dikenali sebagai Tamil Jaffna . Tamil Jaffna

berasal dari Daerah Jaffna di Selatan Ceylon dan mereka adalah berketurunan Tamil di India

Selatan yang telah berhijrah ke Ceylon beberapa abad yang lalu.

18Joginder Singh Jessy.1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. Hal 283.19 Joginder Singh Jessy. 1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Hal 28320 Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Vora &Co Publishers Private Ltd: Bombay. Hal 102.21 Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Hal. 102.

10

5.0 Kesan Kemasukan Imigran Ke Atas Masyarakat Tempatan

Kesan kemasukan imigran Cina dan India Ke Tanah Melayu telah merubah ekonomi, politik

dan sosial Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini telah membentuk satu kumpulan masyarakat

yang baru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Dengan ini telah membentuk

masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Wujudnya masyarakat majmuk ini telah membawa

identiti baru kepada masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, kedatangan imigran ini telah

membawa kepada pertambahan penduduk yang ramai dalam masa singkat. Dengan kedatangan

pertambahan penduduk yang ramai ini telah mengubah pola kependudukan dan sosio-politik di

Tanah Melayu pada masa itu. Namun begitu, pola kependudukannya berbeza dari satu tempat ke

tempat yang lain. Hal ini adalah kerana faktor tumpuan ekonomi dan kependudukan British itu

sendiri sebagai pencetus kepada ekonomi yang berkembang di Tanah Melayu. Dengan ini

terbentuk kependudukan yang berbeza dimana terdapat kawasan yang menjadi tumpuan dan

padat penduduknya di kawasan bandar terutamanya di pantai Barat. Selain itu, kependudukan

juga berbeza dari mengikut kaum masing-masing. Hal ini di mana Melayu tinggal di kampung-

kampung, India di estet-estet dan Cina pula tinggal dikawasan perlombongan dan bandar-bandar.

5.1 Politik

Kedatangan imigran turut merubah sisitem politik Tanah melayu. Golongan pendatang ini telah

menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap Negeri-negeri Melayu termasuk hak-hak

dalam politik.22 Masyarakat pendatang ini dengan secara terbuka menyatakan hasrat untuk terus

kekal di Tanah Melayu dan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi pada negara.

22 Azmah Abdul Manaf.2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Hal 20

11

Kegiatan ekonomi eksport yang menguntungkan penjajah iaitu British telah

menguntungkan juga golongan imigran. Proses pembandaran wujud di pusat-pusat tumpuan

ekonomi eksport. Hal ini menyebabkan kaum imigran juga boleh berperanan sebagai penggerak

yang bertindak sebagai buruh dan usahawan di kawasan bandar. Di kawasan eksport seperti

kawasan lombong bijih dan ladang getah wujud kelas buruh dan pekerjanya terdiri daripada

imigran Cina dan India. Sebahagian besar penduduk bumiputera pula dikekalkan taraf sebagai

petani sara diri dan nelayan miskin. Walaupun aristokrat Melayu diberi peranan dalam

pentadbiran tetapi ia adalah terhad dan hanya sedikit sahaja bilangannya.

Kesan dari segi politik juga, dapat dilihat melalui kewujudan masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk ini telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang

berbeza. Orang Melayu menujukkan taat setia mereka pada Tanah melayu. Orang Cina pula

menunjukkan taat setia bangsa pada negara China. Ideologi politik orang Cina jelas sekali

berkiblatkan negara asal mereka. Gerakan reformasi dan gerakan revolusiner di Tanah Besar

merupakan faktor yang membentuk pemikiran mereka di Tanah Melayu.23 pada masa yang sama,

masyarakat India juga menunjukkan taat setia bangsanya kepada negara tanah air asal mereka. 24

Hal ini menunjukkan perbezaan yang ketara dalam kegiatan dan perjuangan mereka.

5.2 Ekonomi

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran Cina dan

India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat tempatan malahan tidak

memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan

British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran tidak mengutamakan kepentingan

kepada penduduk bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat telah memberi kelebihan kepada

imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi.

23 Kumpulan Rencana Pilihan Dewan Masyarakat 1963-1972. Pembangunan dan Masalah Sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 210..24 Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hal 59.

12

Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum dibahagikan mengikut

kegiatan ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan

ikan. Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan. Manakala orang

India mengusahakan ladang getah dan perusahaan lain. Selain itu, kegiatan ekonomi juga ini

terpisah mengikut petempatan. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan kawasan yang

berdekatan pertanian dan juga pinggir laut. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar yang

berkembang, hasil daripada kegiatan perlombongan. Tumpuan orang Cina hanyalah di kawasan

bandar yang berkembang melalui kegiatan perlombongan yang dilakukan mereka. Manalaka

orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit. Kedatangan mereka telah

membuka lebih banyak tanah untuk mengusahakan getah iaitu pada tahun 1897, sejumlah 345

ekar tanah telah dibuka .

5.3 Sosial

Kesan dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India turut memberi kesan terdapat interaksi

sosial di Tanah Melayu. Dasar penjajah yang mengasingkan imigran dan masyarakat tempatan

telah membawa masalah kepada pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Pengasingan tempat tinggal dan kerja telah menyebabkan masing-masing mempunyai

pemahaman sendiri terhadap kaum lain. Wujud pelbagai tanggapan stereotaip antara mereka.

Selain itu, wujud juga jurang antara kaum yang luas apabila terdapat orang terlalu kaya dan juga

13

yang miskin. Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku. Namun begitu,

kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada ekonomi yang terus berkembang di

Tanah Melayu. Dengan kedatangan kedua-dua imigran ini telah membentuk kebudayaan yang

unik dan baru di Tanah Melayu. Kebudayaan boleh diertikan sebagai keseluruhan cara hidup

yang mencakupi antara lain kepercayaan, resam agama, bahasa, ekonomi dan sebagainya yang

diwarisi oleh anggota masyarakat dari semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu

generasi.25 Terdapat pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk yang wujud dan merangkumi

pelbagai aspek seperti upacara perkahwinan dan upacara keagamaan.

Kedatangan imigran Cina dan India yang ramai pada awal abad ke-19 ini juga telah

menimbulkan fenomena baru dalam masyarakat tempatan. Pada peringkat awal penghijrahan,

semangat kesukuan Cina telah dijelmakan dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi

antara mereka pada tahun 1860-an terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh

pembesar-pembesar Melayu yang berkenaan. Selain itu, ketidakseimbangan imigran lelaki dan

wanita telah menyebabkan kegitan pelacuran menular di bandar-bandar terutamanya kawasan

perlombongan. Penagihan candu juga merupakan masalah yang kronik dalam sesetengah

imigran. Budaya imigran ini agak terasing dengan budaya kehidupan masyarakat tempatan dan

memberi impak yang negatif kepada perkembangan masyarakat tempatan.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kependudukan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan berikutan

kemasukan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu sepanjang tahun

1800 sehingga tahun 1900. Perubahan yang berlaku dilihat berpunca daripada faktor penjajahan

British di Tanah Melayu bermula tempoh tersebut. Perkembangan pesat yang berlaku akibat

revolusi perindustrian di Eropah dan keinginan British membolot kesemua hasil kekayaan bumi

di Tanah Melayu mendorong pihak terbabit membawa masuk pekerja dari luar iaitu terdiri

25 Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Hal 62

14

daripada masyarakat Cina dan India. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak British telah

menggalakkan lagi kemasukan imigran ke Tanah Melayu terutamanya jaminan perlindungan

terhadap keselamatan para imigran yang berada di bawah British. Justeru, berlakulah kebanjiran

imigran di Tanah Melayu.

Pihak penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi

berasingan. Kenyataan ini berdasarkan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh pihak British

dalam sistem pentadbiran yang diamalkan mereka. Interaksi antara imigran dan penduduk

tempatan sengaja dibiarkan tanpa haluan agar tidak wujud semangat perpaduan diantara mereka.

Berlaku pemisahan tempat tinggal yang ketara apabila masyarakat tempatan terutamanya Melayu

dibiarkan tinggal di kawasan desa atau kampong-kampung, masyarakat Cina di tempatkan di

kawasan Bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, manakala masyarakat India dihantar ke

kawasan pertanian seperti ladang dan estet-estet.

Kedatangan imigran ini telah memberi banyak perubahan yang memberi kesan yang

hebat ke atas Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pada awal abad ke-19 kemasukan

imigran secara besar-besaran ini telah membentuk masyarakat baru di Tanah Melayu iaitu

masyarakat majmuk. Kesan kependudukan mereka ini telah mewujudkan sosio-budaya yang

baru, merubah ekonami Tanah Melayu serta politik di Tanah Melayu

BIBLIOGRAFI

Azmah Abdul Manaf.2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur

Gullick John. 1981. Nations Of The Modern World Malaysia: Economic Expansion And National Unity. London: British Library Cataloguing in Publications Data.

15

Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala

Lumpur.

Joginder Singh Jessy. 1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.

Kumpulan Rencana Pilihan Dewan Masyarakat 1963-1972. Pembangunan dan Masalah Sosial. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Purcell Victor. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Ratnam. K. 2001. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Selangor :Pustaka

Sarjana Sdn. Bhd

Sidek Fadzil.1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Kelantan :Pustaka Aman Press.

Sinnapah Arasaratnam. 1979. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Tengku Anuar.1987. Pengetahuan Am Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Vora &Co Publishers Private Ltd: Bombay.

16