lompat berpagar

7
1.0 Pengenalan Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini. 2.0 Sejarah Lari Berpagar Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 1

Upload: kai-qi

Post on 29-Sep-2015

108 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kjjk

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanAcara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancar dan berkesan dalam masa yang paling minimum di udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

2.0 Sejarah Lari Berpagar

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' dari England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990. Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400m pada tahun 1971.

3.0 Jenis-Jenis Pagar

NO.JENIS PAGARPESERTA & KETINGGIAN PAGAR

1- National Aluminium Hurdle

- UCS Ultimate Hurdle

Atlet antarabangsa

Lelaki ( 1.067 m) Wanita ( 0.840 m)

2- Polanik Hurdle

Pelajar sekolah menengah:

Lelaki ( 0.840 m ) Wanita ( 0.762 m)

3- Polanik Hurdle

Murid sekolah rendah:

Lelaki (0.762 m) Perempuan (0.762m)

4.0 PERATURANa) Pelari berlari dalam lorong masing-masing.b) Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari dalam keadaan berikut:- Mengheret kaki di bawah palang pagar.- Melompat pagar di lorong lain atau,- Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

5.0 FASA LARI BERPAGAR

I. Fasa Permulaan

a) Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja.b) Lari dengan konsisten dari permulaan hingga dua langkah terakhir.c) Pendekkan langkah terakhir supaya pusat gravity berada di hadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

II. Fasa Lonjakan

a) Meninggalkan permukaan trek sama seperti lari pecut.b) Melonjak menggunakan hujung tapak kaki.c) Kaki hadapan diangkat tinggi.d) Kepala tegak memandang ke hadapan.e) Pusat gravity ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak.

III. Fasa Layangan

a) Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. b) Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas.c) Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi dengan tapak tangan mengarah keluar.d) Condongkan badan ke hadapan. e) Badan seolah-olah melayang ke udara.

IV. Fasa Mendarat

a) Jatuhkan kaki hadapan ke tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar.b) Mendarat dengan hujung kaki hadapan.V. Fasa Penamat

a) Lari pecut lalu membuka dada selangkah sebelum tiba di garisan penamat.

6.0 REKOD LARI BERPAGAR

7.0 ANSUR MAJU LATIHAN LARI BERPAGAR

Latihan 1:

Tendangan Karate

Latihan 2:

Melompat dalam rotan hulahoop

Latihan 3:

Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun.

6