sejarah, fakta, kritikan dan tafsiran
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Sejarah, Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
1/5
Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dipetik daripadawww.darulkautsar.net
Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: history cannot lie. Namun kita jangan pula
lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah.
Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber
yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan
dusta. Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu
peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau school of
thought yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita
buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.
Ketulenan Fakta
Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama
ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai
(authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.
Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab Rijal al-Hadith iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang
perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya
dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding
dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis
hendak mencapai darjat sahih. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai
penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.
Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun
soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau
tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya Manhaj
Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya)
menyebut:
Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syari seperti halal dan haram, atau berkaitan
mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk
http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745http://www.darulkautsar.net/ -
7/28/2019 Sejarah, Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
2/5
mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali
pembawa beritanya (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H).
Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik
membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas
perbuatan kamu itu. (Surah al-Hujarat: 6).
Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber
yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian
yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan.
Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudahdilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan
yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai
fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang
dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-
buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:
Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri
daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan
mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi
tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Muawiyah ibn Abi
Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Muawiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/
1410H).
-
7/28/2019 Sejarah, Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
3/5
Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu
kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair
yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn
Khaldun (meninggal 808H):
Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum
arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-.
Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia
dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah,
seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn
al-Sammak dan al- Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis
mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat
dan hadir solat subuh pada awal waktunya. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17,
Beirut: Dar al-Fikr/t.t)
Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh
dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan,
maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan
menuduh tanpa asas.
Mengkritik Teks
Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu
melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam
periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak
mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam
menilai sesuatu fakta.
-
7/28/2019 Sejarah, Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
4/5
Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah
ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata
semangat kepada tenteranya: Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di
hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar.
Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi
melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal
kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam
versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan.
Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada
mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya.
Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan
kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq
tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yangmembuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang
bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh
digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian,
tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh
ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang
merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq
al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh
merujuk kepada buku tersebut.
Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu
yang penting dalam mengkaji sejarah. Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah
pertelingkahan para sahabat mengatakan:
Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya
memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat
dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan
untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para
perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan
terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar
telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui
ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks). (Abd al-Rahman Fakhuri,
Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).
-
7/28/2019 Sejarah, Fakta, Kritikan Dan Tafsiran
5/5
Tafsiran
Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat.
Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh
atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut
pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan
buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama
itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh
dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah
pihak, buruk pada pihak yang lain.
Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu
akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga
mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, HangTuah jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia
berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan
tafsiran.
Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam
Surah al-Nisa 135: (maksudnya)
Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa
menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah,
sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu...
Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang
adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh
al-Quran dan al-Sunnah
.
sumber: http://drmaza.com/home/?p=1581
Artikel darulkautsar.net: http://www.darulkautsar.net/article.php?
ArticleID=4745
http://drmaza.com/home/?p=1581http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745http://drmaza.com/home/?p=1581http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4745