fakta gula
Embed Size (px)
DESCRIPTION
fakta gulaTRANSCRIPT

Sce 3113
Fakta Mengenai Gula
Apakah Gula?
Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang
mudah diserap oleh tubuh.
Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam
buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan
semasa penyediaan atau pemprosesan.
Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh
diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa
(fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt,
ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas
(molasses) , golden syrup dan inverted sugar .
Apakah saranan pengambilan gula tambahan?
WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10%
daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan
gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).
Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang
ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan
gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.
Apakah corak pengambilan gula di Malaysia?
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia
2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh
gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah
gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan
1

Sce 3113
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang
mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.
Apakah corak pengeluaran gula di Malaysia?
Data daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan menunjukkan bahawa pengedaran gula di Malaysia semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Pengedaran gula domestik telah meningkat daripada
651,973.12 metrik tan pada tahun 2004 kepada 806,381.88 metrik tan pada tahun
2009. Sementara pengedaran gula industri pula telah meningkat daripada
306,895.34 metrik tan pada tahun 2004 kepada 474,801.16 metrik tan pada tahun
2009. Data ini menunjukkan bahawa pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini mungkin disebabkan oleh harga gula
yang murah.
Apakah kesan pengambilan gula secara berlebihan?
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang
berlebihan.
Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh
meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi
lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal
yang dilakukan.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity
Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan
berat badan mankala 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan
berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan
4.0% (obes).
Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis
penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Prevalen pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada
30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9%
pada tahun 2006 (NHMS III).
2

Sce 3113
Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari
Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak
berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak
yang berumur 6 tahun (1997).
Apakah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan
pengambilan makanan dan minuman kurang gula?
Saranan utama 1
Makan makanan yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-
buahan.
Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.
Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan
sebelum tidur.
Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya
gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan
komponen utama makanan tersebut.
Saranan Utama 2
Minum minuman yang rendah kandungan gula.
Cara untuk mencapai
Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air
sirap dan kordial.
Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis
kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
3

Sce 3113
Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis
semasa memesan minuman.
Periksa kandungan gula dalam label minuman.
Kurangkan kekerapan mengambil minuman yang bergula seperti air
berkarbonat,kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum
waktu tidur.
(Sumber: Panduan Diet Malaysia 2010)
Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?
Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan
taraf kesihatan.
Kesan kepada kesihatan individu:
1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil
makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah
pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak
digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak. Jika
pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan
untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini
berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam
badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang
berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan,
seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit,
senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja
rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas
selama 1 jam.
Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu
teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali
sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori
4

Sce 3113
sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat
mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram
dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.
Kesan ekonomi kepada pengendali makanan
Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram gula adalah bersamaan
dengan 200 sudu teh gula.
Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula
adalah 0.8 sen atau 1 sen.
Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman
menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan
mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan
sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan. Sekiranya beliau
menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh
menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450
(RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun!
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik
rakyat mengurangkan pengambilan gula?
Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat
supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuk melalui Kempen Cara Hidup
Sihat, bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga
kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Semasa
kempen ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan
kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan "1 Mencukupi, Kurang Lebih
Baik"; rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan
katerer; serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan
televisyen. Selain daripada itu perundingan dengan industri makanan turut
dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk
mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka
keluarkan. Hasilnya, pada hari ini didapati semakin banyak produk yang kurang
5

Sce 3113
kandungan gula di pasaran. Usaha ini sedang diteruskan bagi memastikan
peningkatan produk sebegini di pasaran.
Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan "rendah gula" (low sugar) dan "bebas
gula" (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Mengikut Peraturan-peraturan ini, makanan "rendah gula" adalah makanan yang
mengandungi gula tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml.
Makanan "bebas gula" pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi
0.5 gram per 100 gram atau 100 ml. Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga
mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara
sihat yang dikenali sebagai "5M" telah dijalankan. "Mengurangkan Gula" merupakan
salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini.
Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan
aktiviti pendidikan melalui media masa dan melalui beberapa setting seperti Pusat
Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua
negeri. Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program
dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk
melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen
utama di dalam Panduan Diet Malaysia.
Perkhidmatan runding cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan
secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus
kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51
jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini.
Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menempatkan Pegawai Zat Makanan
di semua klinik kesihatan.
Apakah tujuan kempen kurangkan gula 2010?
Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk
mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa
6

Sce 3113
yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri
makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula
kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan
rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.
Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan
sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan
negara.
Kandungan gula tambahan dalam beberapa contoh makanan dan minuman
Kandungan gula dalam beberapa contoh kuih tempatan
Jenis Berat (g) bagi
setiap satu
Kandungan gula (g) bagi
setiap satu
Bilangan sudu
teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Kuih koci 40-50 10-13 2¼
Kuih keria 55-65 10-13 2¼
Seri muka 110-120 10-13 2¼
Donat 45-55 7-10 1¾
Kuih lapis 120-140 5-7 1¼
Lepat pisang 65-75 10-13 2¼
Puding
jagung
70-80 7-10 1¾
Bingka ubi
kayu
70-90 18-25 4¼
7

Sce 3113
Sumber : Panduan Diet Malaysia, 2010
Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus
Jenis Isipadu per kotak/
tin/ botol (ml)
Kandungan gula (g) per
kotak/ tin/ botol
Bilangan sudu
teh gula
(1 sudu teh =
5g)
Minuman
isotonik
240 16 3¼
Minuman
berkarbonat
240 25 5
Minuman soya 300 28 5½
Minuman teh 240 28 5½
Minuman
blackcurrant
300 35 7
Minuman laici 300 33 6½
Minuman teh
bunga
300 21 4¼
Minuman cincau 300 27 5½
Minuman tenaga 330 59 11¾
Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan (Tinjauan
Pasaran, Januari 2010)
8

Sce 3113
Pengedaran Gula Domestik dan Industri (Metrik Tan)
bagi Tahun 2004 hingga 2009
Tahun Pengedaran Gula (Metrik Tan)
Domestik Industri
2004 651,973.12 306,895.34
2005 701,172.96 326,333.16
2006 735,114.06 358,310.44
2007 753,219.61 386,225.04
2008 787,700.03 397,745.12
2009 806,381.88 474,801.16
Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
2010
7 Langkah bijak mengurangkan gula
Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air
sirap dan kordial.
Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1
sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah
kandungan gula.
Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum
waktu tidur.
9

Sce 3113
Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti
kuih, kek dan bubur.
Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai
ramuan.
Pilih produk berlabel "rendah gula" dan "bebas gula".
Rujukan
Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan
Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and
Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
Food Balance Sheet, FAO 2008.
Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://www.myhealth.gov.my/index.php/pemakanan/umum/fakta-mengenai-gula
Laporan Program Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat (Bahaya Bahan Tambah Dalam Makanan)
Oleh : Mohd Iduan bin Masri
10

Sce 3113
Kumpulan : 8 PISMP SN Ambilan Januari 2011, IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Pada 7 Ogos 2014 bersamaan hari Khamis, saya bersama 2 orang lagi rakan iaitu Norakmalina binti Ahmad Tarmizi dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah melaksanakan program kesedaran gaya hidup sihat dan mendidik sekumpulan murid-murid mengenai bahaya bahan tambah dalam makanan. Program yang kami jalankan ini menfokuskan kepada bahaya bahan tambah apabila digunakan secara berlebihan dan diambil secara berlebihan melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat. Program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran terutamanya di kalangan murid-murid sekolah rendah yang seringkali terdedah kepada pelbagai makanan tidak berkhasiat yang tidak sesuai dengan keperluan tumbesaran mereka.
Program ini dijalankan melalui 6 langkah yang jelas di mana setiap langkah bertujuan mendidik para peserta mengenai bahan tambah dalam makanan serta ancaman yang wujud disebabkan oleh bahan tambah ini. Langkah 1 dan 2 dijalankan bagi mencapai objektif memperkenalkan bahan tambah yang seringkali digunakan di dalam makanan seharian terutamanya makanan terproses melalui pembacaan label. Langkah 3 dan 4 pula menfokuskan kepada penerangan mengenai kesan bahan tambah berlebihan dalam makanan selain melatih para peserta program mengenal pasti bahan tambah yang wujud melalui label di pek-pek makanan. Di langkah 5 pula, tayangan video mengenai makanan yang dihasilkan oleh rangkaian restoran makanan segera popular yang mempunyai kesan buruk diberikan kepada peserta program sebelum langkah 6 dijalankan di mana para peserta diminta menjawab soal selidik mengenai program yang mereka sertai. Program yang dijalankan ini menggunakan pelbagai bentuk dan kaedah pengajaran di mana integrasi teknologi maklumat seperti tayangan video dan slide show digunakan secara meluas bagi menarik minat peserta program.
http://www.youtube.com/watch?v=8uHxRwQqWFo
(alamat laman web ini akan menunjukkan kesan bahan aditif berlebihan kepada makanan segera yang popular)
Secara keseluruhannya, melalui hasil analisis soal selidik yang dihasilkan dapat diperhatikan bahawa para peserta memberikan respon yang positif kepada program yang dijalankan dan impak yang positif dapat dilihat menerusi hasil soal selidik. Walaupun beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi menambahbaik
11

Sce 3113
kelemahan program, tetapi program yang dijalankan berjaya mencapai objektif bagi menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid mengenai bahan tambah dalam makanan.
Pendahuluan dan Perancangan Reka Bentuk Program
Bagi tugasan ini, saya dan dua lagi rakan iaitu Norakmalina Bt Ahmad Termizi dan Mohd Sharul Anuar bin Omar telah memilih untuk melaksanakan tajuk nombor 5 ,iaitu bahan tambah dalam makanan. Kami telah melakukan perbincangan dan berpendapat bahawa tajuk kami akan dikembangkan menjadi program kesedaran mengenai bahan tambah dalam makanan. Pemilihan program kesedaran ini kami jalankan berdasarkan perkembangan isu semasa mengenai kesihatan di kalangan rakyat Malaysia dewasa ini.
Perkembangan isu semasa di Malaysia menunjukkan bahawa ramai dikalangan rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan. Menurut data statistik daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, sebanyak 15.1% rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ‘paling gemuk’ di Asia Tenggara dan di kedudukan nombor enam yang mempunyai masalah ini di peringkat Asia. Lebih membimbangkan lagi, daripada 2.6 juta rakyat Malaysia yang dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan, hampir setengah juta daripadanya merupakan rakyat di bawah 18 tahun. Lebih menyedihkan, statistik ini disumbangkan dengan fakta bahawa 13 daripada setiap 100 kanak-kanak di sekolah rendah seluruh Malaysia mengalami masalah obesiti. Ini sesuatu yang cukup membimbangkan dan perlu diberi perhatian segera di mana tindakan yang serius perlu diambil bagi memastikan isu ini tidak bertambah buruk.
Sekali imbas, isu obesiti tampak tiada kena mengena dengan pengambilan bahan tambah dalam makanan. Namun, masyarakat perlu disedarkan bahawa dengan mengambil makanan secara berlebihan boleh meningkatkan kadar bahan tambah di dalam tubuh kita – apatah lagi jika kebanyakkan makanan yang diambil itu merupakan makanan segera yang mengandungi bahan tambah yang berbahaya kepada tubuh jika wujud dalam jumlah yang berlebihan. Ini kerana kebanyakkan bahan tambah yang ditambah ke dalam makanan yang diproses dewasa ini merupakan bahan tambah yang diperolehi melalui proses kimia dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
12

Sce 3113
Oleh itu, kami berpendapat adalah perlu bagi kami melaksanakan program kesedaran mengenai kesan buruk bahan tambah yang berlebihan kepada tubuh badan. Program kesedaran seperti ini mesti dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai apa yang setiap dari kita masukkan ke dalam tubuh kita. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahajalah barulah kempen untuk mengurangkan kadar obesiti di kalangan rakyat Malaysia berjaya dijalankan dengan jayanya.
Melalui program ini, kami menfokuskan kepada kumpulan sasaran kami di kalangan murid-murid sekolah di mana kami laksanakan internship selama sebulan, iaitu di sebuah sekolah di Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kira-kira 30 orang murid telah mengikuti program kempen kesedaran yang kami jalankan ini di mana murid-murid ini ditunjukkan tayangan interaktif selain video mengenai bahan tambah dalam makanan. Mereka diajar untuk mengenal bahan tambah dalam makanan, selain membaca label pada makanan segera atau terproses bagi mengenalpasti bahan tambah yang wujud di dalam makanan. Mereka juga turut ditunjukkan tayangan video mengenai kesan bahan tambah berlebihan yang digunakan di dalam makanan segera yang popular di kalangan kanak-kanak.
Melalui program ini kami berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan murid-murid sekolah rendah mengenai kesan buruk mengambil bahan tambah secara berlebihan melalui pengambilan makanan secara tidak seimbang dan tidak sihat. Kesedaran ini seharusnya wujud sedari kecil lagi agar amalan penjagaan tubuh yang sihat dimulakan sejak awal lagi. Borang maklum balas disediakan pada akhir program bagi melihat sejauh mana program ini memberi impak yang diharapkan, selain mengenalpasti kelemahan yang boleh ditambah baik di masa akan datang.
Analisa borang maklum balas
Soalan-soalan di dalam borang maklum balas
1)Melalui program ini saya dapat mengetahui apa itu bahan tambah dalam makanan dan contoh bahan tambah dalam makanan.
2)Melalui program ini saya dapat memahami kesan bahan tambah dalam makanan.
3)Melalui program ini saya dapat mengetahui cara yang betul untuk membaca label makanan bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan.
4)Saya akan lebih berhati-hati untuk memilih makanan yang membahayakan kesihatan selepas program ini
13

Sce 3113
5)Saya bersetuju bahawa bahan tambah dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan saya sekiranya diambil secara berlebihan
6)Saya akan mengamalkan gaya hidup sihat yang dianjurkan dalam program ini.
7)Program ini amat membantu saya untuk mengamalkan gaya hidup sihat
Jadual 1 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid lelaki
Soalan Ya Tidak
1 12 3
2 15 0
3 12 3
4 14 1
5 15 0
6 15 0
7 15 0
Jadual 2 menunjukkan jumlah jawapan di kalangan murid perempuan
Soalan Ya Tidak
1 11 4
2 15 0
14

Sce 3113
3 14 1
4 14 1
5 15 0
6 15 0
7 14 1
Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk murid lelaki.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 80 20
2 100 0
3 80 20
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 100 0
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk murid perempuan.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 73.33 26.67
2 100 0
15

Sce 3113
3 93.33 6.67
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 93.33 6.67
Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan maklum balas dalam bentuk jadual (Peratus) untuk semua murid.
Soalan Ya (%) Tidak (%)
1 76.67 23.33
2 100 0
3 86.67 13.33
4 93.33 6.67
5 100 0
6 100 0
7 96.67 3.33
Bar Graf menunjukkan peratus maklum balas murid dalam bentuk graf bar
16

Sce 3113
Analisis Maklum Balas Peserta Program
Berdasarkan jadual 1 & 2 yang melihat kepada jumlah pelajar lelaki dan perempuan menjawab soalan 1-7 di dalam borang soal selidik, hanya soalan 2, 5 dan 6 sahaja menunjukkan semua murid menjawab ya bagi ketiga-tiga soalan. Soalan 2 dan 5
17

Sce 3113
ialah soalan yang menfokuskan kepada matlamat yang ingin dicapai oleh program ini – pada akhir program, para peserta seharusnya sudah faham dan sedar akan kesan yang diakibatkan oleh pengambilan bahan tambah dalam makanan secara berlebihan. Menerusi soalan 5 pula, peserta program seharusnya telah faham pada akhir program bahawa jika diambil secara berlebihan, bahan tambah yang wujud di dalam makanan boleh mengakibatkan kesan negatif akibat dari pengambilan diet yang tidak selamat.
Soalan seterusnya yang menunjukkan semua responden menjawab ya ialah soalan 6. Soalan ini lebih kepada kesedaran yang hendak ditimbulkan oleh program ini, di mana ia bertujuan melihat sama ada peserta program akan lebih menyedari kepentingan untuk menjalani gaya hidup sihat setelah menyertai program ini. Gaya hidup sihat di sini bukan sahaja mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan tambah yang berlebihan, bahkan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mula mengamalkan diet seimbang dan memenuhi keperluan tubuh badan. Ini penting kerana berdasarkan Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia mendapati terdapat peningkatan 13.6 peratus kanak-kanak yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti, bahkan lebih 300 juta manusia di seluruh dunia menghadapi masalah obesiti. Ini semestinya bukan perkara yang baik bahkan mesti dijauhkan kerana berat badan berlebihan merupakan ibu kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan kadar kolesterol di dalam darah yang tinggi. Lebih-lebih lagi gaya hidup zaman sekarang di mana kanak-kanak kurang menghabiskan masa beriadah di luar rumah melakukan aktiviti fizikal dan hanya menghabiskan masa bermain permainan video di depan kaca televisyen.
Namun begitu, bukan semua soalan soal selidik yang dikeutarakan membuahkan hasil yang positif daripada kalangan responden. Melalui maklum balas yang diterima juga, item soalan 1 menunjukkan sejumlah 23% responden menanda ‘tidak’ bagi item tersebut - jumlah tertinggi responden menanda tidak bagi satu-satu item. Item temu bual kedua ialah soalan 3, di mana sejumlah 13% responden menanda tidak bagi soalan ini.
Melihat kepada analisis sampel data yang diperolehi dari dapatan soal selidik menunjukkan hasil kurang memberangsangkan mengenai item 1 dan 3. Sejumlah 7 orang gagal ataupun menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah tahu apa itu bahan tambah dalam makanan dan contoh bahan tambah dalam makanan. Selain itu juga 4 orang juga menyatakan tidak kepada kenyataan bahawa mereka telah mengetahui cara yang betul membaca label makanan bagi mengenalpasti bahan tambah dalam makanan setelah tamat program ini (item 3). Jumlah yang tinggi ini sememangnya sesuatu yang membimbangkan dan tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi semua murid menjawab ‘Ya’ bagi item 2, 5 dan 6. Ini kerana semua item-item soalan ini berkait rapat dan menjurus kepada satu konklusi – bahawa murid telah faham dan tahu mengenalpasti bahan tambah dalam makanan dan kesannya kepada tubuh jika berlebihan. Oleh itu, saya mengesyaki
18

Sce 3113
para responden sama ada benar-benar menyatakan ‘tidak’ mengenai item 1 dan 3 atau mereka tidak faham maksud item yang diberikan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan sekiranya program ini dijalankan sekali lagi pada masa hadapan, dan mesti diperbaiki bagi memastikan respon yang lebih positif kepada item-item ini.
Menerusi analisis ke atas data yang diperolehi melalui soal selidik yang dijalankan mendapati bahawa program ini membuahkan hasil yang positif. Kesemua item-item yang diberikan kepada responden di dalam borang soal selidik menunjukkan lebih 70% responden memilih jawapan ‘Ya’ bagi setiap item yang diberikan. Lebih membanggakan lagi item 2, 5 dan 6 menunjukkan kadar respon positif yang paling tinggi, iaitu 100% menjawab ‘Ya’. Walaupun sejumlah responden memilih jawapan ‘Tidak’ bagi beberapa soalan terutamanya soalan 1 dan 3, ianya tidak mewakili jumlah majoriti responden dan tidak melebihi 25% daripada sampel responden yang terbabit. Secara keseluruhannya, melalui pola data yang diperolehi daripada hasil analisis data soal selidik menunjukkan program ini membantu meningkatkan kesedaran mengenai bahaya bahan tambah yang berlebihan di dalam makanan, selain meningkatkan pengetahuan mengenai kesannya kepada tubuh badan. Selain itu juga, boleh juga disimpulkan program ini menimbulkan kesedaran di kalangan responden untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan pengambilan makanan segera yang kurang selamat dan tidak baik untuk kesihatan.
Penambahbaikan & Kritikan terhadap Program
Penambahbaikan
1) Soalan item yang dikemukan di dalam borang soal selidik boleh dipermudahkan lagi bahasanya. Timbul keraguan mengapa responden ramai menjawab ‘tidak’ bagi soalan 1 dan 3 tetapi kesemua responden menjawab ‘Ya’ bagi item 2 dan 5. Ini kerana item 1, 2, 3 dan 5 merupakan item-item yang berkait rapat antara satu sama lain dan tidak sepatutnya menunjukkan perbezaan ketara dari sudut jawapan responden. Kemungkinan besar responden tidak faham item soalan yang diberikan kepada mereka dan menjawab secara semberono. Jika betul ini berlaku, maka keberkesanan program ini tidak dapat dinilai dengan betul kerana berlaku faktor gangguan luaran seperti responden gagal memahami dan memberikan respon yang sesuai kepada item temu bual.
2) Ada sebilangan murid-murid yang tidak membawa makanan mereka sendiri ketika aktiviti mengenal pasti bahan tambah yang wujud di dalam makanan melalui bacaan label di pek pembungkusan makanan. Natijahnya, golongan ini tidak terbabit secara aktif ketika aktiviti membaca label sekaligus tidak faham kepentingannya dan kegunaannya. Saya juga mengesyaki bahawa ini merupakan punca mengapa item 3
19

Sce 3113
mempunyai sebilangan responden yang menjawab ‘tidak’ – setinggi 13% responden. Sebaiknya, guru selaku fasilitator program membawa sejumlah pek makanan yang mencukupi untuk diberikan seorang satu bagi aktiviti membaca label. Setelah itu, mereka diminta membaca dan menulis bahan tambah yang terdapat di pek makanan, bukannya sekadar membaca sahaja. Ini bagi memastikan semua peserta terbabit dengan aktiviti ini dan tiada penumpang. Apabila ini berlaku, saya yakin itu menyebabkan mereka gagal membaca label makanan yang tertulis kerana tidak faham apa yang hendak dilakukan.
3) Fasilitator seharusnya lebih aktif di dalam merencana dan melaksanakan aktiviti program bersama peserta program. Persediaan dan perencanaan program seharusnya lebih mantap dan kukuh bagi memastikan program ini benar-benar menarik minat peserta dan menanam kesedaran di dalam diri mereka. Faktor masa boleh dipanjangkan lagi dari sekadar 1-2 jam kepada 3 jam bagi memastikan aktiviti yang lebih baik dapat dirangka untuk program ini. Masa yang begitu suntuk menyebabkan aktiviti yang dijalankan sedikit tergesa-gesa dan tidak begitu menarik peserta untuk benar-benar memahami konsep dan keperluan program ini dijalankan.
4) Bahan tambah yang wujud di dalam makanan bukan sahaja tertakluk kepada makanan yang terproses dan siap berlabel selain terdiri daripada bahan kimia sahaja. Sebagai enambahbaikan, peserta program boleh diperkenalkan dengan bahan-bahan aditif yang digunakan oleh nenek moyang dan diperolehi secara semulajadi. Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan kebanyakkan aditif makanan yang digunakan boleh didapati secara semula jadi seperti garam, kuning telur dan juga cuka. Dengan memulakan program menggunakan sesuatu yang biasa dikalangan peserta program yang rata-ratanya merupakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, ini membantu mereka belajar berdasarkan perkembangan yang sesuai dengan mental mereka. Tidak dinafikan salah satu punca mereka beberapa responden tidak faham item 3 iaitu tidak dapat mengenalpasti bahan tambah adalah kerana kami memulakan pengenalan mengenai bahan tambah menggunakan contoh-contoh bahan kimia yang mempunyai terminologi yang begitu sukar difahami kanak-kanak di bawah 12 tahun. Oleh itu adalah penting untuk menyesuaikan program dengan tahap pengetahuan para peserta.
RUJUKAN
20