sejarah bahasa.docx

16
Pengenalan. Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka dan sejauh mana Bahasa Melayu mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan. Untuk merealisasikan hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan medium utama yang berperanan penting dalam memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah negara itu bergantung kepada tahap keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan yang berkualiti memerlukan komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan golongan pelajar. Sebagai memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah utama selain bahasa-bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita. PENDAHULUAN Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari

Upload: noor-hayati

Post on 11-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah bahasa.docx

Pengenalan.

Bahasa Melayu telah memainkan peranannya sebagai bahasa yang unggul sebaik sahaja diangkat

menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar di sekolah dan di pusat pengajian

tinggi selain menjadi bahasa perpaduan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di

sekolah setelah penyemakan semula Akta Pelajaran 1961 yang berasaskan Penyata Razak 1956

dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa itu sebagai bahasa

pengantar utama di sekolah kebangsaan dan menjadi teras perpaduan. Kertas kerja ini akan

membincangkan tentang perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka dan sejauh mana

Bahasa Melayu mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan. Untuk merealisasikan

hasrat murni tersebut, pendidikan merupakan medium utama yang berperanan penting dalam

memenuhi impian tersebut. Majunya sesebuah negara itu bergantung kepada tahap

keintelektualan rakyat serta sistem pendidikannya. Pendidikan yang berkualiti memerlukan

komitmen daripada semua pihak khususnya warga pendidik dan golongan pelajar. Sebagai

memenuhi impian tersebut bahasa Melayu selayaknya dijadikan wadah utama selain bahasa-

bahasa lain yang telah sedia ada di negara kita.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal

di negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang

pendidikan memainkan peranan yang penting sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus

pudar ditelan zaman. Dari sehari ke sehari peningkatan penggunaan bahasa Melayu dalam

kalangan masyarakat dunia kian ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di

pelbagai universiti luar mahupun dalam negara. Bahasa Melayu dikatakan merupakan antara

enam bahasa di dunia yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi malahan mampu

hidup untuk selama-lamanya terutama jika bahasa Melayu mempunyai kuasa ekonomi. Bahasa

Melayu pernah menjadi bahasa bertaraf dunia satu ketika dahulu seperti bahasa Inggeris

sekarang. Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada

waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu

semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain.

Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh

Page 2: sejarah bahasa.docx

bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan

menjadi lingua franca dan bahasa ilmu diran tau ini.

Definisi Konsep

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,perdagangan dan

sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang

bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah

pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah

Bahasa Melayu : imbasan dan harapanDewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Menurut

Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden bermula pada

abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia

Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik Bahasa

melayu juga telah mencapai zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka sebagai Bahasa

Ilmu.

Semenjak Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada

tahun 1957, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai bahasa rasmi dalam

segala urasan pentadbiran negara. Selang beberapa tahun kemudian apabila bahasa Melayu

dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dalam Akta Pelajaran 1961, kedudukan bahasa

Melayu menjadi semakin mantap. Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama

dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan pendidikan di semua peringkat sekolah rendah

dan menengah (Awang Sariyan, 1998) Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi

bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu

banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia,

Indonesia dan Singapura terutamanya selepas Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga mempunyai

peranan sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa komunikasi yang digunakan untuk berhubung di

antara individu pelbagai kaum di Malaysia. Peranan bahasa Melayu semakin berkembang

sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan

etnik bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak.

Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep pendidikan dengan masyarakat

tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat untuk dijadikan asas falsafah,

Page 3: sejarah bahasa.docx

matlamat,dan tujuan. Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting

menyediakan individu-individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa.

Laporan Razak 1956

Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama

negara Malaysia telah terjamin, dari segi penggunaan yang luas dan perakuan oleh rakyat

Malaysia. Pada tahun 1956 telah diperkenalkan Laporan Razak setelah kerajaan pada masa itu

berjanji untuk memberi satu sistem pelajaran yang sama untuk semua penduduk. Usul penting

Laporan Razak yang berkaitan secara langsung dengan pendidikan kebangsaan yang dapat

memupuk perpaduan rakyat dengan bahasa Melayu menjadi salah satu asasnya.

Pada hari 6 Mei 1956,  Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan

merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang

telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini,

beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah

Melayu telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008): 

1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan

ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang

menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju. 

2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun

semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.

Selain daripada itu, jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-

nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu

skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau

Tamil. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh itu

Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa

Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah

ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan

penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi

Page 4: sejarah bahasa.docx

mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah

Melayu, jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran

yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan

meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya

mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran

Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan

pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik.

Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini

ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu,

dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil

langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu

pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam

proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan

melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.

Walau bagaimanapun Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992 : 21) mengatakan

bahawa kelemahan Laporan Razak ialah dalam konteks pembinaan negara, iaitu pengekalan

sekolah pelbagai aliran yang bebas menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan hal ini

tidak selaras dengan cita-cita kerajaan menjadikan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) untuk

maksud perpaduan rakyat. Rasa tidak puas hati orang-orang Melayu pada amnya menyebabkan

kerajaan Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu) ketika itu, yang telah mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957 membentuk Jawatankuasa Penyemak Pelajaran pada tahun 1960 untuk meneliti

kekurangan dalam Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. Dengan mengambil

sempena nama pengerusinya Dato’ Abdul Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran ketika

itu, dikenal orang jawatankuasa tersebut sebagai Jawatankuasa Rahman Talib dan Laporan

Jawatankuasa Penyemak Pelajaran itu dikenal pula sebagai Laporan Rahman Talib.

Page 5: sejarah bahasa.docx

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini

Usaha-usaha ke arah perpaduan ini diteruskan lagi setelah ditubuhkan pula Laporan Rahman

Talib yang bertujuan untuk mengkaji semua syor Laporan Razak. Syor-syor Laporan Rahman

Talib akhirnya diluluskan sebagai rang undang-undang oleh parlimen sebagai Akta Parlimen No.

43 tahun 1961 (Akta Pelajaran 1961).“ Cadangan kedua-dua penyata ini adalah agar pada

akhirnya nanti wujud hanya satu bahasa pengantar di sekolah, iaitu bahasa Melayu. Jika Laporan

Razak mengasaskan idealisme menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada

suatu waktu yang ditetapkan, selaras dengan penekanan terhadap kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan negara (Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152), maka Laporan

Rahman Talib menggariskan langkah untuk merealisasikan idealisme tersebut. Antara usulnya

yang berkaitan dengan hal tersebut termasuklah :

i. Menukar bahasa pengantar Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan bahasa Melayu.

ii. Peperiksaan umum peringkat sekolah menengah dijalankan dalam bahasa rasmi negara

sahaja, iaitu bahasa Melayu. Usul-usul Laporan Rahman Talib diperundangkan melalui

Akta Pendidikan 1961 yang menjadi kerangka rujukan bagi pelaksanaan sistem

pendidikan negara sehingga digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Antara tindakan

lanjut daripada usul Laporan Rahman Talib yang berhubung dengan soal dasar tersebut

termasuklah: Peperiksaan naik tingkatan bagi sekolah menengah Cina dimansuhkan pada

tahun 1961 dan Peperiksaan Akhir Sekolah Menengah Cina dimansuhkan juga pada

tahun 1963.

iii. Setiap calon diwajibkan lulus dalam Bahasa Kebangsaan bagi peperiksaan masuk sekolah

menengah.

iv. Kelulusan dalam Bahasa Kebangsaan wajib bagi Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran

sejak tahun 1962.

v. Langkah-langkah dilaksanakan untuk menambah bilangan guru terlatih sekolah

menengah kebangsaan dan guru khas Bahasa Kebangsaan untuk sekolah menengah jenis

kebangsaan.

vi. Pembukaan sekolah menengah kebangsaan dipesatkan di seluruh negara.

Dapat dirumuskan daripada perbincangkan di atas bahawa dalam sistem pendidikan sesudah

kemerdekaan, sudah mula terbina falsafah yang mendasari pendidikan bahasa Melayu di negara

ini, iaitu “Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan rakyat berbilang keturunan, atau konsep yang

Page 6: sejarah bahasa.docx

lebih luas lagi bahasa Melayu sebagai salah satu asas pembinaan negara”. Dengan perkataan lain,

di sisi faktor-faktor lain seperti kebudayaan, ekonomi, politik, undang-undang, dan sebagainya,

faktor bahasa kebangsaan menjadi faktor penting dalam rangka pembinaan sebuah negara baru.

Dasar Pelajaran Kebangsaan

Langkah utama yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan selepas negara mencapai kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957 ialah membetulkan dan menyusun semula sistem pendidikan yang diwarisi

daripada penjajah Inggeris dengan mengadakan dasar-dasar pendidikan yang diperkukuhkan oleh

perlembagaan dan undang-undang.

Cadangan-cadangan dasar yang dikemukakan oleh Laporan Razak 1956 telah dimaktubkan

dalam Ordinan Pelajaran 1957, sementara cadangan-cadangan dasar daripada kedua-dua Laporan

Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.

Kedua-dua laporan tersebut menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem

pendidikan. Penegasan yang terpenting dalam proklamasi Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah

suatu sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai

media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat persekolahan dan dalam semua

institusi pendidikan tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan.

Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan

pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-

pusat pengajian tinggi telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar. Bentuknya telah disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan

apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan rakyat Malaysia dan hari ini Bahasa Melayu

dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain di dunia seperti

bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, dan bahasa-bahasa lain.

Page 7: sejarah bahasa.docx

Akta Bahasa Kebangsaan 1967

Antara langkah pertama pengisian kemerdekaan ialah mengikut bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan. Pengiktirafan ini termaktub di dalam Perlembangaan Persekutuan melalui Perkara

152:-

i. Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah dalam bentuk yang ditentukan

oleh Parlimen melalui undang-undang.

ii. Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan

selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen bahasa Inggeris

boleh digunakan dalam kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan bagi

semua maksud rasmi yang lain.

iii. Dalam perkara ini “maksud rasmi” bererti apa jua maksud kerajaan sama ada Persekutuan

atau Negeri dan termasuklah apa jua maksud pihak berkuasa awam. Dari aspek

kedudukan bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara, kita harus lihat kepada

Akta Pendidikan 1996 yang di dalam seksyen 17(1) dikatakan bahawa “Bahasa

Kebangsaan adalah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan di dalam

sistem pendidikan kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di

bawah seksyen 28 dan mana-mana institusi pendidikan yang dikeculikan oleh Menteri

daripada seksyen ini.”

Perkembangan Bahasa Melayu Dalam Pencapaian Matlamat Pendidikan Di Malaysia.

Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan sebagai halangan

Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan

negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu

dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia

khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi

bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu dan seluruh

rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak tahun 1957

yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang

Page 8: sejarah bahasa.docx

wajib diajarkan di sekolah. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa

kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-

olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti

manakala kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Tiada tindakan

mahupun usaha untuk memantapkan bahasa Melayu. Cabaran paling serius terhadap kedudukan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak

swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta

Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah

menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta yang sama

memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.

Penggunaan Bahasa Slanga

Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini

sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini

juga mendapat jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa

bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata

yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-

istilah tersebut dalam berkomunikasi. Dalam menangani masalah memertabatkan bahasa ilmu

iaitu bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam

berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar

samaada murid sekolah ataupun siswa lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan

mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan

bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa

Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh

bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng,

melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa

Melayu siswa universiti semakin merosot sedangkan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika

keadaan ini tidak dibendung nescaya hasrat memperkembangkan bahasa Melayu tidak akan

tercapai.

Page 9: sejarah bahasa.docx

Sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri.

Menurut Rozali Rejab dalam makalahnya Cabaran Bahasa Melayu Dalam Menghadapi  Abad

21, beliau telah menyenaraikan beberapa elemen yang membawa cabaran getir kepada bahasa

Melayu. Salah satunya elemen tersebut ialah sikap penutur bahasa Melayu itu sendiri. Menurut

beliau ,ramai dalam kalangan penutur bahasa Melayu sendiri tidak mahu bertutur di dalam

bahasa Melayu dan berbangga pula apabila bertutur di dalam bahasa Inggeris, walaupun bahasa

Inggeris yang dituturkan itu tidak sebaik yang diharapkan. Mungkin situasi menggunakan bahasa

Inggeris ketika berkomunikasi ini sudah sebati di dalam kalangan penutur bahasa Melayu itu

sendiri.  Tidak hairan jika di dalam sesuatu majlis kalau terdapat seorang  sekali pun warga asing

kita sanggup menukar ucapan kita daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, walhal

lingkungan tetamu majlis tersebut majoritinya memahami bahasa Melayu. Persoalannya, di

manakah ketegasan kita dalam berbahasa? Tiadanya sifat kasih, ambil kisah dan prihatin dengan

bahasa ibunda (bahasa kebangsaan) adalah sikap yang harus dikikis dalam jiwa dalam setiap

kalangan kita.  Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406), sarjana sosiologi dan falsafah Islam pernah

menyatakan bahawa bangsa yang pernah ditakluki oleh sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi

kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol,

kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang menakluki mereka.. Bagi mereka, bahasa Inggeris

dapat digunakan untuk menjayakan segala-galanya. Minda sudah lama terjajah. Itulah yang

membelenggu masyarakat kita hari ini

Melaksanakan Transformasi Kurikulum Bahasa Melayu

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran seharusnya

melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah dengan

memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui

pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi

aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan

seni bahasa. Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum

Bahasa Melayu sekolah rendah. Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum Bahasa

Malaysia akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan

Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta

penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu

Page 10: sejarah bahasa.docx

bertujuan untuk memperkayakan aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran,

nilai, budaya masyarakat Malaysia. Dengan keputusan ini, pihak kerajaan seharusnya

menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa

Melayu. Pihak kerajaan harus percaya bahawa dengan pendekatan baru ini kita akan dapat

memartabatkan Bahasa Melayu, memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dan meningkatkan

keupayaan murid untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting untuk masa

depan.

PENUTUP

Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat

pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memperkasakan bahasa Melayu

perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius setiap isu yang

berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bidang pendidikan. Hal ini

kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa

Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama

pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah.

Usahlah dibebankan mereka dengan bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan

moden. Kuasailah bahasa Melayu terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.

Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha

mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri

dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu

kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan

keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah

bangsa.Sejarah kegemilangan bahasa perlu digilap semula.