sejarah amerika esei 5

12
1.0 PENGENALAN Sebelum mengupas dengan lebih dalam lagi mengenai sejarah penubuhan koloni New Hampshire pada tahun 1777, dalam pendahuluan ini kami akan menyentuh sedikit seb tentang kedatangan orang Inggeris ke benua Amerika dan sejarah pemberian geran o Plymouth Counil !melalui kebenaran kerajaan "ngland# kepada $ohn %ason, Sir &er 'orges dan rakan(rakan mereka yang lain) *rang(orang Inggeris khususnya, mula bebas belayar di Atlantik ke benua Ame Asia setelah mereka berjaya mengalahkan raja Sepanyol, Phillip II dalam perang d pada tahun 1+ ) Sebelum ini, iaitu pada pertengahan abad ke - 1., orang(orang menguasai dan telah pun membina banyak petempatan di benua Amerika) Peneroka Ing yang pertama ialah Sir Humprhey 'ilbert dan Sir /alter 0aleigh, walau bagaimanap mereka gagal untuk membuka sebarang petempatan di benua Amerika ekoran hubungan tidak baik dengan peribumi Amerika dan kekurangan bekalan makanan) Ini menyebabk usaha kerajaan ritain untuk meneroka tanah baru terhenti dan tidak berminat la menjelajah ke seberang laut, khususnya benua Amerika) Pada awal abad ke - 17, dua kumpulan saudagar iaitu Plymouth dan 2ondon mendesak kerajaan agar memberi geran kepada mereka untuk meneroka kawasan baru d Amerika) Akhirnya, pada tahun 1.3., raja "ngland, $ames I telah meluluskan satu yang memberikan hak meneroka kepada Plymouth !di bahagian utara# dan 2ondon !sel di benua Amerika) Pemberian piagam inilah yang menjadi titik tolak permulaan pen koloni(koloni Inggeris di benua tersebut) Penulisan ini juga akan menyentuh tentang perlembagaan dan sistem pentadbir dijalankan di New Hampshire di sepanjang usaha koloni ini berjuang mendapatkan s pemerintahan bersendiri !berpisah dari %assahusetts# dan pemerintahan yang beb daripada kawalan kerajaan Inggeris di "ngland) 2.0 PENEROKAAN NEW HAMPSHIRE Pada tahun 1.44, 5apten %ason, Sir &erdinand 'orges, dan lain(lain, telah memper geran tanah dari %ajlis Plymouth, sebahagiannya di %aine dan sebahagiannya di Ne Hampshire) 0antau New Hampshire telah dimasukkan ke dalam siri geran yang dibuat kerajaan mahkota Inggeris kepada 5apten $ohn %ason dan lain(lain sepanjang tahun an) Satu pertubuhan mengenai perikanan dan perdagangan juga telah ditubuhkan dal

Upload: justin-martinez

Post on 05-Oct-2015

249 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN Sebelum mengupas dengan lebih dalam lagi mengenai sejarah penubuhan koloni New Hampshire pada tahun 1777, dalam pendahuluan ini kami akan menyentuh sedikit sebanyak tentang kedatangan orang Inggeris ke benua Amerika dan sejarah pemberian geran oleh Plymouth Council (melalui kebenaran kerajaan England) kepada John Mason, Sir Ferdinand Gorges dan rakan-rakan mereka yang lain. Orang-orang Inggeris khususnya, mula bebas belayar di Atlantik ke benua Amerika dan Asia setelah mereka berjaya mengalahkan raja Sepanyol, Phillip II dalam perang di eropah pada tahun 1588. Sebelum ini, iaitu pada pertengahan abad ke 16, orang-orang Sepanyol menguasai dan telah pun membina banyak petempatan di benua Amerika. Peneroka Inggeris yang pertama ialah Sir Humprhey Gilbert dan Sir Walter Raleigh, walau bagaimanapun mereka gagal untuk membuka sebarang petempatan di benua Amerika ekoran hubungan yang tidak baik dengan peribumi Amerika dan kekurangan bekalan makanan. Ini menyebabkan usaha kerajaan Britain untuk meneroka tanah baru terhenti dan tidak berminat lagi untuk menjelajah ke seberang laut, khususnya benua Amerika. Pada awal abad ke 17, dua kumpulan saudagar iaitu Plymouth dan London mendesak kerajaan agar memberi geran kepada mereka untuk meneroka kawasan baru di Amerika. Akhirnya, pada tahun 1606, raja England, James I telah meluluskan satu piagam yang memberikan hak meneroka kepada Plymouth (di bahagian utara) dan London (selatan) di benua Amerika. Pemberian piagam inilah yang menjadi titik tolak permulaan penubuhan koloni-koloni Inggeris di benua tersebut. Penulisan ini juga akan menyentuh tentang perlembagaan dan sistem pentadbiran yang dijalankan di New Hampshire di sepanjang usaha koloni ini berjuang mendapatkan satu pemerintahan bersendiri (berpisah dari Massachusetts) dan pemerintahan yang bebas daripada kawalan kerajaan Inggeris di England.2.0 PENEROKAAN NEW HAMPSHIREPada tahun 1622, Kapten Mason, Sir Ferdinand Gorges, dan lain-lain, telah memperoleh geran tanah dari Majlis Plymouth, sebahagiannya di Maine dan sebahagiannya di New Hampshire. Rantau New Hampshire telah dimasukkan ke dalam siri geran yang dibuat oleh kerajaan mahkota Inggeris kepada Kapten John Mason dan lain-lain sepanjang tahun 1620-an. Satu pertubuhan mengenai perikanan dan perdagangan juga telah ditubuhkan dalam tahun 1623 di New Hampshire dan bandar-bandar seperti Dover, Portsmouth, Exeter, dan Hampton adalah merupakan petempatan utama di wilayah berkenaan.[1]Perkembangan koloni New Hamsphire adalah sangat lembab berbanding dengan koloni-koloni yang lain dan pada penghujung 1742, hanya ada 6000 orang sahaja yang mendiami New Hampshire.[2]Ketibaan para penduduk ke New Hampshire adalah disebabkan promosi yang hebat yang berlaku di England dan berlakunya huru-hara agama di teluk Massachusetts yang telah mendorong mereka untuk berhijrah ke tempat lain khususnya ke New Hampshire. Pada tahun 1639, John Wheelwright, seorang pengikut Anne Hutchinson telah memimpin sekumpulan orang Inggeris untuk berpindah ke Exeter, New Hampshire dan jejak langkah penghijrahan mereka ke New Hampshire telah diikuti oleh kumpulan-kumpulan lain termasuklah kumpulan Puritan yang berfahaman ortodoks.[3]Sebelum kedatangan orang-orang Inggeris di New Hampshire, kira-kira 3,000 orang peribumi Amerika yang telah mendiami kawasan tersebut tetapi kedatangan orang-orang Inggeris ke kawasan tersebut telah mengubahnya menjadi koloni New Hampshire. Penduduk peribumi itu telah dibahagikan kepada kelompok puak-puak dan entiti puak yang lebih besar iaitu Pennacook. Keseluruhan populasi peribumi Amerika adalah sebahagian daripada budaya linguistik Algonquian yang mendominasikan kawasan timur laut Amerika Utara. Namun begitu,penyakit, peperangan, dan penghijrahan yang pantas telah mengurangkan populasi peribumi New Hampshire setelah mempunyai hubungan dengan peneroka-peneroka Inggeris. Di samping itu, semasa kedatangan orang-orang Inggeris ke New Hampshire, ketua kaum Indian Algonquin telah mengingatkan kaumnya agar tidak memulakan peperangan kerana peperangan hanyalah suatu perkara yang sia-sia. Lantaran daripada itu, mereka telah memberikan layanan yang baik kepada peneroka-peneroka Inggeris dengan memberikan mereka makanan dan popcorn. Manakala pada musim sejuk, mereka telah mengajar orang Inggeris mengenai cara-cara membuat kasut salji daripada ranting-ranting kayu dan mereka juga sangat baik hati apabila mengajar orang-orang Inggeris tersebut mengenai cara membungkus daging di dalam salji untuk tujuan pengawetan.[4]Pada tahun 1641 hingga tahun 1680,New Hampshire telah ditadbir oleh kerajaan kolonial Massachusetts dan membentuk gabungan dengan Massachusetts. Hampir selama 40 tahun New Hampshire menikmati perlindungan daripada koloni tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun 1680, wilayah ini dipisahkan daripada tanah jajahan itu melalui perintah diraja dan dijadikan sebagai sebuah provinsi diraja disebabkan oleh pertikaian wilayah dan agama antara Massachusetts dengan waris Mason yang menyebabkan pada tahun 1680 New Hampshire menjadi wilayah diraja yang berasingan. Selepas itu, New Hampshire ditadbir oleh seorang Presiden dan sebuah Majlis yang dilantik oleh kerajaan Mahkota England. Pada tahun 1688, New Hampshire telah diletakkan semula di bawah perlindungan Massachusetts kerana ketidakstabilan politik di New Hamsphire tetapi pada Januari 1691 New Hampshire berpisah sekali lagi dengan Massachusetts dan pada masa yang sama, New Hampshire telah menjadi Province of New Hampshire iaitu di bawah kerajaan England. Walaupun kedua-dua koloni tersebut telah terpisah pentadbirannya namun kedua-duanya masih berkongsi gebenor diraja yang sama sehinggalah tahun 1741.[5]3.0 SISTEM PENTADBIRAN KOLONI NEW HAMPSHIREPada awalnya, koloni New Hampshire merupakan sebuah kawasan dibahagian Teluk Massachusetts. Sebelum menjadi sebuah koloni, pentadbiran New Hampshire berada di bawah kuasa koloni Massachusetts. Pengembangan petempatan yang berlaku terutamanya bagi golongan Inggeris di Massachusetts telah menyebabkan banyak penemuan petempatan baru berjaya ditemui. Pada dasarnya, pengembangan petempatan yang berlaku adalah bermula sejak para saudagar Puritan mendapat geran tanah di New England daripada Raja Charles yang akhirnya telah membentuk sebuah oganisasi syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Massachusetts Bay Company (MBC). Hakikat sebenar yang dikenalpasti adalah, pengembangan petempatan yang berlaku adalah bertujuan untuk kepentingan kegiatan ekonomi yang berlaku pada ketika itu. Pada ketika itu banyak ekspedisi telah dilakukan untuk mencari dan membuka petempatan baru. Akhirnya pada tahun 1639, John Wheelwright telah memimpin sekumpulan rakan penganut yang lain untuk berpindah dan telah berjaya menemukan sebuah kawasan di New Hampshire yang dikenali sebagai Exeter.[6]Koloni New Hampshire telah ditubuhkan pada tahun 1629 oleh dua orang tuan tanah yang berketurunan Inggeris dari England. New Hampshire telah mendapat namanya daripada Hampshire County di England dan nama New Hampshire adalah pertama kali digunakan pada tahun 1629 di Amerika, sebagai tanda penghormatan kepada Kapten John Mason (Gabenor Portsmouth, Hampshire, England) yang telah dilantik oleh kerajaan England sebagai gabenor yang pertama di New Hampshire.[7]Sebelum menjadi sebuah koloni, pada awalnya sistem pentadbiran New Hampshire dibawah kawalan seorang Gabenor di Portsmouth, iaitu Kapten John mason. Beliau merupakan seorang berbangsa Inggeris yang pertama berjaya mendapatkan geran tanah dari Council Of Plymouth yang meliputi kawasan sungai Meremac sehingga ke Kennebec pada sekitar dewasarta tahun 1622. Kejayaan Jonh Mason telah menjadi penyebab kepada beliau untuk menamakan kawasan tersebut sebagai New Hampshire bersempena dengan tempat tinggalnya Hampshire di England. Namun demikian situasi pentadbiran politik New Hampshire merundum setelah kematian John Mason pada tahun 1633. Tahun 1638 menyaksikan bahawa New Hampshire menjadi salah sebuah daripada 13 koloni di Amerika.[8]Pada tahun 1638, Ketika itu juga koloni Massachusetts menuntut wilayah dibahagian selatan New Hampshire berikutan keadaan sistem pentadbiran New Hampshire yang tidak stabil. Situasi politik New Hampshire telah menyebabkan wilayah tersebut berada dibawah kawalan perlindungan Massachusetts Bay Colony antara tahun 1643 sehingga tahun 1680 kesan daripada revolusi yang berlaku di Eropah.[9]Walaupun berada dibawah pentadbiran koloni Masachusetts, akhirnya pada tahun 1679,New Hampshire telah terpisah daripada kawalan Massachusetts dan menjadi sebuah koloni. Pengisytiharan New Hampshire sebagai sebuah koloni telah diisytiharkan oleh Raja William dan permaisurinya pada tahun 1679 dan new Hamshire mendapat gelaran sebagai Royal Province.[10]Episod sejarah new Hampshire telah memperlihatkan bahawa koloni tersebut sekali lagi berada dibawah perlindungan Massachusetts pada tahun 1688.Namun akhirnya pada tahun 1691, sekali lagi New Hampshire terpisah daripada Massachusetts dan menjadi sebuahProvinnce of New Hampshireyang berada dibawah kerajaan England. Dalam sistem pentadbiran New Hampshire, koloni ini telah memperuntukan seorang presiden dan Ahli-ahli Majlis tertinggi yang dipilih oleh Raja berdasarkan majority undian yang telah dibuat. Pada Disember 1717, baharulah John Wentworth telah dilantik oleh raja menjadi Gabenor New Hampshire. Walaubagaimanapun New Hampshire berkongsi gabenor diraja yang sama dengan koloni Massachusetts sehingga tahun 1740. Setelah kematian John wentworth, beliau diganti oleh anaknya iaitu Benning Wentworth, tetapi telah dipecat dari jawatan Gabenor pada tahun 1767 kerana memberi sokongan kepada golongan yang membantah sistem cukai.

Pemecatan Benning sebagai gabenor New Hampshire telah digantikan oleh anak saudaranya iaitu John Wentworth II sebagai gabenor. Pada masa pentadbiran John Wentwroth II inilah merupakan zaman kegemilangan New Hampshire. Hal ini kerana john wentwroth II telah memberikan banyak sumbangan kepada koloni New Hampshire yang antara lainnya termasuklah pembinaan jalanraya, menerbitkan peta negeri dan merupakan Gabenor pertama yang menubuhkan rejim New Hampshire.[11]Namun demikian keadaan aman tersebut hanya senetara apabila berlakunya Revolusi Amerika pada tahun 1775. Gabenor wentwroth II telah meletakkan jawatan akibat daripada tekanan revolusi,yang mana pada ketika itu keadaan gawat berlaku dibumi eropah sehingga melibatkan tentara daripada pelbagai Negara. Akhirnya sebuah kongres telah membentuk perlembagaan sementara yang menjadi provakasi kepada kemerdekaan koloni New Hampshire pada 5 januari 1776.[12] Hakikatnya, New Hampshire tidak menunjukkan penentangan terhadap apa yang berlaku pada ketika itu, sebaliknya hanya mahukan hak sebagai negeri bebas yang merdeka.3.1 KRONOLOGI PENUBUHAN PERLEMBAGAAN NEW HAMPSHIRE Hampshire merupakan Royal Province yang secara langsungnya di kawal oleh kerajaan British.[13] Sebagai gambaran awal, New Hampshire mempunyai dua buah perlembagaan. Perlembagaan yang pertama ialah perlembagaan yang berbentuk sementara(temporary constitution) pada tahun 1776, dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama dihasilkan koloni asal.Perlembagaan kedua pula ialah perlembagaan tetap(permanent constitution) pada 1784[14] Perlembagaan 1784 merupakan perlembagaan kedua terbesar di Amerika Syarikat selepas Perlembagaan Massachusetts 1780, perlembagaan yang ringkas dan pendek selepas Perlembagaan Vermont. Perlembagaan 1784 New Hampshire dan Perlembagaan Massachusetts 1780 merupakan perlembagaan yang unik yakni perlembagaan yang mendapat undian yang popular untuk pengesahan.[15]New Hampshire and Massachusetts were the only two colonies that submitted their constitutions to popular vote for approval.(Marshall, Susan E. 2004: 1)Akan tetapi penulisan ini hanya akan membincangkan mengenai New Hampshire Temporary Constitution 1776 sahaja mengikut kehendak soalan. Temporary Constitutions 1776 merupakan percubaan awal dan langkah pertama untuk koloni New Hampshire menggubal perlembagaannya sendiri. Perlembagaan ini telah digubal oleh Provincial Congress semasa revolusi perang(revolutionary war).[16] Dalam pada itu, perlembagaan ini juga di anggap Form of Government oleh sebab di lihat sebagai panduan kepada struktur kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh New Hampshire. Namun, ia tidak pernah disahkan oleh sebab tidak mencapai atau di terima secara umum.New Hampshire menguar-uarkan bahawa mereka merupakan state yang pertama mempunyai perlembagaan iaitu Temporary Constitutions 1776 ini. Namun, ia dipanggil secara sementara kerana hanya berkesan dan digunapakai penerimaannya selepas revolution war, iaitu perang untuk mendapat kemerdekaan oleh Amerika ketika itu.New Hampshire claim the distinction of being the first state to adopt the state constitution, even though this constitution was intended to be temporary and in effect only during the Revolutionary War. (Marshall, Susan E. 2004: 4)Selepas keluar daripada Massachusetts Bay Colony 1679, New Hampshire telah di tadbir oleh Chief Excutive[17]. Sekitar tahun 1686-1688, New Hampshire adalah sebahagian daripada New England, kemudiannya menyertai semula Massachusetts. Akan tetapi New Hampshire telah berpisah semula dengan Massachusetts pada sekitar tahun 1691.[18] Dari segi pentarikhannya, perlembagaan pertama New Hampshire ditubuhkan pada 5 Januari 1776, yakni kira-kira enam bulan sebelum pengistiharan kemerdekan Amerika ketika itu(4 Julai 1776). Namun, penduduk Hampshire tidak pernah membuang undi atau pungutan suara untuk perlembagaan ini sebaliknya perlembagaan ini merupakan sebagai panduan untuk New Hampshire untuk membentuk kerajaan. Maka, Perlembagaan 1776 ini dipanggil Form of Civil Government selepas itu.[19] Perlembagaan ini adalah berdasarkan Perlembagaan Massachusetts 1691 yang telah dibentuk oleh King William dan Queen Marry. Secara keseluruhannya, Perlembagaan Sementara 1776 Hampshire ini menjadi gambaran awal kepada bentuk bakal kerajaan New Hampshire dalam Perang Revolusi Amerika.3.2 Perlembagaan Diraja Sebelum kemerdekaan, New Hampshire merupakan wilayah diraja secara langsung di bawah kawalan pentadbiran British. Raja mempunyai kuasa mutlak dimana baginda melantik Gabenor dan menyatakan tugasnya secara terperinci serta suruhanjaya dalam kerajaannya. Di bawah Suruhanjaya itu, Gabenor diraja sebagai wakil Eksekutif Raja, Komander Utama, dan bersumpah untuk melaksanakan undang-undang diraja. Dengan persetujuan Majlis Gabenor yang dilantik, semua pegawai awam dan hakim, akan menjalankan kuasa pengampunan, menyelia perbelanjaan awam, dan bersama-sama dengan majlis berkhidmat sebagai mahkamah rayuan dari semua wilayah mahkamah. Ahli-ahli Majlis tidak akan dipilih, tetapi akan dilantik oleh Raja. Semua undang-undang mestilah mendapat persetujuan daripada Perhimpunan dan Majlis yang telah ditubuhkan.4.0 NEW HAMPSHIRE DALAM REVOLUSI AWAL 1775-1777Pada tahun 1775 telah berlaku Perang Revolusi Amerika yang terjadi diantara Britania Raya dan juga para pendukung revolusi dari 13 koloni Britania di Amerika Utara yang termasuklah New Hampshire. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Kemerdekaan Amerika dan perang ini berlaku sehingga tahun 1783.[20] Pada Januari 1776, Kongres telah membentuk Perlembagaan sementara. Pada 15 Jun, tiga minggu sebelum pengistiharan kemerdekaan oleh Continental Congress, atau dikenali Kongress Kebenuaan Kedua telah membentuk Legislature (badan yang membuat undang-indang) melalui perlembagaan sementara pada Koloni New Hampshire.4.1 Perlembagaan 1776Perlembagaan pertama digubal dan digunapakai adalah perlembagaan pada 5 Januari 1776.[21] Semua kuasa adalah terletak pada Badan Perundangan yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Majlis Tertinggi. Semua pegawai awam termasuk hakim-hakim dan semua pegawai-pegawai tentera yang penting akan dilantik oleh Badan Perundangan. Pilihan Raya akan diadakan setiap tahun untuk memilih ahli dalam Badan Perundangan. Tidak ada Rang Undang-Undang Hak mahupun mana-mana sistem semak dan imbang. Perlembagaan pertama yang berlangsung selama tempoh Perang Revolusi Amerika ini iaitu kira-kira lapan tahun, dari segi praktikal dan walaupun menghadapi kesukaran dalam tahun-tahun awal namun masih dapat melaksanakan undang-undangnya dengan agak baik. Kegagalan Badan Perundangan telah diatasi dalam Jawatan Kuasa Keselamatan. Ketidak adilan, penderitaan, pencabulan hak-hak individu dapat diatasi dengan baik berbanding dengan Koloni lain kerana perlembagaan New Hampshire mempunyai perlembagaan yang lebih terperinci, serta mempunyai pemimpin awam yang berkaliber seperti Mesekh Weare Hampton Falls, yang berkhidmat sebagai President Majlis dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan semasa tempoh Perang Revolusi. Antara pemimpin lain ialah Dr. Matthew Thornton, Nathaniel Folsom, William Whipple, Dr. Josial Bartlett Thompson dan sebagainya. Kecacatan perlembagaan Pertama ini telah dikenal pasti dan mula dikritik. Antara kelemahannya ialah kekurangan Rang Undang-Undang Hak untuk melindungi rakyat terhadap kerajaan yang melampaui batas, ketiadaan Eksekutif bebas dan cawangan kehakiman untuk berkhidmat sebagai pemeriksaan ke atas Badan Perundangan, kegagalan untuk menyekat beberapa pejabat-pegangan dan ketiadaan peruntukan bagi meminda Perlembagaan.[22]5.0 Sistem Sosial New Hampshire5.1 EkonomiSebelum penubuhan koloni New Hampshire, rantau tersebut didiami oleh orang asli Amerika. Sejarah New Hampshire menunjukkan dua buah puak utama yang menduduki rantau ini sebelum kedatangan orang Eropah. Suku kaum yang terbesar mendiami kawasan tersebut ialah orang Abenaki. Kesuburan Lembah Sungai connecticut contohnya telah menarik minat para petani yang menghadapi kesulitan dengan tanah yang gersang. Pada awal tahun 1630-an, banyak orang yang siap menghadapi bahaya serangan suku Indian demi memperoleh tanah datar yang subur.[23] Pada abad ke 17, kebanyakan Indaian New Hampshire , dipanggil Orang-orang Pennacook. Mereka menduduki kawasan selatan sepanjang sempadan dengan Massachusetts dan pinggir pantai di seluruh Portsmouth. Orang-orang Abeanaki dan Penacook sebahagian daripada pertubuahan bangsa-bangsa Woodland, iaitu satu istilah yang luas yang meliputi sebahagian besar daripada orang-orang asli di timur Sungai Mississipi. New Hampshire menjalankan aktiviti memburu dan menanam jagung, tembakau, kacang dan skuasy. Pada 1500-an, iaitu tarikh kemasukan eropah ke New Hampshire iaitu apabila kapal-kapal Perancis dan Inggeris menerokai pantai Amerika Utara. Sekitar 1600 coloni New Hampshire menangkap ikan di luar Pantai New England di kepulauan Shoals. Pada tempoh ini juga, koloni New Hampshire menjalankan aktiviti penternakan,perikanan, pembuatan kapal, dan perdagangan pantai. Menjelang 1700 ibu kota wilayah Portsmouth telah menjadi sebuah pelabuhan perdagangan yang berkembang maju. Peningkatan penduduk menyebabkan permintaan kayu untuk pembinaan telah mewujudkan aktiviti mengimport dan mengeksport produk kayu, makanan dan barangan perhiasan.[24] Papan nipis dan tiang layar dihantar ke England. Hal ini kerana aktiviti pembuatan kapal dan perdagangan tiang kapal yang berpusat di Portsmouth . Pokok Pine yang tumbuh di New Hampshire sesuai untuk membua tiang kapal layar terutamanya kepada tentera laut British.

5.2 pendidikanPendidikan yang dijalankan adalah tidak formal dan tidak mempunyai had umur . Misalnya penubuhan Grammer School pada 1719 di setiap Bandar. Ilmu yang diajar ialah menulis, Membaca dan matematik. New Hampshire tidak mempunyai institusi pendidikan. Institisi pendidikan ditubuhkan selepas Revolusi Amerika. Kepentingan yang sama-sama- mendesak bagi masa depan menjadi dasar pendidikan dan kebudayaan yang dibentuk pada abad ke 16 sudah teradapat Collegiate School of Connecticut yang berhampiran dengan New Hampshire.[25]Penduduk di New Hampshire mendapat pendidikan di kolej Harvard, Massachusetts.5.3 AgamaPenerokaan Inggeris yang datang ke New Hampshire masih terikat dengan Gereja di England. Mereka menyebarkan agama Anglican di New Hampshire. Gereja pertama didirikan di Portsmouth pada tahun 1732.[26] Dua lagi gereja Anglican ditubuhkan pada tahun 1760-an iaitu di Clamermont dan Holdemess. Menjelang tahun 1730-1770, apa yang dipangil The Great Awakening yang menghidupkan kembali pegengan agama.6.0 KESIMPULANNew Hampshire adalah merupakan koloni pertama yang menubuhkan kerajaan kemerdekaan iaitu pada 5 Januari 1776, enam bulan sebelum Deklarasi Kemerdekaan. Konflik-konflik yang wujud semasa penubuhan New Hampshire adalah jelas bermula disebabkan oleh pemberian geran tanah oleh Syarikat Plymouth kepada Kapten John Mason dan Sir Ferdinand Gorges. Pertindihan kawasan atau wilayah ini menyebabkan New Hampshire dan Massachusetts telah bergabung dan kemudiaannya berpisah dalam sepanjang tempoh pertengahan abad ke 17 dan ke 18. Pertelingkahan ini juga wujud disebabkan oleh ketidaksefahaman penganut-penganut agama Kristian yang berbeza dominasinya.Selain berjuang bagi mendapatkan hak dan kuasa memerintahnya yang tersendiri dan bukan berada di bawah kuasa atau pengaruh koloni Massachusetts (kerana walaupun mempunyai gabenor yang dilantik oleh kerajaan British, New Hampshire dan Massachusetts masih berkongsi gabenor diraja yang sama sehingga tahun 1741), New Hampshire juga berjuang untuk mendapatkan pemerintahan sendiri iaitu bebas daripada campur tangan kerajaan pusat di England. Salah satu daripada puncanya adalah berkaitan dengan bebanan beberapa akta cukai yang dikenakan oleh kerajaan pusat terhadap koloni-koloni British di benua Amerika pada ketika itu yang sangat menekan penduduk. Selain itu, pengaruh pemikiran pada zaman kesedaran dan peningkatan sistem pendidikan juga menyumbang kepada tercetusnya penentangan daripada pihak koloni.Pada bulan Januari 1776, Thomas Paine, seorang pengarang dari London tiba di Amerika dan menerbitkan satu risalah yang mengkritik pemerintah (Raja George III) dan monarki England sebagai kuasa yang bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan tirani ke atas koloni-koloni di Amerika. Menurut beliau, tibalah masanya rakyat koloni-koloni Amerika untuk menuntut satu Republik yang merdeka yang sepatutnya tidak ada apa-apa kaitan dengan keturunan diraja England. Risalah Paine telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan rakyat di semua koloni-koloni Amerika. Dengan pengaruh risalah Paine tersebut, dalam tempoh 6 bulan kemudian kongress telah mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Dengan meletusnya Revolusi Amerika, barulah masalah di antara New Hampshire dan Massachusetts berjaya diselesaikan (berkaitan dengan pemberian geran tanah oleh Plymouth Council).

[1]Ibid.,

[2]S.G. Good Rich, A Pictorial History of The United States With Notices of Other Portions of America North and South, United State: B Y E.H & CO., 1866, hlm.72.

[3]Anne Hutchinson berpendapat bahawa setiap penganut agama boleh berkomunikasi dengan tuhan secara langsung dan boleh mendapat jaminan grace(kurnia) dan salvation(keselamatan) dari tuhan. Ajaran sedemikian telah dianggap sebagai bidaah Antinomian yang menjadi ancaman serius kepada gereja rasmi di Massachusetts ketika itu.

[4]Jake, The Colony of New Hampshire, dlmhttp://orchard.sbschools.net/users/dgurwicz/05-06/colonies/newhampshirejake.htm. Diakases pada 13 .Okotober.2011.

[5]Colony Of New Hampshire A Brief History, dlm http://www.celebrateboston.com/history/new-hampshire.htm diakses pada 13. Oktober. 2011.

[6] New Hamshire History, http://www.city-data/states/New-Hamshire-History.html, Diakses pada 11 Oktober2011

[7]Colony Of New Hampshire A Brief History, dlm http://www.celebrateboston.com/history/new-hampshire.htm diakses pada 13. Oktober. 2011.

[8] George Ochoa, et.al, Native of American History, London, Greenwood Prees, 2003, hlm 87

[9] New Hampshire History, http://www.city-data/states/New-Hampshire-History.html,Diakses pada,11 Oktober

[10] Richard Middleton, Colonial Amerika 1585-1776,United State America, Blackwell Publishers, 1996, hlm 98.

[11] Ibid.,

[12] New Hampshire History,http://www.city-data.com/states/NewHampshire-History.html,Diaksese pada,11Oktober 2011.

[13] Lihat, New Hampshires Constitutions of 1776, (www.nhssar.org/essays/Constitu.pdf), di akses pada 5 Oktober 2011

[14] Marshall. Susan E, The New Hampshire State Constitutions: A Refence Guide, USA: Library of Congress Cataloging-Publication Data, hlm 1.

[15] Ibid.,

[16] Lihat, (http://www.revolutionarywar.n2genealogy.com/), diakese pada 9 Oktober 2011

[17] Chief Excutive mempunyai autonomi dan kuasa untuk melantik Council.

[18] Marshall. Susan E, The New Hampshire State Constitutions: A Refence Guide, USA: Library of Congress Cataloging-Publication Data, hlm 4

[19] Ibid., hlm. 6.

[20] C. A. Doherty & K. M. Doherty, The Thirteen Colonies New Hampshire, Amerika : Fack On File, hlm. 83.

[21] Bob Italia, The New Hampshire Colony, United State : ABDO Publishing Company, 1955, hlm. 4.

[22] Susan E. Marshall, The New Hampshire State Constitution a Reference guide, United State Of Amerika : Praeger Publishers, 2004. hlm.6.

[23] ________, Garis Besar Sejarah Amerika Serikat , Biro Program Informasi Internasional Department: Indonesia hlm 2005.

[24] New Hamphshire Historical Resources logo http://www.nh.gov/nhdhr/markers/brief.htm

[25] Ibid.,

[26] Barry Adamson, Freedom of religion, the first Amendment, and the Supreme Court, Pelican Publishing Company, INC: United States Of America, 2008, hlm 30.