laporan int 2016 -...

36

Upload: vuonglien

Post on 06-Aug-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Laporan Kehidupan Planet 2016Rumusan

NI T

2016

LAPORAN

Page 2: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

PEMAHAMAN INI MEMAINKAN PERANAN PENTING ANTARA KEMANUSIAAN DAN ALAM SEMULA JADI YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN YANG AKAN MEMBANTU KEUPAY AAN MANUSIA HIDUP DALAM ERA ANTOPOSEN. PEMAHAMAN

SEJAK KURUN KE-20, SAIZ DAN SKALA PERUSAHAAN MANUSIA SEMAKIN BERKEMBANG SECARA PESAT.

DENGAN PELBAGAI RISIKO. MENURUT PARA SAINTIS, MANUSIA KINI BERUBAH DARIPADA HOLOSEN KEPADA ZAMAN GEOLOGI BARU YANG DIPANGGIL SEBAGAI “ANTROPOSEN”.

SEBAGAI BUKTI, ALAM SEMULA JADI DAN APA YANG MAMPU DISUMBANGKAN OLEHNYA KIAN BERHADAPAN

SEMAKIN BERKURANGAN SEBANYAK 58 PERATUS ANTARA 1970 HINGGA 2012.MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN POPULASI HAIWAN ADALAH KEHILANGAN DAN KEKURANGAN HABITAT MEREKA.

INI TURUT MENYEBABKAN KEMEROSOTAN ALAM SEMULA JADI YANG MANA PADA ZAMAN ANTROPOSEN, BUMI SEMAKIN TIDAK SESUAI DIDIAMI BAGI MENEMPATKAN MASYARAKAT GLOBAL MODEN. INI KERANA, MANUSIA

SUDAH PUN MENGGUNAKAN EMPAT KEUPAYAAN SISTEM PLANET MELEBIHI HAD YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN. PADA 2012, KAPASITI BIO BERSAMAAN JUMLAH 1.6 BUMI DIPERLUKAN UNTUK MEMBEKALKAN SUMBER DAN KEPERLUAN BAGI KEGUNAAN MANUSIA SEPANJANG TAHUN ITU. BAGI MENGEKALKAN KESEMPURNAAN ALAM SEMULA JADI DARI SEGI PELBAGAI BENTUK, FUNGSI DAN KADAR KESESUAIAN NYA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL YANG SESUAI UNTUK MANUSIA, SATU KEFAHAMAN ASAS BUAT STRATEGI PEMBANGUNAN , MODEL EKONOMI, MODEL PERNIAGAAN DAN PILIHAN GAYA HIDUP PERLU SELARI IAITU, KITA HANYA MEMPUNYA SEBUAH PLANET DAN SUMBER KAPITALNYA ADALAH TERHAD.

ORGANISMA TURUT MENIMBULKAN PERSOALAN MEMAN DANGKAN POPULASI HAIWAN BERSPESIS VERTEBRATA

INI MEMAINKAN PERANAN PENTING ANTARA KEMANUSIA AN DAN ALAM SEMULA JADI YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN YANG AKAN MEMBANTU KEUPAYAAN MANUSIA HIDUP DALAM ERA ANTOPOSEN.

Page 3: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

PEMAHAMAN INI MEMAINKAN PERANAN PENTING ANTARA KEMANUSIAAN DAN ALAM SEMULA JADI YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN YANG AKAN MEMBANTU KEUPAY AAN MANUSIA HIDUP DALAM ERA ANTOPOSEN. PEMAHAMAN

SEJAK KURUN KE-20, SAIZ DAN SKALA PERUSAHAAN MANUSIA SEMAKIN BERKEMBANG SECARA PESAT.

MENURUT PARA SAINTIS, MANUSIA KINI BERUBAH DARIPADA HOLOSEN KEPADA ZAMAN GEOLOGI BARU YANG DIPANGGIL SEBAGAI “ANTROPOSEN”.

SEBAGAI BUKTI, ALAM SEMULA JADI DAN APA YANG MAMPU DISUMBANGKAN OLEHNYA KIAN BERHADAPAN

MASA HADAPAN KEBANYAKAN KEHIDUPAN

SEMAKIN BERKURANGAN SEBANYAK 58 PERATUS ANTARA 1970 HINGGA 2012. ANTARA ANCAMAN PALING BESAR YANG MENYUMBANG KEPADA PENURUNAN POPULASI HAIWAN ADALAH KEHILANGAN DAN KEKURANGAN HABITAT MEREKA.

INI TURUT MENYEBABKAN KEMEROSOTAN ALAM SEMULA JADI YANG MANA PADA ZAMAN ANTROPOSEN, BUMI SEMAKIN TIDAK SESUAI DIDIAMI BAGI MENEMPATKAN MASYARAKAT GLOBAL MODEN. INI KERANA, MANUSIA

SUDAH PUN MENGGUNAKAN EMPAT KEUPAYAAN SISTEM PLANET MELEBIHI HAD YANG SEPATUTNYA DIGUNAKAN. PADA 2012, KAPASITI BIO BERSAMAAN JUMLAH 1.6 BUMI DIPERLUKAN UNTUK MEMBEKALKAN SUMBER DAN KEPERLUAN

BAGI MENGEKALKAN KESEMPURNAAN ALAM SEMULA JADI DARI SEGI PELBAGAI BENTUK, FUNGSI DAN KADAR KESESUAIAN NYA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL YANG SESUAI UNTUK MANUSIA, SATU KEFAHAMAN ASAS BUAT STRATEGI PEMBANGUNAN , MODEL EKONOMI, MODEL PERNIAGAAN DAN PILIHAN GAYA

HIDUP PERLU SELARI IAITU, KITA HANYA MEMPUNYA SEBUAH PLANET DAN SUMBER KAPITALNYA ADALAH TERHAD.

MEMAN DANGKAN POPULASI HAIWAN BERSPESIS VERTEBRATA

INI MEMAINKAN PERANAN PENTING ANTARA KEMANUSIA AN DAN ALAM SEMULA JADI YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN YANG AKAN MEMBANTU KEUPAYAAN MANUSIA HIDUP DALAM ERA ANTOPOSEN.

Page 4: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 4

BAGAI DI HUJUNG TANDUK

© W

WF

Marco Lambertini, Ketua PengarahWWF International

Bukti yang ditemui sama sekali tidak mampu disangkal malah pemahaman kita ternyata jelas bahawa bukan sahaja kita berupaya mengenal pasti peningkatan ketara dalam aktiviti manusia dan kemerosotan sistem semula jadi, kita juga lebih mendalami kesalinggantungan antara sistem kehidupan Bumi dan hadnya.

Kekurangan biodiversiti dan kehidupan alam semula jadi termasuk sistem sokongan kehidupan seperti yang kita ketahui, semakin merosot. Kita bergantung kepada alam semula jadi untuk udara yang kita nikmati, air yang kita minum, makanan dan bahan-bahan yang kita gunakan serta ekonomi yang menjadi sumber kehidupan demi kesihatan, impian dan kebahagiaan kita.

Selama berkurun lamanya, para saintis telah memberi amaran bahawa tindakan manusia kian mendesak kehidupan ke arah pelupusan keenam terbesar. Bukti yang terdapat dalam Laporan Kehidupan Planet tahun ini turut menyokong kenyataan tersebut. Populasi kehidupan liar telah pun menunjukkan kemerosotan yang membimbangkan iaitu purata 67 peratus pada akhir kurun. Sementara kadar kemerosotan alam sekitar berterusan, terdapatjuga tanda-tanda permulaan peralihan ke arah masa hadapan ekologi yang mampan.

Meskipun 2016 mencatat tahun paling panas pernah dilaporkan, pancaran global CO2 telah pun distabilkan selama lebih dua tahun lepas, walaupun ada yang mengatakan terdapat waktu kemuncak. Pencerobohan yang berleluasa dan penyeludupan hidupan liar sudah sedia ada mengakibatkan kemusnahan ekosistem, namun baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah dengan bersetuju untuk komited dalam mengharamkan perdagangan gading secara domestik.

Barangkali apa yang lebih utama ialah, kesalingbergantungan antara agenda sosial, ekonomi dan alam sekitar yang sedang diiktiraf pada tahap tertinggi melalui pendekatan revolusioner bagi memberi definisi baharu mengenai Matlamat Pembangunan Mampan dunia . Kita perlukan pendekatan yang memisahkan pembangunan manusia dan ekonomi daripada kemerosotan alam sekitar, seperti perubahan budaya dan kelakuan yang pernah dialami oleh mana-mana peradaban.

Perubahan ini bergantung pada kita dan jika kita merasakan skala cabaran yang dihadapi oleh generasi kini amat dasyat, kita juga perlu kekal bermotivasi untuk terus menerokai peluang baru demi membina masa hadapan yang lebih harmoni untuk planet ini.

Page 5: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

RISIKO DAN KETAHANAN DALAM ERA BAHARU

Ekosistem bumi sudah mengalami evolusi sejak jutaan tahun dahulu. Proses ini telah menghasilkan keharmonian kehidupan komuniti biologi yang pelbagai dan kompleks dalam kawasan mereka. Tambahan kepada nilai intrinsik mereka, kepelbagaian ekosistem turut menyediakan keperluan asas bagi kehidupan dan kesejahteraan manusia. Walau bagaimanapun, saiz dan skala perusahaan manusia telah berkembang secara pesat sejak pertengahan kurun ke-20 dan ini turut meletakkan sumber alam semula jadi yang menjadi asas kehidupan kemanusiaan pada risiko yang tinggi. Apa yang jelas membimbangkan adalah apabila pemenang Nobel Prize Paul Crutzen dan tokoh-tokoh lain telah menyatakan bahawa kita telah berubah daripada Holosen kepada zaman geologi yang dipanggil “Antroposen”.

Dalam era Antroposen, iklim berubah dengan pesat, lautan menjadi lebik berasid dan keseluruhan biom kian pupus, kesemuanya pada kadar yang boleh diukur dalam hanya satu hayat manusia. Masa hadapan kehidupan organisma kini menjadi persoalan kerana bukan sahaja tumbuhan-tumbuhan liar dan haiwan-haiwan berada dalam risiko, manusia juga turut menjadi mangsa kemerosotan alam semula jadi. Iklim dan model ramalan lain turut mencadangkan bahawa semasa era Antroposen, jika tiada tindakan bumi akan menjadi jauh lebih tidak sesuai untuk dihuni oleh masyarakat global moden.

Melihat pada trajektori semasa yang menjurus kepada keadaan yang kian membimbangkan seperti yang telah diramal berlaku dalam era Antroposen, kehidupan kemanusiaan jelas sama sekali perlu berhadapan dengan cabaran dalam menghadkan penggunaan alam sekitar planet Bumi dan mengekalkan ketahanan ekosistem. Peranan utama kita sebagai penghuni peneraju Antroposen turut menyumbang kepada keberkesanan usaha ini. Ini kerana, kita bukan sahaja perlu mengenal pasti perubahan yang sedang berlaku dan risiko kepada alam semulajadi, kita turut perlu memahami punca semua ini.

Rumusan muka surat 5

Page 6: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 6

INDEKS KEHIDUPAN PLANET

DARI 1970 HINGGA 2012, LPI GLOBAL MENUNJUKKAN 58 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN KEMEROSOTAN POPULASI VERTEBRATA

Indeks Kehidupan PlanetGlobal

Kunci

Rajah 1: Indeks Kehidupan Planet menunjukkan penurunan sebanyak 58 peratus (diantara: -48 to -66 peratus) di antara tahun1970 dan 2012. Trend dalam populasi kecukupan kepada 14,152 populasi 3706 spesies dipantau di seluruh dunia di antara tahun 1970 dan 2012. Garis putih menunjukkanindeks nilai dan teduh kawasan mewakili 95 per peratus keyakinan had sekitar trend (WWF/ZSL, 2016).

0

1

2

1970 1980 1990 2000 2010

Inde

ks v

alue

(197

0 =

1)

Indeks Kehidupan Planet (LPI) mengukur biodiversiti dengan mengumpul data populasi daripada pelbagai spesis vertebrate dan mengira jumlah perubahan dari masa ke semasa. LPI ini boleh dibandingkan dengan indeks pasaran saham, namun berbeza daripada memantau ekonomi global, LPI bertindak sebagai penunjuk utama keadaan ekologi planet. LPI global adalah berdasarkan data saintifik daripada 14,152 daripada 3,706 spesis vertebrate yang dipantau (mamalia, burung, ikan, amfibia, reptilian) dari seluruh dunia.

Dari 1970 hingga 2012, LPI global menunjukkan 58 peratus daripada keseluruhan kemerosotan populasi vertebrata (Rajah 1 ). Saiz populasi spesis vertebrata telah menurun lebih daripada separuh kurang dari 40 tahun. Data ini turut menyatakan terdapat kemerosotan sebanyak 2 peratus secara purata setiap tahun dan tiada tanda-tanda bahawa kadar ini akan menurun lagi.

Page 7: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Rumusan muka surat 7

Rajah 2: Pengagihan lokasi menyediakan data bagi Indeks Kehidupan Planet. Peta menunjukkan lokasi dipantau penduduk di LPI. penduduk baru ditambahsejak laporan yang terakhir adalah diserlahkan dalam warna oren (WWF/ZSL, 2016).

-81%LPI AIR TAWAR MENUNJUKKAN JUMLAH PURATA POPULASI YANG DIPANTAU SISTEM AIR TAWAR TELAH MENURUN DENGAN 81 PERATUS DARI 1970 HINGGA 2012.

-36% MARIN MENUNJUKKAN PENURUNAN KESELURUHAN SEBANYAK 36 PERATUS DARI 1970 HINGGA 2012.

LPI DARATAN MENUNJUKKAN POPULASI TELAH MEROSOT DENGAN 38 PERATUS ANTARA 1970 DAN 2012.

-38%

MENGAWASI SPESIESPangkalan data LPI terus berubah untuk setiap Laporan Kehidupan Planet dan set data yang lebih besar akan digunakan bagi tujuan analisis. Sejak Laporan Kehidupan Planet terakhir, 668 spesis dan 3,772 populasi berlainan telah ditambah ke dalam pangkalan data LPI (Rajah 2). Set data adalah terhad kepada populasi spesies vertebrata. Kaedah untuk menggabungkan invertebrata dan tumbuhan kini dalam prosess pembangunan.

Page 8: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Keadaan populasi kini sama ada terdedah kepada bahaya atau tidak bergantung pada ketahanan spesis, lokasi, dan iklim yang menjadi ancaman terhadap mereka. Maklumat ancaman boleh didapati kira-kira suku daripada populasi dalam LPI (3,776 populasi) dan separuh daripada populasi ini (1,981) semakin berkurangan. Antara ancaman terbesar yang menyumbang kepada kemerosotan populasi adalah kehilangan dan degradasi habitat mereka.

Ini merujuk kepada pengubahsuaian alam sekitar yang menjadi tempat tinggal sesuatu spesis dari segi pemindahan sepenuhnya, pemecahan atau pengurangan kualiti ciri utama habitat. Punca utama adalah pertanian, pembalakan, pengangkutan, pembangunan kediaman atau komersial, penghasilan tenaga dan perlobongan yang tidak mampan. Untuk habitat di kawasan air tawar, pemecahan sungai dan tali air serta pengabstrakan air adalah ancaman umum.

Terdapat dua jenis pengeksploitasi iaitu secara langsung dan tidak langsung. Pengeksploitasi berlebihan secara langsung merujuk kepada pemburuan dan penuaian tidak mampan, sama ada demi tujuan sara hidup atau perdagangan. Pengeksploitasi berlebihan secara tidak langsung pula berlaku apabila spesis bukan sasaran dibunuh tanpa sengaja, sebagai contoh, tangkapan sampingan dalam industri perikanan.

Pencemaran boleh memberi ancaman terus kepada spesis-spesis haiwan apabila alam sekitar menjadi tidak sesuai untuk didiami mereka (sebagai contoh apabila terjadinya tumpahan minyak). Ia juga memberi kesan secara tidak langsung apabila kebolehdapatan sumber makanan atau prestasi pembiakan terganggu. Maka, ini mengurangkan lagi jumlah populasi dari semasa ke semasa.

Spesis invasif berupaya bersaing dengan spesis natif untuk mendapatkan tempat tinggal, makanan dan sumber lain, dan ini boleh menjadikan mereka sebagai pemangsa kepada spesis natif atau penyebar penyakit yang tidak pernah wujud. Manusia juga turut menjadi pemangkin dalam menyebarkan penyakit baru dari suatu tempat ke suatu tempat.

Apabila suhu berubah, sesetengah spesis juga perlu menyesuaikan diri hidup dalam iklim tertentu. Kesan perubahan iklim ini seringkali tidak langsung. Perubahan suhu mampu menimbulkan kekeliruan isyarat yang disebabkan oleh peristiwa bermusim seperti migrasi dan pembiakan lalu mengakibatkan peristiwa ini berlaku pada masa yang salah (seperti contoh, pembiakan tidak sekata dan ketersediaan sumber makanan yang terhad di habitat tertentu).

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 8

MENDALAMI ISU ANCAMAN

ANCAMAN Kehilangan dan degradasi habitat

Pengeksploitasi spesis secara berlebihan

Pencemaran

Spesis invasif dan penularan penyakit

Perubahan iklim

Page 9: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Rajah 5: Jenis kekerapanAncaman untuk 829 menurun penduduk marin di dalam pangkalan data LPI yang menunjukkan 1,155 ancaman direkodkan Setiap penduduk mempunyai sehingga tiga ancaman direkodkan, maka jumlah bilangan ancaman direkodkan melebihi bilangan penduduk.

Rajah 3: Jenis kekerapanAncaman untuk 703 berkurangan populasi daratan di dalam pangkalan data LPI yang menunjukkan 1,281 ancaman direkodkan Setiap penduduk mempunyai sehingga tiga ancaman direkodkan, maka jumlah bilangan ancaman direkodkan melebihi bilangan penduduk.

Pengeksploitasi berlebihan

Kehilangan dankekurangan habitat

Invasif spesies dan penyakit

Pencemaran

Perubahan iklim

Kunci

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

SPESIES DARATAN (703 populasi)

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

SPESIES AIR TAWAR (449 populasi)

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

SPESIES MARIN (829 populasi)

Pangkalan data LPI menunjukkan maklumat ancaman populasi daratan (n= 703) merosot dengan 33 peratus. Kehilangan dan kekurangan habitat merupakan ancaman umum kepada populasi daratan (Rajah 3), disusuli dengan pengeksploitasi berlebihan.

Pangkalan data LPI menunjukkan maklumat ancaman populasi air tawar (n=449) merosot dengan 31 peratus. Berdasarkan maklumat ini, ancaman paling umum adalah kehilangan dan kekurangan habitat seperti yang dipaparkan sebanyak 48 peratus dalam kajian analisis populasi (Rajah 4 ).

Maklumat ancaman boleh didapati dalam kadar kemerosotan populasi marin sebanyak 29 peratus (n=829). Data menunjukkan ancaman palingumum bagi spesis marin ialah pengeksploitasi berlebihan kemudian disusuli oleh kehilangan dan kekurangan habitat marin (Rajah 5) .

ANCAMAN PALING UMUM ADALAH KEHILANGAN DAN KEKURANGAN HABITAT

Rajah 4: Jenis kekerapanAncaman untuk 449 berkurangan populasi air tawar di dalam pangkalan data LPI yang menunjukkan 781 ancaman direkodkan Setiap penduduk mempunyai sehingga tiga ancaman direkodkan, maka jumlah bilangan ancaman direkodkan melebihi bilangan penduduk (WWF/ZSL, 2016).

Rumusan muka surat 9

Page 10: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

PEMINDAHAN EMPANGAN UNTUKPEMULIHAN SUNGAI: SUNGAI ELWHAKepentingan sungai-sungai yang mengalir bebas mempunyai nilai yang sama seperti kawasan-kawasan hutan. Variasi aliran semula jadi sungai-sungai ini membentuk kepelbagaian habitat di tepi kawasan sungai. Di kebanyakkan tempat, sungai-sungai yang mengalir bebas dan saling berhubung ini amat penting dalam mengangkut mendapan sungai, membawa nutrien ke dataran sungai, memelihara dataran dan delta yang bertindak sebagai pelindung daripada cuaca ekstrem dan menyediakan kawasan untuk aktiviti rekreasi atau rohani. Hampir semua tempat bersungai menjadi kawasan utama kepada biodiversiti air tawar. Namun, empangan dan infrastruktur lain bertindak sebagai ancaman kepada sungai-sungai ini kerana ia menghalang dan meng-akibatkan pemecahan dan perubahan kepada rejim aliran sungai. Empangan juga membawa kesan jangka masa panjang kepada ikan-ikan yang bermigrasi dengan menyekat laluan laluan migrasi mereka dan menyukarkan atau menghalang kitaran kehidupan mereka.

Sungai Elwha di Pacific Nortwest, Amerika Syarikat merupakan contoh terdekat. Dua empangan hidroelektrik iaitu Empangan Elwha yang dibina pada 1914 dan Empangan Glines Canyon yang siap dibina pada 1927 telah menghalang laluan migrasi ikan salmon. Penduduk tempatan turut melaporkan kemerosotan jumlah ikan salmon yang pulang ke sungai selepas pembinaan Empangan Elhwa selesai. Ini amat memberi kesan kepada Puak Lower Elwha Klallam yang bergantung pada ikan salmon sungai dan spesis yang berkaitan di kawasan legeh demi tujuan fizikal, spiritual dan budaya. Ikan salmon merupakan spesis paling utama kerana mereka membawa nutrien daripada pendalaman pantai untuk memberi khasiat kepada spesis daratan dan akuatik.

Pada pertengahan 1980an, Puak Elwha Klallam and sekumpulan aktivis alam sekitar mula mendesak bagi penutupan empanganElwha dan Glines Canyon dan pada akhirnya, Akta PemulihanEkosistem Sungai Elwha dan Perikanan 1992 mengambil tindakan dengan mewajibkan “pemulihan penuh ekosistem dan perikanan”. Selepas 20 tahun merancang, usaha penutupan Empangan Elwha mula dijalankan pada 2011 dan ia merupakan penutupan empangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Penutupan Empangan Glines Canyon pula selesai pada Ogos 2014. Populasi ikan di sungai dijangka akan kembali seperti sebelumnya. Malah sebilangan Salmon Chinook mula kembali pada 2012 selepas Empangan Elwha ditutup.

Page 11: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

© Jo

el W

. Ro

ge

rs

Page 12: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 12

KEBAIKAN EKOSISTEM: MENGHUBUNGKAN ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

EKOSISTEM YANG SIHAT ADALAH PENTING UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP KITA, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN

Kemerosotan populasi spesis boleh dilihat berkait rapat dengan keadaan ekosistem yang menampung kehidupan mereka. Kemusnahan ekosistem ini menunjukkan risiko yang dialami bukan sahaja kepada tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di situ namun turut merupakan ancaman kepada manusia juga kerana ekosistem merupakan sumber makanan, air dan udara bersih, tenaga, perubatan dan rekreasi kepada kita semua. Tambahan pula, kita turut bergantung pada sistem yang sihat dan pelbagai yang menghasilkan keberterusan dan ketulenan air serta udara, keadaan iklim, pendebun-gaan dan penyebaran benih, dan pengawalan binatang perosak serta penyakit berjangkit. (rajah 6).

Kesediaan sumber semula jadi boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui yang menampung kehidupan manusia (cth: tumbuh-tumbuhan, haiwan, udara, air, tanah, mineral) boleh digambarkan sebagai “modal semula jadi”. Modal semula jadi ini menyediakan pelbagai manfaat kepada penduduk, tidak kira penduduk tempatan atau global. Manfaat-manfaat ini sering kali dirujuk sebagai “penyedia ekosistem”.

Aset modal semula jadi berkembang supaya ia boleh selenggara diri. Namun dengan tekanan daripada manusia seperti penukaran habitat semula jadi kepada perusahaan pertanian, pengeksploitasi berlebihan dalam perikanan telah mengakibatkan modal semula jadi semakin berkurangan pada kadar lebih pantas berbanding masa yang diambil untuk penambahan semula modal semula jadi. Kita telah pun mengalami kesan daripada pengurangan modal semula jadi dan kesan-kesan ini dijangka akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Ini termasuk kadar ketidakkukuhan sumber air dan makanan semakin meningkat, peningkatan harga bagi kemudahan-kemudahan, dan peningkatan dalam penggunaan tanah dan air. Persaingan yang lebih sengit bagi mendapatkan modal semula jadi akan mengakibatkan konflik dan migrasi, perubahan iklim dan kecenderungan kepada bencana alam seperti banjir dan kemarau yang lebih tinggi. Ini turut mengakibatkan kesejahteraan serta kesihatan mental dan fizikal yang tidak sihat, lalu menjurus kepada lebih konflik dan migrasi.

Page 13: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Rajah 6: Perkhidmatan EkosistemPerkhidmatan Peruntukan adalah produk yang diperolehi dari ekosistem, perkhidmatan yang mengawal selia faedah-faedah yang diperolehi daripada peraturan proses ekosistem, kebudayaan faedah bukan material orang mendapatkan daripada ekosistem dan perkhidmatan sokongan adalah mereka perkhidmatan yang diperlukan untuk pengeluaran semuaperkhidmatan ekosistem lain. Diadaptasi daripada Millennium Penilaian Ekosistem, 2005.

PENINGKATAN TEKANAN MANUSIA ADALAH MENGURANGKAN MODAL SEMULA JADI PADA KADAR YANG LEBIH CEPAT DARIPADA IA BOLEH DIISI SEMULA

Bahan

mentahMakan

anKesihatan mental

dan fizikal

Rekreasi

dan ekopelancongan

Nilai-nilai kerohanian dan agama

Kitaran Nutrien

Fotosintesis

Keseder

hanaan

yang m

elampau

Pende

bungaa

n

tikayn

ep nal

a wagn

ePdan perosak

Pembersihan air

dan rawatan sisaPengawalan Hakisan

Pengawalan Air

Pengawalan Iklim

Pengawalan kualiti udara

Air tawar Sumber perubatan

Pembetukan tanah

Nilai-nilai estetika

PERKHIDMATANEKOSISTEM

PERUNTUKANMENGAWALS

PENYOK

ONG

BUDAYA

Rumusan muka surat 13

ETIA

Page 14: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

KOMUNITI PAYA BAKAUPEMULIHAN MADAGASCARHutan paya bakau mempunyai kepentingannya tersendiri iaitu melindungi dan menstabilkan kawasan pinggiran laut terutama sekali ketika perubahan iklim yang turut datang bersama ribut yang ekstrem dan gelombang ombak yang berganda. Hutan paya bakau turut berfungsi sebagai sink dengan mengasingkan lebih 3 – 5 peratus karbon seunit bagi setiap kawasan berbanding sistem hutan lain. Malang sekali kini, hutan paya bakau kian dilupuskan bagi memberi ruang kepada pembangunan moden dan pelancongan atau ditebang untuk dijadikan bahan bakar dan sebagai bahan binaan.

Hutan paya bakar terluas adalah seluas sejuta hektar yang tumbuh sepanjang Lautan Hindi Barat dan ditemui di delta sungai Kenya, Madagascar, Mozambique dan Tanzania. Sebagai zon eko di antara darat dan laut, hutan paya bakau merupakan habitat semula jadi kepada pelbagai spesis haiwan. Daripada burung dan mamalia darat kepada dugong, lima spesis penyu dan pelbagai jenis ikan. Terutamanya dari segi ekonomi, penternakan udang di sepanjang pantai ini bergantung pada keadaan hutan paya bakau bagi mengekalkan pengeluaran dan kawasan ternakan udang yang baik.

Di daerah Melaky di kawasan pantai barat Madagascar pula, rata-rata penduduk tempatan mengambil inisiatif untuk memulihara keadaan hutan paya bakau memandangkan hutan paya bakau amat penting bagi kehidupan mereka. Sejak September 2015, kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak dari kawasan kampung Manombo memainkan peranan penting dalam pemuliharaan dan pemulihan hutan paya bakau. Pemulihan hutan paya bakau mampu memberi kebaikan kepada komuniti tempatan dari segi meningkatkan akses kepada stok ikan dan ketam yang menjana pendapatan tetap serta membina perlindungan daripada perubahan cuaca. Komuniti kampung yang mengambil bahagian dalam kempen pemuliharaan ini menanam lebih kurang 9,000 benih pokok bakau bagi memulihkan hutan paya bakau di kawasan kampung mereka. Di kejiranan sebelah Manombo pula, penduduk tempatan menanam 49,000 benih pokok bakau dan bagi mereka, ini boleh dikatakan sebagai kejayaan yang besar.

Page 15: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

© W

WF

- Ma

da

ga

sca

r

Page 16: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 16

IMPAK MANUSIA KEPADA PLANETSejarah telah membuktikan bahawa kapasiti alam semula jadi turut mempunyai had terhadap impak pembangunan manusia. Sebelum ini, pencemaran dan pengaruh-pengaruh lain merupakan punca utama dalam kemusnahan alam sekitar tempatan. Namun kini, kita turut menipiskan lagi tahap had ketahanan semula jadi planet ini. Seperti yang diketahui, populasi bumi telah meningkat daripada kira-kira 1.6 bilion penduduk pada 1900 kepada 7.3 bilion hari ini. Dalam tempoh ini, inovasi teknologi dan penggunaan tenaga fosil menyumbang kepada permintaan terhadap sumber-sumber bumi.

Paling utama, pada awal 1900an, kaedah perindustrian telah dibangunkan untuk mengubah nitrogen kepada ammonia. Ini menyebabkan baja sintetik berjaya menampung kira-kira separuh daripada populasi dunia tetapi dalam masa yang sama turut mengakibatkan pencemaran udara, air dan tanah. Bahan api fosil sedia pula membekalkan tenaga bagi penggunaan demostik dan pengeluaran perindustrian serta membantu dalam perdagangan global. Malangnya ini semua menjana kepada peningkatan kepekatan kadar atmospheric CO2 dan pemanasan global. (rajah 7)

Aktiviti manusia dan kegunaan sumber sertaan telah meningkat secara drastik, terutama sekali sejak pertengahan abad 20an yang mana pada waktu itu, keadaan alam sekitar yang selama ini menjadi sumber utama pembangunan dan perkembangan kita telah pun mulai merosot. Jelas sekali kita sedang berhadapan dengan risiko berskala planet yang lebih mencabar berbanding cabaran sebelum ini. Perspektif sistem Bumi membantu kita menilai hubungan kompleks antara tindakan manusia dan impak global yang memberi kesan kepada keadaan planet. Ia juga membantu kita melihat bagaimana perubahan tempatan memberi kesan pada skala geografi dan mengenal pasti impak yang mempengaruhi sesuatu sistem yang mungkin melibatkan sistem lain juga.

AKTIVITI MANUSIA DAN KEGUNAAN SUMBER SERTAAN TELAH MENINGKAT SECARA DRASTIK, KEADAAN ALAM SEKITAR YANG SELAMA INI MENJADI SUMBER UTAMA PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN KITA TELAH PUN MULAI MEROSOT

Page 17: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Summary page 17

Rajah 7: The "pecutan" Angka menggambarkan trend dan bagaimana saizdan skala peristiwa telah berubah. Sumber: IGBP 2016. Plot berdasarkan analisis Steffen et al, 2015b.

Negara-negara BRICS

Negara OECD

Dunia

Seluruh dunia

Kunci

POPULASI DUNIAbi

llion

1750 1800 1850 1900 1950 20000

1

2

3

4

5

6

7

8

PENGGUNAAN BAJA

mill

ion

tonn

es

1750 1800 1850 1900 1950 20000

20406080

100120140

200180160

KEHILANGAN HUTAN TROPIKA

% lo

ss s

ejak

1700

AD

1750 1800 1850 1900 1950 20000

5

10

15

20

25

30

Karbon dioksida (CO2)

part

s pe

r m

illio

n

1750 1800 1850 1900 1950 2000270

300

330

360

390

PENGUNAAN AIR TAWAR

thou

sand

km

3

1750 1800 1850 1900 1950 20000

0,51

1,52

2,53

3,5

4,5

4

0

10

20

30

40

50

60

70

80

1750 1800 1850 1900 1950 2000

mill

ion

tonn

es

PENANGKAPAN IKAN LAUT

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

mill

ion

kend

eraa

n

1750 1800 1850 1900 1950 2000

PENGANGKUTAN

Page 18: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

ANALISIS SEMASA MENCADANGKAN BAHAWA MANUSIA SUDAH PUN MENGGUNAKAN EMPAT SISTEM INI MELEBIHI HADPENGGUNAAN SELAMAT YANG DITETAPKAN.

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 18

SEMPADAN PLANET Rangka kerja Sempadan Planet merupakan contoh terdekat bagi perspektif sistem Bumi. Ia menggambarkan bagaimana corak global bagi penggunaan dan pengeluaran menjurus kepada peningkatan risiko terhadap sistem semula jadi dan manusia.

Terdapat sembilan perubahan fungsi sistem Bumi buatan manusia yang membentuk asas utama Sempadan Planet (Rajah 8) iaitu 1) integriti biosfera (atau kemusnahan ekosistem dan biodiversiti), 2) perubahan iklim, dan 3) masalah berganda pengasidan lautan, 4) perubahan sistem daratan, 5) penggunaan air tawar yang tidak mampan, 6) gangguan pada aliran biogeokimia (input nitrogen dan phosphorus kepada biosfera), 7) perubahan aerosol atmosfera, dan 8) pencemaran oleh entiti-entiti terbaru, serta 9) pengurangan ozon stratosfera. Berdasarkan pemahaman kami terhadap fungsi dan ketahanan ekosistem global, rangka kerja Sempadan Planet menggariskan had selamat bagi fungsi subsistem Bumi ini. Dalam ruang operasi yang telah dinyatakan selamat, masyarakat manusia mampu berkembang dan membangun. Apabila kita melewati sempadan ini, kita merisikokan sumber-sumber yang utama kita kepada perubahan kekal.

Walaupun terdapat ketidakpastian saintifik berkaitan kesan biofizikal dan masyarakat apabila melebihi sempadan tersebut, analisis semasa mencadangkan bahawa manusia sudah pun menggunakan empat sistem ini melebihi had penggunaan selamat yang ditetapkan. Kesan-kesan global dan risiko kepada manusia merupakan bukti yang menjurus kepada perubahan iklim, integriti biosfera, aliran biogeokimia dan perubahan sistem daratan. Penilaian lain turut mencadangkan bahawa penggunaan air tawar telah melebihi had selamat.

Konsep Sempadan Planet amat berguna untuk merangka pemahaman semasa kita mengenai titik perubahan yang berpotensi. Tambahan lagi, ia turut menggariskan kepentingan jika prinsip berjaga-jaga diambil dalam pengurusan sistem semula jadi. Dengan menentukan dan mematuhi Sempadan Planet dapat mengurangkan risiko era Antroposen menjadi kurang sesuai didiami oleh makhluk di planet Bumi.

KONSEP SEMPADAN PLANET MENGGAMBARKAN RISIKO GANGGUAN MANUSIA DENGAN SISTEM BUMI

Page 19: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Rajah 8: Boundaries Planetary Zon hijau adalah ruang operasi yang selamat (di bawah sempadan),kuning mewakili zon yang tidak menentu, dengan risiko yang semakin meningkat mengganggu kestabilansistem Bumi; dan merah adalah zon berisiko tinggi, menolak sistem Bumi daripada sebuah negara Holocene seperti stabil. The Planetary Boundary sendiri terletak di bulatan berat dalam (Steffen et al., 2015).

Zon berisiko tinggi

Zon yang tidak menentu

Ruang operasi yang selamat (di bawah sempadan)

Kunci

Satu yang pasti, kita tidak mampu menangani hanya satu sempadan tanpa mengaitkan dengan sempadan yang lain. Perubahan pada Sempadan Planet tidak berasingan antara satu sama lain kerana perubahan-perubahan setiap satu sempadan boleh diperkasakan melalui perubahan sempadan kategori lain. Jika kita cuba memperbaiki perubahan iklim dengan menyingkirkan CO2 daripada atmosfera melalui teknologi terkini, namun gagal untuk mempertimbangkan peranan perubahan sistem daratan, aliran biogeokimia dan subsistem yang lain bagi kepentingan integriti sesuatu biosfera maka kita telah gagal untuk mencartakan sebuah pengembaraan yang mampan dalam era Antroposen.

Integriti biosfera

Perubahan iklim

Entiti baharu

Pertukaran sistem darat

Penggunaan air tawar

Aliran biogiochemicalPengasidan laut

Pengurangan ozon stratosfera

Pemuatan aerosol atmosfera

Kadar kepupusan

Kehlangan fungsi ekologi

FosforusNitrogen

Rumusan muka surat 19

Page 20: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 20

JEJAK EKOLOGI DALAM PENGGUNAAN MANUSIA Sejak dari 1970an, manusia sering menggunakan sumber planet melebihi daripada yang sepatutnya. Menjelang 2012, biokapasiti yang bersamaan 1.6 Bumi diperlukan untuk menyediakan sumber semula jadi dan kegunaannya kepada untuk digunakan manusia, hanya dalam tahun tersebut semata-mata. Ini sudah melebihi biokapasiti Bumi yang mana hanya mampu berkekalan dalam tempoh singkat sahaja. Aktiviti pembalakan sebelum tempoh matang, penternakan ikan melebihi jumlah ikan yang dibiak semula di laut atau melepaskan lebih karbon ke ruangan atmosfera melangkaui had penyerapan oleh hutan dan laut, semua ini hanya boleh dijalankan dalam tempoh yang singkat sahaja. Masalah ini sudah nyata sekali, perikanan semakin merosot, jumlah habitat dan populasi spesis kian menurun, dan kuantiti karbondi atmosfera makin bertambah.

Walaupun pelbagai risiko yang muncul kini adalah hasil daripada aktiviti manusia terhadap alam sekitar dan semakin diketahui ramai, masyarakat kita masih tidak mengambil sebarang tindakan ekonomi yang rasional. Menurut data Jejak Ekologi empat dekad yang lepas, beberapa contoh kemerosotan dalam jumlah Jejak Ekologi global tidak selaras dengan polisi antarabangsa dalam usaha menghadkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Namun, terdapat pula tindakan yang diambil terhadap krisis ekonomi utama seperti krisis minyak 1973, kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat dan di rata-rata Negara OECD sepanjang tahun 1980-1982 dan kemelesetan ekonomi global pada 2008-2009. Tambahan lagi, pengurangan dalamjumlah Jejak Ekologi hanyalah untuk sementara dan kemudian diikutidengan peningkatan mendadak.

Fishing grounds

Cropland

Built-up land

Forest products

Grazing land

Carbon

Kunci

Rajah 9: Global Footprint Ecological oleh komponen vs biocapacity Bumi, 1961-2012 Carbon adalah komponen yang dominan jejak ekologi manusia (antara 43 peratus pada tahun 1961 kepada 60 peratus pada tahun 2012). Ia adalah komponen Footprint terbesar di peringkat global dan juga untuk 145 daripada233 buah negara dan wilayah dikesan pada tahun 2012. Punca utama Its telah pembakaran bahan api fosil - arang batu, minyak dan gas asli. Garis hijau mewakili kapasiti Bumi untuk menghasilkan sumber dan perkhidmatan ekologi (iaitu, biocapacity itu). Ia telah menaik tren sedikit, terutamanya disebabkan oleh peningkatan produktiviti dalam sektor pertanian (Footprint Network Global, 2016). Data yang diberikan dalam hektar global (GHA).

1961 1970 1980 1990 2000 20120

10

20

Billi

ons

glob

al h

ecta

k(g

ha)

Kapasiti Dunia

Page 21: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Summary page 21

Menyingkap Jejak Ekologi dalam penggunaan manusiaJejak Ekologi menyamakan kehendak manusia terhadap alam sekitar bersamaan dengan jumlah kawasan yang produktif secara biologi untuk menyediakan sumber dan menyerap sisa buangan (buat masa ini hanya karbon dioksida daripada bahan api fosil, perubahan penggunaan tanah dan simen). Ini termasuk enam tuntutan kategori:

JEJAK TANAH TANAMAN merujuk kepada tuntutan tanah untuk menghasilkan makanan dan serat bagi penggunaan manusia, makanan untuk ternakan, minyak tanaman dan getah.

JEJAK PADANG RAGUT merujuk kepada tuntutan bagi kawasan tanah ragut untuk menternak haiwan bagi menghasilkan produk daging, tenusu, kulit dan benang bulu.

JEJAK KAWASAN PERIKANAN merujuk kepada tuntutan bagi keperluan ekosistem marin dan air pedalaman untuk menghasilkan pengeluaran utama setiap tahun (cth: fitoplankton) yang diperlukan untuk membantu penternakan hasil laut serta akuakultur.

JEJAK PRODUK PERHUTANAN merujuk kepada tuntutan hutan untuk menyediakan kayu bahan bakar, produk pulpa dan kayu.

JEJAK TANAH TERSEDIA merujuk kepada tuntutan bagi kawasan yang produktif secara biologi yang diperlukan untuk infrastruktur, termasuk pengangkutan, struktur perumahan dan industry.

JEJAK KARBON merujuk kepada tuntutan agar hutan sebagai ekosistem utama yang ada untuk mengasingkan karbon dalam jangka panjang, atau akan terus diserap ke dalam lautan. Pengasingan karbon mempunyai kadar berbeza bergantung pada pengurusan hutan oleh manusiaserta jenis dan usia hutan tersebut, dan termasuk sebarang penghasilan yang berkaitan dengan pembakaran hutan, tanah dan kayu daripada hutan itu.

Page 22: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 22

PEMETAAN JEJAK EKOLOGI BAGI PENGGUNAAN MANUSIASecara purata, Jejak Ekologi berbeza antara negara-negara bergantung pada tahap jumlah penggunaan. Perbezaan ini turut bergantung pada penggunaan komponen individu setiap Jejak. Komponen-komponen ini termasuklah jumlah kuantiti barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh penduduk, penggunaan sumber alam semula jadi dan karbon yang dijana bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan tersebut, Rajah 10menunjukkan Jejak Ekologi secara purata bagi setiap penduduk bagi setiap negara pada 2012.

Rajah 10: Sederhana jejak ekologi di hektar global seorang bagi setiap negara, pada tahun 2012Peta Global Footprint Ecological kebangsaan seorang pada tahun 2012. Keputusan untuk Norway dan Burundi merujuk kepada tahun 2011 kerana hilang data input bagi tahun 2012 (Footprint Network Global, 2016 ). Data yang diberikan dalam hektar global (GHA).

1.75 - 3.5 gha

3.5 - 5.25 gha

5.25 - 7 gha

> 7 gha

< 1.75 gha

Kunci

Page 23: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Antara negara-negara yang mempunyai Jejak Ekologi terbesar per kapita, adalah yang mana komponen carbon yang tinggi terutamanya kerana penggunaan bahan api fosil dan penggunaan barangan tenaga intensif. Per kapita Jejak Ekologi bagi beberapa buah Negara dalah sebanyak enam kali ganda lebih besar daripada bahagian per kapita biokapasiti global (1.7 gha). Ini menunjukkan bahawa penduduk negara-negara ini meletakkan tekanan yang tidak munasabah terhadap alam sekitar kerana ia jauh lebih penting berbanding sumber Bumi yang lain. Pada penghujung skala, ada antara negara berpendapatan paling rendah mempunyai per kapita Jejak Ekologi yang separuh lebih rendah berbanding per kapita biokapasiti secara global, seramai penduduk di negara-negara tersebut yang berusaha saban hari untuk meneruskan hidup.

Rumusan muka surat 23

Page 24: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

PEMULIHAN SEMULALOESS PLATEAU DI CHINA

Loess Plateau, China adalah tempat asal bagi kumpulan etnik terbesardi planet dan dahulunya merupakan sebuah hutan tebal dan sistem padang rumput. Salah satu peradaban pusat di Bumi berkempbang di plateau ini dan dalam masa yang sama turut mengurangkan biodiversiti, biomas dan bahan organik terkumpul; dari semasa ke semasa, landskap di situ semakin kurang berkemampuan untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan lalu menyebabkan tanah seluas negara Perancis itu kering. Tanpa penggunaan semula nutrien daripada bahan reputan organik, tanah di situ menjadi kurang subur dan terhakis oleh angin dan air, meninggalkan tanah tandus yang luas. 1,000 tahun yang lepas, sebuah tapak dinasti awal yang gah di China telah ditinggalkan oleh golongan kaya dan berpengaruh. Pada pertengahan 1990an, plateau tersebut terkenal kerana banjir yang kerap berlaku berulang kali, kemarau dan kebuluran yang dikenali sebagai “Kedukaan China”

Hari ini, sebahagian besar Loess Plateau sudah dipulihkan. Banyak perubahan dilakukan dengan membezakan dan mereka ekologi dan ekonomi tanah, meneres, merangkap mendapan, memeriksa empangandan kaedah-kaedah lain bagi menggalakkan hujan. Pada masa yang sama,pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan biomas dan bahan organik melalui penanaman pokok di tanah ekologi secara besar-besaran meng-gunakan kaedah pertanian pintar iklim yang mampan di tanah ekonomi.

Langkah terpenting dalam pemulihan adalah memahami bahawa dalamjangka masa panjang, melindungi fungsi ekosistem adalah lebih penting daripada pengeluaran dan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Kerana itu, adalah sesuatu yang relevan untuk mereka mengetepikan sebanyak tanah ekologi yang mungkin. Ini turut menjurus kepada sesuatu yang sukar dijangka apabila menumpukan kepada pelaburan dan pengeluaran dalam kawasan lebih kecil sebenarnya meningkatkan lebih produktiviti. Ia merupakan satu gambaran jelas bagaimana ekosistem yang berfungsi adalah lebih produktif daripada yang tidak berfungsi.

Usaha yang dijalankan di Loess Plateau, China menunjukkan bahawa untuk memulihara ekosistem berskala besar dan sudah ternyahgred adalah tidak mustahil. Ini membantu kita untuk menyesuaikan diri dengan impak iklim, menjadikan tanah tersebut lebih tahan dan meningkatkan produktivitinya. Loess Plateau turut membuktikan bahawa menghargai fungsi ekosistem melebihi pengeluaran dan penggunaan memberikan manusia rangka kerja logikal untuk dipilih bagi pelaburan jangka masa panjang dan menunjukkan kesan pemikiran trans generasi yang positif.

Page 25: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

© E

EM

PC

Page 26: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 26

PENYELESAIAN MASALAH DALAM DUNIA YANG KOMPLEKSIanya jelas sekali bahawa kita perlu mengurus pembangunan sosio-ekonomi ke arah yang tidak akan menimbulkan konflik dengan kesejahteraan manusia dan biosfrera. Namun, peningkatanrisiko yang berkaitan dengan kesan yang melebihi Sempadan Planet, pertambahan dalam kepenggunaaan, dan kemerosotan Indeks Kehidupan Planet yang berterusan memberi amaran kepada kita bahawa usaha-usaha ketahanan yang dilakukan hingga ke saat ini masih tidak cukup. Jadi, bagaimana kita boleh membantu pembangunan dari segi perubahan penting pada magnitud yang relevan?

Sebuah prasyarat bagi sebarang tindakan perubahan dalam sistem manusia adalah untuk memahami kaedah dalam membuat keputusan yang mempengaruhi kemusnahan alam sekitar, sosial dan ekologi. Berjuta-juta keputusan dan tindakan diambil setiap hari lalu memberi kesan nyata dan tidak nyata terhadap masyarakat dan sistem Bumi. Walaupun masalah kita selalu berpunca daripada hal rumit, kita sering memilih penyelesaian yang dangkal bagi menyelesaikannya.

Sistem pemikiran dapat membantu kita dengan bertanya soalan yang tepat bagi mengenal pasti masalah kompleks secara tahap demi tahap kemudian menganalisa perhubungan antara tahap-tahap tersebut. Kaedah biasa yang digunakan dalam sistem pemikiran ini adalah model “empat tahap pemikiran”. Ia direka untuk mengenal pasti punca masalah dan asas dinamik dalam masalah kompleks.

Tahap pertama adalah peristiwa yang hanyalah “sebahagian kecil” daripada fenomena dalam sesebuah sistem. Oleh kerana peristiwa boleh jadi sebuah yang nyata dan bersifat serta merta, maka kebanyakan perbincangan polisi dan campur tangan penyelesaian masalah berlaku pada lapisan ini. Tetapi apabila kita merujuk kepada peristiwa, kita hanya menyelesaikan simptom dan bukan punca masalah tersebut. Dengan menggunakan empat tahap pemikiran, setiap masalah menjadi lebih jelas dan kenapa penyelesaian “sebahagian kecil” tidak memberi kesan jangka masa panjang. Jika isu tersebut mempunyai punca yang lebih mendalam dalam sistem sosio ekonomi, ia akan muncul semula pada masa atau tempat berbeza.

MENCARI PENYELESAIAN MEMERLUKAN PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM TEKANAN, PEMANDU, PUNCA DAN DINAMIK ASAS SISTEM

WALAUPUN MASALAH KITA SELALU BERPUNCA DARIPADA HAL RUMIT, KITA SERING MEMILIH PENYELESAIANYANG DANGKAL BAGI MENYELESAIKANNYA.

Page 27: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Tahap kedua pemikiran menghuraikan bahawa corak yang muncul apabila satu set peristiwa berlaku berulang kali dan membentuk sikap atau kesan yang boleh dikenal pasti. Sebagai contoh, sebuah peristiwa boleh jadi tentang pilihan individu mengenai apa yang ingin dibeli daripada pasaraya. Hanya apabila peristiwa-peristiwa seperti ini dikumpulkan bersama dan disusun pada sebuah garis masa kita dapat melihat sebuah corak yang lebih besar terbentuk daripada pilihan ramai individu di pasaraya.

Tahap ketiga pemikiran menyatakan struktur sistematik iaitu apabila struktur politikal, sosial, biofizikal atau ekonomi yang menyekat elemen berbeza dalam sesebuah sistem bertindak dan berhubung. Pada tahap ini kita mula memahami perhubungan kasual antara peristiwa dan pelbagai pelaku dalam sistem. Salah satu struktruk yang menyekat sesebuah sistem adalah model global ekonomi kita.

Pada tahap pemikiran keempat, yang juga tahap paling dalam, adalah model mental individu dan organisasi yang mencerminkan kepercayaan, nilai dan penilaian yang selama ini kita pegang erat. Model mental yang turut berbeza mengikut sesetengah budaya jarang diambil berat apabila sesuatu keputusan dibuat. walau bagaimanapun, sistem kepercayaan seperti “kita perlu menjadi kaya untuk merasa bahagia” atau “mereka kekal miskin kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh” ternyata mempengaruhi kesemua tahap pemikiran seperti di atas. Model mental mempengaruhi reka bentuk sesebuah struktur sistem, garis panduan dan insentif yang membentuk sikap dan terutama sekali, peristiwa yang dialami seseorang individu dalam menentukan rutin kehidupan sehariannya.

Rajah 11: Ilustrasi "empat tahap pemikiran"model menunjukkan bahawa peristiwa atau tanda-tanda yang hanya sebahagian kecil daripada bilangan itu dalam keseluruhan dinamik sistem. Sementara itu penentu yang mendasari kelakuan sistem adalah kurang jelas. Semakin dalam kita pergi di bawah peristiwa permukaan, lebih dekat kita ke arah "punca". Diadaptasi daripada Maani dan Cavana (2007).

ACARA

CORAK

STRUKTUR SISTEMIK

MODEL MENTAL

Rumusan muka surat 27

Page 28: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 28

KETAHANAN PLANET DEMI ALAM SEMULA JADI DAN MANUSIAManusia pada abad ke-21 sedang berhadapan dengan dua cabaran iaitu untuk mengekalkan alam semula jadi dalam bentuk dan fungsi sedia ada serta mewujudkan tempat tinggal yang harmoni di planet yang semakin tua. Matlamat UN untuk pembangunan yang mampan ialah dengan menggabungkandimensi ekonomi, sosial dan ekologi demi untuk menampung masyarakat manusia sepanjang era Antroposen. Dimensi-dimensi ini kesemuanya salingberhubung dan oleh itu, perlu diselesaikan dengan penuh berintegrasi. Tambahan lagi, satu pemahaman asas tentang strategi pembangunan, model ekonomi, model perniagaan dan model gaya hidup perlu dititik beratkan kerana kita semua hanya mempunya sebuah planet dan kapital semula jadinya amat terhad.

Garis panduan WWF “Perspektif Sebuah Planet” menerangkan pilihan yanglebih baik dalam menentukan, menggunakan dan berkongsi sumber alam semula jadi dalam had ekologi Bumi. Pemahaman melalui perspektif ini amatmembantu sesebuah negara mencapai komitmen Matlamat Pembangunan Mampan mereka dengan melaraskan inisiatif individu, tindakan korporat dan dasar kerajaan bagi memperoleh masyarakat global yang mampan.

Bagi perniagaan pula, “Pemikiran Sebuah Planet” menggalakkan syarikat-syarikat untuk melaraskan operasi mereka agar mampu menyumbang secara aktif ke arah mencapai planet yang lebih sihat dan mampu bertahan untuk generasi akan datang. Perubahan minor untuk meningkatkan keberkesanan dalam penggunaan sumber atau mengurangkan pencemaran melalui penyelesaian akhiran paip tidak memberikan sebarang perubahan seperti yang diperlukan.

Tujuan sebenar dalam membuat pilihan lebih bijak adalah supaya kita mampu mewujudkan keadaan yang mana makanan, tenaga dan air mampu dimiliki semua, biodiversiti kekal terpelihara dan integriti dan ketahanan ekosistem lebih terjamin. Ketahanan ekosistem amat penting untuk menyerap dan pulih semula daripada sebarang kejutan dan gangguan serta mengekalkan fungsi dan kegunaan ekosistem dengan menyesuaikan gangguan serta berubah apabila perlu.

PEMAHAMAN ASAS MESTI MEMAKLUMKAN STRATEGI KAMI:KITA HANYA MEMPUNYAI SATU PLANET DAN MODAL SEMULA JADI ADALAH TERHAD

Page 29: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Rumusan muka surat 29

Rajah 12: WWF One Planet Perspektif Pilihan yang lebih baik yang digariskan mendahului angka itu kepada ekosistem integriti, pemuliharaan biodiversiti dan makanan, air dan keselamatan tenaga.

THE WWF "SATU PERSPEKTIF PLANET" MENGGARISKAN PILIHAN YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGAWAL, MENGGUNAKAN DAN BERKONGSI SUMBER-SUMBER SEMULA JADI DI DALAM SEMPADAN EKOLOGI BUMI

MENGAMBIL LEBIH BIJAK

MENGEKALKAN MODAL SEMULA JADI

MENGHASILKAN LEBIH BAIK

TAKBIR URUSSUMBER YANG

SAK SAMAKongsi sumber

yang ada•

Membuat pilihan yang adil dan

ekologi dimaklumkan•

Mengukur kejayaan luar KDNK

MENGARAHALIRAN

KEWANGANNilai sifat

•Akaun untuk

kos alam sekitardan sosial

•Sokongan dan

ganjaran pemuliharaan,

pengurusan sumber yang mampan

dan inovasi

• Memulihkan ekosistem rosak dan perkhidmatan ekosistem• Kerugian Halt habitat keutamaan

Ketara memperluaskan rangkaian kawasan perlindungan global•

• Menguruskan sumber secara mampan.

Ketara mengurangkan input dan bahan buangan di dalam sistem pengeluaran.

• Skala-up pengeluaran tenaga boleh diperbaharui

• Mencapai gaya hidup rendah jejak• Mengubah corak penggunaan tenaga• Menggalakkan corak penggunaan sihat

PILIHAN LEBIH BAIK

DARI PERSPEKTIFSATU PLANET

INTEGRITIEKOSISTEM

MAKANAN, AIR DANKESELAMATAN TENAGA

KONSERVASIBIODIVERSITI

Page 30: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 30

PERALIHAN SISTEM EKONOMI GLOBAL Bagaimana kita menerangkan apa yang menyumbang kepada pilihan lebih baik? Sistem pemikiran boleh membantu kita memahami punca sebenar pembangunan tidak mampan? Setelah corak, struktur sistem dan model mental yang membentuk aspek kemusnahan perusahaan manusia telah dikenal pasti dan dianalisis, titik umpil lebih mudah dilihat. Titik umpil merupakan tempat-tempat di dalam sistem yang mana sebarang jumlah perubahan boleh memberi kesan yang besar. Titik umpil bagi kelestarian termasuk usaha perancangan kerajaan dan korporat, inovasi teknologi, rundingan persetujuan perdagangan, dan pengaruh organisasi sosial gergasi.

Mengubah sistem ekonomi global memerlukan transformasi yang mana pembangunan manusia dipisahkan daripada kemerosotan alam sekitar dan pengecualian sosial. Untuk ini berlaku, beberapa perubahan ketara dari segi penambahan dan keseluruhan diperlukan daripada perlindungan kapital semula jadi, pentadbiran, aliran kewangan, pasaran, dan sistem tenaga dan makanan.

Mengekalkan modal semula jadiUntuk melindungi modal semula jadi sepenuhnya, sumber semula jadi haruslah digunakan secara bijak dan rangkaian global di kawasan yang dilindungi perlu diperluaskan lagi. Mekanisme pendanaan yang secukupnya juga diperlukan jika inginkan pengurusan perlindungan kawasan lebih baik.

Pentadbiran sumber yang lebih adil Rangka kerja bagi undang-undang dan dasar seharusnya menyokong akses yang sama rata kepada makanan, air dan tenaga, dan merangsang keseluruhan proses untuk pengurusan tanah dan penggunaan lautan yang mampan. Ini turut memerlukan definisi yang meluas tentang kesejahteraan dan kejayaan yang merangkumi kesihatan peribadi, masyarakat dan alam sekitar. Keputusan yang dibuat perlu mengambil kira generasi akan datang serta nilai fungsi alam semula jadi.

Page 31: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Pengalihan semula aliran kewanganKemampanan aliran kewangan yang menyokong pemuliharaan dan pengurusan ekosistem yang stabil amat penting bagi mengekalkan modal semula jadi dan menyokong ketahanan dan pasaran yang mampan. Namun, kebanyakan institusi kewangan masih melabur secara besar-besaran dalam aktiviti yang merbahaya dan tidak mampan seperti perlombongan arang batu, pertanian yang memusnahkan alam sekitar dan penggerudian minyak.

Ketahanan pasaran untuk pengeluaran dan penggunaanPengeluaran yang lebih baik dan penggunaan yang lebih bijak merupakan kunci utama dalam mewujudkan ketahanan pasaran yang mampu beroperasi dalam ruang operasi selamat yang melindungi kekayaan sumber alam semula jadi planet ini serta turut menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial. Pengurusan sumber mampan dan penubuhan kos sebenar dalam menghasilkan rantaian nilai merupakan pilihan yang bijak.

Transformasi sistem tenaga dan makananDalam menuju ke arah kemampanan, kita memerlukan perubahan utama dalam dua sistem penting iaitu tenaga dan makanan. Struktur dan perilaku semasa dalam dua sistem ini mempunyai impak besar terhadap biodiversiti, ketahanan ekosistem dan kesejateraan manusia.

Ke arah kemampanan sumber tenaga yang boleh diperbaharuiOleh kerana pembakaran bahan api fosil merupakan aktiviti manusia paling utama yang menyumbang kepada perubahan iklim, sebahagian besar bahan api fosil mudah didapati di daratan. Mujur pilihan alternatif bagi tenaga boleh diperbaharui menjadi semakin kompetitif. Pembangunan masa hadapan dan penggunaan inovasi tenaga boleh diperbaharui yang meluas dijangka akan mengurangkan risiko iklim dan meningkatkan tahap kesihatan manusia, menjana ekonomi serta menyediakan peluang pekerjaan bagi menggantikan pekerjaan sedia ada dalam industri fosil. Walaupun perubahan global ke arah sumber tenaga boleh diperbaharui yang mampan seperti angin dan tenaga solar kekal sebagai usaha utama, kebanyakan negara sudah pun komited dalam mengubah sistem pembekalan tenaga tradisional.

Rumusan muka surat 31

Page 32: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 32

Ke arah sistem ketahanan sumber makananPenghasilan makanan merupakan salah satu daripada punca utama kekurangan biodiversiti melalui degradasi habitat bagi spesis yang mengalami pengeksploitasi berlebihan seperti perikanan berlebihan, pencemaran dan kehilangan tanah. Ia juga merupakan gerakan utama di sebalik transgresi Sempadan Planet bagi mendapatkannitrogen, fosferus, perubahan iklim, integrasi biosfera, perubahan sistem tanah dan penggunaan air tawar. Walaupun kesannya terhadap alam sekitar amat nyata, sistem makanan semasa dijangka akan berkembang dengan pesat agar selari dengan peningkatan dalam populasi, kekayaan dan penggunaan protein haiwan.

Perubahan ke arah sistem makanan yang bersifat mudah suai dan mampu bertahan yang menyediakan makanan bernutrisi kepada semua makhluk di dalam sebuah planet adalah satu matlamat yang sukar namun amat penting. Pelbagai struktur dalam sistem industri makanan global mementingkan status quo, termasuk subsidi pertanian, program kaji selidik kerajaan, dan sistem metrik yang tidak mengambil kira kesan alam sekitar, sosial, etika dan budaya semata-mata untuk kepentingan penghasilan. Walaupun struktur ini tidak sempurna, ia juga turut menunjukkan tahap titik keumpilan dalam perubahan.

Penghasilan pertanian amat dipengaruhi oleh pemillihan penggunan, gaya hidup, sisa dan pengagihan. Oleh itu, dalam mengurangkan kesan pertanian terhadap alam sekitar dan menurunkan jumlah sisa,rantai makanan amat penting bagi memenuhi kehendak pada masa hadapan, mengurangkan jejak dalam penggunaan makanan mampu memberi perubahan yang besar.

Pengoptimuman produktiviti dengan mempelbagaikan ladang dan landskap ladang, meluaskan biodiversiti dan merangsang interaksi antara spesis berlainan boleh menjadi sebahagian daripada strategi holistik bagi membangunkan agro-ekosistem yang sihat, menjamin pendapatan, melindungi sistem semula jadi dan mengekalkan biodiverisiti. Kepelbagaian perladangan boleh digunakan oleh semua jenis pertanian termasuk industri pertanian yang khusus dan pertanian sara hidup.

Bagi golongan peladang, pemegang berkepentingan dalam rantaian bekalan makanan menyumbang kepada dan menggalakkan amalan pertanian yang mampan di peringkat landskap. Sebagai contoh, peruncit makanan mampu mempengaruhi amalan penghasilan pada skala landskap dan melalui harga, dapat memberi maklumat kepada pengguna tentang kos alam sekitar bagi penghasilan, sekali gus menukar permintaan bagi kemampanan produk.

PERUBAHAN KE ARAH SISTEM MAKANAN YANG BERSIFAT MUDAH SUAI DAN MAMPU BERTAHAN YANG MENYEDIAKAN MAKANAN BERNUTRISI KEPADA SEMUA MAKHLUK DI DALAM SEBUAH PLANET ADALAH SATU MATLAMAT YANG SUKAR NAMUN AMAT PENTING.

Page 33: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam rangkaian bekalan perlu menyokong kepelbagaian skala landskap kerana ini akan mengurangkan variabiliti dalam bekalan dan meningkatkan proses pemulihan daripada kejutan sekaligus menjadikan perniagaan mereka mampu bertahan lebih kuat terhadap sebarang risiko. Tambahan pula, landskap yang menggabungkan tanaman, haiwan ternakan dan sistem perhutanan dengan kawasan semula jadi mampu menikmati perkhidmatan ekosistem yang lebih baik dan berdaya tahan seperti pendebungaan tanaman dan kawalan serangga perosak oleh musuh semula jadi.

Rajah 13: Interaksi antara membekalkan- rantai dan pendekatan landskap bersepadu Diadaptasi daripada Van Oorschot et al., 2016; WWF MTI, 2016.

VALUES OFPRODUCTS

AND SERVICES

NILAI PRODUKDAN

PERKHIDMATAN

PAYMENT ANDINFLUENCEPEMBAYARANDAN PENGARUH

PERINGKAT LADANG

LEVEL LANDSKAP

WILAYAH KE PERINGKAT KEBANGSAAN

ORGANISASIRANTAIAN

BEKALAN

ORGANISASI SPATIAL SISTEM PENGELUARAN AND PERKHIDMATAN EKOSISTEM

SUMBERUTAMA

PEMPROSES

PENIAGA

PENGGUNA

PERUNCIT

PENGELUAR

POPULASI TEMPATANPELADANG DAN PEKERJA

WILAYAH WARGAKAWASAN LINDUNGAN

Rumusan muka surat 33

Page 34: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

CABARAN PADA MASA HADAPANMaklumat-maklumat yang terdapat dalam Laporan Kehidupan Planet lebih cenderung dalam menggambarkan keadaan yang menyedihkan, namun kita seharusnya kekal optimis. Jika kita berupaya melalui saat peralihan kritikal ketika perlu, ia pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Mujurlah kita tidak perlu bermula dari kosong. Terdapat beberapa buah negara yang mampu menaikkan taraf kehidupan standard populasi mereka dengan menggunakan sumber pada kadar keamatan kurang daripada negara-negara industri. Tambahan lagi, kita kiniperlu lebih peka dengan pilihan yang ada agar selari dengan kemampuan planet ini. Pada 2015, Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dijadikan sebagai rujukan. Dan di Persidangan Iklim Perancis (COP21) pada Disember 2015, sebanyak 195 negara telah mencapai persetujuan global untuk mengurangkan perubahan iklim dan memperkukuhkan lagi tindakan serta pelaburan yang diperlukan bagi masa hadapan yang lebih mampan dan rendah karbon. Akhir sekali, kita perlulah lebih peka terhadap impak yang kita berikan kepada planet ini, bagaimana sistem utama alam sekitar berhubung atau bagaimana caranya untuk kita menguruskannya.

Pokoknya, ketidaksamaan sosial dan kemusnahan alam sekitar memerlukan anjakan paradigma global untuk kehidupan harmoni dalam Sempadan Planet. Kita perlu mewujudkan sistem ekonomi baru yang mengukuhkan dan menyokong modal semula jadi di mana ia diperlukan.

Sepantas mana tindakan kita dalam perubahan ke arah masyarakat mampanturut memainkan peranan utama dalam menentukan masa hadapan kita. Membenarkan dan menggalakkan inovasi utama dan membolehkan mereka melalui perubahan yang pesat dalam arena yang lebih luas adalah amat penting. Kemampanan dan ketahanan mampu dicapai dengan lebih pantas jika majoriti populasi Bumi memahami nilai dan keperluan Bumi yang semakin tenat. Pemahaman bersama tentang hubungan antara kemanusiaan dan alam sekitar mampu mendorong perubahan yang membolehkan semua kehidupan hidup dengan harmoni dan aman dalam era Antroposen.

KEMAMPANAN DAN KETAHANAN MAMPU DICAPAI DENGAN LEBIH PANTAS JIKA MAJORITI POPULASI BUMI MEMAHAMI NILAI DAN KEPERLUAN BUMI YANG SEMAKIN TENAT.

WWF Laporan Kehidupan Planet 2016 muka surat 34

Page 35: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

WWF Offices*ArmeniaAustralia AustriaAzerbaijanBelgiumBelizeBhutanBoliviaBrazilBulgariaCambodiaCameroonCanadaCentral African RepublicChileChinaColombiaCroatiaDemocratic Republic of CongoDenmarkEcuadorFijiFinlandFranceFrench GuyanaGabonGeorgiaGermanyGreeceGuatemalaGuyanaHondurasHong KongHungaryIndiaIndonesiaItalyJapanKenyaKorea

LaosMadagascarMalaysiaMexicoMongoliaMozambiqueMyanmarNamibiaNepalNetherlandsNew ZealandNorwayPakistanPanamaPapua New GuineaParaguayPeruPhilippinesPolandRomaniaRussiaSingaporeSolomon IslandsSouth AfricaSpainSurinameSwedenSwitzerlandTanzaniaThailandTunisiaTurkeyUgandaUnited Arab EmiratesUnited KingdomUnited States of AmericaVietnamZambiaZimbabwe

Publication detailsPublished in October 2016 by WWF – World Wide Fund for Nature (formerly World Wildlife Fund), Gland, Switzerland (“WWF”). Any reproduction in full or in part of this publication must be in accordance with the rules below, and mention the title and credit the above-mentioned publisher as the copyright owner.

Recommended citation:WWF. 2016. Living Planet Report 2016: Summary. WWF, Gland, Switzerland.

Notice for text and graphics: © 2016 WWF. All rights reserved.

Reproduction of this publication (except the photos) for educational or other non-commercial purposes is authorized subject to advance written notification to WWF and appropriate acknowledgement as stated above. Reproduction of this publication for resale or other commercial purposes is prohibited without WWF’s prior written permission. Reproduction of the photos for any purpose is subject WWF’s prior written permission.

The designation of geographical entities in this report, and the presentation of the material, do not imply the expression of any opinion whatsoever on the part of WWF concerning the legal status of any country, territory, or area, or of its authorities, or concerning the delimitation of its frontiers or boundaries.

Design by: peer&dedigitalesupermarkt

Cover photograph: © Bjorn Holland - Getty Images

ISBN 978-2-940529-41-4

WWF Associates*Fundación Vida Silvestre (Argentina)Pasaules Dabas Fonds (Latvia)Nigerian Conservation Foundation (Nigeria)

*As at August 2016

WWF WORLDWIDE NETWORK

This summary document has been printed on FSC certified Revive Silk.

fsc logo to be added by printer

See LPR 2016 for a comprehensive list of references and sources for all data in this summary.

Page 36: LAPORAN INT 2016 - d1kjvfsq8j7onh.cloudfront.netd1kjvfsq8j7onh.cloudfront.net/downloads/lpr_2016_report_summary_bm.pdf · baru-baru ini Amerika Syarikat dan China telah mencatat sejarah

100%RECYCLED

LAPORAN KEHIDUPAN PLANET 2016

RISIKOKita menggunakan sumber asli telah berkembang secara mendadak, terutamanya sejak pertengahan abad ke-20, supaya kita membahayakan sistem alam sekitar utama yang kami bergantung kepada.

BIODIVERSITIIndeks Planet Hidup, yang mengukur tahap banyak biodiversiti berdasarkan 14,152 penduduk dipantau daripada 3706 spesies vertebrata, menunjukkan trend menurun yang berterusan.

KETAHANANAbad ke-21 membentangkan manusia dengan dua cabaran untuk mengekalkan alam semulajadi dalam semua pelbagai bentuk dan fungsinya dan untuk mewujudkan rumah yang saksama bagi orang-orang di planet yang terhingga.

ANTHROPOCENE Ahli-ahli sains mencadangkan bahawa, hasil daripada aktiviti manusia, kami telah beralih dari Holocene ke dalam zaman geologi baru: "Anthropocene".

)dnuF efildliW dlroW ylremroF( erutaN roF dnuF ediW dlroW ̶ FWW lobmyS adnaP 6891 ©® “WWF” is a WWF Registered Trademark. WWF, Avenue du Mont-Blanc, 1196 Gland,

rehtruf dna sliated tcatnoc roF .2330 463 22 14+ xaF ;1119 463 22 14+ .leT ̶ dnalreztiwS information, please visit our international website at www.panda.org

© N

AS

A

Why we are here

panda.org/lpr

To stop the degradation of the planet’s natural environment andto build a future in which humans live in harmony with nature.

INT • LAPORAN KEHIDUPAN PLANET 2016 RUMUSAN

WWF.ORG