sejarah alat muzik melayu tradisional

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 14-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Sejarah Alat Muzik Melayu Tradisional

    1/1

    1.0PENGENALAN1.1Sejarah alat muzik melayu tradisional.Malaysia sememangnya terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum.

    Keterbilangan inilah sebenarnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik berbanding

    negara-negara lain di asia tenggara. Selain kaya dengan kepelbagaian adat berbilang kaum,

    Malaysia juga terkenal dengan budaya seni warisan tradisi yang diwarisi dari generasi ke

    generasi.

    Instrumen-instrumen muzik tradisional Melayu dipengaruhi faktor sejarahnya. Hal ini

    kerana dapat dilihat melalui nilai kesenian alat-alat muzik tradisional tersebut yang memiliki

    unsur sejarahnya yang tersendiri. Selain daripada itu, ianya turut berfungsi sebagai medium

    pengenalan sesebuah komuniti masyarakat tertentu. Sebagai contoh, alat muzik gambus yang

    datang dari semenanjung tanah arab mula diperkenalkan di tanah melayu sewaktu kedatangan

    islam. Kemudian instrumen ini digunakan dalam tarian zapin dan muzik ghazal yang juga

    secara tidak langsung menjadi identiti masyarakat melayu khususnya di Johor atau Riau

    sewaktu mula-mula kedatangan islam. Manakala, alat muzik seperti sape merupakan alatan

    muzik yang mewakili etnik peribumi di Sarawak. Hal ini kerana, sape merupakan alat muzik

    yang sering kali diguna pakai dalam tarian ngajat dan jatun julud yang hanya terdapat di

    Sarawak sahaja. Begitu juga bagi instrumen bertali yang lain iaitu rebab yang sangat terkenal

    dengan petikan talinya dalam persembahan makyung. Rebab sangat terkenal dalam kalangan

    masyarakat melayu khususnya di Kelantan. Disebabkan Malaysia merupakan negara yang

    berbilang kaum, terdapat juga alatan muzik bertali tradisional bagi kaum lain seperti er-hu.

    Er-hu merupakan instrumen muzik yang sangat popular dalam kalangan masyarakat cina di

    seluruh dunia. Hal ini kerana, instrumen ini telah berkembang dari zaman Dinasti Song.

    Penggunaan er-hu dalam persembahan opera cina dan persembahan solo merupakan suatu

    perlambangan bagi masyarakat cina itu sendiri.

    Dari sudut sejarahnya, keunikkan alat-alat muzik tradisional ini datangnya dari

    rumpun yang berbeza. Namun, kejituannya dalam masyarakat kita khasnya, dapat dilihat

    dengan jelas apabila instrumen-instrumen muzik ini bukan sekadar dicipta sebagai hiburan

    semata, tetapi terdapat falsafah dan sifat unggulnya di situ yang ditinggalkan oleh ancestor

    terdahulu agar dapat dikaji oleh generasi marcapada dan yang mendatang.