alat muzik tradisional2.doc

15
Tempura Pengenalan Alat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada. Fungsi Digunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan. Cara Bermain Dipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Gambus

Upload: msmaziz

Post on 30-Sep-2015

347 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tempura

Tempura

PengenalanAlat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

FungsiDigunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara BermainDipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.Gambus

PengenalanSejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

FungsiGambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara BermainDipetik bagaimana cara bermain guitar.Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.Kompang

Kompangialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakatMelayu. Ia tergolong dalam kumpulanalat muzikgendang.Kulitkompang biasanya diperbuat daripada kulitkambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari duniaArabdan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zamanKesultanan Melakaoleh pedagang India Muslim, atau melaluiJawapada abad ke-13 oleh pedagangArab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebanaialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya" \o "Budaya" budaya.

Bagi masyarakatMelayudi negeriPahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitarSungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong,burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.

Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulauJAWA.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagaiRebana UbiTABLA

Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.

Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.

Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.

GAMELAN

ASAL-USUL Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa gamel yang bererti memukul atau menabuh ,diikuti akhiran an yang menjadikannya sebagai kata benda.Sedangkan gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha. Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku Ampuan Mariam,anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set gamelan dibawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru, Lancang Kuning dan sebagainya.JENIS-JENIS GAMELAN1)Gamelan Jawa2)Gamelan Bali3)Gamelan Sunda4)Gamelan Banyuwangi5)Gamelan KromongALAT-ALAT GAMELAN DI MALAYSIA

1)BONANG

Bonang merupakan alat terpenting dalam perhimpunan menvariasikan melodi pokok atau satu melodi pendek yang juga berfungsi sebagai permulaan lagu khususnya untuk penghias lagu.

2)GAMBANGGambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja.Pemain tersebut memerlukan 2 bilah pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

3)KENONGKenong adalah sejenis alat idiofon yang ditemui di selatan Asia Timur. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi yang dihasilkan oleh gong.

4)SARON i)Saron DemongSaron demong berperanan sebagai alat membawa melodi pokok dan melodi cincang sebagai bunga-bunga lagu dalam persembahan dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga saron. ii)Saron Penerus Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat saron barung berukuran lebih kecil daripada saron demo dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada saron demong. Iii)Saron Pekin Teknik perdan yang diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ianya mempunyai oktaf tertinggi dalam keluarga saron serta mampu menghasilkan suara lantang dan nyaring.

5)GONGGong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu.

6)GENDANGGendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.GHAZAL

PENGENALAN

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga. Beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor. Di istana, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Sehingga kini, muzik ghazal sering dimainkan di pelbagai acara atau keramaian yang diadakan di negeri Johor Darul Tazim.

Muzik tradisional ini sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan golongan bangsawan (pada masa dahulu), acara-acara keramaian yang dihadiri oleh Sultan Johor atau kerabat Diraja Johor, dan juga majlis-majlis rasmi yang diadakan di negeri Johor. Antara penyanyi-penyanyi terkenal yang telah mempopularkan irama ghazal Johor adalah Fadzil Ahmad, Datuk Sharifah Aini, Ramlah Ram, Rosiah Chik, Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Datin Orchid Abdullah dan ramai lagi.

PERALATAN GHAZAL

Peti Harmonium - alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.

Violin - alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

Gambus - alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.

Satu Set Alat Tabla atau Do(Gendang) - juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.

Tamborin - alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.

Marakas - sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.