alat muzik.2.docx

12
Alat-alat muzik Tradisional Melayu Gambus Gambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang dikatakan berasal dari Timur Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tal Gendang ;’.’ Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau kambing atau lembu. salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang. !etiap bangsa seperti "ina Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. #da gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.

Upload: elyana-ismail

Post on 04-Oct-2015

506 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Alat-alat muzik Tradisional Melayu GambusGambus merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia.Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua.Gambus tergolong dalam alat muzik jenis petik yang dikatakan berasal dari Timur Tengah.Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Gendang;.

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam keluarga genderang.Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri.Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu.Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

GongGong merupakan sejenis peralatan muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit di Indonesia. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh semenanjung Indochina dan kepulauan Nusantara ebagai alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional.

Di Malaysia, jumpaan terawal bentuk awal gong adalah gendang Dong Son yang dijumpai di Batu Buruuk, Terengganu pada 1974. Ia dihasilkan sejak 600 BC atau lebih awal sehingga Abad ke-3 dan merupakan salah satu contoh hasil kerja logam budaya itu yang terbaik. Ini merupakan hasil pendedahan dari perdagangan rempah antara India dan Cina yang berlaku sejak zaman Yunani lagi dan juga hasil kerajaan Melayu tua seperti Champa, dan banyak nama tempat di Kelantan, dan Terengganu menggunakan nama Gong.

Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small boss'. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu.

Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, gong kecil atau canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampong-kampong bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi. SerulingSeruling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Ia diperbuat daripada buluh satu ketika dahulu. Namun kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium dan plastik. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

Alat-alat muzik Tradisional Cina Guzheng

Guzheng dianggap sebagai salah sebuah alat muzik petikan yang tertua di China. Ia dicipta berasaskan "Zhu", iaitu sejenis alat muzik pukulan pada zaman purba. Alat muzik ini mempunyai sebuah kotak resonans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu kecil). Pada asalnya, ia hanya mempunyai 5 utas tali sahaja. Melalui evolusi, jumlah talinya bertambah banyak. Guzheng yang standard yang dimainkan sejak tahun 1970 hingga sekarang ini, mempunyai 21 utas tali. Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni. Cara Memainkannya: Guzheng ini dimainkan dengan cara dipetik. Untuk memetik talinya, alat bantu berupa kuku palsu yang diperbuat daripada tempurung kura-kura atau plastik perlu dipakai pada jari pemainnya. Ketika membuat persembahan, jari kanan akan memetik tali untuk menghasilkan melodi, dan jari kiri menekan tali untuk mengawal melodi.

Yangqin

YangQin ialah sebuah alat muzik Cina jenis kordofon.YangQin merupakan jenis zither dan mempunyai banyak tali. badannya dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2-6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya.digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

PiPa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Gong merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya sangat penting dalam orkes muzik rakyatChina. Ia juga dimainkan untuk mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan perahu naga, tarian singa dan lain-lain.Gong diperbuat daripada logam, badan gong merupakan sebuah permukaan lengkung, pemain memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong bergentar dan menghasilkan berbunyi.

ALAT MUZIK INDIA

KANJIRA

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsiseakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.

VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubangpada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzikini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.

TABLATabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah....

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan, perkahwinan dan sebagainya.

Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta menguatkan otot tangan.Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla