alat muzik tarian singa

17
ALAT-ALAT MUZIK DAN KLASIFIKASINYA Alat-alat muzik boleh dikategorikan kepada empat kategori utama, bergantung kepada pembuatan dan komponen utama yang melahirkan bunyi serta kaedah pengeluaran bunyinya. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut: 1) Kordofon 2) Aerofon 3) Membranofon 4) Idiofon Kordofon Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong dalam kategori ini. Aerofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis. Membranofon Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong

Upload: nur-shahirah-mohmad

Post on 13-Jan-2016

3.056 views

Category:

Documents


57 download

DESCRIPTION

muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Muzik Tarian Singa

ALAT-ALAT MUZIK DAN KLASIFIKASINYA

Alat-alat muzik boleh dikategorikan kepada empat kategori utama, bergantung kepada

pembuatan dan komponen utama yang melahirkan bunyi serta kaedah pengeluaran

bunyinya. Kategori-kategori itu adalah seperti berikut: 

1) Kordofon

2) Aerofon

3) Membranofon

4) Idiofon

Kordofon

Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya

getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik rebab, sape dan lain-lain tergolong

dalam kategori ini.

Aerofon

Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam

masyarakat pribumi Malaysia,terdapat beberapa jenis alat muzik erofon seperti serunai,

seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.

Membranofon

Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit

atau membrane yang ditegang dan dipalu.Berbagai jenis alat gendang dan rebana

Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan di dalam

menghasilkan lagu-lagu rakyat.

Idiofon

Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindakbalas pada

rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon pribumi Malaysia ialah

kumpulan gong dan jenis-jenisnya. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat

muzik'metallophone', yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir

dalam ensemble gamelan.

Page 2: Alat Muzik Tarian Singa

Tarian Singa

Alat Muzik yang digunakan dalam tarian singa ialah alat muzik berjenis membranofon

dan idiofon.

Klasifikasi Alat

Membranofon

Gendang besar atau dalam bahasa cina dipanggil gu atau shi gu berbentuk tong

dengan satu muka berkulit pada bahagian atas. Badannya diperbuat daripada kayu dan

berukuran lebih kurang 75 cm tinggi dengan garis pusat 2.1 m. Kulitnya bergaris pusat

lebih kurang 60 cm. Muka kulit dipakukan kepada badan kayu dengan paku besi dalam

bentuk corak segitiga pada bahagian tepi belah atas gendang. Bahagian bawah

dibiarkan terbuka.Di dalam dram ini terdapat dawai besi yang memberikan warna ton

yang istimewa kepada alat ini.

Tiga jenis bunyi dihasilkan oleh alat gendang ini:

a) bunyi berdering dan rendah – semasa dram dipukul di tengah-tengah kulit

b) bunyi tajam – dram dipukul di bahagian tepi di mana kulit dipaku kepada badan kayu

c) bunyi meredam (dampened) – apabila dram dipukul di bahagian tengah sambil

menekan muka kulit dram dengan sebelah tangan yang lain.

Shi gu atau gendang besar

Page 3: Alat Muzik Tarian Singa

Pengetuk Shi Gu

Idiofon

Alat idiofon simbal cina atau dalam bahasa cina ialah bo dan gong atau dalam bahasa

cina dipanggil luo digunakan dalam persembahan tarian singa. Kadangkala dua gong

iaitu gong besar atau dalam bahasa cina dipanggil da luo dan gong kecil atau dalam

bahasa cina dipanggil xiao lou atau dua pasang simbal akan dimainkan. Gong dipalu

dengan pemukul kayu.

Simbal cina ( bo ) :

Simbal yang diperbuat daripada gangsa. Alat ini dipegang dan dipukul bersama oleh

pemain. Dua jenis bunyi dihasilkan: satu yang berdering dan satu lagi yang meredam.

Page 4: Alat Muzik Tarian Singa

Gong ( luo )

Gong gangsa yang berbingkai nipis. Permukaannya yang rata dan leper dipukul dengan

pemukul kayu. Alat ini digantung. Pemain akan letak sebelah tangan di sebelah

belakang gong untuk mengawal bunyi yang dihasilkan oleh alat ini semasa dimainkan.

Page 5: Alat Muzik Tarian Singa

CIRI-CIRI MUZIK TARIAN SINGA

Dari segi alatan muzik , alat yang biasa digunakan adalah seperti Luo iaitu alat gong

gangsa yang berbingkai nipis dan digantung , Bo pula alat simbal yang diperbuat

daripada gangsa, Gu ataupun Chebagu yang merupakan gong besar ataupun tong

yang mempunyai satu muka kulit.

ALAT MUZIK-LUO

Page 6: Alat Muzik Tarian Singa

ALAT MUZIK- BO

Page 7: Alat Muzik Tarian Singa

ALAT MUZIK- CHEBAGU

Page 8: Alat Muzik Tarian Singa

Muzik genderang bemeter duple dan tekstur polifoni iaitu:

Lapisan pertama dihasilkan oleh gendang (chebagu)

Lapisan kedua dihasilkan oleh simbal (bo)

Lapisan ketiga dihasilkan oleh gong (luo)

Corak gendang dihubungkait dengan gerakan singa

Lagu “Gendang 7 Bintang mengiringi Tarian Chai Ching.

Terdapat 5 bahagian mengikut gerakan singa

a) Kemunculan Singa: Titiran

b) Singa Menyembah: Titiran

c) Singa Berjalan: Irama bertitik

d) Singa Menjumpai Makanan: Titiran

e) Ulang a dan c

Page 9: Alat Muzik Tarian Singa

PETUNJUK SKOR :

a)KEMUNCULAN SINGA :TITIRAN

Page 10: Alat Muzik Tarian Singa

b) SINGA MENYEMBAH : TITIRAN

c) SINGA BERJALAN : IRAMA BERTITIK

Page 11: Alat Muzik Tarian Singa

d) SINGA MENJUMPAI MAKANAN :TITIRAN

Page 12: Alat Muzik Tarian Singa

FUNGSI MUZIK/AHLI MUZIK DALAM

MASYARAKAT

Dipersembahkan untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Diadakan di majlis-majlis keramaian seperti pembukaan kedai baru,perkahwinan

serta majlis-majlis menyambut dif-dif terhormat.

Pada masa lampau,tarian singa utara dan selatan dimainkan sehingga 3 atau 4

jam lamanya.

Tarian biasanya terdiri dari cerita rakyat cina

Di Malaysia pada masa kini,cerita-cerita telah diringkaskan dan hanya satu tarian

sahaja (Tarian Chai Ching ) Gerak Geri Gembira,sedih atau marah digambarkan

melalui gerak geri singa.

Dipersembahkan apabila singa melawat dari rumah ke rumah pada tahun baru

cina dan majlis atau perayaan lain.

Klimaks tarian adalah apabila singa memakan sayur hijau (ching) dan mengambil

angpow dalam sayur

Page 13: Alat Muzik Tarian Singa

REFLEKSI

NUR SHAHIRAH BT MOHMAD

Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya

kami dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran

kesibukan tugas seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek K 3102 Pendidikan muzik, kami

agak keliru tentang kehendak soalan .Kami berasa begitu bimbang dan tercabar untuk

menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada kami tentang Pendidikan muzik

amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan

semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan

mencari nota yang berkaitan melalui internet. Di sini kami dapat mencari segala

informasi yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan ini.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang Pendidikan

Muzik dapat kami kumpulkan dan kami perolehi maklumat-maklumat tersebut melalui

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik dan sumber internet.Akhirnya dengan

usaha gigih yang kami lakukan, banyak ilmu yang kami perolehi dan akan kami

gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di

sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu kami dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau

peringkat yang lebih tinggi sekiranya kami diberi peluang untuk mengajar subjek ini.

Pendidikan Muzik merupakan pelajaran yang menarik jika guru pandai menggunakan

teknik yang sesuai. Banyak perkara menarik boleh dipelajari oleh murid-murid. Guru

perlu menggunakan kepakarannya untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

Murid-murid perlu dilibatkan secara aktif untuk mengambil bahagian di dalam proses

pembelajaran di dalam kelas.

Page 14: Alat Muzik Tarian Singa

Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat kami perolehi melalui tugasan yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses melahirkan murid yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, dan menyumbang ke arah perpaduan dan pembangunan negara akan tercapai. Murid-murid juga akan memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka. Sebagai guru, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hanizah bt Abdul Wahab yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.