alat muzik traditional

31
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, BATU RAKIT,KUALA TERENGGANU TERENGGANU KDPM-KDC .PRA SEKOLAH YITR. UNIT 2 AMBILAN : NOV 2010 NAMA: NOR SUKINA BT. HJ MAT TEH (690918-05-5058) PENSYARAH: ENCIK MOHD HAMIDI BIN SALLEH

Upload: ina-sakina

Post on 05-Jul-2015

1.854 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Muzik Traditional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL,

BATU RAKIT,KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

KDPM-KDC .PRA SEKOLAH YITR. UNIT 2

AMBILAN : NOV 2010

NAMA: NOR SUKINA BT. HJ MAT TEH

(690918-05-5058)

PENSYARAH: ENCIK MOHD HAMIDI BIN SALLEH

TARIKH HANTAR: JUN 2011

Page 2: Alat Muzik Traditional

Alat Muzik Tradisional (Kebanggaan Kita)  

Tempura

PengenalanAlat bertali mempunyai 4 tali. Tiga daripadanya ialah dawai besi waja dan yang satu lagi daripada perunggu. Badannya dibuat daripada kayu nangka. Bentuknya bulat dan belakangnya melengkong. 2 pemulas tali atau pelaras ialah disisi lelehernya dan 2 daripadanya tegak dihadapan. Papan jarinya berbentuk belakang kura-kura. Tali-tali melalui atas kekuda titian tali di tengah-tengah dada.

FungsiDigunakan dalam muzik vokal dan instrumental India. Untuk mengeluarkan dengung iringan.

Cara BermainDipegang tegak dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan.

Page 3: Alat Muzik Traditional

Erh-Hu

PengenalanErh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

FungsiAlat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara BermainErh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello

Gambus

PengenalanSejenis gitar bertali 6 dan membengkak di bahagian badannya hampir-hampir separuh bulat. Tali gitar diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dipetik dengan kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak.

FungsiGambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor.

Cara BermainDipetik bagaimana cara bermain guitar.

Page 4: Alat Muzik Traditional

Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian Pengenalantali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

FungsiPipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara BermainCara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Page 5: Alat Muzik Traditional

Rehab

PengenalanAlat Muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.

FungsiDigunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Peteri dan Selampit di Kelantan.

Cara BermainRebab diletak berdiri didepan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab digesek dan sambil menggesek jari-jarinya mengawal ketegangan tali-tali penggesek. Jari-jari tangan sebelah lagi memetik atau menekan pada tali?tali di bahagian leher untuk mengeluarkan berbagai pic. Ketiga?tiga tali dilaras pada jeda perfect 4 th atau pada jeda perfect 4 th dan perfect 5 th.

Page 6: Alat Muzik Traditional

Sapeh

PengenalanBerbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.

FungsiAlat ini popular di kalangan kaum Kenyah dan Kelabit di Sarawak.

Cara BermainSapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai peringkat mengikut alunan iramanya.

Satong

PengenalanDiperbuat daripada seruas buluh betong. Kulit buluh dicungkil sebagai tali sebanyak empat utas seperti gitar.

FungsiDimainkan ketika mengisi masa lapang.

Cara BermainTali ini dipetik dengan jari dan berbunyi agak perlahan.

Page 7: Alat Muzik Traditional

Sitar

PengenalanAlat bertali mempunyai 5 hingga 7 tali dawai (2 hingga 4 tali digunakan untuk memainkan melodi, dan 3 tali untuk dengung). Diperbuat dari kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah pear.

FungsiDiletak melentang dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan. Jari-jari tangan sebelah lagi menekan dan menarik pada berbagai kedudukan di tali-tali yang mengeluarkan berbagai tingkat suara dan melodi.

Cara BermainDimainkan dalam kumpulan instrumental kecil atau sebagai alat solo.

Sundatang

PengenalanDiperbuat dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.

FungsiDi Tambunan ianya dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Ianya dimainkan juga untuk hiburan persendirian dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara.

Cara BermainIa dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

Page 8: Alat Muzik Traditional

Venna

PengenalanAlat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangdya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah?bilah fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali?tali dipasang di atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung?hujung jari pemain.

FungsiDigunakan untuk muzik solo bagi hiburan.

Cara BermainDiletak melintang. Tali-tali dipetik dengan jari sebelah tangan. Jari-jari tangan yang sebelah lagi menekan dan menarik tali-tali diberbagai bahagian untuk mengeluarkan berbagai tingkat suara dan bunga-bunga melodinya.

Page 9: Alat Muzik Traditional

Gong

Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.

Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.

Dholak

Page 10: Alat Muzik Traditional

Dholak

Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Page 11: Alat Muzik Traditional

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.

Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.

Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.

Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Page 12: Alat Muzik Traditional
Page 13: Alat Muzik Traditional

BAHAGIAN 1

Page 14: Alat Muzik Traditional
Page 15: Alat Muzik Traditional

TARIAN MAK YONG

 

PENDAHULUAN

Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini mak yong dipersembahkan dalam bentuk taridra iaitu gabungan di antara tarian dan drama untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. 

 Drama tari mak yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. 

 

ASAL USUL MAK YONG

asal usul mak yong dipercayai mengandungi unsur-unsur ketuhanan dan inspirasi. suatu teori berpendapat dari segi etimologi istilah mak yong berasal dari nama mak hiang iaitu nama semangat padi dan mempunyai persamaam dengan dewi seri, dewi hindu-jawa. mak yong dianggap sebagai suatu pemujaan terhadap alam dan gejala alam, seperti yang terdapat dalam lirik lagu mengadap rebab, lagu yang mengiringi tarian pembukaan dalam sebarang pertunjukan mak yong. 

Page 16: Alat Muzik Traditional

Alat Muzik Mak Yong