sejarah

Upload: ros-rusniza-binti-sidik

Post on 06-Mar-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EKONOMI DAGANGAN Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.

Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.

Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India.

Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.

Kaedah melombong dengan mendulang diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim

Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.

Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya.

Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

SISTEM PERTANIAN KOMERSIAL Pertanian komersial berasaskan kepaa eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan.

Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu.

Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu.

Pemodal China dan Eropah menuasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

Pemodal British telah menguasai getah, pemodal China pulaa menguasai gambir dan lada hitam.

Pada masa ini, masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri.

(Nurul Izzah)

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN GETAH Getah digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanam di Tanah Melayu.

Pada mulanya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai tanaman hiasan.

H.N Ridly (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma kepada peladang.

Beliau juga menemui sistem menoreh ibidem (Cara tulang ikan hering) yang tidak merosakkan pokok.

Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.

Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.

Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha getah.

Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah memudahkan pengusaha (golongan komprador).

KEJATUHAN PERUSAHAAN GETAH Kemerosotan perusahaan getah berlaku ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 1932).

Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia.

Industri getah pulih semula pda tahun 1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar.

Rancangan sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar harga naik.

(Nurul Izzah)PERKEMBANGAN INDUSTRI PERLOMBONGAN Galian Tanah Melayu contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauskit, antimoni.

Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil kecilan oleh orang Melayu.

Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besaringga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu.

Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar melayu.

Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini.

Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar besaran. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh.

Kerajaan penjajah british juga telah meluluskan enakmen dan undang undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah.

Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal.

Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua.

(Zetty Zawanah)

PENGUSAHA TENAGA BURUH CHINA Kedatangan buruh ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.

Buruh China datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.

Kedatangan mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah.

Buruh China datang dengan cara sistem kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh Kheh thau (ketua).

Bakal imigran ini dikenali sebagai kin kheh. Ketua ini akan mendapat upah wang bafi setiap sin kheh.

Seterusnya sin kheh dikawal oleh nakhoda kapal atau agensi buruh terlebih dulu telah mendapat bayaran daripada bakal majikan sin kheh.

Kemudiannya sin kheh perlu membuat perjanjian secara bertulis atau lisan membayar hutang (kos kedatangan ke Tanah Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan berkenaan dalam jangka waktu tertentu.

Mereka akan diberikan tiket yang menyatakan pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah bagi mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu.

Kemudian jawatan pegawai pelindung buruh dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi kemasukan buruh dan imigran China ini.

Selepas itu sistem tiket kredit dignti dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Melalui sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh akan ditanggung oleh majikan. Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh buruh hingga ke tempat majikan.

Melalui sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara china yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut akan menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah buruh diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran tertentu.

Di Sarawak, imigran keturunan China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke dan Wong Nai Siong 9ketua Foochow di Sibu). Mereka ini akan menjadi buruh gambir dan lada hitam(Zetty Zawanah)

PENGGUNAAN TENAGA BURUH INDIA Buruh India datang untuk bekerja di ladang ladang getah.

Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu.

Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani.

Melalui sisitem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan mereka.

Melalui sistem kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini akan bekerja dalam tempoh masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan gaji minimum dianggap 9 13 sen sehari. Sistem ini amat menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem kangany. Kangany bermaksud ketua, tandil atau mandur.Kangany diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India mencari tenaga buruh. Kangany diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh hingga ke Tanah Melayu.Kangany kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan.

PENGGUNAAN MATA WANG Zaman Muzzaffar Syah Melaka contoh wang emas, perak dan timah yang digunakan untuk urusan perniagaan.

Di negeri lain dinar emas( Kelantan ), kupang emas ( Terengganu ), jongkong tampang ( Pahang ).

Pedagang Eropah membawa mata wang asing contohnya mata wang perak Sepanyolyang digunakan di Negeri Negeri Selat dan Negeri Negeri Melayu.

Kemudiannya kerajaan British mengeluarkan wang kertas bagi Negeri Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang, wang ini sahaja yang sah digunakan ketika itu dan wang kerajaan Melayu kian pupus.

(Farah Zatul Iffat)INSTITUSI KEWANGAN ATAU PERBANKAN Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah.

Bank memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar faedah yang tinggi.

Bank telah menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat.

Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan antarabangsa.

Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.

Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank.

Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.

Pedagang tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalaui Komprador (orang tengah) yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk menjadi penaja kepada peminjam.

Bank tempatan pertana ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.

Di Sarawak Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank.

Bank orang melayu pertama Malay National Banking Corporation Bhd.

(Farah Zatul Iffat)

PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN INSURANS Antara insurans penting ialah insurans maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.

Insurans maritim melindungi dagangan dan kapal pedagang.

Insurans kebakaran penting kerana kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun 1892.

Peringkat awal syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara contohnya Boustead and Company England.

Syarikat insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura.

Kerajaan British juga telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran.

(Nur Aainaa Puteh)SMK BUKIT JAMBUL

SEJARAHNama ahli kumpulan : Nur Aainaa Puteh binti Hussin Nurul Izzah binti Hurairoh Zetty Zawanah binti Zulkiflie Farah Zatul Iffat binti Khaleelurrahman

Kelas : 4 DinamikSistem Pertanian Komersial1. Semasa penjajahan British di Negara kita, pihak British memberikan penekanan terhadap sektor pertanian untuk tujuan eksport.2. Pertanian dagangan dianggap dapat memberikan sumbangan utama kepada pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.3. Pada abad ke-19, British menggalakkan penanaman ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau, dan kopi.4. Di Johor, lada hitam dan gambir di usahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.5. Tanaman komersial lebih banyak melibatkan para pemodal dari Eropah dan China kerana :a) Mereka mempunyai modal yang besar.b) Teknologi mereka lebih tinggi.c) Mereka mendapat konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.6. Pada abad ke-19, British memberikan tumpuan kepada penanaman kopi dan tembakau, manakala pemodal Cina mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.7. Pada abad ke-20, British lebih menekankan perusahaan getah untuk tujuan eksport.

Perusahaan Getah1) Bermula awal abad ke-20, getah ditanam secara komersial di Tanah Melayu.2) Pada awalnya, pokok getah ditanam di tempat kediaman Residen Hugh Low di Kuala Kangsar, Perak sebagai tanaman hiasan.3) Terdapat beberapa factor yang membawa kepada perkembangan dalam perusahaan getah, iaitu:a) Permintaan terhadap getah tinggi berikutan perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah :i) Getah digunakan dalam pelbagai industri seperti industri kereta, kasut, dan peralatan elektrik.b) Harga getah melambung tinggi kerana permintaan meningkat.c) Sumbangan Henry Ridley :i) Beliau dilantik menjadi Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888.ii) Beliau telah menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan memberikan benih getah secara percuma serta mengadakan pameran getahiii) Beliau memperkenalkan cara penorehan secara ibidem yang berbentuk tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok.d) Kemasukan modal asing:i) Pelabur Eropah membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat pewakilannya di Tanah Melayu.ii) Kemasukkan modal asing menyebabkan lebih banyak ladang getah beru dibuka di Tanah Melayuiii) Antara syarikat-syarikat perwakilan di Tanah Melayu ialah Harrisons dan Crosfield, Boustead Buttery Estate Agency, Guthrie dan Sime Darby.

e) Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pelabur asing dalam perusahaan getah:i) Kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah dikenakan terhadap mereka yang mengusahakan tanaman getahii) Pada tahun 1905, 4% dividen diberikan kepada syarikat pengusaha getahiii) Pengecualian cukai eksport selama 50 tahun dikatkuasakan.f) British menyediakan infrastruktur:i) Jalan raya dan landasan kereta api dibina untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat dengan pelabuhan dan pusat pendtadbiran komersial untuk kemudahan para pengusaha.g) Buruh asing dari Selatan India dibawa masuk untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di ladang-ladang getah.4) Perusahaan getah mengalami kemerosotan pada Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia.5) Kemelesetan Ekonomi Dunia mengakibatkan herga getah merosot secara berterusan bermula tahun 1920.6) Pihak British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson untuk :a) Mengelakkan kejatuhan harga getah secara berterusan.b) Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.7) Rancangan tersebut telah dikuatkuasakan dari bulan November 1922 hingga bulan Oktober 1928.

(Farah Zatul Iffat)

Ekonomi Dagangan Maksud ekonomi dagangan1. Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah.2. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.3. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang.4. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.5. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.6. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah.7. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk industri di Eropah.8. Melibatkan lebihan pengeluaran. Kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan Jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.i) Ubi Kayu ii) Tebuiii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah

(Nur Aainaa Puteh)

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.

1) Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.

2) Aktiviti ekonomi tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.

3) Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.

4) Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.

5) Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan.

6) Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.

(Farah Zatul Iffat)

Sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.1) Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke -9 lagi.2) Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh tempatan.3) Antara pembesar yang mempunyai lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat di Selangor dan Datuk Kelana Putera,Datuk Bandar dan datuk Muda Linggi,di Sungai Ujong ( Negeri Sembilan).4) Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.5) Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.6) Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.7) Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke -19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.8) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan.9) Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada mereka. 10) Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.11) Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.12) Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.13) Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.14) Pada awal abad ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah.

15) Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek. 16) Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.17) Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.18) Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

(Zetty Zawanah)

OBJEKTIFDASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

1. Kegiatan ekonomi sara diri terdiri daripada aktiviti l. Melombong ll. Sistem Barter lll. Bercucuk tanam lV. Memungut hasil hutan

A. I, II dan IV C. I, III dan IV B. II, III dan IV D. I, II dan III

2. Apakah kesan terhadap ekonomi dagangan apabila British tiba di Tanah Melayu?

A. Ekonomi sara diri dilupuskan oleh Bristish B. Perkembangan yang dilakukan mewujudkan dwiekonomi C. Memberi tumpuan kepada aktiviti ekonomi tradisional D. Buruh China dihalau dari negara.

3. Sistem pajakan tanah kepada Pengusaha dari China di Johor Apa yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas? A. Sistem Kangcu B. Sistem torehan ibidem C. Revolusi perindustrian D. Hubangan antara China dan pihak British

4. Syarikat manakah yang menguruskan eksport getah

I. Harrisons and Crosfield II. Guthrie III. Henry N. Ridley IV. Residen Hugh Low

A. I dan II C. I dan IV B. II dan III D. I dan III

5. Mengapakah Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi oleh pedagang India pada masa silam?

A. Tanah Melayu pernah menjadi satu kuasa yang kaya pada masa silam B. Mempunyai hubungan diplomatik yang erat dengan India C. Kaya dengan pelbagai hasil galian D. Mempunyai perlabuhan yang lengkap

SUBJEKTIF

1. Nyatakan dua aktiviti ekonomi tradisional yang menggunakan teknologi mudah

(2m)

2. Bagaimana Eropah dapat bersaing dengan China dalam aktiviti perlombongan pada awal abad ke-20?

(1m)

ESEI

Pihak British telah memperkenalkan tanaman getah di Tanah Mekayu pada awal abad ke-20 tetapi penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah akhirnya menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan penjajah British.

Huraikan faktor-faktor yang mendorong perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

SKEMA JAWAPAN

OBJEKTIF

1.C2.B3.A4.A5.C

SUBJEKTIF

1) - Aktiviti penanam padi. Alat seperti tajak, cangkul,tugal dan tenggala - Sistem perairan mudah berasakan sumber air hujan dan sumber air dari sungai - Aktiviti penangkapan ikan tetapi kaedahnya berbeza kerana bergantung kepada tempat. Biasanya digunakan dengan tali kail, bubu dan jala. (mana-mana di atas diterima)

2) - Eropah berupaya bersaing dengan pemodal dari China kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi penggunaan teknologi kapal korek yang memerlukan aktiviti perlombongan dijalankan secara besar-besaran.

ESEI

- Revolusi Perindustrian di Eropah membawa permintaan yang tinggi terhadap getah- H.N. Ridley mengadakan pameran untuk meyakinkan peladang menanam getah- Beliau mengagihkan benih getah secara percuma- Berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan hering).- Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah- Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu untuk membuka ladang getah- Dasar British memberi galakan kepada pemodal asing untuk memperluaskan penanaman getah.- Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang yang ingin menanam getah- Pembinaan infrasturktur untuk menghubungkan kawasan ladang dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran- Membawa masuk buruh dari India untuk mengatasi masalah kekurangan buruh.(Nur Aainaa Puteh)