sejarah

25
950420-12-5176 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUGAN MUKA SURAT PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.0 PERSOALAN KAJIAN 4.0 DEFINISI ISTILAH 5.0 TINJAUAN LITERATUR 6.0 KAEDAH KAJIAN 6.1 SUMBER PREMIER 6.2 SUMBER SEKUNDER 7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN 7.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN 7.2 PROGRAM-PROGRAM ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN 7.3 SUMBANGAN-SUMBANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN 8.0 CADANGAN DAN HARAPAN 9.0 RUMUSAN

Upload: suriman8901301938

Post on 01-Feb-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: sejarah

950420-12-5176

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.0 PERSOALAN KAJIAN

4.0 DEFINISI ISTILAH

5.0 TINJAUAN LITERATUR

6.0 KAEDAH KAJIAN

6.1 SUMBER PREMIER

6.2 SUMBER SEKUNDER

7.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

7.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA

UMNO W.P LABUAN

7.2 PROGRAM-PROGRAM ANJURAN PERGERAKAN

PEMUDA UMNO W.P LABUAN

7.3 SUMBANGAN-SUMBANGAN PERGERAKAN

PEMUDA UMNO W.P LABUAN

8.0 CADANGAN DAN HARAPAN

9.0 RUMUSAN

10.

0

LAMPIRAN

Page 2: sejarah

950420-12-5176

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kajian

yang saya jalankan dapat disiapkan tepat pada masanya. Sepanjang menyiapkan kerja kursus

ini saya banyak mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Cikgu

Norsiah binti Nasip selaku guru Sejarah saya di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk

memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan

tunjuk ajar beliau amat dihargai

Seterusnya, ucapan terima kasih juga kepada penjaga saya iaitu Azmi bin Alipah dan

Arsiah binti Arhan yang telah banyak memberikan sokongan dan bantuan kepada saya

terutamanya dari segi kewangan.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan seperjuangan yang turut sama

membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk menyiapkan kerja

kursus ini seperti yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Page 3: sejarah

950420-12-5176

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya, Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO.

Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di

perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten

Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan

pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan

kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang. Pemuda menjadi pelapor kepada banyak

kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya

mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.

Manakala, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian W.P Labuan ditubuhkan pada tahun

1989 bersamaan dengan kemasukan UMNO itu sendiri yang dibawa oleh Yang Berbahagia

Dato’ Isli Bin Sipun yang merupakan ayahanda kepada Dato’ Rozman Bin Dato’ Haji Isli.

Apabila UMNO memasuki Labuan, UMNO bahagian, Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan

Puteri UMNO telah menjadi penaja pada waktu itu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang

pertama berstatuskan penaja adalah saudara Ibrahim Bin Mufti. Pada mulanya, kemasukan

UMNO ke Labuan tidaklah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Labuan

kerana UMNO dianggap sebagai parti daripada Semenanjung yang tidak seharusnya

ditubuhkan di Labuan begitu juga dengan Sabah. Selain itu, proses penubuhan UMNO di

Labuan turut menerima banyak pandangan-pandangan yang negatif berbanding pandangan-

pandangan yang positif daripada masyarakat Labuan itu sendiri. Hal ini demikian kerana

masyarakat Labuan tidak mahu UMNO memasuki Labuan disebabkan UMNO adalah parti

yang datangnya daripada Semenanjung. Tambahan lagi, Labuan pada waktu itu sudah

mempunyai parti sendiri seperti PBS yang didominasi oleh masyarakat Kadazandusun di

Labuan. Namun, lama-kelamaan UMNO akhirnya diterima oleh masyarakat Labuan sebagai

sebuah parti di Labuan setelah penubuhannya yang dilaksanakan oleh Yang Berbahagia

Page 4: sejarah

950420-12-5176

Dato’ Isli Bin Sipun. Sehingga ke hari ini, UMNO W.P Labuan serta Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan yang merupakan sayap kanan UMNO itu sendiri, masih lagi terus-

menerus mendapat sokongan daripada masyarakat Labuan. Manakala, objektif utama

penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan adalah untuk lebih merapati anak-anak

muda Labuan dan memastikan mereka sentiasa bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan dalam apa jua program atau aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh

Pemuda ini.

Page 5: sejarah

950420-12-5176

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kegiatan

Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan sehingga memberikan impak terhadap masyarakat

dah ahli Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri.Objektif kajian ini adalah seperti yang

berikut:

i)Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan

ii)Mengenalpasti program-program yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan

iii)Mengkaji sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk mengenalpasti bagaimanakah dan

apakah kegiatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan.Persoalan

kajian adalah seperti yang berikut:

i)Bagaimanakah aktiviti-aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan

dijalankan?

ii)Apakah program-program yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan?

iii)Apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan Pemuda

Page 6: sejarah

950420-12-5176

UMNO W.P Labuan terhadap masyarakat?

4.0 DEFINISI ISTILAH

5.0 TINJAUAN LITERATUR

6.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk menghubungkaitkan persoalan dan

objektif kajian dalam dapatan kajian. Kaedah kajian ini memerlukan penggunaan dua sumber

iaitu sumber premier dan sumber sekunder.

6.1 SUMBER PREMIER

i) Temu Bual

ii) Pemerhatian

6.2 SUMBER SEKUNDER

i) Internet

ii) Surat Khabar

iii) Buku

Page 7: sejarah

950420-12-5176

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan objektif dan persoalan kajian dalam mengenalpasti

kegiatan yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan.

7.1 AKTIVITI-AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN

a) Pemuda UMNO Labuan Adakan Lawatan Kerja Ke Sabah

Seramai 50 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan yang terdiri

daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan dan ahli-ahli

Pergerakan Pemuda telah menyertai lawatan kerja ke beberapa daerah di Negeri

Sabah.Lawatan ini melibatkan penjelajahan ke sekitar kawasan Keningau, Tenom,

dan Tambunan,Lawatan ini turut diisi dengan pelbagai program dan aktiviti di

sepanjang tempat yang dikunjungi.Antara pengisian yang diadakan adalah seperti

perlawanan persahabatan yang melibatkan bola sepak, badminton, dan sepak

takraw.Selain itu, program berbentuk amal seperti penyerahan bantuan kepada yang

memerlukan turut diadakan.

Menurut ketua rombongan, saudara Mohd. Rafi Ali Hassan yang juga

merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan berkata, lawatan

kerja ini adalah sebagai satu pendedahan kepada seluruh kepimpinan dan ahlinya

sebagai persediaan serta persiapan menjelang pilihan raya akan datang.Tambahnya

lagi selain dari pelbagai acara yang diaturkan, lawatan ini juga memberi peluang

kepada peserta untuk melihat sendiri kehidupan rakan seperjuangan di kawasan

pendalaman1.

1 www.suaragenerasibaru.com

Page 8: sejarah

950420-12-5176

7.2 PROGRAM-PROGRAM ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO

W.P LABUAN

a) Program Selangkah Ke UITM Mengubah Nasib Anak Bangsa

Gambar 1: Program Selangkah Ke UITM Mengubah Nasib Anak Bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Labuan dengan kerjasama UITM Sabah dan

Jabatan Pelajaran Labuan telah mengadakan satu program Selangkah Ke UITM

Mengubah Nasib Anak Bangsa khusus bagi pelajar lepasan SPM 2010 bertempat

di Dewan Institusi Latihan Perindustrian (Dewan ILP).

Ketua Pemuda UMNO Labuan Rafi Ali Hassan berkata maklamat program

ini adalah sejajar dengan program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) di

bawah naungan Perdana Menteri, untuk melihat anak Bumiputera berterusan

cemerlang dalam mengecapi kejayaan pembelajaran di peringkat lebih tinggi.Beliau

juga turut berkata bahawa penganjuran program ini juga bersesuaian dengan sasaran

program iaitu golongan pelajar yang miskin dan mendapat keputusan SPM yang

kurang memberangsangkan digalakkan untuk mengisi borang MDAB di UITM.

Page 9: sejarah

950420-12-5176

Penubuhan program MDAB adalah bertujuan memberi peluang pendidikan

kepada anak-anak miskin Melayu dan Bumiputera di bandar dan luar bandar yang

ibu bapanya berpendapatan (gaji kasar) kurang RM 2000 sebulan.Borang MDAB ini

boleh didapatkan secara percuma dan permohonan hanya sah untuk satu kali

permohonan sahaja2.

Implikasinya, secara tidak langsung program yang diadakan ini dapat

membantu pelajar dan ibu bapa untuk berhubung dan mendapatkan khidmat nasihat

secara terus dengan pihak UITM yang didatangkan khas dari Sabah.

b) Program Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia 2013

Gambar 2: Program Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia 2013

Bersempena dengan Majlis Penutupan Rasmi Sambutan hari Wilayah

Persekutuan yang lalu telah diadakan Konvoi Prihatin Sukarelawan 1Malaysia yang

2 www.dailymail.com.my

Page 10: sejarah

950420-12-5176

melibatkan penyertaan 300 orang anak muda yang terdiri daripada beberapa kelab dan

pertubuhan yang ada di Labuan.

Program ini anjuran bersama Jabatan Penerangan Labuan bersama Pergerakan

Pemuda Umno Bahagian Labuan, Majlis Belia Labuan dan kerjasama dengan

beberapa agensi Kerajaan, swasta dan kelab-kelab permotoran di Labuan.

Program Konvoi yang mengelilingi seluruh Pulau Labuan ini singgah ke 27

kampung untuk memberikan bantuan kepada golongan asnaf di semua kampung.

Sebanyak 3 kumpulan telah dibahagikan oleh pihak penganjur untuk memudahkan

pergerakan dimana kumpulan-kumpulan ini turut disertai oleh pemimpin seperti

Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Senator Dato Raja Nong Chik

Zainal Abidin, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Hj.Mahal, Ahli Dewan Negara,

Datuk Yunus Hj.Kurus, Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Bashir Hj.Alias, Ketua

Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Datuk Mokthar,

Setiausaha Umno/BN Labuan, dan Encik.Rozman Datuk Isli.

Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah Pengarah Jabatan

Penerangan Labuan, Tuan Hj.Taib Ubah, Pengarah JASA Labuan, Puan Rahimah

Hj.Lamat, Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan En.Hamizi Mat Juah, Ketua

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan, En.Rafi Ali Hassan,Presiden Majlis

Belia Labuan merangkap Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan,

En.Mohd.Dzulfaizal Ab.Manan dan beberapa orang Ketua Pergerakan Pemuda Umno

Bahagian di Wilayah Persekutuan.

c) Program Labuan Island Bike Week

Page 11: sejarah

950420-12-5176

Kira-kira 500 motorsikal berkuasa tinggi, sederhana, skuter dan kapchai telah

menyertai Labuan Island Bike Week sempena Labuan International Sea Challenge

(LISC) 2012 yang bermula dari 27 April hingga 29 April bertempat di Letak Kereta

Gelanggang Arena Boling Padang, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Kementerian Pelancongan

Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, Persatuan Penunggang Motorsikal Berkuasa

Tinggi Wilayah Persekutuan Labuan (LA Riders) dan Kumpulan Smart Riders,

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan iaitu Mohd Rafi Ali

Hassan merupakan pengerusi program ini. Program ini melibatkan kira-kira 1000

peserta Program ini anjurkan adalah bertujuan untuk menyokong usaha kerajaan

dalam menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan menarik lebih ramai

pelancong datang ke pulau bebas cukai ini.

Program ini juga melibatkan penyertaan daripada negeri Sabah, Sarawak dan

Labuan yang menjadi tuan rumah, serta beberapa negara luar seperti Brunei

Darussalam, Pontianak Kalimantan Indonesia dan Filipina. Seramai 90 peserta adalah

dari Sabah, 30 peserta dari Sarawak, 80 peserta dari Brunei Darussalam, manakala

Filipina dan Pontianak Kalimantan Indonesia tidak kurang daripada 3 orang peserta

dan selebihnya adalah penyertaan tuan rumah ( Labuan ).

Selain itu, program ini turut membenarkan motorsikal berkuasa sederhana

termasuk jenis kapchai mengambil bahagian. Penyertaan penunggang daripada

motorsikal berkuasa sederhana dan kapchai akan dapat memeriahkan lagi suasana

sambutan itu di samping menyatukan semangat perpaduan dan persefahaman di

kalangan peminat motor berkuasa tinggi dengan peminat motorsikal jenis yang lain.

Page 12: sejarah

950420-12-5176

Antara pengisian program ialah acara berkonvoi mengelilingi Pulau Labuan

sambil menikmati minuman air kelapa di Kampung Layang-Layangan, menyertai

beberapa permainan sukan yang berhubung kait dengan penggunaan motorsikal,

pameran autoshow dan persembahan ‘Drift’.Selain itu, beberapa kelab motorsikal

berkuasa tinggi juga menyerahkan sumbangan amal kebajikan kepada badan-badan

kebajikan yang terdapat di pulau ini3.

7.3 SUMBANGAN-SUMBANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P LABUAN

a) Pemuda UMNO Labuan Turun Padang Bantu Mangsa Tanah Runtuh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan telah menghulurkan bantuan

kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tanah runtuh dan juga banjir yang berlaku di

Kampung Sungai Keling, Lajau dan juga Ganggarak W.P Labuan.

3 www.newsabahtimes.com.my

Page 13: sejarah

950420-12-5176

Ketuanya, Rafi Ali Hassan yang baru sahaja tiba dari ibu negara terus

melakukan kerja turun padang pagi Ahad untuk menyampaikan bantuan dan melihat

sendiri keadaan rumah yang terjejas dengan kejadian tersebut.

Mohd Rafi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan,

Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor menyampaikan bantuan berupa wang tunai

kepada 9 buah keluarga yang rumah mereka terjejas dengan kejadian tanah runtuh dan

banjir.

Mangsa yang menerima bantuan itu masing-masing 8 buah keluarga tanah

runtuh membabitkan 5 buah keluarga dari Kampung Sungai Keling, 3 buah keluarga

dari Kampung Lajau dan sebuah keluarga dari Kampung Ganggarak yang dilanda

musibah banjir4.

Implikasinya, sumbangan yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO

Bahagian Labuan amat dihargai oleh mangsa-mangsa tanah runtuh dan banjir.

Sumbangan ini turut dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh

mereka.

b) Pemuda UMNO Labuan Dan Wilayah Persekutuan Bantu Mangsa Banjir Rompin,

Pahang

4 Oleh Jainudin Djimin ([email protected]. my)

Page 14: sejarah

950420-12-5176

Gambar 4 : Pemuda UMNO Labuan Dan Wilayah Persekutuan Bantu Mangsa Banjir

Rompin, Pahang

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan adalah 13 Bahagian Pergerakan

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang telah membantu menyampaikan

sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan Rompin, Pahang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan, Mohd Rafi berkata

bantuan tersebut adalah inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah yang diketuai

oleh Mohd Razlan Muhammad Rafii. Seramai 48 petugas Bridget Kesastra Rakan

Muda pergerakan berkenaan berkonvoi mengunakan 4 buah kenderaan pacuan empat

roda. Selain itu, beliau turut mengatakan beliau tidak mahu ketinggalan untuk

membantu mangsa banjir yang melanda di Pantai Timur Semenanjung khususnya di

Pahang.

Page 15: sejarah

950420-12-5176

Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan telah berjaya mengumpul pelbagai

barangan keperluan bernilai RM25,000 untuk disalurkan kepada mangsa di kawasan

sasaran iaitu di Rompin Pahang. Pelancaran misi penghantaran bantuan ini

disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Pengerusi Perhubungan

UMNO Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sempena

Persidangan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)5.

8.0 CADANGAN DAN HARAPAN

5New Sabah Times (10 Disember 2013)

Page 16: sejarah

950420-12-5176

a) Cadangan

Saya mencadangkan agar Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan meminta

dana daripada badan-badan NGO supaya Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan

dapat mengadakan pelbagai program dalam membantu anak-anak muda Labuan.

Selain itu, Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan juga hendaklah sering

mengadakan kerjasama dengan badan-badan NGO ini, agar apa sahaja program

mahupun aktiviti yang dilakukan dapat mencapai kejayaan. Di samping itu, dalam

membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, Pergerakan Pemuda UMNO W.P

Labuan perlulah melihat dan merasai sendiri cara hidup yang dijalani ole h mereka

agar dapat lebih memahami kesusahan yang mereka hadapi. Bukan itu sahaja,

Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan juga mungkin boleh menyediakan

gelanggang futsal dalam setiap kampung yang ada di Labuan agar sukan ini terus

mendapat tempat di hati penduduk Labuan. Akhir sekali, saya mencadangkan agar

Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan menubuhkan sebuah Litar Permotoran di

Labuan khas untuk mereka yang berminat dalam bidang permotoran ini.. Secara tidak

langsung juga, masalah-masalah rempit yang berlaku di Labuan turut dapat

dikurangkan.

b) Harapan

Saya berharap agar setiap kegiatan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda

UMNO W.P Labuan akan terus mendapat sokongan dan dorongan daripada penduduk

Labuan. Saya juga berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan akan dapat

terus membela nasib penduduk Labuan terutamanya bagi penduduk yang kurang

berkemampuan.

9.0 RUMUSAN

Page 17: sejarah

950420-12-5176

10.0 LAMPIRAN

Page 18: sejarah

950420-12-5176

10.1BIBLIOGRAFI

a) Internet

i) www.suaragenerasibaru.com

ii) www.dailymail.com.my

ii) www.newsabahtimes.com.my

b) Surat Khabar

i) Oleh Jainudin Djimin ,New Sabah Times (10 Disember 2013)

10.2 PROPOSAL

TAJUK PENYELIDIKAN:Kegiatan pergerakan pemuda UMNO W.P Labuan

KAJIAN OLEH : Norsuliyfezah Binti Halipah

NO KAD PENGENALAN : 950420-12-5176

1.0 OBJEKTIF

1.1 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh pergerakan pemuda UMNO

W.P Labuan

1.2 Mengenalpasti program-program yang telah dilaksanakan oleh pergerakan pemuda

UMNO W.P Labuan

Page 19: sejarah

950420-12-5176

1.3 Mengkaji sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh pergerakan pemuda

UMNO W.P Labuan

2.0 PERSOALAN KAJIAN

i) Bagaimanakah aktiviti-aktiviti pergerakan pemuda UMNO W.P Labuan

dijalankan?

ii) Apakah jenis-jenis program yang berjaya dilaksanakan oleh pergerakan pemuda

UMNO W.P Labuan?

iii) Apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh pergerakan pemuda

UMNO W.P Labuan?

3.0 SKOP KAJIAN

i) Siapa : Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan

ii) Di mana : Kajian ini dijalankan di W.P Labuan

iii) Kenapa : Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji kegiatan pergerakan

pemuda UMNO W.P Labuan

4.0 KAEDAH KAJIAN

i) Sumber Premier

4.1.1Temubual

4.1.2 Pemerhatian

4.2 Sumber Sekunder

4.2.1 Internet

Page 20: sejarah

950420-12-5176

4.2.2 Surat Khabar

4.2.3 Buku

10.3 BORANG TEMU BUAL

TAJUK KAJIAN : KEGIATAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO W.P

LABUAN

OLEH : NORSULIYFEZAH BINTI HALIPAH

NO.KAD PENGENALAN : 950420-12-5176

1. Bolehkah tuan menceritakan serba ringkas biodata tuan?

2. Berapa lamakah tuan memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

W.P Labuan?

Page 21: sejarah

950420-12-5176

3. Bolehkah tuan menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman tuan selama

memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan?

4. Sebagai Ketua Pemuda UMNO W.P Labuan, sudah pastinya tuan mengetahui pada

tahun berapakah Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ditubuhkan dan

bagaimanakah proses penubuhannya?

5. Apakah objektif utama penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ini?

Page 22: sejarah

950420-12-5176

6. Selain itu, apakah visi dan misi Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan ini?

7. Berapakah bilangan ahli Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan pada masa ini?

8. Apakah program-program yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO

W.P Labuan?

9. Pergerakan Pemuda UMNO W.P Labuan sudah semestinya banyak melaksanakan

aktiviti-aktiviti luar. Oleh yang demikian, bolehkah tuan menceritakan tentang

aktiviti-aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda ini?

Page 23: sejarah

950420-12-5176

10. Seterusnya, apakah sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan oleh Pergerakan

Pemuda UMNO W.P Labuan kepada masyarakat?

11. Adakah tuan mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk Pergerakan

Pemuda UMNO W.P Labuan?