satu tinjauan terhadap faktor-faktor kebimbangan ... · pendahuluan 1.1 pengenalan pendidikan...
TRANSCRIPT
SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,
PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH
SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH
SITI HAIYU BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH
SEBELUM MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya SITI HAIYU BINTI ISMAIL (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 123, Kg. Sabak Awor, Prof. Madya Hj. Aziz bin Nordin Jalan Ismail, 84000 Muar, (Nama Penyelia) Johor Tarikh: 17 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL2006.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Hj. Aziz bin Nordin
Tarikh : 19 APRIL 2006
SATU TINJAUAN TERHADAP FAKTOR-FAKTOR KEBIMBANGAN,
PERSEDIAAN DAN PANDANGAN BAKAL-BAKAL GURU PELATIH SEBELUM
MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH
SITI HAIYU BINTI ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI HAIYU BINTI ISMAIL
Tarikh : 17 APRIL 2006
iii
DEDIKASI
Untuk ibu dan ayah tersayang;
Zainon binti Hj. Hassan dan Ismail bin Hj. Kasnon
Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pengorbananmu
Teman-teman seperjuangan
Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita demi Allah S.W.T
Teristimewa buat ;
Saudara Mohd Hardi Bin Hj. Sayuti yang telah banyak memberikan pertolongan dan
galakkan untuk menjayakan kajian ini
Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya
Insya` Allah
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
rahmatNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Profesor Madya Hj. Aziz bin Nordin selaku
penyelia Projek Sarjana Muda ini atas segala bimbingan, bantuan dan nasihat yang
diberikan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang diberikan akan
dikenang sepanjang hayat.
Sekalung budi diberikan kepada bonda dan ayahanda yang disayangi dunia
akhirat. Anakanda berterima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan yang telah diberi
selama anakanda menuntut ilmu bagi menyempurnakan impian kalian berdua. Semoga
ALLAH meletakkan kita bersama-sama di syurgaNYA.
Teristimewa buat saudara Mohd Hardi dan sahabat-sahabat, terima kasih atas
segala dorongan dan bantuan. Seterusnya kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak dalam membantu menyiapkan kajian ini. Semoga Allah
membalas budi baik kalian.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan terhadap bakal guru-guru pelatih tahun dua yang mengikuti
kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kebimbangan bakal guru-guru pelatih sebelum menjalani
Latihan Mengajar di sekolah. Selain itu, pandangan dan persediaan bakal guru-guru
pelatih terhadap Latihan Mengajar turut dikaji. Dalam konteks kajian ini, terdapat
empat faktor utama yang dikaji iaitu faktor penilaian, kawalan kelas, kriteria dalam
Latihan Mengajar dan hubungan dengan pihak pentadbiran sekolah semasa Latihan
Mengajar. Seramai 100 orang bakal guru-guru pelatih telah dipilih secara rawak
mudah untuk menjadi responden dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk
mengukur tahap kebimbangan adalah soal selidik yang mengandungi 45 item
berbentuk soalan skala likert. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji
kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Hasil kajian rintis mendapat nilai
α=0.8990. Data telah dianalisa dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Science Social (SPSS). Secara keseluruhannya, tahap kebimbangan bakal guru-guru
pelatih berada pada tahap sederhana. Manakala pandangan responden terhadap
Program Latihan Mengajar adalah positif dan persediaan juga telah dilakukan.
vi
ABSTRACT
The research was carried out on future teacher trainees who fellow the Bachelor of
Science and Education at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. The purpose
of this research is to find out the factors that influenced the level of student teachers
anxieties before their teaching training. Otherwise, student teachers view and
preparation on teaching training have also been investigated. There are four main
factors that have been investigated which is an evaluation factor, class control, the
criteria of teaching training and the relationships with the administration of the
school factor. The sample consist of 100 future teacher trainees via the simple
random sampling. The questionnaire which is consist 45 likert scale item have been
used as instrument in this research. The pilot tests was carried out to determine the
internal consistency of the questionnaire. Result reveal the value of α=0.8990. The
data connected have been analyzed by using Statistical Package for Science Social
(SPSS) software. The result reveal that all student teachers have a medium level of
anxieties. Otherwise, these student teachers view on teaching training is positive and
they have already prepared to go to the school.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.1 Definisi Istilah 9
1.2 Penutup 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan
Guru Pelatih 13
2.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Pelatih 15
2.3.1 Pedagogi Am 17
2.3.2 Pedagogi Khas 17
2.4 Ciri-ciri Dalam Profesion Perguruan 18
2.5 Persediaan Sebelum Menjalani Latihan Mengajar 21
2.6 Penutup 23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka bentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Pensampelan Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 26
3.5 Kajian Rintis 28
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 28
3.8 Kaedah Analisis Data 29
3.9 Pengumpulan Data Sekunder 31
3.10 Penutup 31
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Latar belakang Responden 33
ix
4.3 Analisis Latar belakang Pengalaman Mengajar
Responden 34
4.4 Analisis Tahap Kebimbangan Bakal-bakal Guru Pelatih
Sebelum Menjalani Latihan Mengajar Terhadap
Aspek Persekitaran Sekolah dan Penilaian Pensyarah 35
4.5 Analisis Pandangan Bakal-bakal Guru Pelatih Terhadap
Program Latihan Mengajar Dan Profesion Perguruan 48
4.6 Analisis Persediaan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum
Menjalani Latihan Mengajar Dalam Aspek Kewangan,
Keyakinan Dan Kemahiran Mengajar 51
4.7 Penutup 56
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Aspek Demografi Responden 58
5.3 Kebimbangan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum
Menjalani Latihan Mengajar Terhadap Aspek
Persekitaran Sekolah Dan Penilaian Pensyarah 58
5.3.1 Faktor-faktor Kebimbangan Pada Tahap Tinggi 59
5.3.2 Faktor-faktor Kebimbangan Pada Tahap Sederhana 61
5.4 Pandangan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum Program
Latihan Mengajar Dan Terhadap Profesion Perguruan 65
5.5 Persediaan Bakal-bakal Guru Pelatih Sebelum Latihan
Mengajar di Sekolah 68
5.6 Kesimpulan 70
5.7 Cadangan 71
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.9 Penutup 73
RUJUKAN 74
LAMPIRAN A 77
LAMPIRAN B 78
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.5.1 Kandungan instrumen kajian 27
3.5.2 Sistem pemeringkatan likert 28
3.6.2 Skala min 30
3.6.3 Tahap kebimbangan 31
4.1 Taburan maklumat latar belakang responden berdasarkan jantina,
Bangsa dan opsyen yang diambil 33
4.2 Jadual taburan maklumat latar belakang responden berdasarkan
pengalaman mengajar dan kebimbangan terhadap Latihan
Mengajar 34
4.3 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek penilaian 36
4.4 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek kawalan kelas 37
4.5 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek memenuhi kriteria dalam
latihan mengajar 38
4.6 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek hubungan dengan pihak
pentadbiran di sekolah 41
4.7 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek penempatan 43
4.8 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek pemilihan rakan-rakan 44
xii
4.9 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek pengangkutan sepanjang
tempoh latihan mengajar 46
4.10 Frekuensi dan peratusan responden mengikut tahap
kebimbangan terhadap aspek suasana persekitaran di sekolah 47
4.11 Frekuensi dan peratusan responden terhadap pandangan
bakal-bakal guru pelatih terhadap program latihan mengajar 48
4.12 Frekuensi dan peratusan responden terhadap pandangan
bakal-bakal guru pelatih terhadap profesion perguruan 50
4.13 Frekuensi dan peratusan responden terhadap keyakinan untuk
mengajar di sekolah 52
4.14 Frekuensi dan peratusan responden terhadap persediaan dalam
aspek kemahiran mengajar 53
4.15 Frekuensi dan peratusan responden terhadap persediaan
kewangan 55
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 77
B Surat Akaun Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia 78
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu bidang yang berperanan penting dalam
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh yang demikian, perkembangan
dalam bidang pendidikan ini merupakan aspek yang perlu diberi keutamaan dalam
usaha melahirkan bakal pemimpin berkualiti pada masa akan datang.
Menyedari kepentingan pendidikan dalam sesebuah negara, maka kerajaan
telah mengambil langkah-langkah positif dalam usaha untuk memastikan
keberkesanan sistem latihan pendidikan bagi menghasilkan guru-guru yang berkualiti
dan boleh menentukan pendidikan di sekolah berjalan dengan berkesan, tersusun,
dan memenuhi matlamat dan falsafah yang telah dibentuk. Menurut bekas Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Dengan tenaga manusia yang
terdidik dan terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran yang
akan datang. Sektor pendidikan dan latihan adalah penting bagi memastikan sumber
tenaga manusia negara dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran”
(Pembangunan Pendidikan 2001-2010).
Dalam usaha untuk menyediakan generasi muda untuk berdepan dengan
zaman teknologi serta menanamkan nilai-nilai tradisi lama dan baru, pendidikan
merupakan alat yang terpenting. Tujuan keseluruhan bagi pendidikan adalah untuk
mengubah corak tingkah laku manusia dalam tiga aspek, iaitu perkembangan kognitif
(pemikiran, intelek), perkembangan tingkah laku (kemahiran, kecekapan), dan emosi
2
(kasih, belas kasihan, bangga). Pelbagai strategi dan program pembangunan
pendidikan yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu kehidupan masyarakat
telah dibentuk untuk menangani banyak masalah sosial yang wujud di negara kita
(Faridah Karim, 1999).
Kursus pendidikan adalah merupakan latihan secara formal bagi bakal guru
yang bertujuan untuk menghasilkan pendidik yang memenuhi kriteria sebagai
seorang pendidik, sekaligus mampu untuk menggalas tanggungjawab dalam
menyempurnakan Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sepanjang menjalani
kursus perguruan ini, bakal-bakal guru akan diberikan persediaan awal dalam proses
melengkapkan dan menjadikan diri mereka sebagai seorang guru yang bertauliah dan
berwibawa, sama ada daripada segi teori mahupun praktikal. Latihan perguruan
berhasrat supaya guru pelatih melihat perhubungan dua hala antara teori dan praktis
berkembang secara dinamik. Selain itu, pelatih juga diharapkan tidak akan hanya
mengulangi kebiasaan yang sedia wujud tanpa membuat analisis secara kritikal
(Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1997).
Latihan Mengajar adalah suatu percubaan bagi bakal guru sebelum
menghadapi suasana kerja yang sebenar dan melalui pengalaman yang ditimba
semasa Latihan Mengajar ini, guru pelatih juga dapat meneliti sejauh manakah
persediaan mereka dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang guru, serta cuba
mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari seperti psikologi, falsafah,
sosiologi dan sebagainya. Secara tidak langsung, bakal-bakal guru ini dapat
mengembangkan potensi sebagai seorang guru yang telah sedia ada dalam diri
mereka. Dalam satu tinjauan oleh Wong Fong Tong (1985) dari Universiti Malaya,
yang telah mengkaji sikap dan personaliti guru pelatih, mendapati bahawa kumpulan
guru pelatih yang menjalani sesi Latihan Mengajar sama ada sebelum ini mempunyai
pengalaman atau tidak, telah mengubah sikap dan personaliti mereka terhadap bidang
perguruan ini.
Selain daripada itu, program Latihan Mengajar ini juga bermanfaat kepada
pensyarah dan fakulti kerana mereka dapat meneliti sejauh manakah perlaksanaan
daripada segi kurikulum yang dibina, penilaian yang dijalankan dan kemampuan
program Latihan Mengajar ini dijalankan (meneliti masalah-masalah yang wujud dan
3
mencari penyelesaian yang tepat). Perubahan yang berlaku terhadap keyakinan serta
sikap optimis pelajar terhadap pengajaran setelah menjalani Latihan Mengajar,
seterusnya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan boleh dijadikan sebagai
reaksi kepada para pensyarah dan fakulti dalam menilai fungsi dan kemampuan
mereka dalam membantu bakal-bakal guru ini mengembangkan potensi sedia ada
dalam diri mereka.
Namun begitu, pelbagai kekangan yang wujud sebelum bakal-bakal guru
pelatih ini menjalani Latihan Mengajar menyebabkan timbul pelbagai masalah
sepanjang tempoh mereka berada di sekolah. Menyedari hakikat betapa pentingnya
program Latihan Mengajar ini sebagai satu tapak bagi bakal-bakal guru ini
melengkapkan diri mereka dengan pengalaman sebagai seorang guru, penyelidik
berhasrat untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi bakal-bakal guru
pelatih ini sebelum menjalani Latihan Mengajar di sekolah. Ini bertujuan supaya
perancangan dan tindakan susulan boleh dilakukan, supaya proses melatih guru ini
dapat dilakukan dengan lebih baik oleh bakal-bakal guru pelatih.
1.2 Latar belakang Masalah
Bidang perguruan merupakan suatu bidang yang profesional, di mana
profesionalisme ini merujuk kepada suatu set piawai kerja atau tanggungjawab dan
praktis yang telah diiktiraf oleh sesuatu profesion. Umumnya, ia merujuk kepada
cara pelaksanaan tugas yang sangat cekap dan mengikut etika yang telah ditentukan
oleh pekerjaan tersebut. Profesionalisme juga merujuk kepada sikap yang positif
terhadap pekerjaan, bukan sahaja menjalankan tugas dengan baik, malahan sentiasa
berfikir mencari jalan untuk memperbaiki pelaksanaan tugas yang telah di
amanahkan (Noor Azlan Ahmad Zanzali, 1997).
Dalam usaha untuk menyediakan bakal-bakal guru yang mempunyai
kesediaan sebagai seorang guru yang profesional, Fakulti Pendidikan UTM telah
mewujudkan program Latihan Mengajar sebagai komponen penting dalam latihan
perguruan selepas pelatih didedahkan kepada beberapa aspek teori pengajaran dan
4
pembelajaran. Aktiviti Latihan Mengajar berkisar kepada ruang lingkup pengalaman
guru pelatih sewaktu melaksanakan proses pengajaran dalam bilik darjah. Ini
merupakan suatu peluang bagi pelatih dan penyelia melihat, menilai dan membuat
refleksi terhadap pelaksanaan teori yang telah didedahkan (Noor Azlan Ahmad
Zanzali, 1997).
Namun begitu, seringkali guru mata pelajaran yang diambil alih mengeluh
dan kurang berpuas hati mengenai keyakinan mengajar guru pelatih dan penguasaan
isi pelajaran. Ramai di kalangan guru pelatih yang menjalani Latihan Mengajar
didapati kurang mahir dengan isi akademik dan kurang kreatif dan bermotivasi untuk
menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi tersebut (Abu
Hassan Kassim, 1989).
Dalam bengkel maklum balas Latihan Mengajar anjuran Fakulti Pendidikan
UTM, didapati, antara kelemahan guru pelatih semasa menjalani Latihan Mengajar
ini adalah gaya pertuturan, pengurusan bilik darjah, penggunaan papan tulis dan alat
bantu mengajar yang sesuai, gagal mengekalkan minat pelajar, pengajaran yang
terlalu akademik dan stereotaip dan pelbagai lagi (Abu Hassan Kassim, 1989).
Di samping itu, telah banyak kajian dari negara luar yang telah menjalankan
tinjauan berkaitan sikap kebimbangan guru pelatih yang pertama kali mengajar di
sekolah. Pelbagai isu telah ditimbulkan dan dikaji sejauh mana hubungannya dengan
sikap ini. Di dalam kajian Norah (1987), dinyatakan kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan, antaranya gangguan pelajar di dalam kelas (Hart, 1987), kebimbangan
terhadap proses penilaian, pengawalan disiplin dan mengajar dengan berkesan
(Parsons,1973) dan masalah dalam mengawal kelas (Petrusich, 1966). Adalah kurang
wajar mengharapkan guru pelatih sudah mempunyai segala ilmu dan kemahiran
sewaktu menjalani Latihan Mengajar. Latihan Mengajar bukan sahaja bertujuan
untuk mempraktikkan teori dan kemahiran yang telah dipelajari, tetapi ia juga
merupakan satu proses pembelajaran (Ismail Kailani, 1989).
Berdasarkan kepada maklum balas dan kajian-kajian yang telah dijalankan
oleh pakar dalam bidang pendidikan ini, maka jelaslah bahawa segala kelemahan
yang dinyatakan adalah berkait rapat dengan kebimbangan guru pelatih dan hal ini
5
secara tidak langsung akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran
mereka di dalam kelas sepanjang tempoh Latihan Mengajar, sekaligus memberi
kesan kepada pihak sekolah dan guru mata pelajaran kelas yang diambil setelah
tamat tempoh Latihan Mengajar. Selain itu juga, keprofesionalan seorang pendidik
jelas terhasil daripada latihan dalam jangka masa yang panjang. Pencapaian bakal-
bakal guru pelatih dalam Latihan Mengajar juga bermula daripada persediaan yang
dilakukan agar segala perancangan dapat dilakukan dengan baik.
1.3 Pernyataan Masalah
Kesediaan guru pelatih yang akan menjalani Latihan Mengajar adalah sangat
penting. Sekiranya tidak, guru pelatih mungkin akan merasakan bahawa Latihan
Mengajar ini adalah sebagai suatu bebanan dan tanggungjawab yang berat,
sedangkan Latihan Mengajar ini adalah suatu keperluan bagi mereka sebagai suatu
persediaan dan peluang untuk mereka mempraktikkan segala teori, kaedah,
kemahiran dan kefahaman yang telah dipelajari sebelum menghadapi suasana bekerja
yang sebenar.
Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang telah dikenalpasti, pelbagai
permasalahan yang timbul sekarang iaitu adakah benar aspek-aspek daripada sudut
persekitaran sekolah dan pensyarah mempengaruhi kebimbangan guru pelatih atau
tidak? Apakah bakal-bakal guru pelatih UTM bersetuju dengan program Latihan
Mengajar ini? Seterusnya bagaimana pula dengan persediaan yang dilakukan?
Adakah mencukupi atau tidak? Justeru itu, penyelidik bercadang untuk mengkaji
segala permasalahan yang timbul ini.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor kebimbangan,
pandangan serta persediaan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani program
Latihan Mengajar di sekolah.
Bagi mencapai tujuan di atas, beberapa objektif khusus kajian telah dikenal
pasti iaitu :
i. Meninjau sejauh manakah tahap kebimbangan bakal-bakal guru pelatih
sebelum menjalani Latihan Mengajar terhadap aspek persekitaran sekolah
dan penilaian pensyarah.
ii. Meninjau pandangan bakal-bakal guru pelatih terhadap program Latihan
Mengajar dan profesion perguruan.
iii. Mengenal pasti persediaan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani
Latihan Mengajar dalam aspek kewangan, keyakinan dan kemahiran
mengajar.
1.5. Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang timbul dalam kajian ini adalah :
i. Apakah tahap kebimbangan bakal-bakal guru pelatih sebelum menjalani
Latihan Mengajar terhadap aspek persekitaran sekolah dan penilaian
pensyarah?
ii. Apakah pandangan bakal-bakal guru pelatih terhadap program Latihan
Mengajar dan profesion perguruan sebelum menjalani Latihan Mengajar?
iii. Bagaimanakah persediaan bakal-bakal guru pelatih dalam aspek kewangan,
keyakinan dan kemahiran mengajar sebelum menjalani Latihan Mengajar?