guru kaunseling berperanan dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar

Upload: babytwelve

Post on 10-Oct-2015

622 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sekolah

TRANSCRIPT

Guru kaunseling berperanan dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar.

1. kaunselor bertanggungjawab untk membantu pelajar untuk mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca dan mengambil nota,pengurusan masa,pengurusan diri,kemahiran mendengar, kemahiran mengingat,mengulangkaji,menjawab soalan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.2. .Oleh itu kaunselor amat memerlukan kerjasama dari rakan guru yang lain. Kursus-kursus kesedaran diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rasa kebertanggungjawapan pelajar terhadap kejayaan mereka sendiri.Sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar maka mereka akan didedahkan dengan beberapa ujian personaliti yang bertujuan untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kemahiran lain yang diajar kepada pelajar adalah mengurus diri,membina matlamat diri,mengenal pasti sumber belajar dan kemahiran belajar sokongan.Kemahiran belajar seperti kemahiran membaca,membuat rujukan ,pengurusan masa,mencatat nota,memberikan konsentrasi,mendengar,mengingat,mengulang kaji,kumpulan belajar,dan teknik menjawab soalan peperiksaan serta peluang untuk menyambung pelajaran ataupun latihan.3. kaunselor untuk membantu murid dalam membuat pemilihan cita-cita terhadap kerjaya pilihan secara pendedahan melalui pengumpulan maklumat kerjaya yang dilakukan oleh murid .Beberapa pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah,daerah,negeri dan kebangsaan berkaitan kerjaya turut diadakan bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya pilihan.Antara pertandingan yang melibatkan kerjaya adalah Eksplorsai Alam Kerjaya,kain rentang kerjaya, dan poster kerjaya.Dengan dibimbing oleh kaunselor maka para pelajar akan berusaha untuk mendapatkan bahan bagi kegunaan mereka.4. Kaunselor bertanggung jawab untuk membantu pelajar bagi meningkatkan self esteem ,kerohanian,pengurusan tekanan, kemahiran komunikasi,kemahiran asertif yang boleh dilakukan melalui bimbingan kerjaya,penyertaan pelajar dalam kem bina insan, kem motivasi,perkhemahan ibadah dan kaunseling keluarga.Semua aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk meningkatkan psikososial pelajar serta meningkatkan tahap kesejahteraan mental pelajar agar para pelajar dapat menyeimbangkan antara tuntutan kehidupan dan tuntutan untuk meneruskan pembelajaran di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi kelak.5. Tugasan ini memerlukan kaunselor untuk membantu ibu bapa dan keluarga dalam menyelesaikan masalah ponteng,kenakalan anak melalui lawatan ke rumah serta bimbingan individu.Melalui kaunseling keibubapaan ini kaunselor akan dapat mengetahui latar belakang keluarga kliennya serta dapat menyelidiki masalah klien dengan lebih dekat dan menyeluruh.Ini akan membantu kaunselor mendapatkan pandangan dan membantu ibu bapa untuk menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan anak mereka yang bermasalah.

Tugas membantu pelajar yang bermasalah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana kebanyakan pelajar yang bermasalah datang dari keluarga yang bermasalah.Oleh itu,kaunselor perlu berhati-hati ketika menjalankan kaunseling keibubapaan agar ia tidak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif hingga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan ibu bapa.Justeru itu,tugas sebagai kaunseling keibubapaan merupakan suatu tugas yang sangat mencabar kerana kaunselor bukan sahaja berhadapan dengan pelajar tetapi ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang bermasalah.

MURID DENGAN KEPERLUAN KHASPengenalan

Murid dengan keperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental, keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Murid dengan keperluan khas perlu dirujuk kepada pakar perubatan untukmenentukan sama ada mereka sesuai dihantar ke sekolah khas atau ke sekolahbiasa.

Murid dengan keperluan khas digalakkan belajar di kelas biasa. Murid ini akanbelajar bersama-sama dengan murid biasa, dalam persekitaran yang sama,kurikulum yang sama dan diajar oleh guru yang sama. Suasana seperti ini akanmembiasakan murid keperluan khas dengan keadaan dunia yang sebenar.

Walaupun guru yang mengajar murid ini adalah guru biasa yang tidak mempunyailatihan khas untuk mengendalikan mereka, guru atau pelaksana perlu tahumengenai murid keperluan khas ini supaya mereka boleh membuat penyesuaian dari segi pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan.

Untuk membantu guru biasa ini, adalah disarankan supaya setiap tadika yang adamurid keperluan khas mempunyai guru sokongan (support teacher) yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas tentang murid keperluan khas.

Kategori Murid Keperluan Khas

Murid keperluan khas boleh dilihat dari dua perspektif.i. Murid yang bermasalah pembelajaranii. Murid yang pintar cerdas

i. Murid Bermasalah Pembelajaran

Murid yang bermasalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri berikut; Masalah kelewatan penguasaan bahasa, komunikasi dan literasiseperti sukar memahami apa yang diperkatakan, pelat dan gagap Masalah berkaitan dengan visual atau penglihatan seperti:- Sukar melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk,warna dan kedudukan objek- Tidak boleh membentuk huruf atau menulis hurufsecara terbalik- Sukar mengingat sesuatu yang dilihatnya- Mudah terganggu dan menukar tumpuan kerja- Hiperaktif iaitu sentiasa bergerak, tidak boleh dudukdiam dan selalu resah

Masalah berkaitan dengan pendengaran

Cara Membantu Murid Bermasalah Pembelajaran

Setelah mengenal pasti murid yang bermasalah pembelajaran, guru dan pelaksanatadika harus merancang strategi untuk memenuhi keperluan pembelajaran mereka.Berikut adalah cadangan untuk membantu melaksanakan proses pengajaran danpembelajaran bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza.

a. Bagi murid yang memerlukan bantuan dari segi komunikasi, bahasa danliterasi, guru perlu menggunakan: Komunikasi bukan lisan seperti lambang dan isyarat Bahan visual dan bertulis/bercetak dalam pelbagai saiz dan format Bahan komunikasi teknologi maklumat dan bahan teknologi lain

b. Bagi membina kefahaman melalui pengalaman sebenar (hands-onexperience) dan deria, guru perlu menggunakan: Bahan dan sumber yang murid gunakan melalui penglihatan,pendengaran, sentuhan dan bau Bahan komunikasi dan teknologi maklumat dan bahan teknologi lain

c. Bagi melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti fizikal danpraktikal, guru perlu : Mempunyai sokongan dan bantuan daripada orang dewasa lain Menyesuaikan aktiviti dan persekitaran Mempunyai bahan dan peralatan khas Menghargai dan memuji usaha murid Membantu murid menghargai dan menghormati sumbangan sendiridan orang lain Memberi peluang kepada mereka meningkatkan kemahiran danpengetahuan

ii. Murid Pintar Cerdas

Murid pintar cerdas mempunyai ciri-ciri berikut: Belajar dengan mudah, cepat dan mempunyai rasa ingin tahu yangtinggi Mempunyai perbendaharaan kata yang banyak, tepat danmengekal/mengingat apa yang dibaca dan didengar dengan mudah Peka dan menunjukkan reaksi segera kepada sesuatu tugasan danberupaya menyelesaikan masalah Penyesuaian sosial dan kawalan emosi yang baik Berminat dalam pembelajaran dan pencapaian akademik yangtinggi Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan, kekuatan dankesihatan

Penyediaan Pembelajaran Murid Pintar Cerdas

Guru boleh menyediakan pembelajaran murid pintar cerdas dengan cara: Menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan mencabar Menggalakkan kreativiti dan pembelajaran akses kendiri Memberi peluang kepada murid membuat pilihan dan keputusansendiri tentang bahan dan aktiviti yang ingin dilaksanakannya Mengadakan program pengayaan

Mengesan KecacatanSecara Objektif Saringan Pendengaran Ujian rambang : mengetahui keupayaan pendengaran dengan peralatan audiologiSecara Subjektif Ujian Tingkahlaku (Pure Tone Audiometry PTA)- Pemerhatian terhadap tindakbalas mereka pada bunyi Ujian pertuturan- Keupayaan memahami apa yang ditutur dan menunjukkan tindak balas Pemerhatian- Kurang memberi pemerhatian tahap kepekakan- Tidak memahami arahan- Kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pertuturan- Seringkali bertanya pada rakan-rakan- Selalu berkhayal- Lemah dalam akademik (Bahasa)- Cara percakapan yang janggal- Sering memandang ke arah penuturProsedur Penilaian Menemubual ibu bapa untuk mendapatkan sejarah dan latarbelakang klien Menjalankan pemeriksaan telinga luar Menjalankan ujian telinga tengah Menjalankan ujian-ujian pendengaran Mendapatkan keputusan tentang tahap kehilangan pendengaran jenis kehilangan pendengaran

Strategi mengesan Masalah PembelajaranMurid21 Julai 2009cikguTinggalkan komenGo to commentsSalam sejahtera.Semoga anda kekal sihat dan sentiasa ceria mengharungi liku-liku hidup. Alhamdulillah. Hari ini kita bertuah kerana masih dapat bernafas di bumi yang indah ini.Topik pada kali ini adalah Strategi Mengesan Masalah Pembelajaran Murid. Baru-baru ini, guru Pemulihan di sekolah saya datang berjumpa dan ingin berbincang sesuatu bersama saya.Masalah yang dihadapinya adalah bagaimana hendak mengesan masalah murid yang diajarnya. Saya pun memberikan pandangan berikut ;1. Pemerhatian2. Pentafsiran rekod prestasi3. Pentafsiran rekod profil4. Ujian kertas dan pensel5. Temu bual dengan guru darjah6. Temu bual dengan ibu bapa / penjaga murid.PEMERHATIAN ;Guru boleh melakukan pemerhatian ini secara tidak langsung di bilik darjah masing. Melalui cara ini, guru akan mengetahui perubahan yang mungkin jelas kelihatan misalnya dari aspek emosi, ketegangan murid, kedudukan tubuh badan yang tidak semula jadi dan perubahan tingkah laku.Dalam strategi ini ada beberapa teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan. Antaranya :1. Teknik pemerhatian dengan senarai semak2. Pemerhatian di luar bilik darjah3. Pemerhatian tingkah lakuPENTAFSIRAN REKOD PRESTASIRekod prestasi merupakan rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid dalam kelas.Pentingnya rekod prestasi ini antaranya dapat membantu guru menilai secara jangka panjang dan membolehkan guru sentiasa mempunyai pengetahuan tentang murid-murid mereka.Bagi ibu bapa pula, rekod prestasi dapat membantu mereka memahami prestasi akademik, perkembangan sosila, fizikal dan emosi anak-anak. Melalui sumber berkenaan, ibu bapa dapat membantu pihak sekolah seperti menilai anak-anak, meningkatkan tanggungjawab sebagai penjaga dengan menasihati dan memberi tunjuk ajar di rumah.REKOD PROFILRekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti disekolah dan ditunjukkan menggunakan markah dan gred.UJIAN KERTAS dan PENSELUjian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan dan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.TEMU BUAL dengan GURU DARJAHPerbincangan dengan guru darjah dapat memberi maklumat tentang seseorang murid yan hendak dikenal pasti. Melalui teknik ini, guru akan dapat maklumat seperti kehadiran, pencapaian akademik, tingkah laku dan perbezaan individu.TEMU BUAL dengan IBU BAPASaya kerap menggunakan kaedah ini kerana ibu bapalah individu yang paling rapat dengan murid di rumah selain guru semasa di sekolah. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada ibu bapa berkaitan murid termasuklah latar sosio-ekonomi keluarga, faktor baka, kesihatan, penceraian, faktor kelahiran dan sebagainya.

Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan LemahKaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS, HALUS atau GARUK(Ambilan daripada khirkassim.blogspot.com)

[Teks ini telah saya gunakan dengan sedikit penambahan ketika penyampaian ceramah di Kursus Pemantapan Pengurusan Panitia Bahasa Melayu Bagi Sekolah-sekolah Terpilih Negeri Perak pada 1- 3 Julai, di Alor Setar. Terima kasih Cikgu Mohd Khir Kassim]

Pengenalan

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini.

Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.

Cabaran dan Tanggungjawab Guru

Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini. Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah ituterkawal.Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif.

Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu. Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat,demokratik dan bersemangat.Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru.

Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian TindakanGuru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu.

Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.

Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan.

Selain itu, guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.PenutupKesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid.

Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.Cabaran dan Tanggungjawab GuruOleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini.Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal.

Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu.Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat.

Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan.

Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan.Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.Teknik Pengajaran yang BerkesanGuru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran.

Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana murid-murid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guru-guru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing.

Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Disablity)PENGENALAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik.

DEFINISI

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerak balas bahasa, samada tulisan, perpsepsi kognitif atau aktiviti psikomotor. (sumber diolah daripada Buku Perkembangan Kanak-Kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang)

JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN

Disleksia

Disleksia merupakan sejenis masalah yang paling kerap berlaku dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Sebenarnya kanak-kanak ini mempunyai tahap keupayaan intelek yang normal. Tetapi disebabkan factor-faktor tertentu mereka tidak dapat menguasai pembelajaran. Masalah utama yang menyebabkan berlakunya disleksia ialah perbezaan cara otak berfungsi terutama dalam menghubungkan symbol visual dan bunyi. Kanak-kanak disleksia akan menghadapi kesukaran dalam pembacaan, penulisan, memahami isi bacaan, mengeja dan mengira. Adalah dianggarkan sebanyak 4-8% pelajar sekolah mengalami masalah disleksia dan dikenal pasti bahawa lebih ramai pelajar lelaki mengalami disleksia berbanding perempuan.

Antara ciri-ciri kanak disleksia yang dapat dikenalpasti di peringkat prasekolah ialah lambat bertutur, mengalami kesukaran sebutan atau rima, sukar menulis nama sendiri, sukar mengenal bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya. Manakala pada peringkat seterusnya iaitu di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira, tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas, kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) contohnya 15 dengan 51, was menjadi saw, b dengan d. Pada peringkat ini juga mereka mungkin mengalami kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut, keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok, kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan dan selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Dysgraphia

Dysgraphia merupakan satu masalah yang melibatkan neurologi yang dikategorikan sebagai masalah dalam penulisan. Masalah ini menyebabkan seseorang akan melakukan kesilapan semasa menulis. Bagi kanak-kanak, biasanya masalah ini dapat dikesan pada peringkat awal mereka diperkenalkan kepada penulisan. Mereka akan tersilap menulis, saiz hruf yang tidak sesuai atau tidak menepati ruang yang tersedia, atau salah ejaan. Masalah ini berlaku tidak dapat diketahui namun secara umunya ia berlaku akibat daripada kerosakan pada parietal lobe otak.

Dyspraxia

Dyspraxia merupakan sejenis masalah yang disebabkan gangguan neurological yang boleh menyebabkan gangguan kepada pergerakan dan koordinasi. Ia juga dikenali sebagai motor learning disability. Kanak-kanak yang mengalami dyspraxia menghadapi kesukaran untuk mengkoordinasi pergerakan dengan lancar. Selalunya mereka menghadapi kesukaran untuk mengkoordinasi pergerakan dengan lancar. Dyspraxia juga akan mengakibat kanak-kanak itu akan berhadapan dengan masalah bahasa dan kadangkalanya sukar dalam persepsi dan pemikiran. Namun demikian dyspraxia tidak akan mempengaruhi tahap kecemerlangan sesorang namun ia akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran terutama kepada kanak-kanak.

Dyscalculia

Individu yang mengalami dyscalculia secara umumnya mempunyai tahap intelektual yang normal, namun mereka menghadapi masalah kepada proses pemikiran (kognitif) tertentu. Mereka menghadapi kesukaran kepada beberapa jenis pemikiran terutama sekali dalam mata pelajaran Matematik. (B Adler, 2001)

Menurut Gross-Tsur, Manor dan Shaley (UK Studies) 1996, 6.5% adalah dyscalculic. Manakala menurut Lewis, Hitch dan Walker 1994, 1.3% adalah dyscalculic manakala 2.3% adalah dyscalculic dan dyslexic ini menunjukkan bahawa menurut kajiannya 3.6% daripada penduduk dunia mengalami dyscalculia.

Masalah pembelajaran lain

a) Gangguan auditori (Bermasalah dalam menerima maklumat melalui pendengaran dan memproses maklumat)

b) Persepsi visual (Bermasalah dalam menyalin, sukar menjawab soalan secara menghitamkan jawapan semasa peperiksaan.

c) Gangguan bahasa(Sukar untuk membezakan peristiwa lampau dan kini, sukar untuk memgingat sesuatu perkataan.

d) Dyssemia(Sukar membezakan ton suara, sukar memahami humor dan kritikan)

e) Memory(Sukar untuk mengingati maklumat)

f) Gangguan perhatian (Attention Deficit) Sukar untuk menguruskan sesuatu, sukar untuk member tumpuan.

PUNCA-PUNCA KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kebanyakan pakar tidak dapat mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah pembelajaran, tetapi mereka berpendapat bahawa ia adalah disebabkan gangguan system saraf pusat yang disebabkan pelbagai faktor seperti keturunan (genetik), masalah semasa kehamilan atau kelahiran dan insiden selepas kelahiran seperti kemalangan.

PROGRAM PENDIDIKAN

Di Malaysia Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran melibatkan masalah daripada pelbagai kategori. Oleh sebab tahap pencapaian pendidikan murid dalam kategori ini secara amnya amat rendah (Grolnick and Ryan, 1990), maka mereka perlu mengikuti program pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang ditawarkan di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang bercorak intergrasi dan inklusif. Sekolah intergrasi atau pendidikan separa Inklusif bermaksud murid berkeperluan khas belajar dalam bangunan atau kelas yang berlainan tetapi dalam kawasan sekolah yang sama dengan kanak-kanak normal. Manakala kelas inklusif ialah murid bermasalah pembelajaran belajar dalam kelas yang sama dengan kanak-kanak normal dan mengikuti kurikulum yang sesuai dengan kemampuan individu.

Jabatan Pendidikan Khas menggariskan bahawa murid bermasalah pembelajaran ini boleh mengikuti program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran sekiranya mereka dapat mengurus diri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai megalami kecacatan sehingga mengganggu proses pembelajaran.

Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan pendidikan Khas, murid yang dikenalpasti mengalami masalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian mereka dalam kebolehan kognitif, tingkah laku dan perkembangan social, penguasaan bahasa iaitu lisan atau pertuturan, keupayaan membaca, kemahiran perkembangan (developmental skill), dan kemahiran matematik. Walaupun murid bermasalah pembelajaran menghadapi masalah melibatkan domain kognitif, afektif, psikomotor dan sosioemosi, namun mereka masih berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka sekadar kurang bertindakbalas terhadap strategi pembelajaran mereka secara menyeluruh. Justeru itu, murid tersebut perlu dibekalkan dengan kurikulum khas yang lebih bersifat fleksibel, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan mereka.

Kurikulum Kebangsaan yang disediakan untuk murid normal tidak dapat memenuhi keperluan murid bermasalah pembelajaran kerana tahap pencapaian pendidikan murid tersebut dianggap rendah. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat fleksibel, berfokus, berstruktur dan dirancang mengikut langkah demi langkah untuk membolehkan murid menguasai setiap peringkat kemhiran yang dipelajari. Dengan demikian, pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat dimanafaatkan dalam kehidupan seharian.

Melalui proses pengajaran khas ini juga mampu melahirkan individu yang berdikari, berdisiplin dan bersikap positif, bermoral dan beretika, berkemahiran dan berketerampilan serta produktif dan seterusnya boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Matlamat akhir kurukulum tersebut adalah untuk melahirkanindividu berkeperluan khas yang dapat menjalani kehidupan yang bermakna.

Namun demikian, bagi memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum tersebut memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat dengan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran khususnya guru. Dalam hal ini guru pendidikan khas perlu menggunakan kebijaksanaan mengubahsuai kaedah dan pendekatan pengajaran, aktiviti pembelajaran serta bahan dan teknik yang sesuai dengan keupayaan murid yang dididik agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan bermakna. Kerjasama dan komitmen ibu bapa juga amat diperlukan bagi membantu keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini.

Peranan Ibu Bapa

Berdasarkan kepada pada kajian yang menggunakan kumpulan pasangan ibu bapa anak istimewa, McGillicuddy-DeLisi (1992) mendapati ibu bapa kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang rendah dan bersedih kerana membesarkan anak yang kurang upaya. Daripada awal lagi sejak mengesyaki anak mereka bakal menghadapi masalah, ibu bapa mengalami rasa ketidakpastian. Mereka terpaksa memikirkan tentang keperluan perubatan, tahap kemampuan serta kemampuan penyesuaian psikologi dan sosial. Ibu bapa tidak pasti bagaimana cara menghilangkan keadaan ini. Biasanya perasaan ini tidak hilang walau lima ataupun sepuluh tahun akan datang.

Matlamat utama adalah memenuhi kehendak mereka. Ibu bapa adalah penyelaras kehendak utama dalam usaha mencapai sesuatu kehendak. Mereka mesti sensitif. Sensitiviti berupaya meramalkan kelemahan dan kebolehan kanak-kanak di samping dapat menentukan minat dan bakat kanak-kanak. (Taylor, Anselmo, Foreman, Schatschneider dan Angelopoulos, 2000). Ibu bapa sebagai pendorong Ada kanak-kanak istimewa mempunyai minat yang tertentu. Minat inilah yang perlu didorong oleh ibu bapa ke peringkat yang termampu oleh kanak-kanak itu. Minat ialah kualiti ataupun satu set kualiti pada individu yang menunjukkan takat yang mungkin dia dapat memperoleh, dengan latihan yang sesuai, pengetahuan, kemahiran ataupun gabungan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran seperti kebolehan memberi sumbangan kepada seni lukis ataupun muzik, kebolehan mekanik, kebolehan matematik, ataupun kebolehan membaca dan bertutur dalam bahasa asing. Keupayaan yang wujud seperti yang ditunjukkan oleh kanak-kanak pada peringkat mana pun perkembangan mereka dapat menentukan apa yang dijangka dapat dibuat oleh mereka pada masa depan. Kalau seseorang kanak-kanak menunjukkan bukti mempunyai darjah minat yang tinggi iaitu bakat dalam sesuatu bidang tertentu, maka sesuailah kalau dianggap latihan yang bertujuan khas untuk perkembangan bakat itu menghasilkan (tanpa sebarang halangan) pencapaian yang tinggi dan kejayaan yang berikutan dengannya. Akan tetapi, sesuatu minat, sama ada umum ataupun khas, dapat dianggap sebagai keadaan bersedia masa sekarang.

Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga boleh berjaya di sekolah dan hidup jika mendapat sokongan dan kaedah pembelajaran yang betul daripada ibu bapa dan keluarga. Antara kaedah lain yang boleh digunakan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak bermasalah pembelajaran ialah:

a) Berpendapat secara terbuka dan rasional mengenai masalah yang dialami.

b) Mengingatkannya selalu bahawa dia adalah bijak namun memerlukan kaedah pembelajaran yang berlainan daripada kanak-kanak normal.

c) Kenalpasti kekuatannya dan beri galakan dalam perkembangannya.

d) Bimbing mereka menggunakan kaedah yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran.

e) Beri sokongan untuk berjaya.

f) Luangkan masa untuk membantu mereka menyiapkan kerja rumah.

g) Menjadi role model kepada mereka contohnya membaca buku atau surat khabar semasa mereka belajar.

h) Jangan terlalu memberi harapan yang tinggi kepada mereka, cukuplah dengan memberi harapan setakat yang mereka boleh capai.

i) Beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah.

j) Hargai keunikannya dan ciri-ciri istimewa yang ada pada mereka.

Kejayaan Disebalik Kesukaran

Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah normal dan mempunyai tahap kecerdasan minda melebihi paras purata, namun mereka menghadapi kesukaran dalam pemprosesan maklumat atau lambat menerima pembelajaran. Namun demikian kanak-kanak ini boleh Berjaya sekiranya mereka mendapat bantuan lebih awal. Mereka perlu diberi bantuan dari segi perubatan dan pembelajaran secara seiringan. Banyak model yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini bagi menggalakkan mereka belajar dan terus belajar. Antara kejayaan yang dapat diketengahkan ialah seperti Pablo Picasso , Tom Cruise , Richard Branson, Leonard Da Vinci, Thomas Edison, Jay Leno, Whoopi Goldberg dan Lee Kuan Yew.

Mekanisme Dalam Pendidikan Individu Berkeperluan Khas

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Supiah Saad jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bertajuk Konitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia) mendapati bahawa masyarakat umum dan pihak yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini mahu Kementerian Pelajaran Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dengan mengambil alih atau member sumbangan secara langsung dalam semua aspek pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Dapatan kajian beliau telah diambil kira oleh Jabatan Pendidikan Khas dalam penggubalan perancangan strategic 10 tahun pendidikan khas.

Dasar pendidikan khas di Malaysia telah diperkukuhkan lagi dengan dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan Untuk Semua yang kini menjadi asas kepada pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan adanya Dasar Pendidikan Wajib 2002, pendidikan peringkat sekolah rendah untuk semua kanak-kanak termasuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah wajib di negara ini. Ibu bapa yang gagal mendaftar anak dalam umur persekolahan peringkat rendah boleh didakwa. Dasar ini diperkukuhkan lagi oleh Artikel 8, Perlembagaan Malaysia mengenai Disabled Person Act 2002 serta komitmen Malaysia dalam deklarasi-deklarasi antarabangsa iaitu deklerasi Education for All (EFA) 2000 dan Biwako Millenium Framework 2002. Ini bermakna kerajaan bertanggungjawab menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan untuk semua kanak-kanak termasuk golongan yang mempunyai kecacatan/ketidakupayaan.Senarai berikut menunjukkan program pendidikan bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas.

1 Deria: penglihatan atau atau pendengaran OKU: Murid Pendidikan Khas KPM: Sekolah Khas; Integrasi; Inklusif

3 Kognitif (ringan): Masalah Pembelajaran OKU: Murid Pendidikan Khas KPM: Integrasi; Inklusif

4 Kecacatan Pelbagai (Multiple) OKU: bukan Murid Pendidikan Khas JKM/NGO: Institusi/harian

5 Fizikal (Kognitif normal) OKU: bukan Murid Pendidikan Khas KPM: Inklusif

6 Emosi dan Tingkah laku (ringan/sederhana) i. OKU: Tersisip dalam kategori Masalah Pembelajaran jika keupayaan mental di bawah paras normal.

ii Bukan OKU: Jika keupayaan KPM: Integrasi (Masalah Pembelajaran) Inklusif (murid biasa)

KESIMPULAN

Secara umunya perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai perkembangan fizikal setara dengan perkembangan kanak-kanak normal yang sebaya. Oleh yang demikian, mengakibatkan ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah sebenar kanak-kanak ini. Akibatnya mereka dianggap malas atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat memenuhi kehendak norma bilik darjah/pembelajaran atau tatasusila masyarakat setempat/sekolah. Kegagalan murid-murid ini boleh dielakkan sekiranya guru atau ibu bapa sedar akan perkembangan mereka dan membantu untuk memberikan sokongan yang cukup bagi memastikan mereka berjaya mencapai cita-cita dan berjaya menjadi seorang yang boleh berdikari pada masa hadapan. (Coral Turkington and Joseph R. Harris, 2003)

bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan khasMurid-murid berkeperluan khas memerlukan bimbingan dan asuhan yang lebih berbanding dengan murid-murid biasa. Keadaan ini menyebabkan guru-guru pendidikan khas perlu mempunyai ilmu pendidikan dan kemahiran yang lebih untuk membimbing kanak-kanak ini. Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan yang lain sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubah-suai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Disebabkan masalah-masalah ini maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah patutlah ditubuhkan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan danbukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling.Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diriOleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.Corey(1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu

Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya.Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu. Justeru, penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah untuk murid-murid berkeperluan khas sangatlah diperlukan.

2.0Rasional Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling ditubuhkan

menolong individu untuk memahami diri dan dunianya serta membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri, lebih-lebih lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial untuk membimbingmurid-murid yang berkeperluan khas itu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dalam keadaan sebaik mungkin agar mereka memperoleh manfaat daripada pengalaman bersekolah dan melalui proses pendidikan. membantu kepada murid-murid khas untuk memahami dan menyesuaikan diri kepada keadaan sebenar diri mereka pada kadar jangka panjang dan berterusan demi mencapai matlamat pendidikan mereka. Untuk memberi ruang kepada murid-murid khas mengenal diri dan membangunkan potensi diri tanpa bergantung harap kepada orang lain.

2.1Matlamat dan Objektif Penubuhan Membantu murid-murid khas merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan kemahiran tertentu untuk memasuki bidang pekerjaan yang bersesuaian di Jabatan-jabatan Kerajaan, kilang-kilang, firma-firma. Membantu murid-murid daripada terjebak ke dalam masalah penagihan dadah Membantu ibu bapa dalam hal kebajikan anak-anak mereka Mengadakan prosedur yang sistematik dalam merujuk kes-kestertentu kepada agensi-agensi, pakar-pakar, pegawai-pegawai kebajikan Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta membentuk tabiat belajar dengan baik dan berkesan.2.2Carta Organisasi Ahli Jawatan Kuasa perkhidmatan bimbingan dan kaunselinCarta Organisasi Unit Bimbingandan Kaunseling Sekolah

2.3Kos Penyediaan Kemudahan dan prasarana bilik kaunselingBilItemsKuantitiKos(RM)

AKelengkapan Bilik

1.Almari cermin berkunci1 buah20000

2.Rak bahan rujukan murid1 buah20000

3.Set sofa1 set70000

4.Kipas berdiri1 buah18000

5.Komputer1 set260000

6.Radio Kaset1 set35000

7.Bakul sampah1 buah200

9.Televisyen1 unit70000

10Meja serbaguna1 buah30000

11.Papan Tanda1 buah4000

12.Jam dinding1 buah2000

BAlatan Keceriaan

1.Langsir dan alas meja1 set30000

2.Permaidani1 helai20000

3.Gambar motivasi2 unit4000

4.Lukisan3 unit10000

CBahan-bahan rujukan

1.Buku-buku motivasi3 buah10000

2.Buku-buku umum rujukan10 buah10000

JUMLAH

Jumlah keseluruhan untuk kos penyediaan kemudahan dan prasarana bilik kaunseling adalah dianggarkan sebanyak. Sumber kewangan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah melalui:i.Geran perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunselingii.Sumbangan PIBG sekolahiii.Lain-lain sumbangan agensi berkaitanUntuk mendapatkan kewangan ini Unit Bimbingan dan Kaunseling mestilah melalui beberapa prosedur seperti:

Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunanMenyediakan kertas cadangan program yang melibatkan kewangan beserta anggaran perbelanjaan dan pendapatanMembentangkan program yang akan dilaksanakan di dalam mesyuarat pengurusan sekolah berkaitanMemohon sumber kewanganMenyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan keseluruhanMenyediakan laporan kewangan programMenyimpan rekod dan inventori

2.4Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Program dan aktiviti tahunan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

BilBulanProgram/aktivitiMingguSasaranTindakan

1.

JanPenubuhan unit Bimbingan dan kaunselingMinggu 1Semua muridGuru Biimbingan dan Kaunseling (GBK)

2Penyediaan borang dan inventoriMinggu 2AJK unit BKGBKAJK

3Suaikenal murid Tahun 1Minggu 2Semua tahun 1GBK dan semua AJK

4Orientasi murid Pra SekolahMinggu 3Semua murid Pra sekolahGuru Pra sekolah

5Perjumpaan ibu bapa muridMinggu 4Semua muridGBK dan semua guru

6

Feb

Penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)Minggu1Semua ahliGBK

7

Program Keibubapaan/Kaunseling keluarga

Minggu 2Semua murid tahun 1 dan ibu bapaAJKGBKGuru Tahun 1

8Pelancaran Program Mentor-mentee Tahun 1Minggu 3Murid tahun 1GBKGuru Kelas tahun 1

9Ceramah kesihatan diriMinggu 3Murid tahun 1GBKGuru kelas dan m/pelajaran

10

MacBengkel mengenal potensi diriMinggu1Semua murid tahap 2GBKGuru kelas

11Bengkel kemahiran belajar/Kaunseling individu/kelompokMinggu 2Semua murid tahap 2GBK Semua guru tahap 2

12Kempen keceriaan kelasMinggu4Semua muridGuru kelas

13

AprilPerlanatikan PRSMinggu1Ahli PRSGBK

14Kaunseling individu/kelompokMinggu 2Murid tahun 6GBKGuru tahun 6

15Program Sekolah SelamatMinggu 3Semua guruGBK

16Minggu Sahsiah TerpujiMinggu 4Murid pontengGBKSemua guru kelas

17

MeiPenerapan Input Psikososial dan kesejahteraan mentalMinggu1Semua muridSemua guru

18Lawatan Sambil Belajar 1Minggu 2Semua muridSemua guru kelas

19Mesyuarat AJK BKMinggu 3Semua AJKGBK

20Kempen Jalan raya 1Minggu 4Semua muridGBKGuru Kelas

21

JunLaporan Pencapaian KendiriMinggu1Semua muridGuru kelas

22Laporan tahun unit BKMinggu 1JPN/PPDGuru Besar

23Terapi kesihatan/pertuturanMinggu3Peg. KesihatanGuru Kelas

24Terapi kesihatan/ fizikalMinggu 4Peg. KesihatanGuru Kelas

25

JulaiKempen Sekolah sihatMinggu 1Semua guru dan pembantuGBKGuru kelasPembantu guru

26Kempen pencegahan DadahMinggu 2Semua murid tahap 2GBKSemua guru

27Penerapan kesejahteraan mentalMinggu 3Murid tahap 2GBKGuru kelas

28Mesyuarat AJK BK 2Minggu 4AJK BKGBK

29

OgosCeramah kesihatan DiriMinggu 1Semua muridGBKSemua guru

30Perjumpaan waris /kaunseling keluargaMinggu 2Semua ibu bapa murid tahap 1 dan 2GBKSemua murid

31Kaunseling individu/kelompokMinggu 2Murid terlibatGBK

32Kem kesejahteraan diri/keagaam/tadarus/azan/hafazanMinggu 3Semua murid tahap 2BK

33Aktiviti sambutan kemerdekaanMinggu 4Semua murid tahap2GBKGuru kelas

34

SeptCeramah awal remajaMinggu 3Semua murid tahap 2GBKSemua guru tahap 2

35Program mengenal potensi diriMinggu 3Semua murid tahap 2GBKSemua guru tahap 2

36Ceramah kemasukan ke sekolah menengahMinggu 4Ibu bapa muridTahap 2GBK

37

OktProgram lawatan 2Minggu 1Murid tahap 2Guru kelas

38Khidmat Konsultan Ibu bapaMinggu 2Semua ibuGBKGuru kelas

39Program lawatan ke rumahMinggu 3Murid miskinGBKGuru kelas

40Program pemulihan bacalah sayangMinggu 4Semua murid lembam tegarGBKGuru mata pelajaran

41

NovKemaskini bilik dan fail muridMinggu 1GBKGBK

42Program Keceriaan kelas/sekolahMinggu 2Semua muridSemua guru

43Perancangan program tahun 2011Minggu 3AJKGuru kelasGBKGuru KelasAJK

(sumber:Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendahdan menengah)

Disediakan oleh,Disemak oleh,

..............................................................

3.0 Teks ceramah tentang keperluan bimbingan dan kaunseling di sekolah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, yang dimuliakan tuan pengerusi majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang dihormati Yang Di Pertua PIBG, tuan-tuan, puan-puan dan guru-guru yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk memberi sedikit pendedahan tentang kepentingan unit bimbingan dan kaunseling ditubuhkan di sekolah ini untuk membantu anak-anak yang bermasalah pembelajaran.

Para hadirin yang dimuliakan.

Sebelum saya memulakan ceramah saya ini, terlebih dahulu saya akan menceritakan sedikit tentang sejarah bimbingan dan kaunseling ini kepada tuan-tuan dan puan-puan. Sebenarnya Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini telah bermula dalam tahun 1960-an lagi apabila konsep Guru Panduan Kerjaya diperkenalkan ke dalam sistem persekolahan Malaysia.Walaupun terdapat usaha-usaha untuk mempelopori perkhidmatan panduan kerjaya pada tahun-tahun sebelum dan selepas Malaya Merdeka pada tahun 1957, hanya selepas tahun 1960 baharu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertapak apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling tentang kepentingan perkhidmatan ini di sekolah-sekolah. Dalam tahun 1961, Jawatankuasa Penyelarasan Bimbingan Vokasional dibentuk dan telah menghasilkan buku panduan bertajukHandbook on Training Facilities in the Federation of Malaya (Amla et al., 2006).Laporan Kabinet 1979 telah menyarankan agar perkhidmatan guru-guru panduan kerjaya ini diperluaskan kepada aspek tingkah laku pelajar juga, bukan terhad kepada kerjaya sahaja. Unit Hal Ehwal Murid disarankan ditubuhkan di sekolah-sekolah yang ada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diarah memperluaskan perkhidmatan bimbingan merangkumi aspek peribadi dan sosial pelajar (Kementerian Pendidikan, 1993).

Para hadirin yang dimuliakan.Dalam ceramah ini saya akan menjelaskan tentang empat aspek penting yang merangkumi perkara-perkara seperti di bawah:a)Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk murid-murid khasb)Peranan guru kaunselor serta semua guru yang lain di sekolah untuk sama-sama melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselingc)Matlamat bimbingan dan kaunselingd)Jenis-jenis kaunseling yangboleh dijalankane)Penerangan secara ringkas perundangan dan etika kaunselor

Sebelum saya menerangkan tentang peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, saya akan menerangkan sedikit tentang murid-murid yang dikatakan menghadapai masalah pembelajaran. Siapakah mereka? Mereka yang menghadapi masalah pembelajaran didefinisikan sebagai disfungsi yang mengganggu seseorang itu untuk menyimpan, memproses mahupun menghasilkan maklumat. Masalah pembelajaran boleh membantut ataupun menghalang pembelajaran. Mereka ini lemah di dalam kemahiran mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja, atau membuat kiraan matematik. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran mungkin menghadapi masalah dalam bacaan petikan kefahaman, pertuturan, atau kemampuan berfikir.Ciri-ciri berikut mungkin dapat dikesan pada seseorang kanak-kanak bermasalah pembelajaran:(i) Tingkah laku yang tidak bersesuaian untuk keadaan tertentu.(ii) Perbezaan angin atau perasaan hati (mood) yang amat jauhvariasinya.(iii) Kemahiran organisasi yang ketara lemah atau tidak wujudlangsung.(iv) Kegagalan untuk melihat kesan kepada tindak-tanduknya.(v) Kekok mengguna peralatan seperti gunting atau pensel.(vi) Mudah terganggu/beralih perhatian.(vii) Hiperaktif.(viii) Masalah koordinasi persepsi.(ix) Gemar mengikut gerak hati.(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan(viii) Masalah koordinasi persepsi.(ix) Gemar mengikut gerak hati.(x) Sukar menerima kegagalan atau kekecewaan.(xi) Sukar untuk membuat pentakulan.(xii) Harga diri yang rendah.(xiii) Bermasalah dalam hubungan sosial.(xiv) Menghadapi masalah dalam satu atau lebih bidang akademik.(xv) Sukar untuk memulakan atau menyelesaikan tugasan.(xvi) Prestasi ujian yang sukar diramal.(xvii) Kekurangan dalam ingatan aural sequential.(xviii) Kesukaran memproses perkara yang didengari.

Justeru, mereka ini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerana unit ini boleh memberi pelbagai perkhidmatan kepada mereka seperti perkara di bawah:1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran.2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat.4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri.5. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan.6. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti.7. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup.Di samping itu terdapat juga perkhidmatan sokongan lain yang disediakan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini iaitu memberi perkhidmatan:Penempatan -iaitu membantu murid-murid khas yang berkemahiran tertentu memilih kerjaya yang sesuai dengan merekaPerundingan dan rujukan iaitu membantu ibu bapa murid-murid dalam hal kebajikan anak-anak merekaPenyelarasan sumber merancang pelbagai aktivitibimbingan dan kaunseling yang boleh membantu murid-murid pendidikan khas.Perbincangan dengan ibu bapa mengadakan sesi perjumpaan yang mesra dengan ibu bapa untuk sama-sama berbincang tentang permasalahan anak-anak mereka bagi meringankan bebanan merekaPerkhidmatan penilaian iaitu menilai program bimbingan dan kaunseling yang digunakan di dalam pendidikan khas untuk mengenal pasti kesesuaianPerkhidmatan pencegahan penyalahgunaan dadah memberi penerangan kepada murid-murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah kepada kesihatan mental dan fizikal.Para hadirin yang dimuliakan,Seperti yang saya terangkan di atas tentang peranan unit bimbingan dan kaunseling yang memainkan peranan penting untuk mencorak kehidupan anak tuan-tuan dan puan-puan semasa berada di sekolah ini. Pendorong dan kekuatan unit ini banyak bergantung kepada penggerak utamanya iaitu guru kaunseling yang dinamakan kaunselor.

Untuk pengetahuan para hadirin sekelian, perlantikan rasmi sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa adalah berdasarkan kelayakan akademik dan berkemungkinan mereka juga mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang sesuai sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling. Terdapat beberapa pandangan tentang sifat atau ciri-ciri untuk menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling yang berjaya. Berdasarkan aspek bimbingan dan kaunseling dalam perspektif Islam, sifat-sifat guru bimbingan dan kaunseling adalah beriman dan bertaqwa kepada Allah, jujur dan ikhlas, benar, adil, pemurah dan ramah-tamah, sabar dan tenang, adab dan akhlak, percakapan dan interaksi, toleransi, murah hati dan dermawan, merendah diri, tidak munafik, sentiasa ingin membantu, menepati janji, berilmu serta terlatih dan sesuai (Aziz Salleh, 1994). Hal ini sepatutnya dijadikan suatu kriteria dalam pemilihan untuk perlantikan sebagai kaunselor. Dalam usaha menolong atau memberikan bimbingan kepada klien, sifat yang perlu ada kepada pembimbing digariskan dalam Islam melalui kitab suci Al-Quran, Surah at-Taubah : 71:Dan orang lelaki dan perempuan yang beriman, di antaramereka menjadi pemimpin kepada yang lain, mereka menyuruhmengerjakan yang baik dan melarang daripada mengerjakan yang jahat dan mereka mendirikan sembahyang.Gambaran sifat mulia yang perlu ada sebagai pembimbing Islamdiperjelaskan lagi melalui Surah al-Imran : 104:Wajiblah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru (manusia) kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang berbuat perkara yang jahat. Mereka itulah orang yang berjaya ( bahagia).

Seperti yang diketahui umum, perkembangan sahsiah murid-murid khas memerlukan bimbingan yang lebih berbanding golongan murid normal. Dengan keadaan fizikal atau mental mereka, menyebabkab mereka sering menghadapi masalah perasaan rendah diri (inferiority complex) yang boleh menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Peranan kaunselor adalah untuk membawa perubahan positif di dalam diri murid itu agar menerima diri mereka seadanya dan membentuk perasaan positif di dalam diri. Pelbagai program boleh dirancang dan dijalankan oleh kaunselor untuk mengatasi masalah ini. Personaliti individu adalah dinamik, yakni sikap seseorang itu boleh berubah-ubah mengikut kehendak dan keperluannya. Kaunselor melalui proses kaunselingnya, boleh mempercepatkan perubahan tingkah laku ke arah yang lebih positif, dan program perubahan tingkah laku ini amat berguna kepada program pendidikan khas. Oleh kerana keadaan dan kemampuan semula jadi murid-murid itu menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelbagai perkara, proses mempercepatkan perubahan sikap ini sangat banyak membantu pertumbuhan mereka terutama sekali dalam proses pembelajaran. Kaunseling yang diberi selalunya dalam bentuk perbualan, sama ada melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok ataupun kaunseling klinikal. Kaunselor akan menentukan kesesuaian jenis kaunseling kepada individu itu melalui keperluan dan kehendaknya. Kaunselor boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah murid-murid dari segi jangka pendek. Sekiranya seorang murid itu menghadapi masalah penyesuaian peringkat awal di sekolah, murid itu boleh dirujuk kepada kaunselor untuk mengubah sikap atau pendekatan dirinya supaya dia boleh diterima oleh rakan sebaya di sekolah itu di samping dia boleh menyesuaikan dirinya dengan persekitaran baru. Kaunselor juga boleh memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong murid-murid menghadapidanmenyelesaikan masalah-masalah baru yang mungkin timbul dalam situasi-situasi lain, untuk penyelesaian masalah jangka panjang.

Para hadirin sekalian,

Unit bimbingan dan kaunseling mempunyai beberapa matlamat untuk membantu kliennya. Di antaramatlamat kaunseling ialah:a)Membantu klien membuat perubahan tingkah lakuKaunselor akan berusaha untuk membantu kliennya mengubah tingkah laku daripada tingkah laku yang tidak diingini (negatif) kepada tingkah laku yang positif iaitu kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.Satu aspek penting yang perlu digabungjalinkan dalam melaksanakan semua aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah penyerapan amalan nilai murni. Dalam buku Panduan Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian Pelajaran Malaysia (1993), telah menetapkan bidang agama dan moral dengan tugas perkembangannya mengandungi nilai-nilai, seperti kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesedaran, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat Pelaksanaan penyerapan amalan nilai murni dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah selari dengan konsep nilai merentasi kurikulum, kurikulum tersembunyi, penyerapan nilai Islam dan penyerapan nilai murni. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 2: yang bermaksudBertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwadan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatandosa dan permusuhan.Justeru kaunselor membantu kliennya untuk menyerap nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka, seperti menghormati ibu bapa dan bercakap benar.b)Meningkatkan mutu perhubunganPerhubungan sosial sangat penting kepada semua orang termasuklah murid-murid bermasalah pembelajaran ini. Bagi seseorang kanak-kanak yang kurang upaya ini, perhubungan dengan ibu bapa mereka adalah sangat penting. Jika hubungan mereka mesra dengan ahli keluarga, peningkatan nilai kehidupan lebih meningkat. Hubungan kekeluargaan merupakan titik asas kepada hubungan-hubungan lain yang dilaluinya dalam komunitinya kelak. Dalam sesi kaunseling, kaunselor akan membantunya menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya melalui kaunseling kelompok. Mereka juga akan diajar teknik-teknik berkomunikasi dan memberi ruang untuk mereka berinteraksi dengan orang lain termasuklah berinteraksi dengan ahli keluarga.b)Pengurusan DiriPengurusan diri untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih berfokus kepada kemahiran dan adap seperti adap makan, kebersihan diri dan pakaian. Bimbingan dan kaunseling akan mengajar kanak-kanak ini menggunakan pelbagai kemahiran untuk membantu mereka mengurus diri seperti bagaimana untuk kelihatan cantik dan bersih, bagaimana menggunakan tandas dengan cara yang betul dan kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan. Kaunselor hanya membantu sedaya upaya, tetapi ibu bapa juga perlu memainkan peranannya di rumah. Sesungguhnya ilmu dan kemahiran itu tidak tertumpu di sekolah sahaja. Tanggungjawab ini juga perlu dipikul oleh keluarga murid tersebut.d)Kemahiran membuat keputusanMembuat keputusan yang rasional adalah amat rumit apatah lagi oleh kanak-kanak ini, justeru kaunselor sekolah akan membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Kaunselor akan melatih kanak-kanak ini secara langsung dan tidak langsung dan membantu mereka membuat keputusan dengan cara berlemah lembut dan berhikmah.Hal ini selaras dengan kenyataan dalam Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling:Kaunselor di sekolah dapat membantu para pelajar dengancara memberikan proses pendidikan yang terancang danberterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk memperolehpengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yangsesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia.Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan memberipengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar,kerana pelajar bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani( Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993). Kaunselor akan membantu kanak-kanak ini meningkatkan kematangan fikiran mereka dengan bijak.e) Pengembangan potensiAda di antara kanak-kanak bermasalah pembelajaran iniyang mempunyai akademik yang membanggakan seperti murid pintar cerdas, tetapi ramai di antara mereka yang telah menunjukkan prestasi akademik yang sangat lemah, seperti kanak-kanak Autisme dan Down Sindrom. Mereka yang lemah inilah yang perlu dibantu oleh kaunselor agar dapat memperkembangkan potensi diri. Jika mereka ini dibiarkan begitu sahaja tanpa motivasi, mereka akan terus lemah dan patah semangat untuk meneruskan kehidupan mereka. Justeru dengan penuh berhemah, kaunselorlah yang akan memainkan peranan penting dalam memotivasikan kanak-kanak ini.

Para hadirin yang dimuliakanBimbingan dan kaunseling adalah satu proses gabungan di antara membimbing dan memberi kaunseling untuk menolong individu untuk memahami dirinya dan dunianya. Proses bimbingan dan kaunseling menunjukkan satu masa berpanjangan, berlanjutan dan berterusan bagi mencapai matlamat tersebu (Shertzer & Stone, 1980). Terdapat beberapa jenis kaunseling yang boleh diaplikasikan di sekolah antaranya ialah kaunseling individu kaunseling keluarga dan kaunseling kelompok.

Kaunseling IndividuKaunseling individu boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrifan, menurut Zuraidah Abdul Rahman (2002) beliau telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien untuk mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan melalui ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperlu dan perasaan klien. Manakala Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Kaunseling kelompokKaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. MenurutZuraidah (2004)pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.

Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang negatif. Contoh kaunseling kelompok ialah kelompok kerjaya, kelompok latihan dan bimbingan.

Kaunseling Keluarga

Mengikut pandangan Shaffer (1998) keluarga sebagai satu sistem sosial yang dianggotai oleh seorang wanita, yang berperanan sebagai isteri atau ibu, suami atau ayah, dan anak, atau adik beradik. Bagi Schvaneveldt (1970), keluarga telah didefinisikan sebagai merangkumi seorang atau lebih lelaki, yang tinggal dengan seorang, atau lebih wanita dalam perhubungan yang direstui oleh masyarakat dalam perhubungan seksual, yang diiktiraf berserta dengan hak dan tanggungjawab mereka bersama dengan anakanak mereka. Burgess (1926) dan Kamarovsky dan Waller (1945) menyatakan bahawa keluarga adalah satu unit, atau kesatuan yang personalitinya sering berinteraksi di antara satu dengan yang lain. Jika diamati definisidefinisi keluarga yang telah diberikan oleh tokohtokoh barat, terdapat ruang kosong atau kelompangan dalam suasana masyarakat serta Agama Islam khasnya, maka mengikut Islam definisi keluarga dijelaskan sebagai mempunyai struktur yang tertentu dan diikat oleh perhubungan perkahwinan yang sah dan pertalian darah. Perhubungan ini meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan tanggungjawab, selaras dengan ajaran Islam, Keutuhan sesebuah keluarga berpandukan mentaati undangundang Allah S.W.T dengan penuh keimanan dan ketakwaan (HammudahAbd.AlAti, 1985).Maka dapatlah disimpulkan bahawa keluarga merupakan sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar yang terdiri daripada sekumpulanmanusia lelaki dan wanita..

Para hadirin yang dihormati,

Seseorang kaunselor yang telah dilantik mestilah telus, kerana mereka mempunyai kod etika yang memantau pergerakan mereka. Kod etika adalah satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli dalam sebuah badan profesional. Ia juga menggariskan bagaimana ahli-ahlinya harus bertingkah laku, terutamanya dalam hubungan dengan klien atau orang yang memerlukan perkhidmatan. Seterusnya dalam menjalankan tugas, kaunselor yang terlibat adalah tertakluk kepada akta kaunselor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 (Undang-undang Malaysia 1998). Sebagai seorang kaunselor yang berdaftar, adalah wajib bagi kaunselor itu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam akta kaunselor yang telah diluluskan. Secara umumnya, etika ini memberitahu kaunselor apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh mereka dalam menjalankan tugasnya sebagai kaunselor profesional. Selain daripada itu, etika juga menggariskan dengan jelas beberapa perkara yang dianggap sebagai tingkah laku menyeleweng yang ditegah daripada dilakukan oleh kaunselor. Antara tingkah laku yang menyeleweng ialah seperti tidak menyimpan rahsia, mengaku mempunyai kelayakan yang tidak dimilikinya,

Seterusnya PERKAMA menggariskan empat perkara utama dalam kod tata lakuyang perlu dipatuhi oleh para kaunselor:1. Kaunselor hendaklah menjaga tata lakunya demi memelihara piawaian danidentiti sebagai kaunselor dan nama baik profesion kaunseling.2. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkanpengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.3. Kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuhtanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.4. Kaunselor mestilah diawasi serta dinilai tugas kaunselingnya olehLembaga Kaunselor melalui penyeliaan lazim (regular supervision) dansokongan perundingan (consultative support).A. Tanggungjawab kaunselor terhadap klien.1. Kaunselor bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien sama ada klien individu atau klien kelompok.2. Kaunselor hendaklah menghormati privisi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan menyebabkan klien atau orang-orang di persekitarannya.3. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.4 Semasa menjalankan sesi kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan, seksual, emosi dan sebagainya.5. Kaunselor hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Kaunselor juga perlu menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.6 Kaunselor hendaklah berkhidmat dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan profesionalismenya.7 Kaunselor tidak boleh mengamalkan, mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama, status ideologi, kecacatan fizikal & mental atau dikriminasi dalam bentuk apa sekali pun.B. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional1. Kaunselor hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.2. Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.3. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.4. Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.C. Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat1. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.2. Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang tersebut.D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan1. Kaunselor hendaklah mematuhi persetujuan komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.2. Kaunselor hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan organisasinya.3. Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi pekerjaan.4. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.5. Kaunselor hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.6. Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dan persetujuan kerja dangan penyelia dan stafnya mengenai khidmat kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaaan antara fakta umum atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.7. Kaunselor hendaklah memberi tahu kepada pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan atau menyekat keberkesanan perkhidmtannya.Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,Secara umumnya dapat dilihat peranan unit bimbingan dan kaunseling adalah untuk membantu murid-murid bermasalah pembelajaran ini mengharungi kehidupan mereka dengan lebih baik. Penubuhan unit ini juga sangat relevan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat tersebut. Peranan besar kaunselor dalam konteks intervensi masalah murid-murid khas ialah bertujuan untuk membantu meringankan masalah murid-murid tersebut dan keluarga yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di samping mengelakkan berlakunya kes penderaan yang membawa risiko timbulnya pelbagai masalah. Justeru itu kaunseling dilihat sebagai salah satu terapi yang dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi murid-murid bermasalah pembelajaran menghadapi kenyataan hidup, bahawa hidup perlu diteruskan walau apa pun keadaan seseorang itu. Namun ia perlulah diingatkan dan difahami di sini ialah tentang keberkesanan proses kaunseling ini tidak harus diletakkan sewenang-wenangnya di atas tanggungjawab kaunselor semata-mata. Keberkesanannya adalah sesuatu yang subjektif dan ianya memerlukan kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan juga. Perkara inilah yang perlu ditekankan secara lebih rasional kerana komitmen klien untuk menyelesaikan masalah atau konflik yang dihadapi adalah perkara yang amat penting. Tanpa kesedaran, kefahaman dan inisiatif klien untuk melaksanakan sebarang bentuk usaha penyelesaian maka sudah pastinya proses kaunseling tidak akan memberi sebarang makna.

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa kerjasama di antara kaunselor dan klien merupakan asas keberkesanan sesuatu sesi kaunseling dalam mencapai matlamat kaunseling tersebut. Tuan-tuan dan puan-puandiminta memberi bantuan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini.Setakat ini sahaja, penerangan saya tentang penubuhan unit bimbingan dan kaunseling ini.Saya memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dalam ucapan saya, sekali lagi marilah kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan misi ini. Saya sudahi dengan ucapan ini susah sama dipikul, senangsama dijinjing, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Sekian. Terima kasih.