riba dalam insurans konvensional sejauhmana konsep takaful berperanan menanganinya

32
Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021 1 RIBA DALAM INSURAN KONVENSIONAL: SEJAUHMANA KONSEP TAKAFUL BERPERANAN MENANGANINYA? Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki Mohammad Mahbubi Ali 1. Pendahuluan Insuran merupakan salah satu instrumen terpenting dalam pengurusan risiko dan perancangan kewangan. Falsafah insuran hakikatnya terbina di atas suatu maksud atau tujuan luhur iaitu mengurus dan menjamin risiko para pencarum daripada sebarang kebarangkalian buruk seperti musibah mahupun kemudaratan yang mungkin melanda pencarum. Walaubagaimanapun, matlamat yang baik sahaja tidak cukup untuk menghalalkan sesuatu perbuatan. Dalam Islam, tujuan yang baik mesti dicapai dengan cara yang baik juga. Dalam kaedah fiqh ada disebutkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara (al-ghayah la tubarriru al-wasilah). Sebab itulah, majoriti ulama mengharamkan instrumen insuran konvensional walaupun mempunyai tujuan yang luhur lantaran mengandungi pelbagai unsur yang diharamkan Syarak seperti riba, maisir dan gharar. Namun begitu, Islam sebagai agama yang syumul dan kamil sentiasa menyediakan jalan keluar terhadap permasalahan manusiawi khususnya dalam pembangunan instrumen alternatif bagi mencapai maksud yang murni sebagaimana yang mendasari transaksi insuran konvensional. Solusi yang disediakan Islam sebagai alternatif kepada insuran adalah berasaskan konsep takaful yang terbangun di atas prinsip ta'awun (tolong-menolong), tadhamun (saling menjamin), dan takaful (saling menanggung) yang diterjemahkan dalam konsep tabarru'. Melalui prinsip tabarru' ini, pelanggan atau lebih tepat disebut sebagai peserta takaful tidak hanya sekadar mencari perlindungan untuk diri sendiri semata-mata. Sebaliknya para peserta takaful pada dasar dan prinsipnya bersepakat untuk memberikan Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau turut menjadi Penasihat Syariah bagi Syarikat AIA-AFG Takaful Bhd. dan AIA Takaful International. Beliau boleh dihubungi melalui email [email protected]. Mohammad Mahbubi Ali ialah Penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau boleh dihubungi melalui email [email protected].

Upload: jelita25

Post on 29-Dec-2015

204 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

riba

TRANSCRIPT

Page 1: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

1

RIBA DALAM INSURAN KONVENSIONAL:

SEJAUHMANA KONSEP TAKAFUL BERPERANAN

MENANGANINYA?

Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Mohammad Mahbubi Ali

1. Pendahuluan

Insuran merupakan salah satu instrumen terpenting dalam pengurusan risiko dan perancangan

kewangan. Falsafah insuran hakikatnya terbina di atas suatu maksud atau tujuan luhur iaitu

mengurus dan menjamin risiko para pencarum daripada sebarang kebarangkalian buruk

seperti musibah mahupun kemudaratan yang mungkin melanda pencarum.

Walaubagaimanapun, matlamat yang baik sahaja tidak cukup untuk menghalalkan sesuatu

perbuatan. Dalam Islam, tujuan yang baik mesti dicapai dengan cara yang baik juga. Dalam

kaedah fiqh ada disebutkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara (al-ghayah la

tubarriru al-wasilah). Sebab itulah, majoriti ulama mengharamkan instrumen insuran

konvensional walaupun mempunyai tujuan yang luhur lantaran mengandungi pelbagai unsur

yang diharamkan Syarak seperti riba, maisir dan gharar.

Namun begitu, Islam sebagai agama yang syumul dan kamil sentiasa menyediakan jalan

keluar terhadap permasalahan manusiawi khususnya dalam pembangunan instrumen

alternatif bagi mencapai maksud yang murni sebagaimana yang mendasari transaksi insuran

konvensional. Solusi yang disediakan Islam sebagai alternatif kepada insuran adalah

berasaskan konsep takaful yang terbangun di atas prinsip ta'awun (tolong-menolong),

tadhamun (saling menjamin), dan takaful (saling menanggung) yang diterjemahkan dalam

konsep tabarru'. Melalui prinsip tabarru' ini, pelanggan atau lebih tepat disebut sebagai

peserta takaful tidak hanya sekadar mencari perlindungan untuk diri sendiri semata-mata.

Sebaliknya para peserta takaful pada dasar dan prinsipnya bersepakat untuk memberikan

Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa

Dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau turut menjadi Penasihat Syariah bagi Syarikat AIA-AFG Takaful Bhd.

dan AIA Takaful International. Beliau boleh dihubungi melalui email [email protected].

Mohammad Mahbubi Ali ialah Penyelidik di Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Beliau boleh dihubungi melalui email [email protected].

Page 2: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

2

sumbangan dalam bentuk wang ringgit yang akan digunakan untuk saling bantu-membantu

antara satu sama lain seandainya mana-mana peserta dalam skim takaful tersebut tertimpa

musibah atau kemudaratan di kemudian hari. Melalui prinsip tabarru' ini juga, isu gharar,

maisir dan riba yang menjadi faktor utama menjejaskan keabsahan kontrak insuran

konvensional mampu diselesaikan berpandukan prinsip Syariah.

Justeru, kertas kerja ini ditulis bagi membahaskan beberapa persoalan dasar mengenai

pengharaman insuran dan bagaimana skim berasaskan prinsip takaful mampu menangani

unsur-unsur yang diharamkan sekaligus merealisasikan matlamat Syariah dalam

mengharmonikan kehidupan ummah. Bagi tujuan tersebut, perbincangan dan perbahasan

dalam kertas kerja ini disusun mengikut beberapa bahagian seperti berikut:

Setelah memberikan mukaddimah awal dalam bahagian pertama kertas ini, bahagian kedua

akan terus membincangkan konsep insuran konvensional serta hukum-hakam yang berkaitan

dengannya. Ini termasuklah menghuraikan secara terperinci pandangan-pandangan ulama

berkenaan dengan pengharaman kontrak insuran sebagaimana yang diamalkan dalam sistem

kewangan konvensional. Bahagian ketiga pula akan membincangkan secara lebih terperinci

mengenai isu riba dan pengharamannya dalam Islam sebelum bahagian keempat

memfokuskan secara tuntas mengenai aspek riba dalam insuran yang menjadi salah satu

unsur terpenting menjejaskan keabsahan kontrak konvensional tersebut. Seterusnya, bahagian

kelima membahaskan konsep takaful yang mampu menjadi wahana alternatif terhadap

produk insuran yang mengandungi pelbagai unsur haram yang dicela Islam. Konsep-konsep

seperti tabarru', iltizam bi al-tabarru' dan tanahud diperincikan bagi menjelaskan perbezaan

penting yang mendasari takaful berbanding dengan insuran yang berteraskan jual beli atau

akad pertukaran (mu'awadhat). Bahagian keenam pula menerangkan secara ringkas model-

model yang diaplikasikan dalam takaful masa kini berasaskan kontrak-kontrak seperti

wakalah, mudharabah dan wakaf. Bahagian akhir kertas ini memberikan kesimpulan ringkas

sekaligus menutup perbincangan ringkas berkenaan dengan aspek riba dalam insuran

konvensional dan alternatifnya melalui model takaful.

Page 3: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

3

2. Konsep Insuran Kovensional

Insuran merupakan kontrak komersil yang termasuk di dalam kategori kontrak pertukaran

kewangan (‘uqud mu’awadhat mÉliyah).1 Pelanggan atau disebut juga sebagai pencarum

yang menyertai skim insuran pada hakikatnya membeli satu produk dalam bentuk polisi

insuran yang berupa jaminan perlindungan terhadap musibah tertentu sebagaimana ditetapkan

di dalam kontrak (aqad) daripada penjual polisi iaitu syarikat insuran. Bagi tujuan pembelian

polisi ini, pelanggan membayar sejumlah wang atau premium dengan kadar tertentu yang

merupakan harga bagi produk insuran tersebut.2 Dengan kata lain syarikat insuran menjual

polisi iaitu jaminan perlindungan kepada pelanggan dengan kadar premium tertentu bagi

tempoh tertentu untuk jumlah jaminan tertentu. Semua premium yang dibayar pencarum

menjadi milik mutlak syarikat insuran sementara sebarang musibah yang melanda

sebagaimana yang ditentukan dalam kontrak akan menjadi tanggung jawab syarikat insuran

untuk menjaminnya atau membayar sejumlah pampasan sebagaimana yang dipersetujui

dalam kontrak. Di sini jelas, bahawa insuran konvensional merupakan kontrak pertukaran

atau jual beli yang terbangun di atas prinsip-prinsip pemindahan risiko (risk transfer).

Secara umumnya, produk insuran di pasaran ketika ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu

insuran hayat atau nyawa dan insuran am. Insuran hayat merupakan kontrak bersifat jangka

panjang yang merangkumi polisi-polisi perlindungan terhadap kematian, kecacatan,

kecederaan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Manakala insuran am terdiri daripada

kontrak-kontrak yang secara relatifnya berjangka pendek yang melindungi musibah-musibah

yang terkait dengan harta dan bahagiannya seperti kenderaan, motor, rumah dan lain-lain.

Kontrak insuran mempunyai ciri-ciri seperti berikut:3

i. Redha di kedua-dua belah pihak (iaitu syarikat insuran dan pencarum), ia ibarat

kontrak yang mengandungi aspek ijab & qabul.

ii. Pihak yang memberi insuran, iaitu pihak syarikat insuran.

iii. Pencarum merupakan individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat

penjanjian dengan syarikat insuran.

iv. Penerima manfaat adalah seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

1 Zaharuddin Abd Rahman, 2008. Money, You & Islam: Views on Contemporary Financial & Islamic Banking

Issues. Selangor: True Wealth, hlmn.45 2Jamal Hakim, ‘Uqud at-Takmin, Jld 1, hlmn. 33

3 Zaharuddin Abd Rahman, ibid, hlmn.45

Page 4: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

4

v. Jenis-jenis musibah atau kemalangan yang akan dijamin berupa pampasan

sebagaimana ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan,

kematian dan lain-lain.

Hakikat yang harus difahami, ulama kontemporari tidak mencapai kata sepakat dalam

menentukan sama ada insuran konvensional dibenarkan atau tidak oleh Syariah. Secara

umumnya, terdapat dua kelompok ulama yang membenarkan dan mengharamkan insuran

konvensional4. Kedua-dua pandangan ini akan diperjelaskan lebih lanjut seperti berikut:

1. Ulama yang Membenarkan Insuran Konvensional

Antara ulama kontemporari yang mengharuskan bermuamalah dengan insuran konvensional

termasuklah ulama seperti Syeikh Abdurrahman Isa (Rektor Universiti Al-Azhar), Syeikh

Abdul Khalaf, Prof Dr. Muhammad al-Bahi, Mustafa Al-Zarqa, Sheikh 'Ali al-Khafif, Sheikh

Muhammad Abduh, dan lain-lain. Pendapat mereka didasarkan kepada beberapa hujah dan

dalil sebagaimana berikut:5

1. Insuran adalah kontrak moden yang tiada dalil (nas) yang jelas mengenainya. Justeru,

dikalangan ulama ini menganggap insuran diharuskan (mubah) berasaskan kaedah

fiqh yang mengatakan bahawa:

باحة حتى يدلى ياءي الأي شأ صأل في الأ رييي الأ لييل على التىحأ الدى

“Hukum asal setiap perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan

haram."6 Ia juga berdasarkan kepada ayat suci Al-Quran:

يعا مينأه إينى في ذليك ليات ليقوأم ي ت فكىرون 7وسخىر لكمأ ما في السىمواتي وما في الرأضي جي

“Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di

langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya;

sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan

kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.”

4 Naseer Yassin &Jamil Ramly, 2011. Takaful: A Study Guide. Kuala Lumpur: IBFIM, hlmn. 81-83

5 Sila rujuk Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi (2004), At-Ta'min al-Islami Dirasah Fiqhiyyah Ta'shiliyah, Beirut:

Dar al-Bashair al-Islamiyah 6 Al-Suyuti, Al-Ashbah Wa al-Naza’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1411H, hlmn. 60, Ibn Nujaym, Al-

Ashbah Wa al-Naza’ir, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1419H, hlmn. 56. 7 Qur’an, Surah al-Jathiyah:13

Page 5: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

5

Para ulama dalam kelompok pendapat ini juga menegaskan bahawa kontrak insuran

mempunyai maslahah (kepentingan umum) kepada pencarum. Tanpa insuran,

keluarga terdekat akan menanggung beban penderitaan kewangan yang besar selepas

kematiannya. Selain itu turut dinyatakan bahawa mengambil insuran telah menjadi

adat ('uruf) kepada masyarakat.

2. Qiyas Akad Insuran kepada Konsep MuwÉlah

Akad muwÉlah adalah kesepakatan di antara dua pihak di mana satu pihak membayar

diyat kepada pihak yang lain di atas perbuatan jenayah yang dilakukannya. Mereka

juga bersepakat untuk saling mewarisi.8 Konsep ini sudah ada sejak sebelum Islam

dan diperakui Islam sebagaimana pendapat Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan Mazhab

Hanafi. Qiyas ini didasarkan kepada pandangan atas kesamaan 'illah antara insuran

dan muwÉlah iaitu saling tolong-menolong dan membantu. Ulama berpendapat

sedemikian antaranya adalah Sheikh Abdullah al-Shiyam, Ahmad Thaha Al-Sanusi,

dan Al-Zarqa.

Namun demikian, penggunaan qiyas ini dianggap lemah oleh ulama yang berbeza

pandangan kerana mereka berpandangan 'illah yang digunapakai adalah tidak sama

antara ashl (muwÉlah) dengan furu' (insuran). Ini disebut sebagai qiyas ma'al fariq.

Bagi mereka, 'illah pensyariatan bagi muwÉlah adalah tolong menolong, sedangkan

dalam insuran konvensional merupakan kegiatan komersil yang bukan dibangun di

atas prinsip tersebut, tetapi untuk menghasilkan keuntungan semaksima mungkin.

3. Qiyas Akad Insuran kepada Akad Mudharabah

Sebahagian ulama dalam kelompok yang mengiktiraf insuran konvensional turut

mengqiyaskan insuran konvensional dengan akad mudharabah. Mereka berpendapat

bahawa insuran konvensional secara praktisnya adalah menyerupai transaksi akad

mudharabah. Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Abdul Wahhab Khallaf.

Walaubagaimanapun, pengkritik pandangan ini berhujah bahawa qiyas tersebut juga

tidak boleh diterima kerana secara praktisnya premium yang dibayar oleh pencarum

(sebagai rabbul maal) berpindah pemilikan kepada syarikat insuran konvensional

(sebagai mudharib). Bahkan premium tersebut tidak kembali sama sekali kepada

pencarum jika tidak berlakunya sebarang musibah yang dilindungi oleh syarikat

8 Al-Washit fi Ahkam al-Tarikah wa al-Mawarith, hlmn.50

Page 6: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

6

insuran. Ini berbeza dengan konsep dan ciri-ciri akad mudharabah, di mana modal

yang diserahkan oleh rabbul maal kepada mudharib masih menjadi pemilikan rabbul

maal. Jika tiada kerugian di akhir tempoh kematangan kontrak, modal mudharabah

tadi mesti dikembalikan kepada rabbul maal yang merupakan pemilik mutlak harta

tersebut.

2. Ulama yang Berpendirian Mengharamkan Insuran Konvensional

Disebalik pandangan segelintir ulama yang mengiktiraf keharusan insuran konvensional,

majoriti ulama kontemporari berpendapat bahawa kontrak insuran konvensional tidak

menepati prinsip Syariah kerana terdapatnya elemen-elemen yang diharamkan dan boleh

menjejaskan keabsahan kontrak tersebut. Pandangan ini didasarkan kepada beberapa alasan

dan dalil berikut:

1. Insuran konvensional mengandungi unsur gharar yang dilarang. Dalam hadith

yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah diceritakan bahwa Rasulullah S.A.W

melarang jual beli yang mengandung unsur gharar (ketidakpastian).

9ري ر غ الأ عي يأ ب نأ ع م لى س و هي يأ ل ع ى الل لى ص اللي ل وأ س ى ر ه ن

"Rasulullah melarang jual beli gharar"

Al-Jurjani mendefinisikan gharar sebagai sesuatu yang tidak diketahui hasil

akhirnya apakah akan terjadi atau tidak.10

Sebahagian lain mendefinisikan gharar

sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu

kemungkinan di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri.11

Dalam insuran konvensional, elemen gharar terjadi kerana subjek akad iaitu polisi

perlindungan adalah suatu yang tidak pasti sama ada akan berlaku atau tidak

berlaku. Apa yang pelanggan beli adalah semata-mata sebuah polisi yang dapat

mententeramkan pemikiran (peace of mind) terhadap suatu musibah yang belum

pasti berlaku sedangkan harga telahpun dibayar bagi maksud pembelian polisi

tersebut.12

Perlu ditegaskan di sini, kewujudan gharar dalam akad mu’awadhat

9 Shahih Muslim, Kitab al-Buyu', 1/1153

10 Al-Jurjani (1983). Kitab Al-Ta'rifat lil Jurjani, Beirut: Dar Kutub Ilmiyah, hlmn.161

11 Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi (2004), At-Ta'min Al-Islami Dirasah Fiqhiyyah Ta'shiliyah, Beirut: Dar

Bashair Islamiyah, hlmn. 164 12

Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, (2010). A Mini Guide to Takaful (Islamic Insurance), Kuala Lumpur:

CERT

Page 7: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

7

atau pertukaran jual beli tidak boleh sama sekali dikompromikan kerana akan

menyebabkan kontrak tersebut menjadi tidak sah dan apa jua hasil pulangan

daripadanya menjadi haram untuk diterima.

2. Insuran konvensional juga mengandungi unsur perjudian (qimar) atau maisir yang

dilarang oleh Syariah. Allah S.W.T berfirman:

ر والنصاب والزأالم ريجأس منأ عملي الشىيأطاني مأر والأميأسي ا الأ تنيبوه لعلىكمأ ت فأليحون يا أي ها الىذيين آمنواأ إينى 13فاجأ

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,

(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk

perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat

keberuntungan"

Al-Sanhuri mendefinisikan maisir sebagai sebuah kontrak di mana pihak yang

kalah berjanji untuk membayar sejumlah wang atau dalam bentuk harta lain yang

disepakati kepada pihak yang menang. Dalam maisir, ada pihak yang 100% untung

tetapi di sisi lain ada pihak yang mengalami 100% kerugian. Dalam konteks

insuran konvensional, maisir terjadi kerana jika musibah berlaku, syarikat insuran

akan menanggung kerugian untuk membayarkan polisi kepada pencarum.

Sebaliknya, jika tiada kemalangan atau kerugian yang berlaku, pencarum pula yang

akan menanggung kerugian sejumlah premium yang telahpun dibayar bagi tujuan

pembelian polisi tersebut.

3. Dalam insuran konvensioanl terdapat cara pengambilan harta manusia dengan cara

atau akad yang batil karena terjadinya gharar dan maisir. Allah S.W.T berfirman:

مأ وال ت قأت لوا أن أفسكمأ إينى اللىه ي ها الىذيين آمنوا ال تأأكلوا أمأوالكمأ ب ي أنكمأ بيالأباطيلي إيال أنأ تكون تيارة عنأ ت راض مينأك يا أ

يما 14كان بيكمأ رحي

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu

dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan

13

Al-Maidah: 90 14

An-Nisa': 29

Page 8: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

8

suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu;

sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu"

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 1972 telah menganggap bahawa insuran

konvensional terutamanya insuran hayat adalah fasid yang mana diharamkan kerana

mengandungi elemen gharar, maisir, riba dan aktiviti-aktiviti yang tidak patuh

Syariah. Sebelumnya, jawatankuasa tersebut telah mengeluarkan fatwa menyatakan

bahawa insuran am iaitu selain daripada insuran hayat adalah harus.15

Pada tahun

1985 pula, Islamic Fiqh Academy di Jeddah di bawah naungan Organization of

Islamic Conference (OIC) menyatakan bahawa semua jenis insuran konvensional

(hayat dan am) tidak menepati prinsip-prinsip Syariah.16

Selain unsur-unsur haram yang disepakati oleh ulama kontemporari yang mengharamkan

insuran konvensional, elemen riba juga dijadikan antara alasan terpenting oleh majoriti ulama

yang berpendirian bahawa insuran konvensional adalah haram. Memandangkan isu riba

dalam insuran konvensional merupakan fokus utama kertas kerja ini, bahagian berikutnya

akan memulakan perbincangan dengan memberikan kefahaman ringkas mengenai riba dalam

prinsip muamalah Islam terlebih dahulu sebelum menghuraikan permasalahan riba dalam

kontrak insuran konvensional.

3. Konsep Riba dalam Islam

Riba dari sudut bahasa bermaksud pertambahan atau lebihan.17

Secara istilah, ulama Hanbali

mendefinisikan riba sebagai tambahan dalam sesuatu yang tertentu, sementara mazhab

Hanafi mendefinisikan riba sebagai suatu tambahan atas harta tanpa ada timbal balik ('iwadh)

dalam pertukaran harta dengan harta ( أ ض و عي ل بي ال بي ال م ل ضأ ف ال بي ال م ةي ض او ع م في ).18 Disebut juga

dalam definisi lain:

أ ال ل ضأ الف و ا ه ب الر أ ط وأ ر شأ م ضي و العي ني ع الي ي ع رأ ش ار ي عأ مي ات ذ ال و مأ أ ةي ل اد ب م د نأ عي ض رأ ق وأ أ ع يأ ب د قأ ع في

15

Diekstrak daripada Minit Mesyuarat Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama, pada 1-2 Oktober 1970,

di Masjid Negara, Kuala Lumpur. 16

Naseer Yassin &Jamil Ramly, ibid,.hlmn. 84 17

Ibn Manzur (1994), Lisan al-'Arab, jilid 14. Beirut: DÉr ØadÊr, hlmn. 304-5. 18

Wahbah Zuhaily (2004), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damascus: Dar Fikr, vol.5, hlmn.3698

Page 9: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

9

"Riba ialah suatu tambahan tanpa ada sebarang bentuk imbalan ('iwadh) sebagaimana

disyaratkan dalam akad jual beli atau akad pinjaman ketika berlakunya pertukaran harta

sebagaimana yang ditetapkan dalam piawai Syariah"19.

Riba diharamkan dalam Islam melalui nas-nas yang jelas dari Al-Qur'an, hadith, dan

kesepakatan ulama (ijma'). Antara ayat al-Quran yang menerangkan tentang pengharaman

riba adalah seperti berikut:

ا الأب يأع ميثأل الربا وأحلى اللىه الأب يأع الىذيين يأأكلون الربا ال ي قومون إيال كما ي قوم الىذيي ي تخبىطه الشىيأطان مين الأمس ذليك بيأن ىهمأ قالوا إينى

20اري همأ فييها خاليدون فأولئيك أصأحاب النى وحرىم الربا فمنأ جاءه موأعيظة مينأ ربهي فان أت هى ف له ما سلف وأمأره إيل اللىهي ومنأ عاد

“Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang

yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian

itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,

padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang

telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba),

maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya

(terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah

penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

21يأحق الله الأربا وي رأبي الصىدقاتي والله ال ييب كلى كفىار أثييم "Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap

orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa"

22يأي ها الىذيين آمنوا ال تأأكلوا الربا أضأعافا مضاعفة

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba yang berganda dan

berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keuntungan”

Selain itu, terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menjelaskan pengharaman Riba,

antara lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA.

19

Ahmad Muhammad Saad (2011) Fiqh al-Mu'amalat, Irbid, Jordan: Dar-AlKetab, Vol. 1, hlmn. 43. 20

Qur’an, Surah al-Baqarah: 275 21

Al-Baqarah 276 22

Qur’an, Surah Ali 'Imran: 130

Page 10: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

10

همأ سواء »: ، وقال « لعن رسول اللي صلىى الل عليأهي وسلىم آكيل الربا، ومؤأكيله، وكاتيبه، وشاهيديأهي

"Rasulullah s.a.w. melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis yang mencatat transaksi

riba dan saksi-saksi kedua-duanya. Rasulullah mengatakan mereka semua adalah sama. 23

Riba juga disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn 'Ubayd bahawa Rasulullah S.A.W

bersabda:

ه مينأ وجوهي الربا كل ق رأض جرى من أفعة ف هو وجأ

“Setiap pinjaman yang memberikan keuntungan (kepada pemberi pinjaman) adalah satu

bentuk daripada riba.”24

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi S.A.W baginda bersabda :

وبيقاتي تنيبوا السىبأع امل ل الشرأك بياللىهي، وال»: يا رسول اللىهي وما هنى؟ قال : ، قالوا« اجأ ، وأكأ ر، وق تأل الن ىفأسي الىتي حرىم اللىه إيالى بياحلق سحأ

ؤأميناتي الغافيلتي صناتي امل حأ

ف امل ، وقذأ ، والت ىول ي وأم الزىحأفي الربا، وأكأل مالي اليتييمي

“Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah

kesalahan itu ? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah, mengerjakan sihir, membunuh

nyawa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran, memakan riba, memakan harta

anak yatim, lari daripada pertempuran serta menuduh wanita suci dan beriman berzina”25

Dalam satu hadis yang lain Nabi S.A.W menggambarkan dosa riba ini lebih teruk daripada

berzina dengan ibu kandung sendiri

ليمي الرىجلي عيرأض الربا أرأب وإينى أمىه، الرىجل ي نأكيح أنأ ميثأل أيأسرها بابا، وسب أعون ثلثة الربا الأمسأ

“Riba terbahagi kepada tujuh puluh tiga jenis, yang paling rendah diantaranya seperti

menikahi seseorang dengan ibunya sendiri, dan yang paling teruk antaranya ialah

memusnahkan maruah seseorang Muslim"26.

23

Muslim (1981), ØaÍÊÍ Muslim bi SharÍ al-NawawÊ, jilid 11. Mesir: al-MaÏba´ah al-MiÎriyyah wa MaktabuhÉ,

hlmn. 26. 24

Al-Bayhaqi (1992), Sunan al-KubrÉ, jilid 5. Beirut: DÉr al-Ma’rifah, hlmn. 350. 25

Riwayat al-Bukhari no. 2615, Muslim no. 89 26

Riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim

Page 11: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

11

Dosa riba ini juga bukan terhad kepada pemberi dan penerima sahaja malah yang bersubahat

sama ada sebagai saksi mahupun sebagai penulis sebagaimana hadis Nabi SAW:

سواء همأ : وقال ، «وشاهيديأهي وكاتيبه، ومؤأكيله، الربا، آكيل وسلىم عليأهي الل صلىى اللي رسول لعن

“Rasulullah S.A.W melaknat pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan dua orang saksinya.

Baginda kemudiannya bersabda: Mereka semua sama”.27

Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah S.A.W di atas jelas menegaskan pengharaman

riba. Dalam Islam, riba merupakan elemen yang mesti dihapuskan kerana ia akan menjadikan

manusia malas berusaha dan mencari kesenangan dari hasil usaha orang lain dan boleh

menimbulkan penindasan serta boleh menyebabkan putusnya amalan bantu-membantu

sesama manusia. Sebab itulah juga Islam mengisytiharkan perang kepada orang-orang yang

memakan harta riba sebagaimana dalam ayat Al-Quran yang disebutkan di atas.

Majoriti ulama membahagikan riba kepada dua, iaitu riba fadhl dan riba nasiah. Sementara

mengikut Mazhab Syafie, riba terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Riba al-Fadl

2. Riba an-Nasiah

3. Riba al-Yad

Namun demikian, secara lebih komprehensif riba dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian

besar: 28

1. Riba ad-Duyun (riba dalam hutang piutang): Ia merupakan kadar faedah tambahan

(riba) yang disebabkan oleh pemberian hutang atau kerana berlakunya penangguhan

dalam pembayaran. Riba dalam bentuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

a. Riba al-Qard: kadar atau sebarang manfaat tambahan yang disyaratkan kepada

nilai pokok pinjaman atau principal. Keadaan ini dibuat pada awal kontrak

pinjaman, yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.

27

Sahih Muslim (1219). 28

Zaharuddin Abd Rahman, hlam. 18-20; Mu’amalat al-Bunuk Min Manzur Islami, Dr. Abd Fatah Idris, hlmn.

6; Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisodiyyah, Dr. Nazzih Hammad, hlmn. 140; Tahrim ar-Riba wa Tanzim

Iqtisodiyyah Mu’asiroh, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, hlmn. 35.

Page 12: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

12

b. Riba al-Jahiliyyah: kadar atau sebarang manfaat tambahan yang melebihi nilai

pokok pinjaman (principal) disebabkan kegagalan peminjam membayar balik

pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui. Pemberi pinjaman mengenakan

denda ke atas peminjam kerana permintaan untuk melambatkan pembayaran

balik hutang atau disebabkan kegagalan penghutang membayar hutang dalam

tempoh yang ditetapkan.

2. Riba al-Buyu’ (riba dalam pertukaran yang melibatkan komoditi ribawi): apabila

berlakunya ketidaksamaan berat, nilai atau kuantiti antara pertukaran dua komoditi

ribawi yang sama jenis atau berlakunya penangguhan dalam pertukaran yang

melibatkan komiditi ribawi sama ada daripada jenis yang sama ataupun berlainan.

Riba al-buyu' ini juga terbahagi kepada dua bentuk:

a. Riba an-Nasa': berlakunya penangguhan dalam pertukaran atau perdagangan

dua komoditi ribawi yang berlainan jenis tapi dengan 'illah yang sama. Sebagai

contoh:

i. 5 gram emas dijual pada harga RM2000 secara tangguh.

ii. Beras 10 kg ditukar dengan 15 kg gandum secara tangguh.

Dalam Islam, wang adalah salah satu daripada enam komoditi ribawi. Oleh

kerana itu, pertukaran wang mestilah mengikut syarat tertentu dalam pertukaran

emas dan perak iaitu:29

(i) jika pertukaran melibatkan matawang yang sama maka

nilai pertukaran juga mesti yang sama, (mathalan bi mathalin), (ii) jika

pertukaran melibatkan matawang berlainan, maka nilai pertukaran tidak

semestinya sama, namun penyerahan mesti dilakukan secara lani (spot) tanpa

sebarang penangguhan iaitu ketika urusniaga dilangsungkan. (yadan bi yadin).

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh 'Ubadah ibn al-Samit RA. bahawa

Rasulullah S.AW bersabda:

عيي أر بيالأب ر والأب ر بيالأفيضىةي والأفيضىة بيالذىهبي الذىهب ري والتىمأر بيالشىعييأي والشى لأح بيالتىمأ لأحي والأمي فإيذا بييد يدا بيسواء سواء بييثأل ميثأل بيالأمي

ت لفتأ ناس هذيهي اخأ ئأتمأ إيذا كان يدا بييد األجأ عوأا كيأف شي فبيي أ

"Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan

barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, (ditukarkan) sesama sendiri, 29

ibid, hlmn. 46

Page 13: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

13

pada kadar yang sama, secara tunai, apabila barangan berkenaan yang berbeza

ditukar, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran

tunai.30

b. Riba al-Fadl: merupakan pertukaran atau perdagangan komoditi ribawi yang

sama jenis dengan timbangan yang berbeza (sekiranya dijual mengikut berat)

atupun kuantiti (sekiranya dijual mengikut kuantiti). Contohnya:

i. Pertukaran 5 gram emas (gred 916) dengan 6 gram emas (gred 750).

Ini adalah haram kerana kedua-dua item tersebut mestilah ditukar

dengan kuantiti yang sama. Kualiti dan gred emas tidak

mempengaruhi hukum.

ii. Pertukaran dan penjualan 10 gram beras basmati dengan 15 gram

beras gred A1. Ini juga dikira haram kerana kedua-dua item perlulah

mempunyai berat 10 gram.

4. Riba dalam Insuran Konvensional

Selain daripada unsur-unsur haram seperti gharar dan maisir yang melingkari transaksi

insuran konvensional sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, majoriti ulama Islam

turut menegaskan bahawa pengharaman insuran konvensional adalah disebabkan oleh unsur

riba yang terdapat di dalamnya.31

Riba wujud dalam insuran konvensional dalam tiga

keadaan:

1. Riba al-fadhl wujud apabila berlakunya pertukaran wang dengan wang yang lazimnya

tidak dalam kadar yang sama. Ini kerana pemegang polisi insuran (policy holder)

membayar wang kepada syarikat dalam bentuk premium untuk mendapat manfaat

atau pampasan (claim) juga dalam bentuk wang sekiranya berlakunya musibah seperti

kemalangan. Ia adalah riba kerana jumlah wang yang dibayar oleh pemegang insuran

kepada syarikat insuran tidak sama dengan jumlah wang pampasan yang diterima.

Contohnya bagi insuran hayat, nilai wang pampasan jika berlakunya musibah

biasanya jauh lebih besar daripada premium yang dibayar oleh pembeli insuran

khususnya pada peringkat awal tempoh polisi. Begitu juga, rata-rata premium insuran

kenderaan hanyalah sebahagian kecil daripada nilai kereta yang dilindungi. Katakan

30

Muslim (1981), ØaÍÊÍ Muslim bi SharÍal-Nawawi, jilid 11. Mesir: al-MaÏba'ah al-MiÎriyyah wa MaktabuhÉ,

hlmn.14 31

Refer to Dr. Uthman Syabir, Al-Mu’amalah al-Maliah, Dar al-Nafais, Edisi ke-4., hlmn. 118; Dr. Wahbah

Az-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Vol. 5, hlmn. 3423

Page 14: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

14

bagi sebuah kereta baru yang nilainya dilindungi berjumlah RM30,000, premium

yang perlu dibayar hanyalah sekitar RMl,000.32

2. Riba al-Nasiah juga merupakan bentuk riba kedua yang wujud dalam transaksi

insuran konvensional. Ini kerana tempoh masa pertukaran antara wang yang dibayar

sebagai premium sama ada secara berkala ataupun sekaligus semasa kontrak

ditandatangani dengan penyerahan wang pampasan (jika berlaku musibah) tidak

berlaku secara lani (spot).33 Sebarang penangguhan pertukaran wang dengan wang

termasuk dalam kategori Riba al-Nasiah yang diharamkan.

3. Elemen riba juga wujud dalam transaksi insuran konvensional lantaran operasi

pelaburannya yang seringkali melibatkan urusniaga berasaskan riba seperti pelaburan

dalam instrumen-instrumen perbankan konvensional, bon, dan sebagainya.

5. Konsep Takaful Menghilangkan Riba

Setelah memahami isu-isu mendasar yang menjadi teras kepada pengharaman instrumen

insuran konvensional, bahagian ini akan memperincikan bagaimana Islam mendatangkan

wahana alternatif bagi mencapai maksud yang sama dengan konsep insuran iaitu

melindungi masyarakat daripada musibah yang melanda. Secara khususnya konsep

alternatif ini dikenali hari ini dengan istilah takaful atau ta'min ta'awuni.

Takaful berasal daripada perkataan dasar kafala yang bererti jaminan atau tanggung rugi.

Secara teknikal, takaful adalah satu bentuk insuran di mana sekumpulan peserta bersetuju

untuk menyumbang sejumlah wang (donation/contibution/hadiah) untuk saling

membantu antara satu sama lain jika ditakdirkan berlakunya sebarang musibah, bencana

atau masalah sama ada dalam bentuk kerugian harta benda ataupun kematian, kecederaan

dan kecacatan kekal pada masa hadapan terhadap mana-mana ahli dalam kumpulan

tersebut.

Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dalam

Piawaian Syariah yang diterbitkannya (2004:05) mentakrifkan takaful sebagai:

"satu sistem di mana para peserta menderma sebahagian atau semua sumbangan

mereka untuk digunakan bagi tujuan membayar tuntutan ganti rugi yang dialami oleh

32

Wan Marhaini Wan Ahmad et. al. hlmn. 109 33

Ibid. hlmn. 108

Page 15: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

15

sesetengah peserta. Peranan syarikat adalah dihadkan kepada menguruskan operasi

insuran dan melabur caruman insuran".

Konsep takaful ini pada hakikatnya berdasarkan kepada prinsip ta'awun (saling tolong-

menolong), tadhamun (tanggungjawab bersama), dan perlindungan serta jaminan bersama

yang termasuk dalam kategori kontrak-kontrak yang bersifat tabarru '. Ini didasarkan

pada firman Allah S.W.T:

واني وت عاونوا على الأبي والت ىقأوى وال ت عاونوا على اليثأي والأعدأ

“Bantulah antara satu sama lain dalam kebaikan dan takwa, tetapi tidak membantu satu

sama lain dalam melakukan dosa dan pencerobohan”34

Ia juga disokong oleh hadis yang menyatakan:

ر، يسىر الل عليأهي في منأ منأ ن فىس عنأ مؤأمين كرأبة مينأ كربي الدن أيا، ن فىس الل عنأه كرأبة مينأ كربي ي وأمي الأقييامةي، و يسىر على معأسي

رةي، والل في عوأني الأعبأدي م خي ليما، ست ره الل في الدن أيا والأ رةي، ومنأ ست ر مسأ خي يهي الدن أيا والأ ا كان الأعبأد في عوأني أخي

“Barangsiapa yang meringankan dari seorang mukmin satu kesulitan dan kesulitan-

kesulitan dunia, maka Allah akan ringankan untuknya satu kesulitan dari kesulitan-

kesulitan Hari Kiamat. Barangsiapa yang memudahkan seorang yang mengalami

kesulitan, maka Allah akan beri kemudahan untuknya di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka akan Allah tutupi (aibnya) di

dunia dan di akhirat Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana dia saling

membantu antara satu sama lain.” 35

Prinsip tanggungjawab bersama juga diperkuat oleh hadis Rasulullah S.A.W:

و تداع تكى مينأه عضأ سدي إيذا اشأ مىىمثل الأمؤأمينيني في ت وادهيمأ، وت راحيهيمأ، وت عاطفيهيمأ مثل الأ سدي بيالسىهري واحلأ ير الأ ى له سا

34

Al-Ma'idah 5:02 35

Shahih Muslim, hadith no. 2699, vol.4, hlmn.2074

Page 16: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

16

“Perumpamaan hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu sama

lain, adalah seperti satu jasad, apabila salah satu bahagian menderita kesakitan, maka

seluruh badan akan terjejas dengan terus terjaga dan demam.36

5.1. Prinsip Tabarru' Mendasari Takaful

Konsep takaful diperkenalkan untuk menghilangkan unsur-unsur haram yang tidak dapat

diterima dalam insuran konvensional seperti riba, gharar dan maisir dengan

menggantikan kontrak asas yang mendasari insuran daripada kontrak pertukaran

(mu'awadhat) kepada konsep kebajikan (tabarru’).

Secara bahasa, tabarru' berasal dari akar kata tabarra'a yang bererti sumbangan,

kontribusi, derma, hadiah, sedekah tanpa mengharapkan sebarang pulangan sebagai

pengganti.37

Tabarru' adalah sumbangan sukarela yang diberikan oleh seseorang semasa

hayatnya kepada orang lain, tanpa mengharapkan apa-apa balasan, yang membawa

kepada pemindahan pemilikan sesuatu subjek daripada penderma kepada penerima

(Parid, 2009). Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia mendefinisikan

tabarru' sebagai satu akad di mana para peserta takaful bersetuju untuk memberikan

semua atau sebahagian daripada caruman mereka sebagai derma bagi membantu para

peserta takaful lain yang menghadapi musibah atau kesulitan tertentu.38

Dengan demikian, elemen riba dalam insuran konvensional boleh dihapuskan melalui

operasi takaful kerana alasan berikut:

1. Akad yang melandasi terbangunnya takaful adalah tabarru' bukan mu'wadhat. Dalam

akad tabarru', isu riba tidak terjadi kerana riba hanya berlaku pada akad mu'awadhat.

Al-Maidani mengatakan: ةي ض او املع في ني يأ د اقي ع املت دي ح لي ط وأ ر شأ م ي عي رأ ش ار ي عأ بيي ض و عي نأ ع ال خ ل ضأ ف عي رأ الشى ا في ب الر

36

Muslim, (n.d), Shahih Muslim, hadith no. 2586. Beirut: Dar Ihya' Turath al-Arabi, vol 4. hlmn.1999 37

Rujuk Al-Ta'rifÉt, 1/256, Mu'jam Lughatul Fuqaha', 1/120, Al-Mu'jam Al-WasÊth, 1/50 38

Bank Negara Malaysia, (2010), Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, Kuala Lumpur: BNM, second

edition, hlmn. 62

Page 17: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

17

Riba dalam definisi syara' adalah kelebihan yang tiada padanya timbal balik atau

pulangan yang selari dengan piawaian Syara', yang disyaratkan pada salah satu

antara dua pelaku akad dalam akad mu'awadhat. 39

Dalam kaedah fiqh juga dinyatakan:

اتي ض او املع في ر ف ت غأ ي اال م اتي ع ر ب التى في ر ف ت غأ ي

"Dimaafkan dalam akad tabarru' apa yang tidak dimaafkan dalam akad

mu'awadhah"40

هالة في التىب رعاتي مين ي غأت فر الأغرر والأ

"Dimaafkan dalam akad tabarru' elemen gharar dan jahalah"41

Syariah menetapkan tidak berlakunya riba dalam akad tabarru' kerana tujuan akad

bukan untuk memaksima keuntungan dan tujuan komersil. Dalam konteks takaful,

tujuan peserta bukan untuk mendapatkan keuntungan melalui pertukaran wang atau

meminjamkan wang, tetapi untuk membantu antara satu sama lain dengan cara

memberikan sebahagian dananya sebagai derma atau sumbangan.

Sebaliknya, dalam akad mu'awadhat, tujuan akad adalah untuk pertukaran dan

keuntungan. Dalam insuran konvensional, pencarum dan syarikat melakukan

pertukaran atau jual beli wang dengan wang. Wang dalam bentuk premium dibayar

pelanggan atau pencarum untuk mendapatkan polisi insuran konvensional yang juga

dalam bentuk wang, yang akan dibayar oleh syarikat insuran jika berlakunya musibah.

Dalam perbincangan fiqh muamalah, prinsip yang mendasari jual beli adalah keadilan

dan kesamarataan agar tidak berlakunya sebarang bentuk penindasan, kezaliman dan

pertikaian. Setiap akad mu'awadhat yang tidak memenuhi kedua unsur tersebut

39

Ahmad Al-Kurdi, (2012), Al-Ta'min al-Islami wat Ta'min al-Taqlidi Hal Hunaka Furuqun? Kertas kerja

dibentangkan pada halaqah mengenai "'Uqud al-Ta'min al-Islami",12-14, Januari 2002, Jeddah 40

Ahmad bin Hammad (n.d). 'Uqud al-Ta'min Haqiqatuha wa Hukmuha, Madinah: Al-Jami'ah al-Islamiyah bil

Madinah al-Munawwarah, hlmn.96 41

Wizarah al-Awqaaf wa al-Shu'un al-Islamiyya al-Kuwaiti (1427H) al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah

(n.d). Jilid 234, hlmn. 30.

Page 18: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

18

dilarang. Atas dasar itu, pertukaran wang dengan wang yang tidak berlaku secara lani

(spot) termasuk dalam kategori riba kerana tiadanya unsur keadilan dan kesamarataan.

2. Dalam operasi takaful juga, akan dipastikan bahawa semua dana-dana yang

dilaburkan hanya dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang mematuhi prinsip Syariah sahaja.

Syarikat takaful sentiasa dipantau agar tidak terjebak dengan aktiviti pelaburan dana-

dana peserta dalam portfolio-portfolio pelaburan yang diharam dan dilarang Syarak

seperti pelaburan berasaskan perjudian, arak, riba dan sebagainya.

6. Model-Model Takaful

Sebagaimana yang telah dibicangkan di atas, elemen terpenting yang membezakan insuran

konvensional dengan takaful ialah kontrak yang mendasari aktiviti keduanya. Disebabkan

insuran merupakan kontrak yang berasaskan pertukaran atau jual beli, isu-isu riba, gharar

dan maisir yang merupakan unsur terpenting bagi menentukan keabsahan transaksi perlu

diberikan perhatian sepenuhnya. Manakala, kontrak tabarru' yang mendasari operasi takaful

menghilangkan elemen-elemen haram kerana tujuan akad bukan lagi bermotifkan keuntungan

daripada pertukaran tetapi lebih berupa kebajikan bagi setiap peserta membantu antara satu

sama lain.

Walaubagaimanapun, dalam aplikasi semasa, pelbagai produk takaful diperkenalkan bagi

memenuhi pelbagai tuntutan peserta selain daripada perlindungan risiko dan musibah. Ada

sesetengah produk yang menggabungkan pelbagai bentuk manfaat lain termasuklah simpanan

dan pelaburan. Justeru, pemeteraian kontrak-kontrak mengikut objektif tertentu dan

pengasingan dana-dana yang berkaitan amat mustahak bagi mengelakkan sebarang isu-isu

Syariah yang boleh menjejaskan keabsahan transaksi.

Selain daripada itu juga, model-model takaful di pasaran amat terkait dengan pelbagai

kontrak yang digunakan khususnya dalam menjustifikasikan hubungan diantara syarikat

takaful dengan para peserta skim takaful tersebut. Ini bermakna terdapat dua peringkat

penentuan kontrak iaitu: Pertama, kontrak yang mendasari hubungan dikalangan peserta skim

takaful; Kedua, kontrak yang mendasari hubungan di antara syarikat takaful dengan peserta.

Page 19: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

19

6.1. Kontrak yang Mendasari Hubungan Sesama Peserta

Bagi maksud yang pertama, kontrak tabarru' menjelaskan hubungan dikalangan peserta.

Ini bermakna. setiap peserta yang menyertai skim takaful bersetuju untuk menghadiahkan

atau menyumbang sejumlah wang bagi tujuan membantu antara satu sama lain jika ada

dikalangan mereka yang ditimpa musibah tertentu sebagaimana yang disepakati dalam

kontrak.

Dalam konteks ini, sesetengah ulama berpandangan bahawa kontrak tabarru' adalah

bersifat umum yang boleh dicerakinkan lagi kepada dua bentuk iaitu al-iltizam bi al-

tabarru' dan al-tanahud.

(a) Al-Iltizam bi al-tabarru'

Al-Iltizam bi al-tabarru' ialah satu komitmen untuk melakukan tabarru' atau

menyumbang yang boleh digunakan untuk menjustifikasikan hubungan antara peserta

sesama mereka atau peserta dengan dana yang disumbangkan. Prinsip ini di sokong oleh

AAOIFI, yang secara dasarnya mendefinisikan kontrak yang mendasari hubungan peserta

skim takaful dengan dana takaful atau sesama mereka berasaskan kepada al-iltizam bi al-

tabarru'.42

Komitmen untuk menyumbang ini pada dasarnya untuk kepentingan setiap peserta

berpandukan semangat untuk saling tolong-menolong dan lindung-melindungi antara satu

sama lain daripada musibah dan risiko. Prinsip ini diperkenalkan oleh ulama daripada

Mazhab Maliki yang menjelaskan bahawa apabila seseorang berhasrat atau membuat

komitmen untuk melakukan sesuatu kebaikan tanpa menghubungkannya dengan sesuatu

syarat yang lain, dia wajib menunaikannya selagi mana dia tidak mati atau jatuh muflis.43.

Prinsip ini penting menurut kebanyakan pandangan ulama, kerana tabarru' dianggap

tidak lengkap melainkan subjek tabarru' tersebut telahpun berpindah kepada penerima

sumbangan walaupun komitmen untuk melakukan tabarru' atau sumbangan telah

diberikan. Isu ini dapat dilihat dalam kontrak hibah yang mana qabd atau pegangan

terhadap subjek yang dihibahkan adalah satu syarat yang akan menentukan keterikatan

(bindingness) akad hibah tersebut. Walaubagaimanapun, bagi ulama dikalangan Mazhab

Maliki, komitmen untuk melakukan hibah atau sumbangan sudah memadai untuk

42

Rujuk AAOIFI, Shari’ah Standard (in arabic), 2006, Standard on Takaful, Standard No. 2 and 4 (c) 43

Rujuk Al Hattab, Tahrir Al Kalam fi Masa’il Al Iltizam, Beirut: Dar Al Gharb Al Islami, 1984 at p 71; Abdul

Nasir Tawfiq Al Attar, Nazariyyah Al Itizam fil Shari’ah wal Tasyri’at Al Arabiyyah, Egypt: Matba’ah Al

Sa’adah, 1975 hlmn. 22

Page 20: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

20

menjadikan akad hibah tersebut sebagai lazim atau mengikat (binding)44. Pandangan ini

diasaskan kepada kata-kata Saidina Ali dan Ibnu Mas'ud yang menyebutkan bahawa:

"Hadiah adalah dibenarkan selagi mana diketahui tidak kira sama ada ia sudah diterima

atau tidak"45. Ini juga bagi mengelakkan isu yang dibangkitkan Nabi SAW:

بى العايد في ق يأئيهي تيهي كالعايدي في هي

“Seseorang yang mengambil balik hadiah atau sumbangannya diumpamakan seperti

menjilat ludahnya”46.

بى وأءي العايد في هي تيهي كالكلأبي ي عود في ق يأئيهي، ليأس لنا مثل السى

“Seseorang yang mengambil balik hadiah atau sumbangnya adalah diumpamakan

seperti anjing yang menjilat ludahnya".47

Prinsip iltizam bi al-tabarru' ini penting dalam aplikasi takaful bagi memastikan

komitmen berterusan peserta untuk membuat sumbangan (atau dalam istilah insuran ialah

membayar premium). Justeru, sekiranya ada peserta yang lewat atau menangguhkan

sumbangannya, syarikat takaful boleh meminta pampasan daripadanya dan dianggap

sebagai satu bentuk hutang kepada dana sumbangan peserta sehinggalah dia secara rasmi

menarik diri daripada skim atau polisi takaful yang dipersetujui bersama. Ini kerana,

adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melunaskan segala komitmen yang dipersetujui

dalam kontrak yang dianggap sebagai kontrak mengikat sebagaimana pandangan

AAOIFI yang berasaskan Mazhab Maliki. Status keterikatan (binding) kontrak takaful ini

amat mustahak bagi syarikat takaful yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana-

dana tersebut membuat pengiraan terhadap nilai sumbangan berkala bagi setiap peserta

dan jumlah pampasan yang akan dibayar pada peserta yang menyertai skim takaful ini.

Selain daripada itu, hubungan dana dengan para penerima pampasan disebut juga sebagai

iltizam bi al-ta'widh atau komitmen untuk memberi pampasan yang juga satu bentuk

iltizam bi al-tabarru'. Ia juga dianggap sebagai satu bentuk komitmen bersyarat di mana

penyempurnaan komitmen tersebut bergantung pada keperluan tertentu, terutamanya

tuntutan pampasan oleh peserta takaful disebabkan musibah atau kerugian yang melanda.

Justeru dalam skim takaful, sumbangan yang diberikan peserta mungkin digunakan

44

Wahbah Al Zuhaily, Fiqh Islami wa Adillatuhu, Vol. 5, Damascus: Dar Al Fikr at p. 3998 - 3999

45

AAOIFI, Shari’ah Standard (in arabic), 2006, hlmn. 446 46

Al-Bukhari, (1422), Shahih Bukhari, Hadith no. 2621, Damascus: Dar Thuq al-Najah, vol,3 hlmn. 164 47

Ibid vol.9 hlmn.27

Page 21: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

21

secara keseluruhannya atau hanya sebahagian daripadanya yang membolehkan peserta

menuntut sebarang lebihan daripada dana pampasan takaful (underwriting surplus). 48

(b) Tanahud

Satu lagi bentuk tabarru' yang boleh menjustifikasikan hubungan atau kontrak sesama

peserta dalam skim takaful ini ialah tanahud atau al-nihd. Al-Nihd atau al-tanahud ialah

satu prinsip muamalah Islam yang membawa maksud bertolongan (al-‘aun) atau

pemberian atau sumbangan sejumlah dana berasaskan komposisi atau nisbah bilangan

peserta (yang terlibat dalam perkongsian dana tersebut) 49. Ia melibatkan sumbangan

daripada sejumlah peserta bagi menampung keperluan peserta-peserta dalam kumpulan

tersebut. Setiap anggota menyumbangkan makanan dan minuman berasaskan nisbah yang

berbeza-beza. Sumbangan tersebut kemudiannya dicampurkan dan dikongsikan secara

sama rata sesama anggota. Amalan ini pernah dilakukan oleh pada zaman Nabi SAW

terutamanya apabila melibatkan perkongsian bekalan makanan oleh para sahabat yang

menyertai dalam satu-satu misi peperangan ataupun musafir untuk berdakwah.

Hadis-hadis berikut dapat memberikan gambaran mengenai amalan al-nihd atau tanahud

ini:

Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin 'Abdullah:

، فأمىر عليأهيمأ أبا عب يأدة بأن لي الرىاحي وهمأ ثلث مياة، وأنا فييهيمأ، ب عث رسول اللىهي صلىى الل عليأهي وسلىم ب عأثا قيبل السىاحي

نا حتى إيذا كنىا بيب عأضي الطىرييقي فني ، فجميع ذليك كله، فكان ميزأوديأ تأر، فكان فخرجأ الزىاد، فأمر أبو عب يأدة بيأزأوادي ذليك اليأشي

يب نا إيالى تأرة تأرة، ف قلأت ني : تأرة، ف قال وما ت غأني : ي قوت نا كلى ي وأم قلييل قلييل حتى فني، ف لمأ يكنأ يصي نا ف قأدها حي لقدأ وجدأ

، قال لة : فنييتأ رة لي أ عشأ ، فأكل مينأه ذليك اليأش ثاني ري، فإيذا حوت ميثأل الظىريبي ، ثى أمر أبو عب يأدة ثى ان أت هي أنا إيل البحأ

ي مينأ أضألعي لعنيأ همابيضي ب أ لتأ ثى مرىتأ تأت هما ف لمأ تصي لة، ف رحي با ثى أمر بيراحي هي، ف نصي

"Rasulullah SAW telah menghantar satu angkatan tentera ke sebelah timur dan melantik

Abu 'Ubaidah al-Jarrah sebagai ketua, dan tentera terdiri daripada tiga ratus anggota

termasuk saya. Kami berjalan keluar sehingga tiba di satu tempat yang mana bekalan

makanan kami kehabisan. Abu 'Ubaidah mengarahkan kami untuk mengumpulkan semua

bekalan makanan yang tersisa dan maka terkumpullah keseluruhannya. Bekalan

48

Abdul Sattar Abu Ghuddah, Buhuth fil Mu’amalat wal Asalib Al Masrifiyyah Al Islamiyyah, vol. 6, Jeddah:

Majmu’ah Dallah Al Baraka, 2005, hlmn. 300. 49

Ibn Manzur, Lisan Al ‘Arab, vol. 6 hlmn. 4555

Page 22: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

22

makanan milikku berupa tamar. Abu 'Ubaidah mengagihkan kepada kami setiap hari

sedikit demi sedikit sehinggalah kehabisan. Setiap kami hanya berkongsi satu tamar

sahaja. Akupun berkata: "Bagaimana satu tamar boleh memberi manfaat?". Jabir

kemudiannya menjawab "Kami mendapat tahu mengenai nilainya, ketika ianya sudah

kehabisan". Jabir menambah, "Apabila kami tiba di pantai, kami mendapati sejumlah

ikan bagaikan bukit. Tentera memakan daripadanya selama 18 malam. Kemudian Abu

'Ubaidah mengarahkan tulang-tulangnya diikat. Kemudian dia mengarahkan agar unta

betina ditunggangnya dan ia melalui dibawah tulang-belulang (yang membentuk pintu

gerbang) tanpa menyentuhnya."50

صلىى الل »: عن رافيع بأن خدييج رضيي اللىه عنأه، قال ر كنىا نصلي مع النىبي عليأهي وسلىم العصأر، ف ن نأحر جزورا، ف ت قأسم عشأ

يجا ق بأل أنأ ت غأرب الشىمأس «قيسم، ف نأأكل حلأما نضي

Dari Rafi’ bin Khadij, katanya: “Kami pernah bersolat Asar bersama Nabi SAW, lalu

kami menyembelih seekor unta, dan dibahagikan 10 bahagian. Lalu kami memakan

daging yang masak sebelum terbenam matahari”51

.

ى صلىى الل عليأهي وسلىم في نأري إيبيليهيمأ، فأ : عنأ سلمة رضيي اللىه عنأه، قال ، وأمألقوا، فأت وا النىبي ذين لمأ، ف لقيي همأ خفىتأ أزأواد القوأمي

ب روه ف قال صلىى الل عليأهي وسلىم، ف قال : عمر، فأخأ يا رسول اللىهي، ما ب قاؤهمأ ب عأد : ما ب قاؤكمأ ب عأد إيبيليكمأ، فدخل على النىبي

، ف يأأتون بيفضألي أزأواديهيمأ »: ليأهي وسلىم إيبيليهيمأ، ف قال رسول اللىهي صلىى الل ع ط ليذليك نيطع، وجعلوه على « نادي في النىاسي ، ف بسي

، ف قام رسول اللىهي صلىى الل عليأهي وسلىم فدعا وب رىك عليأهي، ثى دعاهمأ بيأوأعييتيهي ت النطعي ثى النىاس حتى ف رغوا، ثى قال رسول مأ، فاحأ

هد أنأ ال إيله إيالى اللىه، وأن رسول اللىهي »: اللىهي صلىى الل عليأهي وسلىم «أشأ

"Daripada Salamah, katanya: Bekalan makanan kaum ini telah berkurangan, dan mereka

dalam keadaan berhajat. Mereka menemui Rasulullah SAW untuk menyembelih unta-unta

mereka, lalu baginda memberi keizinan. Umar menemui mereka dan mereka

memberitahu hal tersebut kepada Umar, lalu Umar bertanya, “Apa yang tinggal untuk

kamu selepas unta-unta tersebut?” Umar masih bertemu Nabi SAW, lalu berkata,

“Wahai Rasulullah, apa yang tinggal bagi mereka selepas unta-unta mereka?”.

Rasulullah SAW berkata, “Serulah mereka supaya mendatangkan lebihan bekalan

50

Hasan Khan, Sahih Bukhari (translated), Riyadh: Dar Al Salam, 1997, vol. 3, book 47, no. 2484 51

Riwayat Bukhari (no: 2485) v. 3 hlmn. 138, dan Muslim (no: 625) v. 1 hlmn. 435.

Page 23: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

23

makanan mereka”. Lalu dihamparkan satu hamparan, dan mereka meletakkan lebihan

bekalan makanan di atas hamparan tersebut, lantas baginda SAW berdiri, berdoa, dan

memohon keberkatan. Kemudian, baginda memanggil mereka supaya membawa bekas

masing-masing, lalu mereka mengambil makanan tersebut hingga habis. Kemudian

Rasulullah SAW bersabda, “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya kecuali

Allah, dan aku adalah Rasulullah”52.

Aplikasi tanahud juga seringkali dikaitkan dengan satu amalan yang dilakukan oleh kaum

Ashaari pada zaman Nabi SAW:

صلىى الل عليأهي وسلىم : قال عنأ أبي موسى، عرييني إيذا أرأملوا في الغزأوي، أوأ قلى طعام عييالييمأ بيالأمديينةي جعوا »: قال النىبي إينى الشأ

د د، ثى اق أتسموه ب ي أن همأ في إيناء واحي «بيالسىوييىةي، ف همأ مين وأنا مين أهمأ ما كان عينأدهمأ في ث وأب واحي

Dari Abu Musa, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya kaum Ashaari

apabila mereka kehabisan bekalan ketika peperangan, atau kekurangan makanan untuk

keluarga mereka di Madinah, mereka menghimpunkan apa yang ada pada mereka dalam

satu karung, kemudian mereka akan membahagi-bahagikan antara mereka dalam satu

bekas secara sama banyak. Mereka daripada aku, dan aku daripada mereka”53.

Imam Bukhari dan Ibn Hajar al-'Asqalani dalam komentarnya terhadap hadis-hadis ini

terutamanya amalan yang dilakukan oleh kaum Ashaari menjelaskan bahawa al-nihd

adalah suatu amalan terpuji dan dibenarkan54

. Walaupun jumlah sumbangan dan

pengagihan bekalan makanan adalah tidak sama antara satu ahli dengan ahli yang lain,

ketidaksamarataan ini dikompromikan lantaran prinsip ta'awun dan tabarru' yang

mendasari muamalah sesama mereka. Sekalipun masih ada berbaki daripada jumlah

sumbangan yang diagihkan, ia masih boleh dikongsikan sesama ahli.

Justeru prinsip tanahud ini bersesuaian dipraktikkan dalam amalan takaful masa kini

terutamanya untuk menjustifikasikan perkongsian daripada lebihan dana risiko

52

Riwayat Bukhari (no: 2484) v. 3 hlmn. 137. 53

Riwayat Bukhari (no: 2486) v. 3 hlmn. 138, dan Muslim (no: 2500) v. 4 hlmn. 1944. 54

See Ali MA Al Quradaghi, Al Ta’min Al Islami, Beirut: Dar Al Basha’ir Al Islamiyyah, 2004 hlmn. 256 –

257; Ibn Hajar Al ‘Asqalani, vol. 3, Fath Al Bari, Cairo: Dar Al Hadith, 1998 hlmn. 144.

Page 24: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

24

(underwriting surplus sharing)55

, yang diagihkan kepada peserta-peserta setiap hujung

tahun sekiranya dana risiko tersebut masih berbaki atau berlebihan.

6.2. Kontrak yang Mendasari Hubungan Diantara Peserta dengan Syarikat Takaful

Berbanding insuran konvensional yang berasaskan kontrak mu'awadhat atau jual beli

yang menatijahkan segala premium yang dibayar peserta atau pelanggan menjadi hak

milik mutlak syarikat, skim takaful menilai peranan syarikat takaful daripada

perspektif yang jauh berbeza. Ini kerana syarikat takaful tidak sesekali menjadi

pemilik dana-dana sumbangan peserta takaful. Sebaliknya mereka hanyalah ejen atau

pengurus yang membantu mengendalikan skim takaful bagi pihak peserta.

Dalam amalan takaful semasa, hubungan syarikat takaful dengan peserta boleh

dijustifikasikan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kontrak yang mendasari

setiap model yang diperkenalkan. Secara umumnya, dalam konteks amalan takaful

masa kini, terdapat pelbagai model yang digunapakai oleh syarikat takaful,

berasaskan kepada kontrak yang digunapakai. Antaranya termasuklah Wakalah,

Mudharabah ataupun gabungan antara keduanya. Bahagian berikutnya akan

memberikan penerangan ringkas mengenai setiap model-model yang disebutkan.

(a) Model Mudharabah

Mudharabah ialah kontrak perkongsian di mana satu pihak yang menyediakan modal

manakala pihak lain menawarkan kemahiran dan keusahawanan. Keuntungan, jika

ada, akan dikongsi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui dari awal. Mana-mana

kerugian kewangan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemberi modal (rabbul maal)

sedangkan pengurus dana (mudharib) akan menanggung kerugian usaha dan buruh.

Dari segi operasi takaful, pemberi modal dikenali sebagai peserta manakala pengurus

dana adalah syarikat takaful. Di bawah kontrak ini, pengendali takaful akan

menerima sumbangan daripada peserta. Sumbangan itu disifatkan sebagai modal

(ra'sul maal) yang akan diurus dan dilaburkan kepada tempat yang mematuhi

Syariah. Kontrak ini menyatakan bahawa apa-apa keuntungan daripada pengurusan

dana akan dikongsi bersama antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan

55

Ali MA Al Quradaghi, Al Ta’min Al Islami, hlmn. 257.

Page 25: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

25

nisbah yang dipersetujui terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku

kerugian dalam Dana Risiko Peserta (PRF), pengendali takaful selalunya akan

memberi pinjaman tanpa faedah (qard) yang perlu dibayar balik apabila PRF

menjana keuntungan56

. Lebihan daripada dana risiko (underwriting surplus), jika

ada, akan diagihkan kepada para peserta kerana ia bukan merupakan sebahagian

daripada keuntungan. Rajah 1 di bawah menggambarkan aliran proses model

mudharabah.

Rajah 1: Mudharabah Model

Model mudharabah tulen (pure mudharabah) membolehkan pengendali takaful

hanya menikmati perkongsian keuntungan, dan bukan lebihan dana risiko

(underlying surplus). Lebihan pengunderaitan dalam model ini perlu dikembalikan

kepada semua peserta kerana ia adalah sebahagian daripada modal, dan tidak berupa

keuntungan. Syarat ini tidak disukai oleh kebanyakan pengendali takaful. Oleh itu,

pengendali takaful membina model mudharabah yang diubahsuai di mana lebihan

pengunderaitan ditafsirkan sebagai "keuntungan mudharabah" yang akan dikongsi

antara peserta dan pengendali takaful.57

Rajah 2 di bawah menunjukkan aliran

operasi model ini.

56

Lihat, Asyraf Wajdi Dusuki (ed), (2011), Islamic Financial System: Principles and Operation, Kuala Lumpur:

ISRA. hlmn.516-517 57

Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali (2008). Essential Guide to Takaful (Islamic Insurance). Kuala Lumpur:

CERT Publication

Sumbangan

Dana risiko

Dana investasi

Lebihan

Keuntungan

Peserta

Operator Takaful

x%

x%

100%

Sumbangan

Dana risiko

dana investasi

Lebihan

keuntungan

Peserta

Operator

Takaful

x %

x %

Page 26: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

26

Rajah 2: Model Mudharabah yang diubahsuai

(b) Model Wakalah

Wakalah merupakan kontrak perwakilan atau agensi yang mana satu pihak melantik

pihak lain sebagai ejen untuk melaksanakan tugas tertentu. Dalam konteks aplikasi

takaful, prinsipal (muwakkil) terdiri sebagai peserta manakala agen (wakil) adalah

pengendali atau syarikat takaful. Dengan kata lain peserta melantik syarikat takaful

sebagai ejen untuk menguruskan dana-dana yang dikumpulkan bagi tujuan bantu-

membantu dalam melindungi para peserta daripada kerugian akibat sesuatu musibah.

Sebagai imbalan daripada kerja pengurusan yang dilakukan ini, syarikat takaful

berhak untuk menerima fi atau upah sebagaimana yang disepakati di awal kontrak.

Dalam model ini juga, syarikat takaful turut dipertanggungjawabkan untuk mengurus

dana-dana yang dikumpulkan dengan melaburnya ke dalam skim-skim pelaburan

yang mematuhi Syariah. Sebarang keuntungan atau lebihan akan diserahkan kepada

para peserta. Rajah 3 di bawah menunjukkan aliran operasi model ini.

Rajah 3: Model Wakalah

Sumbangan

Dana Risiko

Dana Pelaburan

Lebihan

Keuntungan

Peserta

Takaful Operator

x %

Fi Wakalah

A. Pengurusan dana

risiko

B. Pengurusan dana

pelaburan

Page 27: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

27

Dalam model wakalah di atas, lebihan daripada dana risiko (underwritting surplus)

tidak dikongsikan dengan syarikat takaful. Oleh sebab itulah, dalam banyak operasi

syarikat takaful masa kini, model asal wakalah berasaskan Rajah 3 di atas telah

diubah suai dan ditambah baik. Dalam model wakalah yang diubahsuai, pengendali

takaful bukan sahaja dibenarkan untuk mendapatkan bayaran caj atau upah

sebagaimana dipersetujui berdasarkan prinsip wakalah di peringkat permulaan

kontrak bagi kerja-kerja pengurusan dana risiko yang dilakukannya, tetapi juga

dibenarkan mendapatkan sebahagian lebihan berdasarkan insentif prestasi

(performance incentive). Rajah 4 di bawah menunjukkan aliran proses model

wakalah yang telah diubahsuai.

Rajah 4: Model Wakalah yang diubahsuai

(c) Model Hibrid (Wakalah + Mudharabah / Wakalah+ Wakaf)

Model hibrid adalah model takaful yang menggabungkan beberapa kontrak dalam

satu membentuk produk takaful. Model takaful ini dibangunkan sama ada berasaskan

gabungan antara model atau akad mudharabah dan wakalah atau gabungan antara

wakalah dan wakaf. Dalam gabungan mudharabah dan wakalah, kontrak

mudharabah digunakan untuk menjustifikasikan hubungan pengendali atau syarikat

takaful sebagai pengurus dana pelaburan peserta (mudharib), manakala kontrak

wakalah digunakan untuk menjustifikasikan peranan pengendali takaful sebagai

pengurus dana-dana risiko dan segala aspek yang berkaitan pampasan dan

underwriting (pengunderait) bagi pihak peserta. Sebagai mudharib, pengendali

takaful akan menikmati sebahagian daripada sebarang keuntungan yang terhasil

Sumbangan

Dana Risiko

Dana Pelaburan

Lebihan

Keuntungan

Peserta

Operator Takaful

x %

x %

Fi Wakalah

A. Pengurusan dana

risiko

B. Pengurusan dana

pelaburan

Page 28: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

28

daripada aktiviti pelaburan dana-dana pelaburan berdasarkan suatu nisbah yang telah

disepakati di awal kontrak. Di samping itu juga syarikat takaful selaku (underwriter)

atau pengurus dana-dana risiko dan sebarang operasi takaful yang berkaitan

pampasan terhadap musibah dan sebagainya, berhak untuk menerima upah atau fi

wakalah yang tetap sebagaimana yang telah dipersetujui di awal kontrak.58

Rajah 5

di bawah menggambarkan ilustrasi model hibrid dalam takaful.

Rajah 5: Gabungan Wakalah dan Mudharabah

Satu lagi model hibrid ialah gabungan model wakalah dan wakaf. Model takaful ini

diperkenalkan oleh Sheikh Taqi Uthmani dan banyak diaplikasikan di Pakistan. Idea

umum model ini adalah untuk membolehkan mana-mana individu untuk membantu

satu sama lain sekiranya berlaku musibah atau malapetaka dengan menggunakan dana

wakaf. Dengan melalui model ini, pemegang saham bagi syarikat takaful

menyumbangkan dana bagi menubuhkan dana berasaskan prinsip wakaf. Pada masa

yang sama, para peserta juga menyumbang sejumlah wang yang akan dimasukkan ke

dalam dana wakaf tersebut. Ini bermakna, dana wakaf terdiri daripada dua sumber

utama iaitu daripada dana pemegang saham dan dana para peserta takaful. Dana-dana

ini kemudiannya dilabur dalam aktiviti perniagaan yang patuh Syariah. Jika mana-

mana peserta ditimpa musibah, keuntungan yang dijana daripada dana wakaf boleh

digunakan untuk membantu setiap peserta.59

58

Lihat, Asyraf Wajdi Dusuki (ed), (2011), Islamic Financial System: Principles and Operation, Kuala Lumpur:

ISRA. 59

ibid

Sumbangan

dana pelaburan

Dana risiko

Keuntungan

Lebihan

Peserta

Operator

Takaful

x %

Akad Wakalah

Akad Mudharabah

x % Fi Wakalah

Fee

Page 29: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

29

Syarikat pengendali takaful dalam model ini juga berfungsi sebagai ejen (wakil) bagi

pihak para pemegang saham dan peserta untuk mentadbir dana-dana wakaf tersebut.

Ini termasuk kerja-kerja pengurusan risiko dan pembayaran tuntutan daripada peserta.

Pada masa yang sama, syarikat takaful juga bertindak sebagai ejen pelaburan untuk

membantu melabur dana dalam aktiviti yang patuh Syariah. Bagi kerja-kerja ini

syarikat takaful boleh dibayar upah berasaskan kadar tertentu daripada sebahagian

sumbangan peserta dan juga upah prestasi (performance fee) sebagaimana yang telah

ditetapkan sejak daripada awal permeteraian kontrak.60

Rajah 6 di bawah

menunjukkan aliran proses model wakaf dan wakalah ini.

7. Penutup dan Kesimpulan

60

Ibid

Rajah 6:

Model Gabungan Wakaf dan Wakalah

Dana Waqf

Dana Risiko

Dana Pelaburan

Surplus

Keuntungan

n

Operator Takaful

Fi Wakalah

A. Pengurusan

dana risiko

B. Pengurusan

dana pelaburan

Pelabur (Pemilik

Syarikat Takaful)

Peserta Fi Prestasi

Page 30: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

30

Kertas ini telah membincangkan secara ringkas mengenai isu-isu penting yang mendasari

pengharaman insuran konvensional. Secara khususnya penekanan telah diberikan terhadap

aspek riba yang menjadi salah satu unsur terpenting yang menjejaskan keabsahan kontrak

insuran yang digunapakai dalam sistem kewangan konvensional ketika ini.

Walaupun matlamat atau objektif yang digariskan dalam amalan insuran konvensional boleh

dianggap sebagai mulia lantaran fokusnya terhadap pengurusan risiko dan kewangan para

pelanggan bagi berhadapan dengan sebarang kebarangkalian musibah dan kemudaratan masa

depan, daripada perspektif Islam ia tidak memadai untuk menghukumkan keharusan

instrumen yang digunapakai. Ini kerana prinsip Syarak jelas menggariskan bahawa matlamat

yang baik mesti disusuli dengan cara dan pendekatan yang betul juga.

Justeru, amalan takaful yang diperkenalkan masa kini dilihat mampu menjadi wahana terbaik

bagi menyelesaikan isu-isu riba, gharar dan maisir sebagaimana yang terkandung dalam

kontrak insuran konvensional. Secara khususnya, prinsip tabarru' seperti iltizam bi al-

tabarru' dan tanahud yang pernah digunapakai satu ketika pada zaman Nabi Muhammad

SAW dan sahabat-sahabatnya mampu menyelesaikan isu riba, gharar dan maisir yang

diharamkan. Dalam aplikasi moden masa kini, prinsip ini telah digabungjalinkan bersama

kontrak-kontrak komersil lain yang dibenarkan Syarak termasuk kontrak wakalah dan

mudharabah yang mampu meningkatkan produk-produk kewangan Islam semasa sekaligus

memperkasakan lagi sistem kewangan Islam.

Moga-moga umat Islam akan lebih menyedari kepentingan bermuamalah berpandukan

prinsip Syariah seperti takaful yang bukan sahaja menghindarkan mereka daripada unsur-

unsur haram seperti riba, gharar dan maisir semata-mata, bahkan berkeupayaan

meningkatkan lagi ekonomi umat Islam secara amnya melalui pembangunan industri takaful.

Mudah-mudahan industri takaful ini akan berjaya menjadi industri yang lebih besar dan

berdaya maju berbanding industri insuran konvensional pada satu hari nanti. Semuanya

terletak di atas bahu setiap individu yang beragama Islam, InsyaAllah.

RUJUKAN

AAOIFI (2006) Shari’ah Standard (in arabic), Standard on Takaful, Standard No. 2 and 4 (c)

Page 31: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

31

Adawiyah, Engku Rabiah (2008). Essential Guide to Takaful (Islamic Insurance). Kuala

Lumpur: CERT Publication

Adawiyah, Rabiah, (2010). A Mini Guide to Takaful (Islamic Insurance), Kuala Lumpur:

CERT

Al ‘Asqalani, Ibn Hajar, (1998), Fath Al Bari, Cairo: Dar Al Hadith

Al Attar, Abdul Nasir Tawfiq, (1975), Nazariyyah Al Itizam fil Shari’ah wal Tasyri’at Al

Arabiyyah, Egypt: Matba’ah Al Sa’adah

Al Hattab (1984), Tahrir Al Kalam fi Masa’il Al Iltizam, Beirut: Dar Al Gharb Al Islami

Al-Bayhaqi (1992), Sunan al-KubrÉ, jilid 5. Beirut: DÉr al-Ma’rifah

Al-Bukhari, (1422), Shahih Bukhari, Hadith no. 2621, Damascus: Dar Thuq al-Najah, vol.3

hlmn. 164

Al-Jurjani (1983). Kitab Al-Ta'rifat lil Jurjani, Beirut: Dar Kutub Ilmiyah

Al-Kurdi, Ahmad, (2012), Al-Ta'min al-Islami wat Ta'min al-Taqlidi Hal Hunaka Furuqun?

Kertas kerja dibentangkan pada halaqah mengenai "'Uqud al-Ta'min al-Islami",12-14,

Januari 2002, Jeddah

Al-Suyuti, (1411H) Al-Ashbah Wa al-Naza’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Al-Washit fi Ahkam al-Tarikah wa al-Mawarith

Bank Negara Malaysia, (2010), Resolusi Syariah dalam Kewangan Islam, Kuala Lumpur:

BNM, edisi kedua, hlmn. 62

Dusuki, Asyraf Wajdi (ed), (2011), Islamic Financial System: Principles and Operation,

Kuala Lumpur: ISRA.

Ghuddah, Abdul Sattar Abu, (2005), Buhuth fil Mu’amalat wal Asalib Al Masrifiyyah Al

Islamiyyah, vol. 6, Jeddah: Majmu’ah Dallah Al Baraka

Hakim, Jamal, ‘Uqud at-Takmin

Hammad, Ahmad (n.d). 'Uqud al-Ta'min Haqiqatuha wa Hukmuha, Madinah: Al-Jami'ah al-

Islamiyah bil Madinah al-Munawwarah

Idris, Abd Fatah, Mu’amalat al-Bunuk Min Manzur Islami

Khan, Hasan, Sahih Bukhari (translated), Riyadh: Dar Al Salam, 1997, vol. 3, book 47, no.

2484

Manzur, Ibn (1994), Lisan al-'Arab, jilid 14. Beirut: DÉr ØadÊr

Minit Mesyuarat Persidangan Jawatankuasa Fatwa Kali Pertama, pada 1-2 Oktober 1970, di

Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Muslim (1981), ØaÍÊÍ Muslim bi SharÍ al-NawawÊ, jilid 11. Mesir: al-MaÏba´ah al-MiÎriyyah

wa MaktabuhÉ

Page 32: Riba Dalam Insurans Konvensional Sejauhmana Konsep Takaful Berperanan Menanganinya

Seminar Fatwa Muamalat Negeri Sembilan 2012 Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan 11-12 Julai 2021

32

Muslim, Shahih Muslim, Kitab al-Buyu', 1/1153

Nazzih, Hammad, Mu’jam al-Mustalahat al-Iqtisodiyyah

Nujaym, Ibn (1419H) Al-Ashbah Wa al-Naza’ir, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah,

Qurrah Daghi, Ali Muhyiddin (2004), At-Ta'min al-Islami Dirasah Fiqhiyyah Ta'shiliyah,

Beirut: Dar al-Bashair al-Islamiyah

Rahman, Zaharuddin Abd, 2008. Money, You & Islam: Views on Contemporary Financial &

Islamic Banking Issues. Selangor: True Wealth, hlm.45

Saad, Ahmad Muhammad (2011), Fiqh al-Mu'amalat, Irbid, Jordan: Dar-AlKetab

Syabir, Uthman, Al-Mu’amalah al-Maliah, Dar al-Nafais, Edisi ke-4

Yassin, Naseer & Ramly, Jamil, 2011. Takaful: A Study Guide. Kuala Lumpur: IBFIM

Zahrah, Muhammad Abu, Tahrim ar-Riba wa Tanzim Iqtisodiyyah Mu’asiroh

Zuhaily, Wahbah (2004), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damascus: Dar Fikr