a1#:#rangka#wilayah# tinjauan selangor 20… · faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang...

41
A1 : RANGKA WILAYAH

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

A1#:#RANGKA#WILAYAH#

Page 2: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

BIDANG A RANGKA WILAYAH DAN EKONOMI MAKRO

A1.0 KEPENTINGAN DAN HUBUNGAN WILAYAH

A2.0 Penduduk Dan Perancangan Sumber Manusia

A3.0 Asas Dan Prospek Ekonomi

kajian rancangan struktur negeri selangor 2035

laporan tinjauan

Page 3: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-1

A1.0 KEPENTINGAN DAN HUBUNGAN WILAYAH

Sektor Kepentingan dan Hubungan Wilayah merupakan sektor yang menyediakan kerangka bagi memandu hala tuju pembangunan Negeri Selangor. Ia mengkaji implikasi perjanjian antarabangsa ke atas pertumbuhan ekonomi dan kepentingan Negeri Selangor di dalam konteks Negara. Penekanan juga akan diberikan kepada implikasi program transformasi Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor serta penterjemahan dasar dan pelan pembangunan di peringkat nasional dan negeri. Di antara dasar dan pelan pembangunan tersebut ialah Rancangan Fizikal Negara (RFN 2), Dasar Perbandaran Negara (DPN), Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara (RFZPPN), Kajian Central Forest Spines (CFS), Pelan Induk Pembangunan Desa 2020 (PIPLB), Pelan Induk Pengangkutan Awam (PIPA), Halatuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor dan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Kajian sektor ini juga merangkumi pertalian hubungan Negeri Selangor dengan negeri-negeri bersempadanan. Ia akan menjadi asas kepada pembentukan dasar dan strategi khususnya pembangunan guna tanah dan pengangkutan serta pemuliharaan alam sekitar.

A1.1 PENEMUAN SEMASA

A1.1.1 Negeri Selangor Di Dalam Konteks Antarabangsa

Di dalam konteks antarabangsa pembangunan ekonomi Negeri Selangor dipengaruhi secara langsung oleh dua faktor utama iaitu perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT). Sebagai sebuah negeri yang termaju di Malaysia dan dilengkapi dengan kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa, Selangor perlu mengambil manfaat dari perjanjian AFTA dan kerjasama IMT-GT dengan mengambil peluang memperluaskan pasaran eksport produk-produk tempatan ke negara-negara yang terlibat dan meningkatkan kerjasama di dalam penyelidikan dan pembangunan khususnya di dalam pembangunan ekonomi baru. i. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area (AFTA)) adalah perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk pengeluaran produk tempatan bagi semua negara-negara yang terlibat. Ia bertujuan untuk meningkatkan daya saing ASEAN sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dalam ASEAN, menarik pelabur asing langsung ke

Page 4: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-2

ASEAN, mewujudkan perdagangan intra-ASEAN dan pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-besaran seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam indutri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar . Negeri Selangor perlu bersedia dengan sektor sumber manusia perlu diberi penekanan bagi menghasilkan tenaga kerja mahir dan berinovasi. Aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam semua sektor ekonomi sentiasa digalakkan untuk memastikan produk dagangan yang berkualiti dan mampu bersaing di pasaran global dapat dihasilkan. Infrastruktur dan sistem komunikasi cekap dan canggih dibangunkan secara giat bagi mewujudkan alam sekitar perdagangan yang kondusif. Rangkaian infrastruktur pengangkutan sama ada laut, udara dan darat dibangunkan supaya berada pada tahap yang unggul di rantau ini. Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah dirancang untuk meliputi ke seluruh negara. Kestabilan sosio-politik juga menjadi aset utama Malaysia dalam sektor perdagangan antarabangsa untuk menjadi lebih menarik kepada kemasukan pelaburan terus asing.

ii. Kemasukan Negeri Selangor di dalam Pertumbuhan Segitiga Indonesia –

Malaysia - Thailand

Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) meliputi 14 daerah di Selatan Thailand, 10 buah daerah di Sumatera dan lapan negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Penang, Perak, Perlis and Selangor) yang merangkumi kawasan seluas 602,293.90 kilometer persegi dengan 72 juta penduduk (2006) (RajahA1.1). Kerjasama IMT-GT yang telah ditubuhkan sejak 1995 ini berperanan untuk mengeksploitasi sumberjaya yang terdapat di ketiga-tiga negara ini di samping menggalakkan penyertaan sektor swasta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju utama bagi merealisasikan konsep kerjasama wilayah pertumbuhan antarabangsa ini. Melalui kerjasama IMT-GT, strategi utama telah dirangka dan memberi fokus kepada sektor-sektor ekonomi seperti pelaburan, perindustrian, pertanian, perikanan, pengangkutan, komunikasi, tenaga dan pelancongan. IMT-GT ini memberi peluang kepada ketiga-tiga negara mewujudkan kerjasama ekonomi yang mempromosikan konsep pintu masuk barangan, pembangunan pertanian dan perikanan. Selain itu, hub pengeluaran dan pengedaran makanan halal dilihat berpotensi dilaksanakan dalam kerjasama IMT-GT ini. Dengan kerjasama ekonomi serantau ini, Selangor perlu mengambil manfaat di dalam industri makanan halal dan di dalam sektor pelancongan.

Page 5: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

Rajah A1.1: Kawasan Pertumbuhan SegitigaIndonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) LAPORAN TINJAUAN

Kepentingan dan Hubungan Wilayah

Petunjuk

Kawasan KajianKawasan IMT-GT

Sumber: www.imtgt,org

Page 6: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-4

Sarawak 6.4%

WPKL 25.0%

Sabah 5.1%

Selangor 25.0%

Perak 6.1%

P.Pinang 5.9%

Lain-lain 26.3%

Pembahagian Peratus Sektor Perkhidmatan mengikut Negeri, 2012

A1.1.2 Kepentingan Negeri Selangor Di Dalam Konteks Negara

i. Selangor sebagai Pintu Masuk Utama Malaysia

Perletakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Pelabuhan Klang di Negeri Selangor yang berperanan sebagai pintu masuk utama ke Negara Malaysia serta sebagai pusat import dan eksport utama negara. Selain itu, perletakan Pelabuhan Klang di dalam rangkaian laluan pengangkutan maritim dunia dan merupakan di antara 35 pelabuhan yang penting dalam dunia maritim serta peranannya sebagai ‘shipping hub’ di rantau Asia pasifik. Sebahagian daripada Negeri Selangor termasuk di dalam Greater Kuala Lumpur (GKL). GKL adalah pemacu kepada pertumbuhan ekonomi Negara di mana ia menjadi tumpuan pelaburan dan pintu masuk kepada projek mega berimpak tinggi antarabangsa.

ii. Selangor Peneraju Ekonomi Negara

Selangor merupakan peneraju ekonomi antarabangsa, terutama dari sektor pekerjaan, industri dan perniagaan dan perkhidmatan. a) Negeri Selangor menyumbangkan 23.4% Keluaran Dalam Negeri Kasar

(KDNK) pada tahun 20121. b) Negeri Selangor penyumbang terbesar pekerjaan dengan saiz pekerjaan

adalah 20.2% jumlah pekerjaan Negara. c) Negeri Selangor adalah penyumbang utama (25%) sektor perkhidmatan

Negara.

Sumber: Akaun Negara, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri 2005 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013

1 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, Ogos 2013

WPKL Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya

Page 7: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-5

Sarawak 10.4%

Selangor 29.7%

P.Pinang 13.6%

N.Sembilan 7.2%

Johor 12.5%

Lain-lain 26.6%

d) Negeri Selangor adalah penyumbang utama sektor pembuatan (29.7%)

Negara.

Sumber: Akaun Negara, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri 2005 – 2012, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013

iii. Selangor sebagai Pusat Pelancongan, Sukan dan Rekreasi Negara

a) Pusat sukan di Negeri Selangor terkenal dengan penganjuran sukan-sukan bertaraf antarabangsa yang di antaranya ialah Litar Lumba (F1, Motor GP) Sepang, Kompleks Sukan Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam, Bukit Jugra (Paragliding), Batu Laut (Perahu Layar) serta padang golf .

b) Kemudahan pelancongan yang bertaraf antarabangsa seperti Sepang Gold Coast, Paya Indah Wetland, Kelip-kelip Kampung Kuantan, taman tema ICT, Sunway Lagoon dan Eco-Wellness Park dan lain-lain.

iv. Selangor sebagai Pusat Pendidikan Negara

Negeri Selangor mempunyai 5 buah IPTA dan 124 IPTS (Universiti, Kolej Universiti, Cawangan Universiti Antarabangsa dan Kolej) yang menawarkan peluang pendidikan termasuk kepada pelajar antarabangsa.

A1.1.3 Kedudukan Wilayah Negeri Selangor

i. Negeri Selangor Dalam Konteks Strategi Pembangunan Rancangan Fizikal

Negara 2 (RFN 2)

Berdasarkan kepada strategi RFN 2 iaitu Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu (Rajah A1.2), sebahagian Negeri Selangor terletak di dalam Konurbasi Pertumbuhan Negara (Konurbasi Kuala Lumpur). Konurbasi ini merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Nilai dan Seremban. Konurbasi Kuala Lumpur mensasarkan untuk

Pembahagian Peratus Sektor Pembuatan mengikut Negeri, 2012

Page 8: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-6

menampung 10.37 juta penduduk atau 37% daripada jumlah penduduk Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2020. Di dalam konteks Semenanjung Malaysia, Negeri Selangor terletak di dalam Wilayah Tengah bersama Negeri Sembilan dan Melaka. Konurbasi Kuala Lumpur adalah merupakan hub bagi wilayah tersebut dan peranannya adalah untuk menjadi pemangkin dan pemacu pertumbuhan ekonomi wilayah tengah serta sebagai pintu masuk antarabangsa dan negara. Rajah A1.2 juga menunjukkan Negeri Selangor terletak di dalam koridor utama – koridor utara – selatan. Di dalam koridor ini, insiatif pembangunan utama ialah untuk mempromosi dan menyokong ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan. Mewujudkan jaluran industri untuk pembangunan klaster nilai ditambah tinggi. Oleh itu, Negeri Selangor berpotensi untuk menerima projek-projek berimpak tinggi dan menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan asing di dalam pembangunan industri berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan serta mewujudkan klaster-klaster ekonomi nilai ditambah tinggi.

ii. Sebahagian Besar Negeri Selangor Termasuk dalam Greater Kuala Lumpur

Greater Kuala Lumpur (GKL) menjadi tumpuan pelaburan dan projek mega berimpak tinggi. Antara projek utama yang dirancang ialah; a) Menghubungkan Kuala Lumpur

dengan Singapura melalui Sistem Keretapi Berkelajuan Tinggi.

b) Membina Sistem Transit Aliran Berkapasiti Tinggi Bandar yang Bersepadu (Projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) akan menjadi sebahagian daripada sistem pengangkutan awam, dengan matlamat menyokong usaha menjadikan GKL sebuah metropolis yang berjaya.)

c) Memulihara Sungai Klang untuk dijadikan Pusat Warisan dan Komersial bagi GKL

GKL adalah merupakan salah satu Bidang Utama Ekonomi Negara NKEA di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ia merupakan satu lingkungan kawasan yang akan berfungsi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara. Lingkungan kawasannya meliputi 10 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Perbadanan Putrajaya (PPj). Aspirasi GKL ialah untuk membolehkan kawasan pertumbuhan ekonomi negara ini mencapai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mampan.

Page 9: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

Rajah A1.2: Strategi Rancangan Fizikal Negara (RFN) 2 –Strategi Pembangunan Serakan Tertumpu

Sumber: Kajian Rancangan Fizikal Negara 2, 2010

LAPORAN TINJAUANKepentingan dan Hubungan Wilayah

Page 10: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju
Page 11: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-9

A1.1.4 Terjemahan Dasar dan Pelan Pembangunan Negara ke dalam Konteks

Pembangunan Negeri

Di peringkat Kerajaan Persekutuan, program, dasar, strategi serta kajian dan rancangan pemajuan seperti berikut telah diperkenalkan bagi memandu hala tuju pembangunan Negara: i. Strategi dan program pembangunan:

a) Program Transformasi Kerajaan b) Model Ekonomi Baru c) Program Transformasi Ekonomi d) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) e) Rancangan Malaysia ke-10

ii. Dasar-dasar pembangunan yang berkait dengan perancangan fizikal: a) Dasar Perbandaran Negara (DPN) b) Dasar Perindustrian Negara c) Dasar Pertanian Negara d) Dasar Perhutanan Negara e) Dasar Alam Sekitar Negara f) Dasar Teknologi Hijau

iii. Kajian dan Rancangan Pemajuan : a) Rancangan Fizikal Negara 2 (RFN2) b) Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN) c) Kajian Central Forest Spines (CFS)

Program, dasar dan pelan pembangunan ini memberi implikasi kepada hala tuju pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal Negeri Selangor. i. Strategi dan program pembangunan:

a) Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan, bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dan memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020.

Bagi mencapai segala yang telah dirancang enam (6) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRAs) diperkenalkan iaitu:

x Mengurangkan jenayah; x Membanteras rasuah;

Page 12: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-10

x Mempertingkatkan pencapaian pelajar; x Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah; x Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar; dan x Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Di dalam konteks RSN Selangor, NKRA yang berkait secara langsung ialah a)Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar; dan mempertingkatkan pengangkutan awam bandar. Oleh itu, dasar dan cadangan RSN yang digubal perlu menjurus kepada peningkatan infrastruktur luar bandar seperti di Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor serta peningkatan pengangkutan awam bandar di kawasan perbandaran utama Negeri Selangor yang meliputi Daerah Petaling, Klang, Hulu Langat dan Gombak.

Secara tidak langsung, RSN juga berkait dengan NKRA a) Mengurangkan jenayah; dan b) Mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. Penggubalan hala tuju pembangunan dan dasar RSN perlu mengambil kira aspek pembangunan ekonomi yang mampu menjana peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi setempat terutamanya bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi isi rumah berpendapatan rendah. Dasar dan cadangan bagi pembangunan perbandaran baru juga perlu mengaitkan keperluan untuk menerapkan konsep bandar selamat di dalam pelan susun atur sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kadar jenayah.

b) Model Ekonomi Baru

Model Ekonomi Baru (MEB) adalah merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Sehubungan dengan ini, lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan telah dikenal pasti. Inisiatif pembaharuan strategik tersebut adalah merangkumi: x Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara; x Memanfaat dan meluaskan faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen

kejayaan di arena antarabangsa; x Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi

pengkhususan; x Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi; x Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul; x Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah

terjejas; x Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif; x Menyokong perkongsian pintar yang efektif;

Page 13: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-11

x Menghargai khazanah alam sekitar; dan x Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing

Di dalam konteks RSN Selangor, tumpuan akan diberikan kepada inisiatif untuk: x Memacu ekonomi domestik melalui galakan pembangunan ekonomi

setempat (Local Economic Development (LED)) x Pengkhususan fungsi bandar-bandar utama bagi merangsang pertumbuhan

ekonomi dan pengkhususan aktiviti perindustrian mengikut kawasan. x Menggalakkan aktiviti ekonomi berasaskan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) x Memulihara kepelbagaian sumber-sumber semulajadi.

c) Program Transformasi Ekonomi

Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah satu program yang dilancarkan di bawah Model Ekonomi Baru. ETP adalah satu usaha bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sasarannya ialah peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita dari RM23,700 (tahun 2009) kepada lebih RM48,000 pada tahun 2020 dan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan. Untuk tujuan tersebut, ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama (NKEA).

NKEA ditakrif sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi penyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi bagi mencapai sasaran ETP. Sebanyak 12 NKEA telah dikenalpasti termasuk 11 sektor dan satu kawasan geografi iaitu Greater Kuala Lumpur (GKL). Susulan daripada 12 NKEA ini, sebanyak 131 projek penggerak ekonomi (EPP)sebagai permulaan telah dikenal pasti bagi membangunkan ekonomi. Sehingga Julai 2013 sejumlah 200 EPP telah dikenal pasti.

RSN Selangor akan mengambil kira EPP di dalam merangka hala tuju pembangunan Negeri Selangor 2035 dan di dalam penggubalan dasar RSN. Di antara EPP yang memberi impak positif kepada Negeri Selangor ialah cadangan Mass Rapid Transit (MRT) Sg. Buloh - Kajang dan cadangan Petaling Jaya Sentral Garden City (Projek untuk memulihkan semula kawasan Petaling Jaya lama di Seksyen 52). Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur -

12 Bidang Ekonomi Utama (NKEA): o Minyak dan gas. o Minyak sawit dan produk

berkaitan. o Perkhidmatan kewangan. o Pemborongan dan peruncitan. o Pelancongan o Teknologi maklumat dan

komunikasi. o Pendidikan. o Elektrik dan elektronik. o Perkhidmatan perniagaan. o Penjagaan kesihatan swasta. o Pertanian. o Greater Kuala Lumpur.

Page 14: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-12

Singapura walau bagaimanapun hanya memberi impak secara tidak langsung kepada Negeri Selangor kerana tiada terminal pengangkutan dicadangkan di negeri ini atau di lokasi bersempadanan dengannya.

d) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)

NBOS adalah satu inisiatif kerajaan menuju ke arah sebuah negara membangun, berpendapatan tinggi, harmoni dan sejahtera dalam semua aspek. Ia dilaksanakan bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat dengan projek-projek yang kreatif melalui kesepakatan antara pelbagai kementerian, jabatan atau agensi Persekutuan, Negeri , Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak swasta. Di antara projek yang telah dilaksanakan ialah penubuhan Rural Transformation Centre (RTC) untuk menambah nilai pertanian di luar bandar dan penubuhan Urban Transformation Centre (UTC) bagi menempatkan perkhidmatan kerajaan setempat. NBOS yang ketujuh ialah melaksanakan program Kejiranan Indah yang meliputi aspek keselamatan kejiranan, kebersihan dan pengindahan dan membaikpulih perumahan awam. Program-program ini melibatkan penduduk setempat dan agensi kerajaan. RSN Selangor akan menggalakkan perlaksanaan NBOS termasuklah penubuhan RTC dan UTC di Selangor serta perlaksanaan program kejiranan hijau.

e) Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. Ia mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang mensasarkan Malaysia sebagai sebuah berpendapatan tinggi, menjelang tahun 2020. Dalam tempoh lima tahun RMKe-10 menjadi satu panduan bagi melonjakkan negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. RMKe-10 akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama. Bidang-bidang yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan RSN Selangor ialah: x Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi yang

diterajui sektor swasta. x Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup.

Pertumbuhan ekonomi akan diperlengkap dengan strategi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat yang sepadan dengan status negara berpendapatan tinggi.

Page 15: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-13

Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi yang

diterajui sektor swasta

Bagi mewujudkan persekitaran yang menjayakan pertumbuhan ekonomi, 10 anjakan strategik program transformasi ekonomi telah dikenal pasti. Tiga anjakan strategik yang mempunyai perkaitan secara langsung di dalam menentukan hala tuju pembangunan RSN Selangor. � Menyokong pertumbuhan yang diteraju oleh inovasi dengan membentuk

eko-sistem yang menyokong inovasi, mewujudkan peluang dan menyediakan pemboleh serta pembiayaan inovasi. Penekanan yang diberikan oleh anjakan strategik ini ialah: o Pendidikan dan latihan dengan industri o Perluasan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

secara agresif o Pembangunan inovasi dan infrastruktur EKS berasaskan pengetahuan

(K-SME) o Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

� Menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk pertumbuhan dan meningkatkan produktiviti Tindakan di bawah anjakan strategik ini ialah: o Meningkatkan penembusan jalur lebar o Meneruskan usaha menaik taraf infrastruktur fizikal untuk menambah

baik akses dan perhubungan melalui pembangunan rangkaian pengangkutan pelbagai mod, pembangunan rel bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan penumpang dan kargo, infrastruktur maritim dan pembangunan lapangan terbang.

o Menjamin Pemerolehan dan Pembekalan Tenaga yang Efektif Bekalan tenaga yang andal, berkualiti tinggi dan kos yang efektif adalah

penting untuk menarik pelaburan baru serta menggalakkan perkembangan industri sedia ada dalam aktiviti nilai ditambah yang tinggi. Dalam tempoh Rancangan, Dasar Baru Tenaga (2011-2015) memberi penekanan kepada jaminan bekalan tenaga, kecekapan dari segi ekonomi serta pemuliharaan alam sekitar dan sosial.

� Menumpukan kepada jentera pertumbuhan utama melalui aglomerasi bandar, menumpukan pembangunan koridor mengikut klaster dan membangunkan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Anjakan strategik ini memberi tumpuan kepada pertumbuhan dalam bidang berpotensi tinggi yang memberi impak kepada ekonomi. Ke arah mencapai

Page 16: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-14

matlamat ini, keutamaan akan diberi kepada pembangunan aglomerasi bandar. Aglomerasi aktiviti ekonomi di kawasan bandar membolehkan syarikat mendapat manfaat daripada ekonomi berskala dan menikmati kesan jaringan. Aktiviti ekonomi yang lebih khusus juga diperhatikan wujud di kawasan padat penduduk dan berhubung kait secara langsung dengan prestasi ekonomi yang lebih baik. Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup.

RMKe-10 juga telah mengenalpasti anjakan strategik mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup seperti berikut:

� Membangun kawasan kediaman yang berdaya maju dan menarik. Mempengaruhi bentuk dan ciri kawasan supaya menarik untuk didiami, bekerja dan beriadah.

� Membangun sistem pengangkutan awam yang mengutamakan rakyat.

Memastikan pelaburan yang berterusan dalam infrastruktur supaya pengangkutan awam menjadi pilihan utama.

� Mentransformasikan penjagaan kesihatan untuk mempertingkat kualiti dan

menyediakan akses sejagat. Membaiki sistem penyampaian dan beralih daripada strategi yang menekankan rawatan kepada pencegahan penyakit dan gaya hidup sihat.

� Menyediakan akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu milik.

Memadankan penawaran dan permintaan rumah mampu milik dan menggalakkan industri yang lebih cekap dan mampan.

� Menyediakan utiliti dan perkhidmatan awam yang lebih cekap.

mengutamakan kecekapan dan produktiviti dalam penyediaan perkhidmatan bekalan air, sistem pembetungan, bekalan elektrik dan jalur lebar. Memperkukuh dan meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

� Menjadikan jalan dan masyarakat lebih selamat. Mengurangkan jenayah

dan meningkatkan rasa selamat dikalangan rakyat. � Menghargai khazanah alam sekitar negara. memastikan rakyat Malaysia

memainkan peranan mengurus dengan berhemat dan memulihara sumber sedia ada untuk generasi akan datang.

Anjakan-anjakan strategik ini akan diambilkira di dalam merangka hala tuju pembangunan dan dasar-dasar RSN Selangor 2035 terutamanya yang

Page 17: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-15

melibatkan sektor guna tanah, perumahan, pengangkutan awam, infrastruktur dan bekalan utiliti serta pemuliharaan alam sekitar.

ii. Dasar-dasar yang berkait dengan perancangan fizikal:

a) Dasar Perbandaran Negara (DPN)

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran Negara supaya lebih efisien dan sistematik, khususnya untuk mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal dalam bandar.

Matlamat Dasar Perbandaran Negara ialah “Mewujudkan Bandar Berwawasan Dengan Komuniti dan Kehidupan yang Sejahtera Menerusi pembangunan Perbandaran yang Mampan”. Berdasarkan kepada matlamat tersebut, enam objektif telah dikenalpasti iaitu; x Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan; x Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing; x Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan

sosial; x Membasmi kemiskinan bandar; x Memperkukuhkan sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan; dan x Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.

Berdasarkan kepada objektif tersebut, enam teras pembangunan telah dikenal pasti dan sejumlah 30 dasar telah digubal. Enam teras pembangunan ialah: x Pembangunan perbandaran yang efisien dan mampan; x Pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan berdaya saing; x Sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisien; x Penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti; x Pewujudan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan beridentiti;

dan x Tadbir urus bandar yang efektif.

Secara amnya dasar-dasar DPN yang berkaitan dengan aspek-aspek berikut perlu diambil kira di dalam penggubalan hala tuju, dasar dan cadangan RSN Selangor 2035:

Page 18: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-16

x Galakan pembangunan perbandaran di dalam konurbasi Kuala Lumpur; x Pembangunan bandar berdasarkan sistem hierarki bandar; x Keutamaan pembangunan diberi kepada pembangunan semula di kawasan

bandar; x Keperluan kepada had pembangunan bandar; x Pemuliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) dan kawasan

pertanian yang berpotensi; x Pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan

berintensifkan pengetahuan (K-ekonomi); x Pembaikan sistem pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas; x Peningkatan penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti serta

memastikan pengurusan dan penyelenggaraan yang berterusan; x Penyediaan sistem pengurusan sisa pepejal dan toksik yang terancang,

berkesan dan mampan ; x Penyediaan perumahan dan kemudahan awam yang mencukupi; x Penyediaan kawasan lapang dan rekreasi yang mencukupi; dan

x Pemuliharaan dan pewartaan kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang bernilai sejarah, mempunyai warisan budaya dan senibina unik.

b) Dasar Perindustrian Negara

Bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara, Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) telah mengatur strategi ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Dasar ini merupakan sebahagian daripada komponen utama dalam menjayakan Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). IMP3 dirumuskan bersandarkan tiga teras ekonomi utama iaitu sektor perkilangan, perkhidmatan dan pertanian. Pelan berkenaan akan menggerakkan tiga teras utama dalam melangkaui peringkat pembangunan pertengahan kepada tahap yang lebih produktif, bernilai tambah serta lebih berintensifkan pengetahuan. Bertemakan ‘Malaysia Ke Arah Daya Saing Global’, IMP3 telah menggariskan 10 strategi bagi memacu daya saing ekonomi negara untuk tempoh 15 tahun akan datang, iaitu: x Meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara perdagangan utama; x Menjana pelaburan dalam bidang yang disasarkan; x Mengintegrasi syarikat Malaysia ke dalam rangkaian serantau dan global; x Memastikan pertumbuhan perindustrian menyumbang ke arah pengagihan

saksama dan pembangunan wilayah yang lebih seimbang; x Mengekalkan sumbangan sektor perkilangan kepada pertumbuhan

ekonomi;

Page 19: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-17

x Menjadikan sektor perkhidmatan sebagai sumber pertumbuhan utama; x Membantu pembangunan dan aplikasi teknologi berintensifkan

pengetahuan; x Membangun modal insan yang inovatif dan kreatif; x Memperkukuh peranan institusi sektor swasta, termasuk persatuan

industri dan perdagangan; dan x Mewujudkan persekitaran operasi perniagaan yang berdaya saing melalui

sokongan institusi dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap.

Walaupun sektor perindustrian bukan lagi menjadi penyumbang utama kepada KDNK Selangor, ia akan terus akan diperkukuhkan dengan memberi penekanan kepada aktiviti perindustrian baru berteknologi tinggi seperti industri sains hayat, industri solar dan industri aeroangkasa. Ini adalah di antara usaha untuk mempergiatkan aktiviti perindustrian bernilai tambah tinggi dan teknologi intensif. c) Dasar Pertanian Negara, Dasar Jaminan Bekalan Makanan dan Dasar

Agromakanan

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) 1998-2010 digubal untuk membangunkan sektor pertanian (tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan) dengan tujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan, membekal sumber bahan mentah sektor perindustrian, menyedia sumber makanan dan meningkatkan eksport negara. Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor ini. Secara khusus objektif DPN3 adalah seperti berikut: x Meningkatkan sekuriti makanan x Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian x Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain x Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian x Memelihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan

Susulan daripada peningkatan harga makanan dan pengurangan sumber bekalan makanan di peringkat antarabangsa, kerajaan telah merangka dan meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 yang bermatlamat untuk : � Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti pertanian bagi memenuhi

tahap sara diri; � Memastikan pengusaha pertanian memperolehi pendapatan setimpal serta

menjamin pengeluaran bekalan makanan yang tidak menurun; dan � Memastikan bekalan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

Page 20: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-18

Susulan daripada DJBM, Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011 - 2020 telah digubal. Dasar ini bertujuan untuk menangani cabaran sektor pertanian yang memerlukan transformasi bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. DAN akan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan industri agromakanan di sepanjang rantaian nilai supaya industri ini menjadi lebih produktif, berdaya saing dan berintensifkan pengetahuan. Sehubungan dengan ini, pendekatan baru telah dikenal pasti untuk menyokong proses transformasi industri agromakanan seperti berikut: x Jaminan bekalan makanan – kecukupan, kebolehdapatan, keselamatan dan

mampu beli; x Pembangunan pertanian bernilai tinggi; x Pembangunan pertanian mampan; x Klaster pertanian dinamik, memaksimumkan penjanaan pendapatan; x Pelaburan swasta pemangkin transformasi pertanian moden; x Modal insan pertanian bestari dan berinformasi; x Pemodenan pertanian berpacukan; x Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), teknologi dan inovasi; dan x Keunggulan khidmat sokongan pertanian.

Kepesatan pembangunan perbandaran telah memberi tekanan kepada ladang-ladang tanaman yang terletak di lokasi yang strategik terutamanya di kawasan pinggir bandar. Kawasan tanaman padi IADP di Daerah Sabak Bernam (Sekinchan) dan Kuala Selangor (Tanjung Karang) juga mengalami tekanan pembangunan. Oleh itu DPN3, DJBM dan DAN akan menjadi asas justifikasi kepada pengekalan kawasan pertanian terutamanya kawasan pertanian kelas tanah 2 dan kawasan pertanian yang produktif di Negeri Selangor. Kepentingan untuk pembangunan pertanian bagi menjamin bekalan makanan serta meningkatkan tahap sara diri akan diambil kira di dalam penggubalan hala tuju pembangunan dasar RSN Selangor 2035.

d) Dasar Perhutanan Negara

Dasar Perhutanan Negara (DPN) adalah merupakan satu garis panduan bagi menjamin pengekalan sumber hutan negara. Ia juga digubal bertujuan untuk menyediakan pendekatan-pendekatan yang menyeluruh dalam pengurusan, pemeliharaan dan pembangunan sumber hutan untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor perhutanan. Di antara aspek-aspek penting yang digariskan dalam Dasar Perhutanan Negara ialah: x Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) kawasan-kawasan

yang mencukupi dan strategik;

Page 21: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-19

x Menguruskan HSK supaya dapat memaksimumkan faedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan;

x Melaksanakan program pembangunan hutan yang terancang melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikultur yang sesuai;

x Menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap dari kawasan hutan berhasil serta mengalakkan pembangunan perindustrian hutan bersesuaian dengan aliran sumber dan peluang-peluang pekerjaan;

x Menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancang ke arah penghasilan barangan siap dan separuh siap;

x Menubuhkan ladang hutan dari spesis-spesis tempatan dan luar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli;

x Meningkatkan keluaran hasil hutan bukan kayu melalui amalan-amalan pengurusan secara saintifik dan berkekalan;

x Memberi perlindungan kepada kepelbagaian biologi dan pengekalan kawasan yang mempunyai spesies flora dan fauna yang unik; dan

x Mengkhaskan kawasan khusus bagi pendidikan perhutanan dan kajian saintifik yang lain.

Dasar ini memberi implikasi yang besar kepada Negeri Selangor kerana lebih 30% daripada keluasan negeri adalah merupakan kawasan HSK. Dengan dasar ini, semua kawasan HSK di Negeri Selangor akan terus dipulihara dan dimanfaatkan untuk pembangunan sosial dan ekonomi dengan mengamalkan prinsip pengurusan secara mampan. Dengan pemuliharaan ini, kepentingan HSK sebagai kawasan tadahan air, hutan perlindungan hidupan liar dan burung serta pelbagai flora dan fauna yang unik serta berfungsi juga sebagai hutan lipur, akan terus terjamin. Kawasan HSK ini juga akan dimanfaatkan bagi meningkatkan pertumbuhan aktiviti eko pelancongan.

e) Dasar Alam Sekitar Negara

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Dasar ini bertujuan untuk mencapai: x Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa

kini dan masa hadapan; x Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai

dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat; dan x Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Page 22: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-20

Dasar Alam Sekitar Negara berlandaskan kepada lapan prinsip yang mengharmonikan matlamat, pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar. Prinsip-prinsip yang saling berkaitan dan saling menyokong ini adalah : x Pengawasan Alam Sekitar : Menghormati dan berprihatin terhadap alam

sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi; x Pemuliharaan Ketahanan dan Kepelbagaian Alam : Memulihara ekosistem

semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem-sistem sokongan hidup;

x Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar : Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia;

x Penggunaan Lestari Sumber-sumber Asli : Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar;

x Membuat Keputusan Bersepadu : Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar, objektif dan mandat semua sektor;

x Peranan Sektor Swasta : Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar;

x Komitmen dan Kebertanggungjawaban : Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awam dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar ketika membentuk, merancang dan melaksana aktiviti masing-masing; dan

x Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa : Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.

Sebagai sebuah negeri yang pesat membangun dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pencemaran air, udara dan bunyi bising, peningkatan kualiti alam sekitar amatlah diperlukan terutamanya di kawasan perbandaran sedia ada. Selain dari peningkatan kualiti alam sekitar, penekanan akan ditumpukan kepada pemuliharaan ekosistem semulajadi dan pengurusan sumber asli secara mampan bersesuaian dengan kedapatan HSK dan sumber mineral.

f) Dasar Teknologi Hijau

Dasar Teknologi Hijau telah diperkenalkan di Malaysia pada 24hb. Julai 2009 yang bermatlamatkan untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang

Page 23: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-21

sihat. Dasar ini memberi penekanan kepada kemajuan dan peningkatan empat sektor iaitu (i) sektor tenaga, (ii) sektor bangunan, (iii) sektor air dan pengurusan sisa; dan (iv) sektor pengangkutan.

iii. Kajian dan Rancangan Pemajuan

a) Rancangan Fizikal Negara 2(RFN2)

Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN2) telah diluluskan pada 13 Ogos 2010 dalam Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara Ke 12. Ia adalah merupakan pelan pembangunan fizikal yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. RFN2 bertujuan untuk menyediakan garis panduan dan rangka kerja pembangunan fizikal untuk negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan membentuk pelan dan strategi pembangunan masing-masing. Oleh itu RSN perlu menterjemahkan dasar-dasar RFN 2 ke dalam perancangan pembangunan fizikal RSN ini.

Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara 2: � Pembentukan Rangka Spatial

Negara; � Peningkatan Daya Saing

Ekonomi Negara; � Pemuliharaan Sumber

Pertanian dan Pembangunan Desa;

� Pembangunan Pelancongan Mampan;

� Pengurusan Petempatan Manusia;

� Pemuliharaan Sumber Asli, Biodiversiti dan Alam Sekitar;

� Penyepaduan Rangkaian Pengangkutan Bandar dan Negara; dan

� Penyediaan Infrastruktur Bersesuaian.

Empat Sektor Dasar Teknologi Hijau:

1) Sektor Tenaga: Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan Sektor Penggunaan Tenaga:Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga. 2) Sektor Bangunan Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan. 3) Sektor Air dan Pengurusan Sisa Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan 4) Sektor Pengangkutan Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

Page 24: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-22

Di antara faedah-faedah yang Negeri Selangor perolehi daripada dasar-dasar RFN 2 ialah: x Perletakan sebahagian Negeri Selangor di dalam Konurbasi Kuala Lumpur

menjadikan ia hab pembangunan perbandaran dan menjadi tumpuan aktiviti ekonomi berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan.

x Sebahagian Negeri Selangor (Konurbasi Kuala Lumpur) menjadi tumpuan pembangunan kemudahan dan infrastruktur yang bertaraf antarabangsa serta zon ekonomi khas.

x Bandar-bandar di dalam Greater Kuala Lumpur akan diberi keutamaan di dalam pembangunan.

x Membolehkan polisi jaminan bekalan makanan dilaksana dengan memulihara kawasan tanaman padi Barat Laut Selangor dan kawasan pertanian khususnya kawasan Kelas 2 tanah pertanian yang terletak di luar kawasan pembangunan.

x Menggalakkan pemuliharaan produk pelancongan semulajadi, budaya dan warisan sejarah yang seterusnya dipromosi untuk aktviti pelancongan.

x Bandar Klang dan Cyberjaya telah dikenalpasti sebagai bandar berciri khas (Bandar Klang - bandar warisan /sejarah dan Bandar Diraja, Cyberjaya - bandar berfungsi khas). Bandar-bandar ini akan diberikan keutamaan di dalam penyediaan kemudahan dan infrastruktur sokongan yang bersesuaian.

x RFN 2 menetapkan supaya Kawasan Sensitif Alam Sekitar dipulihara. Oleh itu dasar RFN 2 membantu di dalam meningkatkan kawalan pembangunan di kawasan KSAS daripada penularan aktiviti perbandaran.

x RFN 2 menyokong pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang sebagai pintu masuk utama negara.

b) Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN)

Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara (RFZPPN) merupakan sambungan terhadap dasar RFN20 dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), iaitu “Ekosistem persisiran pantai yang sensitif perlu dilindungi dan diguna secara mampan”. Seterusnya, dasar RFN24 dalam RFN 2 menekankan bahawa “Perancangan dan pembangunan persisiran pantai perlu mengambilkira strategi dan langkah yang terkandung dalam RFZPPN dan pelbagai Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu”.

Matlamat RFZPPN ialah “Pembentukan Satu Rangka Kerja Spatial Zon Persisiran Pantai Yang Menggabungkan Pelbagai Nilai dan Sinergi Antara Sistem Alam Semulajadi, Fizikal dan Sosioekonomi Yang Berinteraksi Dalam Persekitaran Dinamik bagi Memastikan Zon Pesisiran Pantai Yang Mempunyai Kepelbagaian

Page 25: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-23

Biologi, Produktif, Selamat dan Mampan”. RFZPPN mempunyai empat (4) objektif utama, iaitu; x Untuk merancang dan menyelaraskan penggunaan dan pemuliharaan

bersepadu sumber persisiran pantai dan marin melangkaui sempadan negeri

x Untuk merangka hala tuju masa depan perancangan guna tanah dan petempatan di zon pesisiran pantai, yang terdedah kepada ancaman bencana pesisiran pantai seperti ribut taufan, banjir dan tsunami.

x Untuk mengenalpasti mekanisma perancangan dan pengurusan holistik yang bersesuaian bagi zon pesisiran pantai dalam usaha mengurangkan pertindihan bidang kuasa antara agensi.

x Untuk membentuk satu rangka kerja pelaksanaan RFZPPN di peringkat Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.

RFZPPN mempunyai lima (5) tema utama yang dititikberatkan iaitu; x Memulihara biodiversiti pesisiran pantai x Mewujudkan zon pesisiran pantai yang dinamik x Pembangunan mampan sumber pesisiran pantai x Penggunaan mampan sumber pesisiran pantai x Mempertingkat kualiti air marin

Terdapat sepuluh (10) strategi di bawah lima tema yang telah dinyatakan diatas. Ia dibentuk untuk memberi panduan perancangan, pembangunan dan pengurusan mampan di kawasan pesisiran pantai. RFZPPN diperincikan pula dengan kajian Pelan Pengezonan Guna Pantai bagi setiap daerah yang terlibat. Kawasan kajian bagi Pelan Pengezonan Guna Pantai Laut ialah sejauh 3 batu nautika di laut daripada garisan air surut rendah dan 5 km dari garisan air pasang tertinggi, di daratan. Di Selangor, terdapat lima (5) daerah yang terlibat dengan kawasan pesisiran pantai iaitu, Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Sehingga tahun 2012, terdapat dua (2) kajian Pelan Pengezonan Guna Pantai yang disediakan oleh LUAS yang merangkumi empat (4) daerah; iaitu Pelan Pengezonan Guna Pantai Klang – Kuala Langat dan Pelan Pengezonan Guna Pantai Kuala Selangor – Sabak Bernam. RFZPPN dan kajian Pelan Pengezonan Guna Pantai akan menjadi panduan di dalam menggubal strategi dan dasar pembangunan di kawasan pesisiran pantai Selangor.

Page 26: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-24

c) Pelan Induk Central Forest Spines (CFS)

Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) merangkumi kawasan hutan yang tergolong di dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjung Malaysia. Kajian Pelan Induk CFS ini bertujuan untuk mewujudkan semula hubungan, jaringan dan mengekalkan ataupun memulihara hubungan tersebut bagi kawasan hutan yang telah terpisah di kawasan CFS Semenanjung Malaysia. CFS adalah merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung Malaysia. Kepentingan CFS adalah bertujuan untuk pemeliharaan alam semulajadi dan biodiversiti, pengawalan dan pengurusan kawasan tadahan air, mengeksploitasi potensi pelancongan berasaskan alam semulajadi dan potensi rekreasi dan pengurusan hutan bersepadu di antara negeri. Di dalam konteks Negeri Selangor CFS yang terlibat ialah CFS 2 iaitu Rangkaian Sekunder (SL) 3. SL3 adalah rangkaian Hutan Simpan Raja Musa – Hutan Simpan Bukit Tarek – Hutan Simpan Bukit Gading yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor. Kepentingan CSF bagi rangkaian Hutan Simpan Raja Musa – Hutan Simpan Bukit Tarek – Hutan Simpan Bukit Gading akan terus dapat dipulihara daripada ancaman aktiviti-aktiviti pembangunan.

A1.1.5 Dasar-dasar Pembangunan Negeri Selangor

Dasar-dasar pembangunan Negeri Selangor yang ditekankan dalam laporan ini ialah: x Hala tuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025 x Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor x Merakyatkan Ekonomi Selangor x Agenda 21 Selangor

Dasar dan hala tuju ini menjadi asas kepada penggubalan strategi pembangunan RSN Selangor 2035.

Page 27: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-25

i. Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025 Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025 disediakan untuk menggariskan pendekatan yang akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat Negeri Selangor ke arah 2025 yang telah ditetapkan iaitu

MEWUJUDKAN PEMBANGUNAN FIZIKAL YANG MENYOKONG WAWASAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI NEGERI IDAMAN, MAJU DAN SEJAHTERA.

dengan visi dan misi pembangunan seperti berikut:

Visi “Selangor Negeri Idaman, Maju Dan Sejahtera” -

Misi “Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan

Tuhan, Manusia Dan Alam Sekitar”

Selangor mempunyai visi menjadi sebuah negeri idaman rakyat yang maju dan sejahtera. Sebuah negeri idaman mestilah mempunyai kemudahan-kemudahan yang terbaik, tahap keselamatan yang tinggi dan lain-lain. Manakala misinya pula bertepatan dengan konsep Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) yang diperkenalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia. Teras utama bagi DPPS ini ialah integrasi nilai kerohanian dalam perancangan dan pembangunan.

Hala tuju perancangan pembangunan Negeri Selangor mempunyai tujuh (7) teras iaitu: a) Menguruskan Negeri Maju Berteraskan Nilai Murni, Nilai Sejagat,

Keunggulan Budaya dan Tradisi b) Menangani Ketidaksamaan Sosio-Ekonomi Yang berterusan c) Menyediakan Panduan Strategik Mengenai Arah dan Corak Perbandaran

dan Penggunaan Tanah d) Menambah Baik Tadbir Urus e) Menguruskan Pembangunan Alam Sekitar Yang Mampan f) Memacu Pembangunan Modal Insan g) Menjana Sumber Pertumbuhan Baru

Berdasarkan kepada teras ke tiga, hala tuju pembangunan negeri ialah: x Menetapkan 30% kawasan perhutanan dikekalkan sehingga tahun 2020

dan menghadkan kawasan tepubina hanya meliputi 30% dari pembangunan negeri (Tahun 2020).

Page 28: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-26

x Keutamaan perlu diberi kepada pembangunan tapak dalam kawasan tepubina (infill development) dan di kawasan brownfield. Pada masa yang sama meningkatkan kawalan ke atas pembangunan kawasan baru greenfield.

x Memperluaskan sistem pengangkutan awam dengan pengintegrasian dengan pengangkutan berasaskan rel dengan meningkatkan mod pengangkutan awam selari dengan modal split negara-negara maju.

ii. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor

Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor telah dilancarkan pada 10hb. Mac 2009 dengan memberi penekanan kepada enam bidang seperti berikutnya;

Pakej rangsangan ini menjadi hala tuju kepada pembentukan strategi dan dasar RSN ini.

iii. Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES merupakan satu agenda Kerajaan Negeri Selangor dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dan membangunkan pelbagai sumber. Ia bertujuan untuk semua rakyat dalam Negeri Selangor sama-sama dapat menikmati hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negeri ini. Selangor mempunyai tiga belas (13) agenda MES, iaitu; a) TAWAS atau Tabung Warisan Anak Selangor b) Hadiah Anak Masuk Universiti c) Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang d) Program Tuisyen Rakyat e) Skim Kesihatan Wanita f) Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel) g) Pusat Dialisis Rakyat h) Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) i) Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)

Enam Bidang di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor � Pemuliharaan dan pembangunan Sungai Klang; � Pembangunan semula projek perumahan yang terbengkalai; � Pembaharuan aktiviti di bandar melalui pembangunan semula kawasan

terbiar; � Peningkatan hasil tanaman padi; � Perluasan sistem pengangkutan; dan � Penstrukturan semula industri air Selangor.

Page 29: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-27

j) Skim Mesra Usia Emas (SMUE) k) Kemudahan Cuti Tambahan l) Bekalan Air Bersih Percuma m) Program Peningkatan Hasil Batuan Dan Mineral

Selain daripada merakyatkan ekonomi, aspirasi Kerajaan Negeri juga adalah untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk Negeri Selangor dengan pelaksanaan inisiatif seperti berikut: a) Perumahan dan Kemudahan Masyarakat:

x Menyediakan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli;

x Menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar;

x Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minimum 800 kaki persegi, berharga di bawah RM150,000 seunit;

x Meningkatkan kemudahan keselamatan seperti peningkatan penyediaan polis komuniti dan penyediaan elemen-elemen konsep 'Bandar Selamat' seperti lampu dan CCTV;

x Memastikan semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi Orang Kelainan Upaya;

x Meluluskan pembinaan tiga Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti (bagi permohonan masjid baharu);

x Menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat (masjid, kuil, tokong, gereja), perkuburan dan rumah pembakaran mayat;

x Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat, SJK(C) dan SJK(T) di samping menaik taraf infrastruktur yang sedia ada; dan

x Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun.

b) Ekonomi:

x Membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha menggalakkan inovasi di kalangan usahawan;

x Memulihara jajaran dan rizab Sungai Klang serta memajukannya dengan guna tanah yang lebih ekonomik termasuklah membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang;

x Memajukan tanah pertanian secara bersepadu serta mempertingkat dan memodenkan industri-industri pertanian, penternakan dan perikanan bagi mengganda pendapatan petani, penternak dan nelayan; dan

Page 30: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-28

x Menubuhkan sebuah “Hub Halal” di peringkat negeri, termasuk mengeluarkan Pensijilan Halal Negeri Selangor.

c) Pengangkutan

x Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang; x Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam; x Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk

perkhidmatan bas, di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang; dan

x Menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baharu di lokasi terpilih.

d) Pemilikan tanah x Memajukan Tanah Rizab Melayu dengan lebih tersusun bagi meningkatkan

nilai. x Melindungi tanah adat Orang Asal.

e) Perlindungan Alam Sekitar

x Memperketat undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit. x Memperhebat usaha untuk menanam semula dan melindungi kawasan hutan

negeri sebagai kawasan utama tadahan air dan jelapang hijau. x Meneruskan usaha untuk membersih sungai tertentu, dan membangunkan

taman-taman di tebing sungai bagi kegunaan orang awam. x Mempromosi teknologi hijau di semua peringkat pentadbiran awam di

samping menggalakkan usaha untuk memerangi perubahan iklim dan memastikan Negeri Selangor bebas tenaga nuklear.

Rumusannya, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembangunan perumahan dan kemudahan masyarakat, sistem pengangkutan dan pemeliharaan alam sekitar. Aspirasi ini akan diambil kira di dalam menggubal hala tuju dan dasar RSN Selangor 2035.

Page 31: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-29

iv. Agenda 21 Selangor

Agenda 21 Selangor ialah Pelan Tindakan Pelaksanaan Strategi Pembangunan Mampan Negeri Oleh Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi / Jabatan Negeri Dan Persekutuan Di Selangor. Secara umumnya, Agenda 21 merangkumi tindakan untuk menangani masalah :-

a) kemiskinan b) keadaan tidak sihat c) kemerosotan ekosistem d) ketaksetaraan antara kaya dan yang miskin ; dan e) kebergantungan untuk kesejahteraan hidup.

A1.1.6 Pertalian Hubungan Negeri Selangor dengan Negeri-Negeri Bersempadanan

Selangor bersempadan dengan lima (5) negeri iaitu Perak, Pahang, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (WPP) (Jadual A1.1). Walau bagaimanapun pertalian hubungan Negeri Selangor dengan negeri bersempadan tidak tertakluk kepada sempadan fizikal sahaja.

Jadual A1.1: Daerah-daerah Negeri Selangor yang Terlibat dengan Negeri Bersempadanan

Selangor - Perak Selangor - Pahang Selangor – Negeri Sembilan • Daerah Sabak Bernam

– Hilir Perak dan Batang Padang

• Daerah Hulu Selangor –

Batang Padang

• Daerah Hulu Selangor – Raub dan Bentong

• Daerah Gombak – Bentong

• Daerah Hulu Langat – Jelebu dan Seremban

• Daerah Sepang – Seremban dan Port Dickson

Selangor - WPKL Selangor - WPP • Daerah Gombak

• Daerah Hulu Langat

• Daerah Petaling

• Daerah Hulu Langat

• Daerah Petaling

• Daerah Sepang

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Matriks hubungan daerah di Negeri Selangor dengan daerah-daerah di negeri bersempadanan adalah seperti di Jadual A1.2. Setiap daerah mempunyai hubungan yang tersendiri sama ada dari segi ekonomi, guna tanah, pengangkutan dan lain-lain.

Page 32: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju
Page 33: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-31

A1-31

Jadual A1.2: Matriks Hubungan Daerah Negeri Selangor Dengan Negeri /Daerah Bersempadan

NEGERI BERSEMPADAN

/DAERAH SELANGOR

PERAK PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA HILIR PERAK

BATANG PADANG

RAUB

BENTONG

SABAK BERNAM

x Aktiviti pertanian dan perikanan

x IKS berasaskan produk pertanian dan perikanan

x Pengangkutan air - perhubungan utama

x Pemuliharaan Sungai Bernam dan pesisiran pantai

x Berpotensi untuk bekerjasama di dalam aktiviti pelancongan /perikanan dengan Bagan Datoh jika jambatan baru dibina menghubungkan Sg. Tawar (Sabak Bernam) ke Jalan A123

x Peluang pekerjaan bagi penduduk Sabak Bernam jika projek penapisan petroleum di Rungkup Bagan Datok dibina (keperluan jambatan baru ke Jalan A123

Tiada x Pertanian Tiada x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor sebagai pengeluar makanan kepada Bandaraya Kuala Lumpur

x Kuala Lumpur sebagai pusat pemasaran produk berasaskan pertanian dan perikanan.

x Pusat pekerjaan x Daerah Sabak

Bernam dan Kuala Selangor sebagai pengeluar makanan kepada Putrajaya

x Putrajaya sebagai pusat pemasaran produk pertanian /perikanan.

KUALA SELANGOR

Tiada

Tiada Tiada Tiada

Page 34: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-32

NEGERI BERSEMPADA

N /DAERAH SELANGOR

PERAK PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA HILIR PERAK

BATANG PADANG

RAUB

BENTONG

HULU SELANGOR

Tiada x Pusat Keilmuan (UPSI)

x Lebuh raya Utara Selatan dan perkhidmatan rel menjadi penghubung utama.

x Usahasama antara Daerah Hulu Selangor sebagai industri berteknologi berasaskan automatif dan kemudahan sokongan serta industri hiliran.

x Produk Pertanian dan makanan

x Pusat pelancongan (Kuala Kubu - Bukit Fraser)

x Pemuliharaan hutan simpan kekal dan kawasan tadahan air

x Kemudahan perumahan dan perniagaan di Hulu Selangor bagi kemudahan pekerja Pusat Peranginan Genting dan Bukit Tinggi.

x Aktiviti pelancongan x Pemuliharaan hutan

simpan kekal dan kawasan tadahan air

x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Pusat pengeluar makanan kepada Bandaraya Kuala Lumpur

x Kuala Lumpur sebagai pusat pemasaran produk berasaskan pertanian.

x Pusat pekerjaan x Pusat pengeluar

makanan kepada Putrajaya

x Putrajaya sebagai pusat pemasaran produk pertanian - makanan.

KLANG

Tiada Tiada x Produk pertanian - makanan

x Produk perikanan ke Raub

x Pusat pelancongan

x Produk perikanan ke Bentong

x Pusat pelancongan

x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Produk perikanan

x Pusat pekerjaan Putrajaya sebagai pusat pemasaran produk perikanan

PETALING Tiada Tiada Tiada Tiada

x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Penyelarasan pembangunan kemudahan awam

x Penyelarasan zon guna tanah – densiti, nisbah plot

x Pengawalan aktiviti pembangunan bagi pengawalan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

x Pusat pekerjaan x Penyelarasan zon

guna tanah – densiti, nisbah ratio

x Pengawalan aktiviti pembangunan bagi pengawalan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

Page 35: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-33

A1-33

NEGERI BERSEMPADAN

/DAERAH SELANGOR

PERAK PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA HILIR PERAK

BATANG PADANG

RAUB

BENTONG

GOMBAK Tiada x Tiada x Produk Pertanian - makanan

x Pusat pelancongan

x Pusat Pelancongan

x Industri berasaskan pertanian dan perhutanan

x Pusat keilmuan

/institusi pendidikan (UIAM)

x Hubungan terus melalui Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak

x Cadangan keretapi laju

Kuala Lumpur - Kuantan

x Potensi menyediakan kemudahan perumahan ‘country style’ kepada penduduk timur Lembah Klang.

x Pemuliharaan hutan simpan kekal dan kawasan tadahan air

x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Cadangan keretapi laju Kuala Lumpur – Kuantan

x Penyelarasan pembangunan kemudahan awam

x Pengawalan zon guna tanah – densiti, plot ratio

x Penyelarasan aktiviti pembangunan bagi pengawalan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

x Pusat pekerjaan

Page 36: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-34

NEGERI BERSEMPADAN /

DAERAH SELANGOR

NEGERI SEMBILAN PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA

LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PORT DICKSON SEREMBAN JELEBU BENTONG

SEPANG x Pusat aeronautikal, penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan, pengangkutan moden dan pentadbiran negara

x Pewujudan integrasi produk pelancongan dan kemudahan KLIA sebagai pintu masuk utama pelancong

x Pemuliharaan Sungai Sepang dan pesisiran pantai

x Pusat sokongan terhadap pembangunan mega termasuklah koridor multimedia

x Pusat industri jenis elektronik, motor dan peralatan pengangkutan.

x Penyelarasan jajaran laluan keretapi

x Tiada x Tiada x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Pusat pemasaran produk

x Pusat pekerjaan x Putrajaya sebagai pusat

pemasaran produk pertanian - makanan.

x Pengawalan zon guna tanah – densiti, plot ratio

x Pengawalan aktiviti pembangunan bagi mengawal pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

KUALA LANGAT x Tiada x Tiada

Tiada x Tiada x Pusat pekerjaan x Putrajaya sebagai pusat

pemasaran produk pertanian - makanan.

Page 37: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-35

A1-35

NEGERI BERSEMPADAN /

DAERAH SELANGOR

NEGERI SEMBILAN PAHANG WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA

LUMPUR

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

PORT DICKSON SEREMBAN JELEBU BENTONG

HULU LANGAT x Pusat perindustrian dan pelancongan

x Kerjasama produk pelancongan agro di Daerah Hulu Langat.

x Pusat Pelancongan x Penyelarasan jenis

dan intensiti pembangunan serta pembangunan jalan dan sistem saliran

x Kerjasama produk eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat.

x Pemuliharaan hutan simpan kekal

x Produk Pertanian dan makanan

x Pusat pelancongan x Kerjasama projek

penyaluran bekalan air mentah

x Pemuliharaan hutan simpan kekal dan kawasan tadahan air

x Sumber bekalan Air

x Kuala Lumpur - pusat perniagaan, perdagangan dan pekerjaan

x Penyelarasan pembangunan kemudahan awam

x Pengawalan zon guna tanah – densiti, plot ratio

x Penyelarasan aktiviti pembangunan bagi pengawalan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

x Pusat pekerjaan x Putrajaya sebagai pusat

pemasaran produk pertanian - makanan.

x Pengawalan zon guna tanah – densiti, plot ratio

x Pengawalan aktiviti pembangunan bagi mengawal pencemaran sungai dan kawasan tadahan air negeri berjiran

x Penyelarasan pembangunan jalan dan sistem saliran

Sumber: Kajian Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035

Page 38: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-36

A1.2 KEKUATAN, PELUANG, KELEMAHAN DAN ANCAMAN

A1.2.1 Kekuatan

i. Negeri Selangor dengan jumlah penduduk tertinggi, mempunyai kekuatan ‘threshold’ untuk pembangunan ekonomi wilayah. Kekuatan ini menyebabkan negeri-negeri bersempadanan mengalami tekanan penghijrahan keluar. Namun begitu, bagi penduduk daerah-daerah bersempadanan, Negeri Selangor menawarkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

ii. Negeri Selangor berperanan sebagai pintu masuk utama negara dengan adanya

KLIA di Sepang. Daerah-daerah bersempadanan seperti Port Dickson dan Seremban di Negeri Sembilan boleh mengambil peluang dari kemasukan pelancong dan pembangunan ekonomi yang dijanakan ini.

iii. Daerah-daerah di bahagian utara Negeri Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala

Selangor dan Hulu Selangor mempunyai kekuatan daripada sektor pertanian kerana kedapatan kawasan pertanian yang luas.

iv. Negeri Selangor merupakan Pusat Teknologi dan Komunikasi Maklumat Negara

dengan adanya pembangunan Koridor Raya Multimedia di Sepang serta bandar-bandar Cyber di persekitarannya. Negeri Sembilan berharap akan mendapat limpahan dari pembangunan ini ke kawasan lain sekitar Seremban dan Port Dickson.

v. Negeri Selangor merupakan tumpuan kemudahan pendidikan negara. Antara

universiti terulung di Negeri Selangor ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terletak di Bangi, Universiti Selangor (UniSEL) dan UiTM di Shah Alam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak dan lain-lain.

vi. Sebahagian Besar Negeri Selangor Termasuk dalam Greater Kuala Lumpur yang

mempunyai pelbagai kemudahan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa. Antara infrastruktur yang bertaraf antarabangsa termasuklah KLIA, Pelabuhan Klang dan rangkaian lebuh raya.

Page 39: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-37

A1-37

A1.2.2 Kelemahan

i. Kesesakan lalulintas di setengah-setengah kawasan terutamanya di kawasan tumpuan pekerjaan dan perkhidmatan seperti Damansara, Shah Alam dan Petaling Jaya.

ii. Banjir kilat berlaku di setengah-setengah tempat seperti di Klang, Kajang dan

Puchong. Ia disebabkan oleh laluan aliran air yang tersumbat. iii. Terdapat kawasan yang mengalami masalah bandar usang (urban decay) yang di

sebabkan oleh kegiatan guna tanah yang tidak lagi sesuai dengan kawasan tersebut. Ia menyebabkan banyak bangunan kosong dan tidak digunakan seperti Petaling Jaya, Klang dan Ampang.

iv. Kemudahan infrastruktur yang tidak seiring dengan perkembangan bandar.

Tekanan pembangunan yang tinggi di pusat bandar sedia ada seperti di Daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang telah meningkatkan kepadatan pembangunan di kawasan tersebut. Ini telah menyebabkan keupayaan infrastruktur jalan raya, tempat letak kereta, sistem saliran dan pelupusan sisa pepejal tidak dapat menampung tekanan permintaan dan masalah tersebut.

v. Sistem pengangkutan awam yang masih kurang cekap di setengah-setengah

kawasan terutama di luar Lembah Klang. Malah terdapat kawasan yang tidak mendapat kemudahan pengangkutan awam terutamanya bas henti-henti iaitu dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam.

A1.2.3 Peluang

i. Infrastruktur di Negeri Selangor yang berhierarki tinggi adalah bertaraf antarabangsa seperti MRT yang di dalam pembinaan, cadangan rel keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura dan lebuh raya-lebuh raya baru. Ia merupakan peluang bagi Negeri Selangor terus berkembang maju dan berdaya saing setaraf dengan negara-negara terbaik dunia.

ii. Selangor kaya dengan sumber alam terutama kawasan rekreasi semulajadi,

tetapi ia masih belum dibangunkan secara optimum. Contohnya, kawasan rekreasi Hulu Langat yang sangat menarik tetapi masih belum dibangunkan sepenuhnya. Ia perlu disertakan dengan kemudahan-kemudahan pelancongan yang bertaraf antarabangsa.

Page 40: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju

LAPORAN TINJAUAN Kepentingan dan Hubungan Wilayah

A1-38

A1.2.4 Ancaman

i. Migrasi antara daerah berlaku dalam Negeri Selangor kerana kebanyakan tumpuan pekerjaan professional terletak di kawasan Lembah Klang. Ia menyebabkan anak muda yang berpelajaran tinggi dan berkemahiran dari daerah-daerah luar Lembah Klang berhijrah ke kawasan Lembah Klang. Terutama penduduk dari Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor kerana ekonominya banyak bergantung kepada sumber pertanian.

ii. Tekanan pembangunan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar terutama di bahagian

timur Negeri Selangor seperti di Hulu Langat dan Ampang. Ia juga boleh dikaitkan dengan pembangunan ‘Greater Kuala Lumpur’ yang memerlukan kawasan-kawasan komersial dan petempatan.

iii. Tekanan kepada permintaan kemudahan infrastruktur kerana kebanjiran penduduk. Penduduk yang semakin bertambah memerlukan kemudahan infrastruktur yang banyak seperti bekalan air, kawasan pelupusan sampah, sistem pepejal dan lain-lain.

iv. Aktiviti-akiviti ekonomi yang boleh mendatangkan kemudaratan di kawasan pantai dan sungai banyak dibangunkan. Contohnya, kawasan penternakan udang di sepanjang pantai hutan paya bakau di Kuala Selangor sehingga Pantai Remis.

v. Pertumbuhan ekonomi hanya tertumpu di Daerah Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat dan Daerah Sepang. Manakala, daerah-daerah lain seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor hanya memainkan peranan bagi sektor yang bernilai tambah rendah. Ketidakseimbangan ini wujud di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar di mana asas ekonomi, aktiviti bernilai tambah tinggi dan pendapatan isi rumah adalah jauh lebih tinggi. Ia jelas menunjukkan ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dalam Negeri Selangor.

Page 41: A1#:#RANGKA#WILAYAH# Tinjauan Selangor 20… · Faktor kestabilan sosio-politik, infrastruktur yang maju dan efisien selain sumber manusia mahir di Selangor berperanan sebagai peneraju