satu kajian kemahiran belajar di kalangan para …€¦ · 2. perpustakaan universiti teknologi...

23
SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI NEGERI PERLIS MOHANA A/P SADASIVAM Universiti Teknologi Malaysia

Upload: others

Post on 17-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH

DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR

BANDAR DI NEGERI PERLIS

MOHANA A/P SADASIVAM

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR DI NEGERI PERLIS Saya MOHANA A/P SADASIVAM

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ ________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 10, JALAN PEGAWAI, PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI KG. CHETTY, 09000 KULIM KEDAH (Nama Penyelia) Tarikh: __11 MAC 2004_ Tarikh: 11 MAC 2004

Page 3: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada

pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop

dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan : …… ………………………

Nama Penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Tarikh : …11 MAC 2004……………………………….

Page 4: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA PELAJAR

TINGKATAN EMPAT ALIRAN SASTERA YANG BERPRESTASI RENDAH

DALAM SUBJEK SAINS TERAS DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH LUAR

BANDAR DI NEGERI PERLIS

MOHANA A/P SADASIVAM

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

ii

“Saya akui karya ini hasil karya saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………… ……………………….

Nama Penulis : Mohana a/p Sadasivam

Tarikh : ………11 MAC 2004………………...................

Page 6: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

iii

DEDIKASI

DITUJUKAN ISTIMEWA UNTUK:

Ibu yang dikasihi yang sentiasa memberi dorongan;

Mdm.Suseela Devi A/p Munusamy

Abang yang dihormati dan sentiasa membantu;

En. Vicknes A/l Sadasivam

Kakak dan sanak-saudaraku yang sentiasa memberi pertolongan

Sepanjang perjuangan , berkongsi suka dan duka.

Rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu bersama-sama berkongsi suka dan

duka, pengalaman pahit dan manis dan sentiasa membantu.

Buat arwah ayahku, kata-kata perangsang dan nasihatmu akan ku ingat selagi

hayatku dikandung badan.

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita semua bersama…….

Page 7: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

iv

PENGHARGAAN Bersyukur dengan segala limpah kurnia Tuhan yang telah memberi segala

kekuatan, bantuan dan kesabaran hingga ke saat-saat akhir penyempurnaan projek

Sarjana Muda ini. Segala restu Nya telah menjayakan projek ini.

Penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana

Muda ini, Prof Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali di atas bimbingan yang diberikan

sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Beliau sentiasa memberi tunjuk ajar dan komen

yang membina bagi menjadikan projek ini dilaksanakan dengan lebih cekap. Beliau juga

sentiasa memberi didikan apabila penyelidik menemui masalah. Beliau seorang yang

dedikasi dan bertanggungjawab.

Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti

Pendidikan dan Fakulti Sains terutamanya Encik.Rahim Bin Omar yang turut membantu

penyelidik sepanjang projek ini dijalankan. Disamping itu, ribuan terima kasih kepada

rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan membimbing penyelidik

sepanjang projek ini dijalankan.

Penghargaan juga diberikan kepada pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah Syed

Saffi, Simpang Empat ,Perlis, pihak Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Sumber

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan kepada sesiapa yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung membantu dalam Projek Sarjana Muda ini.

Sekian.

Page 8: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

v

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan kemahiran belajar serta kaitannya

dengan prestasi akademik subjek Sains Teras pelajar tingkatan empat. Kemahiran belajar

yang dikaji secara spesifik adalah kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab

soalan ujian. Kajian ini dilakukan terhadap 50 orang pelajar tingkatan empat aliran

sastera di sebuah sekolah luar bandar. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal

selidik dan melalui sesi temubual. Data-data yang dikumpul dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) untuk mendapatkan

kekerapan, peratusan dan min bagi setiap maklum balas responden terhadap item-item

yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan walaupun para pelajar mengamalkan

kemahiran belajar tetapi ia tidak diamalkan dengan menggunakan teknik yang berkesan.

Analisis dengan menggunakan SPSS menunjukkan tidak terdapat perkaitan yang

signifikan antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi akademik responden dan

kemahiran menjawab soalan ujian dengan prestasi akademik responden. Beberapa

cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Page 9: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

vi

ABSTRACT

This research was conducted to identify the study skills practiced by Form 4

students in General Science subject. The study skills looked into note taking skills and

test taking skills. Fifty Form 4 students from Arts Stream in rural secondary school

participated in the study. A set of questionnaire and a series of interviews were used as

research instruments. Data collected were then analyzed using SPSS (Statistical Package

For Social Science) to obtain frequencies, percentages and means. The result of the

survey conducted shows although students do practice study skills but the skills are not

applied properly and effectively. Analysis with the SPSS software shows that there was

no significant connection among the ability to take down notes and test taking skills with

the respondents academic performance. A number of suggestions were provided to

overcome this problem.

Page 10: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I : PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Hipotesis Kajian 4

Page 11: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

viii

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Pencapaian akademik 8

1.8.2 Sains 8

1.8.3 Kemahiran Belajar 8

1.8.4 Kemahiran Mencatat Nota 9

1.8.5 Ujian 9

BAHAGIAN DUA

BABII

BAB II : SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 10

2.1. Kemahiran Belajar 10

2.1.1 Kemahiran Membaca 11

2.1.2 Kemahiran Mengurus Masa 12

2.1.3 Kemahiran Mengingat 13

2.1.4 Kemahiran Mendengar 14

2.2 Kemahiran Mencatat Nota 14

2.3 Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 18

2.4 Kesimpulan 20

Page 12: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

ix

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III : METODOLOGI

3.0 Pengenalan 21

3.1 Reka Bentuk Kajian 21

3.2 Prosedur Kajian 22

3.3 Lokasi Kajian 23

3.4 Persampelan 23

3.5 Instrumen Kajian 25

3.5.1 Bahagian A 25

3.5.2 Bahagian B 25

3.5.3 Bahagian C 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Analisis Data 28

3.8 Kesimpulan 30

Page 13: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

x

BAB EMPAT

BAB IV

BAB IV : ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 31

4.1 Analisis Data Latar Belakang Responden 32

4.2 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 33

4.3 Analisis Persoalan Kajian 1:Adakah Para 34

Pelajar Yang Berprestasi Rendah Dalam Subjek

Sains Teras Mengamalkan Kemahiran Belajar

Secara Umumnya

4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 : Adakah Para Pelajar 36

Tersebut Mengamalkan Kemahiran Belajar Dari

Aspek Kemahiran Mencatat Nota

4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah Para Pelajar 39

Tersebut Mengamalkan Kemahiran Belajar Dari

Aspek Kemahiran Menjawab Soalan Ujian

4.6 Analisis Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat 42

Hubungan Antara Kemahiran Mencatat Nota

Dengan Prestasi Akademik Para Pelajar Tersebut

Dalam Subjek Sains Teras

4.7 Analisis Persoalan Kajian 5 : Adakah Terdapat 43

Hubungan Antara Kemahiran Menjawab Soalan

Ujian Dengan Prestasi Akademik Para Pelajar

Tersebut Dalam Subjek Sains Teras

Page 14: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

xi

4.8 Data Sokongan Temubual 44

4.9 Rumusan Hasil Kajian 45

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.0 Pengenalan 46

5.1 Rumusan Dapatan Kajian 46

5.2 Perbincangan Kajian 47

5.2.1 Persoalan Kajian 1 : Adakah Para Pelajar Yang 47

Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras

Mengamalkan Kemahiran Belajar Secara Umumnya

5.2.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah Para Pelajar Yang 49

Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras

Mengamalkan Kemahiran Mencatat Nota.

5.2.3 Persoalan Kajian 3 : Adakah Para Pelajar Yang 50

Berprestasi Rendah Dalam Subjek Sains Teras

Mengamalkan Kemahiran Menjawab Soalan Ujian

5.2.4 Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat Hubungan 51

Antara Kemahiran Mencatat Nota Dengan Prestasi

Akademik Para Pelajar Tersebut Dalam Subjek

Sains Teras

5.2.5 Persoalan Kajian 4 : Adakah Terdapat Hubungan 52

Page 15: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

xii

Antara Kemahiran Menjawab Soalan Ujian Dengan

Prestasi Akademik Para Pelajar Tersebut Dalam

Subjek Sains Teras

5.3 Implikasi Dan Cadangan 52

5.4 Saranan Kajian Lanjutan 53

5.5 Penutup 53

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI 54

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN A 63

LAMPIRAN B 70

Page 16: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

xiii

SENARAI JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 : Peringkat Pencapaian Penilaian Menengah Rendah 24

Jadual 3.2 : Gred Dan Markah Ujian Sains Teras Penggal Dua 25 Jadual 3.3 : Bilangan Item Berdasarkan Persoalan Kajian Untuk 26

Bahagian B Jadual 3.4 : Lima Aras Skala Ala Likert 29 Jadual 3.5: Pengkategorian Skala Ala Likert 29 Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden 33

Jadual 4.2 : Taburan Data Kemahiran Belajar Secara Umum 34

Jadual 4.3 : Taburan Data Kemahiran Mencatat Nota 37

Jadual 4.4 : Taburan Data Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 39

Jadual 4.5 : Korelasi Antara Kemahiran Mencatat Nota Dengan 42

Prestasi Akademik

Jadual 4.6 : Korelasi Antara Kemahiran Menjawab Soalan Ujian 43

Dengan Prestasi Akademik

Page 17: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

xiv

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

LAMPIRAN A 58

Soal Selidik Kajian

LAMPIRAN B 70

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Page 18: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kemahiran belajar merupakan aspek penting dalam penekanan pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), serta ke arah

peningkatan kualiti pendidikan negara. Menurut Ab.Rahim Selamat (1998), kemahiran

diperlukan oleh semua individu untuk melaksanakan sesuatu tugas. Kemahiran belajar

adalah kemahiran yang diperlukan dalam keadaan semasa, sejagat dan sepanjang

persekolahan formal. Kemahiran belajar lebih berbentuk kemahiran intelektual selaras

dengan harapan KBSM yang ingin mewujudkan pelajar yang berkembang daya

intelektualnya.

Masalah pembelajaran pelajar dalam bidang Sains telah lama wujud.

Menurut Sigmund Kalina (1975), di dalam pembelajaran Sains, pelajar akan didedahkan

dengan idea-idea dan hukum-hukum yang sentiasa diterangkan menggunakan nombor

dan formula. Kebanyakkan pelajar menghadapi masalah dalam Sains kerana mereka

tidak dapat melihat Sains sebagai satu jalinan hubungan idea-idea. Menurut Gersten

(1998), kebanyakkan pelajar tidak prihatin terhadap kehendak soalan. Kebanyakkan

soalan Sains yang diuji selalunya dipenuhi dengan taktik-taktik yang mencabar dan

mengelirukan pelajar.

Page 19: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

2

Kebanyakkan para pelajar yang meneruskan pembelajaran ke tingkatan empat,

biasanya memilih aliran Sastera daripada aliran Sains meskipun mereka mempunyai

keputusan subjek Sains yang baik. Menurut John Langan (1989), kebanyakkan pelajar

enggan memilih aliran Sains kerana mereka beranggapan bahawa subjek ini tiada jalan

untuk lulus melainkan berusaha dengan tekun. Kesimpulannya, kemahiran belajar

memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik seseorang pelajar.

Sebelum penerapan kemahiran belajar ini dilakukan, kita perlulah terlebih dahulu

mengetahui apakah kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar kita. Kemudian

barulah kita mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk memperkayakan kemahiran

belajar mereka.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kemahiran belajar sangat penting bagi setiap pelajar. Menurut Nicaise dan

Gettinger (1995), kemahiran belajar adalah asas kepada kecekapan akademik.

Kemahiran belajar yang efektif merentasi pelbagai bahagian kandungan akademik dan

untuk pelbagai bentuk pelajar mampu menghasilkan dapatan yang positif. Para pelajar

yang berkebolehan pada semua peringkat akan turut menghadapi kesukaran di sekolah

bukan kerana mereka tidak pintar tetapi kerana kurang mahir menggunakan kemahiran

belajar. Seseorang pelajar dikatakan mempraktikkan kemahiran belajar jika caranya

betul, sistematik, berfaedah, berkesan dan dapat memaksimumkan hasil pembelajaran.

Menurut Hoover dan Paaton (1995), kemahiran belajar berhubungkait dengan

proses-proses seperti memperoleh data, merekod data, menyusun data, mensintesis data,

mengingat dan menggunakan maklumat. Kesemua proses ini dititikberatkan dalam

pembelajaran subjek Sains. John Langan (1989), menyatakan ilmu pengetahuan Sains

bersifat kumulatif. Sifat kumulatif bermaksud setiap fakta dan formula yang dipelajari

mesti bersandar pada semua struktur asas yang telah dipelajari. Keadaan ini jelas

menunjukkan kemahiran belajar yang efektif membantu pembelajaran subjek Sains.

Page 20: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

3

Para pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam subjek Sains

mempraktikkan kemahiran belajar. Sigmund Kalina (1975) menyatakan pelajar sains

yang baik selalunya seseorang yang prihatin. Pelajar sains yang cemerlang selalu

menanyakan soalan-soalan seperti apa, bagaimana, mengapa sesuatu perkara itu berlaku.

Melalui pertanyaan sebegini, pelajar tersebut akan melihat bagaimana sesuatu perkara

itu berhubungkait antara satu sama lain. Kemahiran belajar seperti mencatat nota,

mengingat, membaca, membuat latihan, mengumpul maklumat dan sebagainya lagi

diamalkan.

Menurut Castagna dan Codd’s (1984), pelajar yang berprestasi rendah hanya

membaca buku teks secara bersahaja tanpa menggunakan kemahiran belajar. Akibatnya

pelajar tersebut gagal menunjukkan hubungkait sesuatu konsep dengan konsep yang

lain. Pelajar yang lemah menghabiskan masa dengan membaca sesuatu bahan dengan

bersahaja dan kemudian membaca bahan yang sama berulang kali tanpa mengamalkan

kemahiran belajar yang sistematik (Rasheed, O′Neill, Walters, & Johnston, 1975).

Dalam kajian terdahulu, para penyelidik telah menunjukkan bahawa para pelajar

yang berpendidikan umum di sekolah menengah kurang mengamalkan kemahiran

belajar yang sepatutnya sedia ada dalam diri pelajar dan dipraktikkan sepanjang masa.

Para pelajar tersebut sepatutnya mempunyai kemahiran belajar dan mempraktikkannya

untuk membolehkan mereka belajar atau megikuti pelajaran mengikut pempiawaian

akademik tinggi (Jones,Slate, Bell & Saddler, 1991;Jones ,Slate,Blake & Holifield,1992;

Slate, Jones & Dawson,1993). Kemahiran belajar sangat penting dan perlu diamalkan

oleh setiap orang pelajar. Penggunaan kemahiran belajar yang efektif dapat membantu

para pelajar menengah rendah menghadapi peralihan corak pembelajaran peringkat

menengah atas dengan mudah.

Berdasarkan sorotan kajian, didapati para pelajar yang berprestasi rendah kurang

mahir menggunakan kemahiran belajar. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran

belajar yang betul, sistematik dan efektif. Justeru itu, adalah wajar penyelidikan

Page 21: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

4

mengenai kemahiran belajar di kalangan para pelajar dijalankan. Buat permulaan,

penyelidik akan hanya melihat kepada kemahiran belajar secara umum. Penyelidik

memilih dua kemahiran belajar iaitu kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab

soalan ujian untuk dikaji dengan lebih mendalam.

1.2 Pernyataan Masalah

Peratus pencapaian subjek Sains di sekolah-sekolah luar bandar agak kurang

memuaskan. Penyelidik merasakan masalah ini ada kaitannya dengan amalan kemahiran

belajar para pelajar. Selain itu, penyelidik merasakan terdapat hubungan di antara

kemahiran belajar dengan tahap prestasi akademik para pelajar dalam subjek Sains

Teras. Penyelidik mengkaji tentang amalan kemahiran belajar yang diamalkan oleh para

pelajar yang berprestasi rendah ini. Kajian dijalankan dengan mengkaji kemahiran

belajar secara umum dan lebih memfokuskan kepada dua jenis kemahiran belajar iaitu

kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab soalan ujian. Berasaskan kajian-

kajian yang lepas, kemahiran mencatat nota dan kemahiran menjawab soalan ujian

merupakan kemahiran yang sangat penting dalam pembelajaran subjek Sains. Penyelidik

tidak dapat menjalankan kajian ke atas semua kemahiran belajar kerana kekangan masa

yang dihadapi.

1.3 Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai dua hipotesis. Hipotesis pertama ialah

terdapat hubungan di antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi akademik para

pelajar. Manakala hipotesis kedua pula ialah terdapat hubungan di antara kemahiran

menjawab soalan ujian dengan prestasi akademik para pelajar. Kajian dijalankan bagi

mengetahui masalah pencapaian akademik yang rendah dalam subjek Sains Teras

Page 22: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

5

pelajar-pelajar sekolah menengah luar bandar. Masalah ini hanya dilihat dari aspek

kemahiran belajar sahaja.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan perbincangan di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi

rendah dalam subjek Sains Teras secara umum.

1.4.2 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi

rendah dari aspek kemahiran mencatat nota.

1.4.3 Mengenalpasti kemahiran belajar di kalangan para pelajar yang berprestasi

rendah dari aspek kemahiran menjawab ujian.

1.4.4 Mengesan samada terdapat hubungan antara kemahiran mencatat nota dengan

prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras

1.4.5 Mengesan samada terdapat hubungan antara kemahiran menjawab soalan ujian

dengan prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras

1.5 Persoalan Kajian

Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi

persoalan-persoalan seperti di bawah :

1.5.1 Adakah para pelajar yang berprestasi rendah dalam subjek Sains Teras

mengamalkan kemahiran belajar secara umumnya ?

1.5.2 Adakah para pelajar tersebut mengamalkan kemahiran belajar dari aspek

kemahiran mencatat nota ?

1.5.3 Adakah para pelajar tersebut mengamalkan kemahiran belajar dari aspek

kemahiran menjawab soalan ujian ?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan antara kemahiran mencatat nota dengan prestasi

Page 23: SATU KAJIAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PARA …€¦ · 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Perpustakaan Universiti Teknologi

6

akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras ?

1.5.5 Adakah terdapat hubungan antara kemahiran menjawab soalan ujian dengan

prestasi akademik para pelajar tersebut dalam subjek Sains Teras ?