borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · tesis adalah hakmilik universiti teknologi malaysia....

21
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN BERBANTU KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT TOPIK ACIDS AND BASES SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya ASMAIZHA BIN AHMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasil/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alarnat Tetap: NO 70 KG JAMBU RIAS, PM. DR. AZIZ BIN NOORDIN 28600, KARAK NAMA PENYELIA PAHANG DARUL MAKMUR Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: truongtram

Post on 28-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN BERBANTU KOMPUTER BAGI MATA

PELAJARAN KIMIA TINGKATAN EMPAT TOPIK ACIDS AND

BASES

SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya ASMAIZHA BIN AHMAD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasil/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alarnat Tetap: NO 70 KG JAMBU RIAS, PM. DR. AZIZ BIN NOORDIN 28600, KARAK NAMA PENYELIA PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007 Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tanda tangan : ……………………………….

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZ BIN NOORDIN

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

PEMBANGUNAN BERBANTU KOMPUTER BAGI MATA PELAJARAN KIMIA

TINGKATAN EMPAT TOPIK ACID AND BASES

ASMAIZHA BIN AHMAD

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2007

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

i

“ Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ……………………………….

Nama Penulis : ASMAIZHA BIN AHMAD

Tarikh : 15 NOVEMBER 2007

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

iii

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;

Khas buat:

Ayahda dan Bonda ,

Ahamad Bin HJ Mahmud dan Sabaryah Binti Alwi

Terima kasih atas berkat doa dan segala pengorbanan kalian selama ini yang tidak

termampu untukku membayarnya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati

kalian.

Buat ahli keluarga yang lain , Asmawie, Assmaliza, dan Asmaliyana. Kalian adalah

pelengkap dalam hidupku. Serta arwah abangku yang kurindui selalu; Asmahadi,semoga

rohmu dicucuri rahmat hendaknya..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada Prof. Madya DR,Aziz Bin

Noordin kerana memberikan kepercayaan, peluang dan kebebasan sepenuhnya kepada

saya untuk menjalankan projek ini. Dan juga komen yang membina serta tunjuk ajar

daripada beliau.

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan

kerana telah memberikan segala kemudahan kepada saya menggunakan pusat sumber

untuk mencari maklumat Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga penghargaan ditujukan kepada rakan-rakan saya iaitu pelajar-

pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) di Universiti Teknologi

Malaysia yang turut membantu dalam menjayakan projek ini.

Akhir sekali kepada semua yang terlibat dalam membantu menyiapkan projek ini

secara langsung atau tidak langsung. Jasa kalian semua akan saya kenang sepanjang

hayat saya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

v

Abstrak

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah perisian PBK bagi

tajuk Acid And Bases untuk subtopik Role of water to show the properties of acids and

bases dan properties of acids and bases.. Perisian ini sesuai digunakan oleh pelajar

tingkatan empat dan lima yang mengambil subjek Kimia KBSM. Pembinaan perisian

PBK ini bukan sahaja bertujuan untuk menghasilkan sebuah perisian dalam versi Bahasa

Inggeris bahkan juga ingin menghasilkan perisian PBK jenis kuliah dan latihan yang

interaktif, menarik serta memberikan keseronokan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, perisian PBK ini juga mampu memberikan kebebasan

kepada pelajar dari segi masa, tempat dan kadar pembelajaran. Pendekatan teori

konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian ini dimana pelajar belajar melalui

stimulasi yang digunakan. Model Hanaffin & Peck telah digunakan sebagai landasan

dalam proses pembinaan perisian ini. Perisian PBK ini telah dibangunkan dengan

menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5 sebagai perisian utama dan perisian

sokongan seperti Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D

dan Swish 2.0. Penggunaan perisian-perisian ini bertujuan untuk menghasilkan grafik,

animasi, teks dan audio yang interaktif serta menarik. Perisian yang dibina dipakejkan

dan disebarkan dalam bentuk cakera padat bagi memudahkan pengedaran serta

mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin. Diharapkan perisian ini dapat

membantu pelajar mengukuhkan kefahaman mengenai konsep didalam subtopik Role of

water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

vi

Abstract

The purpose of this project is to build a drill type of Computer Based Learning

(CBL) courseware with the title of Acids And Bases for the subtopic Role of water to

show the properties of acids and bases and properties of acids and bases It is suitable

for student who are taking Chemistry at KBSM level. The aim of the project was not

only to build a courseware in English, but also to produce a lecture and excercise type

CBL courseware, which is more interactive, interesting and making the students feel

enjoyable in the learning and teaching process. Furthermore, it enables the students to

control their learning by giving them more freedom in time, location and learning rate. A

constructivism learning theory was applied in this courseware which stimulates students

to study with what they used . Meanwhile, Hannafin & Peck model was used as

guideline to build it. During the development of the project, Macromedia Authorware

6.5 (main software) and a variety of supportive softwares such as Adobe Photoshop 7.0,

Sonic Foundry Sound Forge 6.0, Ulead Cool 3D and Swish 2.0 were used. These

softwares were required for creating graphic, animation, text and audio which are more

interactive and attractive. The completed courseware was packaged and distributed in

the CD-ROM form to ensure it to be portable and yet the content is protected. Hopefully,

this courseware could help the students to enhance their understanding about the Role of

water to show the properties of acids and bases dan properties of acids and bases and

the learning process becomes more meaningful and enjoyable.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Projek 9

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 12

1.7 Definasi Istilah 12

1.7.1 Pembelajaran Berbantukan

Komputer 12

1.7.2 Perisian 13

1.7.3 Multimedia 13

1.7.4 Interaktif 13

1.7.5 Grafik 13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

viii

1.7.6 Teks 14

1.7.7 Animasi 14

1.7.8 Bunyi 14

1.7.9 Imej 14

1.7.10 Elektrokimia 14

1.8 Rasional Pemilihan Tajuk 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Definasi Multimedia 18

2.3 Interaktif 21

2.3.1 Hipermedia 21

2.3.2 Hiperteks 22

2.4 Multimedia Dalam Pendidikan 22

2.5 Definasi PBK 23

2.6 Strategi PBK 24

2.6.1 Latih Tubi 25

2.6.2 Tutorial 25

2.6.3 Permainan 25

2.6.4 Simulasi 25

2.6.5 Penemuan 26

2.6.6 Penyelesaian Masalah 26

2.7 Kelebihan PBK 26

2.8 Kelemahan PBK 27

2.9 Teori Pembelajaran 28

2.9.1 Teori Konstruktivisme 28

2.9.2 Kekuatan Teori

Konstruktivisme 30

2.9.3 Kelemahan Teori

Konstruktivisme 30

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

ix

2.9.4 Aplikasi Teori Dalam

Pembelajaran 30

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Model Pembangunan Perisian

Multimedia Pendidikan 31

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 32

3.2.1.1 Pengguna Sasaran

3.2.1.2 Pengetahuan Sedia Ada

Pengguna

3.2.1.3 Objektif Yang Ingin

Dicapai

3.2.1.4 Spesifikasi Perkakasan

3.2.1.5 Spesifikasi Perkakasan

Pembangunan

3.2.1.6 Spesifikasi Perkakasan

Mainbalik

3.2.1.7 Perisian Yang Digunakan

3.2.2 Fasa Rekabentuk 36

3.2.2.1 Carta Alir

3.2.2.2 Papan Cerita

3.2.3 Fasa Pembangunan Dan

Perkakasan 38

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

vii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 3.1 Model reka bentuk instruksi Hanaffin dan Peck 29

3.2 Carta Alir bagi Menu Utama Perisian 36

4.1 Paparan Permulaan Perisian 39

4.2 Paparan Pendaftaran 39

4.3 Paparan Alu-aluan 40

4.4 Paparan Menu Utama 41

4.5 Paparan Objektif 41

4.6 Paparan Aktiviti 1 42

4.7 Paparan Aktiviti 2 42

4.8 Paparan Arahan Permainan 43

4.9 Paparan Soalan Permainan 43

4.10 Paparan Bantuan Nota 43

4.11 Paparan Bantuan Video 44

4.12 Paparan Bantuan 50:50 44

4.13 Paparan Jawapan Betul 44

4.14 Paparan Jawapan Salah 44

4.15 Paparan Selepas Tamat Permainan 45

4.16 Paparan Glosari 45

4.17 Paparan Kredit 46

4.18 Paparan Keluar 47

4.19 Paparan Penghargaan 47

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

viii

SENARAI SINGKATAN

CAI - Computer Assisted Instruction

CAL - Computer Assisted Learning

CBE - Computer Based Education

CBI - Computer Based Instruction

CD - Compact Disc

CD-ROM - Compact Disc-Read Only Memory

IAC - Instructional Application of Computers

ICT - Information Communication Technology

IDE - Integrated Development Environment

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

RAM - Random Access Memory

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

x

4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Pakej Perisian 39

4.3 Perbincangan Persembahan Perisian 40

4.3.1 Antaramuka Montaj 40

4.3.2 Paparan Menu Utama 42

4.3.3 Paparan Objektif 43

4.3.4 Paparan Subtopik 41

4.3.5 Paparan Latihan 44

4.3.6 Paparan Glosari 45

4.3.7 Paparan Keluar 46

4.4 Pempakejan Dan Penyebaran 46

5 KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan 48

5.3 Kekangan Yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Perisian 50

5.3.1 Kekurangan Kepakaran 50

5.3.2 Kekurangan Masa 50

5.3.3 Kekurangan Kos 51

5.4 Kelebihan Dan Kekurangan Perisian 51

5.4.1 Kelebihan Perisian 51

5.4.2 Kelemahan Perisian 52

5.5 Cadangan 53

RUJUKAN 55

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

1

BAB I

PENGENALAN 1.1 Pengenalan Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak

mengisi agenda perancangan, dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia

Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-

luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang

peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di

rumah, dengan mereka yang kurang berada. Dengan ini pelbagai aplikasi multimedia

mula diserap dan diperkenalkan dalam sistem pendidikan.

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di

persekitaran kita. Antaranya yang jelas kelihatan ialah melalui program - program

disiarkan di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan

yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana

ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

2

media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan

persembahan lebih efektif kepada para penonton. Pada masa kini, penggunaan

multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah

mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya

dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus

kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan.

Multimedia merupakan gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang

dapat menghasilkan sesuatu aplikasi multimedia yang menakjubkan serta keupayaan

interaktif yang tinggi. Selain itu, multimedia digunakan sebagai perantara dalam

sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar kerana ianya

memberikan impak yang berkesan balam penyampaian maklumat. Komputer adalah

sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan

multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri

terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Jika

dibandingkan dengan gaya pengajaran sebelum ini, biasanya seseorang guru atau

pensyarah akan menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang

berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu,

pada hari ini sistem bermultimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-

maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada para pelajar atau penuntut-

penuntut mereka.

Terdapat fakta telah membuktikan bahawa manusia menggunakan 75 peratus

keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan

lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus

daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam

persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya

diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri.

Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap

proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen

membantu dalam ‘Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah’.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

3

Menurut Hazimah Hj. Samin (2003) pula, komputer digunakan sebagai Alat

Bantu Mengajar (ABM) supaya pelajar dapat memahami pelajaran dengan berkesan.

Model sains dapat diterangkan dengan baik oleh guru dengan bantuan komputer. Begitu

juga beberapa konsep dalam pembelajaran sains,guru boleh menggunakan kaedah

simulasi komputer sebagai mewakili perlakuan alat atau bahan sebenar. Dalam

pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau

guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai

pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua

peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI. Pengajaran berbantukan

komputer juga melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti

latih tubi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu

pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar

memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah (Burke, R. L. 1982).

Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah

merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan

hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami

perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai

matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan

dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi. Usaha perlu dibuat dan penglibatan

secara menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan

sesuatu mengikut acuan pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada

orang lain. Selagi kita bertaraf ‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-

apa. Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan.

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke

arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan

teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan

memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan

menggunakan teknologi terkini. Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian

Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

4

mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia

Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-

luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan

kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang

peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di

rumah, dengan mereka yang kurang berada. Dengan ini pelbagai aplikasi multimedia

mula diserap dan diperkenalkan dalam sistem pendidikan.

1.2 Latar belakang masalah

Dalam era globalisasi yang sedang melanda dunia kini, bidang

pendidikan tidak terkecuali merasai tempiasnya. Antara yang dapat dilihat ialah setiap

sekolah kini mula mengorak langkah dengan menukar gaya pengajaran dan

pembelajaran kepada yang lebih relevan dan bersesuaian dengan para pelajar.

Sehubungan dengan itu, menurut Rozinah Jamaludin (2003); berdasarkan kebaikan dan

kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, pengaplikasiannya

dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia SPM contohnya boleh digunakan sebagai

bahan bantu mengajar untuk menjadikan proses P&P lebih menarik minat pelajar dan

tidak terlalu stereotaip. Boleh dikatakan di setiap rumah para pelajar kini telah

mempunyai komputer. Dengan pendedahan awal ini,secara tidak langsung menjadikan

mereka tidak kekok atau janggal untuk menggunakan komputer dalam pembelajaran. Ini

secara tidak langsung memberikan impak dan kesan yang baik dalam bidang

pendidikan.

Apabila komputer mula diperkenalkan dalam bilik darjah pada awal 1980an, ada

segelintir guru kurang bersedia untuk menggunakannya dengan berkesan. Ada yang

menjarakkan diri dan enggan mencuba peluang yang ada. Menurut Wong, H. W. (1997),

beliau mendapati bahawa dalam banyak hal kerap diperhatikan masih ramai pendidik

yang mempunyai sikap ‘phobia’ atau takut komputer serta negatif untuk

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

5

menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ianya akan

melahirkan pelajar yang buta komputer dan seterusnya buta teknologi. Penggunaan teks

sahaja dalam penyampaian akan membataskan pemahaman pelajar terhadap suatu

maklumat. Selain itu, ia juga menyukarkan pelajar memahami sesuatu topik tertentu

terutamanya dalam subjek sains. Seperti yang kita ketahui, pengajaran subjek sains

biasanya melibatkan teori-teori yang abstrak dan kompleks. Ada sesetengah bab

misalnya bab asid dan bes yang melibatkan pergerakkan ion-ion. Untuk memberikan

gambaran pergerakan ion bagi menerangkan bagaimana asid mengion di dalam air

menghasilkan ion hidrogen secara verbal ataupun lukisan belum cukup untuk membantu

pelajar memahami konsep sifat asid yang ingin disampaikan.

Selain memerlukan daya imaginasi yang tinggi ia juga memerlukan daya

kemahiran guru untuk menerangkan sesuatu konsep. Misalnya guru B menerangkan

tentang pergerakkan ion-ion dalam interaksi antara asid dan bes dalam membentuk

garam, terdapat pelajar yang tidak tahu bagaimana ion-ion itu bergerak untuk

membentuk garam. Jadi ini secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar tidak

menguasai konsep- konsep yang seterusnya. Bab asid dan bes ini juga banyak

diaplikasikan dalam bab-bab yang lebih komplekspada peringkat yang lebih tinggi. Jadi

masalah yang lebih besar akan dihadapi untuk pengajaran yang akan datang.

Daripada kajian yang dibuat oleh Michael J. Sanger dan Thomas J.

Greenbowe (1997), kajian mereka mendapati ramai pelajar mempunyai masalah

salah konsep dalam tajuk asid dan bes. Menurut kajian tersebut, di antara

kekeliruan yang sering dihadapi oleh pelajar adalah :-

i. Pelajar tidak dapat menyatakan sifat kimia asid atau bes.

ii. Pelajar seringkali gagal meramalkan hasil garam yang terbentuk

secara spontan.

iii. Pelajar sering menganggap bes dan alkali adalah bahan yang sama.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

6

Oleh yang demikian, diharap dengan adanya pembangunan perisian untuk topik

asid dan bes ini dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep yang sebenar dan

segala kekusutan yang melanda sebelum ini dapat diminimumkan.

1.3 Penyataan masalah

Memetik ucapan daripada bekas PM yang lalu Tun Dr. Mahathir

Mohammed, matapelajaran Sains dianggap menarik di negara maju tetapi di Malaysia ia

lebih dianggap membosankan dan menakutkan. Ahli-ahli sains dan pendidk hendaklah

berusaha menjadikan ilmu sains senagai ilmu yang boleh disenangi oleh orang biasa dan

bukan untuk segelintir manusia sahaja. Di negara ini, Sains juga masih merupakan

perkara asing bagi sebahagian besar anggota masyarakat yang memandang disiplin itu

sebagai bidang yang susah, penuh misteri dan hanya untuk orang yang otak mereka

bergeliga sahaja. Portal Pendidikan Utusan (2001); dengan ini, kajian dilakukan

bertujuan untuk membangunkan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer untuk

kegunaan guru-guru tingkatan empat yang mengajar mata pelajaran Kimia bagi subtopik

asid dan bes selain dapat menjadi salah satu usaha untuk menjadikan ilmu sains

diminati.

Asid dan bes pada awalnya membincangkan tentang sifat-sifat kimi asid atau bes

bagi membezakan bahan tersebut berasid, alkali mahupun neutral. Bagi menentukan

sifat-sifat kimia bahan tersebut,air memainkan peranan pentingbagi penentuan sifat

tersebut. Penggunaan grafik yang interaktif adalah langkah yang lebih efisyen dalam

menerangkan peranan air bagi menentukan sifat asid dan bes. Maka dengan pembinaan

perisian bagi topik subtopik asid dan bes ini secara tidak langsung akan menunjukkan

keadaan sebenar bagaimana proses pergerakan ion-ion dalam menentukan sifat-sifat

kimia tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya proses salah

konsep dikalangan para pelajar. Dengan kemudahan komputer yang disediakan di

sekolah –sekolah, penggunaan PBK ini boleh diaplikasikan dengan melibatkan seorang

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

7

pelajar dengan sebuah komputer. Dalam keadaan ini guru akan bertindak sebagai

fasilitator dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang bagaimana melayari PBK

ini.

1.4 Objektif projek

Objektif pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini

ialah untuk :-

i. Membina perisian untuk subtopik asid dan bes dalam matapelajaran Kimia

Tingkatan 4 KBSM.

ii. Membantu pelajar membina konsep yang betul dan memahami peranan air

dalam menentukan sifat kimia asid atau bes dalam topik asid dan bes.

iii. Menyediakan perisian yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran untuk

para guru dan bahan rujukan untuk para pelajar.