universiti teknologi malaysia file1. tesis adalah hakmilik universiti teknologi malaysia. 2....
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pinc.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
BERDASARKAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL BAGI
TAJUK GRAVITI UNTUK SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NURSYAIDA SYARAFINA BINTI NGAH NORDIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
10473, JALAN MERBUK 9,
BANDAR PUTRA,
81000 KULAI JAYA, JOHOR.
Tarikh: 25 APRIL 2009 Tarikh: 25 APRIL 2009
TIDAK TERHAD
SULIT
TERHAD
Disahkan oleh √
PROF. MADYA MOHAMAD BIN BILAL ALI
Nama Penyelia
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan
pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ……………………………..
Nama Penyelia : Prof Madya Mohamad bin Bilal Ali
Tarikh : 25 APRIL 2009
PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
BERDASARKAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL BAGI
TAJUK GRAVITI UNTUK SUBJEK FIZIK TINGKATAN EMPAT
NURSYAIDA SYARAFINA BINTI NGAH NORDIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysi
APRIL 2009
ii
Saya akui karya “Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
Berdasarkan Pendekatan Kontekstual Bagi Tajuk Graviti Untuk
Subjek Fizik Tingkatan Empat” ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : Nursyaida Syarafina Binti Ngah Nordin
Tarikh : 25 APRIL 2009
iii
KepadaMu Ya Allah,
Sesungguhnya segala yang kulakukan adalah keranaMu.
Buat Mama,
Che Rokiah Bt Awang
Kasih sayang dan perhatian Mama sentiasa
memenuhi ruang hidup ini.
Buat Ayah,
Ngah Nordin B Md Noh
Semoga tenang di samping Ilahi.
Buat Along,
Ngah Norhaslan B Ngah Nordin
Terima kasih atas perlindungan dan sokongan
yang tiada berpenghujung.
Buat teman istimewa,
Mohd Rizal B Mohd Arsad
Doaku semoga ukhwah ini sentiasa dirahmatiNya
dan berpanjangan.
Kepada kawan-kawan seperjuangan,
Takkan kulupakan segala kenangan bersama kalian
yang sentiasa mewarnai kehidupanku…
iv
PENGHARGAAN
Dalam menghasilkan projek ini, terdapat beberapa pihak yang memainkan
peranan besar dalam membantu menjadikannya lebih baik dan lengkap. Pertama
sekali, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana telah
mengizinkan serta memberi kemampuan kepada pembangun untuk menghasilkan
projek ini. Ribuan terima kasih buat pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda I, En
Juhazren Bin Junaidi serta penyelia Projek Sarjana Muda II, Prof Madya Dr.
Mohamad Bin Bilal Ali atas kesudian meluangkan masa untuk menunjuk ajar
walaupun masa seharian sentiasa dipenuhi dengan pelbagai agenda dalam bekerja.
Penghargaan juga ditujukan kepada ibu, Che Rokiah Bt Awang yang
memberikan motivasi tanpa putus-putus serta abang, Ngah Norhaslan Bin Ngah
Nordin yang banyak menyumbang idea bagi menghasilkan perisian yang baik dan
menarik.
Tidak dilupakan kepada para penilai, guru fizik dan guru ICT di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim, Kulai Jaya yang sudi memberikan kerja
sama. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi buah fikiran
serta saling bantu membantu dalam menjayakan Projek Sarjana Muda.
v
ABSTRAK
Perkembangan pesat ICT telah memberikan lebih banyak alternatif kepada
guru-guru dalam menyampaikan pengajaran secara menarik dan efektif.
Sehubungan itu, satu projek telah dijalankan bagi menghasilkan perisian
pembelajaran berbantukan komputer bertajuk Gravity (Graviti) untuk pelajar
tingkatan empat dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran suasana
pembelajaran secara maya yang interaktif dan menyeronokkan berbanding cara
tradisional yang biasanya melibatkan buku dan pensil sahaja. Perisian ini
menawarkan pembelajaran secara kontekstual dan terdiri daripada tutorial,
permainan serta penilaian. Dalam penghasilannya, model ADDIE dijadikan dasar
bagi proses pembangunan. Perisian ini dibina dengan bahasa gubahan Macromedia
Authorware 7.0 dan perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop CS3, Adobe
Flash CS3 dan Adobe Premiere CS3. Produk dipakej dan disebarkan kapada
pengguna menggunakan CD-ROM. Beberapa orang guru yang berpengalaman telah
terlibat dalam proses penilaian, dan mereka telah memberikan respon yang
memuaskan berkenaan pendekatan dan persembahan yang disediakan dalam
perisian ini. Diharapkan agar perisian yang dibangunkan benar-benar mampu
membawa manfaat kepada pengguna dalam mempelajari tajuk Graviti.
vi
ABSTRACT
The rapid progress in ICT gives more alternatives to instructors in providing
an interesting and effective lesson for learners. Hence, a project was held to produce
a computer - aided learning courseware entitled Gravity for form four students in
order to give them a new interactive virtual learning environment instead of
traditional ways which usually involving books and pencils only. It provides
learning activities which presented by using contextual approach and consist of
tutorial, games and assessments. The development process was based on ADDIE
Model as its instructional design. This courseware was developed by using
Macromedia Authorware 7.0 authoring language and other supporting software such
as Adobe Photoshop CS3, Adobe Flash CS3 and Adobe Premiere CS3. The product
was packaged and distributed to users via CD-ROM. A few experienced teachers
were involved in the formative evaluation phase and they were pleased with the
approach and presentation provided by the courseware. Hopefully that it will bring
such many benefits to all users in learning Gravity.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB TAJUK
MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN
xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Projek 11
1.5 Rasional Projek 11
1.6 Kepentingan Projek 12
1.6.1 Pelajar 12
1.6.2 Guru 13
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 13
1.6.4 Masyarakat 13
1.7 Definisi Istilah 14
1.7.1 Multimedia 14
viii
1.7.2 Perisian Berbantukan Komputer 14
1.7.3 Pembelajaran 15
1.7.4 CD-ROM 15
1.8 Penutup
16
2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Perkembangan dan Relevan Penggunaan CD-
ROM Bagi Pembelajaran Fizik
18
2.3 Potensi Penggunaan CD-ROM Bagi
Pembelajaran Fizik
20
2.4 Perisian Pembelajaran Fizik Semasa 22
2.5 Pendekatan Pembelajaran Kontekstual 24
2.6 Motivasi 28
2.6.1 Jenis Motivasi 30
2.6.1.1 Motivasi Intrinsik 30
2.6.1.2 Motivasi Ekstrinsik 30
2.6.2 Kesan Motivasi Dalam Pembelajaran 31
2.6.3 Teori Peneguhan Skinner 32
2.7 Penutup
33
3 REKA BENTUK PEMBANGUNAN 34
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Model Reka Bentuk Perisian ADDIE 35
3.2.1 Fasa Pertama : Analisis 37
3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran 37
3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi
Pelajaran
38
3.2.1.3 Analisis Teori dan Pendekatan
Pembelajaran
38
3.2.1.4 Analisis Perkakasan Playback 39
3.2.2 Reka bentuk 39
ix
3.2.2.1 Reka Bentuk Informasi 40
3.2.2.2 Reka Bentuk Interaksi 44
3.2.2.3 Reka Bentuk Persembahan 44
3.2.3 Pembangunan 46
3.2.3.1 Persediaan Perkakasan 46
3.2.3.2 Persediaan perisian 47
3.2.4 Pelaksanaan 48
3.2.5 Penilaian 49
3.3 Penutup
49
4 HASIL PEMBANGUNAN 50
4.1 Pendahuluan 50
4.2 Ciri-ciri perisian 50
4.3 Struktur asas perisian 51
4.3.1 Penyimpanan Maklumat Pengguna 52
4.3.2 Memulakan Pembelajaran 54
4.3.3 Slot Pembelajaran (Gravity Map) 55
4.3.4 Slot Kuiz (Quiz) 60
4.3.5 Slot Glosari (Glossary) 66
4.3.6 Slot Panduan Pengguna (Help) 67
4.4 Pendekatan Pembelajaran Kontekstual 68
4.5 Elemen Motivasi 70
4.6 Pempakejan Dan Penyebaran 71
4.7 Penilaian Perisian 72
4.8 Penutup
73
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
RUMUSAN
74
5.1 Pendahuluan 74
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Kekangan 75
5.2.2 Kekuatan Perisian 76
x
5.2.3 Kelemahan Perisian 77
5.3 Cadangan 78
5.4 Rumusan Projek 79
5.5 Penutup
79
RUJUKAN
80
LAMPIRAN 89
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bilangan soalan dari Bab 2 fizik tingkatan 4
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
8
3.1 Tugasan bagi setiap fasa ADDIE
36
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peneguhan oleh Skinner 32
3.1 Model ADDIE ( Jamalludin & Zaidatun, 2001) 36
3.2 Carta alir utama perisian 41
3.3 Carta alir sambungan dari cabang “B” pada carta alir utama
42
3.4 Carta alir sambungan dari cabang “N” pada carta alir utama
42
3.5 Carta alir sambungan dari cabang “I” pada carta alir utama
43
3.6 Carta alir sambungan dari cabang “J” pada carta alir utama
43
4.1 Paparan memasukkan nama oleh pengguna 53
4.2 Paparan pilihan untuk pengguna baru 53
4.3 Paparan memasukkan nama bagi pengguna lama 54
4.4 Paparan menu utama 55
4.5 Penggunaan content mapping 56
4.6 Persembahan video dalam pembelajaran 57
4.7 Bantuan grafik dalam pembelajaran 58
4.8 Pop-up apabila sesuatu objek diklik 59
4.9 Contoh soalan di akhir pembelajaran 60
4.10 Permainan padanan 61
xiii
4.11 Teka silang kata 62
4.12 Keputusan teka silang kata 63
4.13 Paparan markah yang terdahulu 64
4.14 Paparan latihan 64
4.15 Paparan keputusan 65
4.16 Paparan Glossary 66
4.17 Paparan Help 67
4.18 Contoh pembelajaran kontekstual (1) 68
4.19 Contoh pembelajaran kontekstual (2) 69
xiv
SENARAI SINGKATAN
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
CD-ROM Compact Dics-Read Only Memory
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
P&P Pengajaran dan pembelajaran
R&D Research and development
ICT Information And Communication Technology
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
CS Creative Suite
UNESCO United Nations Educational Scientific And Cultural
Organization
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Gelombang teknologi yang semakin rakus melanda dunia memberikan
impak yang besar dalam segenap aspek kehidupan. Di masa ini, era globalisasi
bertunjangkan sains dan teknologi menjadikan kualiti pendidikan sebagai satu
keutamaan agar setiap warganegara dibekalkan dengan ilmu dan nilai murni untuk
budaya kerja yang lebih produktif (Mohd Hazli, 2007). Pendidikan di Malaysia
juga tidak mahu ketinggalan dari zaman dunia tanpa sempadan ini. Hal ini jelas
dapat dilihat dari usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran khususnya dalam
memantapkan lagi literasi dan aplikasi teknologi sama ada dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas mahupun semasa pembelajaran kendiri oleh
pelajar di rumah.
Kesungguhan kerajaan terbukti dengan terbitnya Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) pada 16 Januari 2007 yang bertujuan untuk menjayakan agenda
pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan yang terdiri dari eman teras
utama. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia
menyatakan bahawa pelaksanaan PIPP meliputi teras yang mampu merapatkan
jurang pendidikan melalui Program Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar,
yang dapat melonjakkan kecemarlangan institusi pendidikan melalui Kluster
Sekolah Cemerlang dan memperkakaskan sekolah kebangsaan dengan membari
fokus pada Sekolah Bestari. Sekolah Bestari diwujudkan bertujuan untuk memberi
2
peluang kepada pelajar mendapat kemahiran yang tinggi dalam matematik, sains
dan teknologi pendidikan (Noor Azizah, 2008).
Kini, kelengkapan teknologi tidak terhad kepada sekolah bestari sahaja,
tetapi juga disediakan di sekolah asrama dan sekolah harian biasa. Menurut Roslina
(2007), “Pendidik merupakan salah satu dari jentera yang bertanggungjawab untuk
merealisasikan pendidikan berkonsepkan kecanggihan teknologi. Oleh yang
demikian, para pendidik perlu terlibat secara aktif untuk menggunakan teknologi
komputer dalam pendidikan.”
Namun begitu, sungguhpun teknologi digunakan dalam pengajaran, tetapi
ianya masih lagi tidak dijadikan sebagai sumber ilmu pengetahuan (Esah, 2003). Ini
kerana proses pendidikan di sekolah masih lagi mengekalkan budaya pengajaran
dan pembelajaran yang berorientasikan guru. Perlu diingat bahawa peranan guru
adalah lebih kepada fasilitator atau pemudah cara bagi pelajar untuk meneroka ilmu
pengetahuan menggunakan teknologi yang disediakan, dan bukan sebagai pengajar
atau penyampai ilmu yang terkandung di dalam sukatan pelajaran.
Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi apabila pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara kita. PBK
sebenarnya merupakan pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (Baharuddin et al., 2002). Kewujudan PBK adalah
sebagai satu alternatif yang dapat mempelbagaikan lagi stategi untuk menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu sesi yang menarik dan
menyeronokkan. Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa para guru
merupakan agen pemangkin utama untuk mengimplimentasi PBK di dalam kelas.
Jadi, persediaan dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan
perkakasan teknologi terutamanya komputer amatlah penting bagi seorang pendidik
di era siber ini.
3
Kini, pendekatan pengajaran secara tradisi yang berasaskan chalk and talk
yang berorientasikan guru sudah kurang mampu menarik minat atau meransang
proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua pancaindera terutama sekali
dalam pembelajaran mata pelajaran Fizik. Pelajar lebih tertarik untuk meneroka
ilmu pengetahuan dengan menggunakan persembahan multimedia yang cantik,
interaktif serta beranimasi. Pengajaran secara tradisional sukar dijalankan bagi
mata pelajaran yang mempunyai konsep-konsep yang abstrak.
Kajian telah dilakukan oleh Crow (1980) terhadap 48 orang pelajar yang
menggunakan kaedah tradisional. Secara keseluruhannya, keputusan kajian
menunjukkan PBK (Pembelajaran Berbantukan Komputer) dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dapat memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran
berbanding dengan kaedah pembelajaran tradisional. Pun begitu, masih ada guru
yang masih memilih untuk mengekalkan keadah pembelajaran tradisional. Salah
satu sebabnya ialah guru merasakan perisian yang dihasikan tidak menerapkan
prinsip-prinsip pedagogi yang sepatutnya. Menurut Baharuddin et al., (2002),
walaupun persembahan bahan pembelajaran canggih dan cantik, namun tanpa
berasaskan prinsip pedagogi, bahan pembelajaran tersebut tidak mempunyai nilai
yang tinggi. Jadi, guru fizik yang berkemahiran dalam bidang komputer merupakan
orang yang paling tepat untuk membagunkan perisian multimedia bagi sujek ini,
berikutan kemampuan mereka untuk meggarapkan unsur pedagogi yang bersesuaian
dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembelajaran bermaksud perubahan kekal dalam perkaitan minda atau
proses kognitif seseorang (Omrod, 2004). Menurut Newby et.al, (2000)
pembelajaran mengubah tahap kebolehan dan ilmu pengetahuan secara kekal.
Biasanya, pembelajaran diukur dari segi amaun perubahan yang berlaku dari segi
pengetahuan, prestasi dan tingkah laku. Jika diteliti kedua-dua tanggapan ini,
bolehlah dikatakan pembelajaran merupakan satu anjakan atau kemajuan dalam
4
mentaliti individu yang dapat diperhatikan dari segi tingkah laku serta pencapaian
mereka. Pembelajaran boleh berlaku dengan cara yang pelbagai seperti
pengalaman, perbincangan, pembacaan dan penyelidikan.
Seiring kemajuan teknologi maklumat, kini pembelajaran dipelbagaikan lagi
dengan wujudnya perisian-perisian multimedia yang berasaskan komputer. Hal ini
telah dihuraikan juga oleh Ismail (2003) yang menyatakan bahawa perkembangan
teknologi dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan menggunakan
komputer sama ada melalui pakej pembelajaran yang terdapat dalam cakera padat
ingatan baca sahaja atau lebih dikenali sebagai CD-ROM, atau melayari internet
untuk mendapat bahan daripada laman web tertentu.
Dalam konteks fizik, pembelajaran sering dianggap sebagai sesuatu yang
sukar dan menakutkan. Mata pelajaran ini sentiasa dianggap sebagai killer subject
yang memerlukan pelajar berfikir secara kreatif, memahami konsep proses yang
terjadi secara abstrak di samping mempunyai minat yang mendalam untuk
mempelajari bidang ini. Perkara ini disokong oleh Zurida, Mohd Ali dan Ahmad
Nurulazam (2005) yang nenyatakan bahawa fizik secara tradisionalnya disampaikan
sebagai hukum dan formula yang abstrak. Walau bagaimanapun, didapati ramai
pelajar yang kurang berminat dalam mata pelajaran ini berbanding mata pelajaran
elektif sains yang lain. Mereka beranggapan bahawa mata pelajaran fizik
merupakan satu mata pelajaran yang sukar difahami dan dipelajari. Contoh terdekat
yang menggambarkan bahawa subjek Fizik sebagai abstrak adalah graviti. Graviti
tidak dapat dilihat. Pelajar cuma dapat melihat kesan dari graviti sahaja. Dakwaan
ini diperkukuhkan lagi dengan memetik kata-kata Khadijah (2000) yang
menggambarkan bahawa subjek Fizik selalu dianggap abstrak, susah dan
membosankan. Hal ini disebabkan kesukaran para pelajar untuk mempelajari
sesuatu yang bagi mereka tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian seorang
pelajar. Pelajar lebih berminat untuk meneroka serta memahami pelajaran yang
berkait rapat dengan diri dan kehidupan mereka seperti Matematik, Sains Am dan
Biologi.
Abdul Rahman dan Zakaria (1994) menjelaskan bahawa apabila pelajar
tidak dapat memahami idea yang abstrak, maka hasilnya ialah pembelajaran secara
5
menghafal dan kebolehan mengulang tanpa memahami apa yang dipelajari.
Pembelajaran secara menghafal hanyalah bermatlamat supaya mereka dapat
menjawab soalan-soalan fizik dalam ujian dan peperiksaan,untuk mendapat markah
yang baik atau mengelakkan mereka dari gagal. Akibatnya, terlaksanalah
kurikulum yang hanya berorientasikan peperiksaan bagi mata pelajaran fizik.
Namun, pembelajaran tanpa pemahaman adalah terhad, dan terdapat
sebahagian besar pelajar yang gagal menjawab soalan yang dikaitkan dengan
pelbagai perkara dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini merupakan
sebahagian dari kelemahan yang dapat dikesan oleh Panitia Sains Sekolah
Menengah Kebangsaan Berangan di Tumpat, Kelantan berdasarkan post-moterm
mereka terhadap keputusan peperiksaan fizik Sijil Pelajaran Malaysia 2006 di
sekolah mereka yang telah dibuat pada 2007 dan disiarkan di laman web sekolah.
Empat kelemahan yang telah disenaraikan adalah;
i. Kebanyakan soalan berbentuk aplikasi dalam fizik kertas 2, dan hanya
pelajar yang memahami konsep fizik yang betul dapat menjawab dengan
baik.
ii. Pelajar juga gagal menjawab dengan baik bagi soalan esei yang
manghubungkaitkan konsep fizik dengan keadaan sekeliling. Akibatnya
konsep yang diutarakan oleh pelajar jauh menyimpang dari apa yang
dikehendaki oleh kehendak soalan.
iii. Terlalu banyak peperiksaan memberi tekanan emosi yang tinggi,
menyebabkan motivasi pelajar turun menjelang peperiksaan yang sebenar.
iv. Penyelesaian soalan aras rendah didapati masih tidak dapat dikuasai dengan
baik, terutama pelajar dari tingkatan 5SN2.
Jika diperhatikan, dua yang teratas dari empat kelemahan tersebut
menekankan tentang masalah penguasaan konsep-konsep asas fizik, antaranya
graviti. Perkara ketiga pula menggambarkan bahawa kurikulum berorientasikan
peperiksaan telah menyebabkan pelajar menganggap peperiksaan sebagai satu
tekanan, dan bukan sebagai satu medium untuk mereka menguji tahap kefahaman
mereka dalam subjek Fizik. Hal ini juga dipersetujui oleh Rosita (1990) yang
menyataka, “Kelemahan pelajar dalam subjek Fizik bukan lagi masalah baru dalam
6
dunia pendidikan. Salah satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam subjek
ini ialah kurangnya pemahaman konsep fizik”.
Kenyataan ini disokong oleh Abraham et al., (1992) yang menyatakan
bahawa dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar sukar untuk menyelesaikan
masalah sains kerana tidak faham konsep-konsep asas sains. Kenyataan yang sama
juga ada disebut oleh Niaz dan Robinson (1993). Perkara-perkara seperti inilah yang
menyebabkan subjek Fizik dikenali sebagai antara subjek-subjek kritikal di
kebanyakan sekolah di negara kita. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan kata-
kata Khalijah (1987) iaitu pengajaran subjek Fizik seperti topik Graviti yang
dianggap terlampau abstrak dan bersifat akademik semata-mata merupakan antara
faktor mempengaruhi tahap prestasi pelajar yang rendah dalam mata pelajaran
Fizik. Bukan setakat itu sahaja, malah guru-guru mata pelajaran Fizik juga jarang
tersenarai dalam guru-guru yang diminati pelajar, disebabkan oleh subjek itu sendiri
yang dianggap menyakitkan kepala oleh sebahagian besar pelajar, bersesuaian
dengan kata-kata Griffiths (1992) iaitu kebanyakan pelajar tidak berminat untuk
mempelajari mata pelajaran yang melibatkan tahap pemikiran yang tinggi.
Selain itu, sifat konsep fizik yang abstrak dan dianggap tidak realistik oleh
pelajar menyebabkan mereka cuba juga mengaitkan konsep-konsep tersebut dengan
pengalaman-pengalaman mereka dalam usaha memahaminya dan secara tidak
mereka sedari, perkara ini berisiko untuk mengakibatkan salah konsep atau
miskonsepsi. Hal ini juga diterangkan oleh Lilia, Subahan dan Zolkepeli (2002)
yang berkata bahawa kejadian yang dialami oleh pelajar menyebabkan para pelajar
membentuk idea-idea mereka sendiri yang tidak selaras dengan konsep fizik yang
sebenar. Masalah berkenaan pemahaman konsep fizik yang asas seperti graviti
bakal mengundang lebih banyak masalah dalam pembelajaran fizik yang seterusnya.
Menurut Bloom yang dipetik daripada Subahan (1999), pembelajaran yang
tidak sempurna di peringkat awal akan menyebabkan pembelajaran yang tidak
sempurna di peringkat susulan. Kenyataan ini juga mirip kepada kata-kata
Beaumont dan Fox (2003) iaitu jika seseorang pelajar gagal untuk menguasai
konsep yang tertentu, pelajar tersebut akan menghadapi masalah untuk mengikuti
pembelajaran seterusnya. Dari sini, sangat jelas dapat dilihat bahawa pemahaman
7
yang mantap dalam konsep-konsep asas fizik amat penting bagi memastikan
keberkesanan pembelajaran yang seterusnya.
8
Berikut adalah bilangan soalan yang dikeluarkan dari Bab 2 Fizik tingkatan
4 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Jadual 1.1 Bilangan soalan dari Bab 2 Fizik tingkatan 4 dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia.
Tahun Bilangan soalan
2003
Kertas 1 7
Kertas 2 3
Kertas 3 1
2004
Kertas 1 7
Kertas 2 3
Kertas 3 0
2005
Kertas 1 8
Kertas 2 1
Kertas 3 1
2006
Kertas 1 7
Kertas 2 2/1
Kertas 3 1
2007
Kertas 1 9
Kertas 2 2
Kertas 3 1
Bab 1 dalam sukatan pelajaran fizik tingkatan empat adalah berkaitan
dengan pengenalan kepada fizik seperti cabang-cabang fizik, penggunaan radas dan
unit pengukuran. Konsep-konsep fizik belum lagi dipelajari dalam Bab 1. Jadi,
pemulaan kepada pembelajaran mengenai konsep-konsep fizik bermula pada Bab 2.
Analisis juga telah dijalankan ke atas kertas soalan peperiksaan SPM 2007
bagi subjek Fizik. Didapati bagi kertas 1, 3 daripada 9 soalan yang ditanya adalah
berkaitan graviti. Bagi kertas 2 dan kertas 3, masing-masing mempunyai 2 dan 1
soalan yang menyelitkan elemen graviti di dalamnya. Daripada 5 subtopik yang
9
terkandung di dalam bab 2, graviti merupakan antara subtopik yang mempunyai
bilangan soalan SPM yang majoriti.
Daripada analisis ini, ketara sekali bahawa penilaian dalam mata pelajaran
Fizik amat memberi penekanan terhadap pemahaman konsep-konsep asas fizik
seperti graviti. Namun malangnya, ada juga guru yang berpendapat bahawa
konsep-konsep asas fizik tidaklah perlu diberi penekanan yang lebih, kerana ia
cuma melibatkan formula-formula yang mudah dan enteng, berbanding dengan
konsep fizik di peringkat yang lebih tinggi. Tanggapan ini adalah jauh menyimpang
dari perkara yang sepatutnya.
Di samping itu, miskonsepsi juga bakal menjadikan minat pelajar terhadap
mata pelajaran Fizik menjadi berkurang. Apabila konsep yang salah diaplikasikan
ke dalam soalan-soalan latihan yang diberikan guru, sudah tentu jawapan yang
mereka berikan adalah salah, dan ini memberikan satu motivasi negatif kepada
mereka terhadap fizik. Hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Seperti kata
Mohd Ikram (2007), sifat kurang minat terhadap mata pelajaran fizik serta mind
setting pelajar yang menyatakan fizik itu sukar perlu diubah.
Jadi, seiring dengan revolusi teknologi, amatlah perlu bagi kita sebagai
pendidik untuk memanfaatkan kemahiran komputer yang dimiliki untuk
mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan. Tambahan pula, pembudayaan
komputer dalam pendidikan pada masa kini bukanlah seperti pada tahun 70-an dan
80-an dahulu yang mana masyarakat beranggapan bahawa sebuah komputer mampu
membawa keajaiban di dalam bilik darjah adalah suatu perkara yang tidak berasas.
Walaubagaimanapun, matlamat sebenar pendidikan fizik di negara kita kini
masih belum tercapai. Hasrat Kementerian Pelajaran untuk mengintergrasikan
media digital dalam pembelajaran fizik menerusi Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan belum berjaya direalisasikan sepenuhnya. Hal ini berikutan kekangan
yang dihadapi dari kelemahan perisian yang dihasilkan serta usaha penambah
baikan perisian yang agak kurang.
10
Walaupun masih dalam proses melangkapkan kemudahan komputer di
sekolah, namun ia bukanlah satu alasan kepada isu ini, kerana sudah terdapat
makmal-makmal komputer serta kelangkapan komputer dan liquid crystal display di
kebanyakan makmal fizik. Daripada tinjauan Ho (2006), terdapat bilangan perisian
yang sedikit sahaja di pasaran dan sukar untuk memperoleh perisian multimedia
tempatan khasnya yang berunsurkan pendidikan dalam versi Bahasa Inggeris bagi
subjek Fizik. Kini, setelah hampir 2 tahun tinjauan yang dijalankan oleh Ho berlalu,
kita sendiri dapat melihat sejauh mana perkembangan atau kemajuan CD-ROM
fizik di negara kita. CD-ROM pembelajaran fizik yang dikeluarkan oleh syarikat-
syarikat persendirian sangat jarang kelihatan di pasaran, dan CD-ROM Kementerian
Pelajaran yang ada di sekolah pula telah beberapa tahun tidak diperbaharui. Hal ini
berlarutan walaupun telah banyak rungutan dari guru-guru fizik yang kedengaran
mengenai kelemahan CD-ROM pengajaran dan pembelajaran fizik.
Jadi, tidak ada gunanya jika dilatih guru-guru fizik untuk memahirkan
mereka dalam penggunaan komputer, sekiranya mereka tidak dapat
memanfaatkannya di dalam kelas. Pelajar sendiri tidak dapat menggunakan
kemahiran komputer yang mereka pelajari untuk pembelajaran kendiri, berikutan
ketiadaan pilihan CD-ROM pembelajaran di pasaran.
1.3 Pernyataan Masalah.
Masalah-masalah dalam pemahaman serta pencapaian dalam mata pelajaran
Fizik yang berlaku akibat kegoyahan pemahaman pelajar tentang konsep-konsep
asas fizik seperti graviti tidak boleh dipandang remeh. Sungguhpun pihak
kementerian serta syarikat-syarikat swasta telah mengeluarkan perisian-perisian
pembelajaran, namun masih terdapat kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki.
Cara persembahannya yang kurang bersesuaian mengakibatkan risiko kewujudan
suasana pembelajaran yang terlalu serius dan stress bagi pelajar. Elemen motivasi
yang sangat kurang menyumbang ke arah kebosanan dan stress yang lebih ketara.
Hal ini mendorong pengkaji untuk membangunkan satu perisian pembelajaran
multimedia berasaskan CD-ROM yang bertajuk Graviti.