universiti teknologi malaysia...2. perpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan membuat...

30
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHANSTATUS TESIST JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK SESIPENGAJIAN: 2007/2008 Saya: NOOR LIY (HURUFBESAR) Mengaku membenarkan tesis(PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malays ia dengan syarat-syarat berikut: l. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan UniversitiTeknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuktujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 4. ** SilaTandakan ( { ) SULIT (Mengandungi maklumatyang berdadah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIARASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumatTERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERIIAI) Disahkan Oleh: 7 (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATAAIGAN PENYELIA) D B AlamatTetap: 34, JLN SUASANA 5/3A, BDR TUN HUSSEIN ONN. 43200 CHERAS, SELANGOR Tarikh:2 MEI2008 PROF' MADYA DR. SHAHAROM NOORDIN Nama Penyelia rarikh: w4Pl24C2ttF PSZ 19:16 (Pind. l/97) CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT danTERHAD ' Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagiIjazah Doktor Falsafah danSarjana secara penyelidikan atau disetasi bagipengajian secara kerjakursus danpenyelidikan atau Laporan ProjekSarjana Muda(PSM)

Upload: others

Post on 15-Apr-2021

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISTJUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK

EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAMKALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya: NOOR LIY(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSlWSarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malays ia dengan syarat-syarat berikut:

l. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi4. ** Sila Tandakan ( { )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdadah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERIIAI)Disahkan Oleh:

7(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATAAIGAN PENYELIA)

D

B

Alamat Tetap:

34, JLN SUASANA 5/3A,BDR TUN HUSSEIN ONN.43200 CHERAS,SELANGOR

Tarikh:2 MEI2008

PROF' MADYA DR. SHAHAROMNOORDIN

Nama Penyelia

rarikh: w4Pl24C2ttF

PSZ 19:16 (Pind. l/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

' Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan atau disetasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atauLaporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK

EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN

PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK

NOOR LIYANA BINTI SHAMSUDIN

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,

karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)"

Tandatangan

Nama Penyelia

Tarikh

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

111

PENGAKUANI

tr$aya e*ni bah*yrr knrya ini adahh hasil kerJ* sryr sendlri ks+uali n[kilan

dan ringkascn y*ng tiap satunya ielah rrya

ielaekeu oumbernylo

Tnndrtengnn

Nrma penulic

?arikh

Noor Liyan* Binti $hamgudin

Mei 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

iv

DEDIKASI

Ditujukan khas buat papa dan mama yang banyak memberikan dorongan untuk terus

tabah dalam mengharungi cabaran hidup.

Jasa dan kasih sayangmu tidak dapat diganti dengan harta dunia, hanya ALLAH

S.W.T sahaja yang dapat membalasnya.

Segala pengorbanan yang dicurahkan untuk kejayaan anakmu ini akan kukenang dan

kubalas…

Sehingga akhir hayatku..

Buat adik-adikku,

Teruskan perjuangan dan semoga kejayaanku ini akan menjadi semangat buatmu

untuk terus cemerlang di masa hadapan…

Buat Faizal Rizdha Ibrahim,

terima kasih di atas keperihatinan dan nasihat daripadamu…

Dan untuk rakan-rakanku,

Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat

sepanjang persahabatan kita.

Akan ku kenang kenangan kita bersama.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

v

PENGHARGAAN

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia, petunjuk serta

keizinanNya, kajian ini dapat disempurnakan mengikut jadual.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Hj.Shaharom Bin Noordin selaku penyelia projek di atas segala bimbingan,

tunjuk ajar, dan teguran yang membina sehingga projek ini sempurna disiapkan.

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Penilai Projek Sarjana Muda

iaitu Profesor Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali dan Tuan Haji Meor Ibrahim Bin

Kamarudin di atas kerjasama dan komen yang diberikan sepanjang tempoh

penyelidikan ini.

Seterusnya, pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik (3SPF dan 3SPP)

yang sudi memberi kerjasama bagi kajian ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan

seperjuangan 4SPF yang setia saling membantu dalam proses menyiapkan projek ini.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

vi

ABSTRAK Tahap kefahaman di dalam Kemahiran Proses Sains dalam kalangan bakal

guru fizik mendapat perhatian penyelidik. Penyelidik menumpukan kajian ini

kepada dua kemahiran iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran

mengeksperimen. Pembolehubah manipulasi bagi kajian ini ialah jantina dan

program pengajian yang terdiri daripada pelajar Tahun Tiga Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik). Manakala pembolehubah bersandar pula ialah tahap kefahaman subjek

kajian dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen.

Seramai 36 orang pelajar tahun tiga Program Pendidikan Fizik terlibat sebagai subjek

kajian iaitu 13 orang lelaki dan 23 orang perempuan. Ujian Pencapaian Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen merupakan alat kajian

bagi kajian ini. Kebolehpercayaan bagi alat kajian ini diuji menggunakan alpha

cronbach (α) = .82. Analisis data bagi kajian ini menggunakan statistik deskriptif

iaitu dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum. Dapatan kajian

menunjukkan tahap kefahaman subjek kajian di dalam kedua-dua kemahiran adalah

baik. Tiada perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian di dalam

kedua-dua kemahiran. Dapatan kajian juga mendapati tiada perbezaan tahap

kefahaman merentas jantina di dalam kedua-dua kemahiran. Secara keseluruhan,

tahap kefahaman pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik, Universiti,

Teknologi Malaysia Skudai dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

kemahiran mengeksperimen adalah baik. Usaha perlu ditingkatkan bagi menjamin

kecemerlangan bakal guru di dalam Kemahiran Proses Sains.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

vii

ABSTRACT

The level of understanding in Science Process Skills among pre-service

teacher has created interest of the researcher. This study focused on two skills which

are designing experiment skill and experimenting skill. Manipulated variables in this

study are gender and program of study which are third year students from Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) and Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Fizik). While the dependent variables are the level of understanding of

designing experimenting skill and experimenting skill. The respondents for this

study are 36 third year students which comprised of 13 male and 23 female. The

instrument used in this study is Ujian Pencapaian Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen. The reliability of this instrument was

tested with the alpha cronbach (α) = .82. The descriptive statistics in the form of

mean, standard deviation, maximum and minimum was used in the data analysis.

The result of this study found that the level of understanding for designing

experiment skill and experimenting skill among third year Physics Education

Program was good. There is no difference between the level of understanding in

these two skills with regard to program of study. The result also showed that there is

no difference in the level of understanding in these two skills with regard to gender.

Overall, the result of this study showed that the level of understanding for designing

experiment skill and experimenting skill among third year Physics education students

at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai was good. Action should be taken in

ensuring the pre-service teachers are excellence in Science Process Skills.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

ix

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.2.1 Masalah dalam penguasaan KPS dalam 6

Kalangan guru dan bakal guru

1.2.2 Guru Fizik Kurang Melibatkan Pelajar 7

Di Dalam Aktiviti Amali

1.2.3 Persepsi ibu bapa serta sikap pelajar 9

terhadap penekanan KPS

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Rangka Kerja Konsep 13

1.7 Kepentingan Kajian 15

1.7.1 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) 15

1.7.2 Fakuti Pendidikan UTM Skudai 15

1.7.3 Pensyarah 16

1.7.4 Bakal Guru serta Guru Sekolah 16

1.8 Skop Kajian 17

1.9 Andaian Kajian 18

1.10 Batasan Kajian 19

1.11 Takrifan 19

1.11.1 Tahap Kefahaman 20

1.11.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 20

1.11.3 Kemahiran Mengeksperimen 22

1.11.4 Program Pengajian 23

1.12 Rumusan 24

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

x

2 SOROTAN PENULISAN 25

2.1 Pendahuluan 25

2.2 Teori-teori Tentang KPS 26

2.2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 30

2.2.2 Kemahiran Mengeksperimen 34

2.3 Kajian Dalam Negara Tentang 38

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen

Dan Kemahiran Mengeksperimen

2.3.1 Kajian Dalam Negara Tentang 38

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen

Dan Kemahiran Mengeksperimen

Di Peringkat Maktab Dan

Institut Pengajian Tinggi

2.3.2 Kajian Dalam Negara Mengenai 43

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen

Dan Kemahiran Mengeksperimen

Di Peringkat Sekolah Menengah

2.4 Kajian Luar Negara Tentang Kemahiran 44

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen

2.4.1 Kajian Luar Negara Tentang Kemahiran 45

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen Di Institut Pengajian Tinggi

2.4.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 49

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen Di Peringkat Sekolah Menengah

2.5 Rumusan 51

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xi

3 PENGKAEDAHAN 52

3.1 Pendahuluan 52

3.2 Reka Bentuk Kajian 52

3.3 Subjek Kajian 53

3.4 Alat Kajian 54

3.5 Tatacara Kajian 57

3.5.1 Kajian Rintis 57

3.5.2 Kajian Sebenar 57

3.6 Analisis Data 58

3.7 Rumusan 61

4 DAPATAN KAJIAN 62

4.1 Pendahuluan 62

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 63

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Secara Keseluruhan

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 65

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Program Pengajian

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk 67

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina

4.5 Rumusan 69

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xii

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN 70

DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Ringkasan 70

5.3 Kesimpulan 72

5.4 Perbincangan 73

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 73

BentukEksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 76

BentukEksperimen Dan Kemahiran

MengeksperimenMerentas Program

Pengajian

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka 79

BentukEksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen Merentas Jantina

5.5 Implikasi 81

5.5.1 Bakal Guru 82

5.5.2 Pensyarah 83

5.5.3 Pembantu Makmal 84

5.5.4 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi 85

Malaysia

5.5.5 Universiti Teknologi Malaysia 85

5.6 Cadangan 86

5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 89

5.8 Rumusan 91

RUJUKAN 92

LAMPIRAN 98

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisis Keputusan Peperiksaan 5 Fizik SPM

1.2 Skala Tahap Kefahaman Pelajar 20

2.1 Penerangan Mengenai KPS 27 2.2 Konstruk dan Petunjuk Prestasi,(JKPP) 31 3.1 Jadual Taburan Subjek Kajian Mengikut 53

Jantina Dan Program Pengajian

3.2 Skala Tahap Kefahaman KPS Pelajar 58 Secara Keseluruhan

3.3 Skala Tahap Kefahaman Pelajar Bagi Setiap KPS 58

4.1 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 63

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen

4.2 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 65

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen Merentas Program Pengajian

4.3 Analisis Statistik Tahap Kefahaman Kemahiran 67

Mereka Bentuk Eksperimen Dan Kemahiran

Mengeksperimen Merentas Jantina

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 13

1.2 Subskala Kemahiran Mereka Bentuk 21

Eksperimen Bagi Konteks Kajian

1.3 Subskala Kemahiran Mengeksperimen 23

Bagi Konteks Kajian

3.1 Subskala Kemahiran Mereka Bentuk 55

Eksperimen

3.2 Subskala Kemahiran Mengeksperimen 56

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xv

SENARAI SINGKATAN

et al. - And Others

JKPP - Jadual Konnstruk dan Petunjuk Prestasi

KM - Kemahiran Manipulatif

KPS - Kemahiran Proses Sains

KS - Kemahiran Saintifik

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SPF - Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Program Sarjana Muda Sains Dan Komputer (Fizik)

SPSS - Statistical Package for the Social Science

UPKMBEM - Ujian Penilaian Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xvi

SENARAI SIMBOL

X - Min

∑ - Jumlah

Xi - Markat

N - Bilangan Subjek

f - Bilangan Kekerapan

M - Markat Min

SL - Sisihan Lazim

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Item Ujian Pencapaian Kemahiran 98

Mereka Bentuk Eksperimen Dan

Kemahiran Mengeksperimen

( UPKMBEM)

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam proses menuju ke arah era negara maju, Malaysia memerlukan

masyarakat yang berilmu pengetahuan dan serba boleh terutamanya dalam bidang

sains dan teknologi. Untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, maka

ibu bapa dan guru merupakan ejen yang terpenting untuk mendidik anak-anak serta

pelajar. “Ini selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu

ingin melahirkan rakyat Malaysia yang mampu merealisasikan matlamat negara yang

ingin mencapai kemajuan menjelang tahun 2020 (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2002).”

“Untuk merealisasikan hasrat negara, Malaysia perlu melahirkan generasi-

generasi yang celik Sains. Untuk mencapai hasrat ini, maka pelajar sekolah di

Malaysia perlu menguasai Sains dengan baik. Berikutan keperluan negara ini, maka

kurikulum Fizik telah digubal berlandaskan ilmu-ilmu sains agar mutu pendidikan

negara dapat ditingkatkan. Antara yang ditekankan di dalam kurikulum ini ialah

penguasaan pelajar di dalam kemahiran saintifik (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2002).”

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

2

Berdasarkan perenggan di atas, ini menunjukkan bahawa pendidikan di

Malaysia amat mengambil berat tentang pentingnya ilmu Fizik untuk dikuasai oleh

pelajar sekolah di Malaysia. Dengan ilmu Fizik, Malaysia bakal melahirkan

generasi-generasi muda yang mampu membawa Malaysia ke arah negara maju.

Kurikulum Fizik juga memberi penekanan kepada kemahiran saintifik (KS) di mana

ia terbahagi kepada kemahiran proses sains (KPS) dan juga kemahiran manipulatif

(KM). “Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya membantu pelajar untuk mempelajari

mata pelajaran Fizik dengan lebih bermakna di samping melahirkan pelajar yang

sentiasa berfikir kerana Fizik merupakan mata pelajaran yang mengutamakan kaedah

inkuiri dan penyelesaian masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).”

“Kemahiran ini boleh dipupuk dalam kalangan pelajar dengan memberi

peluang kepada mereka melalui pembelajaran secara bereksperimen. Pembelajaran

secara bereksperimen memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari Fizik

secara “hands-on” di mana boleh membantu mereka memahami ilmu Fizik dengan

lebih mudah. Ini kerana mereka terlibat di dalam pembelajaran yang aktif. Melalui

eksperimen juga, ia dapat membantu pelajar untuk menyedari kepentingan Fizik di

dalam kehidupan seharian ( Exploration: A Way Of Learning Science, 1990).”

Abu Hassan (2003) di dalam bukunya bertajuk Kurikulum Sains Sekolah

Malaysia ada menyatakan mengenai istilah Sains. Berikut adalah pernyataannya:

Istilah sains perlu digunakan dalam bentuk kata kerja – bertindak,

membuat dan menyiasat; bukannya sebagai kata nama yang melibatkan

fakta-fakta untuk dihafal.

(Abu Hassan, 2003:40) Daripada pernyataan ini, pelajar perlu mempelajari Fizik secara “hands-on”

yang melibatkan KPS kerana Fizik tidak boleh dipelajari secara berpusatkan guru

sahaja. KPS terdiri daripada beberapa kemahiran yang perlu pelajar kuasai untuk

membantu mereka mendalami Fizik dengan lebih bermakna serta boleh

mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. “Antara kemahiran-kemahiran

yang terlibat di dalam KPS ialah kemahiran memerhati, kemahiran mengelas,

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

3

kemahiran berkomunikasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah dan kemahiran

mengeksperimen (Abu Hassan, 2003).” Mempelajari Fizik secara “hands-on”

sebenarnya dapat melatih pelajar supaya berfikiran terbuka, kreatif dan kritis dan

mampu merealisasikan hasrat negara untuk maju menjelang tahun 2020.

Seterusnya, Abu Hassan (2003) menyatakan Kurikulum Sains seperti berikut:

Kurikulum Sains memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran

yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang

berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Kemahiran saintifik

merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang

aktiviti penyiasatan dengan menggunakan kaedah saintifik – misalnya,

eksperimen, penyelidikan dan projek. Selaras dengan ini, kemahiran

proses sains dan kemahiran manipulatif diberi penekanan yang

sewajarnya dalam kurikulum sains. Kedua-dua jenis kemahiran ini

hendaklah dilihat secara bersepadu dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran sains.

(Abu Hassan, 2003:84) Berdasarkan pernyataan di atas, matapelajaran Fizik memang memerlukan

pembelajaran yang melibatkan KPS di mana pelajar akan terlibat di dalam

eksperimen. “Semasa mengeksperimen, pelajar akan dilatih untuk menguasai

kemahiran menyusun serta memasang radas mengikut pengkaedahan, kemahiran

mengambil dan membaca ukuran dan kemahiran mengendalikan radas dan bahan

mengikut pengkaedahan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).”

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

4

Menurut Lilia et al. (2002) di dalam bukunya bertajuk Starategi Pengajaran

Fizik Untuk Guru Sains menyatakan:

Pembelajaran Fizik yang bermakna akan berlaku jika aktiviti makmal

diintegrasikan dalam pembelajaran teori. Sesungguhnya pemisahan

aktiviti makmal dan dalam pembelajaran Fizik terutama pada peringkat

menengah atas adalah tidak memenuhi aspirasi pengajaran

pembelajaran Fizik yang sebenar.

(Lilia et al. 2002:48)

Berdasarkan petikan di atas, pembelajaran Fizik akan lebih berkesan dengan

adanya eksperimen di samping pembelajaran teori. Ini kerana KPS yang terlibat

semasa pelajar menjalankan eksperimen boleh membantu mereka untuk memahami

mata pelajaran Fizik dengan lebih mudah dan secara tidak langsung, melatih pelajar

untuk menjana idea dan sentiasa berfikir.

“Sarojini (2003) menyatakan untuk memastikan pembelajaran secara

bereksperimen adalah berkesan dan dapat merealisasikan impian negara, maka adalah

wajar untuk mengenal pasti persekitaran sebenar di dalam makmal iaitu dari segi

persediaan dan pengajaran guru semasa mengendalikan pembelajaran di dalam

makmal.” “Penguasaan KPS adalah penting kerana Fizik mengutamakan kaedah

inkuiri dan penyelesaian masalah dengan menggunakan kemahiran saintifik dan

kemahiran berfikir (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002).”

1.1.1 Latar Belakang Masalah

“Fizik merupakan mata pelajaran yang penting kerana ia merupakan salah

satu bidang yang diperlukan untuk melahirkan jurutera dan ahli-ahli sains untuk

keperluan negara akan datang. Fizik merupakan mata pelajaran yang berkait rapat

dengan kehidupan harian. Jadi, pelajar mempunyai serba sedikit pengetahuan

mengenai Fizik walaupun mereka belum diajar oleh guru mengenai konsep Fizik.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

5

Namun, mengapakah mata pelajaran Fizik dianggap susah bagi kebanyakan pelajar?

Tanpa pengetahuan asas yang kukuh, maka agak sukar bagi pelajar untuk memahami

konsep Fizik dengan baik dan seterusnya mempengaruhi minat mereka untuk

melanjutkan pelajaran mereka di dalam bidang Fizik (Lilia et al., 2002).” Jadual 1.1

menunjukkan analisis SPM bagi mata pelajaran Fizik pada tahun 2005 dan 2006

diikuti penerangan lanjut mengenai analisis tersebut.

Jadual 1.1: Analisis Keputusan Peperiksaan Fizik SPM

PERINGKAT GRED

CEMERLANG KEPUJIAN

1A 2A 3B 4B 5C TAHUN

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

2005 599 8.80 549 8.00 570 8.30 652 9.50 773 11.30

2006 431 6.40 438 6.50 561 8.30 603 8.90 683 10.10

JUMLAH 1030 15.20 987 14.50 1131 16.60 1255 18.40 1456 21.40

PERINGKAT GRED

KEPUJIAN LULUS GAGAL

6C 7D 8E 9G TAHUN

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %

2005 821 12.00 1583 23.20 1077 15.80 205 3.00

2006 870 12.90 1595 23.60 1263 18.70 311 4.60

JUMLAH 1691 24.90 3178 46.80 2340 34.50 516 7.60

Sumber: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah

Berdasarkan jadual di atas, dapat dilihat bahawa peratus bagi pelajar yang

mendapat 1A dan 2A adalah kecil iaitu dengan peratusan sebanyak 15.20% dan

14.50%. Peratusan bagi pelajar yang mendapat gred ini juga semakin menurun dari

tahun 2005 hingga 2006. Daripada jadual di atas juga, dapat dilihat peratusan

tertinggi ialah pada gred 7D iaitu 46.80% di mana peratusan ini meningkat dari tahun

2005 hingga 2006. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar mendapat gred 7D

pada tahun 2005 dan 2006. Persoalannya, mengapa kebanyakan pelajar mendapat

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

6

gred ini? Apakah yang menyebabkan hampir 50.00% pencapaian pelajar di dalam

mata pelajaran Fizik berada pada tahap lulus sahaja? Permasalahan ini telah

disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:

1.2.1 Masalah Dalam Penguasaan KPS Dalam Kalangan Guru Dan Bakal

Guru

“Mata pelajaran Fizik merupakan satu bidang yang luas. Ini menyebabkan

graduan yang berkelulusan di dalam bidang ini lebih cenderung untuk tidak memilih

guru sebagai pekerjaan mereka. Secara tidak langsung, sekolah akan kekurangan

guru yang berkelulusan Fizik. Untuk mengatasi masalah ini, mata pelajaran Fizik

diajar oleh guru yang bukan berkelulusan Fizik. Ada di antara mereka yang

menghadapi masalah untuk memahami konsep Fizik dan tidak berpengalaman di

dalam pengendalian makmal. Ini menyebabkan pelajar akan merasakan bahawa

Fizik merupakan mata pelajaran yang sukar dan mereka akan menghadapi masalah

juga untuk memahami konsep asas Fizik (Lilia et al., 2002).” Di sini, adalah wajar

jika guru ditanggungjawabkan untuk mengajar bidang masing-masing supaya tidak

mendatangkan masalah kepada pelajar. Antaranya dengan menggalakkan generasi-

generasi muda untuk memilih bidang pendidikan Fizik dan seterusnya menjadi guru

Fizik yang terlatih serta bersedia untuk mengajar mata pelajaran Fizik di sekolah.

“Mohamed Isa (2001) dalam kajiannya berkaitan penguasaan KPS dalam

kalangan guru pelatih di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh menyatakan bahawa antara

masalah dalam pelaksanaan mata pelajaran Fizik ialah guru kurang mempunyai

kemahiran dalam mengendalikan alatan radas dalam makmal. Ini kerana guru yang

mengajar mata pelajaran Fizik bukan merupakan guru yang terlatih di dalam mata

pelajaran Fizik.” Jika ini adalah situasi yang berlaku di sekolah, bagaimana guru

hendak memastikan bahawa pelajarnya dapat menguasai KPS?

“Mohemed Isa (2001) menyatakan bahawa secara keseluruhannya

penguasaan guru pelatih di dalam KPS adalah lemah di mana kira-kira 48.00% guru

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

7

pelatih berada di bawah pencapaian min keseluruhan.” Bayangkan apakah situasi

yang bakal dihadapi oleh bakal guru ini di sekolah nanti dan apakah hasil

pengajarannya?

1.2.2 Guru Fizik Kurang Melibatkan Pelajar Di Dalam Aktiviti Amali

Jamil (1993) dalam kajiannya yang bertajuk Tinjauan Mengenai Kekangan-

Kekangan Dalam Pelaksanaan Sains KBSM Di Sekolah-Sekolah Menengah Di

Negeri Kedah Darul Aman menyatakan masalah utama guru Sains:

Masalah utama guru-guru sains pula ialah dari segi kursus orientasi

atau pendedahan terhadap sains KBSM tidak mencukupi dan guru

menghadapi masalah melaksanakan pengajaran secara inkuiri kerana

bilangan pelajar terlalu ramai dalam kelas.

(Jamil, 1993:9)

Guru seharusnya diberi pendedahan secukupnya mengenai Fizik KBSM. Ini

mungkin dapat membantu mereka dalam memilih cara pengajaran yang sesuai untuk

pelajar mereka. “Guru bukan hanya berperanan sebagai pemberi maklumat, malah

berperanan sebagai pembimbing dan berkebolehan untuk merangsang pembentukan

idea dan pembinaan konsep pelajar (Azman et al., 2002)”. Kurangnya pendedahan

ini mungkin menjadi salah satu sebab mengapa guru-guru tidak berminat untuk

melibatkan pelajar-pelajarnya belajar secara bereksperimen. Mereka lebih berminat

untuk mengajar secara teori atau secara konvensional, sedangkan pembelajaran

secara bereksperimen banyak membantu pelajar untuk lebih memahami tentang

aplikasi prinsip fizik dalam bidang teknologi dan kehidupan harian selain menguasai

kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Bilangan pelajar yang terlalu ramai juga

mempengaruhi guru dalam proses pelaksanaan pembelajaran secara bereksperimen

kepada pelajar.

Page 26: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

8

“Rohani (2003) telah membuat kajian mengenai amalan sains dalam

pengajaran dan pembelajaran sains teras dalam kalangan pelajar telah menyatakan

bahawa dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa aktiviti amali yang

dilaksanakan di kebanyakan sekolah adalah sangat kurang iaitu hanya 25.00% waktu

Fizik digunakan untuk amali walaupun waktu Fizik sering dikendalikan di dalam

makmal Fizik.”

Menurut pernyataan di atas, didapati guru kurang melibatkan pelajarnya di

dalam pembelajaran secara eksperimen. Akhirnya pelajar akan menjadi kurang

mahir terhadap KPS. Namun, apa yang penting, guru perlu menguasai KPS terlebih

dahulu sebelum membimbing pelajar agar ilmu yang diterima tidak bercanggah dan

guru lebih kreatif dalam membantu pelajar mereka.

Di Malaysia, sains diajar melalui pendekatan inkuiri terpimpin -

sebagai proses, bukannya hasil akhir. Sehubungan dengan ini, pelajar

perlu dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran-pembelajaran

serta diberi peluang untuk melakukan penyelidikan bagi

menyelesaikan sesuatu masalah; bukan secara mendemonstrasi

atau mengesahkan sesuatu teori, konsep, prinsip, atau maklumat.

(Abu Hassan, 1999:510) Berdasarkan perenggan di atas, pembelajaran bereksperimen sangat penting

kepada pelajar dalam memahami konsep-konsep Fizik. Guru tidak boleh hanya

mengajar secara teori kerana pelajar akan sukar untuk mengaitkan teori yang

dipelajari dengan kehidupan harian sekaligus mengambil masa yang lama untuk

memahami subjek fizik. Ia juga sebenarnya boleh mempengaruhi minat pelajar

terhadap subjek Fizik. “Pembelajaran sebenarnya lebih berkesan apabila pelajar

terlibat di dalam proses pembelajaran tersebut dan bukan guru sahaja yang memberi

maklumat kerana dengan cara ini, pelajar akan menjadi pasif (Azman et al., 2002).”

Page 27: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

9

Kemahiran saintifik dapat ditingkatkan melalui aktiviti pelajar seperti

menjalankan eksperimen di mana kedua-dua kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulatif dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun

guru harus menyebut kemahiran proses yang digunakan agar pelajar

menyedari tentang kemahiran tersebut. Merancang dan menjalankan

eksperimen serta membuat laporan eksperimen yang lengkap dengan

setiap langkah dinyatakan dengan eksplisit dapat membantu

meningkatkan lagi kemahiran saintifik pelajar.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:7)

Berdasarkan pernyataan di atas, guru sebenarnya memainkan peranan yang

penting dalam membantu pelajar semasa menjalankan eksperimen. Pelajar perlu tahu

apakah KPS dan KM yang terlibat contohnya mentafsir data atau maklumat,

mentafsir secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan

mengeksperimen. “Pembelajaran Fizik secara eksperimen membantu pelajar dalam

menguasai KPS namun jika eksperimen itu dijalankan dengan berpandukan guru,

maka pelajar hanya menunggu arahan guru tanpa berfikir mengapa mereka

melakukan eksperimen tersebut. Di sini, dapat dilihat cara guru mengendalikan

pelajar di dalam proses pembelajaran amat penting. Sebelum itu, guru perlu

menguasai KPS supaya tidak mempunyai masalah semasa pengajaran dan pelajar

akan memahami KPS dengan lebih baik. “Lilia et al. (2002) menyatakan bahawa

jika guru menghadapi masalah dalam KPS maka pelajar juga akan menghadapi

masalah semasa menjalani eksperimen.” “Guru juga perlu banyak bertanya kepada

pelajar dengan menyoal soalan yang merangsang pelajar untuk berfikir dan mencari

jawapan (Azman et al., 2002).”

1.2.2 Persepsi Ibu Bapa Serta Sikap Pelajar Terhadap Penekanan KPS

Peranan ibu bapa adalah memastikan anak-anak mereka berjaya dengan

cemerlang. Namun adakah konteks berjaya dengan cemerlang ini hanya berunsurkan

akademik?

Page 28: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

10

Ibu bapa kurang mengambil berat pelajaran anak-anak di rumah,

terlalu mementingkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan

daripada penguasaan kemahiran proses sains dan aplikasi sains serta

tidak faham matlamat pendidikan sains KBSM.

(Jamil, 1993:8)

Berdasarkan pernyataan di atas, ibu bapa tidak seharusnya terlalu

mementingkan anak-anak mereka berjaya dalam peperiksaan sahaja. Penguasaan

KPS dan aplikasi sains sangat penting untuk melahirkan pelajar yang

bertanggungjawab serta menghargai apa yang ada di dalam kehidupan harian. Tidak

semua pelajar yang boleh cemerlang dalam bidang akademik, sesetengah pelajar

boleh cemerlang dalam bidang kemahiran dan oleh itu ibu bapa perlu bijak

mencungkilnya. “Ibu bapa perlu menyedari iaitu dengan menguasai KPS, ia akan

membantu pelajar belajar Fizik dengan lebih bermakna kerana pelajar terlibat dalam

mencari maklumat sendiri secara saintifik (Azman et al., 2002).”

Dari segi pelajar, didapati pelajar kurang membuat rujukan tambahan,

hanya bergantung kepada buku teks sahaja, tidak membuat persediaan

awal sebelum mengikuti pelajaran sains, kurang aktif dalam kelas dan

tidak faham Falsafah Pendidikan Negara serta matlamat dan objektif

pendidikan sains KBSM.

(Jamil, 1993:8)

Cara pelajar belajar tidak berkembang kerana hanya menumpukan pada buku

teks. Ini menimbulkan kesan buruk di mana ilmu pengetahuan yang diperolehi

mereka adalah terhad. Mereka seharusnya terlibat dengan eksperimen serta membuat

rujukan tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan mereka di dalam bidang sains.

Pelajar perlu menjalankan proses penyiasatan iaitu melalui eksperimen dan guru pula

sebagai pembimbing. Ini kerana, melalui eksperimen, pelajar akan memperoleh

pengalaman dan melalui pengalaman ini, ia boleh menambah minat pelajar terhadap

mata pelajaran Fizik.

Page 29: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

11

Pelajar seharusnya terlibat dengan eksperimen dan bukan hanya menerima

ilmu daripada guru sahaja. Dengan eksperimen, pelajar akan lebih memahami

kemahiran saintifik yang terlibat di dalam mata pelajaran Fizik. Adalah menjadi

tanggungjawab guru dalam mendidik dan membimbing pelajar menguasai KPS di

samping menerapkan nilai-nalai murni. Ini akan membuatkan pelajar sentiasa

bersemangat ingin tahu dan mengetahui kepentingan sains serta hubung kaitnya di

dalam kehidupan seharian. Dalam membincangkan tanggungjawab guru dalam

membimbing pelajar untuk menguasai KPS, persoalannya di sini ialah adakah tahap

kefahaman guru dan bakal guru mencukupi untuk membudayakan pelajar di dalam

KPS?

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan pernyataan yang telah dibincangkan di atas, penyelidik ingin

mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan

Fizik (3 SPF dan 3 SPP) yang juga merupakan bakal guru.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, berikut adalah

tujuan-tujuan khusus kajian ini dijalankan:

1) Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga

Program Pendidikan Fizik ( 3 SPF dan 3 SPP ) di UTM Skudai.

Page 30: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA...2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis

12

2) Membandingkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga

Program Pendidikan Fizik merentas program pengajian iaitu di antara 3

SPF dan 3 SPP.

3) Membandingkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen

dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga

Pendidikan Fizik merentas jantina iaitu di antara lelaki dan perempuan.

1.5 Persoalan Kajian

Walaupun subjek kajian telah mengambil kursus Pendidikan Amali Fizik I

dan telah selesai menjalani latihan mengajar, namun begitu masih terdapat beberapa

persoalan yang masih boleh ditimbulkan. Jadi, kajian ini dijalankan adalah bertujuan

untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1) Apakah tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Tiga

Program Pendidikan Fizik?

2) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka

bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan

pelajar Tahun Tiga Program Pendidikan Fizik merentas program

pengajian?

3) Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka

bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam kalangan

pelajar Tahun Tiga Program Program Pendidikan Fizik merentas

jantina?