borang pengesahan status tesis · universiti teknologi malaysia dengan syarat-syarat kegunaan...

28
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN MACROMEDIA FLASH MX (PENGHASILAN MONTAJ) SESI PENGAJIAN: 2007-2008 Saya MOHD MIZA SHAHRIL SHAH BIN MOHD ISA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 2 JALAN BINA 7, TMN. PT RAJA, PN. NORASYKIN BTE MOHD ZAID 86400 PT. RAJA, BATU PAHAT Nama Penyelia JOHOR. Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 9 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 02-Nov-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI

PERISIAN MACROMEDIA FLASH MX (PENGHASILAN MONTAJ)

SESI PENGAJIAN: 2007-2008

Saya MOHD MIZA SHAHRIL SHAH BIN MOHD ISA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 2 JALAN BINA 7, TMN. PT RAJA, PN. NORASYKIN BTE MOHD ZAID 86400 PT. RAJA, BATU PAHAT Nama Penyelia JOHOR.

Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan
Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Pn. Norasykin Bte Mohd Zaid

Tarikh : 30 April 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN

MACROMEDIA FLASH MX (PENGHASILAN MONTAJ)

MOHD MIZA SHAHRIL SHAH BIN MOHD ISA

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : Mohd Miza Shahril Shah Bin Mohd Isa

Tarikh : 30 April 2008

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

iii

DEDIKASI

Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat

Arwah ayah dan ibu tersayang

Mohd Isa B Aslar, Latipah Bte Sulaiman

Kakak dan adik-adikKu,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanKu

Pengorbanan dan keiklasan kalian yang menanti kejayaan dan kepulanganKu

Serta

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar

Pn Norasykin Bte Mohd Zaid

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa membantuku walaupun dalam situasi gentir.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana muda, Pn Norasykin Bte Mohd Zaid di atas bimbingan dan dorongan

beliau memberi galakan, di samping mencurahkan idea serta tunjuk ajar sepanjang

tempoh menyiapkan tesis ini. Sekalung penghargaan juga khas buat keluarga

tercinta yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah

bahagi sepanjang projek ini dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi

memberi inspirasi yang amat bermakna. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan

yang bersama-sama terlibat sepanjang pembangunan tesis ini

Akhir sekali,penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea

dalam menjayakan projek ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku

serahkan pada Yang Maha Esa.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

v

ABSTRAK

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan antara kaedah yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyampaikan isi

pelajaran kepada pelajar. Selain itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) didapati

lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional pada

pendidikan alaf baru kini. Justeru itu, satu modul pembelajaran kendiri perisian

Macromedia Flash MX dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini

yang memerlukan lebih banyak modul pembelajaran kendiri. Tujuan utama

pembinaan modul ini adalah untuk membantu pelajar yang mengambil kursus

Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) di Fakulti

Pendidikan, UTM. Mereka perlu mempelajari perisian Macromedia Flash MX bagi

melaksanakan antara keperluan projek yang terdapat dalam subjek tersebut.

Pembelajaran tentang penghasilan animasi yang ditekankan di dalam modul ini

adalah merangkumi proses-proses dalam menghasilkan sesuatu montaj. Pembinaan

modul ini menggunakan Model ADDIE. Selain itu, pengaplikasian strategi tutorial

juga digunakan dalam modul ini melalui aktiviti yang disediakan pada penghujung

setiap kemahiran yang telah selesai dipelajari. Di samping itu, teori pembelajaran

sosial/pemerhatian juga digunakan di dalam modul ini untuk memberikan satu corak

self pacing dengan cara lihat dan buat. Ini boleh didapati melalui set-set arahan yang

disediakan pada setiap topik berserta contoh-contoh bergambar. Dengan penilaian

secara formatif melalui penyelia projek dan pembaikan yang dibuat semasa

peringkat pembinaan diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

vi

ABSTRACT

The self-learning module was one of the methods used in teaching and

learning. Nowadays, self-learning module is more affections than conventional

teaching and learning. Therefore it is appreciate to develop a new self-learning

module based on Macromedia Flash MX. The module main purpose is to help

Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) course students

completing their project using Macromedia Flash MX software. This self-learning

module highlight on the montage producing process. ADDIE model was used to

develop this self-learning module. At the end of each topic, the user/student is given

a set of activities for tutorial. Moreover, social learning theory provide a self-pacing

learning using a look and done method. Each topic in self-learning module is

provided a set instruction and visual examples. At the end of each topic, the

user/student is given a set of activities for tutorial. Formative test from the project

supervisor plus the modification by the developer during the development process

can give a new teaching and learning experience for students.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Skop dan Barasan Projek 8

1.6 Definisi Operasi 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Penutup 11

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengenalan Kepada Modul 13

2.3 Perkembangan Pembelajaran Bermodul dan Komputer

Dalam Bidang Pendidikan 14

2.4 Kepentingan Modul Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran 16

2.5 Kajian Mengenai Keberkesanan Modul

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 17

2.6 Definisi Montaj 18

2.7 Pengaplikasian Montaj Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran 19

2.8 Kajian Mengenai Penggunaan

Macromedia Flash MX Dalam Pendidikan 21

2.9 Definisi Pembelajaran 24

2.10 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi P&P 24

2.11 Teori Konsturktivisme 25

2.12 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berpandukan

Konstruktivisme 26

2.13 Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 28

2.14 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 29

2.15 Pendekatan dan Strategi Pembelajaran 30

2.16 Teori Konstruktivisme dan Aplikasinya

Dalam Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 31

2.17 Penutup 31

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

ix

BAB 3 REKA BENTUK MODUL 33

3.1 Pendahuluan 33

3.2 Model Reka Bentuk 34

3.3 Fasa Analisis 35

a) Pengguna 36

b) Matlamat Pembinaan Modul 36

c) Persekitaran Pembelajaran 37

d) Objektif Modul 37

e) Kandungan Pelajaran 38

f) Hasil Pembelajaran 38

3.4 Fasa Reka Bentuk 38

a) Struktur Modul 39

3.5 Fasa Pembangunan 40

a) Perisian yang Digunakan 40

b) Skop Isi Kandungan 40

3.6 Fasa Pelaksanaan 41

3.7 Fasa Penilaian 41

3.8 Penutup 42

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL

PEMBELAJARAN KENDIRI 43

4.1 Pendahuluan 43

4.2 Kriteria Modul

4.2.1 Topik 1 44

4.2.1.1 Hasil Pembelajaran 44

4.2.1.2 Pengenalan 45

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

x

4.2.1.3 Isi Pelajaran 46

4.2.2 Topik 2 49

4.2.2.1 Hasil Pembelajaran 49

4.2.2.2 Pengenalan 49

4.2.2.3 Isi Pelajaran 50

4.2.2.4 Uji Kemahiran 52

4.2.3 Topik 3 53

4.2.3.1 Hasil Pembelajaran 53

4.2.3.2 Pengenalan 54

4.2.3.3 Isi Pelajaran 55

4.2.3.4 Uji Kemahiran 56

4.2.4 Topik 4 57

4.2.4.1 Hasil Pembelajaran 57

4.2.4.2 Pengenalan 57

4.2.4.3 Isi pelajaran 58

4.2.4.4 Uji Kemahiran 60

4.2.5 Topik 5 61

4.2.5.1 Hasil Pembelajaran 61

4.2.5.2 Pengenalan 62

4.2.5.3 Isi Pelajaran 62

4.2.5.4 Uji Kemahiran 65

4.2.6 Topik 6 66

4.2.6.1 Hasil Pembelajaran 66

4.2.6.2 Pengenalan 66

4.2.6.3 Isi Pelajaran 67

4.3 Penutup 69

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN 70

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Kekuatan dan Kelemahan MPK 72

5.2.1.1 Kekuatan MPK 72

a) Kandungan Modul 73

b) Reka Bentuk Modul 75

c) Pendekatan Modul 76

5.2.1.2 Kelemahan MPK 77

a) Sinopsis Pendek 77

b) Kekurangan Contoh Visual 78

c) Kelemahan Nota Tambahan (Tips) 78

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapai semasa Pembinaan

Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 78

5.3.1 Kekurangan Pengalaman dan Latihan 79

5.3.2 Kekurangan Sumber Kewangan 79

5.3.3 Kekangan Masa 80

5.4 Cadangan Penambahbaikan 80

5.4.1 Menjalankan Penilaian 81

5.4.2 Meluaskan Skop MPK 81

5.4.3 Menambah Latihan 81

5.4.4 Modul Pelbagai Aras 81

5.4.5 Kajian Terhadap Kesesuaian MPK 82

5.5 Kesimpulan 82

5.6 Penutup 83

RUJUKAN 84

LAMPIRAN

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model ADDIE 35

4.1 Pengenalan dalam Topik 1 menyentuh secara

ringkas tentang perisian, tujuan pembangunan

modul dan isi pelajaran dalam bab ini. 45

4.2 Antara Muka Macromedia Flash MX 46

4.3 Pengenalan kepada ikon-ikon Flash 47

4.4 Pengenalan kepada Timeline 48

4.5 Contoh menunjukkan Tips yang

disediakan dalam modul 48

4.6 Bahagian Pengenalan Topik 2 50

4.7 Contoh bagi penyampaian isi

pelajaran dalam Topik 2 51

4.8 Contoh bagi penyampaian isi

pelajaran dalam bentuk visual

bagi Topik 2 51

4.9 Contoh yang menunjukkan Tips

di dalam isi kandungan bagi

Topik 2 52

4.10 Contoh aktiviti yang

disediakan dalam Topik 2 53

4.11 Bahagian pengenalan bagi Topik 3 54

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

xiii

4.12 Pendahuluan bagi sub topik yang

pertama. 55

4.13 Contoh visual dan ruangan Tips

yang disediakan di dalam modul 56

4.14 Bahagian pengenalan Topik 4 58

4.15 Contoh yang menunjukkan Uji

Kemahiran dalam Topik 4 ini 59

4.16 Contoh menunjukkan visual yang

digunakan beserta Tips dalam Topik 4 ini. 60

4.17 Contoh yang menunjukkan Uji Kemahiran

dalam Topik 4 ini 61

4.18 Bahagian pengenalan dalam Topik 5 62

4.19 Contoh yang menunjukkan penyampaian

isi pelajaran dalam topik 5 63

4.20 Contoh yang menunjukkan penerangan

ringkas pada setiap sub topik 64

4.21 Contoh yang menunjukkan elemen visual

dan Tips pada penyampaian isi pelajaran 64

4.22 Bahagian aktiviti yang terdapat dalam Topik 5 65

4.23 Bahagian pengenalan yang terdapat

dalam Topik 6 67

4.24 Contoh penyampaian isi pelajaran

dalam Topik 6 68

4.25 Contoh gambaran secara visual yang

disediakan dan set arahan dalam Topik 6 ini 69

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

xiv

SENARAI SINGKATAN

IT - Teknologi Maklumat

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Perisian Berbantukan Komputer

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

BTP - Badan Teknologi Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

BTPKPM - Bahagian Teknologi Maklumat

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pembelajaran Bermodul

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

PJJ - Pengajian Jarak Jauh

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat (IT) merupakan antara

elemen penting pada peringkat dunia kini. Semua negara berusaha dalam

mempertingkatkan IT masing-masing supaya ianya selaras dengan perkembangan

masa kini. Perkembangan bidang IT adalah penting bagi mencapai taraf negara

maju. Oleh yang demikian beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC

(Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang

penting kepada Malaysia untuk meningkatkan dan seterusnya menjadikan taraf

ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi,

peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik

dan efisien. Oleh itu bagi merealisasikan matlamat ini bidang pendidikan antaranya

merupakan antara elemen penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Bidang pendidikan dan perkembangan teknologi berkomputer adalah seiring

pada masa kini bertitik tolak daripada hasrat kerajaan ingin melahirkan para pelajar

yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi bagi

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

2

memenuhi matlamat kerajaan menerusi Wawasan 2020. Sejajar dengan itu pihak

kementerian pendidikan telah melaksanakan pelbagai rancangan bagi mencapai

matlamat tersebut. Di antara rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan oleh

pihak kementerian antaranya ialah pembentukan kurikulum IT di sekolah-sekolah,

pengenalan sekolah bestari, pelaksanaan penggunaan ICT di sekolah-sekolah,

menyediakan latihan keguruan bagi melahirkan tenaga pengajar yang pakar dalam

bidang IT. Melalui latihan perguruan para guru akan diberikan latihan yang selektif

dan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan cara menggunakan teknologi seperti

komputer oleh institut perguruan dengan harapan guru-guru yang terlatih dan pakar

dapat dihasilkan. Usaha sebegini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan

pendidikan negara seterusnya menaikkan standard pendidikan di negara ini.

Selain daripada itu, dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara ini,

pihak kerajaan telah memperkenalkan sistem pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) bagi disesuaikan dengan perkembangan teknologi alaf

baru ini. Para pelajar akan didedahkan dengan teknologi berkomputer bermula tahun

satu dan seterusnya. Dalam pelaksanaan ini guru akan bertindak sebagai fasilitator

kepada pelajar-pelajar dan faktor ini telah dikenal pasti sebagai bahan yang mampu

membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta

memberikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.

Memandangkan pentingnya PBK ini maka pihak kementerian telah menghasilkan

pelbagai variasi PBK yang bertujuan membantu guru-guru melaksanakan peranan

mereka di samping para pelajar juga mampu mengaplikasikannya. Oleh yang

demikian maka terbitlah pelbagai syarikat mahupun individu yang berusaha

menghasilkan PBK. Pihak kementerian melalui Badan Teknologi Pendidikan (BTP)

turut aktif menghasilkan bahan PBK yang berkualiti. Ini membuktikan bahawa

wujud persaingan sihat dalam penghasilan PBK. Selain daripada itu di kalangan

guru-guru juga mereka tidak terkecuali menghasilkan PBK yang boleh membantu

mereka dalam melaksanakan pengajaran.

Perkembangan penggunaan perisian berkomputer untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran telah merubah corak dan sistem pendidikan yang telah diamalkan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

3

di Malaysia. Corak yang diamalkan sebelum ini berbentuk tradisional. Perkataan

tradisi itu sendiri membayangkan kita sesuatu yang telah lama dan bercorak ikutan.

Menyedari tentang kemampuan perisian mampu merubah kaedah pengajaran dan

pembelajaran supaya lebih berkesan kerana ianya mempunyai elemen – elemen

multimedia seperti grafik , warna yang jelas , sistem audio,video serta pemaparan

teknologi animasi yang mampu memberikan kelainan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Ini dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Di samping itu perubahan pada teori yang selama ini berpegang kepada

kognitif tetapi kini kepada pendekatan berbentuk konstruktivisme lebih

mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kesimpulannya sesuatu kemajuan mampu dicapai dengan adanya

perubahan yang menjurus ke arah penambahbaikan akan memberikan hasil yang

maksimum. Jika sebelum ini pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru

tetapi di alaf baru ini para pelajar mampu menggunakan pengalaman untuk

dihubungkaitkan dengan pengetahuan mereka bagi menghasilkan konsep yang baru.

Di samping itu pengenalan beberapa bahan bantu mengajar yang lain juga telah

merancakkan perkembangan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

pendidikan. Di antara bahan tersebut ialah modul pembelajaran kendiri (MPK).

Penggunaan modul telah membantu guru dan pelajar dalam mempelbagaikan teknik

mengajar dan belajar.

Revolusi yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan di alaf baru ini

menunjukkan telah membantu para pelajar supaya lebih aktif bagi membuktikan

potensi yang mereka miliki dan membuka mata umum bahawa mereka merupakan

pelapis kepada hasrat kerajaan dalam Wawasan 2020.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Setiap permasalahan yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Manusia

merupakan makhluk Tuhan yang Maha Esa yang telah dikurniakan akal fikiran.

Oleh yang demikian manusia merupakan khalifah yang dilantik di muka bumi ini.

Salah satu tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan

sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal

berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk

memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung,

pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di

zaman dahulu kala seperti di Mesir mereka telah berjaya menemui cara atau ilmu

membuat kertas dari pokok papirus. Manakala tamadun China pula diangkat tinggi

kerana seni kaligrafinya. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua

elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berhubung berkait antara satu sama

lain.

Teknologi komputer juga merupakan salah satu contoh hasil dari pemerhatian

dan pengkajian yang dilakukan oleh manusia bertujuan untuk memudahkan urusan

seharian manusia. Dengan wujudnya teknologi ini juga telah mampu merancakkan

lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi,

pertanian, kejuruteraan dan ekonomi. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dari

arus gelombang teknologi komputer yang mana peranannya digunakan bagi

memudahkan para pendidik untuk melahirkan generasi yang mampu

memperkembangkan bakat dan potensi diri menjadi manusia yang sepadu antara

akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek seperti mana yang telah

digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang

berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk

merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah

generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

5

sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki oleh mereka

dan mengaplikasikan secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling

mereka. Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk

pembelajaran (PBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian

berbentuk pembelajaran (PBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

menyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang

konvensional seperti papan tulis dan kapur.

Menyentuh mengenai sejarah PBK, ianya telah dijumpai oleh Socrates iaitu

seorang cendekiawan dalam bidang Matematik yang beranggapan bahawa kaedah ini

dinamakan corak pengajaran formal. Sehubungan dengan itu corak pengajaran ini

tenggelam dalam satu tempoh masa yang agak lama sehinggalah tahun 1950an.. Ia

kemudiannya dikaji semula oleh B.F Skinner dalam bentuk pembelajaran terancang.

Hasil kajian yang dijalankan telah diperkembangkan sehingga kini. PBK di

Malaysia, ianya merupakan sesuatu yang baru dan dilaksanakan beberapa tahun sejak

kebelakangan ini berbanding dengan negara – negara maju yang lain yang telah

mengamalkan corak PBK sejak sekian lama. Di Malaysia pada peringkat permulaan

dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi di mana para penyelidik yang

terlibat giat menjalankan usaha untuk membina perisian yang khusus menjurus

kepada corak Perisian Berbantukan Komputer ini. Setelah mendapati akan

keberkesanan PBK dalam membantu pengajaran dan pembelajaran maka pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Teknologi Maklumat

(BTPKPM) telah bersetuju untuk mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum

pendidikan. Jika dilihat pada hari ini pelbagai usaha giat dilakukan bagi

memperkembangkan penggunaan PBK di sekolah-sekolah khususnya.

Selain itu, salah satu projek dalam sistem persekolahan Malaysia demi

wawasan 2020 ialah pengenalan konsep sekolah bestari. Pengajaran dan

pembelajaran di sekolah bestari lebih berpusatkan kepada pelajar yang mana pelajar

akan menggunakan modul sebagai alat bantu belajar manakala guru akan bertindak

sebagai fasilitator. Penggunaan modul dilihat mampu memberi transformasi

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

6

pendidikan di Malaysia. Ini menunjukkan pentingnya modul dalam pendidikan.

Pengenalan mata pelajaran Teknologi Maklumat di sekolah-sekolah pada tahun 1999

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan perkembangan

penghasilan pelbagai modul dalam membantu para pelajar. Selain itu penghasilan

modul juga mampu memberikan panduan kepada para pembangun bagi

menghasilkan PBK yang interaktif.

Sehubungan itu menjadi tanggungjawab para pendidik untuk terus mendalami

ilmu penghasilan PBK supaya ianya mudah diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran. Walaupun terdapat pelbagai PBK dihasilkan sama ada oleh pihak

kementerian mahupun PBK yang terdapat di pasaran tetapi tidak salah kiranya para

pendidik mampu menghasilkan PBK mereka sendiri kerana ini secara tidak langsung

PBK yang dihasilkan mampu diaplikasikan semaksimum mungkin oleh para pelajar.

Ini menunjukkan para guru tidak hanya menanti PBK dihasilkan tetapi mereka turut

bersama-sama mempertingkatkan penghasilan PBK supaya ianya lebih berkesan dan

efektif.

Dalam pada itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri ( MPK ) juga boleh

diperluaskan kerana keberkesanan penggunaan modul telah diiktiraf. Menurut

G.Rex Meger (1988) penggunaan modul dapat membantu kepada pembentukan

pembelajaran yang efektif dan secara fleksibel untuk dilaksanakan. Ini menunjukkan

bahawa penggunaan modul lebih mudah untuk diuruskan dan hasilnya adalah lebih

berkesan berbanding penggunaan teknik pengajaran tradisional. Pelajar boleh

mengawal masa yang mereka perlukan dalam mempelajari sesuatu isi pelajaran

supaya hasil pemahaman yang diperoleh lebih berkesan.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

7

1.3 Penyataan Masalah

Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran tradisional, para

guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan kaedah

“Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan

kapur dan papan tulis. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan

pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara

menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,

penghasilan MPK untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran menjadi sasaran

utama kementerian bagi melahirkan golongan generasi yang kreatif dan inovatif

yang dapat mengadaptasikan teknologi-teknologi baru dan dapat mengakses

kepesatan pembangunan maklumat. Oleh sebab itu, bahan pengajaran dan

pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar selain elemen teks, grafik, dan

teori pembelajaran amat diperlukan. Ini penting supaya isi pelajaran yang ingin

disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pengguna. Dalam pada itu, bahan

pengajaran dan pembelajaran, ini juga penting untuk memahami konsep penggunaan

perisian yang memerlukan kemahiran tinggi. Walaupun banyak rujukan yang

berkaitan dengan perisian terdapat di pasaran, tetapi skop pembelajarannya terlalu

luas dan sukar diikuti oleh para pelajar.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

8

1.4 Objektif Projek

Objektif utama yang ingin dicapai dari penghasilan modul ini ialah untuk:

i. Membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian

Macromedia Flash MX yang boleh membantu pelajar dalam

menghasilkan montaj dengan berpandukan strategi tutorial dan teori

pembelajaran sosial/pemerhatian.

1.5 Skop dan Batasan Projek

Pembangunan modul ini tertumpu kepada salah satu daripada pelbagai

perisian yang boleh digunakan dalam penghasilan montaj. Perisian yang dipilih ialah

Macromedia Flash MX. Pemilihan perisian ini kerana ianya lebih efektif dan

penghasilan montaj boleh divariasikan. Di samping itu perisian yang dipilih ini lebih

mudah untuk dipelajari dan dapat diaplikasikan bagi pembentukan montaj yang lebih

mencabar. Pembangunan modul ini adalah dibina khas sebagai panduan kepada para

pelajar sekolah ataupun institusi pengajian tinggi mahupun individu persendirian

yang ingin mempelajari perisian Macromedia Flash MX dalam menghasilkan montaj

ataupun persembahan animasi untuk perisian multimedia yang dibangunkan selain

untuk tujuan komersial.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

9

1.6 Definisi Operasi

Pembangun menggunakan beberapa istilah dalam pembangunan Modul

Pembelajaran Kendiri bagi perisian Macromedia Flash MX (Penghasilan

Montaj).Berikut dijelaskan makna operasi dalam konteks penggunaannya dalam

pembangunan ini.

1.6.1 Montaj

Berasal dari 'Bahasa Perancis', montage bermaksud 'to assemble' iaitu

penghimpunan syot yang disebut juga 'montaj' di dalam 'Bahasa Melayu'. 'Montage'

(montaj) adalah sekumpulan syot yang telah disunting untuk dijadikan satu

'sequence' (sekuen/jujuk) yang menyingkatkan perjalanan masa, peralihan tempat

serta proses yang panjang. Hasilnya adalah satu larian imej atau keratan adegan

bertimpa-timpa, berlapis-lapis dan bercampur-baur dengan pantas yang sering

digunakan sebelum sebuah tayangan cerita bermula.

1.6.2 Modul

Mengikut Kamus Dewan (1996), modul ialah unit atau bahagian tersendiri

yang lengkap dengan kompenannya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat

dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar. Dalam bidang

pendidikan, modul diberikan pengertian sebagai unit-unit media dalam satu

rancangan mengajar misalnya filem, pita video, pita audio dan sebagainya (Sharifah

Alwiyah,1981).

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

10

1.7 Kepentingan Projek

Tujuan penghasilan modul ini adalah sebagai pemangkin bagi menggalakkan

penggunaan perisian kemahiran tinggi seperti menggunakan Macromedia Flash MX.

Maka setiap penghasilan sesuatu projek pasti mempunyai kepentingannya. Projek

yang bakal dihasilkan oleh pembangun adalah penting bagi diri pembangun sendiri

kerana ia merupakan salah satu subjek yang wajib diambil bagi menamatkan kursus

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Universiti

Teknologi Malaysia ini. Selain itu, modul yang akan pembangun hasilkan ini juga

dapat membantu para pelajar yang mengambil subjek Teknologi Grafik, Animasi,

Audio dan Video Digital (SPM 2303) melaksanakan projek mereka bagi subjek ini.

Di samping itu modul ini diharapkan dapat memberi pengalaman baru dan

merupakan pencetus kepada pembangun dalam menghasilkan modul yang lebih

efektif di masa akan datang khususnya ketika bertugas di sekolah nanti. Ini selaras

dengan perkembangan teknik pengajaran terkini yang menggunakan modul sebagai

salah satu alat pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penghasilan modul ini

tidak terhad untuk kepentingan pembangun sahaja tetapi ia adalah untuk membantu

pelajar dan para pembangun perisian yang lain khususnya yang ingin menyelitkan

elemen montaj dalam perisian yang mereka bakal hasilkan. Dengan bantuan modul

ini, mereka dapat mempelajari perisian Macromedia Flash MX selain boleh

mengetahui proses-proses penghasilan montaj supaya mereka dapat menghasilkan

montaj yang berkesan dan memberi impak kepada pengguna.

Selain daripada itu, diharap penghasilan modul ini menjadi titik tolak

penghasilan modul seterusnya yang menjurus kepada penghasilan montaj tidak

terhad kepada sesetengah aplikasi sahaja. Walaupun didapati terdapat banyak

panduan atau buku-buku aplikasi di pasaran tetapi ianya tidak fokus kepada

penghasilan montaj. Seperti yang kita ketahui penghasilan montaj ini bersifat

subjektif dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi menjadikannya berkesan

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan

11

maka tidak salah sekiranya pelbagai modul dihasilkan bertujuan untuk

memperkembangkan lagi bakat dan potensi dalam penghasilan montaj.

Modul yang akan dihasilkan ini boleh juga diharap dapat menjadi bahan

rujukan kepada para penyelidik dan pembangun untuk menghasilkan projek atau

bahan ilmiah yang lebih berkualiti. Oleh kerana pada masa sekarang tidak ramai

yang menghasilkan modul sebegini, projek ini diharapkan sebagai pencetus idea

kepada para penyelidik dan pembangun untuk menghasilkan modul yang lebih

berkualiti pada masa akan datang.

1.8 Penutup

Perkembangan pendidikan masa kini memerlukan bahan-bahan yang

berkualiti untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).Oleh yang

demikian selaras dengan usaha pihak kerajaan bagi memantapkan proses pendidikan

di Malaysia, maka wujudlah bahan-bahan pengajaran seperti penggunaan laman web,

modul pembelajaran kendiri (MPK) dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan ini

sebenarnya dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan berusaha untuk

mengembangkan daya pemikiran individu supaya boleh menghurai, merumus dan

menghasilkan idea-idea baru. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam

menyebarkan ilmu pengetahuan secara lebih sistematik Seterusnya, ilmu-ilmu

pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.