universiti teknologi malaysia - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (psm/sarjana/doktor...

22
PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK THEOREM PYTHAGORAS FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR SESI PENGAJIAN: 2005-2008 Saya RASMAN BIN ALIP (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh: ________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Kg. Tambulian Laut, PM DR. ZAIDATUN BTE TASIR 89150, Kota Belud, Nama Penyelia Sabah. Tarikh: 28 Hb. April, 2008 Tarikh: 28 Hb. April, 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK THEOREM

PYTHAGORAS FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR

SESI PENGAJIAN: 2005-2008

Saya RASMAN BIN ALIP

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh: ________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Kg. Tambulian Laut, PM DR. ZAIDATUN BTE TASIR 89150, Kota Belud, Nama Penyelia Sabah. Tarikh: 28 Hb. April, 2008 Tarikh: 28 Hb. April, 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM. DR. ZAIDATUN BTE TASIR

Tarikh : 28Hb. April, 2008

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK PYTHAGORAS THEOREM

FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR

RASMAN BIN ALIP

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pelajar : RASMAN BIN ALIP

Tarikh : 28Hb. April, 2008

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

penyelia kertas kerja penyelidikan ini, Profesor Madya Dr. Zaidatun Tasir atas segala

tunjuk ajar, bimbingan, komen, kritikan, nasihat, cadangan, dan dorongan yang

diberikan sepanjang proses penyelidikan ini berjalan sehinggalah ia disiapkan.

Tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan yang telah

menguruskan semua perkara berkaitan dengan prosedur menjalankan kajian yang

melibatkan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran

Daerah, dan sekolah yang terlibat dengan kajian ini.

Akhir sekali penghargaan tidak terhingga buat ahli keluarga dan rakan-rakan

seperjuangan yang telah menjadi aspirasi dalam meneruskan dan menamatkan

pengajian ini sehingga jaya.

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian bertajuk “Pythagoras Theorem

Form Two” berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka

bentuk antaramuka,dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat

keberkesanan perisian tersebut terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian pelajar

berdasarkan jantina selepas menggunakan perisian. Kajian ini adalah sebuah kajian

deskriptif berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul

data ialah borang penilaian perisian serta ujian pencapaian pra dan pos. Skala Likert

empat mata telah digunakan dalam borang penilaian perisian. Responden kajian

terdiri daripada 48 orang pelajar sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Data

kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Dapatan kajian

menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap kesesuaian objektif

(min = 3.29), isi kandungan (min = 3.07), dan reka bentuk antaramuka (min = 3.11).

Namun begitu, responden memberi persepsi kurang memuaskan terhadap reka

bentuk interaksi (min = 2.82). Hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test pula

menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dalam

ujian sebelum (min = 2.77) dan selepas (min = 4.79) menggunakan perisian

multimedia tersebut pada α = 0.05 (p = 0.00). Walaupun demikian, hasil analisis

ujian T, Paired Sample T-Test menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan

antara pencapaian pelajar lelaki (min 4.50) dan pelajar perempuan (min5.08) selepas

menggunakan perisian (α = 0.05, p = 0.219).

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

ABSTRACT

The purpose of this research is to evaluate the effectiveness and capability of

the multimedia software “Pythagoras Theorem Form Two” based on the objective,

content, interface design, and interactive design. It also examines the effect of the

software towards student performance and student performance based on gender

after using the software. This research is a descriptive research in the form of

quantitative. Software evaluation form and achievement tests (pre and post test) were

used as research instruments for data collection. A four-point Likert Scale is used in

the software evaluation form to collect the data. The respondents of this research

were 48 students, which were from one of the schools in Kota Belud, Sabah. SPSS

version 14.0 is been used to analyze the quantitative data. The result of the study

shows that the software receives positive perceptions in term of its objective (mean =

3.29), content (mean = 3.07), and in interface design (mean = 3.11). But the

respondents are not satisfy in term of interactive design (mean = 2.82). Data analysis

from the Paired Sample T-Test describes that there is a significant difference on

students performance before (meanpre = 2.77) and after (meanpost = 4.79) using the

multimedia software (α = 0.05, p = 0.00). Nevertheless, data analysis from the Paired

Sample T-Test describes that there is no significant difference on male (mean 4.50)

and female (mean 5.08) students performance after using the multimedia software (α

= 0.05, p = 0.219).

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Penghargaan i

Abstrak ii

Abstract iii

Kandungan iv

Senarai Rajah dan Jadual ix

Senarai Simbol x

Senarai Lampiran xi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Penutup 14

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Konsep Asas Penilaian 15

2.3 Kaedah Penilaian Dalam Pembangunan

Perisian Multimedia 17

2.3.1 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Objektif 17

2.3.2 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Pengurusan 17

2.3.3 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Naturalistik dan Penglibatan 18

2.3.4 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Pengguna 19

2.3.5 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Pendapat Pakar 19

2.3.6 Kaedah Penilaian Berorientasikan

Pihak Lawan 20

2.4 Model Penilaian Dalam Pendidikan 20

2.4.1 Model Kurikulum 20

2.4.2 Model Kandungan, Input, Proses dan

Produk (CIPP) 21

2.4.3 Kajian Kes 21

2.4.4 Model Matlamat dan Integratif Bebas 22

2.5 Jenis-Jenis Penilaian Dalam Pendidikan 22

2.5.1 Penilaian Formatif 22

2.5.2 Penilaian Sumatif 23

2.5.3 Penilaian Iluminatif 24

2.5.4 Penilaian Integratif 25

2.6 Kaedah Melaksanakan Proses Penilaian 25

2.6.2 Soal selidik 26

2.6.2 Temubual 27

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

2.6.3 Pemerhatian 28

2.7 Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 28

2.8 Penggunaan Perisian Multimedia Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 31

2.9 Ciri-Ciri Perisian Yang Berkualiti 34

2.10 Kepenggunaan Komputer di Kalangan

Lelaki dan Perempuan 38

2.11 Penutup 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Prosedur Kajian 41

3.4 Persampelan 43

3.5 Instrumen Kajian 45

3.5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos 45

3.5.2 Borang Soal Selidik 46

3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan

Instrumen Kajian 48

3.61 Dapatan Kajian Rintis 49

3.7 Analisis Data 50

3.7.1 Analisa Kesan Perisian Terhadap

Pencapaian Pelajar dan Analisa

Kesan Perisian Terhadap Pencapaian

Pelajar Berdasarkan Jantina 50

3.7.2 Analisa Kesesuaian Objektif,

Isi Kandungan, Reka Bentuk

Antaramuka dan Reka Bentuk Interaksi 52

3.8 Penutup 52

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 53

4.2 Data Demografik 54

4.3 Analisis Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Objektif Perisian 55

4.4 Analisis Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 56

4.5 Analisis Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 57

4.6 Analisis Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 58

4.7 Analisis Pencapaian Pelajar Sebelum dan

Selepas Menggunakan Perisian 58

4.8 Analisis Pencapaian Pelajar Lelaki dan

Perempuan Selepas Menggunakan Perisian 60

4.9 Penutup 61

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Objektif Perisian 63

5.3 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 65

5.4 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 66

5.5 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 68

5.6 Pencapaian Pelajar Sebelum dan Selepas

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

Menggunakan Perisian 69

5.7 Pencapaian Pelajar Selepas Menggunakan

Perisian Mengikut Jantina 70

5.8 Kesimpulan 71

5.8.1 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Objektif Perisian 71

5.8.2 Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 72

5.8.3 Persepsi Responden Terhadap

Reka Bentuk Antaramuka Perisian 72

5.8.4 Persepsi Responden Terhadap

Reka Bentuk Interaksi Perisian 73

5.8.5 Pencapaian Pelajar Sebelum dan

Selepas Menggunakan Perisian 74

5.8.6 Pencapaian Pelajar Selepas

Menggunakan Perisian Mengikut Jantina 74

5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.10 Rumusan 75

5.11 Penutup 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 83

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Ringkasan Prosedur Penyelidikan 43

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Populasi 44

3.2 Taburan Responden 44

3.3 Agihan Item Mengikut Konstruk 46

3.4 Penggunaan Skala Likert Empat Mata 47

3.5 Nilai Alpha Mengikut Konstruk dan

Nilai Alpha Keseluruhan 49

4.1 Bilangan Responden 54

4.2 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Objektif Perisian 55

4.3 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Isi Kandungan Perisian 56

4.4 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Antaramuka Perisian 56

4.5 Min Bagi Persepsi Responden Terhadap

Kesesuaian Reka Bentuk Interaksi Perisian 57

4.6 Pencapaian Pelajar Sebelum dan Selepas

Menggunakan Perisian 58

4.7 Analisis Data Pencapaian Pelajar

Menggunakan Ujian T 59

4.8 Pencapaian Pelajar Lelaki dan Perempuan

Sebelum dan Selepas Menggunakan Perisian 60

4.9 Analisis Data Pencapaian Ujian Pos Pelajar

Lelaki dan Perempuan Menggunakan Ujian T 61

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI SIMBOL

N Bilangan

MSC Multimedia Super Corridor

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

ICT Information Communication Technology

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

CBTL Computer-Based Teaching and Learning

CD-ROM Compact Disk-Read Only Memory

CAI Computer Aided Instruction

KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS Statistical Package for Social Science

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 83

B Borang Penilaian Perisian Multimedia 84

Soalan Ujian Pra-Pos 86

C Hasil Analisis Data Menggunakan SPSS 90

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Mungkin ‘Pendidikan Alaf Baru’ adalah frasa yang lebih tepat untuk

menerangkan senario pendidikan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan

ini. Senario ini memperlihatkan perbezaan yang sungguh ketara jika dibandingkan

dengan era pendidikan dahulu. Hasil dari evolusi dalam pendidikan itu sendiri maka

umum perlu akur dengan inovasi yang dicipta. Kini komputer mendominasi semua

bidang dalam kehidupan sehari-harian bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah

merangkumi bidang-bidang lain seperti perbankan, perubatan, perundangan,

penyelidikan dan pembangunan (R&D), hiburan dan sebagainya. Dalam bidang

pendidikan, pembelajaran berbantukan komputer telah mencetuskan satu dimensi

baru.

Projek Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC)

yang telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

Mohamed pada 1 Ogos 1996 adalah satu inisiatif bertaraf antarabangsa yang

bertujuan untuk membantu mempercepatkan kemasukan Malaysia ke era maklumat

dan seterusnya menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara

maju di dunia. Bertitik tolak daripada pembangunan Koridor Raya Multimedia

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

(MSC) ini, maka paradigma dalam bidang pendidikan turut sama berubah apa bila

Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdananya.

Perkembangan ini sejajar dengan wawasan dan aspirasi negara untuk menjadi sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) berhasrat untuk menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) dalam pendidikan amnya serta proses pengajaran dan

pembelajaran khususnya melalui Sekolah Bestari (KPM, 2003).

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem

pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan pelajar

dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan

teknologi sebagai pengupaya. Matlamat penubuhan Sekolah Bestari adalah untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia

dan melahirkan generesi yang mampu menghadapi cabaran Wawasan 2020 (Mok,

2002).

Hakikatnya penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan

bukanlah sesuatu yang baru, tetapi telah lama diperkenalkan sejak awal tahun 60-an

lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Namun

dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia mula memperkenalkan

konsep pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dalam kurikulum sekolah pada

tahun 1995 (Norhashim Abu Samah et al, 1996).

Pelaksanaan Sekolah Bestari mengambil kira semua inisiatif ICT yang sedia

ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan

wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan

pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor

dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah

sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal

komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian Internet

berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet (KPM, 2006).

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

Kini pembangunan sumber dan teknologi maklumat telah kian berkembang

dengan pengenalan pembelajaran berbantukan komputer yang melibatkan pembinaan

pengetahuan, membuat ekperimen serta penjelajahan berkaitan dengan topik yang

dapat dilakukan dengan bantuan teknologi komputer (Zaleha dan Zamzalina, 2000).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer (Computer-based

teaching and learning materials - CBTL) merupakan satu komponen penting dalam

Sekolah Bestari. Komputer dijadikan sebagai alatan (tool) kepada guru di mana ia

digunakan sebagai ‘smart board’ (Hume, 1999). Persoalannya, adakah semua bahan

dalam CBTL ini berkualiti dan memenuhi objektif pembelajaran? Bagaimana kualiti

bahan pengajaran itu ditentukan?

Kebanyakkan perisian yang terdapat di pasaran tidak berkualiti dan tidak

sesuai dengan pedagogi pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang

dihasilkan tidak selaras dengan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) (Yusuf Hashim, 1997).

Malahan perisian yang ada di pasaran juga tidak mempunyai nilai yang tinggi dari

segi reka bentuk pengajaran dan reka bentuk antaramuka. Prinsip-prinsip ini perlu

digabungkan untuk memastikan penghasilan perisian multimedia interaktif yang

lebih berkesan (Abtar, 1996).

Perisian yang dibangunkan kebanyakannya bersifat tradisi dan tidak

berkualiti kerana sesetengah perisian yang dibangunkan berfungsi menyerupai buku

teks dan hanya membantu pelajar dari segi pemahaman serta perubahan tingkahlaku

secara berperingkat apabila berlakunya suatu proses pembelajaran (Jamalludin dan

Zaidatun, 2001). Pembangunan sesebuah perisian juga sering menumpukan kepada

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

nilai komersial yang menyebabkan kualiti hanya dinilai berdasarkan kualiti media

yang digunakan dan bukannya kepada kualiti nilai pengajaran dan pembelajaran serta

perubahan tingkahlaku pelajar yang ingin dicapai (Rao, 1991).

Tidak dapat dipastikan sama ada perisian yang digunakan di sekolah atau

yang berada di pasaran telah melalui proses penilaian atau tidak. Oleh itu, perisian

seharusnya dinilai kerana ianya merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian seharusnya dilakukan dan penilaian tersebut merangkumi reka bentuk

perisian, pencapaian objektif pembelajaran, aspek pedagogi dan kesahan terhadap

strategi atau kaedah pengajaran tertentu yang telah diaplikasikan dalam sesuatu

perisian (Rosseni dan Norasmah, 2003). Walaupun demikian, dalam kajian ini,

pengkaji hanya menilai perisian berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi

kandungan, reka bentuk antaramuka, reka bentuk interaksi dan kesannya terhadap

pencapaian pelajar selepas menggunakannya.

Pernyataan objektif dalam perisian haruslah spesifik dan tertumpu kepada apa

yang hendak dicapai. Objektif pengajaran dari segi konteks aplikasi multimedia

pendidikan merupakan pernyataan ayat yang jelas, ringkas dan padat tentang

perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna perisian. Dalam erti kata yang

lain, objektif pengajaran merupakan perkara-perkara yang diharapkan berlaku dalam

diri pelajar setelah mereka menjelajahi perisian (Jamalludin Harun et. al, 2001).

Perisian yang baik mestilah memenuhi objektif pembinaan perisian. Ini kerana

perisian akan bertindak sebagai tutor kepada pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ia juga akan menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran yang

baik dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar supaya semua konsep yang

diajar dapat difahami dengan mudah. Untuk memastikan perisian dapat memenuhi

kehendak pelajar maka penilaian perlu dijalankan ke atas perisian tersebut.

Isi kandungan perisian mestilah dapat memenuhi keperluan, minat dan

kebolehan pelajar dan berasaskan kepada kurikulum. Isi kandungan membekalkan

maklumat atau kandungan yang perlu ada dalam perisian untuk memastikan objektif

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

perisian tercapai. Isi kandungan haruslah baik dari segi susunan bahasa, tidak

menampakkan kecenderungan ke arah perkauman dan keagamaan yang boleh

memberikan kesan yang tidak baik kepada pelajar. Penggunaan istilah teknikal dan

istilah komputer mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran. Sekiranya penggunaan

terminologi tidak dapat dielakkan, keterangan terminologi yang digunakan sama ada

melalui bahan bercetak ataupun melalui menu bantuan harus disediakan.

Reka bentuk antaramuka merupakan perkara yang perlu diberi perhatian

dalam perisian kerana antaramuka merupakan perantaraan komunikasi di antara

pengguna dan komputer (Baharuddin Aris et al, 2001).

Reka bentuk interaksi yang berkualiti membolehkan pelajar menentukan

kecepatan pembelajaran mengikut pemahaman dan kemahiran individu (Staley,

1995). Segala bentuk grafik atau butang yang digunakan untuk pelayaran

(navigation) boleh dihubungkan terus mengikut kehendak atau arahan pengguna.

Pakej perisian seboleh-bolehnya memberi kebebasan kepada pelajar untuk

mengulangi pelajaran, menukar tajuk yang ingin dipelajari atau menghentikan

perisian pada bila-bila masa sahaja dengan hanya menekan butang keluar.

Impak perisian terhadap pencapaian pelajar merupakan perspektif utama

dalam menilai keberkesanan perisian. Perisian yang berkualiti memberikan kesan

positif terhadap pencapaian pelajar selepas menggunakan perisian tersebut (Rosseni

dan Norasmah, 2003).

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

1.3 Pernyataan Masalah

Pelbagai perisian telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan

kerjasama pihak swasta. Tindakan para akademik untuk menyediakan pelbagai

bahan pengajaran dalam bentuk edaran (handout) yang boleh dicapai melalui CD-

ROM atau multimedia interaktif harus dipuji (Selvanathan, 2003). Sepanjang projek

rintis Sekolah Bestari sebanyak 1,494 judul perisian bagi mata pelajaran Sains,

Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah dihasilkan. Namun begitu,

tidak semua bahan pengajaran multimedia dalam bentuk CD-ROM ini memberikan

manfaat kepada penggunanya. Oleh itu, kesesuaiannya sebagai satu bahan yang

boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya ditentukan melalui

satu proses penilaian.

Setakat ini, tidak terdapat satu badan, panel, agensi atau persatuan yang sah

diwujudkan semata-mata untuk menyelia dan menilai perisian-perisian yang ada di

pasaran khasnya perisisan pendidikan untuk kegunaan di sekolah-sekolah di

Malaysia. Di peringkat antarabangsa badan atau agensi penilaian seperti Souther

Regional Education Board (SREB), dan Teaching Learning and Technology (TLTC)

telah diadakan (Ismail Zain, 2002).

Maka, di sini pengkaji mengambil satu langkah yang wajar untuk membuat

penilaian terhadap perisian bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two”. Aspek

utama yang akan diteliti dalam kajian ini adalah merangkumi kesesuaian perisian

dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka, reka bentuk interaksi dan

kesannya ke atas pencapaian pelajar selepas mereka menggunakannya.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my€¦mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

i. Mengenalpasti kesesuaian perisian dari aspek:

a. isi kandungan.

b. objektif.

c. reka bentuk antaramuka.

d. reka bentuk interaksi.

ii. Mengenalpasti kesan yang diberikan oleh perisian terhadap

pencapaian pelajar.

iii. Mengenalpasti kesan yang diberikan oleh perisian terhadap

pencapaian pelajar berdasarkan jantina.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:

i. Adakah perisian sesuai dari aspek:

a. objektif

b. isi kandungan

c. reka bentuk antaramuka

d. reka bentuk interaksi.

ii. Apakah kesan yang diberikan oleh perisian terhadap pencapaian

pelajar?

iii. Apakah kesan yang diberikan oleh perisian terhadap pencapaian

pelajar berdasarkan jantina?