borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · perpustakaan universiti teknologi malaysia dibenarkan...

67
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR SEKOLAH SECARA ATAS TALIAN BAGI MODUL PENJAGA SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya ZARIFA BINTI MOHD SIS (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 3 , JALAN DELIMA 2/4, TAMAN DELIMA 1, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR. ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA Nama Penyelia Tarikh: 21 APRIL 2010 Tarikh: 21 APRIL 2010

Upload: dangdien

Post on 15-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR SEKOLAH SECARA

ATAS TALIAN BAGI MODUL PENJAGA

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya ZARIFA BINTI MOHD SIS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 3 , JALAN DELIMA 2/4,

TAMAN DELIMA 1, 81100

JOHOR BAHRU, JOHOR.

ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN

MEGAT ZAKARIA

Nama Penyelia

Tarikh: 21 APRIL 2010 Tarikh: 21 APRIL 2010

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”.

Tandatangan : ……………………………..

Nama Penyelia : EN. MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA

Tarikh : 21 APRIL 2010

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

PEMBANGUNAN SISTEM KEHADIRAN PELAJAR SEKOLAH SECARA

ATAS TALIAN BAGI MODUL PENJAGA

ZARIFA BINTI MOHD SIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : ZARIFA BINTI MOHD. SIS

Tarikh : 21 APRIL 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

iii

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

“Buat yang dikasihi dunia dan akhirat..”

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya penulis telah

dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam pengkhususan Sains Dan

Komputer Serta Pendidikan (Fizik) dengan jayanya. Juga selawat dan salam

buat Rasul junjungan, Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Dengan ikhlasnya penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih kepada En Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria selaku

penyelia projek di atas segala tunjuk ajar dan masa yang diluangkan sepanjang

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Jasamu dikenang selamanya.

Tidak lupa juga ibu dan ayah penulis, yang banyak menghulurkan sokongan,

dorongan, kasih sayang, doa, dan segala-galanya dari dulu hingga kini dan

selama-lamanya.

Akhir sekali penulis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

semua pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu dalam

memberikan tunjuk ajar serta pandangan dalam menghasilkan projek ini secara

langsung atau tidak langsung. Segala jasa kalian moga diberkati oleh yang Maha

Berkuasa.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

v

ABSTRAK

Pihak sekolah mengambil peranan dalam mencatatkan kehadiran pelajar ke

sekolah. Namun, rekod ini jarang diketahui oleh ibu bapa atau penjaga.Oleh itu,

tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk membangunkan satu sistem pemantauan

kehadiran pelajar sekolah secara atas talian bagi modul penjaga. Kumpulan sasaran

bagi pengguna sistem ini merupakan ibu bapa pelajar atau penjaga. Sistem ini

membolehkan ibu bapa atau penjaga menyemak rekod kehadiran anak mereka ke

sekolah. Selain itu, sistem ini juga membolehkan ibu bapa memuat naik sijil

ketidakhadiran pelajar ataupun memberi notis kepada pihak sekolah tentang

ketidakhadiran anak mereka. Struktur pangkalan data yang digunakan adalah Stuktur

Pangkalan Data Relational. Enjin penskriptan Active Server Pages(ASP) digunakan

bagi membina laman web dinamik ini dengan menggunakan Internet Information

Services (IIS) server . Perisian yang digunakan bagi membangun sistem atas talian

ini adalah Microsoft Office Access 2003 , Microsoft Office FrontPage 2003 ,

Macromedia Dreamweaver 8 dan Adobe Photoshop CS2. Diharapkan sistem ini

dapat memberikan manfaat khususnya terhadap ibu bapa dan penjaga dalam

memantau kehadiran anak mereka ke sekolah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

vi

ABSTRACT

The school takes part in recording their student’s school attendance.

However, the records are rarely known by parents or guardians. Hence, the purpose

of this project is to develop an online student attendance monitoring system for

guardians. The target users for this system are parents or guardians of students. The

system allows parents or guardians to check the record of attendance of their children

to school. In addition, this system allows parents to upload certificate or to give

notice of student absences to school about their child's absences. The Relational

Database Structure is the structure that has been used for the database. The Active

Server Pages (ASP) scripting engine has been used to build this dynamic website

with Internet Information Services(IIS) server. The softwares used to develop this

online system are Microsoft Office Access 2003, Microsoft Office FrontPage 2003,

Adobe Dreamweaver 8 and Adobe Photoshop CS2. It is hoped that this online

system may provide benefits to parents or guardians in monitoring the presence of

their children to school.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xi

I PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Matlamat 4

1.4 Objektif 5

1.5 Skop 5

1.6 Kepentingan Projek 6

1.6.1 Ibu Bapa dan Penjaga 6

1.6.2 Guru dan Pihak Sekolah 7

1.7 Definisi 7

1.8 Penutup 9

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

viii

2.2 Sistem Pengurusan Kehadiran Sekolah Secara 11

Manual

2.2.1 Penambahbaikan Sistem Pengurusan 14

Sekolah

2.3 Gejala Ponteng Sekolah 15

2.4 Peranan Ibu Bapa dalam Pengawasan Anak 17

2.5 Memperbaiki Hubungan Guru Dan Ibu Bapa 18

2.6 Pengenalan Kepada Sistem 19

2.6.1 Sistem Pangkalan Data 19

2.6.1.1 Kelebihan Pangkalan Data 20

2.6.2 Struktur Pangkalan Data Relational 21

III REKA BENTUK SISTEM

3.1 Pengenalan 22

3.2 Pemilihan Bahasa Penghantar 22

3.3 Pemilihan Perisian 23

3.3.1 Microsoft Office Access 23

3.3.2 Microsoft Office FrontPage 24

3.3.3 Macromedia Dreamweaver 24

3.3.4 Pelayar Web 25

3.3.5 Adobe Photoshop CS2 25

3.4 Active Server Pages 25

3.4.1 Structured Query Language (SQL) 27

3.4.2 ActiveX Data Objects (ADO) 27

3.5 Internet Information Services (IIS) 29

3.6 Perkakasan 29

3.7 Carta alir Pembangunan Sistem 31

IV PEMBANGUNAN SISTEM WEB

4.1 Pengenalan 32

4.2 Pengurusan Fail dan Penyebaran Sistem Web 32

4.3 Perbincagan Persembahan Sistem Web 33

4.3.1 Login Pengguna 33

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

ix

4.3.2 Halaman Utama 34

4.3.3 Kemaskini Akaun 36

4.3.4 Kemaskini Profail Penjaga 37

4.3.5 Laporan Kehadiran 38

4.3.6 Muat Naik Surat 40

4.3.7 Surat Kenyataan Tidak Hadir 41

4.3.8 Hubungi Kami 42

V KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 43

5.2 Masalah dan Kekangan Semasa Pembangunan 44

5.2.1 Masa 44

5.2.2 Kelancaran Sistem 45

5.2.3 Pengetahuan dan Kepakaran 45

5.3 Kekuatan Sistem 45

5.3.1 Mesra Pengguna 46

5.3.2 Tujuan Asal Pembangunan Sistem 46

5.3.3 Perhubungan 46

5.3.4 Maklum Balas 47

5.3.5 Satu Akaun Bagi Setiap Penjaga 47

5.3.6 Kemaskini Maklumat Penjaga 47

5.3.7 Takwim Sekolah 48

5.4 Kelemahan Sistem 48

5.5 Cadangan 48

5.5.1 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran 48

Dalam Pembangunan

5.5.2 Pengujian dan Penilaian Formal Terhadap 49

Sistem

5.5.3 Aplikasi Paparan Semula Surat 49

5.5.4 Memperluaskan Penyebaran Sistem 49

5.6 Penutup 50

RUJUKAN 51

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

x

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap 12

Pelajar Ponteng Sekolah Berturut dan

Tidak Berturut

3.1 Arahan Komponen ADO 27

3.2 Carta Alir Mengakses Pangkalan Data 28

3.3 Carta Alir Pembangunan Sistem Kehadiran 31

4.1 Paparan Login Pengguna 33

4.2 Paparan Pengesahan Pengguna 34

4.3 Paparan Halaman Utama 34

4.4 Sambungan Paparan Halaman Utama 35

4.5 Paparan Kemaskini Akaun 36

4.6 Paparan Kemaskini Profail Penjaga 37

4.7 Sambungan Paparan Kemaskini Profail Penjaga 37

4.8 Paparan Laporan Kehadiran 38

4.9 Sambungan paparan Laporan Kehadiran 39

4.10 Paparan Muat Naik Surat 40

4.11 Paparan penerimaan fail setelah dimuat naik 40

4.12 Paparan Surat Kenyataan Tidak Hadir 41

4.13 Paparan Penerimaan Surat Kenyataan 41

4.14 Paparan Hubungi Kami 42

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

xi

SENARAI SINGKATAN

ADO - ActiveX Data Objects

ASP - Active Server Pages

CD ROM - Compact Disk Read-Only Memory

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

IIS - Internet Information Services

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

OS - Sistem Operasi

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

RMK6 - Rancangan Malaysia Keenam

RRPP - Pancangan Rangka Pembangunan Negara

SSDM - Sistem Salahlaku Disiplin Murid

STUDM - Sistem Tadbir Urus Disiplin Murid

SQL - Bahasa Pertanyaan Berstruktur

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di

mana ia mula menampakkan pengaruhnya yang tersendiri di dalam kehidupan

manusia. Teknologi yang wujud ini berupaya untuk menjadi sebuah perantara bagi

penyebaran maklumat seperti pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan

sebagainya (Ho Lip Wah, 2006).

Dengan bertambahnya ledakan perkembangan pesat arus teknologi, sektor

pendidikan juga menerima tempiasnya. Teknologi dalam bidang pendidikan ini dapat

dilihat sama ada dalam bidang pembelajaran atau pengurusan pendidikan. Dengan

peningkatan ini, pihak kementerian tampil dalam meringankan beban guru melalui

pelbagai sistem . Ini dapat dilihat melalui sistem e-sekolah . Sistem ini merangkumi

Sistem Maklumat Murid Berkomputer, Sistem Pengurusan Peperiksaan, Sistem

Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem Pentaksiran Lisan

Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar (Wikipedia, 2008).

Kementerian juga perlu tampil selangkah lagi dengan meletakkan sistem-sistem ni

secara atas talian bagi capaian yang lebih mudah dan efisyen.

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

2

Projek yang akan dibangunkan adalah Sistem Kehadiran Pelajar Sekolah

Secara Atas Talian Bagi Modul Penjaga. Ia merupakan sistem yang dibina khas

untuk kegunaan ibu bapa atau penjaga bagi melihat paparan rekod kehadiran pelajar

ke sekolah serta memberi maklum balas.

Selari dengan teknologi yang sedang bergerak rancak, satu perubahan

terhadap sistem kehadiran pelajar perlu diwujudkan memandangkan pengunaan

teknologi yang berleluasa dalam kerja seharian. Kemudahan yang dihasilkan dari

teknologi ini dapat membantu pelbagai pihak dalam menguruskan sesuatu kerja

dengan lebih mudah , sistematik dan lebih efisyen.

Sistem yang akan dibangunkan dapat membantu pelbagai pihak dalam

mengatasi pelbagai permasalahan khususnya kemasukkan dan penyimpanan data .

Di samping itu , ia juga dapat membantu ibu bapa memantau kehadiran anak mereka

ke sekolah. Ini dapat mewujudkan interaksi global antara guru dengan ibu bapa .

1.2 Latar Belakang Masalah

Gejala pelajar ponteng sekolah dewasa ini amat membimbangkan ramai

pihak. Anak-anak bangsa yang ponteng dan melarikan diri ketempat atau pusat yang

tidak sepatutnya memberi gambaran buruk terhadap masyarakat sekeliling, ibu bapa,

guru , sekolah dan pihak kementerian. Malah lebih mudarat lagi, pelajar-pelajar ini

melibatkan diri dalam aktiviti melepak, vandalisme, dadah, judi dan sebagainya.

Remaja yang berperanan sebagai bakal memimpin serta peneraju negara di masa

hadapan pastinya memberi tanda tanya kepada ramai pihak.

Acap kali di akhbar serta media melaporkan peningkatan kes ponteng para

pelajar dan kesannya kepada pelajar dan masyarakat sekitarnya. Terkini, di dalam

Surat Pengurusan Sistem Tadbir Urus Disiplin Murid (STUDM) Untuk Head Count

Kehadiran yang dikeluarkan pada 15 Januari 2010 oleh Pengarah Pelajaran Johor

ada menyatakan bahawa berdasarkan laporan Sistem Salahlaku Disiplin Murid

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

3

(SSDM) bagi tahun 2009 , bilangan pelajar ponteng di negeri Johor meningkat

berbanding tahun 2008.

Berdasarkan Laporan Dewan Rakyat , Parlimen Kesebelas, Penggal Keempat,

Mesyuarat Kedua , Bilangan 39 bertarikh 9 Julai 2007, Dato' Seri Tiong King Sing

menyatakan dalam mengupas isu disiplin pelajar bahawa:

“ Saya berikan contoh iaitu alamat ibu bapa, sekolah pun tiada. Bila hantar

surat yang mengatakan anak mereka ada masalah disiplin. Saya pernah

sendiri menangkap beberapa orang murid yang ponteng. Saya buka dia punya

beg. Surat semua ada di dalam beg. Ini bermakna dia tidak berikan kepada

ibu bapa. Sepatutnya ini surat mesti mahu hantar kepada ibu bapa, jangan

melalui anak ataupun melalui murid-murid tetapi kita sekarang masalahnya

melalui murid”

Tambahan pula Tuan Teng Boon Soon menambah isu ini dengan

mengatakan:

“ Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, dalam pendidikan anak-

anak kita, pendidikan sekolah dan pendidikan ibu bapa memainkan peranan

yang sama penting tetapi kita dapati ramai ibu bapa yang melalaikan

kewajipan mengasuh anak-anak mereka dan menyerahkan bulat-bulat kepada

pihak sekolah sahaja. Soalan saya, apakah strategi selain daripada yang telah

disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah strategi dan

mekanisme yang sedia ada di Kementerian Pendidikan untuk mengabung

jalinkan usaha ibu bapa dan usaha pihak sekolah supaya mereka berganding

bahu untuk menjayakan pendidikan anak-anak mereka”

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memantau kehadiran anak

mereka ke sekolah dalam rangka mengelakkan gejala ponteng. Tidak adil dan tidak

wajar jika hal ini hanya dibiarkan untuk ditangani oleh pihak sekolah sahaja.

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

4

Namun begitu , tidak ada cara yang membolehkan ibu bapa mengetahui status

kehadiran anak mereka ke sekolah . Mereka juga tidak mengetahui statistik

kehadiran anak mereka. Mereka hanya dimaklumkan apabila anak mereka tidak

hadir bagi suatu tempoh yang panjang atau sehingga dikeluarkan surat amaran.

Ibu bapa juga sepatutnya diberi kemudahan untuk menyampaikan maklumat

ketidak-hadiran anak mereka ke sekolah secara bertulis dengan lebih cepat. Ini dapat

memudahkan pihak sekolah mengenalpasti pelajar mereka yang ponteng atau cuti

bersebab.

Oleh itu, satu sistem yang membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau

kehadiran anak mereka ke sekolah perlu diwujudkan .

1.3 Matlamat

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem kehadiran bagi

pelajar ke sekolah secara atas talian di mana sistem ini berupaya untuk membantu

pihak sekolah , guru dan ibu bapa menyimpan data kehadiran secara teratur selain

memudahkan ibu bapa mengesan kedatangan anak mereka ke sekolah dengan cara

yang lebih mudah, cepat dan efektif.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

5

1.4 Objektif

Objektif yang ingin dicapai melalui pembangunan sistem ini adalah seperti

berikut:

i. Membangunkan satu sistem kehadiran pelajar ke sekolah secara atas

talian bagi modul ibu bapa / penjaga.

ii. Menghasilkan paparan yang membolehkan pengguna (ibu bapa / penjaga)

melihat status kehadiran pelajar ke sekolah dan statistik kehadiran.

iii. Menghasilkan ruangan muat naik surat dan pemberitahuan ketidakhadiran

pelajar.

1.5 Skop

Skop projek yang digariskan dalam membangunkan sistem ini adalah :

i. Sistem yang dihasilkan adalah bagi modul paparan ibu-bapa juga penjaga

sahaja.

ii. Sistem yang dibangunkan merangkumi paparan data kehadiran pelajar ke

sekolah melibatkan penjaga yang mempunyai hubungan dengan pelajar

sahaja.

iii. Sistem merupakan aplikasi atas talian.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

6

1.6 Kepentingan Projek

Sistem yang akan dibangunkan merupakan sistem yang berasaskan laman

web yang memberikan kemudahan kepada beberapa pihak.

1.6.1 Ibu Bapa dan Penjaga

Sistem ini dapat membantu ibu bapa untuk memantau kedatangan anak

mereka ke sekolah. Kehadiran anak mereka dapat diketahui setelah guru

memasukkan data kehadiran pelajar ke sekolah.

Statistik kehadiran anak dapat dilihat oleh ibu bapa atau penjaga secara

keseluruhannya. Statistik ini adalah melalui bilangan tarikh hadir dan tidak hadir

pelajar.

Ibu bapa juga boleh memuat naik surat ketidakhadiran anak mereka dan juga

memberikan maklum balas kepada ketidakhadiran anak mereka. Dengan sistem ini,

ia dapat membantu ibu bapa dalam mengawasi kehadiran anak mereka dan justeru itu

ia dapat membantu mengelakkan gejala ponteng.

Ibu bapa atau penjaga juga berupaya untuk memberitahu pihak sekolah

dengan lebih pantas berkenaan ketidakhadiran anak mereka ke sekolah . Dengan ini

akan wujud interaksi antara ibu bapa dan sekolah dalam mewujudkan perhubungan

dua hala yang lebih baik .

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

7

1.6.2 Guru dan Pihak Sekolah

Sistem ini juga memudahkan guru untuk mengesan ketidak hadiran pelajar

yang melebihi tempoh untuk dikeluarkan surat amaran. Head-count kehadiran juga

dapat dikira terus tanpa perlu perkiraan manual. Kelebihan yang diperoleh dari

sistem ini adalah melalui penyimpanan data kehadiran ke sekolah yang lebih

memudahkan pihak sekolah dan guru dengan cara yang lebih teratur dan sistematik.

Guru juga dapat membina perhubungan yang baik dengan ibu bapa melalui

maklum balas yang diterima. Penyimpanan data ketidak-hadiran pelajar juga boleh

dilakukan dengan lebih efisyen. Ini adalah melalui surat yang dimuat turun atau notis

ketidakhadiran yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga.

Secara keseluruhannya, sistem yang akan dibangunkan merupakan suatu

alternatif bagi pihak sekolah dan juga ibu bapa dalam merekodkan kehadiran pelajar

dan juga mengawasi kedatangan pelajar ke sekolah.

1.7 Definisi

i. Pembangunan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pembangunan bermaksud

perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan,

perkembangan, perkembangan, dan sebagainya). Selain itu ia membawa

maksud usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan

mengembangkan). Dari segi pembangunan sistem ini, penulis ingin

membangunkan suatu sistem aplikasi atas talian yang dapat membantu ibu

bapa dalam memantau kehadiran anak mereka.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

8

ii. Internet

Menurut Kamus Dwibahasa Edisi Kedua (2002), Internet adalah

sistem komputer yang mengizinkan berjuta-juta pengguna di dunia untuk

bertukar tukar maklumat. Menurut Hofstetter (2003) pula, Internet merupakan

penyambungan global bagi lebih daripada 109 million buah komputer yang

menggunakan protokol Internet untuk berkomunikasi.

iii. Sistem

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sistem bermaksud

cara atau kaedah untuk melakukan sesuatu, aturan. Sistem di dalam

pembangunan ini merupakan gabungan aturan pengurusan data dengan

perisian komputer yang mampu memproses data secara bermakna.

iv. Ponteng

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua

kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang

munasabah . Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ponteng didefinisikan

sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Istilah ini

tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada

keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes seperti sakit, kemalangan

dan sebagainya.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

9

1.8 Penutup

Sekolah merupakan suatu institusi pendidikan yang berupaya untuk

membangunkan insan yang bakal memimpin negara. Dengan pembangunan era

teknologi, sekolah juga tidak harus ketinggalan . Pembangunan sistem yang bakal

diwujudkan membolehkan interaksi yang berkesan antara guru-guru , ibu bapa dan

antara ibu bapa dan pelajar. Ia juga diharap membantu pengurusan yang lebih efektif

dan efisyen.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Pada masa kini, pengunaan ICT dalam pengurusan organisasi semakin

berkembang maju. Ini dapat dilihat melalui pengenalan sistem pengurusan seperti

e-perdagangan, e-pembelajaran yang meletakkan teknologi dan pendidikan setapak

maju kehadapan. Pengunaan teknologi berupaya untuk memudahkan kerja

pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah organisasi dalam mengurangkan bebanan

kerja.

Justeru itu, bagi memantapkan pengurusan kehadiran pelajar ke sekolah , satu

pembangunan sistem atas talian bakal diwujudkan bagi memenuhi kehendak

pengurusan pendidikan dan juga sebagai pemudah cara dan mengurangkan bebanan

kerja guru dan sebagai tatapan informasi kepada komuniti.

Bab ini akan mengungkap permasalahan dalam sistem kehadiran pelajar ke

sekolah secara manual (tradisional) dengan lebih lanjut serta menjelaskan secara

mendalam keperluan sistem ini dalam komuniti persekolahan. Bab ini juga akan

menerangkan secara ringkas pemilihan sistem serta yang berkaitan dengannya bagi

membangunkan sistem atas talian ini.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

11

2.2 Sistem Pengurusan Kehadiran Sekolah Secara Manual

Sistem kehadiran pelajar sekolah pada kebanyakkan sekolah adalah secara

manual dengan penandaan pada buku kehadiran pelajar. Guru akan menanda dan

penyemakan secara individu akan dilakukan. Statistik kehadiran harian dan bulanan

kelas juga akan dilakukan secara sendirian oleh guru itu sendiri .

Berdasarkan peraturan kehadiran SMK Bandar Mas,Kota Tinggi (Unit ICT,

2010) melalui laman web mereka, tindakan bakal dikenakan kepada pelajar yang

ponteng. Garis panduan tindakan displin pelajar ponteng adalah seperti rajah berikut:

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

12

Carta Aliran Hukuman dan Tindakan TerhadapPelajar Ponteng Sekolah Berturut dan Tidak

Berturut

Tidak Hadir

Khidmat kaunselor

Tidak Hadir Hadir

Khidmat kaunselor

Rajah 2.1 : Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah

Berturut dan Tidak Berturut

Carta Aliran Hukuman dan Tindakan Terhadap Pelajar Ponteng Sekolah Berturut dan

Tidak Berturut

Tidak Hadir

Hadir

Khidmat kaunselor

Tidak Hadir Hadir

Khidmat kaunselor

Tidak Hadir Hadir

Khidmat kaunselor

Guru Kelas mengenalpasti pelajar ponteng ponteng pada akhir waktu

pertama

Guru mengemukakan senarai nama pelajar terlibat

GPK HEM kenalpasti pelajar ponteng

1.SURAT AMARAN PERTAMA

3 hari tidak hadir berturut / 10 hari tidak berturut

2.SURAT AMARAN KEDUA

Hari ke 10 tidak hadir berturut/ hari ke 20 tidak berturut

3. SURAT AMARAN TERAKHIR

Hari ke 17 tidak hadir berturut/hari ke 40 tidak berturut

4. SURAT BUANG SEKOLAH

31 hari tidak hadir berturut/ 60 tidak berturut

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

13

Disini, guru perlu prihatin dengan kedatangan pelajar dan menepati penuh

peraturan yang disediakan. Justeru, adalah menjadi satu kerja tambahan bagi

mengeluarkan surat hasil perkiraan tarikh pelajar ponteng. Ibu bapa juga hanya

termaklum dengan kehadiran anak mereka setelah sekian lama anak mereka ponteng

ke sekolah.

Segala sistem pengurusan kehadiran ini melibatkan pentadbiran pihak

sekolah. Menurut Dwyer ( 1984), pentadbiran dikaitkan dengan tugas mengekalkan

perjalanan sebuah organisasi supaya ia dapat berjalan dengan teratur, kemas dan

tidak kelam kabut. Pihak sekolah seharusnya dibekalkan dengan cara untuk

memudahkan proses menguruskan rekod kedatangan pelajar ke sekolah.

Hussien Mahmod (2008) pula menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa

tugas-tugas pentadbiran ini bercorak rutin, responsif dan kearah menyelesaikan

masalah yang terbit sama ada dari dalam sekolah atau luar sekolah. Di antara tugas-

tugas ini termasuklah mengumpul maklumat, menyimpan rekod, membuat anggaran

belanjawan , menjadualkan tugas-tugas staf serta menempatkan mereka berdasarkan

tugas-tugas tertentu , serta membuat kerja-kerja pengkeranian dan sebagainya. Jelas

Hussien Mahmod (2008) lagi, pengetua seperti ini tidak melakukan sebarang

perubahan di sekolah dari segi fizikal mahupun kurikulum.

Sistem menanda kehadiran yang merupakan suatu rutin harian guru

memerlukan disiplin kerja yang tinggi. Leithwood dan Montgomery (1986)

menyatakan bahawa disiplin kerja adalah salah satu alat untuk mencapai matlamat

sekolah. Ia memerlukan masa dan keefektifan suatu kerja dan kerja yang mudah

adalah lebih mudah bagi objektif itu tercapai. Dengan itu, suatu sistem yang dapat

memudahkan kerja para guru berupaya untuk mencapai matlamat serta objektif

sekolah.

Masalah yang membabitkan kehadiran pelajar dari segi pengurusan adalah

dalam merekod surat akuan cuti bagi guru dan pihak sekolah serta pemberitahuan

ketidak-hadiran pelajar oleh ibubapa atau penjaga. Selain itu , ibu bapa atau penjaga

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

14

tiada cara mudah untuk mereka mengetahui kehadiran anak mereka ke sekolah. Ibu

bapa seharusnya diberitahu dengan lebih awal seandainya anak mereka tidak hadir ke

sekolah.

2.2.1 Penambahbaikan Sistem Pengurusan Sekolah

Menurut Hussien Mahmood (2008) dalam Rancangan Malaysia Keenam

(RMK6) berhasrat untuk meningkatkan mutu dan dan kecemerlangan pendidikan

melalui tiga matlamat utamanya iaitu meningkatkan keberkesanan pengurusan

pendidikan, meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan

lagi peluang mendapatkan pendidikan yang bermutu. Jelas salah satu matlamat

adalah bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pendidikan. Dalam melakukan

perubahan di dalam suatu sistem pengurusan, jika berlaku perubahan sikap, tabiat

dan mengubah cara yang dijalankan oleh sesetengah institusi, maka satu era

percubaan dan pertemuan akan dapat diwujudkan. Dengan cara ini, sebuah institusi

pendidkan boleh maju kerana berlaku proses peningkatan pembelajaran yang lebih

baik hasil penemuan dan sikap inovatif perlu serta mengelakkan daripada

terbelenggu dengan cara atau tindakan yang menjadi amalan .

Disebutkan lagi dalam strategi Rangka Rancangan Pembangunan Pendidikan

(RRPP) 2001-2010 iaitu :

KPM juga akan berusaha meningkatkan pengurusan dan penyenggaraan

perkakasan ICT pada semua peringkat institusi dan meningkatkan kerjasama

dua hala antara institusi pendidikan di KPM dengan masyarakat setempat dan

pihak swasta untuk pembangunan ICT dalam pendidikan.

Berdasarkan Rangka Rancangan Pembangunan Pendidikan (RRPP) 2001-

2010 ini, dapat dilihat bahawa kerajaan sangat dedikasi dalam meningkatkan

pembangunan ICT di dalam pendidikan , tidak terkecuali pengurusan dalam bidang

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

15

pendidikan. Usaha mereka bukan hanya setakat di dalam komuniti pendidikan sahaja

tetapi meluas kepada masyarakat setempat dan juga organisasi luar.

Melalui penulisan Hussien Mahmod (2008), berdasarkan laporan ia

mendapati sesebuah sekolah mengambil masa selama tiga tahun menjalankan

penambahbaikan sekolah secara berterusan sebelum sekolah itu mencapai tahap

plateau, dan mengambil masa empat atau lima tahun untuk berjaya meningkatkan

keberkesanannya. Walaupun penambahbaikkan terhadap sesebuah sekolah

mnngambil masa yang panjang, namun, ia berupaya untuk memudahkan sesuatu

kerja dan memberi kebaikan kepada semua pihak, khususnya pentadbiran, guru,

pelajar dan ibu bapa.

Terbaru , Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan surat bertarikh 5 Januari

2010 yang memperkenalkan ‘Sistem Head Count Kehadiran Murid ‘. Guru digesa

supaya melaporkan head count kehadiran di setiap sekolah ke PPD atau JPNJ. Pihak

sekolah akan memasukkan tarikh, bilangan pelajar dan bilangan pelajar tidak hadir

secara atas talian. Secara kasar, melalui sistem ini didapati bahawa langkah awal

sistem ini dibangunkan menunjukkan keprihatinan pihak jabatan pelajaran dalam

meningkatkan prestasi akademik dan mengurangkan kegala negatif. Namun, pihak

jabatan juga harus mengambil inisiatif untuk memanjangkan sistem pembangunan

yang dibina bukan sahaja untuk pengetahuan pihak jabatan sendiri, malah kepada ibu

bapa atau penjaga pelajar .

2.3 Gejala Ponteng Sekolah

Kelancaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada tahap disiplin

pelajar di sekolah berkenaan. Disiplin pelajar akan mempengaruhi pencapaian dan

juga imej sesebuah sekolah. Dalam kes disiplin persekitaran sekolah termasuklah

merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan

sebagainya.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

16

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995 (5 Sept. 1995) telah

menjelaskan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang

tertinggi peratus penglibatan di kalangan pelajar dan jika pelajar dibiarkan ponteng

sekolah dan ponteng kelas sehingga menjadi tabiat dan amalan, ianya boleh

membawa kesan negatif seperti ketinggalan dalam pelajaran. Oleh itu tindakan yang

sewajar perlu diambil bagi membanteras salahlaku ponteng di sekolah.

Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia

menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar

berlakunya fenomena ini. Perangkaan terkini bilangan pelajar yang terlibat dengan

gejala ponteng sekolah ialah seramai 34,628 orang (Sahrunizam,2004). Meskipun

angka tersebut dianggap kecil berbanding lebih 4 juta bilangan pelajar keseluruhan,

ia tidak boleh dipandang sebelah mata dan dianggap remeh terutama oleh pihak yang

terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan iaitu ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG) serta masyarakat keseluruhan.

Permasalahan ponteng ini dapat dilihat melalui Kementerian Pelajaran yang

mengemukakan cadangan supaya Akta Polis , Akta Kanak-kanak dan Peraturan-

peraturan Pusat Hiburan dipinda bagi member kuasa lebih luas kepada pihak polis

dan sekolah dalam mengambil tindakan ke atas pelajar ponteng (Azman,2005).

Masalah ponteng ini juga dapat dilihat pada Oktober 2004 di Setiu apabila

lima puluh peratus pelajar sebuah sekolah ponteng. Tambahan, sebanyak tujuh puluh

enam pelajar dinegeri itu dibuang sekolah sepanjang sembilan bulan pertama tahun

tersebut.

Kerajaan juga telah mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan

pekeliling kepada pihak sekolah supaya mengadakan program yang menarik minat

pelajar untuk hadir ke sekolah selepas menghadapi pendidikan (Azman,2005).

Walaupun kerajaan khususnya pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk

mengadakan program yang boleh menarik minat pelajar, namun kes ponteng ini

masih berleluasa.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

17

Kekhuatiran bagi masalah ini adalah tatkala gejala ponteng ini disusuli

dengan salah laku disiplin yang lain seperti vandalisme, dadah dan sebagainya. Kes-

kes seperti ini haruslah dielakkan daripada merebak bermula dari institusi

kekeluargaan .

2.4 Peranan Ibu Bapa dalam Pengawasan Anak.

Dalam menangani masalah ponteng, ibu bapa memainkan peranan penting

dalam dalam mengawasi anak mereka ke sekolah.

Kerajaan menegaskan supaya ibu bapa memantau anak mereka.Menurut

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang merupakan Menteri Pelajaran ketika itu

menyatakan bahawa tidak adik bagi ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada

guru dan pihak sekolah semata-mata. Ibu bapalah yang menetukan sama ada anak-

anak terdidik nilai-nilai murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan

dengan segala gejala negatif di luar rumah. (Mingguan Malaysia,2006)

Menurutnya lagi dalam Berita Minggu (17 Oktober 2008) , banyak insiden

ponteng yang dikenal pasti kementeriannya mendapati ibu bapa gagal memastikan

anak mereka ke sekolah atau langsung tidak mengetahui di mana anak mereka

berada. Isu disiplin dan ponteng tidak wajar diserahkan kepada guru dan pihak

sekolah sahaja, ibu bapa turut mempunyai peranan.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-

anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan juga pada ketiga yang sama selamat

sampai ke sekolah.

Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anaknya

tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan kompleks membeli belah

jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

18

Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung

dengan pihak sekolah, sering bertanyakan rakan anak-anak atau pemandu bas serta

juga perlu selalu melihat apa yang terkandung dalam beg sekolah anak-anak.

Apa yang terkandung di dalam beg sekolah boleh memberi jawapan sama ada

anak ke sekolah atau tidak pada hari berkenaan. Bukti anak ke sekolah boleh dilihat

menerusi buku latihan atau nota yang tentunya mempunyai tarikh sementera dalil

menunjukkan pelajar melencong ke tempat lain ialah adanya 'seragam simpanan'

dalam beg mereka.

Dengan wujudnya sistem kehadiran atas talian ini, ibu bapa berupaya untuk

menyemak kehadiran anak mereka ke sekolah dan terus memaklumkan kepada guru

sebarang pemberitahuan dan permasalahan. Surat menyurat juga boleh dilakukan

terus dengan cara yang sistematik dan tersusun dan mudah dicapai .

2.5 Memperbaiki Hubungan Guru Dan Ibu Bapa

Komunikasi antara guru dan ibu bapa adalah penting bagi meningkatkan

produktiviti anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Berger(1983) menyatakan

bahawa:

“It is generally agreed that education in the local public schools can be

achieved best when parents, the community and the schools all work

together.”

Jelasnya, pendidikan di sekolah berkesan apabila ibu bapa, masyarakat

sekeliling dan sekolah bekerjasama. Bebanan guru dan sekolah tidak seharusnya

dilepaskan begitu sahaja. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya bekerjasama dalam

memastikan pembangunan pelajar yang sihat. Aktiviti pertukaran maklumat antara

guru dan ibu bapa dapat dapat memperbaiki serta mengeratkan hubungan dan dapat

mengelakkan komunikasi yang terganggu. Hari terbuka yang dilakukan di sekolah-

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

19

sekolah dapat memperbaiki hubungan ini, namun ia tidak mencukupi. Pertukaran

serta perkongsian maklumat yang lebih kerap perlu dilakukan. Dengan

pemberitahuan melalui capaian mudah atas talian, guru dan ibu bapa dapat

memperbaiki hubungan ini demi kepentingan pelajar.

Berger(1983) juga meringkaskan cara-cara untuk memperbaiki hubungan

untuk memantapkan pendidikan . Antaranya :

i. Komunikasi yang baik.

ii. Memperbanyakkan perbincangan.

iii. Menjemput sukarela.

iv. Merancang hari pertemuan

Secara ideanya , antara elemen utama dalam mencapai keberkesanan

hubungan antara guru, sekolah dan komuniti antaranya termasuklah dengan

mewujudkan perbincangan antara guru dan ibu bapa, lawatan ke sekolah dan

melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.

2.6 Pengenalan Kepada Sistem

2.6.1 Sistem Pangkalan Data

Kehadiran teknologi maklumat membantu penyusunan data dan maklumat

yang dahulunya disimpan dalam almari kabinet . Masalah yang akan timbul tanpa

teknologi maklumat adalah apabila jumlah fail atau rekod bertambah banyak , proses

penyusunan dan penyimpanan semakin sukar dikendalikan. Oleh itu , pangkalan data

berfungsi mengurus serta mengendalikan data-data di dalam sesebuah sistem

pengurusan maklumat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,2001)

Pangkalan data merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan

untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta. Maklumat tersebut dihubungkaitkan

dengan sesuatu perkara atau tujuan (BPG,2001). Antara perisian sistem pangkalan

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

20

data yang utama ialah dBase, File Maker Pro, Fox Pro, Oracle SQL, Microsoft

Access dan sebagainya.

Untuk menjadikan data didalam sesebuah pengkalan data bermakna,

pangkalan data haruslah tepat, lengkap dan teratur dimana data boleh dipanggil

kembali dalam format yang diperlukan (Harrington, 1998). Di sini, amatlah perlu

bagi sesebuah pangkalan data itu direka dengan tepat dan tersusun bagi

mengelakkan masalah akibat reka bentuk pangkalan data yang lemah.

2.6.1.1 Kelebihan Pangkalan Data

Sistem pangkalan data mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan

penyimpanan data secara manual(tradisional).

i. Kebolehan untuk mencapai sesuatu data dan maklumat yang dikehendaki

dengan lebih tepat dan pantas.

ii. Meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,

pengintegrasian dan perkonsian data dan mengurangkan penyelenggaraan

program.

iii. Boleh menyisih data mengikut cara yang ditentukan oleh pengguna

seperti dalam susunan abjad atau kriteria lain dengan cepat dan pantas.

iv. Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna,

misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain seperti tarikh,

tempat dll. Data ini boleh dilhat pada skrin komputer ataupun

dicetak.

v. Boleh dikemaskini dengan mudah.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

21

vi. Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti

yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baru seperti menerusi CD ROM,

internet dan lain-lain.

2.6.2 Stuktur Pangkalan Data Relational

Dalam menyediakan pangkalan data, struktur pangkalan data harus

diwujudkan. Antara struktur yang ada popular wujud ialah Flat File Database,

Relational Database, Hierarchical Database, Network Database dan Object-

Oriented Database.

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menguruskan data dalam pangkalan

data, pangkalan data relational adalah yang paling efektif (Microsoft Corporation,

2010).

Relational Database merujuk kepada satu sistem pangkalan data yang

dibangunkan hasil gabungan pelbagai rangkaian (Harrington,1998). Menurut

Harrington (1998) lagi , dalam set teori mathematik , relation adalah definisi

gabungan jadual (table) antara lajur (column) dan baris (row). Di sini, perkataan

jadual digunakan sinonim dengan relation.

Menurut Jamaluddin & Zaidatun (2001), pangkalan data dibayangkan sebagai

sebuah almari , manakala setiap laci di dalam almari tersebut mewakili jadual, dan

setiap laci menyimpan maklumat yang berbeza. Bagi menghubungkan setiap laci,

satu set maklumat sepadan perlu berada di dalam laci tersebut.

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

BAB III

REKABENTUK SISTEM WEB

3.1 Pengenalan

Rekabentuk sistem secara atas talian akan diterangkan secara mendalam

menerusi bab ini. Antara yang bakal dikupas dalam bab ini adalah bahasa

penghantar, sistem perisian, perkakasan dan carta alir pembangunan sistem. Segala

aspek yang berkaitan dengan sistem perlu dirancang dan dilakukan secara teliti dan

terperinci. Ini bertujuan untuk mendapat jaminan kualiti yang baik dan efektif serta

memudahkan perancangan bagi membangunkan sistem .

3.2 Pemilihan Bahasa Penghantar

Bahasa penghantar yang akan digunakan dalam sistem kehadiran atas talian

ini ialah Bahasa Melayu . Ini adalah bersesuaian dengan sistem pengurusan sekolah

dan juga merupakan bahasa utama di Malaysia. Pengunaan bahasa melayu sebagai

bahasa penghantar dalam medium pembangunan atas talian ini juga memudahkan

pengguna lain.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

23

Namun begitu, sistem ini tidak terikat sepenuhnya dalam bahasa malayu.

Terdapat juga bahasa inggeris yang digunapakai secara meluas di dalam laman

sesawang. Misalnya, istilah email , login dan beberapa istilah yang lebih mudah

difahami daripada ubah alih bahasa.

3.3 Pemilihan Perisian

Subtopik ini akan menerangkan dengan lanjut perisian-perisian yang

digunakan bagi membangunkan sistem kehadiran atas talian ini.

3.3.1 Microsoft Office Access

Microsoft Office Access ialah sebuah perisian pangkalan data secara

elektronik yang berkuasa dalam membantu menyusunatur maklumat mengikut

keperluan melalui pangkalan-pangkalan data. Access adalah satu perisian pangkalan

data yang bersifat RDBMS (Relational Database Management Sistem). Access dapat

menyimpan dan mencapai data/maklumat berdasarkan perhubungan atau perkaitan

yang ditakrif oleh pengguna (BPG,2001).

Pangkalan-pangkalan data ini memudahkan lagi pembentukkan sistem

berkomputer di mana data-data akan disimpan sebagai rekod ke dalam sebuah atau

beberapa jadual (table). Dan hasil-hasil darinya akan membantu meningkatkan mutu

kerja dan produktiviti dimana kerja–kerja boleh dilakukan dengan lebih efektif dan

efisyen.

Microsoft Access mudah diintegrasikan dalam perisian lain yang sering kali

diguna pakai di sekolah seperti Micrososft Word, Microsoft Excel dan sebagainya. Ia

juga boleh digunakan oleh pengguna dari pelbagai aras kemahiran sehingga pada

yang berkemahiran tinggi. Ini sesuai bagi golongan guru .

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

24

Microsoft Access juga mempunyai keupayaan mengimport dan mengeksport

data dalam berbagai format yang lazim digunakan untuk menyimpan data. Selain itu,

ia memudahkan penyediaan laporan kerana data-data boleh dihubungkan dengan

program Windows yang lain.

Walaubagaimanapun, Microsoft Access merupakan perisian pangkalan data

dalam kategori desktop database pakej yang juga perisian sistem pangkalan data

berskala kecil (Jamaluddin & Zaidatun, 2001).

3.3.2 Microsoft Office FrontPage

Microsoft FrontPage adalah perisian membina serta menguruskan tapak web

(Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail ,2002). Ia merupakan penyunting laman web

yang direka khas untuk membina dokumen yang dipaparkan dalam Internet.

Microsoft FrontPage ini berupaya untuk mengedit aturcara dengan lebih mesra

pengguna.

3.3.3 Macromedia Dreamweaver

Dreamweaver merupakan sebuah editor WYSIWYG (What you see is what

you get), yang bermakna seseorang boleh membuka Dreamweaver, menaip,

menyimpan sebagai HTML dan menatap dalam pelayar web (Zak Rulvalcaba, 2003)

Editor ini berfungsi sebagai menyediakan paparan atas talian .Selain itu, ia

juga berfungsi bagi menghasilkan laman web interaktif menerusi kemudahan yang

disediakan dengan lebih mudah dan pantas berbanding dengan menggunakan kaedah

pengunaan bahasa skrip.

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

25

3.3.4 Pelayar Web

Mozilla Firefox 1.0 atau Internet Explorer 6.0 dan keatas merupakan aplikasi

sesawang bagi membolehkan pengguna melihat paparan semasa dan sebelum dimuat

naik ke atas talian. Pelayar web ini juga adalah untuk membolehkan pembangun

melihat perjalanan sistem melalui http://localhost .

3.3.5 Adobe Photoshop CS2

Dalam pembangunan sistem kehadiran atas talian ini, tidak banyak elemen

multimedia khususnya grafik yang perlu dimasukkan ke dalam web. Namun begitu,

untuk mengelakkan sistem atas talian yang membosankan, sedikit sahaja elemen

grafik dimasukkan ke dalam web. Perisian Adobe Photoshop CS2 digunapakai bagi

membina grafik-grafik dalam sistem ini.

3.4 Active Server Pages (ASP)

ASP ialah pembangunan aplikasi web yang dikeluarkan oleh Microsoft bagi

membolehkan pengaturcara membina laman web dinamik , aplikasi sesawang dan

juga servis sesawang (Wikipedia).

ASP ialah bahasa skrip sebelah pelayan web yang mengandungi atur cara

bagi memaparkan maklumat yang bersifat dinamik (Mohd Shahizan et al,2006). Oleh

sebab ASP merupakan pengaturcaraan sebelah pelayan, maka ASP dapat bekerja

pada semua pelayar web seperti Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator dan

Opera .

ASP boleh dihasilkan dengan menggunakan bahasa skrip seperti

VBScript,Jscript dan Javascript. Kod atau skrip ASP boleh dibina menggunakan

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

26

perisian Notepad atau dengan menggunakan sistem sokongan perisian lainnya seperti

Homesite, Microsoft Visual Indev, Adobe Dreamweaver CS3 dan sebagainya.

ASP merupakan pilihan yang dicadangkan memandangkan ianya lebih

mudah diuruskan dan dipelajari. ASP juga merupakan teknologi yang sewajarnya

diberi perhatian bagi mereka yang bekerja dalam sistem persekitaran Windows.

(Jamaluddin & Zaidatun, 2002).

Untuk membolehkan pembangunan skrip ASP ini, komputer perlulah

bertindak sebagai server atau sistem pelayan. Oleh itu , perisian Microsoft Internet

Informational Server (IIS) perlu digunakan .

Dalam membangunkan serta mengekalkan laman web yang dinamik dan

interaktif serta berupaya untuk mengakses pangkalan data bagi enjin perskriptan ASP

ini, pembangun juga perlu mempunyai asas dalam SQL (Structured Query

Language) dan ADO (ActiveX Data Objects).

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

27

3.4.1 Structured Query Language (SQL)

Satu bahasa yang dihasilkan dari pembangunan model data hubungan adalah

Bahasa Pertanyaan Berstruktur atau singkatannya SQL (Structured Query

Language). Berdasarkan Rahmat Hidayat (2007) , sebagai satu bahasa, SQL

mempunyai dua komponen iaitu:

i. Bahasa Takrifan Data (Data Definition Language) untuk mentakrifkan

struktur pangkalan data. Create Table adalah bagi membuat jadual pangkalan

data yang baru, Alter Table bagi mengubah struktur jadual yang sudah ada ,

Drop Table berfungsi untuk menghapuskan jadual manakala Create membuat

indeks secara pencarian kunci dan Drop Index untuk menghapuskan indeks.

ii. Bahasa Pengolahan Data (Data Manipulation Language) adalah untuk

mencapai dan mengemaskini data. Select bagi mengekstrak bahagian-

bahagian data yang perlu ditampilkan, Update bagi menegemaskini dan

mengubah data , Delete, menghapuskan data dan Insert Info bagi meletakkan

data baru ke dalam jadual.

3.4.2 ActiveX Data Objects (ADO)

ADO atau ActiveX Data Objects dikenali juga sebagai Komponen Pelayan

ActiveX. Komponen pelayan Active X diperlukan bagi mencapai pangkalan data dan

juga program lain (Iskandar Ab Rashid & Zaitun Ismail 2002). Komponen pelayan

ActiveX ini digunakan dalam laman ASP dengan menaip arahan seperti rajah di

bawah:

Set Conn = Server.CreateObject (“ADODB.Connection”)

Rajah 3.1: Arahan Komponen ADO

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

28

Arahan ini akan menyebabkan pelayan memanggil komponen pelayan

ActiveX.

ADO menyediakan tiga objek utama yang digunakan untuk berinteraksi

dengan pangkalan data iaitu The Connection object, The Recordset object dan The

Command object (Keith Morneau dan Jill Batistick,2001). The Connection object

menyediakan pembangun dengan antaramuka untuk sambung ke sumber data. The

Recordset object pula memberikan antara muka yang menghantar query

menggunakan SQL dan memberikan hasil query. Manakala The Command object

pula memberikan antaramuka untuk menghantar query dan menerima keputusan .

Langkah-langkah bagi mengakses pangkalan data dari muka ASP menurut

Refsnes Data adalah seperti carta alir di bawah:

Rajah 3.2 : Carta alir mengakses pangkalan data

Membuka sambungan pangkalan data

Membina ADO recordset

Membuka recordset

Mengekstrak data yang diperlukan dari recordset

Menutup recordset

Menutup sambungan

Membina sambungan ADO ke pangkalan data

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

29

3.5 Internet Information Services

Microsoft Internet Information Services merupakan satu set bagi

perkhidmatan berasaskan Internet untuk pelayan menggunakan Microsoft Windows.

Ariel G. Saputra (2009) menyatakan bahawa ASP idealnya berjalan di dalam mesin

dengan platform Microsoft, Internet Information Server (IIS) adalah web server

bawaan Microsoft Windows dan diedarkan pada aplikasi OS Windows, di dalam

web server inilah skrip ASP berfungsi dengan paling baik.

3.6 Perkakasan

Perkakasan merupakan komponen utama dalam membangunkan sistem selain

perisian. Ia terbahagi kepada dua iaitu perkakasan bagi pembangunan sistem dan

perkakasan bagi paparan sistem atas talian.

Perkakasan bagi pembangunan sistem:

Pemprosesan : Intel Pentium III Processor atau bersamaan +800 Mhz

Ingatan Utama : 256 MB Ram

Ruangan Storan : 30 GB

Resolusi : 1024 x 768

Peranti Input : Papan kekunci dan Tetikus

Akses Tambahan : Kemudahan Internet

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

30

Perkakasan bagi paparan atas talian:

Pemprosesan : 486 X 25 Mhz

Ingatan Utama : 8MB Ram

Ruangan Storan : 1.2 GB

Resolusi : 640 x 480

Peranti Input : Papan kekunci dan Tetikus

Akses Tambahan : Kemudahan Internet

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

31

3.7 Carta Alir Pembangunan Sistem

Menu

Edit Profail

Muat naik

surat

Notis

ketidakhadiran

Profail akaun

Papar Profail

Login

Papar Laporan

Profail penjaga

Edit Profail Papar Profail

Papar

Hubungi

Kami

Rajah 3.3 : Carta alir Pembangunan Sistem Kehadiran

Statistik

Papar Surat yang

telah muat naik

Papar terima notis

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

BAB IV

PEMBANGUNAN SISTEM WEB

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai pembangunan sistem kehadiran

secara atas talian yang berjaya dihasilkan oleh pembangun. Sistem ini telah dibina

menerusi beberapa peringkat pengubahsuaian dan pengaturcaraan yang rapi oleh

pembangun. Sistem atas talian ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar .

4.2 Pengurusan Fail dan Penyebaran Sistem Web

Pada peringkat awal fasa pembangunan sistem laman web ini, pengkaji telah

mengumpulkan data-data yang bersesuaian dengan sistem kehadiran untuk

dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data . Pangkalan data ini dihasilkan daripada

perisian Microsoft Office Access 2007. Enjin penskriptan yang digunakan adalah

Active Server Pages (ASP). Setelah sistem berjaya dibangunkan , kini sistem

diletakkan pada atas talian. Sistem kehadiran ini dapat dilihat di alamat

http://jmp2.fp.utm.my/student/zarifa/default.asp

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

33

4.3 Perbincangan Persembahan Sistem Web

Subtopik bab ini akan membincangkan persembahan antaramuka yang

terdapat di dalam sistem pembangunan laman web ini. Antara antaramuka yang akan

dibincangkan ialah Login Pengguna, Halaman Utama,Kemaskini Akaun , Kemaskini

Profail Penjaga, Laporan Kedatangan, Muat Naik Surat, Surat Kenyataan Tidak

Hadir , dan Hubungi Kami.

4.3.1 Login Pengguna

Login Pengguna merupakan halaman pertama yang akan diakses oleh

pengguna. Terdapat dua login iaitu admin dan penjaga. Penjaga merupakan modul

utama bagi pembangunan sistem ini.

Rajah 4.1 : Paparan Login Pengguna

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

34

Rajah 4.2 : Paparan Pengesahan Pengguna

4.3.2 Halaman Utama

Selepas berjaya untuk memasuki sistem, pengguna akan ke paparan utama

laman.

Rajah 4.3 : Paparan Halaman Utama

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

35

Rajah 4.4 : Sambungan Paparan Halaman Utama

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

36

4.3.3 Kemaskini Akaun

Kemaskini akaun merupakan laman di mana pengguna (penjaga) boleh

menukar maklumat akaun seperti email dan juga katalaluan bagi tujuan keselamatan

data.

Rajah 4.5 : Paparan Kemaskini Akaun

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

37

4.3.4 Kemaskini Profail Penjaga

Segala butir penjaga akan dipaparkan di muka ini. Penjaga boleh

mengemaskini maklumat butir diri mereka terhadap sebarang perubahan.

Rajah 4.6 : Paparan Kemaskini Profail Penjaga

Rajah 4.7 : Sambungan Paparan Kemaskini Profail Penjaga

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

38

4.3.5 Laporan Kehadiran

Laporan bagi kehadiran pelajar akan dipaparkan dalam muka ini. Penjaga

dapat mengenalpasti kehadiran anak mereka dalam muka ini. Bagi penjaga yang

mempunyai anak yang belajar di sekolah lebih dari seorang, maka, laporan kesemua

bilangan anak akan dipaparkan dalam laman ini.

Rajah 4.8 : Paparan Laporan Kehadiran

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

39

Rajah 4.9 : Sambungan Paparan Laporan Kehadiran

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

40

4.3.6 Muat Naik Surat

Surat , sijil kesihatan dan segala dokumen ketidakhadiran pelajar boleh

dimuat naik dalam sistem ini.

Rajah 4.10 : Paparan Muat Naik Surat

Rajah 4.11 : Paparan Penerimaan Fail Setelah Dimuat Naik

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

41

4.3.7 Surat Kenyataan Tidak Hadir

Penjaga juga boleh menulis notis ketidakhadiran anak mereka ke sekolah.

Rajah 4.12: Paparan Surat Kenyataan Tidak Hadir

Rajah 4.13: Paparan Penerimaan Surat Kenyataan

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

42

4.3.8 Hubungi Kami

Hubungi kami merupakan bantuan bagi penjaga yang berhadapan dengan

masalah semasa mengakses laman web ini.

Rajah 4.14 : Paparan Hubungi Kami

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Perkara utama yang dititikberatkan semasa membangunkan sistem ini ialah

bagi kemudahan ibu bapa untuk mengetahui status kehadiran anak mereka ke sekolah

serta memudahkan ibu bapa memaklumkan kepada pihak sekolah ketidakhadiran

anak mereka ke sekolah . Sistem ini juga adalah sebagai salah satu langkah untuk ibu

bapa mengawasi anak mereka serta mengatasi gejala ponteng di kalangan pelajar

sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga dapat membina perhubungan baik dengan

guru demi kebaikan pelajar itu sendiri.

Sistem kehadiran atas talian ini dilihat berkebolehan dalam membantu

pengurusan pihak sekolah . Dari modul yang dibangunkan ini, ibu bapa dapat

membantu pihak sekolah dalam mengatasi gejala negatif yang berasal dari gejala

ponteng sekolah.

Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai aspek diambil kira dari segi mesra

pengguna, literasi penjaga dalam aplikasi laman web serta kebolehan penjaga untuk

memeberi respon terhadap aplikasi atas talian. Namun begitu, usaha membangunkan

satu sistem yang menepati segala aspek yang digariskan dan bersesuaian dengan

kehendak dan citarasa pengguna bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

44

faktor yang menjadi kekangan dalam membangunkan sistem ini. Antara faktor

tersebut ialah kekangan dari aspek masa,teknikal, kepakaran dan sebagainya.

Oleh yang demikian, bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut faktor-

faktor yang menjadi kekangan semasa membangunkan sistem in. Selain itu, bab ini

juga menyentuh kelebihan dan kekurangan sistem yang telah dibangunkan .

Cadangan untuk meningkatkan tahap kualiti sistem untuk pembangunan masa depan

juga dikupas di dalam bab ini .

5.2 Masalah dan Kekangan Semasa Pembangunan

Dalam menghasilkan sebuah sistem yang menepati kehendak pengguna

seperti mesra pengguna, efektif dan menarik, pelbagai aspek diambilkira.Namun,

terdapat juga halangan yang terpaksa dihadapi oleh pembangun semasa membina

sistem ini seperti kepakaran, masa dan kelancaran sistem.

5.2.1 Masa

Masa merupakan antara kekangan utama dalam perjalanan proses

pembangunan sistem ini. Hal ini sebenarnya berkaitan dengan kepakaran dalam

pengendalian pembangunan sistem ini.

Kebanyakkan masa diperuntukkan dalam mendapatkan maklumat dalam

membangunkan sistem ini, memahirkan diri dalam sistem-sistem bagi tujuan

pembangunan dan mencari kod-kod program yang sesuai .Disebabkan literasi

pengaturcaraan ASP yang kurang pada pembangun ,banyak masa digunakan dalam

kaedah cuba jaya bagi mendapatkan hasil atau paparan yang diperlukan.

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

45

5.2.2 Kelancaran Sistem

Dalam membangunkan sistem ini, pelbagai ilmu harus diperolehi .

Pembangun sistem ini harus mengetahui dengan lebih lanjut tentang pangkalan data

atau Microsoft Access yang rata-rata digunakan di sekolah, namun tiada dalam

silibus fakulti. Pembangun juga harus mendalami ilmu bahasa penskriptan ASP dan

mempelajarinya sendiri serta dibantu oleh penyelia. Selain itu,asas dalam

pengetahuan bahasa pengaturcaraan Javascript dan Virtual Basic amat diperlukan .

5.2.3 Pengetahuan dan Kepakaran

Kepakaran dan pengetahuan dalam membina sistem ini amat penting bagi

memastikan produk yang dihasilkan berkualiti tinggi dan menepati segala aspek

yang dikehendaki. Justeru, pengetahuan dari segi teori sehingga aplikasi

amat diperlukan supaya aliran sistem tersusun dan sistematik.

Dalam membangunkan sistem ini, kaedah cuba dan jaya sering digunakan

dalam penghasilan sistem. Kurangnya kepakaran dalam pembinaan sistem ini

melambatkan proses pembangunan sistem kehadiran atas talian ini.

5.3 Kekuatan Sistem

Walaupun terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi semasa membina

sistem ini, namun terdapat juga kelebihan dan keistimewaan yang didapati

daripadanya.

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

46

5.3.1 Mesra Pengguna

Sistem atas talian ini merupakan satu sistem yang mesra pengguna. Tidak

banyak navigasi yang perlu diterokai oleh pengguna dan sindrom “sesat ” tidak

mungkin terjadi. Segala keperluan pengguna boleh diperolehi daripada pautan sisi

yang telah disediakan.

Dari antaramuka skrin, dapat dilihat bahawa sistem ini kemas dan tidak

berlaku pertindihan grafik yang banyak. Oleh itu, web ini tidak memerlukan masa

yang panjang untuk dipaparkan.

5.3.2 Tujuan Asal Pembangunan Sistem

Dari tujuan asal pembangunan sistem ini, kelebihan sistem ini adalah dari

tujuan asal oembangunan sistem itu sendiri. Dengan membangunnya sistem ini, ia

dapat membantu ibu bapa melihat status kehadiran anak mereka. Jika terdapat

sebarang masalah seperti kes ponteng atau penculikan dapat ditangani dengan segera.

Ibu bapa juga terlibat sama dalam pembangunan sahsiah pelajar dalam mengelakkan

gejala yang tidak sihat .

5.3.3 Perhubungan

Ibu bapa atau penjaga berupaya untuk mengemaskini data mereka jika

terdapat sebarang perubahan alamat, no telefon atau pekerjaan. Ini memudahkan

pihak sekolah berhubung dengan ibu bapa atau penjaga jika terdapat sebarang

masalah.

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

47

5.3.4 Maklum balas

Ibu bapa atau penjaga juga berupaya untuk memberi maklum balas keatas

ketidak hadiran pelajar ke sekolah secara terus-menerus, pantas dan mudah. Ini

dibenarkan melalui dua cara, sama ada memuatnaik surat seperti surat cuti sakit atau

surat kematian serta memberi notis ketidakhadiran anak mereka secara atas talian

kepada sekolah.

Melalui cara ini juga, kehilangan data dari penggunaan kertas dapat dielakkan

dan data lebih tersusun dan sistematik.

5.3.5 Satu Akaun bagi Setiap Penjaga

Kebiasaannya, seorang penjaga memerlukan satu akaun bagi setiap anak.

Bagi sistem ini, seorang penjaga hanya memerlukan satu akaun bagi sebilangan anak

mereka dalam sesebuah sekolah. Dengan ini, penjaga tidak perlu untuk login dan

sign out beberapa kali untuk mengakses kehadiran setiap anak mereka. Laporan

kehadiran anak mereka tersedia dalam satu laman.

5.3.6 Kemaskini Maklumat Penjaga

Pertukaran nombor untuk perhubungan, alamat malah pekerjaan didapati

amat sukar dikemaskini oleh penjaga dan ibu bapa. Hal ini bakal mendatangkan

masalah kepada pihak sekolah jika berhadapan dengan sebarang kecemasan. Oleh

itu, sistem ini membolehkan ibu bapa untuk mengemaskini data mereka sejurus

selepas perubahan data bagi makluman pihak sekolah.

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

48

5.3.7 Takwim Sekolah

Bagi mewujudkan ibu bapa yang lebih prihatin terhadap aktiviti di sekolah,

menu utama laman ini dilengkapi dengan takwim sekolah. Takwim ini juga dapat

membantu ibu bapa menyelia jadual mereka contohnya seperti Mesyuarat PIBG,

ujian sekolah, peperiksaan sekolah, hari sukan dan sebagainya.

5.4 Kelemahan Sistem

Walaupun sistem ini mempunyai kelebihan, namun terdapat juga kelemahan

dalam sistem ini. Sistem atas talian yang baik haruslah dinilai oleh pihak sekolah,

guru serta ibu bapa. Namun sistem ini hanyalah berasakan laporan sahaja.

5.5 Cadangan

Dalam usaha membangunkan sistem yang lebih baik, berkualiti dan efisyen,

beberapa cadangan bakal diusulkan .

5.5.1 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran dalam Pembangunan

Untuk menghasilkan suatu sistem yang bermutu, penguasaan dan

kepakaran dalam perisian yang digunakan amat penting. Sebagai contoh, perisian

yang mesra pengguna memerlukan banyak aplikasi dan hanya orang yang

mempunyai kepakaran sahaja mampu menghasilkannya. Tambahan lagi, pembangun

juga perlu menguasai bahasa pengaturcaraaan dengan lebih mendalam. Dengan cara

itu, pembangun boleh mengenal pasti kelebihan dan kelemahan setiap bahasa

pengaturcaraan yang digunakan.

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

49

5.5.2 Pengujian dan Penilaian Formal Terhadap Sistem

Bagi memastikan suatu perisian itu dapat digunakan oleh pengguna dengan

efektif dan berkesan, pengujian dan penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti

segala kebaikan dan kelemahan perisian dan seterusnya membolehkan pembangun

membaik pulih sistem kepada yang lebih mesra pengguna dan bermutu tinggi.

5.5.3 Aplikasi Paparan Semula Surat

Dalam meningkatkan kualiti sistem kehadiran ini, paparan semula surat dapat

memudahkan ibu bapa untuk merujuk kembali surat yang telah dihantar kepada

sekolah. Ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan sistem .

5.5.4 Memperluaskan Penyebaran Sistem

Seperti yang diketahui, masyarakat dunia menuju kearah sistem pengurusan

yang lebih sistematik, teratur serta mudah dicapai. Justeru, dengan memperluaskan

lagi sistem ini, ia berupaya membantu pentadbiran skolah, guru serta ibu bapa dalam

urusan pentadbiran dan juga membendung masalah sosial yang negatif.

Sejajar dengan usaha Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengenalpasti

kehadiran pelajar di setiap sekolah, dengan perluasan sistem ini, data yang lebih tepat

dan mudah dapat diperolehi. Bukan hanya pada bilangan pelajar, pihak jabatan juga

boleh mengenalpasti pelajar yang tidak hadir.

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

50

5.6 Penutup

Pembangunan sistem atas talian yang berkualiti memerlukan komitmen dan

kesungguhan yang tinggi dalam pelbagai aspek. Segala ilmu yang dipelajari telah

diaplikasikan dalam menghasilkan sistem ini. Justeru, diharap dengan adanya sistem

atas talian ini menjadi satu alternatif yang boleh membawa kepada kemajuan

pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Disamping itu juga, sistem ini juga diharap boleh memulihkan gejala negatif.

Ianya juga dapat membantu ibu bapa mengambil tahu aktiviti anak mereka di luar

rumah .

Perhubungan antara guru dan ibu bapa sangat penting dalam mendidik

seorang pelajar.Maklum balas dan pertukaran pendapat antara guru dan ibu bapa

yang baik dan pantas dapat membantu proses perkembangan pelajar.

Akhir sekali, diharap pengguna berpuas hati dengan sistem yang telah

dibangunkan.

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

51

RUJUKAN

Ariel G. Saputra (2009).Classic ASP Tutorial Series. Bagian I. Pengenalan .

Akses pada Januari 23, 2010 dari: http://asp.web.id/asp-tutorial-

pengenalan.html

Azman Ismail (2005,24 Disember). Kementerian syor pinda Akta Polis tangani

pelajar ponteng. Utusan Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru (2001).Modul 8: Pangkalan Data Bank Item. Akses

pada September 1, 2009 dari: http://www.tutor.com.my/tutor/bpg/

content.asp?sec=Modul&sub=tmkpnp&i=M8& p=e

Berger.E.H (1983). Beyond The Classroom. England:MOSBY . 39.

Dewan Rakyat Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Bil.39

(2007, 9 Julai) dari: www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-09072007.pdf

Dwyer,D.C (1984).”The search for Instructional Leadership: Routines and Subtitles

in The Principal’s Roles”. Educational Leadership, 41(5).3-8.

Hal Ehwal Pelajar (2010) Kehadiran.Akses pada Oktober,5 2009 dari:

http://www.sripermata.edu.my/kehadiran.php

Hofstetter, F. T. (2003). Internet literacy. 3rd ed. New York: McGraw-Hill Higher

Education.

Ho Lip Wah (2006. Pengaruh Teknologi Maklumat Ke Atas Kehidupan Di Bandar.

Akses pada Oktober 5, 2009 dari :

http://www.hbp.usm.my/methods/RPK534/Information%20Technology.html

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

52

Hussien Mahmod (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah :

Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Iskandar Ab Rashid , Zaitun Ismail (2002). Siri XP: Microsoft FrontPage 2002.

Kuala Lumpur: Venton.3.

Jabatan Pelajaran Johor (2010). Surat: Pengurusan Sistem Tadbir Urus Disiplin

Murid(STUDM )Untuk Head Count Kehadiran.

Jamaluddin Harun & ZaidatunTasir( 2001). Menguasai Perisian Pangkalan Data

Microsoft Access XP Siri 1. Kuala Lumpur: Venton.

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir( 2002) Menguasai Perisian Pangkalan Data

Microsoft Access XP Siri 2. Kuala Lumpur: Venton.

Kamus Dewan (1996). Edisi ke-3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan (2005). Edisi ke-4.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dwibahasa (2002).Edisi Ke-2.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keith Morneau dan Jill Batistick (2001). Active Server Pages . Cambridge :

Thomson Learning .165.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1995). Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995

(5 Sept. 1995.) Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia . Ringkasan Rancangan Pembangunan

Pendidikan 2001-2010. Akses pada Ogos, 17 dari:

http://www.digitalibrary.my/ dmdocuments/malaysiakini/746_Ringkasan%

20Pembang unan%20 Pendidi kan%202001-2010.pdf.

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

53

Leithwood, K.A dan Montgomery,D.J (1986). Improving Principal Effectiveness:

The Principal Profile.Toronto : OISE Press

Lima puluh peratus pelajar sebuah sekolah ponteng.(2004, 15 Oktober ).

Utusan Malaysia.

Microsoft Corporation (2010). Relational Database Components . Akses pada

Februari 7, 2010 dari: http://msdn.microsoft.com/en-us/ library/

aa174501%28SQL.80%29.aspx

Mohd Shahizan, Suraya, Syed Norris dan Lizawati (2006). Pembangunan Aplikasi

Web Menggunakan ASP Active Server Pages. Skudai: Penerbit UTM.

Open Universiti Malaysia. Unit 1:Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL) . Akses pada

September 6,2009 dari : http://fatekma.uthm.edu.my/zamri/ TutorialIT/

DatabaseImplementation/Bab%201.pdf

Pantau anak-anak untuk elak ponteng. (2006,23 April). Mingguan Malaysia.

Rahmat Hidayat (2007). Pengenalan SQL. Akses pada Ogos 20, 2009 dari :

http://rahmat.polinpdg.ac.id/content/view/62/64/

Refsnes Data. ADO Introduction . Akses pada Ogos 13, dari:

http://www.w3schools.com/ado/ado_intro.asp

Rulvalcaba.Z (2003). Macromedia Dreamweaver 4 : Panduan 10 minit. Kuala

Lumpur: Federal Publications.

Sahrunizam Abdul Talib (2004). Mengesan Ciri- ciri Pelajar Ponteng Sekolah.

Akses pada Ogos 17, 2009 dari: http://www.mypendidik.net/portal/

modules.php?name=News&file=article&sid=4

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat

54

Suasana pembelajaran punca ponteng sekolah (2004,17 Oktober). Berita Minggu.

Unit ICT (2010). Kempen Membasmi Ponteng Dan Salah Laku. Akses pada

Januari 2, 2010 dari : http://www.smkbandarmas.edu.my/ basmi_ponteng.htm

Wikipedia. Active Server Pages. Akses pada September 1, 2009 dari:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Active_Server_Pages

Wikipedia,2008. E-sekolah. Akses pada September 15, 2009 dari:

http://ms.wikipedia.org/wiki/E-Sekolah