program kemahiran di kolej kemahiran tinggi … · tesis adalah hakmilik universiti teknologi...

21
PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PASIR MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA DI KALANGAN PELATIH MOHD RIDWAN BIN ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngothien

Post on 17-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA,

PASIR MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA

DI KALANGAN PELATIH

MOHD RIDWAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA,

PASIR MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA DI

KALANGAN PELATIH SESI PENGAJIAN: 2006-2009

Saya MOHD RIDWAN BIN ISMAIL(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 4, KG RAJA, ALOR BAKAT, PM DR. YAHYA BIN BUNTAT 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM Tarikh: 09 APRIL 2009 Tarikh: 20 APRIL 2009 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ..........................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh : 20 APRIL 2009

Page 4: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PASIR

MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA DI KALANGAN

PELATIH

MOHD RIDWAN BIN ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

II

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : MOHD RIDWAN BIN ISMAIL

Tarikh : 09 APRIL 2009

Page 6: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

III

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan arwah ibuku,

Ismail Bin Hamad dan Rahmah Binti Jusoh @ Yusoff serta

Bapa dan ibu mertuaku,

Mohd Zin Bin Hamzah dan Maimon Bin Jamaluddin

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu

diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang

maha mengetahui dan membalasnya .

Teristimewa buat

Isteri yang dikasihi lagi dicintai Normaizura Binti Mohd Zin

Pengorbanan,dorongan dan keikhlasanmu menanti kejayaan dan kepulanganku

Serta

Khas buat anak-anak yang dikasihi

Muhammad Nazrin Hakimi, Nurul Iman Batrisya

dan baby yang bakal melihat alam duniawi

Semoga dengan kejayaan papamu ini menjadi pendorong buat kalian

Seterusnya

Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh dedikasi

Prof Madya Dr. Yahya Bin Buntat

Akhirnya

Rakan-rakan seperjuangan PKPG

Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.

Page 7: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

IV

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, penulis telah

dapat menyempurnakan kajiaan ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih kepada PM Dr Yahya Bin Buntat selaku penyelia projek sarjana muda ini di

atas segala bimbingan , panduan dan pandangan yang diberikan sepanjang proses

penyediaan projek ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan

yang telah tuan berikan.

Akhir sekali penghargaan juga ditujukan buat semua pensyarah dan

kakitangan akademik Fakulti Pendidikan UTM , rakan-rakan 4 SPH Program

Pensiswazahan Guru (PKPG) dan semua yang terlibat sama ada secara langsung

ataupun tidak dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Semoga penyelidikan yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada semua

pihak.

.

Page 8: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

V

ABSTRAK

Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengetahui kesesuaian kursus dan

latihan yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dalam

memberi peluang dan ruang kerjaya kepada lepasan selepas tamat latihan kemahiran.

Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen yang berbentuk data-data

dan maklumat serta temubual secara tidak langsung dari kolej yang dikaji dan

diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Sampel kajian tidak

digunakan dalam kajian ini kerana penyelidik hanya menggunakan data-data dan

maklumat melalui proses menebual yang diperolehi dari tempat kajian. Hasil kajian

ini mendapati kursus dan latihan yang ditawarkan oleh Kolej Kemahiran Tinggi

MARA adalah mencapai tujuan penubuhannya dan berkesan untuk melatih pelatih-

pelatihnya mendapat kemahiran dan seterusnya memperolehi pekerjaan dalam

pelbagai sektor selepas menamatkan pengajian mereka. Kursus-kursus yang

dijalankan telah berjaya menarik minat para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

dan juga bekas pelatih Pusat Giat MARA serta golongan yang telahpun mempunyai

pengalaman bekerja untuk menambahkan lagi kemahiran yang sedia ada. Di dapati

juga, lepasan yang telah berjaya menamatkan kursus telah berjaya menempatkan diri

di pasaran pekerja baik dengan sektor kerajaan ataupun swasta mahupun membuka

perniagaan sendiri dan ada juga yang berjaya menempatkan diri di universiti-

universiti untuk melanjutkan pelajaran. Bagi memantapkan lagi tahap

profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalankan

antara pihak kolej dan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang

dijalankan.

Page 9: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

VI

ABSTRACT

The purpose of this research is to know course and training suitability offered

in Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas in giving career opportunity and space

to graduate after end skills training. In this study, researcher used instrument in the

form of data information and interview indirectly from college looked into and

processed with document analytical method manually. Research sample in studies is

unused because researcher only used data and information through interview process

obtained from study location. These survey results found course and which training

offered by Kolej Kemahiran Tinggi MARA are achieving his establishment objective

and effective to train his trainees get skill and further get job in range of sectors after

graduated. Courses which operate had successfully intriguing Malaysian Certificate

of Education's graduate shelf (SPM) and also Pusat Giat MARA's former trainees

and group have the experience of working to add more present skill. In find out also,

graduate have successfully ended course had fulfill the need of career market with

government sector or private or open own business and were also those succeed to

place oneself in universities to further education. To stabilize more professionalism

level, good relationship workable between college and industry are need to

improving course standard which operate.

Page 10: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

VII

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Objektif Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definasi Istilah 7

Page 11: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

VIII

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 9

2.1 Pengenalan kursus kemahiran 13

2.2 Kronologi Latihan Vokasional 16

2.3 Sejarah Penubuhan 19

Institut Kemahiran Mara

2.3.1 Pengenalan Kolej Kemahiran Tinggi Mara,

Pasir Mas 21

2.4 Objektif Latihan Kemahiran Mara 22

2.5 Struktur Organisasi KKTM 23

2.6 Kursus Yang Ditawarkan 23

2.7 Potensi Kerjaya Pelatih Keluaran

Kolej Kemahiran Mara 28

2.8 Program Yang Didedahkan Sesuai Dengan

Kemahiran Asas Pekerjaan 31

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Rekabentuk Kajian 34

3.2 Kawasan Tempat Kajian 35

3.3 Sampel Kajian 35

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

3.4.1 penelitian dokumen prosedur 36

3.5 prosedur Kajian 37

3.6 Instrumen Kajian 37

3.7 Analisa Data 37

Page 12: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

IX

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Latar Belakang KKTM 40

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 40

4.3.1 Jenis Program Yang Ditawarkan 41

4.3.2 Bilangan Pelatih Mengikut Kursus 42

4.3.3 Pembahagian Kelas Dan Bilangan Pelajar 43

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 43

4.4.1 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina 44

4.4.2 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Kaum 44

4.4.3 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Umur 45

4.4.4 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Kelayakan

Akademik 46

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 46

4.5.1 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan

Bagi Tahun 2006 47

4.5.2 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan

Bagi Tahun 2007 47

4.5.3 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan

Bagi Tahun 2008 48

4.5.4 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan

Bagi Tahun 2006 Hingga 2008 49

4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 49

4.6.1 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang

Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006 50

4.6.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang

Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2007 50

4.6.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang

Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2008 51

4.6.4 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang

Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006-2008 51

Page 13: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

X

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 52

5.1 Rumusan 53

5.2 Perbincangan 55

5.2.1: Apakah Jenis Program Yang Ditawarkan Di

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 55

5.2.2: Golongan Yang Terlibat Dalam Kursus Yang

Ditawarkan Di Kktm 56

5.2.3 Adakah Program Yang Ditawarkan Mempunyai

Prospek Kerjaya 58

5.2.4 Adakah Latihan Yang Ditawarkan Mampu

Memenuhi Pasaran Pekerjaan 59

5.3 Cadangan 61

5.4. Cadangan untuk kajian lanjutan 63

5.5 Penutup 64

RUJUKAN 65

Lampiran A – D 68

Page 14: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

XI

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Taburan Jenis Program 41

2.2 Taburan Bilangan Pelatih 42

3.1 Taburan Pembahagian Kelas Dan Pelajar 43

3.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 44

3.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kaum 44

3.4 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Umur 45

3.5 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kelayakan Akademik 46

3.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2006 47

3.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2007 47

3.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2008 48

3.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2006-2008 49

4.0 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006 50

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2007 50

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2008 51

4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan

Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006-2008 51

Page 15: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

XII

SENARAI SINGKATAN/SIMBOL

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

IT Teknologi Maklumat

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

UTM Universiti Teknologi Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA

IKM Institut Kemahiran Mara

PGM Pusat Giat Mara

KTM Keretapi Tanah Melayu

MSC Koridor Raya Multimedia

NOSH Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

JKR Jabatan Kerja Raya

CAB Central Apparentic ship Board

ILP Institut Latihan Perindustrian

LLPPKK Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan

Ketukangan Kebangsaan

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

IKTBN Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara

GMI German Malaysia Institute

HEA Hal Ehwal Akademik

SKM Sijil Kemahiran Malaysia

Page 16: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

XIII

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soalan temubual semi-struktur 68

B Surat Perakuan Fakulti Pendidikan 72

C Surat Permohonan KKTM 73

C Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA 77

Page 17: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menghuraikan halatuju negara ke arah mencapai wawasan 2020, aspek

kualiti tenaga kerja yang memenuhi kehendak pembangunan industri untuk

merancakkan agenda negara ini perlu diberi perhatian. Ia sudah tentunya berkait

dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung

melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari

dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran.( perspektif wawasan 2020, 28

Februari 1991 )

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dan mempunyai acuan

sendiri untuk menjadi negara maju yang mana ia berkehendakkan rakyatnya

meneruskan proses transformasi dalam pelbagai aspek ke arah perisian matlamat

yang penting yang berkait seperti kualiti tenaga kerja, penekanan kepada sains dan

teknologi, perancangan dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik. Profesor

antropologi dan sosiologi, UKM, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said dalam Salmah

Zainal Abidin. Malaysia telah berjaya membentuk satu sistem hubungan perusahaan

Page 18: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

2

yang pragmatik sejak mencapai kemerdekaannya pada 1957. Ini penting dalam

membantu Malaysia mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada

pertanian kepada perindustrian dan mensasarkan menjadi status negara maju

menjelang 2020.

Namun begitu bagi merealisasikan perisian matlamat tersebut, kualiti

tenaga kerja yang mempunyai kemahiran khususnya teknikal amat diperlukan bagi

mengisi kehendak sektor industri yang semakin berkembang pesat. Golongan yang

berkemahiran mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan khasnya

dalam sektor industri dengan upah yang lumayan meskipun tidak memiliki akademik

yang baik. ( Ketua Menteri Sarawak, 3 Mac 2008 )

Pengenalan subjek-subjek yang berasaskan kemahiran, penyediaan

kemudahan pembelajaran serta penubuhan pusat-pusat pembelajaran telah dipikul

oleh kerajaan semenjak dahulu lagi. Peruntukan perbelanjaan yang besar telah

disasarkan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi

(universiti). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran , pengajaran aliran vokasional dan

teknik seawal tingkatan satu dapat memastikan pelajar yang kurang cemerlang dalam

pelajaran lebih terjamin masa depan mereka (Utusan Malaysia, 11 Ogos 2008).

Selain daripada itu juga, pihak swasta turut mengambil peluang dengan melalui

beberapa kolej dan universiti swasta untuk memberi peluang yang sebaik mungkin

kepada rakyat mendapatkan kemahiran dan pelajaran.

Page 19: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (2008),

kira-kira 60 000 graduan di negara ini tidak mendapat pekerjaan kerana kelulusan

mereka tidak menepati keperluan dalam sektor-sektor pekerjaan dalam pasaran

sekarang.Ini menunjukkan bahawa wujudnya ketidaksetaraan dalam kehendak dan

keperluan antara universiti dan industri. Universiti dan pusat pengajian sepatutnya

menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak industri agar graduan yang

dihasilkan dapat memenuhi kehendak industri dengan kata lain mendapat pekerjaan

berdasarkan ilmu yang diperolehi. Bagi mencapai maksud itu, latihan amali perlu

disediakan supaya guna tenaga mempunyai kemahiran khusus yang diperlukan oleh

sektor industri dan majikan-majikan (Perdana Menteri Malaysia, Utusan Malaysia

22 Ogos 2007, Persidangan Dunia Ke- 35 Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan-

Pertubuhan Latihan Dan Pembangunan (IFTDO) )

Di dalam memenuhi hasrat negara mencapai wawasan 2020, sektor industri

yang semakin berkembang pesat memerlukan guna tenaga yang berkemahiran

khususnya teknikal. Seandainya guna tenaga tempatan tidak dapat mencapai maksud

tersebut, sektor industri negara perlulah bergantung harap pada kemahiran dari

pekerja-pekerja asing. Walaupun sistem hubungan perusahaan di Malaysia adalah

baik untuk menarik masuk pelaburan antarabangsa, namun keadaan ini mungkin

menjadi tidak stabil kembali. Ini kerana pelbagai sektor industri di Malaysia

bergantung kepada empat juta pekerja asing (Prof. Dr. Kamaruddin M.Said , Profesor

Antropologi dan Sosiologi,UKM)

Hakikatnya, lambakan pengambilan pekerja asing yang berlaku di negara

kita perlulah di atasi agar perbagai masalah gejala sosial dan jenayah yang

melibatkan golongan ini dapat di atasi. Untuk itu, pihak yang berkaitan perlulah

mengkaji semula keberkesanan program kemahiran yang dirangka serta membuat

penilaian khusus untuk mendapat maklum balas terhadap kerelevanan kemahiran

dalam memenuhi kehendak industri semasa. Maklum balas ini penting kepada pihak

Page 20: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

4

universiti agar dapat menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran

(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, 22 April 2008)

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang program kemahiran

di Pusat Kemahiran MARA yang terpilih serta kebolehupayaannya dalam

melengkapkan kemahiran asas pekerjaan di kalangan pelatihnya yang meliputi jenis

program kemahiran yang ditawarkan, prospek kerjaya, kemampuan kursus dalam

melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran industri dan kemudahan pengajaran dan

pembelajaran selari dengan peralatan yang digunakan oleh industri.

1.4 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang akan dikaji ialah :

a) Apakah jenis program kemahiran yang ditawarkan di di Kolej

Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas?

b) Golongan manakah yang terlibat dalam kursus kemahiran yang

ditawarkan di di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas?

c) Adakah program kemahiran yang ditawarkan di Kolej Kemahiran

Tinggi MARA, Pasir Mas mempunyai prospek kerjaya?

Page 21: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

5

d) Adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dapat memenuhi

pasaran pekerjaan?

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan adalah seperti berikut :

a) Mengenal pasti jenis program kemahiran yang ditawarkan di

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan

b) Mengetahui golongan manakah yang terlibat dalam kursus

kemahiran yang ditawarkan di di Kolej Kemahiran Tinggi MARA,

Pasir Mas, Kelantan

c) Mengenal pasti adakah program kemahiran yang ditawarkan di

Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas mempunyai prospek

kerjaya

d) Mengetahui adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan

kepada pelatih di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas

dapat memenuhi pasaran pekerjaan