sampel penulisan ucapan

3

Click here to load reader

Upload: shahruddin-bin-subari

Post on 11-Jun-2015

1.938 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sampel Penulisan Ucapan

Penulisan Pasukan bola sepak kamu muncul sebagai juara peringkat daerah.Sebagai ketua pasukan ,kamu diminta untuk menyampaikan ucapan.tuliskan ucapan kamu itu.

Rangka Karangan

PendahuluanFormat – kata alu aluan- ucap terima kasih- peluang bercakap

Idea –idea1. perasaan bangga- juara- ucap terima kasih – guru dan

rakan.2. faktor kejayaan- kerjasama- semangat berpasukan.3. kenangan manis – harumkan nama sekolah,jadi pembakar

semangat.4. harapan – peringkat negeri – doakan kejayaan, nasihat

kepada murid lain

Penutup-pesanan - Sanggup berkorban,jangan putus asa – ucap terima kasih.

Page 2: Sampel Penulisan Ucapan

Yang dihormati Guru Besar,Encik Wan Ruslan Bin Wan Bakar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyampaikan ucapan sempena kejayaan pasukan bola sepak sekolah ini.

Saya sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah ini ,sudah semestinya berasa bangga atas kejayaan yang dicapai .Dalam kesempatan ini .saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada jurulatih bola sepak iaitu cikgu Saiful dan Cikgu Malik .Tidak ketinggalan kepada rakan-rakan sepasukan yang telah berhempas pulas sehingga berjaya.Hadiri yang dihormati,

Kejayaan pasukan bola sepak ini adalah kerana semangat pasukan yang tidak pernah kendur untuk berusaha agar berjaya.Semangat berpasukan yang ditunjukkan amat dihargai.

Kejuaraan ini akan menjadi kenangan manis kepada kami sebagai pemain bola sepak sekolah.Adalah diharapkan ,kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada wakil sekolah yang lain untuk melakar kejayaan.Sekaligus dapat mengharumkan nama sekolah yang kita sayangi ini.Hadirin yang dihormati,

Saya berharap,pasukan bola sepak akan terus mara pada kejohanan peringkat negeri kelak.Selain itu,doakan kami agar lebih berjaya.Nasihat saya kepada rakan sepasukan ,mainlah dengan bersungguh-sungguh.

Sebelum saya mengundur diri,saya berpesan pada rakan –rakan bahawa kita mesti sanggup berkorban untuk mencapai kejayaan.Jangan kita berputus asa. Sekian ,terima kasih.