sampel abstrak

3
Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar sekolab menengah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan 180 sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, SMKA Pedas (60 orang), Maahad Ahmadi, SMAN Dato’ Kelana Petra Maamor (60 orang), SMK Tampin dan SMK Dato’ Abdullah (60 orang). Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik untuk mendapatkan data berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis dan ujian kecekapan menulis bahasa Arab untuk mendapatkan data berkaitan tahap pencapaian dalam kemahiran menulis. Ujian kecekapan telah diberikan skor mengikut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia. Data dan kedua-dua instrument telah dianalisis menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan statistik inferensi. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan faktor-faktor yang dikaji dengan penguasaan kemahiran menulis manakala ujian ANOVA Satu Hala digunakan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis di kalangan tiga jenis sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar berada pada tahap baik. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran menulis di antara SMKA, SMAN dan KAA. Daripada empat faktor yang dikaji iaitu faktor kecerdasan, psikologi, persekitaran dan guru, didapati hanya faktor kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan kemahiran menulis. Kajian ini meninjau hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Subjek kajian terdiri daripada 111 orang guru pelatih perempuan dan 99 orang guru pelatih lelaki. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik ‘Tennessee Self-concept Scale’ yang telah diubah suai. Soal selidik ini mengandungi 60 item. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pelatih Institut Perguruan Darulaman mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Namun, peratusan guru pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi melebihi guru pelatih lelaki. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih (r =

Upload: kim-teha

Post on 25-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: sampel abstrak

Tujuan utama kajian ini ialah untuk meninjau faktor-faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi kemahiran menulis Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar sekolab menengah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan 180 sampel yang terdiri daripada pelajar tingkatan tiga SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, SMKA Pedas (60 orang), Maahad Ahmadi, SMAN Dato’ Kelana Petra Maamor (60 orang), SMK Tampin dan SMK Dato’ Abdullah (60 orang). Dua instrumen telah digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik untuk mendapatkan data berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menulis dan ujian kecekapan menulis bahasa Arab untuk mendapatkan data berkaitan tahap pencapaian dalam kemahiran menulis. Ujian kecekapan telah diberikan skor mengikut piawaian Lembaga Peperiksaan Malaysia. Data dan kedua-dua instrument telah dianalisis menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan statistik inferensi. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan faktor-faktor yang dikaji dengan penguasaan kemahiran menulis manakala ujian ANOVA Satu Hala digunakan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran menulis di kalangan tiga jenis sekolah. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis pelajar berada pada tahap baik. Walau bagaimanapun, hasil kajian mendapati wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan kemahiran menulis di antara SMKA, SMAN dan KAA. Daripada empat faktor yang dikaji iaitu faktor kecerdasan, psikologi, persekitaran dan guru, didapati hanya faktor kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan kemahiran menulis.

Kajian ini meninjau hubungan antara konsep kendiri dan pencapaian akademik di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Darulaman. Subjek kajian terdiri daripada 111 orang guru pelatih perempuan dan 99 orang guru pelatih lelaki. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik ‘Tennessee Self-concept Scale’ yang telah diubah suai. Soal selidik ini mengandungi 60 item. Dapatan kajian menunjukkan majoriti guru pelatih Institut Perguruan Darulaman mempunyai konsep kendiri yang tinggi. Namun, peratusan guru pelatih perempuan yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi melebihi guru pelatih lelaki. Analisis korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan tetapi sederhana di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik guru pelatih (r = 0.58, p<.01). Selain daripada itu, secara perbandingan , konsep kendiri aspek sosial didapati mempunyai hubungan yang paling tinggi dengan pencapaian akademik guru pelatih perempuan ( r = 0.66, p <.01). Bagi guru pelatih lelaki pula, konsep kendiri aspek psikologikal didapati menunjukkan sifat hubungan yang sama (r = 0.60, p <.01). Beberapa saranan dikemukakan untuk dipertimbangkan semasa merancang bagi pemupukan dan peningkatan konsep kendiri positif di kalangan guru pelatih.

http://eprints.utm.my/11675/1/Hubungan_Tingkah_Laku_Kesediaan_Pensyarah_Dengan_Tahap_Motivasi_Pelajar.pdf

http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/1edusem12.pdf

http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038%282%292013/1mohdfadli.pdf

Page 2: sampel abstrak

http://www.scribd.com/doc/169042722/Faktor-yg-menghalang-penglibatan-pelajar-dlm-kegiatan-kokurikulum-pdf

The study aimed to identify the level of readiness using (ICT) in teaching and its effects on the workand behaviour of preschool children.Using the survey method the study will identify level of readinessusingICTamong teachers and the impact on the work and behaviours of preschool children who usedICTwith that of non-users. A total of four preschool clasess in the Gombak district of Selangor werechosen as samples.The study involved 100 respondents and 30 teachers.The result of the study showedthe level of readiness among teachers is at the level of average (66.2%) whilst the physical facilitiesis also at the level of average (65.5%). Appropriateness of resources is at the high level (77.5%). Thestudy also showed that preschool teachers are prepared to implement the use ofICTin their teachingand learning process. Analysis using Pearson correlation indicated a strong and positive relationshipof the variables pupils’ work and behaviour. However analysis of test usingMANOVAfound that thereis no significant difference on the pupils’ work and behaviour based on the teaching approach used

the study aimed to identify the intrests on rygby sport amongs the students in one of the SKM school in the district of perak tengah. A total of ………………….classes of level 2 primary school were chosen as samples. The study involved 60 respondents and ….teachers. The instruments used were the survey forms and structured interview.The result of the study showed that