salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan...

Upload: nurulafizah-harun

Post on 30-Oct-2015

1.617 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

buli

TRANSCRIPT

Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebayaGejala ini dikatakan berpunca daripada pengaruh rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka.Malah, ibu bapa dan guru tidak menjadi model dalam kehidupan remaja kini. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk berkongsi masalah. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil.Kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut.Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohammad Afiq disebabkan terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronoktanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.Oleh yang demikian, jelaslah kepada kita bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah.Pengaruh Media massamenjadi punca berlakunya kes-kes buli. Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya. Sebahagian besar penonton terdiri dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filem-filem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.Paparan aksi daripada filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak mempengaruhi perilaku remaja ini. Sambutan yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem atau cerita aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk menyiar dan menerbitkanfilem berkenaan.Paparan melalui media cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli.Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak kerajaan melalui FINASmenyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti Filem Buli, Gengster KL Menjerit dan dari luar negara seperti drama Anak Metropolitan, Kiss Of The Dragon Gen X Cops dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik seperti Pedang Setiawan, Juara Wira dan lain-lain banyak dipasarkan secara berleluasa.Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli. Hal ini demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan di luar rumah.Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak, menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain semata-mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka.Pada 20 Mac 2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake HighSchool, Minnesota, Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya, seorang guru dan seorang pengawal keselamatan.Persoalannya, adakah tindakan ini berpunca sama ada daripada tekanan perasaan atau desakan hidup dalam keluarga yang bermasalah?.Rumusan isi:Intihanya, tidak dapat dinafikan faktor desakan hidup dan masalah keluarga boleh menyebabkan seseorang membuat sesuatu perkara di luar pertimbangan.Oleh itu, wajar ibu bapa prihatin dalam mendidik anak-anak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. Janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

Faktor pertama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dan didenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telah menyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.Perbuatan buli juga boleh berpunc a daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan berlakunya kes buli di sekolah.Antaranya adalah kerana pengaruh keluarga atau ibu bapa,pihak sekolah dan pengaruh media.

Faktor pertama merupakan pengaruh keluarga atau ibu bapa. Remaja-remaja membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adik-beradik lain didera di hadapannya. Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan mengajar remaja-remaja bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.

Faktor seterusnya adalah pengurusan sekolah yang tidak sempurna. Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong remaja-remaja membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka. Buli dan tindakan agresif remaja-remaja dikatakan mempunyai kaitan dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah, kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna.

Faktor terakhir adalah pengaruh media yang luas. Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor yang mendorong remaja-remaja melakukan aksi ganas seperti membuli.Pelajar-pelajar selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap pelajar-pelajar yang menghadapi masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak takut pada dosa dan pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara negatif untuk mehilangkan kebosanan dan tidak kurang juga ada yang melakukannya semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik dan tidak mahu 'menjaga tepi kain orang'. Bagi pendapat sesetengah masyarakat pula pihak yang perlu mengatasi masalah remaja ialah pihak kerajaan sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak kerajaan sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya.Antara punca berlakunya keadaan ini adalah bermula dari keluarga iaitu ibu bapa yang tidak mengambil berat akan kebajikan anak-anak terutama berkaitan dengan persekolahan. Ibu bapa sibuk mencari rezeki sehingga seringkali mengabaikan kebajikan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa. Sikap ibu bapa yang lepas tangan dan hanya mengharapkan ihsan guru untuk menjaga dan membentuk anak-anak mereka sedikit sebanyak menyebabkan berlakunya peningkatan kes ponteng sekolah sejak kebelakangan ini.Selain itu juga, pergaulan dengan rakan sebaya dan rakan di luar sekolah turut menjadi penyebab kepada meningkatnya masalah disiplin pelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang lebih ke arah kegiatan atau sikap negatif. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini lebih rapat dan suka bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang boleh sama-sama berkongsi masalah dan pendapat.Manakala, punca seterusnya ialah penglibatan pelajar-pelajar di dalam kumpulan kongsi gelap atau gangsterisme di sekolah. menurut Kamus Dewan edisi ke 3, Dewan Bahasa dan Pustaka 1996, hlmn 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah. Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi. (UtusanMalaysia20 Feb 97).Menurut William Gladden Foundation (1992), terdapat empat faktor yang merangsang atau menjadi penarik kepada pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar ini:-1) Remaja yang mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan oleh kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga terdekat dan sekolah sendiri.2) Keanggotaan kongsi gelap ini akan memberikan ganjaran kepada pelajar-pelajar iaitu perasaan sense of belonging dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka.3) Keahlian kongsi gelap telah menjadikan remaja merasakan diri mereka lebih berkuasa dan menguasai, di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan ataupun ketegangan.4) Pelajar dapat menjadi pengrekrut ahli baru dan dapat memperluaskan lagi kawasan pengaruh untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Kemasukan ahli baru secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan ahli kumpulan.Punca-punca pelajar menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap adalah untuk:a) Mencari kasih sayang struktur dan disiplin berasaskan kefahaman merekab) Perasaan komitmen dan sense of belonging, dikagumi dan menguasai.c) Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktivitid) Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargaie) Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindunganAntara faktor yang mendorong terjadinya kejadian buli ialah pengaruh daripada rakan sebaya.Kebanyakkan ibu bapa sekarang ini bekerjaya dan jarang meluangkan masa bersama anak-anak.Kekangan masa yang terhad antara ibu bapa dan anak-anak ini menyebabkan remaja lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan.Lantaran itu mereka lebih mementingkan rakan daripada ibu bapa dan orang lain dalam menjadi ikutan.Tekanan daripada rakan sebaya menyebabkan mereka mudah terpengaruh dalam melakukan aktiviti tidak bermoral seperti buli.

Faktor seterusnya ialah pengaruh daripada media massa.Lambakan filem antarabangsa yang memenuhi pawagam sekarang ini banyak memaparkan adegan aksi berbahaya seperti pergaduhan,perlumbaan haram,pembunuhan dan sebagainya.Selain itu,syarikat-syarikat media telekomunikasi juga banyak memaparkan drama berunsur aksi dan negatif.Contohnya seperti KL Menjerit,Evolusi KL Drift ,Buli dan sebagainya.Secara tidak langsung remaja yang menontonnya mudah terpengaruh lalu cuba meniru aksi tersebut dan membuli remaja yang lain.Posted byGroup11BMat8:34 PMNo comments:Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook206742-Norasimah Binti Idris

Sebab- Masalah desakan hidup

Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah buli.Hal ini kerana,pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab dalam mendidik anak-anak.Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak menghadapi tekanan perasaan.Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup.Bagi melepaskan tekanan perasaan tersebut,mereka membuli kanak-kanak lain semata-mata untuk melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka.Seperti dalam kes yang berlaku pada 20 Mac 2005,Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School,Minnesot,Amerika Syarikat telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya,seorang guru dan seorang pengawal keselamatan.

Selain itu,itu sekadar seronok-seronok menjadi faktor perbuatan buli.Pembuli berasa seronok melihat orang lain merana dengan ganguan mereka.Ada sesetengah pelajar menjadikan membuli sebagai hobi. Mereka berasa sangat hebat dan puas dengan membuli dan menguasai orang lain.Sebagai contoh,kes pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Agama Padang Tengku Lipis,Mohammad Afiq Qusyairi Baharuddin yang mana menerima rawatan intensif di hospital akibat dibuli oleh senior pada April dan Mei 2005.Faktor yang pertama ialah faktor rakan sebaya.Ini disebabkan rakan sebaya biasanya mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.Faktor yang kedua ialah mereka pernah menjadi mangsa buli.Selain itu, ada yang disebabkan mereka ingin menunjukkan kekuatan sendiri.Pembuli ini ingin mereka yang lemah mematuhi, mengikuti dan menghormati mereka yang kuat.Faktor yang seterusnya ialah sekadar mahu berseronok.Akibat penceraian ibubapa juga merupakan salah satu factor yang menyebabkan berlakunya kes buli. Ini disebabkan mereka tidak mendapat perhatian, kasih sayang dan menganggap dirinya diabaikan oleh ibubapa mereka sendiri.Mereka merasa ibubapa mereka tidak mengambil berat tentang diri sendirinya dan beza dengan individu lain.Ini secara tidak langsung akan mendorong mereka untuk melakukan perbuatan buli.Di samping itu, mereka yang gagal mengendalikan emosi dengan baik juga merupakan salah satu factor.Golongan ini biasanya terdiri daripada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau.Faktor yang terakhir yang mugkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi-aksi, pertuturan dan tingkah laku yang negative atau tidak baik akan menjadi ikutan mereka iaiturole model bagi golongan remajaFaktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes pembulian di kalangan para pelajar khususnya golongan remaja ialah mereka ingin mendapatkan perhatian orang lain serta menunjukkan kekuatannya kepada orang lain dengan tujuan ingin mahu disanjung oleh rakan . Ada sesetengah pembuli menganggap perbuatan buli orang lain sebagai hobi dengan sekadar mahu berseronok untuk menghilangkan perasaan bosannya . Tambahan pula, adanya pembuli menjadikan mangsa sebagai alat menempiaskan perasaan benci , dendam , marah selain membalas dendam .Selain itu , ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kepada anak mereka juga akan menyebabkan berlakunya kes buli . Contohnya , ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka . Justeru , ibu bapa kekurangan masa untuk menemani anak-anak mereka dan tidak mengambil berat tentang pendidikan agama . Lama-kelamaan ,ini akan mengakibatkan anak mereka melahirkan sikap gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan .Punca Keruntuhan AkhlakDaripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;1.Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.2.Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.3.Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.2-Pengaruh Rakan SebayaKawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebihmemahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawakawan juga kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramaipara remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

3-Pengaruh Media MassaMedia massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yangmemaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-programrealiti televisyen,serta rancangan-rancangan yang bersifathiburan semata-matamempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran,cara berpakaianyang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikutcara barat. Terdapat juga unsur-unsurlucahdanmengghairahkanterdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.

4-Sikap KeluargaDalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial dalam kalangan remaja. Walaupun tidak berlaku pada semua keluarga, tetapi keluarga yang mengamalkansikap terlalu mengongkongatau terlalumemberikan kebebasankepada para remaja, boleh menjadi penyumpang kepada wujudnya masalah ini. Mereka menjadi ahli keluarga yang hanya hidup tapi tidak dipeduli dan tidak diberi input kerohanian, kesedaran, nilai-nilai mulia dan keagamaan yang cukup. Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas difikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka.Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini.Puncautama yangmenyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang palingrapatdengan remaja. Apabila mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan masalah tersebutdenganibu bapanya untuk mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun,kebanyakanibu bapa kini mementingkan kemewahan hidup akan sentiasa sibuk dalam kerjaya. Secara tidak langsung,mereka telah mengabaikan tanggungjawabsebagai ibu bapauntuk memelihara dan membantu anaknyadalammengatasi masalah. Akibatnya, remaja akan berasa mereka tersisihdan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka enggan balikkerumah yang tidak mempunyai kasih sayang.Selain itu, pengaruh rakan sebaya jugamerupakan salah satu puncaremaja lari dari rumah.Pemikiran remajabelum matangmenyebabkanmereka tidak dapat membezakankebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan meletakkan kepercayaanyangsepenuhnya kepada rakan. Apabila mereka berlaku pertelingkahan dengan ibu bapanya,mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hatidenganrakannya.Rakan yang buruk akan mengajar mereka lari dari rumah untuk mencari keseronokan di luar untuk melepaskanketidak puasan mereka.

Kekurangan pendidikan agama dan moral jugamenyebabkanremaja lari dari rumah. Seseorangyangtidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh maka ia tidak akanberfikirrasionalsemasamembuat sesuatu keputusan. Mereka akan sentiasa menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk.Ibu bapa yang sibuk dalam kerjayamenyebabkanmereka telah melupakan tanggungjawab untuk mendedahkan pendidikan agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan anaknya tidak mempunyai jiwa dan fikiran yang matang untuk menghadapi masalah. Oleh itu, apabila rakannya mengajak mereka lari dari rumah untuk mencari hiburan yang lebih seronok di luar rumah untuk melepaskan tekanan maka mereka akan terikutnya. Selain itu, pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka akan belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melarikan diri dari rumah kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan yang hebat dan bangga.Untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam dunia remaja kerana segala tindakan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anaknya. Oleh itu, ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan dan jarang berada di rumah akan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak sampai larut malam sehingga enggan balik rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam rumah, menemani anaknya dan bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya, remaja akan berasa dalam rumahnya mempunyai kasih sayang dan mereka akan sentiasa berada dalam rumah dan kurang berfoya-foya di luar rumah.

Selain itu, pendidikan agama dan moral juga dapat mengatasi masalah remaja lari dari rumah. Pendidikan agama dan moral merupakan senjata yang paling kukuh untuk menentang segala masalah yang dihadapi oleh manusia kerana pendidikan agama dan moral mengajar kita membuat perkara yang baik dan menghindari diri daripada perkara yang tidak bermanfaat. Oleh itu, remaja yang mempunyai pendidikan agama dan moral yang tinggi maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya seperti melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.Kesimpulannya, masalah remaja lari dari rumah akan membawa kesan sampingan kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan dan berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini agar masa depan negara kita dapat terjamin dan mempunyai imej yang baik dalam sudut pandangan antarabangsa. Seterusnya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan maju kerana mempunyai tiang negara yang berbakat.Faktor-faktor yang mendorong kepada masalah disiplin pelajar.

- Ibu bapa tidak mendidik anak-anak.- Ibu bapa sibuk bekerja.- Pengaruh rakan sebaya.- Pengaruh media massa.

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana remaja merupakan tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara maju. Jika diperhalusi, pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Faktor utama yang dikenal pasti ialah berpunca daripada ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak dengan didikan yang betul. Jika ibu atau bapa tidak boleh mendidik anak-anak mereka dengan baik, pada siapakah lagi tanggungjawab itu harus dipikul? Sesetengah ibu bapa belakangan ini juga bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan lurus. Jelas, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mencorak keperibadian remaja.

Di samping itu, faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Namun demikian, sering kali anak-anak yang masih mentah ini mengambil peluang yang ada untuk berseronok dengan rakan-rakan sehinggakan timbul masalah yang lain. Dalam hal ini ibu bapa perlu bijak dalam membahagikan masa dengan anak-anak.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya turut menjadi penyumbang utama dalam peningkatan masalah disiplin pelajar. Masakan tidak kerana golongan remaja kini banyak menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding ahli keluarga. Didorong atas sifat ingin tahu, mereka pasti akan mencuba sesuatu yang baharu dalam hidup mereka yang mungkin boleh menggelapkan masa depan sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, remaja atau pelajar perlu bijak dalam memilih rakan jika tidak mahu terlibat dalam masalah ini.

Selain itu, pengaruh media massa turut menjadi faktor utama dalam meruncingkan lagi permasalahan disiplin ini. Lihat sahaja di layar perak mahupun di kaca-kaca televisyen yang banyak menyiarkan aksi keganasan dan masalah sosial. Contoh yang paling ketara seperti filem Bohsia, Adnan Sempit dan KL Gengster yang memaparkan tema keganasan yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Sedikit sebanyak remaja yang menebal sikap ingin tahunya itu pasti akan mengikut aksi yang terpapar dalam filem yang berkenaan.

Izharnya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial dalam kalangan remaja. Namun demikian, perkara ini boleh diatasi jika semua pihak memainkan peranan masing-masing serta saling berganding bahu bagai aur dengan tebing. Secara tidak langsung, hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi pada tahun 2020 bakal terlaksana.ARKIB : 27/11/2010Punca remaja sosialOleh SYUKRI [email protected] LUMPUR 26 Nov. - Peningkatan masalah sosial di kalangan remaja ketika ini berpunca daripada kelalaian ibu bapa dalam melaksanakan tanggungjawab menerapkan nilai integriti pada diri anak- anak mereka.Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh berkata, semakin ramai ibu bapa yang melupakan tanggungjawab tersebut kerana beranggapan anak-anak akan diterapkan dengan nilai integriti melalui pembelajaran di sekolah.Bagaimanapun katanya, anggapan tersebut silap kerana nilai itu harus dipupuk sejak kecil lagi sebelum memasuki alam persekolahan supaya proses penerapannya berterusan seiring dengan pembesaran.''Pembentukan sahsiah anak-anak bermula daripada penerapan nilai integriti dalam diri mereka sejak kecil supaya tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang tidak baik sewaktu tempoh pembesaran.''Kita boleh lihat hari ini bagaimana kesan kelalaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti buang bayi, kes penderaan dan ibu bapa perlu memandang serius perkara ini kerana ia berkaitan dengan masa depan negara,'' katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara IIM dan Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES) bagi menyokong kempen membudayakan integriti masyarakat Malaysia yang dijalankan oleh IIM di sini hari ini.Hadir sama Pengarah Urusan UMES, Adi Satria Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.Menurut Mohd. Tap, menerusi satu kajian yang dijalankan oleh IIM, hampir 30 peratus ibu bapa di Malaysia kurang meluangkan masa makan malam bersama anak-anak.Katanya, ia menjadi antara faktor anak-anak semakin terabai dan berani bertindak di luar kawalan kerana kurangnya komunikasi serta perhatian daripada ibu bapa.''Pada waktu siang, ibu bapa sibuk di pejabat jadi mereka perlu gunakan waktu malam dengan sebaiknya iaitu duduk makan bersama anak-anak sambil berbincang mengenai aktiviti semasa serta perkembangan anak- anak.''Ini akan membuatkan anak-anak tidak berasa diabaikan dan dalam masa yang sama, ibu bapa menjadi contoh yang baik kepada mereka serta memudahkan proses menerapkan nilai integriti dalam diri anak- anak,'' jelasnya.Sementara itu, Mohd. Tap turut kecewa dengan sikap sesetengah ibu bapa yang menyalahkan peningkatan masalah sosial di kalangan remaja disebabkan oleh pengaruh media dan juga Internet.Katanya, ibu bapa harus sedar bahawa masalah sosial itu tidak akan berlaku sekiranya mereka menjalankan tanggungjawab yang berkesan dalam memupuk nilai integriti dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm#ixzz2RCxR75aI Utusan Melayu (M) Bhdhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm